Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾 @muslimcaremalaysiasociety Channel on Telegram

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

@muslimcaremalaysiasociety


Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾 (English)

Are you looking for a channel that promotes charity, community service, and kindness in Malaysia? Look no further than Muslim Care Malaysia Society! This Telegram channel is dedicated to spreading awareness about ways to help those in need, volunteer opportunities, and inspiring stories of giving back to the community. Muslim Care Malaysia Society aims to connect like-minded individuals who are passionate about making a positive impact in their local community. Whether you are interested in donating to a cause, volunteering your time, or simply learning more about the importance of giving back, this channel has something for everyone. Who is Muslim Care Malaysia Society? They are a group of dedicated individuals who believe in the power of compassion and empathy. Their mission is to create a more caring and inclusive society in Malaysia by encouraging acts of kindness and generosity. What is Muslim Care Malaysia Society? It is a platform where individuals can come together to share resources, ideas, and opportunities to help those in need. From organizing donation drives to collaborating on community projects, this channel serves as a hub for all things related to charity and community service in Malaysia. Join Muslim Care Malaysia Society today and be a part of a community that is committed to spreading love and positivity throughout Malaysia. Together, we can make a difference in the lives of those who need it most. Let's show the world the true spirit of compassion and generosity. 🇲🇾

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

20 Jan, 02:15


Liputan Berita TV Al Hijrah pelepasan misi Malaysia Aid 2 Syria oleh Muslim Care Malaysia Society serta rakan NGO.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

17 Jan, 03:06


Ya Allah aku mohon kebaikan pada urusan agamaku kerana Engkau adalah penjaga semua urusanku. Aku mohon kebaikan pada urusan duniaku kerana itu tempat hidupku. Aku mohon kebaikan pada urusan akhiratku kerana itu tempat kembaliku. Jadikanlah hidup ini tambahan kebaikan bagiku, dan jadikanlah kematianku waktu istirahat bagiku dari segala keburukan.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

17 Jan, 02:59


Berbuat baiklah selalu.
Allah baik dengan kita setiap masa.🥰

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

16 Jan, 12:41


MELAHIRKAN GENERASI UMMU WARAQAH DI JOHOR

Ummu Waraqah susuk hebat menjadi aspirasi dalam melahirkan muslimah yang akan berbekalkan mukjizat Al Quran di bumi Johor.

Madrasah Tahfiz Al Quran Ummu Waraqah (MADTAQWA) terletak di Kempas baru mengambil tanggunjawab untuk mendidik seramai 110 anak-anak di kalangan muslimah untuk menghafal dan mendalami ilmu Al Quran. Sebahagian di antara mereka adalah anak-anak asnaf dan yatim yang belajar secara percuma di Madrasah tersebut. Bagi memastikan operasi dan pengajian berjalan lancar, Madrasah membelanjakan sebanyak RM60,000 sebulan.

Muslim Care Malaysia mengambil sebahagian tanggungjawb untuk mengajak para dermawan yang dikurniakan rezeki yang lebih untuk bersama menyumbang bagi membantu melancarkan operasi Madrasah yang sedikit terjejas akibat kekangan ekonomi yang menyebabkan sebahagian penaja tidak mampu lagi membantu.

Firman Allah SWT;
”Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”
(Surah Al-Hijr ayat 9)

Kami yakin dengan apa yang dipesan oleh Nabi SAW kepada Saidina Ali ; "Berpegang teguhlah kamu kepada al-Quran. Ketahuilah, Kitab Allah adalah tali yang sangat kukuh, cahaya yang nyata, ubat penawar yang sangat mujarab." kata Mudir Madrasah Ustaz Hafiz ketika ditanya tentang kesungguhannya dalam usaha mendidik anak-anak terpilih untuk menjadi mukjizat bergerak.”

Marilah kita melabur untuk saham akhirat dengan menghulurkan sedikit infaq bagi membantu kelancaran perjalanan MADTAQWA. Kita mensasarkan RM100k dana bagi merealisasikan usaha murni ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-maahad-tahfiz-ummu-waraqah

atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
26212000004747 (RHB ISLAMIC BANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)

atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)

Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi.
📲Hotline : 011-50050035
📲En Johari : 016-9978323
📲En Safuan : 013-4886447
📲Cik Suryana : 011-21941194
📲Cik Zuriati : 019-2049434
📲Ustaz Muaz : 019-2815919
📲Ustaz Nazmi : 019-2726567

Semoga setiap jariah yang disumbangkan akan menjadi saham akhirat yang berpanjangan buat semua penderma budiman.

Teruskan bersama Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya.
Tepat Pada Sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

16 Jan, 06:39


Setahun kita bersama perjuangan Palestin.
Biar apa terjadi kita mesti terus kuat bersama-sama demi perjuangan Palestin.

Dari sungai ke segara,
Palestin pasti MERDEKA!

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

16 Jan, 05:18


3 FASA GENCATAN DI G

Dari sungai ke segara,
Palestin pasti MERDEKA!

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

16 Jan, 03:31


GENCATAN SENJATA DI GAZA BERMULA AHAD INI

Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdulrahman mengumumkan kejayaan pengantara mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, dengan pelaksanaannya dijadualkan bermula Ahad ini (19 Januari 2024), lapor Agensi Anadolu (AA).

Dalam sidang media di Doha pada petang Rabu (15 Januari 2025), Mohammed berkata, fasa pertama perjanjian itu akan berlangsung selama 42 hari dan melibatkan pembebasan 33 tahanan Israel sebagai pertukaran dengan sejumlah tahanan Palestin tidak dinyatakan.

Beliau turut memaklumkan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat “akan berusaha memastikan pelaksanaan perjanjian itu” dengan mekanisme bagi memantau pelaksanaannya serta menangani sebarang kemungkinan pelanggaran.

Mohammed turut berharap “tiada operasi ketenteraan menjelang pelaksanaan perjanjian itu”.

Sumber: Bernama

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

16 Jan, 01:37


Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.

Bedah Kitab “Kitab Usul Ad-Dakwah”
Bersama Al Fadhil Ustaz Nurul Khalil

Tarikh : 16 Januari 2024, Khamis
Masa : 1.00 tengahari

Siaran LIVE boleh ditonton di Facebook & Youtube Muslim Care Malaysia Society

Insya-Allah jangan lupa temu janji kita ya.

#MajlisIlmu
#KuliahOnline
#MuslimCareMalaysia

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

16 Jan, 01:37


Sertai forum bertajuk “Non Western Perspective On Global South Issues”

di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
jam 10 pagi ini

bersama Tuan Hj Zulkifli Wahijan, Presiden Muslim Care Malaysia (MCM).

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

14 Jan, 11:01


ALHAMDULILLAH, BANGUNAN SUDAH MILIK KITA

Cita-cita komuniti Islam di sekitar Imbituba, Santa Catarina, Brazil untuk memiliki sebuah masjid semakin hampir menjadi kenyataan.

Alhamdulillah, hasil sumbangan rakyat Malaysia, Muslim Care Malaysia (MCM) berjaya mengumpul kira-kira RM1 juta yang diperlukan untuk membeli sebuah bekas gereja bagi dijadikan masjid.

Urusan pembelian premis itu selesai pada 13 Januari 2025 dan kuncinya sudah diterima Pengerusi MCM Brazil, Hussein Abu Marzouq.

Baca lanjut di sini

https://www.facebook.com/share/v/1DvbgDzwFF/?mibextid=wwXIfr

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

14 Jan, 06:53


SUMBANGAN AIR BERTERUSAN SEHINGGA HARI KE 462
https://www.youtube.com/watch?v=DLvr0xvOafY

Biar apa juga yang berlaku, bantuan demi bantuan tetap akan terus dihantar bagi memastikan saudara kita di Palestin terus mampu bertahan di bumi Al-Quds.

Teruskan menderma melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-10-buah-musolla-palestin

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Mernetasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya.
Tepat Pada Sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

14 Jan, 04:16


SEBAK DENGAN SUMBANGAN BAIKI RUMAH

En Amran sebak ketika mengucapkan terima kasih kepada Muslim Care Malaysia (MCM) dalam majlis kesyukuran pada 12 Januari 2024.

Majlis ringkas diadakan ketika MCM menziarahi ke kediaman mereka di Kampung Bertang, Kuala Lipis.

Baca lanjut di sini
https://www.facebook.com/share/p/1EDjeGXKNG/

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

14 Jan, 03:58


Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.

Bedah Kitab “Kitab Riyadus Solihin Imam Nawawi”
Bersama Al Fadhil Ustaz Khairil Anuar

Tarikh : 14 Januari 2025, Selasa
Masa : 1.00 tengahari

Siaran LIVE bole ditonton di Facebook & Youtube Muslim Care Malaysia Society

Insya-Allah jangan lupa temu janji kita ya.

#MajlisIlmu
#KuliahOnline
#MuslimCareMalaysia

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

13 Jan, 08:45


KATIL PESAKIT BANTU PN ROKIAH PULIH AKIBAT PATAH PINGGANG

Kemalangan dan ujian boleh hadir dalam pelbagai cara dan tempat tanpa mengira masa. Begitulah yang berlaku kepada Puan Rokiah yang tinggal di Sungai Pancing Utara, Kuantan Pahang.

Tanpa diduga, ditakdirkan Puan Rokiah terjatuh di ruang dapur rumahnya sehingga menyebabkan patah tulang pinggangnya. Rawatan sudah diambil di hospital berdekatan dan dinasihatkan untuk banyak berehat bagi memastikan kesihatan kembali pulih.

Baca lanjut di sini
https://www.facebook.com/share/p/1AtFsvLvBs/

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

13 Jan, 08:28


KEBAKARAN HUTAN LOS ANGELES : 12,000 BANGUNAN MUSNAH

Los Angeles terus terancam apabila api kebakaran hutan masih merebak sehingga mengancam komuniti di Lembah San Fernando yang padat penduduk.

Sejak Selasa, enam kebakaran serentak yang melanda bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat itu telah meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa.

Sekurang-kurangnya 13 orang dilaporkan masih hilang.

Kebakaran itu telah merosakkan atau memusnahkan 12,000 struktur bangunan sehingga menjadi runtuhan berasap, kata pegawai bomba.

Benarlah senjata terhebat umat Islam ialah doa.
Teruskan berdoa untuk kemenangan Islam dan Palestin. Amalkan Qunut Nazilah sentiasa.

Dari sungai ke segara,
Palestin pasti MERDEKA!

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

13 Jan, 08:20


SEKAKI PAYUNG TANDA INGATAN BAHAWA PALESTIN SENTIASA DI HATI
https://youtu.be/gHxYJ_dvtgc

Tersenyum lebar anak-anak di Kem As-Sumuod Muslim Care Malaysia di Palestin sebaik dihadiahkan payung sebagai persediaan menghadapi musim hujan.

Payung yang mereka terima itu bukanlah hanya sekadar sebagai perlindungan bahkan satu kehangatan dan kaish sayang tanda kewujudan mereka masih diingati kita.

Terima kasih kepada semua penyumbang budiman yang tanpa lelah sentiasa menghulurkan sumbangan buat saudara kita di Palestin.

Jariah dan derma masih boleh disalurkan melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-10-buah-musolla-palestin

Dari sungai ke segara,
Palestin pasti MERDEKA!

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

11 Jan, 03:36


PALESTINE SENTIASA DIINGATI

Terima kasih Pertubuhan Kebajikan Ilmu & Amal Selangor - Geng Talaqqi (GT) dan Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim diatas kepercayaan yang diberikan kepada Muslim Care Malaysia Society untuk menguruskan sumbangan dana untuk susu buat anak-anak di Gaza.

