USIM | Info Akademik USIM @infobpausim Channel on Telegram

USIM | Info Akademik USIM

@infobpausim


Channel ini adalah platform tambahan bagi penyampaian makluman terkini & pantas daripada PPA berkenaan jadual kuliah, peperiksaan, pengijazahan & konvokesyen.

Sebarang persoalan boleh terus ajukan kepada group Q&A PPA USIM

ยฉ PPAUSIM2024

USIM | Info Rasmi Akademik USIM (Malay)

USIM | Info Rasmi Akademik USIM merupakan saluran Telegram rasmi untuk semua maklumat akademik yang berkaitan dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dengan lebih daripada 10,000 pelanggan, saluran ini menyediakan pelbagai maklumat berguna seperti jadual kuliah, tawaran kursus, kalendar akademik, dan banyak lagi. Jika anda adalah pelajar, staf, atau bakal pelajar USIM, saluran ini adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan bidang akademik. USIM | Info Rasmi Akademik USIM juga menyediakan ruang untuk berinteraksi dengan pelajar lain, berkongsi pengalaman, dan bertanya soalan berkaitan dengan pengajian. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai saluran Telegram ini dan manfaatkan segala maklumat yang disediakan. Sertai sekarang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti USIM yang bersemangat dalam mencapai kejayaan akademik!

USIM | Info Akademik USIM

31 Dec, 12:06


๐ŸŽ™๏ธ [๐‘ญ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ช๐’‚๐’”๐’•: ๐‘ญ๐‘ฌ๐‘ด ๐‘ญ๐’๐’“๐’˜๐’‚๐’“๐’…]๐ŸŽ™๏ธโœจ

Sertai kami dalam episod pertama ๐‘ญ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ช๐’‚๐’”๐’•: ๐‘ญ๐‘ฌ๐‘ด ๐‘ญ๐’๐’“๐’˜๐’‚๐’“๐’… yang bertajuk "Fear of Missing Out (FOMO)", sebuah perbincangan menarik tentang fenomena FOMO dan bagaimana ia mempengaruhi kehidupan kita. Episod ini akan berlangsung pada 31 Disember 2024, jam 8.00 malam dan boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube @๐Ÿ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฆ๐ญ๐ฏ.
Links: https://youtu.be/YZUr2GmKR8s

Podcast ini dianjurkan oleh Sekretariat Mahasiwa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat (SekreFEM) dengan kerjasama Bank Islam Youth Ambassador (BIYA) iaitu Norshafira Nazari dan Muhammad Aqil Asyraf Norharizal. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perkongsian ini!

๐˜๐˜“๐˜Œ๐˜’๐˜š๐˜๐˜‰๐˜Œ๐˜“-๐˜Œ๐˜๐˜๐˜š๐˜๐˜Œ๐˜•-๐˜”๐˜Œ๐˜š๐˜™๐˜ˆ

๐‹๐€๐‰๐๐€๐‡ ๐Œ๐”๐‹๐“๐ˆ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐”๐๐‹๐ˆ๐’๐ˆ๐“๐ˆ
๐’๐„๐Š๐‘๐„๐“๐€๐‘๐ˆ๐€๐“ ๐Œ๐€๐‡๐€๐’๐ˆ๐’๐–๐€/๐ˆ ๐…๐€๐Š๐”๐‹๐“๐ˆ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐”๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐“
๐’๐„๐’๐ˆ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“
๐”๐๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐ˆ ๐’๐€๐ˆ๐๐’ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

USIM | Info Akademik USIM

29 Dec, 03:17


JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2024/2025

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi Akademik 2024/2025 akan berlangsung mulai pada 28 Januari 2025 hingga 14 Februari 2025.

Diingatkan bahawa, Jadual Peperiksaan ini adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang perubahan tarikh dan masa mungkin berlaku tertakluk kepada situasi dan keadaan semasa.

Maklumat lengkap berkaitan Jadual Peperiksaan seperti lokasi, tempoh masa, no. meja dan lain-lain boleh dilihat dalam Slip Masuk Peperiksaan selepas pelajar melengkapkan Penilaian Kursus dan Pengajaran (eNilai) bermula pada 21 Januari 2025.

