Info Rasmi HEP UiTM @hepuitmshahalam Channel on Telegram

Info Rasmi HEP UiTM

@hepuitmshahalam


Sumber Info Rasmi HEP UiTM

Info Rasmi HEP UiTM (Malay)

Apakah Info Rasmi HEP UiTM? Info Rasmi HEP UiTM adalah saluran Telegram rasmi yang menyediakan maklumat terkini berkaitan dengan Hal Ehwal Pelajar (HEP) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Saluran ini bertujuan untuk memastikan pelajar UiTM Shah Alam sentiasa mendapat akses kepada maklumat penting seperti jadual aktiviti, pengumuman penting, dan perkongsian berita terkini dari pihak pentadbir universiti

Siapakah yang boleh mendapat faedah daripada Saluran ini? Pelajar-pelajar UiTM Shah Alam, khususnya mereka yang ingin memperoleh akses kepada maklumat terkini dan rasmi dari HEP UiTM. Selain itu, juga berguna untuk kakitangan akademik dan pentadbir universiti yang ingin memastikan penyampaian maklumat yang tepat kepada pelajar

Mengapa anda perlu menyertai Saluran ini? Dengan menyertai Saluran Info Rasmi HEP UiTM, anda akan menjadi salah satu daripada komuniti yang terkini dengan maklumat rasmi daripada pihak berkuasa universiti. Anda tidak akan terlepas daripada sebarang pengumuman penting atau aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan pelajar di UiTM Shah Alam

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Saluran Info Rasmi HEP UiTM. Sertai kami sekarang untuk mendapatkan akses kepada maklumat yang terkini dan rasmi dari Hal Ehwal Pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Info Rasmi HEP UiTM

02 Feb, 02:34


Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir

Kepada semua mahasiswa UiTM, selamat berjaya dalam peperiksaan akhir! Ingat, usaha dan doa adalah kunci kejayaan.

#HEPUtama
#UiTMdihatiku

Info Rasmi HEP UiTM

23 Jan, 08:56


Memo Perkhidmatan Bas Kampus UiTM Shah Alam bagi Semester Oktober 2024 - Februari 2025

Diharapkan semua mahasiswa cakna dan ambil maklum mengenai memo ini.

Info Rasmi HEP UiTM

14 Jan, 02:17


Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,

[MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT PERDANA HEP]

Merujuk perkara di atas,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kolej Kediaman Teratai bersama semua JPK Kolej Kediaman UiTM Shah Alam, Majlis Pengetua dan BHEI akan menganjurkan Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Perdana HEP peringkat UiTM se-Malaysia seperti ketetapan berikut :

🗓 Tarikh : 14 Januari 2025 (Selasa)
Masa : 6.45 - 9.15 malam
📍 Tempat : Pusat Islam, UiTM Shah Alam (bagi pelajar kampus Shah Alam)
📍 Platform : YouTube Rasmi UiTM Channel (bagi pelajar kampus cawangan)

📌 E-merit kolej disediakan
📌 2100 pek makanan disediakan kepada yang terawal

Link Pendaftaran (UiTM Shah Alam):
https://docs.google.com/forms/d/1hhYA6sQIPWtEL2vKFy9Q0cyoVyzAGne4vfQ_PFqNEVU/edit

Diharapkan program ini dapat memberi semangat dan dorongan positif kepada pelajar UiTM Shah Alam yang akan menghadapi Peperiksaan Penilaian Akhir pada Februari 2025.

Info Rasmi HEP UiTM

31 Dec, 04:43


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam UiTM di hatiku.

FREE LINKEDIN WEBINAR
*LINKEDIN LEVEL-UP: CRAFT YOUR PROFESSIONAL PERSONA*

Sukacita dimaklumkan bahawa kami dari Persatuan Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter (RAS UiTM SC), ingin menjemput anda ke Program LinkedIn Level-Up: Craft Your Professional Persona.