Alhamdulillah sebanyak RM22,000 telah disampaikan kepada Muslim Care Malaysia (MCM) untuk tujuan tersebut yang mana sumbangan tersebut adalah hasil sumbangan orang ramai yang simpati kepada anak-anak di Gaza khususnya.

Baca lanjut di sini

https://www.facebook.com/100064325754514/posts/pfbid02D9MJwcMBkAXLmrRVm3k9jVu9FTKmRdT3qHbqwNcBPiwuUCMDR8L5xyvdx5u1RfrQl/?mibextid=wwXIfr

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

02 Jan, 08:39


KEMERDEKAAN SYRIA, RAKYAT PERLUKAN BANTUAN

Kemerdekaan telah dikurniakan Allah kepada penduduk Syria dan seluruhnya menyambutnya dengan bertakbir tanda pembebasan dan kemenangan menumbangkan rejim yang zalim.

Dianggarkan setakat 23 December 2024 seramai lebih 25,000 orang pelarian yang berada di Turkiye telah kembali ke tanah air mereka bagi menjejaki saudara mara yang mungkin masih hidup. Tidak kurang juga yang pulang ke tanah air mereka bagi mulakan hidup baharu. Namun realitinya tidak semudah impian mereka.

Dengan suasana politik dan ekonomi yang masih rapuh, sangat sukar untuk masyarakat kembali memulakan hidup baharu. Pastinya sangat memerlukan kepada bantuan yang pelbagai. Tanpa pekerjaan, modal, kelengkapan harian bukanlah permulaan yang mudah buat mereka.

Muslim Care Malaysia (MCM) bersama rakan kerjasama Maktabah al-Bakri, Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Klinik Zenmed, Richiamo Coffee, PPIM, Sumbangan.com, Harmoni Prihatin dan Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd akan berlepas ke Syria dan menjayakan Misi Malaysia Aid 2 Syria penghujung Januari 2025.

Sejumlah RM 1 Juta disasarkan dalam usaha menjayakan misi kali ini. Bantuan berbentuk bekalan makanan ruji, perubatan, pakaian musim sejuk dan pemeriksaan kesihatan menjadi keutamaan dalam misi kali ini.

Rasulullah SAW meriwayatkan yang bermaksud, “Aku melihat seorang lelaki yang mendapatkan kenikmatan di syurga kerana sebatang pohon yang dipotongnya di atas jalan kerana dibimbangi akan mengganggu orang lain.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Setiap kebaikan walau sekecil mana pun tetap akan diganjari Allah dengan syurga. Maka marilah kita berlumba-lumba menyumbang untuk saudara kita di Syria melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/misi-malaysia-aid-2-syria-1

atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)

atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)

Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi.
📲Hotline : 011-50050035
📲En Johari : 016-9978323
📲En Safuan : 013-4886447
📲Cik Suryana : 011-21941194
📲Cik Zuriati : 019-2049434
📲Ustaz Muaz : 019-2815919
📲Ustaz Nazmi : 019-2726567

Teruskan bersama Muslim Care Malaysia, Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Waktunya.
Tepat Pada Sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

02 Jan, 08:26


TAHUN BAHARU HANYALAH SATU LAGI HARI PENUH KESEDIHAN DI GAZA…

Ketika seluruh dunia bergembira menyaksikan letupan bunga api sambutan tahun baharu, di Gaza bunyi letupan sebegitu adalah trauma yang sangat menakutkan.

Beribu nyawa telah hilang.
Beribu rumah telah musnah.
Berjuta harapan telah tiada.

Jangan pernah lupakan saudara kita di Gaza.

Teruskan menyumbang melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-pembelian-khemah-palestin

Teruskan bersama Muslim Care Malaysia. Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya.
Tepat Pada Sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

02 Jan, 05:10


GAZA YANG TELAH MUSNAH MULA DIBANJIRI HUJAN LEBAT

Pasukan Pertahanan Awam Gaza memaklumkan 1,542 rumah dan khemah telah dibanjiri air hujan selepas hujan tanpa henti selama 2 hari ini. Banjir itu naik ada setinggi 30 cm dan menyebabkan ramai rakyat Gaza kesejukan dan kerosakan kepada barangan dan tempat tidur.

Kebanyakan kawasan perkhemahan yang menjadi tempat perlindungan rakyat Gaza banjir tetapi lebih rendah dari 30 cm.

Baca lanjut di sini
https://www.facebook.com/share/p/1ErGba2TZX/

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

02 Jan, 03:29


Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.

Bedah Kitab “Kitab Mutiara Tasawuf Ibnu Ataillah”
Bersama Al Fadhil Ustaz Mohd Fadzil Che Lah

Tarikh : 2 Januari 2025, Khamis
Masa : 1.00 tengahari

Siaran LIVE boleh ditonton di Facebook & Youtube Muslim Care Malaysia Society

Insya-Allah jangan lupa temu janji kita ya.

#MajlisIlmu
#KuliahOnline
#MuslimCareMalaysia

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

01 Jan, 02:41


Selamat Tahun Baharu 2025

Sempena tarikh 1 Januari 2025 pada hari ini, seluruh warga Muslim Care Malaysia merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru kepada semua.

Jom azamkan tahun baru dengan tekad dan keazaman untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik di masa hadapan.

Semoga lebih banyak kebaikan, kebajikan dan kebahagian dapat kita sama-sama sebarkan sesama insan di tahun baharu ini.

Allah berfirman di dalam Al-Quran tang bermaksud;

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,”
(Surah An Nisa : 36)

Teruskan bersama Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya.
Tepat Pada Sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

31 Dec, 14:29


DOA RASULULLAH UNTUK BUMI SHAM

Ya Allah Ya Tuhan kami, berkatilah bagi kami pada Sham kami. Ya Allah Ya Tuhan kami, berkatilah bagi kami pada Yaman kami.

Amin.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

31 Dec, 09:38


MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BAHARU 2025

Marilah bersama-sama kita menyambut kehadiran tahun baru dengan acara penuh keberkatan dan kemeriahan!

📅 Tarikh: Selasa, 31 Disember 2024
🕘 Masa: 9.00 malam
📍 Lokasi: Parkir Lot Depan Pasaraya Wellmart, Taman Gombak Permai

Apa yang menarik?
🎤 Persembahan artis
- Hj Daqmie
- ⁠Bro Man John
🕌 Pengisian rohani dan motivasi
🎆 Cabutan Bertuah Istimewa
🍴 Bihun Sup Special

Jadikan malam ini lebih bermakna dengan kehadiran anda bersama keluarga dan rakan-rakan. Jom kita raikan 2025 dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan!

Sebarkan kepada semua kenalan anda. Jumpa anda di sana, insya-Allah!

#TahunBaru2025

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

31 Dec, 08:58


DOA BULAN REJAB

‎اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

“Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadan.”

Mari kita manfaatkan bulan mulia ini dengan meningkatkan ibadah dan memperbaiki diri. Semoga Allah SWT memberikan keberkatan kepada kita semua.

Amin.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

31 Dec, 05:02


Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.

Bedah Kitab “Muhasabah Untuk Mujahadah”
Bersama Al Fadhil Ustaz Sabran Jamil

Tarikh : 31 Disember 2024, Selasa
Masa : 1.00 tengahari

Siaran LIVE boleh ditonton di Facebook & Youtube Muslim Care Malaysia Society

Insya-Allah jangan lupa temu janji kita ya.

#MajlisIlmu
#KuliahOnline
#MuslimCareMalaysia

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

31 Dec, 01:50


2024 so far in Palestine…

Lebih dari RM 4 JUTA telah Muslim Care Malaysia salurkan untuk bantuan ke Palestin sejak 11 Oktober 2023
Semoga ada sinar baharu untuk Palestin di tahun baharu 2025.

Teruskan menyumbang untuk Palestin melalui pautan ini

https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-10-buah-musolla-palestin

Dari timur ke senggara,
Palestin pasti merdeka.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

30 Dec, 07:31


AGIHAN KIT KEBERSIHAN DI KEM AL MAWASI, GAZA
https://www.youtube.com/watch?v=O4TMoTbWX3k

Peperangan yang berlarutan selama lebih setahun di Gaza turut menyebabkan tersebarnya penyakit berjangkit kerana kawasan sekitar yang kotor dan kekurangan air bersih.

Penduduk Gaza juga kini ketiadaan alat kelengkapan untuk membersihkan diri seperti sabun, berus dan ubat gigi, tuala wanita dan lain-lain.

Menyedari situasi itu, Muslim Care Malaysia (MCM) segera membekalkan 550 kit kebersihan diri kepada penghuni kem pelarian di Al Mawasi, Gaza pada pertengahan Disember 2024.

Setiap satu set kit kebersihan diri itu mengandungi sabun, berus dan ubat gigi, syampu, tuala wanita dan cecair pembasmi kuman.Semua barangan itu adalah sebahagian daripada bantuan musim sejuk bernilai RM400,000 yang berjaya masuk ke Gaza dan dihantar oleh MCM dari Kaherah, Mesir.Barangan lain yang turut dihantar menggunakan tiga kontena termasauk khemah, payung, selimut dan lampin pakai buang untuk kanak-kanak.

Semua itu adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia. Terima kasih atas keprihatinan anda kepada saura kita di Palestin.

Ingat sedekah jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada sasaran, tepat pada masanya.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

30 Dec, 06:41


DUGAAN BESAR CHE YUN LEPAS DENGAN ADANYA PROGRAM HOME2LIVE
https://youtu.be/FjZQaLXvovM

Ibu tunggal tiga anak terbela hidupnya kini dengan terbinanya sebuah rumah di bawah projek Home2live Muslim Care Malaysia.

Che Yun yang menjadi tunjang keluarga kecil mereka kini menanggung 3 orang anaknya dan ibunya yang sakit.

Hasil jariah Tuan Puan semua, kini sebuah rumah telah berjaya kita wakafkan untuk kelangsungan keluarga ini dalam meneruskan kehidupan harian dan melengkapkan rutin ibadah setiap hari.

Semiga setiap jariah dan wakaf yang diinfaqkan akan menjadi saham akhirat yang berpanjang buat Tuan Puan semua.

Teruskan bersama Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya.
Tepat Pada Sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

30 Dec, 05:38


https://vt.tiktok.com/ZS6BPtpsY/

2024 so far in Palestine…

Lebih dari RM 4 JUTA telah Muslim Care Malaysia salurkan untuk bantuan ke Palestin sejak 11 Oktober 2023
Semoga ada sinar baharu untuk Palestin di tahun baharu 2025.

Teruskan menyumbang untuk Palestin melalui pautan ini

https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-10-buah-musolla-palestin

Dari timur ke senggara,
Palestin pasti merdeka.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

29 Dec, 10:58


BEG LAMA SUDAH KOYAK, PERLU BERGANTI

Setiap hari mengendong sejumlah buku sekolah di dalam beg sekolah selama setahun wajarlah untuk beg itu kini berupa lusuh dan terkoyak.

Tahun 2025 ini tarikh masuk ke sekolah berkebetulan hampir dengan tarikh persiapan Ramadan dan Aidilfitri. Pening juga ibu ayah memikirkan kos yang perlu dikeluarkan awal tahun nanti..

Muslim Care Malaysia (MCM) mengajak kepada semua untuk sama-sama membantu anak-anak pelapis generasi hadapan. Sebanyak RM 160,000 diperlukan bagi memastikan anak-anak asnaf dan yang layak dari seluruh negara mampu kembali ke sekolah.