โœ… Notis rasmi Peperiksaan
Akhir melalui pautan โžก๏ธ https://shorturl.at/14Tz2
โœ… Jadual Peperiksaan Akhir
melalui pautan โžก๏ธ https://shorturl.at/i9KlC

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik

USIM | Info Akademik USIM

27 Dec, 03:18


KEPUTUSAN PERMOHONAN RAYUAN SEMAKAN SEMULA PENILAIAN KURSUS, PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2023/2024

Bersama ini disertakan notis penuh untuk rujukan peajar terlibat.

USIM | Info Akademik USIM

12 Dec, 09:21


KELULUSAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2024/2025 (LEPASAN DIPLOMA)

Dimaklumkan bahawa permohonan pemindahan kredit bagi pelajar Sarjana Muda (Lepasan Diploma) bagi Semester I, Sesi Akademik 2024/2025 telah pun dipertimbangkan oleh Fakulti/Pusat/Institut selaku pemilik kursus.

Surat Kelulusan Pemindahan Kredit boleh diperoleh di pejabat Fakulti masing-masing mulai pada 13 Disember 2024 (Jumaat).

Notis penuh sila rujuk pautan โžก๏ธ https://shorturl.at/MwNJ2

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik

USIM | Info Akademik USIM

09 Dec, 08:51


UNIVERSITY GRADUATE PROFICIENCY TEST

Apply nowโ€ผ๏ธ

USIM | Info Akademik USIM

03 Nov, 12:45


SEMAKAN DAN PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2024/2025 (A241)

Semua pelajar dikehendaki membuat semakan dan pengesahan terhadap senarai kursus yang didaftarkan mulai pada 4 hingga 10 November 2024 (minggu ke-5 perkuliahan) melalui portal iStudent >>> Timetable.

โš ๏ธHanya kursus yang disahkan sahaja yang akan dijana untuk penilaian / peperiksaan akhir.

Lihat notis penuh melalui pautan https://shorturl.at/1d46k

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia

USIM | Info Akademik USIM

21 Oct, 01:27


COMING SOONโ€ผ๏ธ

An exciting adventure is about to unfold ๐ŸŒโœจ!!

Get ready to dive into a world of new friendships, cultural exchanges, and transformative experiences that will leave a lasting impact. As we prepare to open the doors to a journey filled with global connections and personal growth, something truly special is coming your way.

Stay tuned and be part of the magical journey that you won't want to miss this next chapter for sure !

@usimglobalbuddies

USIM 'ALAMIYYAH GLOBAL BUDDIES
YOUR FELLOW MALAYSIAN COMPANION

USIM | Info Akademik USIM

19 Oct, 09:59


PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2024/2025 (LEPASAN DIPLOMA) (RAYUAN)

Dimaklumkan bahawa permohonan Pemindahan Kredit pelajar Sarjana Muda (Lepasan Diploma) (Rayuan) bagi Semester I, Sesi Akademik 2024/2025 adalah seperti berikut:

๐Ÿ“…Tarikh : 21 hingga 27 Oktober 2024
๐Ÿ”—Capaian : iStudent > Services > Credit Transfer


Permohonan yang diterima selepas 27 Oktober 2024 tidak akan diproses.

Pelajar WAJIB mengikuti semua kursus yang telah didaftarkan sehingga keputusan rasmi Pemindahan Kredit dikeluarkan oleh PPA. Pelajar juga perlu membuat pengesahan kursus (pada minggu kelima perkuliahan) kerana kursus yang telah diluluskan untuk Pemindahan Kredit akan dikeluarkan dari daftar kursus pelajar secara automatik dan tidak akan tersenarai dalam senarai kursus untuk Peperiksaan Akhir Semester.

โžก๏ธInfo lanjut sila rujuk notis penuh https://tinyurl.com/4sf9b8ur

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik USIM

USIM | Info Akademik USIM

10 Oct, 02:17


MAKLUMAN PENGAKTIFAN WHATSAPP RASMI TERKINI PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK

Untuk makluman para pelajar, sistem Whatsapp Pusat Pengurusan Akademik (PPA) telah DIAKTIFKAN SEPENUHNYA melalui pautan wa.me/6067988148 dan beroperasi seperti sediakala.

Semoga sistem ini dapat membantu serta memudahkan hubungan komunikasi dua hala secara terus antara PPA dan para pelajar dengan lebih efisyen.