*PENCERAMAH JEMPUTAN KHAS*
👩🏼‍💼 *Puan Shakinah Mohd Saduri,*
HR Business Partner and Lead of Talent Acquisition, Employer Branding & Industrial
Relations @ Petron Malaysia
🎓 Alumni UiTM dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia

Butiran program adalah seperti berikut:

🗓 *Tarikh: 11 Januari 2025 (Sabtu)*
🕰 *Masa: 10.00 pagi – 12.30 tengah hari*
📍 *Lokasi: Platform dalam talian CISCO Webex dan Youtube Live RAS UiTM SC*

Objektif utama kami adalah:

💡Menyediakan peluang kepada peserta untuk belajar, mendengar dan bertanya secara langsung dengan wakil industri.
💡Peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya penggunaan aplikasi LinkedIn untuk menonjol dalam pasaran kerja.
💡Melatih peserta membina rangkaian profesional untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dengan teknik yang berkesan

*PENYERTAAN TERBUKA KEPADA STAF DAN MAHASISWA UITM SE-MALAYSIA*

Sijil Disediakan
❗️Jangan lepaskan peluang ini❗️
❗️Terhad kepada 1000 penyertaan

Link pendaftaran:
🔗 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScOQhDGkuuHdu5I8qLSph77Vrzxji8XCsFu15oLzKWsOgbvVw/viewform?usp=dialog

Jumpa anda semua di sana! 🤩

Untuk sebarang pertanyaan,sila hubungi,
📱Hani (01158946232)
📱Haikal (01139226685)

#UiTMdihatiku #RASUiTMSC
#RakanAlamSekitarUiTMStudentChapter

Info Rasmi HEP UiTM

29 Dec, 11:52


❗️2️⃣ HARI LAGI : TARIKH AKHIR PENEBUSAN BAUCAR BUKU❗️

Kepada semua pelajar yang masih belum membuat penebusan baucar buku, anda boleh menebus baucar buku di laman MySISWAPLACE sehingga 31 Disember 2024.

Jom rebut peluang ini!

Info Rasmi HEP UiTM

23 Dec, 08:46


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

WEBINAR KENEGARAAN
TAJUK: CABARAN TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT

Sukacita dimaklumkan bahawa, Institut Kepimpinan Pelajar, JHEP akan menganjurkan Webinar Kenegaraan
Program tersebut akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 26 Disember 2024 (Khamis)
Masa: 8.00 malam - 10.00 malam
Pautan : https://www.youtube.com/live/9UIhkz-QIBU?si=47DhZcmFR_ti46bY


E sijil disediakan untuk semua peserta dan jam latihan untuk staf UiTM

Info Rasmi HEP UiTM

23 Dec, 05:41


❗️Ready, set, and GO! FOR THE FIRST EVER COLOUR BLIND RUN❗️

🏃‍♀️ *Spectrum Strides: Colour Blind Fun Run 2025* 🏃‍♂️

Get ready to run for 5KM in a spectrum of fun! Join us for the very first Colour Blind Fun Run that will challenge your senses and spark your joy!

📅 *Date*: 12 January 2025
🏟️ *Venue* : Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Seksyen 14
*Time*: 7:00 AM
💸 *Fee*: RM45

*What’s in it for you?*
🎽 Limited-edition T-shirt
🏅 Stunning Medal
📄 Personalized Bib
🧃 Refreshment
👓 Spectrum Glasses Experience
📄 E-certificate
🛍️ Non-woven Bag
Insurance Coverage

It’s not just a run – it’s an awareness and celebration of diversity, colour, and community!

📌 *Ready to join?*
Register now via Google Form and secure your spot:
🔗 https://forms.gle/MJ1wZPj1VS7mBsMW6

For more details, contact:
*Abil* - 01158990432
*Amera* - 0173437190

Don’t miss out on this unforgettable experience. Let’s stride into a vibrant 2025 together! 🎉

Info Rasmi HEP UiTM

18 Dec, 12:04


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

WEBINAR KENEGARAAN
TAJUK: CABARAN MORAL & SOSIAL

Sukacita dimaklumkan bahawa, Institut Kepimpinan Pelajar, JHEP akan menganjurkan Webinar Kenegaraan
Program tersebut akan diadakan seperti maklumat berikut: ni

Tarikh: 18 Disember 2024 (Rabu)
Masa: 8.00 malam - 10.00 malam
Pautan : https://www.youtube.com/live/g-JzIYrF3gk?si=qQKE0Dq8b7_WiYTb


E sijil disediakan untuk semua peserta dan jam latihan

Info Rasmi HEP UiTM

16 Dec, 13:01


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

WEBINAR KENEGARAAN
TAJUK: MEMPERKASA JATI DIRI MAHASISWA

Sukacita dimaklumkan bahawa, Institut Kepimpinan Pelajar, JHEP akan menganjurkan Webinar Kenegaraan
Program tersebut akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 17 Disember 2024 (Selasa)
Masa: 8.00 malam - 10.00 malam
Pautan : https://www.youtube.com/live/A-HdOPDq0Rk?si=NAbKbYGQo9Tu0F9l