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

Menyumbang dan berjariahlah melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-bag2school

atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)

atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)

Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi.
📲Hotline : 011-50050035
📲En Johari : 016-9978323
📲En Safuan : 013-4886447
📲Cik Suryana : 011-21941194
📲Cik Zuriati : 019-2049434

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya
Tepat Pada Sasaran

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

29 Dec, 10:33


Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ;

"Berpuasalah kalian kerana melihatnya (hilal) dan berhari rayalah kerana melihatnya, jika hilal hilang dari penglihatanmu maka sempurnakan bilangan Sya'ban sampai tiga puluh hari."

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

27 Dec, 10:13


Wahai Allah…

Pada Jumaat terakhir 2024 ini kami panjangkan doa kepada Allah SWT agar seluruh penyumbang Muslim Care Malaysia Society dilimpahi rezeki yang halal dan barakoh dan diganjarkan dengan sebaik-baik ganjaran.

Amin 🤲🏻

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

27 Dec, 03:52


DOA HARI INI

‎اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوْءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari susahnya bala (bencana), hinanya kesengsaraan, keburukan qadha’ (takdir), dan kegembiraan para musuh.”

Amin

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

26 Dec, 12:51


BEG LAMA SUDAH KOYAK, PERLU BERGANTI

Setiap hari mengendong sejumlah buku sekolah di dalam beg sekolah selama setahun wajarlah untuk beg itu kini berupa lusuh dan terkoyak.

Tahun 2025 ini tarikh masuk ke sekolah berkebetulan hampir dengan tarikh persiapan Ramadan dan Aidilfitri. Pening juga ibu ayah memikirkan kos yang perlu dikeluarkan awal tahun nanti..

Muslim Care Malaysia (MCM) mengajak kepada semua untuk sama-sama membantu anak-anak pelapis generasi hadapan. Sebanyak RM 160,000 diperlukan bagi memastikan anak-anak asnaf dan yang layak dari seluruh negara mampu kembali ke sekolah.

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

Menyumbang dan berjariahlah melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-bag2school

atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)

atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)

Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi.
📲Hotline : 011-50050035
📲En Johari : 016-9978323
📲En Safuan : 013-4886447
📲Cik Suryana : 011-21941194
📲Cik Zuriati : 019-2049434

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya
Tepat Pada Sasaran

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

04 Dec, 10:30


JOM BİNA MUSOLLA BERNAMA KELUARGA KITA

Rasulullah SAW bersabda:“Barangsiapa yang membangunkan masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sangkar burung atau lebih kecil dari itu, Allah akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Seribu buah Masjid di Gaza dilaporkan musnah dibom musuh laknatullah sejak 7 Oktober 2023.

Antara yang musnah adalah Masjid Muhammad Al Amin yang dibina oleh Muslim Care Malaysia Society di Khan Younis.

Kini para pelarian perang di Gaza tinggal di dalam khemah-khemah sementara tanpa kemudahan untuk bersolat.

Alhamdulillah wakil MCM di Gaza, saudara Ahmed Abu Ayesh telah mengambil inisiatif untuk membina surau-surau bağı membolehkan saudara-saudara kita bersolat dengan lebih baik dan sempurna.

Surau-surau ini juga dimanfaatkan sepenuhnya dengan menjadikan ia tempat untuk anak-anak berkumpul dan menghafaz Al-Quran.

Dengan kos USD5,500 ianya akan dapat menyediakan sebuah musolla yang selesa sebagai kemudahan beribadat menggantikan masjid-masjid yang telah musnah.

Ayuh kita berwakaf bagi mewujudkan musolla-musolla bağı memudahkan saudara-saudara kita melunaskan kewajipan melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-10-buah-musolla-palestin

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

04 Dec, 02:05


800 ROTI CANAI SIAP UNTUK MANGSA BANJIR
https://youtu.be/nYWv8GN8rlQ

Rantau Panjang menjadi lokasi awal Muslim Care Malaysia Society hadir menyampaikan bantuan awal banjir.

Misi kali ini melibatkan sukarelawan dari Lembah Kelang dan juga dari utara tanah air. “Kitchen Care MCM” telah beroperasi dengan menyediakan makanan panas kepada mangsa-mangsa banjir yang tidak berada di PPS.

Alhamdulillah sarapan pagi sebanyak 800 biji roti canai telah diagihkan dan kemudiannya sukarelawan MCM terus bergotong-royong masak untuk makan tengahari dan dikuti dengan agihan kepada mangsa-mangsa banjir.

Ternyata sumbangan makanan disambut baik dan rata-rata mangsa melahirkan rasa syukur dan berterima kasih di atas bantuan. Bantuan yang dihulurkan turut diagihkan ke kawasan yang masih ditenggelami air.

Semoga dengan usaha ini menjadi asbab untuk para penyumbang meraih ganjaran pahala dan para sukarelawan juga diganjari dengan sebaik-baik ganjaran daripada Allah SWT.

Teruskan menyumbang bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Bagi yang ingin menyumbang dalam bentuk barangan boleh menghantar ke pusat pengumpulan di;
No. 11, Jalan Binjai1A 1A, Sungai Tua Tanah Gentian, 68100, Batu Caves, Selangor.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Waktunya.
Tepat Pada Sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

03 Dec, 16:11


MANGSA BANJIR DI KELANTAN TERIMA BANTUAN MCM

Banjir besar yang melanda dua kampung di Rantau Panjang, iaitu Kampung Bukit Saji dan Kampung Putat 7 sehingga hari ini, 3 Disember 2024 telah mengakibatkan hampir 106 keluarga terjejas.

Kejadian ini menyebabkan penduduk terkandas di rumah masing-masing tanpa bekalan makanan dan keperluan asas. Ketinggian air mencapai paras kepala dan ada yang mencecah hingga ke bumbung rumah.

Baca lanjut di sini
https://www.facebook.com/share/p/19YmiFhBdp/?mibextid=WC7FNe

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

03 Dec, 09:26


MCM HANTAR BANTUAN MAKANAN KE BANDAR ALEPPO,SYRIA

Muslim Care Malaysia (MCM) Turkiye/Syria bertindak pantas menghantar bantuan makanan ke bandar Aleppo yang baru saja berjaya ditawan oleh pasukan pejuang Syria daripada pemerintahan kejam rejim Presiden Bashar al-Assad.

Pasukan itu yang diketuai Pengerusi MCM Turkiye/Syria, Muhammad Khatib akan mengagihkan 10,000 bungkus roti ke beberapa kawasan penempatan penduduk yang dikategorikan sebagai zon merah atau berbahaya.

Baca lanjut di sini
https://www.facebook.com/share/p/18RkEAHXqr/

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

03 Dec, 09:21


Mempunyai kelainan upaya tidak bermakna hak untuk mendapat kehidupan yang sejahtera dinafikan. Malaysia sentiasa bergerak ke arah membina masyarakat yang mesra OKU demi kemakmuran bersama.

Dalam satu hadis yang bermaksud,
“Daripada Saidina Abu Darda RA, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Datangkan kepadaku golongan yang lemah (termasuk kelainan upaya) ini, kerana sesungguhnya kamu diberikan rezeki dan dibantu oleh Allah melalui golongan yang lemah ini.”
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Baca lanjut di sini
https://www.facebook.com/share/p/1APEYpTZDf/

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

03 Dec, 07:59


Untuk mencegah dari terkena bala Allah, jadilah Al-Ghuraba’ yakni orang-orang taat kepada Allah dan melaksanakan ‘Amal Mak’ruf dan Nahi Mungkar’.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

03 Dec, 04:46


Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.

Bedah Kitab “Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman”
Bersama Al Fadhil Ustaz Fazlul Rahimi

Tarikh : 3 Disember 2024, Selasa
Masa : 1.00 tengahari

Siaran LIVE bole ditonton di Facebook & Youtube Muslim Care Malaysia Society

Insya-Allah jangan lupa temu janji kita ya.

#MajlisIlmu
#KuliahOnline
#MuslimCareMalaysia

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

03 Dec, 04:29


MASJID MAQBUL PULAU MABUL 65% SIAP DIBINA

Berkat sumbangan Tuan Puan semua sejak MCM lancarkan kempen untuk pembinaan Masjid Maqbul ini, masjid yang dahulunya uzur kini semakin berseri.

Teruja melihat dari jauh, tukang sedang mengecat bangunan masjid yang 65% siap dibina.

Alhamdulillah.

Dengan terbinanya masjid ini, insya-Allah seramai 300 hingga 500 jemaah mampu muat dalam satu-satu masa.

Baca lanjut di sini
https://www.facebook.com/share/p/1AsJsykKUq/

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

03 Dec, 03:30


SKUAD BANTUAN BANJIR MCM MULA BEROPERASI DI RANTAU PANJANG

Sebanyak 9 buah kereta dari Utara dan Pejabat Muslim Care Malaysia telah berkonvoi menuju ke Pusat Khidmat Rantau Panjang semalam, 2 Disember 2024 bagi menjayakan Operasi Banjir Kelantan.

Pagi ini, semua sukarelawan bertungkus-lumus menyediakan sarapan roti canai kepada 800 orang mangsa banjir.

Baca lanjut di sini
https://www.facebook.com/share/p/1BrQLeyUwY/

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

02 Dec, 05:51


PEPERIKSAAN SPM 2024 BERMULA HARI INI

Buat semua yang menduduki Peperiksaan Lisan SPM hari ini, kami di Muslim Care Malaysia (MCM) ucapkan selamat maju jaya.

Terus melangkah hingga ke garisan penamat biarpun keadaan tidak menyebelahi kita. Pasti ujian hari ini akan menjadikan kalian insan yang lebih empati dan prihatin.

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا، إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Maksudnya: “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

Semoga kalian semua diberikan ketenangan, fokus serta kekuatan untuk menjawab setiap soalan yang diberi.

Sirru ‘ala barakatillah.

Muslim Care Malaysia,
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

02 Dec, 04:52


MCM BUKA PUSAT PENGUMPULAN BARANGAN BANTUAN BANJIR

Banjir di Pantai Timur belum menampakkan tanda-tanda akan reda. Bahkan semua pihak sedang bersiap sedia untuk menghadapi gelombang kedua.

Muslim Care Malaysia (MCM) membuka peluang dan ruang kepada semua rakyat Malaysia untuk sama-sama menyumbang bagi menyempurnakan usaha pengumpulan barangan keperluan dan boleh menghantar ke pusat pengumpulan yang disediakan di Pejabat Operasi kami seperti butiran dibawah;

No. 11, Jalan Binjai 1A, Sungai Tua Tanah Gentian, 68100 Batu Caves, Selangor.

Waktu operasi : Setiap hari
Masa :8 pagi - 5 petang.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung di talian Hotline MCM : 011-500 500 35

Untuk menyumbang boleh berbuat demikian melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-kecemasan-banjir-pantai-timur-1

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

01 Dec, 14:41


90 hari menuju Ramadan.
Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadan 🤲🏻

#ramadan2025
#countdownramadhan

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

01 Dec, 14:04


JENTERA MCM BERSIAP HANTAR BANTUAN BANJIR DI KELANTAN

Kitchen Care dibawah tajaan Muslim Care Malaysia akan beroperasi segera bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat dan terputus bekalan.

Untuk fasa kecemasan ini, nyawa dan keselamatan adalah yang paling penting. Pastinya tiada bekalan
makanan yang sempat dibawa ketika proses pemindahan. Dengan adanya Kitchen Care ini, mudah-mudahan bekalan makanan panas akan sentiasa ada untuk mangsa-mangsa banjir.