Info lanjut sila hubungi talian 06 797 8643 atau emel ke [email protected]

Admin PPA

15 Oktober 2024

USIM | Info Akademik USIM

04 Oct, 15:38


NOTIS GANGGUAN SISTEM WHATSAPP PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK

Bhgn. Pengurusan Prasiswazah (BPPS), Pusat Pengurusan Akademik (PPA) sedang mengalami gangguan sistem Whatsapp yang telah menyebabkan urusan pertanyaan dalam talian melalui aplikasi ini tergendala buat sementara waktu.

BPPS, PPA akan memaklumkan apabila sistem pulih seperti sedia kala.

Pihak BPPS, PPA memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku.

Info lanjut sila hubungi talian 06 797 8643

Admin PPA
4 Okt 2024

USIM | Info Akademik USIM

04 Oct, 04:05


Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Gantian Akhir Semester II, Sesi Akademik 2023/2024 (A232) bagi program Sarjana Muda akan berlangsung mulai pada 14 hingga 17 Oktober 2024 (Isnin hingga Khamis) bertempat di Dewan Peperiksaan Tamhidi, Aras 5.

Peperiksaan Gantian ini akan diadakan sekali sahaja pada tarikh yang telah ditetapkan. Pelajar yang gagal menghadirkan diri pada tarikh yang ditetapkan tanpa alasan yang munasabah akan dikira TIDAK HADIR (TH) dan mendapat GRED F (GAGAL).

โžก๏ธ NOTIS RASMI: https://shorturl.at/q3XDj
โžก๏ธ SENARAI NAMA & NO MEJA: https://shorturl.at/MlcKi

Sebarang kemusykilan sila berhubung terus melalui Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-7988104/8650/8651 atau melalui emel di alamat [email protected] atau Whatapps PPA wa.me/6067978643 untuk maklumbalas segera.

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia

USIM | Info Akademik USIM

03 Oct, 07:37


PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2024/2025 (PELAJAR SARJANA MUDA) LEPASAN DIPLOMA

Permohonan Pemindahan Kredit pelajar Sarjana Muda Lepasan Diploma bagi Semester I, Sesi Akademik 2024/2025 adalah seperti berikut:

๐Ÿ“… Tarikh : 7 hingga 13 Oktober 2024
๐Ÿ”— Capaian : iStudent > Services > Credit Transfer


Permohonan yang diterima selepas 13 Oktober 2024 tidak akan diproses.

Pelajar WAJIB mengikuti semua kursus yang telah didaftarkan sehingga keputusan rasmi Pemindahan Kredit dikeluarkan oleh PPA dan pelajar juga perlu membuat pengesahan kursus (pada minggu kelima perkuliahan) kerana kursus yang telah diluluskan untuk Pemindahan Kredit akan dikeluarkan dari daftar kursus pelajar secara automatik dan tidak akan tersenarai dalam senarai kursus untuk Peperiksaan Akhir Semester.

โžก๏ธ Lihat NOTIS PENUH melalui pautan https://shorturl.at/dt5Mf

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia

USIM | Info Akademik USIM

28 Sep, 01:21


PERMOHONAN PEPERIKSAAN ULANGAN KHAS

Pelajar Semester Akhir yang masih belum melengkapkan keperluan kursus bagi tujuan bergraduasi, boleh memohon untuk menduduki PEPERIKSAAN ULANGAN KHAS yang mana ianya adalah peperiksaan yang diadakan bagi pelajar semester akhir yang memerlukan hanya satu (1) kursus sahaja bagi tujuan bergraduasi DENGAN SYARAT pelajar telah menduduki Peperiksaan Akhir Semester bagi kursus berkenaan dan mendapat gred Gagal.