E sijil disediakan untuk semua peserta dan jam latihan untuk staf UiTM

Info Rasmi HEP UiTM

13 Dec, 12:22


https://youtu.be/IqvKDKf3u7k?si=nkF2nD-YAxVGH8XH

Info Rasmi HEP UiTM

12 Dec, 12:01


https://www.youtube.com/watch?v=nZdWzHBevrI

Info Rasmi HEP UiTM

12 Dec, 02:30


Tuan/Puan warga Penghuni Kolej & NR

Mohon diwawarkan kepada semua program pemberian topi keledar percuma oleh JPJ kepada semua pelajar akan bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang (3.30ptg ditutup sementara untuk perasmian).
👉 bawa topi keledar lama dan serahkan di kaunter JPJ
👉 tunjuk kad pelajar dan ambil kupon penggantian
👉 tunjuk KUPON di kaunter JPJ untuk tuntuan topi keledar baharu

Nota : 3500 topi keledar baharu disediakan, siapa cepat dia dapat!!

Info Rasmi HEP UiTM

10 Dec, 06:41


HEBAHAN: BAUCAR BUKU MADANI (FASA 2)

Yayasan Perkasa Siswa dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi memperkenalkan Baucar Buku Madani Fasa 2!

🔖 Kelayakan:
✔️ Pelajar IPT (Universiti Awam, IPTS, Politeknik, dan Kolej Komuniti) berdaftar di bawah KPT
✔️ Status pelajar aktif sehingga 31 Mac 2024
✔️ Tahap pengajian: Sijil hingga Ijazah Doktor Falsafah
✔️ Mod pengajian: Sepenuh masa atau separuh masa
✔️ Warganegara Malaysia sahaja

💵 Jumlah Baucar: RM100

📆 Tempoh Penebusan:
30 Oktober 2024 – 31 Disember 2024

📍 Platform Penebusan dan Pembelian:
www.mysiswaplace.my

📋 Cara Penebusan:
1️⃣ Semak kelayakan di portal MySiswaPlace.
2️⃣ Kod baucar akan dijana jika layak.
3️⃣ Baucar hanya boleh digunakan untuk pembelian buku di portal MySiswaPlace.
4️⃣ Setiap pelajar layak menebus baucar RM100.

Sebarang pertanyaan, hubungi:
📧 [email protected]
📱 mySiswaPlace (di media sosial)

Jangan lepaskan peluang! Tebus baucar anda dan manfaatkan untuk pembelian buku pengajian anda!

Info Rasmi HEP UiTM

09 Dec, 08:38


JEMPUTAN KE MAJLIS PELUNCURAN FLY SISWA 2024

📅 Tarikh: 12 Disember 2024(Khamis)
*Masa : 2.00 petang
📍 Lokasi: Dewan Agung Tuanku Canselor(DATC), UiTM

Aktiviti menarik:

*Sesi Pagi (9.00 pagi - 5.00 petang):*
Karnival Kerjaya, JPJ Mobile, dan Pameran Simulator oleh MIROS
Pertukaran topi keledar lama kepada kupon untuk topi keledar baharu secara PERCUMA (bawa kad pelajar dan topi keledar lama)

Sesi Petang:
12.45 tengahari: Ketibaan pelajar (makan tengahari/solat)
2.30 petang: Perasmian oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
3.30 petang: Minum petang & tuntutan topi keledar baharu di kaunter JPJ

Penting: Pendaftaran dilanjutkan hingga *10 Disember 2024 jam 4.00 petang.* Sila isi borang pendaftaran kehadiran di pautan yang disediakan https://forms.gle/ybn5XUex3xXXXe6E8

Pengecualian kuliah: 1.00 tengah hari - 5.00 petang (mengikut nama yang mendaftar).

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak urusetia ditalian 03-55443522/2377 (Pusat Pembangunan Pelajar,Jabatan Hal Ehwal Pelajar). Jumpa anda di sana!