Mari bersama-sama MCM kita bantu sedaya upaya saudara kita yang sedang dihimpit kesusahan saat ini.
Sumbanglah sebanyak yang boleh
melalui pautan ini.

https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-kecemasan-banjir-pantai-timur-1

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Waktunya.
Tepat Pada Sasaran

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

30 Nov, 05:10


MISI KEBAJIKAN PULAU KULAPUAN, SABAH
https://vt.tiktok.com/ZSjgSw7W7/

Jauh merentasi Laut Sulu sebelum mampu tiba ke Pulau Kulapuan ini.

Mereka tidak ramai, tetapi mereka ada. Jauh dari kehidupan yang sempurna. Sangat daif dan jauh sekali dari kemodenan.

Muslim Care Malaysia hadir ke Pulau Kulapuan bertanya khabar dan mengagihkan sumbangan makanan kepada keluarga-keluarga di sana.

Insya-Allah lebih banyak sumbangan akan diusahakan buat mereka.

Ingat Muslim Care Malaysia,
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Sasaran.
Tepat Pada Waktunya.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

30 Nov, 03:28


🤲🏻
#prayforbanjirpantaitimur
#prayforkelantan

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

29 Nov, 02:03


DOA HARI JUMAAT

Wahai Tuhanku, jadikan ini hujan terpuji kesudahannya dan menjadi aliran air yang bermanfaat

Ya Allah! kami memohon agar hujan hanya mengelilingi kami dan bukan menimpa ke atas kami. Ya Allah! (alihkan ia) ke atas tempat-tempat tinggi, gunung-ganang dan bukit bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.

Amin.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

28 Nov, 23:00


MERINTIS LEMBARAN BARU MADRASAH TERAPUNG

Lembaran baru operasi Madrasah Terapung Muslim Care Malaysia (MCM) di perairan Pulau Mabul, Sabah mula dirintis dengan sesi mesyuarat khas bersama Penolong Pegawai (Kanan) Daerah Senporna, Tuan Abdul Azis Abdul Bool.

Baca lanjut di sini

https://www.facebook.com/100064325754514/posts/pfbid02iMHTpnagq7GenDX8DZNnQWEWhe5f1Rvz1w5uMUPKHSfc9VrMAzYsUYvDsSkPvkktl/?mibextid=WC7FNe

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

28 Nov, 01:04


Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.

Bedah Kitab "Perjalanan Menuju Akhirat"
Bersama Al Fadhil Ustaz Muaz Hasan

Tarikh : 28 November 2024, Khamis
Masa : 1.00 tengahari

Siaran LIVE bole di tonton di Facebook & Youtube Muslim Care Malaysia Society

Insya-Allah jangan lupa temu janji kita ya.

#MajlisIlmu
#KuliahOnline
#MuslimCareMalaysia

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

27 Nov, 23:38


Ikuti slot wawancara Bicara Kemanusiaan bersama Tuan Mohd Johari Ismail, Timbalan Presiden MCM di saluran radio Klasik RTM pada

Hari Jumaat
29 November 2024
3.40 petang
Saluran Radio Klasik RTM

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.

#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

27 Nov, 23:30


PERJALANAN 80KM UNTUK KASIH ASNAF BANK RAKYAT BERSAMA MCM

“Saya keluar rumah pada jam 5.30 pagi untuk datang ke program ini dan amat bersyukur dengan sumbangan yang saya terima hari ini.”

Itu kata Encik Sevrinus Truly, dari Kampung Dalit yang jaraknya kira-kira 80 kilometer dari Dewan Masyarakat Sook, Keningau Sabah, lokasi Kasih Asnaf Bank Rakyat Bersama Muslim Care Malaysia (MCM).

Program berlangsung pada 27 November 2024 membabitkan penyerahan pek makanan kepada 300 penerima dan beg sekolah beserta alat tulis kepada 200 murid.

Baca lanjut di sini
https://www.facebook.com/share/p/14KUtTeqRm/?mibextid=WC7FNe

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

27 Nov, 23:20


BANJIR MELUMPUHKAN SEGALA URUSAN KEHIDUPAN

Bencana banjir telah melanda pantai timur dan menyebabkan hampir Kelantan dan sebahagian Terengganu mulai ditenggalami air. Negeri Johor juga dilaporkan turut mengalaminya . Paras air banjir naik tinggi dengan cepat melepasi paras air bahaya.

Mangsa banjir di Kelantan kini mencecah lebih 24,000 orang melibatkan lebih 7000 keluarga orang setakat jam 11 malam 28.11.2024. Hampir seluruh daerah di Kelantan dan beberapa di Terengganu dilaporkan air terus naik dengan hujan masih turun.

Kitchen Care dibawah tajaan Muslim Care Malaysia akan beroperasi segera bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat dan terputus bekalan.

Untuk fasa kecemasan ini, nyawa dan keselamatan adalah yang paling penting. Pastinya tiada bekalan makanan yang sempat dibawa ketika proses pemindahan. Dengan adanya Kitchen Care ini, mudah-mudahan bekalan makanan panas akan sentiasa ada untuk mangsa-mangsa banjir.

Mari bersama-sama MCM kita bantu sedaya upaya saudara kita yang sedang dihimpit kesusahan saat ini.
Sumbanglah sebanyak yang boleh melalui pautan ini

https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-kecemasan-banjir-pantai-timur-1

atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)

atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)

Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi.
📲Hotline : 011-50050035
📲En Johari : 016-9978323
📲En Safuan : 013-4886447
📲Cik Suryana : 011-21941194
📲Cik Zuriati : 019-2049434

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya. Tepat Pada Sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

26 Nov, 23:02


MCM JADIKAN IMPIAN JANI MILIKI RUMAH SENDIRI SATU KENYATAAN

Kini, 11 anak dan 4 cucu pasangan Jani Marsun, 62 dan Juliah Adoi, 49, tidak tidur berhimpit-himpit lagi.

“Terima kasih kepada Muslim Care Malaysia (MCM) kerana menjadikan impian saya memiliki rumah sendiri satu kenyataan,” kata Jani di majlis penyerahan rasmi rumahnya di Kampung Dumpiring Bawah, Kundasang, Sabah pada 26 November 2024.

Majlis ringkas penyerahan rumah tiga bilik berharga RM120,000 itu kepada Jani disempurnakan Setiausaha Agung MCM, Ahmad Safuan Ujar. Hadir sama, Exco MCM Tuan Asri Tuan Hussein.

Baca lanjut di sini
https://www.facebook.com/share/p/15dtATQyuR/?mibextid=WC7FNe

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

26 Nov, 14:46


MUSIM HUJAN RANAPKAN KHEMAH TEMPAT BERLINDUNG

Terpaksa tinggal di dalam khemah sudah cukup menyeksakan dan kini kesengsaraan semakin berganda apabila khemah masing-masing koyak akibat hujan atau diterbangkan angin kencang menjelang tibanya musim sejuk.

Begitulah ujian terkini yang perlu dihadapi kira-kira 1 juta penduduk Gaza yang hampir kesemuanya sudah tiada rumah akibat musnah dibom tentera Zionis Israel.

Sejak serangan yang kini sudah melebihi setahun, mereka hidup dengan berlindung di dalam khemah diperbuat daripada plastik atau kain dan dibina di kawasan lapang termasuk di tepi pantai.

Seperti biasa sebelum tiba musim sejuk pada penghujung tahun, angin bertiup lebih kencang daripada biasa dan jumlah hujan juga meningkat.

Keadaan itu menyebabkan khemah yang menjadi tempat tinggal mereka koyak atau diterbangkan angin.

Ayuh infakkan sebahagian daripada rezeki anda dengan menyumbang kepada Muslim Care Malaysia (MCM) bagi membeli khemah untuk saudara kita di Gaza.

Jangan biarkan mereka terus derita. MCM mensasarkan untuk membekalkan sekurang-kurangnya 500 unit khemah yang setiap satu berharga AS$300 atau RM1,500, menjadikan jumlah keseluruhan RM750,000.

Sumbangan bokeh disalurkan melalui pautan ini

https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-pembelian-khemah-palestin

atau ke akaun Muslim Care Malaysia 564490211159 (Maybank) atau RHB Islamic Bank 26212000004747.

Ingat sedekah jariah, ingat Muslim Care Malaysia. Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepast Pada Sasaran, Tepat Pada Masanya.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

26 Nov, 05:23


🔴 LIVE Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.

Bedah Kitab “Kisah Kitab-Kitab Al-Quran Al-Karim”
Bersama Al Fadhil Ustaz Abdul Mu’izz Muhammad

Tarikh : 26 November 2024, Selasa
Masa : 1.00 tengahari

Siaran LIVE boleh ditonton di Tiktok & Youtube Muslim Care Malaysia Society

1) Youtube Muslim Care Malaysia Society

https://www.youtube.com/live/xG5Py5u5xEc?si=4qO3srFagc43XHcC

2) Tiktok Muslim Care Malaysia Society

https://vt.tiktok.com/ZSjXgHtkm/

#MajlisIlmu
#KuliahOnline
#MuslimCareMalaysia

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

20 Nov, 15:15


“ Telah datang Bulan Ramadhan, bulan penuh berkah, maka Allah mewajibkan kalian untuk berpuasa pada bulan itu, saat itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, para setan diikat dan pada bulan itu pula terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan.”
(Hadith Riwayat Ahmad)

#countdownramadan2025
#ahlanyaramadan
#muslimcaremalaysia

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

20 Nov, 01:17


Air bagaikan emas di Gaza.
Sangat sukar diperolehi dan sangat-sangat diperlukan.


Sebar luaskan video ini dan bantulah mereka sedaya upaya.

Dari timur ke senggara,
Palestin pasti MERDEKA!

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

19 Nov, 03:10


Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.

Bedah Kitab “Kitab Materi Pengajian Setahun”
Bersama Al Fadhil Ustaz Salehuddin Mohd Nasir

Tarikh : 19 November 2024, Selasa
Masa : 1.00 tengahari

Siaran LIVE boleh ditonton di Facebook & Youtube Muslim Care Malaysia Society

Insya-Allah jangan lupa temu janji kita ya.

#MajlisIlmu
#KuliahOnline
#MuslimCareMalaysia

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

18 Nov, 04:04


PERIKSA 100 PESAKIT DALAM MASA DUA HARI
https://www.youtube.com/watch?v=g0MHzx-EiUY

Biarpun masa diperuntukkan tidak sampai dua jam, alhamdulillah tiga doktor perubatan yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Palestin Muslim Care Malaysia (MCM) mampu melakukan memeriksa lebih hampir 100 pesakit.

Sesi pemeriksaan kesihatan itu berlangsung dua hari berturut-turut di dua kawasan penempatan pelarian Palestin di Jordan iaitu Husain dan Wahdah pada 13 dan 14 November 2024.

Tiga doktor terbabit ialah Dr Mohd Ehsan Hakimi dan Dr Diyana Ahmad dari Klinik Syifa’ 24 Jam dan Dr Bazli Bakar yang kini beralih ke bidang korporat dengan jawatan terkini Naib Presiden RHB Bank.

“Pada hari pertama, pesakit tak ramai. Tak sampai 10 orang semuanya wanita tapi masalah kesihatan mereka agak rumit termasuk ada yang mengalami tekanan perasaan.

“Pada hari kedua pula, semua yang hadir adalah kanak-kanak. Alhamdulillah, tiada yang mengalami masalah kesihatn serius kecuali seorang yang menghidap tonsil,” katanya.