Peperiksaan ini hanya boleh diambil sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian. Gred yang diberikan hanya โ€œLโ€ atau โ€œGโ€ (Lulus atau Gagal) dan tidak mengubah kiraan PNGS/PNGK sedia ada. Permohonan Peperiksaan Ulangan Khas adalah sebagaimana dipautan berikut https://shorturl.at/o282S

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia


๐Ÿ“ž 06-7988104/8650/8651
๐Ÿ“ฑ Whatapps PPA wa.me/6067978643
๐Ÿ“ฉ [email protected]

USIM | Info Akademik USIM

26 Sep, 01:54


DIREKTORI TERKINI SEKSYEN KEWANGAN PELAJAR (YURAN)

Sebarang pertanyaan berkaitan yuran pengajian yang pelajar boleh mengemukakan terus kepada Jab Bendahari USIM melalui emel [email protected] atau hubungi direktori seperti berikut:

โœ… Pn. Khaslinda Muktharuddin
Penolong Akauntan
06-797 8614
[email protected]

โœ… Pn. Junaidah Atan
Penolong Akauntan
06-797 8665
[email protected]

โœ… Pn. Irhani Ismail
Penolong Akauntan
06-798 8247
[email protected]

โœ… Pn. Azreen Fillzah Ahmad Azizan
Pembantu Akauntan Kanan
06-797 8608
[email protected]

USIM | Info Akademik USIM

25 Sep, 09:17


PERMOHONAN SURAT TAMAT PENGAJIAN BAGI PELAJAR YANG BERSTATUS LAYAK DAN DIANUGERAHKAN IJAZAH (LDI) PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II SESI AKADEMIK 2023/2024

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2023/2024 (A232) bagi program Sarjana Muda telah disahkan oleh Senat Universiti dan boleh diakses melalui portal iStudent/Mobile Apps pada 25 September 2024 selepas jam 6.00 petang.

Bagi pelajar yang berstatus Layak dan Dianugerahkan Ijazah (LDI) boleh membuat permohonan Surat Pengesahan Tamat Pengajian (Dengan syarat telah menyelesaikan semua Yuran/Hutang Universiti) bermula pada 27 September 2024 (Jumaat).

Sebarang kemusykilan sila berhubung terus melalui Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan, Pusat Pengurusan Akademik melalui Whatsapp PPA wa.me/6067978643 atau emel di alamat [email protected]

Lihat notis penuh melalui pautan โžก๏ธ https://shorturl.at/sr7yC

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia

USIM | Info Akademik USIM

24 Sep, 02:41


PENDAFTARAN BAGI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2024/2025 (A241)

Dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran bagi Semester I, Sesi Akademik 2024/2025 secara online melalui portal iStudent (https://istudent2.usim.edu.my) telah ditetapkan seperti dipautan https://shorturl.at/0WIqY

Pelajar yang tidak membuat pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan TIDAK AKAN DIBENARKAN mengikuti pengajian pada semester berkenaan.

Sebarang kemusykilan boleh merujuk terus kepada fakulti masing-masing.

Lihat notis penuh โžก๏ธ https://shorturl.at/0WIqY

Dikeluarkan oleh,
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia

USIM | Info Akademik USIM

23 Sep, 08:17


PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PENILAIAN KURSUS PEPERIKSAAN AKHIR & RAYUAN MENERUSKAN SEMULA PENGAJIAN (KES GAGAL DAN DIBERHENTIKAN) BAGI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II SESI AKADEMIK 2023/2024

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2023/2024 (A223) bagi program Sarjana Muda akan disahkan oleh Senat Universiti dan boleh diakses melalui portal iStudent mulai pada 25 September 2024.

Sebarang kemusykilan sila berhubung terus melalui Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-7978650 atau Whatsapp PPA wa.me/6067988335 atau melalui emel di alamat [email protected]

Pelajar boleh membuat permohonan Semakan Semula Keputusan Penilaian Kursus Peperiksaan Akhir Semester dan Rayuan Meneruskan Semula Pengajian (Kes Gagal Diberhentikan) merujuk kepada notis penuh melalui pautan https://shorturl.at/Uhsed

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia

USIM | Info Akademik USIM

23 Sep, 06:38


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2023/2024 (A232)

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi Akademik 2023/2024 (A232) bagi program Sarjana Muda boleh dicapai melalui Portal iStudent atau Mobile Apps -https://usimmobile.usim.edu.my selepas pengesahan Mesyuarat Senat Universiti pada 25 September 2024 mulai jam 6.00 petang.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, pelajar boleh merujuk terus ke pejabat fakulti masing-masing atau menghubungi Pusat Pengurusan Akademik (PPA) di talian 06-7988335 (Whatapps wa.me/6067988335) atau emel kepada [email protected]