Info Rasmi HEP UiTM

05 Dec, 00:41


HEBAHAN: HARI BERTEMU PELANGGAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR UITM SHAH ALAM

Semua mahasiswa/mahasiswi UiTM dijemput untuk memeriahkan Hari Bertemu Pelanggan Persatuan/Kelab Pelajar UiTM Shah Alam pada:

Tarikh: 9 - 10 Disember 2024 (Isnin & Selasa)
Tempat: Dewan Mawar Qaseh, Kolej Kediaman Mawar, UiTM Shah Alam

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, termasuk:

• Pemeran Persatuan/ Kelab Pelajar UiTM Shah Alam
• Pameran & pemeriksaan kesihatan
• Pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
• Pameran & jualan oleh MASMED
• Kaunter pendaftaran Tabung Haji
• Persembahan oleh wakil pelajar
• Pertandingan booth terbaik
• Dan banyak lagi!

Jangan lepaskan peluang untuk untuk membina kemahiran kepimpinan, memperluas jaringan sosial, dan meningkatkan pengalaman melalui aktiviti bersama persatuan / kelab pelajar!!

Info Rasmi HEP UiTM

04 Dec, 06:08


𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗻𝗰𝗮𝗻𝗮 𝗔𝗹𝗮𝗺 (𝗕𝗮𝗻𝗷𝗶𝗿) 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗨𝗶𝗧𝗠

Pelajar sepenuh masa (Prasiswazah) yang terkesan akibat bencana alam (banjir), dimohon untuk mengisi borang permohonan bantuan bencana alam melalui Sistem ekebajikan.

Sistem ini boleh diakses melalui portal pelajar masing-masing di https://simsweb.uitm.edu.my/.../SPORTAL.../index_login.htm

Permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan. Sila pastikan semua maklumat yang diperlukan diisi dengan lengkap dan tepat bagi memastikan kelancaran proses permohonan.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau bantuan, sila hubungi atau WhatsApp di talian 03-55443542 / 03-55443545.

*𝘗𝘦𝘭𝘢𝘫𝘢𝘳 𝘜𝘪𝘛𝘔 𝘊𝘢𝘸𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘮𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘶𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘪𝘩𝘢𝘬 𝘬𝘢𝘮𝘱𝘶𝘴 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘯𝘨-𝘮𝘢𝘴𝘪𝘯𝘨.

#HEPUtama
#UiTMdihatiku

Info Rasmi HEP UiTM

03 Dec, 01:31


لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته/ Salam Sejahtera


*Semua Alumni*
*Universiti Teknologi MARA (UiTM)/ Institut Teknologi MARA (ITM)/ Dewan Latehan RIDA (DLR)*

YBhg. Tan Sri/Datuk Sri/Datuk/Dato' Sri/ Dato'/ Datin Sri/Datin/ Profesor/ Tuan/Puan

*HEBAHAN MENYERTAI PERHIMPUNAN ALUMNI SEMPENA HARI ALUMNI UiTM*

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengadakan Perhimpunan Alumni Sempena Hari Alumni UiTM seperti butiran berikut:

Tarikh : 19 Disember 2024 (Khamis)
Masa : 8:00 pagi hingga 12:45 tengah hari
Tempat: Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam

Pakaian: Pakaian Pejabat atau yang bersesuaian (shades of purple)

*Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://alumni.uitm.edu.my/perhimpunan-alumni

3. Perhimpunan ini bukan sekadar peluang untuk bertemu rakan-rakan lama, tetapi juga untuk memperluas hubungan strategik dan memperkukuh ukhwah di kalangan alumni UiTM /ITM/ DLR.

4. Penyertaan semua alumni amat dialu-alukan dan kami telah menyediakan pendaftaran melalui platform MyAlumni UiTM Virtual Card seperti butiran berikut:

🔹*Langkah Pertama:* Sila daftar MyAlumni UiTM Virtual Card menggunakan pautan berikut https://myalumnicard.uitm.edu.my/register

🔹*Langkah Kedua:* Sila daftar dan buat bayaran (RM50) bagi menyertai Perhimpunan Alumni UiTM. Bayaran ini termasuk makanan dan juga cenderamata khas yang akan disediakan untuk semua peserta.