Dr Mohd Ehsan yang pertama kali mengikuti misi bantuan kemanusiaan MCM berkata, biarpun agak penat tetapi ia pengalaman menyeronokkan dan berharga buat beliau.
PERIKSA 100 PESAKIT DALAM MASA DUA HARI

Biarpun masa diperuntukkan tidak sampai dua jam, alhamdulillah tiga doktor perubatan yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Palestin Muslim Care Malaysia (MCM) mampu melakukan memeriksa lebih hampir 100 pesakit.

Sesi pemeriksaan kesihatan itu berlangsung dua hari berturut-turut di dua kawasan penempatan pelarian Palestin di Jordan iaitu Husain dan Wahdah pada 13 dan 14 November 2024.

Tiga doktor terbabit ialah Dr Mohd Ehsan Hakimi dan Dr Diyana Ahmad dari Klinik Syifa’ 24 Jam dan Dr Bazli Bakar yang kini beralih ke bidang korporat dengan jawatan terkini Naib Presiden RHB Bank.

“Pada hari pertama, pesakit tak ramai. Tak sampai 10 orang semuanya wanita tapi masalah kesihatan mereka agak rumit termasuk ada yang mengalami tekanan perasaan.

“Pada hari kedua pula, semua yang hadir adalah kanak-kanak. Alhamdulillah, tiada yang mengalami masalah kesihatn serius kecuali seorang yang menghidap tonsil,” katanya.

Dr Mohd Ehsan yang pertama kali mengikuti misi bantuan kemanusiaan MCM berkata, biarpun agak penat tetapi ia pengalaman menyeronokkan dan berharga buat beliau.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

15 Nov, 08:24


MUSIM SEJUK MENAMBAH BURUK KONDISI DI PALESTIN

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan krisis kebuluran pada musim sejuk di Palestin akan memberi impak buruk kepada lebih dari 345,000 rakyat Palestin.

Ini berikutan penurunan penghantaran bantuan masuk ke tanah suci itu.

Bukan itu sahaja, bahkan pertanian yang ada juga telah lumpuh dan infrastruktur sedia ada semuanya telah musnah.

Menambah derita rakyat Palestin, rata-rata penduduk sudah tiada wang untuk membeli apa-apa.

Muslim Care Malaysia (MCM) melancarkan kempen Musim Sejuk Palestin bagi membekalkan keperluan musim sejuk seperti baju sejuk, stokin, selimut dan lain-lain yang berkaitan.

Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya:

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Marilah sama-sama kita menyumbang kepada saudara kita di Palestin melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/misi-bantuan-musim-sejuk-palestin

atau scan QR di poster.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya. Tepat Pada Sasaran

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

15 Nov, 08:19


DUTA MALAYSIA DI JORDAN AJAK MCM SANTUNI KANAK-KANAK PALESTIN

Duta Malaysia di Jordan mencadangkan Muslim Care Malaysia (MCM) melakukan program khas untuk anak-anak Palestin di negara itu.

Tuan Yang Terutama (TYT) Mohamad Nasri Abdul Rahman berkata, program bersifat ‘trauma healing’ dirasakan paling sesuai kerana ia mudah tapi berkesan.

Baca lanjut di sini
https://www.facebook.com/share/p/19NT2QvUnS/

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

15 Nov, 04:49


MCM SUMBANG PEK MAKANAN KEPADA 400 KELUARGA PALESTIN DI JORDAN
https://youtu.be/yJ1ImsxXxnM

Empat ratus keluarga Palestin di dua penempatan di Amman, Jordan menerima pek makanan bernilai RM80,000 sumbangan Muslim Care Malaysia (MCM) pada 14 November 2024.

Ia sebahagian daripada pengisian Misi Bantuan Musim Sejuk Palestin 2024 dari 9 hingga 17 November membabitkan tiga lokasi iaitu Kaherah, Mesir; Amman, Jordan dan Damsyik, Syria.

Di Amman, dua kawasan tempat tinggal rakyat Palestin yang menjadi lokasi program ialah kawasan penempatan Husain dan Wahdah.

Setiap satu penempatan berkeluasan kira-kira 4 kilometer persegi, dihuni kira-kira 8,000 keluarga yang berhijrah ke situ sejak tahun 1960-an lagi.

Setiap pek makanan yang diagihkan mengandungi 15 barangan termasuk minyak masak, beras, kacang dan rempah ratus.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

15 Nov, 02:52


DOA PAGI JUMAAT

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari susahnya bala (bencana), hinanya kesengsaraan, keburukan qadha' (takdir), dan kegembiraan para musuh.

Amin 🤲

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

14 Nov, 06:42


HARI KE-404 PALESTIN DISERANG

Kementerian Kesihatan melaporkan seramai 43,712 rakyat Palestin yang telah syahid, manakala 103,258 telah cedera.

Perjuangan masih belum tamat.
Palestin mesti dibebaskan.

Teruskan bersama-sama Muslim Care Malaysia, kita bantu saudara kita di sana dengan menyumbang melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-kecemasan-palestin

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

14 Nov, 05:30


AYUH KEMBALIKAN SENYUMAN SAJA
https://youtu.be/YKfp9bvg2j8

Peserta Misi Bantuan Musim Sejuk Palestin 2024 Muslim Care Malaysia (MCM) berkesempatan menziarahi empat rumah yang dihuni enam keluarga di beberapa
lokasi di pinggir bandar Kaherah pada 11 November 2024.

Paling meruntun hati ialah kesengsaraan adik Saja berusia 5 tahun yang mukanya terbakar teruk selepas rumah keluarganya di Gaza dibom pada Mac tahun ini.

Saja ibarat mati hidup semula apabila berjaya dikeluarkan daripada runtuhan bangunan 10 tingkat yang menempatkan rumahnya.

Peserta misi, Dr Mohd Ehsan Hakimi dari Klinik Syifa’ 24 Jam yang memeriksa gadis kecil itu berkata, Saja mengalami kecederaan melecur tahap tiga yang bukan saja pada kulit tetapi juga tulang dan otot di mukanya.

Menurutnya, Saja perlu menjalani sekurang-kurangnya tiga pembedahan lagi termasuk pembedahan plastik untuk menghilangkan parut di mukanya.

“Saja kini susah untuk makan dan kulit mukanya juga tak boleh terdedah kepada cahaya matahari. Jadi, pembedahan perlu dilakukan segera. Jika tidak parut di mukanya akan keras dan menjadi cacat kekal,” katanya.

Selain Saja, seorang lagi gadis cilik yang memerlukan bantuan ialah Maya berusia empat tahun yang kehilangan kepala lutut, juga akibat ledakan bom.

Akibatnya, kaki kanan Maya kini pendek 13cm berbanding kaki kiri dan keadaan ini menyukarkan pergerakannya.

Terdapat hampir 100,000 warga Gaza kini berada di wilayah berjiran, Kaherah, Mesir selepas Taufan al-Aqsa tercetus pada 7 Oktober 2023.

Jika tidak kerana terpaksa pastinya mereka tidak meninggalkan Gaza, sebaliknya terus bertahan di sana biarpun sedar risiko kematian teramat tinggi.

Dalam kes Saja, hanya ibu dan adiknya yang berhijrah ke Kaherah dengan matlamat untuk merawat kecederaan kanak-kanak itu manakala ayahnya masih meneruskan kehidupan di Gaza.

Sementera itu, Presiden MCM Tuan Haji Zulkifli Wahijan berkata pihaknya akan mengambil inisiatif untuk membantu menampung kos rawatan Saja yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM150,000.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

14 Nov, 05:20


TERIMA KASIH MALAYSIA SEDIAKAN KEPERLUAN KAMI

Barakallahhufikum..

Begitulah doa rakyat Palestin kepada rakyat Malaysia yang sentiasa bermurah hati membantu rakyat Palestin sejak hari pertama perang sehingga hari ini.

Melebihi 400 hari peperangan di Gaza terus berlaku tanpa henti. Musim demi musim telah berlalu. Bakal tiba tidak lama lagi ialah musim sejuk.

Musim yang pasti lebih memeritkan untuk dilalui.

Teruskan salur bantuan kepada saudara kita di Gaza melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/misi-bantuan-musim-sejuk-palestin

Semoga dengan bantuan yang disalurkan, akan menyelamatkan lebih banyak nyawa yang sedang dizalimi.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya.
Tepat Pada Sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

12 Nov, 02:57


BANTUAN KE GAZA: ALHAMDULILLAH ALLAH BERIKAN JALAN
https://youtu.be/y2sGN9bWGZM

Ketika semua laluan penghantaran bantuan ke Gaza dikatakan tertutup, Muslim Care Malaysia (MCM) dihadirkan berita gembira apabila 5.5 tan daging korban sejuk beku yang dihantar hampir tiga bulan lalu berjaya tiba di Gaza, baru-baru ini.
Perkembangan positif itu menyuntik keyakinan MCM untuk menghantar bantuan musim sejuk ke Gaza melalui Kaherah, Mesir.

“Alhamdulillah..Allah menunjukkan kita jalan. Kami diberitahu barangan ini akan sampai ke Gaza dalam
masa masa masimum sebulan biarpun jarak Kaherah - Gaza tidak sampai 500km,” kata Presiden MCM Tuan Haji Zulkifli Wahijan

Misi penghantaran bantuan musim sejuk di Kaherah itu disertai 15 orang termasuk wakil sebahagian daripada rakan strategik MCM iaitu Pertubuhan Lestari Ummah, Klinik Syifa’ 24 Jam, Pertubuhan Maktabah Albakri dan Surau Almuhsinin Petronas.

Antara aktiviti utama misi dari 9 sehingga 17 November 2024 itu ialah mempersiapkan barangan bantuan untuk dimuat naik ke atas tiga lori kontena di sebuah gudang di pinggir bandar raya Kaherah sebelum barangan itu dihantar ke Gaza.
Haji Zulkifli berkata, antara barangan yang dihantar ialah 100 unit khemah yang setiap satu boleh memuatkan sehingga 10 orang.

“Kami juga menghantar 1,800 pek lampin pakai buang, 550 kit kebersihan diri, selimut dan payung.” katanya.
Kos semua barang itu mencecah RM400,000 dan MCM turut menghantar wang tunai berjumlah lebih RM150,000 kepada wakil MCM di Gaza, Abu Ayesh untuk kos pembelian makanan untuk diagihkan kepada penduduk Gaza.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

11 Nov, 08:12


TIDUR HANYA DUA JAM SEHARI
https://www.youtube.com/watch?v=vdF356JXt_8

Sudah dua kali pembedahan memasang besi di paha kirinya dilakukan, namun Abdul Hamid masih belum pulih dan hanya mampu terlantar di atas tilam usang di rumah sewanya.

Adakalanya, sakit yang amat sangat menyebabkan Abdul Hamid hanya melelapkan mata dua jam sehari.

Demikian nasib malang yang dilalui rakyat Palestin berusia 31 tahun itu selepas rumahnya di Gaza dibom tentera Zionis Israel kira-kira setahun lalu.

Abdul Hamid berjaya dibawa keluar dari Gaza dan kini berada di Kaherah, Mesir untuk menjalani rawatan, namin selepas tujuh bulan pembedahan dilakukan, dia masih belum pulih.

Doktor perubatan yang menyertai misi Bantuan Musim Sejuk Palesti 2024, Dr Mohd Ehsan Hakimi dan Dr Diyana Ahmad melakukan pemeriksaan ke atas Abdul Hamid dan mendapati pemuda itu amat memerlukan rawatan susulan.

“Berdasarkan imej x-ray terkini yang ditunjukkan, jelas tulang pahanya belum bercantum biarpun sudah dimasukkan besi.

“Jadi dia perlukan rawatan susulan atau mungkin satu pembedahan untuk membetulkan keadaan tulangnya,” kata Dr Mohd Ehsan dari Klinik Syifa’ 24 Jam yang menjadi salah satu rakan strategik MCM.