Lihat notis penuh di https://shorturl.at/VWxBF

Dikeluarkan oleh:-
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia

USIM | Info Akademik USIM

28 Aug, 00:49


Proses baikpulih masih berjalan dan mohon para pelajar membuat percubaan kemaskini nama, alamat & nama jawi dari semasa ke semasa

USIM | Info Akademik USIM

23 Aug, 04:13


Perhatian kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda USIM
Pengemaskinian Nama Jawi didalam Portal iStudent

Dimaklumkan bahawa semua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah dimohon untuk mengemaskini maklumat diri terutamanya melengkapkan nama dalam ejaan jawi di dalam portal iStudent merujuk pautan https://shorturl.at/kcRfm

Sehubungan dengan itu, semua pelajar diwajibkan mengemaskini segala maklumat tersebut sebelum atau pada 30 September 2024. Kegagalan pelajar mengemaskini maklumat tersebut terutamanya bakal graduan akan menyebabkan nama jawi dalam skrol ijazah pelajar tidak tertera.

Sebarang kemusykilan sila berhubung terus melalui talian 06-7988326/8335 atau Aplikasi WhatsApp wa.me/6067988335 atau emel [email protected]

Sekian, terima kasih.

Dikeluarkan oleh
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia

USIM | Info Akademik USIM

20 Aug, 07:57


DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Tuanku Canselor USIM telah memperkenankan tarikh Majlis Konvokesyen ke-22 USIM bagi tahun 2024 pada 3 hingga 6 Disember 2024 bersamaan 1 hingga 4 Jamadilakhir 1446H.

Selamat bergraduasi, buat semua bakal graduan!

Bakal graduan jom join telegram Khas Konvokesyen melalui pautan t.me/Konvo22USIM

#Konvo22USIM

USIM | Info Akademik USIM

19 Aug, 06:39


TARIKH-TARIKH PENTING PENILAIAN/PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2023/2024

USIM | Info Akademik USIM

13 Aug, 02:47


Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Profesor Dr. Nik Salida Suhaila Binti Nik Saleh atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia, berkuat kuasa mulai 12 Ogos 2024 hingga 11 Ogos 2026.

Ikhlas daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor serta seluruh warga USIM.

#TahniahDariUSIM

USIM | Info Akademik USIM

06 Aug, 07:43


PRA-PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2024/2025

Pra-pendaftaran kursus bagi Semester I, Sesi Akademik 2024/2025 (Sem A241) telah ditetapkan sebagaimana seperti di notis rasmi.

Mohon kerjasama semua pelajar (termasuk pelajar berstatus Tangguh Pengajian serta Tidak Mendaftar pada semester semasa) untuk membuat pra-pendaftaran kursus sebagaimana tarikh yang ditetapkan menerusi portal iStudent baharu di pautan berikut https://istudent2.usim.edu.my

Lihat notis rasmi melalui pautan https://raudahusim.sharepoint.com/:b:/s/USIM-eDocs/Ed6sliPCMBlAkdf98S48RbYBa4rlrUvNgaWT6yPBDsEvWw?e=TgZBDB

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik

USIM | Info Akademik USIM

05 Aug, 12:31


Rukshah solat? Pernah dengar ke?

Bagi mereka yang bermusafir, Islam memberi kemudahan atau rukhsah dalam menunaikan rukun yang kedua ini, iaitu solat jamak dan qasar. Antara syaratnya adalah seseorang bermusafir dengan jarak melebihi dua marhalah atau 81 kilometer (km) dan lebih, dan perjalanannya tidak bertujuan maksiat.

Nak tahu lagi?

Jom dengarkan Tazkirah Bulanan Pusat Pengurusan Akademik dengan tajuk menarik bulan ini iaitu Rukhsah dan Aplikasinya dalam Solat

๐Ÿ“… Tarikh : 6 Ogos 2024 (Selasa)
๐Ÿ•ฆ Masa : 10:30 Pagi
๐Ÿ‘ณ๐Ÿป Penceramah : Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Abdul Majid, FSU


Secara dalam talian melalui pautan dibawah:.
Youtube: http://www.youtube.com/@academicusim
Facebook page: http://facebook.com/academicusim

Semua dijemput hadir.

11,480

subscribers

444

photos

1

videos