📌 Nabi Muhammad ﷺ didatangi oleh Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil. Baginda ﷺ dibedah hati supaya dibuang sarang tempat sifat mazmumah walaupun Nabi ﷺ tiada sifat mazmumah.
📌 Nabi Muhammad ﷺ menaiki Buroq, haiwan syurga yang pernah dinaiki oleh Nabi Ibrahim ketika perjalanan dari Palestin ke Mekah.
ISRAK
✅ *4 Destinasi Persinggahan Nabi Muhammad ﷺ* ✅
1. Madinah.
2. Pohon berteduh Nabi Musa di Kota Madyan, perkampungan Nabi Syuaib.
3. Gunung Thursaina (طور السينا) tempat munajat Nabi Musa.
4. Kota Bait al-Lahm (بيت الحم)
✅ *Nabi Muhammad ﷺ diganggu oleh Jin Ifrit, lalu Jibril mengajarkan kepada Nabi ﷺ Ruqyah Jibril* ✅
✅ *11 Peristiwa Disaksikan oleh Nabi Muhammad ﷺ* ✅
1. Para pejuang yang menunai dan hasilnya tidak putus-putus.
2. Bau harum Masyitah (nama pekerjaan penyikat rambut) dan keluarganya.
3. Azab orang yang tak solat - dipecahkan kepala di batu.
4. Azab tidak tunaikan zakat - merangkak meragut pohon berduri dan berbuah keras pahit serta batu yang panas.
5. Seksaan perbuatan zina - memakan daging berbau busuk walaupun dihidang daging segar.
6. Azab bagi penghalang kerja dakwah - kayu di jalanan yang merosak apa sahaja yang melintasinya.
7. Azab pemakan riba - berenang di dalam sungai darah serta dibaling batu di muka dan mulut mereka.
8. Azab pengkhianat amanah - dipikul kayu bakar, lalu menambah lagi bebanan walaupun tidak mampu.
9. Azab penyebar fitnah - mengunting lidah mereka dengan gunting besi.
10. Azab pengumpat & pencela - mencakar-cakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
11. Azab orang yang sombong - lembu yang keluar dari lubang kecil dan mencuba kembali masuk ke lubang kecil itu.
✅ *Syurga Berbicara Fasih* ✅
✅ *Suara Jerkahan Neraka* ✅
✅ *Nabi diperlihatkan rupa sebenar Dajal* ✅
✅ *Nabi diperlihatkan tiang-tiang agama Islam* ✅
✅ *5 Rintangan Buat Nabi ﷺ dan Umatnya* ✅
1. Penyeru Yahudi dari arah kanan.
2. Penyeru Nasrani dari arah kiri.
3. Perempuan berhias menggoda Nabi (ia adalah dunia).
4. Lelaki tua memanggil Nabi ﷺ (ia adalah Iblis).
5. Perempuan tua di pinggir jalan. (ia adalah usia dunia).
✅ *Nabi ﷺ diberi salam oleh Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.* ✅
✅ *Nabi ﷺ sampai di Baitul Maqdis*
1. Nabi Muhammad ﷺ memasuki Masjid al-Aqsa.
2. Pujian para Anbiya' yang istimewa.
3. Pujian Nabi Muhammad ke hadrat Allah.
4. Para Anbiya' membicarakan mengenai Hari Kiamat.
5. Baginda Nabi ﷺ kehausan.
6. Bidadari menjawab salam Nabi ﷺ.
MIKRAJ
✅ *9 Tingkat Perjalanan Mikraj* ✅
1️⃣ Langit pertama: Bertemu Nabi Adam.
2️⃣ Langit ke-2: Bertemu Nabi Isa dan Nabi Yahya.
3️⃣ Langit ke-3: Bertemu Nabi Yusuf.
4️⃣ Langit ke-4: Bertemu Nabi Idris.
5️⃣ Langit ke-5: Bertemu Nabi Harun.
6️⃣ Langit ke-6: Bertemu Nabi Musa.
7️⃣ Langit ke-7 : Bertemu Nabi Ibrahim.
8️⃣ Sidratul Muntaha
9️⃣ Mustawa
⭕ *Nabi Muhammad ﷺ berulang-alik ke langit ke-6 memohon keringanan bilangan waktu solat atas nasihat daripada Nabi Musa.* ⭕
✅ *Nabi Muhammad ﷺ turun dari langit di Baitul Maqdis dan terus kembali ke Mekah menaiki Buroq, Nabi ﷺ melihat rombomgan dagang Quraisy.*
✅ *Nabi Muhammad ﷺ sampai Mekah sebelum subuh.*
Rujukan: Kitab al-Anwar al-Bahiyah, Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani, terjemahan Syeikh Fahmi Zamzam dan Ustaz Muhammad Zaim.
(Admin)