Presiden MCM, Tuan Haji Zulkifli Wahijan berkata pihaknya sedang memikirkan cara terbaik untuk membantu menampung kos pembedahan Abdul Hamid yang dianggarkan sekitar RM60,000.

“Kalau perlu, mungkin kita akan membawa Abdul Hamid mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur,” katanya.

Ziarah ke atas rakyat Palestin di Kaherah yang hidup susah dan memerlukan bantuan adalah sebahagian daripada program Misi Bantuan Musim Sejuk Palestin 2024 MCM dari 9 hingga 17 November membabitkan 17 peserta.

Selain itu, turut diadakan forum mengenai Palestin bersama pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir yang dihadiri hampir 100 pelajar.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

11 Nov, 00:24


MUSLIM CARE MALAYSIA DISAMBUT MESRA OLEH PELAJAR MALAYSIA DI MESIR
https://www.youtube.com/watch?v=rzT-1m1hVP0

Alhamdulillah delegasi Muslim Care Malaysia telah selamat sampai ke Cairo dan disambut mesra oleh pelajar Malaysia di Mesir.

Doakan perjalanan dan misi kali ini berjalan lancar insya-Allah.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya.
Tepat Pada Sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

10 Nov, 23:52


BANTUAN MUSIM SEJUK FOKUS UTAMA TERKINI MCM
https://www.youtube.com/watch?v=n-wjMWCO5vA

Keadaan di Palestin kini telah tiba musim sejuk. Kondisi ini menambahkan lagi jumlah kebuluran dan kesusahan yang sedia ada.

Seramai 15 orang delegasi Muslim Care Malaysia berlepas ke Mesir. Melalui Mesir, bekalan bantuan akan dicari sebanyak mungkin berupa selimut, stokin, khemah, lampin pakai buang, susu dan lain-lain.

Terbaru, sebanyak 6.5 tan daging korban sejuk beku telah berjaya kita hantar kepada saudara kita di Gaza.

Marilah sekali lagi bersama-sama MCM, kita bantu sedaya upaya kita dengan menyumbang sempena Kempen Musim Sejuk Palestin melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/misi-bantuan-musim-sejuk-palestin

Semua sumbangan Tuan Puan, kami sangat hargai. Semoga setiap daripadanya bernilai ibadah dan menjadi saham menuju ke syurga.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

09 Nov, 01:20


MISI BANTUAN MUSIM SEJUK PALESTIN BERLEPAS HARI INI

Peserta Misi Bantuan Musim Sejuk Palestin Muslim Care Malaysia (MCM) seramai 15 orang berlepas ke Kaherah, Mesir pada 9 November 2024.

Presiden MCM yang juga ketua misi Tuan Haji Zulkifli Wahijan berkata, selain Kaherah, peserta misi dijadual turut berkunjung ke Amman, Jordan dan Damsyik, Syria.

Beliau berkata, peserta misi selama lapan hari itu membabitkan pelbagai latar belakang termasuk mantan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Albakri yang juga Penasihat MCM.

Baca lanjut di sini

https://www.facebook.com/share/19PtaBCGAf/?mibextid=WC7FNe

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

08 Nov, 05:10


KALAU KITA TIDAK BANTU, SIAPA LAGI?

Sudah lebih daripada RM7 JUTA telah Muslim Care Malaysia salurkan kepada Palestin. Dana hasil sumbangan Tuan Puan ini telah menyediakan makanan panas, air bersih, ubat-ubatan, susu untuk bayi dan banyak lagi.

Sehingga hari ini, masih belum ada tanda-tanda peperangan ini akan tamat. Walaupun penat, takut dan fobia menghantui mereka saban waktu, mereka tetap terus utuh bcuba bertahan di tanah keramat amanah yang mesti dipertahankan.

Menurut satu kajian yang disokong oleh PBB, Sekitar 345,000 rakyat Palestin di Ghaza akan menghadapi kelaparan “catastrophic” musim sejuk ini disebabkan oleh kekurangan dalam penghantaran bantuan. Laporan tersebut memberi amaran tentang risiko kebuluran yang berterusan di seluruh kawasan Ghaza yang dilanda perang.

Delegasi MCM akan berlepas ke Mesir 9 November 2024 ini bagi mendapatkan bekalan bantuan musim sejuk untuk dihantar ke Ghaza. Antara yang akan dibeli ialah ubat-ubatan, susu dan lampin, khemah, kasut dan stokin serta baju sejuk. Sebanyak RM500,000 diperlukan bagi menjayakan misi kali ini.

Marilah bersam-sama Muslim Care Malaysia kita bekalkan bantuan musim sejuk untuk saudara kita yang sedang kesejukan melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/misi-bantuan-musim-sejuk-palestin

Allah SWT berfirman dalam surah An Nahl ayat 90 yang bermaksud,
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat kebajikan, dan memberikan bantuan kepada kerabat. Dia (juga) melarang perbuatan keji, kemungkaran, dan permusuhan. Dia memberi pelajaran kepadamu agar kamu selalu ingat."

Semoga Allah juga melimpahkan keberkahan kepada semua penderma budiman dan beriman.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya.
Tepat Pada Sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

08 Nov, 03:31


DOA PAGI JUMAAT

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta).”

Amin

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

07 Nov, 09:28


Al-EMAAN ISLAMIC CENTRE PERLUKAN KUBUR

Islam merupakan agama kedua terbesar di United Kingdom dengan 2,400,000 (atau 4.0% jumlah penduduk) adalah Muslim dan menjadi pilihan ramai di sana.

Antara lokasi yang mempunyai ramai umat Islam ialah di Bromleh, Kent, UK dimana sebuah gereja kini bertukar menjadi Pusat Islam dan sangat bermanfaat buat masyarakat Islam setempat.

Pusat Islam ini menjadi pilihan umat Islam sekitar dan pernah direkodkan jemaah yang hadir mencecah 1000 orang di bulan Ramadan dan sekurang-kurangnya 600 jemaah hadir setiap minggu di Pusat Islam ini menunaikan solat Jumaat dan pelbagai aktiviti telah dijalankan di Pusat Islam dalam usaha memanfaatkan sepenuhnya fasiliti yang ada. Antaranya ialah halaqah remaja secara mingguan, pengurusan jenazah, majlis akad nikah, forum, usrah, sesi kaunseling bagi yang memerlukan dan kuliah agama.

Namun pertambahan populasi umat Islam terdapat keperluan untuk mewujudkan tanah perkuburan dan sebagai langkah ke arah itu pihak pengurusan masjid telah melancarkan dana wakaf khusus untuk pembelian tanah yang akan menjadi perkuburan Islam.

Rasulullah SAW bersabada yang bermaksud:
“Apabila telah mati seorang manusia, maka terputuslah baginya pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Muslim Care Malaysia menerima permohonan dan mengambil tanggungjawab atas nama persaudaraan Islam dan mengajak kepada semua umat Islam yang ada lebihan rezeki untuk berwakaf untuk pembelian tanah kubur melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-wakaf-tanah-kubur-united-kingdom

atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)

atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)

Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi.
📲Hotline : 011-50050035
📲En Johari : 016-9978323
📲En Safuan : 013-4886447
📲Cik Suryana : 011-21941194
📲Cik Zuriati : 019-2049434

Semoga setiap jariah dan wakaf yang disumbangkan akan menjadi saham akhirat berpanjangan buat Tuan Puan yang baik hati.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya.
Tepat Pada Sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

07 Nov, 06:00


TAMAN SYURGA ONLINE

Bedah Kitab "Kitab Mutiara Tasawuf Ibnu Ataillah"
oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadzil Che Lah

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.

#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
#kuliahagama
#Islamforall

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

07 Nov, 05:08


TAMAN SYURGA ONLINE

Berhenti sejenak dan marilah sama-sama kita Ikuti kupasan berkaitan 

Bedah Kitab "Kitab Mutiara Tasawuf Ibnu Ataillah"
oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadzil Che Lah

🎥 Live di Facebook MCM
https://www.facebook.com/share/v/19QKvYHuEw/?mibextid=WC7FNe

Jom Dengar Kuliah!

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.

#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
#kuliahagama
#Islamforallh

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

07 Nov, 04:05


Inilah suasana kawasan penempatan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Mawasi Khan Yunis. Berlindung hanya di bawah khemah-khemah nipis sambil menanti penuh debar ketibaan musim sejuk yang keras di celah peritnya perang pemusnahan yang masih berterusan.

Marilah sama-sama kita bantu mereka mendepani musim sejuk ini dengan membelikan stokin, selimut dan baju sejuk melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/misi-bantuan-musim-sejuk-palestin

Teruskan bersama Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya.
Tepat Pada Sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

07 Nov, 02:13


Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.

Bedah Kitab "Kitab Mutiara Tasawuf Ibnu Ataillah”
Bersama Al Fadhil Ustaz Mohd Fadzil Che Lah

Tarikh : 7 November 2024, Khamis
Masa : 1.00 tengahari

Siaran LIVE boleh ditonton di Facebook & Youtube Muslim Care Malaysia Society

Insya-Allah jangan lupa temu janji kita ya.

#MajlisIlmu
#KuliahOnline
#MuslimCareMalaysia

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

06 Nov, 00:14


Madrasah Terapung Medan Ilmu Palaut

Cetusan idea Muslim Care Malaysia Society telah mengangkat martabat ilmu anak-anak bajau yang keciciran dari arus perdana pendidikan.

Setelah hampir 2 tahun beroperasi hasıl sumbangan orang ramai, badan-badan kebajikan dan beberapa badan swasta kini sebahagian pelajar di kalangan anak-anak bajau laut di sekitar perairan Pulau Mabul telah pun mampu mengenal Allah dan Islam serta telah mampu membaca Surah Al-Fatihah dengan lancar.

Semoga dengan kejayaan ini menjadi asbab untuk seluruh para penyumbang beroleh hasanah yang berpanjangann.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Waktunya.
Tepat Pada Sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

05 Nov, 00:57


Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.

Bedah Kitab "Kisah Kitab-Kitab Al-Quran Al-Karim”
Bersama Al Fadhil Ustaz Abdul Mu’izz Muhammad

Tarikh : 26 November 2024, Selasa
Masa : 1.00 tengahari

Siaran LIVE boleh ditonton di Facebook & Youtube Muslim Care Malaysia Society

Insya-Allah jangan lupa temu janji kita ya.

#MajlisIlmu
#KuliahOnline
#MuslimCareMalaysia

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

04 Nov, 05:49


Sayu hati melihat anak-anak Palestin beratur seawal jam 5 pagi demi mendapatkan bekalan air bersih.

Pernah mereka beratur beberapa hari lepas, dari jam 5 pagi hingga 10 pagi barulah bekalan air tiba.

5 jam beratur tanpa ketahui apa kadar rezeki mereka pada hari itu.

Hari ini juga begitu. Belum tentu ada air untuk mereka, namun mereka masih mahu menunggu. Berharap ada air bersih untuk mereka.

Bantu pasukan Muslim Care Malaysia-Palestin kami di sana untuk dapatkan bekalan air bersih dengan lebih kerap dengan menyumbang melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/susu-4-gaza

Mudah-mudahan berkat jariah Tuan Puan, lebih ramai akan terus mampu bertahan memperjuangkan bumi Al-Quds.

Dari timur ke senggara,
Palestin pasti MERDEKA!