🔹*Langkah Ketiga:* Kembali ke Homepage di MyAlumni UiTM Virtual Card dan dapatkan e-Kad Jemputan untuk dipaparkan semasa menghadiri Perhimpunan Alumni UiTM

5. Pegawai kami sedia dihubungi bagi melancarkan urusan pendaftaran/penyertaan:
i. En. Muhammad Luthfi Mohaini (No. Telefon: 013-6006926)
ii. En. Mohd Syazwan Wan Adnan (No. Telefon: 03-55442780)

Penyertaan semua alumni yang dihormati amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

--------------------------------------------------
Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni
Universiti Teknologi MARA

Info Rasmi HEP UiTM

02 Dec, 04:02


Penebusan Baucar Buku Madani Fasa Ke-2 kini dibuka sehingga 31 Disember 2024.

Tebus segera sebelum tarikh luput.

Info Rasmi HEP UiTM

25 Nov, 02:16


Sejarah bakal tercipta dan pasukan manakah yang bakal bergelar Juara Pertandingan MLBB Girls Tournament UiTM Shah Alam?

Sertai sebuah pertandingan anjuran bersama Institut Pemimpin Muda dan HAWA Malaysia dalam sebuah pertandingan e-sukan berprestij yang menemukan bakat pelajar perempuan dalam merangkul kejuaraan. Jumlah keseluruhan wang tunai yang bakal dimenangi oleh pemenang adalah sebanyak RM2000!

MLBB GIRLS TOURNAMENT oleh HAWA MALAYSIA
📍Tarikh: 30 November 2024 (Sabtu)
📍Lokasi: Dewan Mawar Qaseh, UiTM Shah Alam

Tunjukkan bakat anda dan daftar sekarang melalui pautan di bawah atau imbas kod QR sebelum 28 November 2024. Pendaftaran adalah PERCUMA !

📌 https://forms.gle/z51vTBt9TVLAGG9k9

Info Rasmi HEP UiTM

24 Nov, 11:40


Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Perindu Legend!

GOLDEN PERINDU RUN SEMPENA SAMBUTAN 50 TAHUN JUBLI EMAS PERINDU

Sukacita dimaklumkan, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kolej Kediaman Perindu akan mengadakan Golden Perindu Run sempena Sambutan 50 Tahun Jubli Emas Kolej Kediaman Perindu yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

📅Tarikh: 8 Disember 2024 (Ahad)
🕗Masa: 7.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
📍Tempat: Dataran Kolej Kediaman Perindu

📌Terdapat tiga pakej yang ditawarkan kepada peserta

📌 Pingat hanya terhad kepada 100 Finisher (L), 100 Finisher (P) dan 50 Peserta Alumni Perindu yang terawal

📌 E-merit dan sarapan pagi disediakan kepada pelajar UiTM dan peserta

📌Kepada pelajar yang ingin menyertai Golden Perindu Run ini, anda perlu mengisi pautan Google Form dibawah:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfxi59iYR_idK2Wk0ilg9TmlwotWgksN2moQCPY6h0CvJ7onQ/viewform?usp=sf_link

Sekian, terima kasih.

Info Rasmi HEP UiTM

29 Oct, 10:52


[SIARAN MEDIA] Baucar Buku Pelajar IPT Fasa Kedua: KPT agih guna platform MySISWAPLACE mulai 30 Oktober 2024.

Info Rasmi HEP UiTM

24 Oct, 12:25


Assalamualaikum & Salam sejahtera, Salam UiTM dihatiku.

HEBAHAN FESTIVAL BUSKERS, PERINGKAT UiTM SHAH ALAM
Pusat Kebudayaan Jabatan HEP UiTM Shah Alam menganjurkan TALENT SQUARE, yang bertemakan BUSKERS, Kami berbesar hati menjemput mahasiswa UiTM Shah Alam dan UiTM Kampus cawangan menyertai FESTIVAL ini. Program ini dapat melihat kreativiti dan bakat pelajar dalam persembahan nyanyian dan muzik yang menarik sekali gus dapat melihat gambaran warna warni kehidupan di kampus yang menarik kepada orang ramai.

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA !!
📢Tarikh tutup penyertaan : 4 November 2024

Sila Hantar Video anda untuk pemilihan ke
Link Pendaftaran dan QR : https://t.me/@azimpkuitm

📅 Tarikh: 13 November 2024
Masa: 12:00 Tengah Hari
📍 Lokasi: Foyer HEP UiTM Shah Alam

Hubungi untuk maklumat lanjut:
📞 Azim Azmi (012-2817819)

Info Rasmi HEP UiTM

22 Oct, 05:51


PERHATIAN!! PERHATIAN!! PERHATIAN!!.... SEMUA MAHASISWA UiTM SHAH ALAM DAN MAHASISWA UiTM CAWANGAN

Assalamualaikum & Salam sejahtera, Salam UiTM dihatiku.

HEBAHAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK, PERINGKAT UiTM SEMALAYSIA📽️🎞️

Pusat Kebudayaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, UiTM Shah Alam menganjurkan pertandingan Video Pendek, yang bertemakan Colourful Campus Life!

Kami berbesar hati menjemput mahasiswa UiTM Shah Alam dan Mahasiswa UiTM Kampus cawangan menyertai pertandingan ini. Program ini dapat melihat kreativiti pelajar dalam menghasilkan video yang menarik sekali gus dapat dapat melihat gambaran warna warni kehidupan di kampus yang menarik kepada orang ramai.

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA !!

📢Tarikh tutup penyertaan : 8 November 2024

Link Pendaftaran dan syarat-syarat di link (email akaun uitm shj)
https://forms.gle/dk52SUdV4WrhXxJX8

Hubungi/whatsapp untuk keterangan lanjut

https://bit.ly/3NutHYi

Untuk maklumat lanjut
sila hubungi Puan Eltis Nazar - 0355443661 / 0355211494

Info Rasmi HEP UiTM

18 Oct, 01:49


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera

Saudara / Saudari

HARI TERAKHIR SESI PENGAKTIFAN KAD MYSISWA BAGI PELAJAR BAHARU SESI KEMASUKAN AKADEMIK 2024/2025 DAN YANG BERKEPERLUAN UiTM KAMPUS SHAH ALAM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa hari terakhir Sesi Pengaktifan Kad MySiswa bagi Pelajar Baharu Sesi Kemasukan Akademik 2024/2025 dan Yang Berkeperluan UiTM Kampus Shah Alam sedang berlangsung seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 18 Oktober 2024 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Mawar Qaseh, Kolej Kediaman Mawar, UiTM Shah Alam


3. Kepada semua pelajar yang masih belum mengambil Kad MySiswa, dimohon untuk membuat tuntutan di Unit Hal Ehwal Akademik Fakulti/Kolej Pengajian masing-masing.

Sila pastikan anda membawa kad pengenalan dan Kad MySiswa semasa sesi pengaktifan dijalankan.


*Penafian : Pihak UiTM tidak akan bertanggungjawab di atas kegagalan pelajar yang tidak hadir dalam tempoh yang telah ditetapkan.


Sekian pemakluman.


اوسها، تقوى، مليا

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Info Rasmi HEP UiTM

09 Oct, 10:26


Hebahan: Sesi Pengaktifan Kad MySiswa bagi Pelajar Baharu Sesi Kemasukan Akademik 2024/2025 dan yang Berkeperluan UiTM Shah Alam

Kepada semua pelajar yang masih belum mengambil Kad MySiswa, dimohon untuk membuat tuntutan di Unit Hal Ehwal Akademik Fakulti/Kolej Pengajian masing-masing.

Sila pastikan anda membawa kad pengenalan dan Kad MySiswa semasa sesi pengaktifan dijalankan.

Info Rasmi HEP UiTM

04 Oct, 04:36


*Laman Sosial Rasmi Bahagian Hal Ehwal Pelajar*

1. Instagram (hepuitmshahalam)
https://instagram.com/hepuitmshahalam?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

2. Facebook (Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA Shah Alam)
https://www.facebook.com/hepuitmshahalam?mibextid=MKOS29

3. Twitter / X (HEPUiTMOfficial)
https://x.com/hepuitmofficial?s=21

4. Tiktok (hepuitmshahalam)
https://www.tiktok.com/@hepuitmshahalam?_t=8fqG0xx4GdW&_r=1

5. Telegram (Info Rasmi HEP UiTM)
https://t.me/hepuitmshahalam

Mahasiswa Universiti Teknologi MARA dijemput untuk mengikuti laman sosial rasmi Bahagian Hal Ehwal Pelajar bagi memperolehi makluman terkini mengenai Hal Ehwal Pelajar.

#HEPUTAMA
#UiTMDiHatiku

Info Rasmi HEP UiTM

17 Sep, 04:31


Jabatan Hal Ehwal Pelajar mengucapkan TAHNIAH kepada bakal pelajar yang telah ditawarkan mengikuti pengajian di UiTM bagi Sesi Akademik 2024/2025.