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

28 Oct, 09:28


MUSIM SEJUK MENAMBAH BURUK KONDISI DI PALESTIN

PBB mendedahkan krisis kebuluran pada musim sejuk di Palestin akan memberi impak buruk kepada lebih dari 345,000 rakyat Palestin.

Ini berikutan penurunan penghantaran bantuan masuk ke tanah suci itu.

Bukan itu sahaja, bahkan pertanian yang ada juga telah lumpuh dan infrastruktur sedia ada semuanya telah musnah.

Menambah derita rakyat Palestin, rata-rata penduduk sudah tiada wang untuk membeli apa-apa.

MCM melancarkan kempen Musim Sejuk Palestin bagi membekalkan keperluan musim sejuk seperti baju sejuk, stokin, selimut dan lain-lain yang berkaitan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud;
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

25 Oct, 02:17


DOA PAGI JUMAAT

 Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.

Amin

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

24 Oct, 11:26


SEKOLAH SIAP TANPA KERUSI MEJA

Dianggarkan lebih daripada 20,000 orang Islam tinggal di sekitar daerah Tboung Khmum.

Namun, ramai umat Islam di Kemboja tidak mendapat pendidikan agama yang formal disebabkan kekangan kewangan.

Hasil sumbangan Tuan Puan semua, kita telah berjaya menyiapkan sebuah kompleks 2 tingkat yang mempunyai 8 buah kelas. Dianggarkan lebih daripada 500 pelajar akan menerima manfaat dengan kewujudan kelas-kelas yang akan diadakan nanti.

Bagi merealisasikan impian anak-anak Islam ini, sama-sama kita menyumbang untuk melengkapkan kelengkapan dalam kelas seperti meja, kerusi, papan hitam, kipas, lampu dan sistem pendawaian yang baik.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
(Riwayat Muslim, al-Nasa’i, al-Tirmizi dan Abu Daud)

Ayuh bersama Muslim Care Malaysia, kita bantu anak-anak di Tboung Khmum mendapat pendidikan agama yang lebih baik melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-sekolah-al-farabi-kemboja

atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)

atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)

Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi.
📲Hotline : 011-50050035
📲En Johari : 016-9978323
📲En Safuan : 013-4886447
📲Cik Suryana : 011-21941194
📲Cik Zuriati : 019-2049434

Semoga dengan bantuan yang dihulurkan akan menjadi saham akhirat yang berpanjangan buat semua penyumbang yang baik hati dan beriman.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

24 Oct, 05:20


TAMAN SYURGA ONLINE

Berhenti sejenak dan marilah sama-sama kita Ikuti kupasan berkaitan 

Bedah Kitab "Kitab 40 Nasihat Untuk Siyasah"
oleh Al-Fadhil Ustaz Najhan Halim

🎥 Live di Facebook MCM
https://www.facebook.com/share/v/HWasNubYfBxXrZkz/

🎥 Live di Youtube MCM
https://www.youtube.com/live/ZBAFImhMmq0?si=dxGM0zMjTHzFc5zK


Jom Dengar Kuliah!

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.

#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
#kuliahagama
#Islamforall

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

24 Oct, 03:44


MCM & MALBAT BANTU LEBANON
https://www.facebook.com/share/v/TYKqZuCiCBFaNTfh/

Muslim Care Malaysia Society (MCM) dengan kerjasama MALBATT 850-12 akan membawa bersama barangan bantuan perubatan sumbangan MCM untuk manfaat rakyat Lebanon yang mengalami kecederaan akibat peperangan.

Seramai 850 anggota terlibat dalam misi pengaman di bawah United Nation (UN) dan akan berada di lapangan selama setahun dan dijadualkan berangkat pada November 2024.

Antara paralatan perubatan yang akan dibawa belayar bersama MALBATT 850-12 ialah; katil hospital, kerusi roda, tongkat dan beberapa kelengkapan lain lagi. Majlis penyerahan telah diadakan di Perkampungan MALBATT 850-12 di Port Dickson pada 23 Oktober 2024.

Kehadiran MCM diwakili Presiden, Tuan Haji Zulkifli Wahijan serta beberapa orang EXCO disambut baik batilion MALBATT 850-12 diketuai Timbalan Komander En Ahmad Firdaus.

MCM akan sentiasa bersama dan menyokong misi-misi bantuan di mana kami secara langsung pada ketika ini bersama Ops Ehsan dan juga sebelumnya telah membantu mangsa-mangsa peperangan di Palestin dan sebelum ini turut membantu Syria, Lebanon dan negara-negara yang ditimpa bencana antaranya Turki, Pakistan dan Morocco.

Terima kasih MALBAT 850-12 di atas kerjasama dan semoga akan berterusan dalam kerja-kerja kebajikan di dalam dan luar negara.

Muslim Care Malaysia Soceity
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan
Tepat Pada Sasaran,
Tepat Pada Waktunya.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

24 Oct, 02:49


Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.

Bedah Kitab "Kitab 40 Nasihat Untuk Siyasah"
Bersama Al Fadhil Ustaz Najhan Halim

Tarikh : 24 Oktober 2024, Khamis
Masa : 1.00 tengahari

Siaran LIVE bole di tonton di Facebook & Youtube Muslim Care Malaysia Society

Insya-Allah jangan lupa temu janji kita ya.

#MajlisIlmu
#KuliahOnline
#MuslimCareMalaysia

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

23 Oct, 08:30


SEKOLAH PONDOK SUBURKAN ISLAM DI KRABI
https://www.youtube.com/watch?v=97qp1QgDRUQ

Disebalik terkenalnya Krabi sebagai tempat pelancongan, rupa-rupanya ada sebidang tanah yang telah lama dibangunkan sebuah madrasah yang tersergam indah.

Delegasi Muslim Care Malaysia (MCM) yang pulang dari Myanmar sempat singgah ke Madrasah Al Adamiyah Lil Tarbiyah di daerah Krabi, selatan Thailand sebelum meneruskan perjalanan pulang ke tanah air.

Sumbangan bagi kelangsungan madarasah ini turut disampaikan oleh Tuan Johari Ismail, Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia kepada Baba Asnawi, Mudir Madrasah Al Adamiyah Lil Tarbiyah.

Teruskan bersama Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya.
Tepat Pada Sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

23 Oct, 08:16


Isr ae l telah membu nuh sekurang-kurangnya 640 warga Palestin di G az a utara sejak mengepung kawasan itu 17 hari lalu, dengan 33 daripada mereka dibu nuh sejak pagi Isnin, menurut sumber perubatan kepada Al Jazeera.

SUMBER: Al Jazeera

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

23 Oct, 04:43


PELAJAR DI BAWAH JAGAAN YEMENI REFUGEES UNION TERIMA SUMBANGAN BEG SEKOLAH

Kebanyakkan masyarakat Yaman yang datang berlindung di Malaysia, bukanlah dari kalangan keluarga yang senang.

Pertubuhan Yemeni Refugees Union Sangat menjaga kebajikan dan keperluan warga Yaman yang berada di Malaysia. Atas inisiatif mereka, Muslim Care Malaysia (MCM) telah beberapa menyalurkan sumbangan buat yang memerlukan.

Sumbangan kali ini berupa beg sekolah kepada 100 anak-anak Yaman yang belajar di Sekolah Yaman dan Sekolah Al-Nour di Kajang, Selangor.

Baca lanjut di sini
https://www.facebook.com/muslimcaremalaysia/posts/pfbid02dDfbMzattSJefDX79YkueGKXudtzy9QivhoRniP7vKPqYzahFoN9pC1qSGjmCMLEl

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

23 Oct, 04:42


MISI KASIH ASNAF PULAU PANGKOR

Terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang telah bersama-sama menjayakan Misi Kasih Asnaf di Pulau Pangkor pada 19 dan 20 Oktober 2024.

Sebanyak 150 set sumbangan kepada mereka yang bekerpeluan telah diagihkan sebaiknya. Misi kasih asnaf kali ini turut menyantuni kaum India dan Cina yang tinggal bersama-sama di kampung-kampung yang kami ziarah.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya.
Tepat Pada Sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

22 Oct, 13:16


Situasi beberapa hari lepas di Gaza

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

22 Oct, 08:15


WARGA PERTAHANAN AWAM JUGA TIDAK TERLEPAS TERIMA BANTUAN
https://www.youtube.com/watch?v=aLMgxP4CuvA

Setiap kali berlaku letupan dan serangan, sekumpulan warga Gaza yang bertugas sebagai pertahanan awam sentias peka dan tangkas ke lokasi kejadian.

Mangsa serangan perlu dicari dan diselamatkan.

Walaupun terpaksa merisiko nyawa sendiri, mangsa yang tercedera perlu segera dibantu.. Itulah tekad setiap dari mereka. Selagi terdaya, wajib diselamatkan.

Muslim Care Malaysia (MCM) memandang tinggi usaha berani barisan pertahanan awam ini dan telah memberikan penghargaan kepada wira-wira berani ini.

Teruskan menyumbang kepada Gaza melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-kecemasan-palestin

Mudah-mudahan lebuh ramai akan dapat dibantu dan kekal kuat bertahan memperjuangkan kedaulatan bumi Palestin.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

22 Oct, 05:06


TAMAN SYURGA ONLINE

Berhenti sejenak dan marilah sama-sama kita Ikuti kupasan berkaitan 

Bedah Kitab "Kisah-Kisah Al-Quran Al-Karim"
oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad

🎥 Live di Facebook MCM
https://www.facebook.com/share/v/EekX72A1hCYnmMFR/

🎥 Live di Youtube MCM
https://www.youtube.com/live/VAQmkDnOYMo?si=c2IXBDxpbN9SR_ut


Jom Dengar Kuliah!

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.

#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
#kuliahagama
#Islamforall

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

22 Oct, 01:33


Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.

Bedah Kitab "Kisah-Kisah Al-Quran Al-Karim"
Bersama Al Fadhil Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad

Tarikh : 22 Oktober 2024, Selasa
Masa : 1.00 tengahari

Siaran LIVE bole di tonton di Facebook & Youtube Muslim Care Malaysia Society

Insya-Allah jangan lupa temu janji kita ya.

#MajlisIlmu
#KuliahOnline
#MuslimCareMalaysia

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

21 Oct, 08:25


MISI KASIH MCM JELAJAH PANGKOR

Di sebalik keindahan Pulau Pangkor yang sering menjadi tumpuan pelancong, ada sekelompok asnaf yang sangat memerlukan bantuan dan sokongan daripada orang luar.

Muslim Care Malaysia (MCM) dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA) telah mengedarkan bantuan set keperluan asas kepada 150 buah keluarga dari kalangan asnaf dan B40 yang merangkumi penduduk Melayu dan India.

Baca lanjut di sini
https://www.facebook.com/share/p/r17DzhJcA53cEmRc/

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

21 Oct, 07:28


MISI "NAIK MESIN MASA" JEJAK MELAYU MYANMAR
https://www.facebook.com/share/v/TfPJFTrV93Feg9r3/

Masyarakat Melayu Myanmar kurang diberi perhatian berbanding Melayu Kemboja.

Mereka bukanlah etnik Rohingya sebagaimana dianggap oleh sesetengah pihak. Melayu Myanmar tinggal di lebih 30 buah kampung di Tanah Sari sebahagian daripada kerajaan Kedah Tua suatu masa dahulu.

Mereka telah tinggal di sini sejak 7 generasi terdahulu. Namun, kesan konflik dalaman dan ketidakstabilan politik Myanmar telah menyekat kemajuan masyarakat di sini.

Rata-rata daripada mereka menjadikan bertani dan nelayan sebagai sumber pendapatan asas.