Sehubungan itu, JHEP dengan kerjasama beberapa pihak yang berkaitan telah menyediakan pelbagai skim bantuan kewangan & kebajikan kepada semua pelajar baharu yang berkeperluan terutamanya bagi golongan B40.

Sekiranya pelajar menghadapi masalah kewangan untuk mendaftar di UiTM, mohon pelajar melengkapkan QR code yang tersedia untuk dihubungi.

#HEPUtama
#UiTMdihatiku

Info Rasmi HEP UiTM

13 Sep, 00:17


*HARI INI*
*JANGAN LUPA*

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Prof. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari

*PERTANDINGAN e-KUIZ KEMERDEKAAN HEP*

Dimaklumkan satu e-Kuiz Kemerdekaan anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UiTM Shah Alam akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : *13 September 2024, (Jumaat)*
Masa : *11.00 - 11.30 pagi (30 minit)*

_Keterangan Pertandingan_:
📌 Peserta mestilah di kalangan *Warga JHEP UiTM Shah Alam* dan juga *SEMUA pelajar _undergraduate_ UiTM yang berstatus aktif*.

📌 e-Kuiz hanya akan dibuka selama *30 minit sahaja*, peserta disarankan bersedia sebelum pukul 11, dan perlu menamatkan kuiz pada atau sebelum jam 11.30 pagi. Pautan ke e-Kuiz boleh diakses dengan mengimbas kod QR yang tertera di poster.

📌 Pemenang akan dipilih berdasarkan dua kategori, iaitu *Kategori Kakitangan* (Johan, Naib Johan dan Ketiga) serta *Kategori Pelajar* (Johan, Naib Johan dan Ketiga).

📌 Pemenang bagi kedua-dua kategori akan diumumkan pada *17 September 2024 (Selasa)*, dan penyampaian hadiah akan dilakukan pada *26 September 2024 (Khamis)*.

Ayuhlah beramai-ramai memeriahkan dan menyertai e-Kuiz Kemerdekaan ini!

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Cik Alina di alamat [email protected] atau hubungi 0355442044 (Alina).



*اوسها، تقوى، موليا*
*"MALAYSIA MADANI"*
*“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"*

Info Rasmi HEP UiTM

10 Sep, 04:35


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Prof. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari

*PERTANDINGAN e-KUIZ KEMERDEKAAN HEP*

Dimaklumkan satu e-Kuiz Kemerdekaan anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UiTM Shah Alam akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : *13 September 2024, (Jumaat)*
Masa : *11.00 - 11.30 pagi (30 minit)*

_Keterangan Pertandingan_:
📌 Peserta mestilah di kalangan *Warga JHEP UiTM Shah Alam* dan juga *SEMUA pelajar _undergraduate_ UiTM yang berstatus aktif*.

📌 e-Kuiz hanya akan dibuka selama *30 minit sahaja*, peserta disarankan bersedia sebelum pukul 11, dan perlu menamatkan kuiz pada atau sebelum jam 11.30 pagi. Pautan ke e-Kuiz boleh diakses dengan mengimbas kod QR yang tertera di poster.

📌 Pemenang akan dipilih berdasarkan dua kategori, iaitu *Kategori Kakitangan* (Johan, Naib Johan dan Ketiga) serta *Kategori Pelajar* (Johan, Naib Johan dan Ketiga).

📌 Pemenang bagi kedua-dua kategori akan diumumkan pada *17 September 2024 (Selasa)*, dan penyampaian hadiah akan dilakukan pada *26 September 2024 (Khamis)*.

Ayuhlah beramai-ramai memeriahkan dan menyertai e-Kuiz Kemerdekaan ini!

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Cik Alina di alamat [email protected] atau hubungi 0355442044 (Alina).



*اوسها، تقوى، موليا*
*"MALAYSIA MADANI"*
*“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"*

Info Rasmi HEP UiTM

14 Aug, 06:54


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku.

YBhg. Prof Emeritus/Dato/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

*JEMPUTAN KE PROGRAM INTERNATIONAL STUDENT INVENTION INNOVATION DEVELOPMENT EXHIBITION COMPETITION (i-SIIDEC) 2024*

2. Sukacita dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM Shah Alam akan menganjurkan program INTERNATIONAL STUDENT INVENTION INNOVATION DEVELOPMENT EXHIBITION COMPETITION (i-SIIDEC) 2024.