Menelusuri kehidupan masyarakat Melayu di sini, ibarat menaiki mesin masa dan kembali kepada kehidupan Tanah Melayu beberapa dekat terkebelakang.

Terima kasih kepada Berita Al Hijrah yang telah melaporkan berita misi kebajikan Muslim Care Malaysia di Myanmar.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

21 Oct, 07:15


MUSLIM CARE MALAYSIA RANCANG TERUSKAN BANTUAN
https://www.facebook.com/share/v/TfPJFTrV93Feg9r3/

Sebanyak 5 lokasi terpilih di Selatan Myanmar telah ditaja kenduri besar oleh Muslim Care Malaysia (MCM) dalam Misi Dakwah & Kebajikan di Perkampungan Melayu Selatan Myanmar pada 14 hingga 19 Oktober 2024.

Selepas beramah mesra dengan penduduk Melayu Islam di sini, MCM melihat banyak lagi keperluan dan bantuan dapat disalurkan.

Dalam jangka masa sederhana, ibadah korban turut akan diusahakan di sini.

Terima kasih kepada Berita Al Hijrah yang telah melaporkan berita misi kebajikan Muslim Care Malaysia di Myanmar.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

19 Oct, 13:23


DEMI KESELAMATAN, MYANMAR DITINGGALKAN LEBIH AWAL

Biarpun segala prosedur dipatuhi hasil perancangan rapi sejak dua bulan lalu, situasi terkini memaksa tempoh penginapan peserta misi kebajikan dan dakwah Muslim Care Malaysia (MCM) di Bokpyin, Myanmar dipendekkan.

Timbalan Presiden MCM Haji Mohd Johari Ismail yang juga ketua misi berkata atas sebab keselamatan, pihak berkuasa tempatan membenarkan rombongan MCM tinggal hanya satu malam di Bokpyin.

Baca lanjut di sini
https://www.facebook.com/share/p/rRcyw3QzcP4Wgunx/

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

18 Oct, 14:22


🖤 SALAM TAKZIAH🖤

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Salam takziah kepada seluruh umat Islam yang telah kehilangan As Syahid Yahya Sinwar, Ketua Biro Politik H****

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِيْنَ قُتِلُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ اَمْوَا تًا ۗ بَلْ اَحْيَآءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُوْنَ

Maksudnya : "Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;"
(Surah Ali Imran, 169)

Perjuangan beliau sudah selesai , yang tinggal hanyalah kita yang masih ada di muka bumi ini untuk meneruskan perjuangan.

Jihad untuk Islam.

“Ya Allah, ampunilah mereka, belas kasihanilah mereka, hapuskanlah dan ampunilah dosa-dosa mereka serta dikurniakan ganjaran syahid di sisi Allah.”

Sesungguhnya dari Allah kita datang , kepada Allah tempat dikembalikan.

Ikhlas daripada,
Seluruh ahli keluarga Muslim Care Malaysia Society.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

18 Oct, 07:58


AL QURAN MENJADI KEKUATAN WARGA GA Z A
https://www.youtube.com/watch?v=Dm5gCurHa4c&t=5s

Di celah-celah himpunan khemah tempat warga Palestin kini berteduh, mereka dirikan beberapa buah surau untuk dijadikan sebagai surau dan Kelas Tahfiz anak-anak Ga Z a.

Subhanallah!
Hasil sumbangan Tuan Puan semua kepada rakyat Palestin, sedikit pun tidak terbazir bahkan menjadi berkat dapat dimanfaatkan ramai.

Teruskan berdoa dan menyumbang untuk kelangsungan perjuangan di bumi Aqsa.
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/dana-kecemasan-palestin

Dari sungai ke segara,
Palestin pasti MERDEKA!

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

18 Oct, 07:30


SUMBANGAN ANDA SAMPAI KEPADA MEREKA
https://www.youtube.com/watch?v=fFuEw4qd1G8

Dari hari ke hari berita kehilangan saudara terdekat mereka, tidak sedikit pun menggentarkan jiwa-jiwa pejuang di bumi Pa l e s tin. Mereka tetap terus mahu bertahan di bumi penuh berkat yang menjadi idaman Zi o n is laknatullah.
Malaysia walaupun jauh beribu batu, telah menghantar bantuan sejak awal peperangan Taufan A l-A q sa berlaku.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang selalu bersama Muslim Care Malaysia berusaha membantu sedaya upaya saudara kita yang sedang dizalimi tanpa henti.

Teruskan menyumbang kepada P a l e s tin melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/susu-4-gaza

Semoga setiap sumbangan dan jariah yang Tuan Puan salurkan akan dibalas dengan seribu kebaikan dan kebahagian yang berpanjangan dan diampunkan dosa-dosa yang terdahulu.

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

18 Oct, 02:41


بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah ! Muliakan Islam dan kaum muslimin.
Hinakan syirik dan kaum musyrikin,
Hancurkanlah musuh-Mu dan musuh agama.
Ya Allah! Engkau sahajalah yang mengalahkan mereka,
Tunjukkanlah kepada kami keajaiban kuasa-Mu
Ya Allah! Kami serahkan-Mu di tengkok-tengkok mereka.
Kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka.

Amin 🤲

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

17 Oct, 05:15


TAMAN SYURGA ONLINE

Berhenti sejenak dan marilah sama-sama kita Ikuti kupasan berkaitan 

Bedah Kitab "Kitab Usul Ad-Dakwah"
oleh Al-Fadhil Ustaz Nurul Khalil

🎥 Live di Facebook MCM
https://www.facebook.com/share/v/ivuYj3fkFnAj74zw/

🎥 Live di Youtube MCM
https://www.youtube.com/live/xFni5pHMm_w?si=ooJ3Yr1KjueQZNs0


Jom Dengar Kuliah!

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada waktunya.
Tepat pada sasaran.

#muslimcaremalaysia
#bantuankemanusiaanmerentasisempadan
#kuliahagama
#Islamforall

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

17 Oct, 02:48


ZIARAH KE BOKPYIN IBARAT BALIK KAMPUNG
https://www.facebook.com/share/v/wghNavhkrdtPodT8/

Selepas bersalam, setiap seorang peserta misi dipeluk erat seperti adik beradik yang bertemu semula selepas puluhan tahun terpisah, sedangkan itulah pertama kali masing-masing berjumpa.

Begitulah suasana ketika penduduk Melayu di Bokpyin selatan Myanmar menyambut ketibaan 15 peserta Misi Kebajikan dan Dakwah Muslim Care Malaysia (MCM) pada 16 Oktober 2024.

“Mereka peluk kami begitu erat membuatkan kami rasa terharu. Nyata jarak dan lokasi yang jauh tidak sama sekali memisahkan hubungan kita orang Melayu Islam,” kata peserta misi, Ustaz Muaz Hassan yang juga Exco MCM.

Penduduk tempatan, Ustaz Sharkawi Abd Aziz pula berkata dia sama sekali tak sangka ada pihak luar yang prihatin dan sudi berkunjung ke Bokpyin dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang serba kekurangan.

“Terima kasih banyak-banyak MCM sebab sudi datang dan membantu kami,” katanya yang juga mudir Madrasah Tadrib Albanin Walbanat,

Ketika mengadakan kenduri rakyat yang dihadiri kira-kira 300 orang di madrasah itu Timbalan Presiden MCM Haji Mohd Johari Ismail, selaku ketua misi mengumumkan MCM akan membiayai kos pembinaan satu kolah air berharga RM4,000 untuk kemudahan jemaah surau berwuduk.

Pada masa ini pelajar dan penduduk kampung yang solat di surah madarsah itu berwuduk dengan menggunakan air perigi yang agak daif.

“InsyaAllah kami akan datang lagi pada Aidiladha tahun depan untuk menaja dua ekor lembu korban di setiap 35 kampung di Bokpyin dan sekitarnya,” katanya.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

17 Oct, 02:47


Majlis Ilmu Taman Syurga Online anjuran Muslim Care Malaysia.

Bedah Kitab "Kitab Usul Ad-Dakwah"
Bersama Al Fadhil Ustaz Nurul Khalil

Tarikh : 17 Oktober 2024, Khamis
Masa : 1.00 tengahari

Siaran LIVE boleh ditonton di Facebook & Youtube Muslim Care Malaysia Society

Insya-Allah jangan lupa temu janji kita ya.

#MajlisIlmu
#KuliahOnline
#MuslimCareMalaysia

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

16 Oct, 08:07


“ Jangan sesekali-kali engkau meremehkan kebaikan sedikitpun. Meskipun (hanya) engkau bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

16 Oct, 03:45


KASIH ASNAF PAGOH CANTIKKAN SURAU, BERSIHKAN DEWAN TERBUKA

Jauh ke dalam kawasan pertanian dan ladang getah, terdapat sekumpulan kaum Orang Asal yang tinggal di kampung Se'Arak Api, Pagoh.

Sekitar 40 buah keluarga telah menerima hidayah Allah dan masih sedang mendalami agama Islam dengan bimbingan ustaz yang hadir secara berkala ke kampung ini.

Baca lanjut di sini

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0u4SwT9K68hu5n39iemi8GSytXg3iyZd5LA8r2aHkzRsRSqaB1P6b3Gn27x7CAywLl&id=100064325754514

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

16 Oct, 02:44


LIMA EKOR LEMBU UNTUK KENDURI DI KAMPUNG MELAYU MYANMAR.
https://www.facebook.com/share/v/JP4nAAwpWaWKPw4f/

Lima ekor lembu bakal tumbang untuk hidangan sekurang-kurangnya 2,000 orang ketika kenduri rakyat di lima lokasi.

Itu antara aktiviti utama sepanjang lapan hari misi dakwah dan kebajikan Muslim Care Malaysia (MCM) di perkampungan Melayu di selatan Myanmar dari 15 hingga 22 Oktober 2024.

Ketua misi, Haji Mohd Johari Ismail yang juga Timbalan Presiden MCM berkata pihaknya memperuntukkan lebih RM65,000 untuk misi yang julung kali diadakan di wilayah berkenaan.

“Kami juga membawa telekung, 300 naskah al-Quran, beg sekolah serta alat tulis untuk diagihkan kepada penduduk tempatan,” katanya.

Peserta misi seramai 15 orang menempuh perjalanan sejauh lebih 1,000km yang memakan masa kira-kira 12 jam dari Bukit Kayu Hitam, Kedah, untuk tiba di Ranong, bandar di Thailand yang bersempadan dengan Myanmar.

Dari Ranong, peserta misi menaiki bot selama 45 minit untuk ke Kampung Pulau Dua atau Kawthaung dalam bahasa Myanmar dan merasai pengalaman unik apabila pemeriksaan pasport turut dibuat di kaunter imigresen di atas pelantar di tengah laut.

Disebabkan larangan perjalanan jarak jauh selepas jam 6 petang, peserta misi bermalam di Kampung Pulau Dua dan bergerak ke Bokpyin pada jam 6 pagi 16 Oktober 2024 untuk melaksanakan program kenduri rakyat yang pertama.

Muslim Care Malaysia Society 🇲🇾

15 Oct, 04:16


Setelah sekian lama tidak menikmati daging mahupun apa-apa protein, ketibaan daging korban yang kalian hadiahkan kepada saudara kita di Palestin benar-benar satu kenikmatan yang menerbitkan rasa syukur, gembira dan kelegaan buat mereka di Gaza.

Alhamdulillah wa nikmal wakeel...

Teruskan menderma kepada saudara kita di Palestin. Semoga derita yang sedang mereka depani terubat dengan jariah dan sumbangan dari kita.

https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/susu-4-gaza

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.
Tepat Pada Masanya.
Tepat Pada Sasaran.