3. Matlamat utama program i-SIIDEC 2024 adalah untuk menjadi salah satu platform bagi menggalakkan pelajar menghasilkan idea serta produk berunsurkan teknologi dalam bentuk prototaip. Melalui program ini, pelajar juga perlu membentangkan idea tersebut secara bersemuka (Business idea pitching) kepada wakil – wakil industri, agensi dan venture capitals untuk tujuan pengkormesialan dan peluang pendanaan.

4. Sehubungan itu, kami dengan segala hormatnya berbesar hati menjemput YBhg. Prof Emeritus/Dato/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan ke Program International Student Invention, Innovation Development Exhibition Competition (i-SIIDEC) 2024 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:-

🗓️ Tarikh : 19 – 20 Ogos 2024 (Isnin & Selasa)
Masa : 8:00 pagi - 5:00 petang
📍 Tempat : Dewan Mawar Qaseh, UiTM Shah Alam

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Prof Emeritus/Dato/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Keterangan Lanjut:-
Website: http://masmed.uitm.edu.my/isiidec2024
Emel: [email protected]
Telegram: http://t.me/isiidec2024

Sekian, terima kasih.


#HEPUtama
#UiTMdihatiku

Info Rasmi HEP UiTM

28 Jul, 06:46


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,

Baru dapat perkhabaran rumah keluarga pelajar kita saudara Mohammad Noridham Norasmawi (CS241) di Jalan Kebun telah total loss hangus terbakar semalam. Sekarang pelajar sekeluarga tinggal sementara di homestay berdekatan yang kosnya ditanggung oleh jiran-jiran.

Ujian ini sangat berat buat pelajar kita dan marilah kita sama-sama sebagai satu keluarga menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu meringankan bebanan pelajar sekeluarga di:
https://uitmpay.uitm.edu.my/giving/products/AA/24/279

Semoga kebaikan kita menjadi ladang pahala dan rezeki berlipat ganda. Aamiin 🤲

Info Rasmi HEP UiTM

02 Jul, 03:39


https://www.youtube.com/live/1TnMc93rPFM?si=jRsOeIGkfKJKUYUE

Info Rasmi HEP UiTM

24 May, 04:21


🔈🔈 Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Salam UiTM di hatiku.

PROGRAM BENGKEL INOVASI 3.0: MOTION THROUGH INNOVATION

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, kami dari kelab Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter (RAS UiTM SC) dengan kerjasama Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) berbesar hati ingin menjemput anda ke Program Bengkel Inovasi 3.0 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 28 Mei 2024 (Selasa)
Masa: 8:15 pagi - 1:15 petang
📍 Tempat: Cisco Webex Meeting & Youtube Live RAS UiTM SC

🏷️ Semua pelajar dari fakulti/ kolej pengajian/ kampus cawangan dijemput hadir ke Bengkel Inovasi ini.

📌 Agenda Program:
1. Penyediaan Abstrak bagi tujuan menyertai pertandingan inovasi.

📌 Kelebihan menyertai program ini:
1. E-sijil penyertaan akan disediakan.
2. Diberi peluang menyertai pertandingan inovasi.
3. Pengalaman yang baharu.

🔗 Pautan pendaftaran: https://forms.gle/qQPHMegXxByyZDAu7

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

📞 Farah: https://wa.link/6iywl6
📞 Sarah: https://wa.link/ufgfg7

#UiTMdihatiku
#RASUiTMSC
#RakanAlamSekitarUiTMStudentChapter

Info Rasmi HEP UiTM

30 Apr, 02:49


Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Pelajar, BHEP dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Negara, Pejabat Perdana Menteri menjemput 50 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak generasi FELDA UiTM untuk menyertai Seminar Akademi Kenegaraan Malaysia.

Butiran program adalah seperti berikut:

🗓️ Tarikh : 04 Mei 2024 (Sabtu)
🕘 Masa : 9.00 pagi - 1.30 petang
📍Tempat : Pusat Latihan Kenegaraan Meru, Klang, Selangor
👔 Pakaian : Smart Kasual/Pakaian ke kuliah
🚌 Tempat Berkumpul : Hentian Bas Kolej Kediaman Seroja UiTM Shah Alam
🚎 Masa Berkumpul : 7.30 pagi

Tentatif Seminar Akademi Kenegaraan : Komuniti Warga Persada Felda

9.00 pagi - 10.00 pagi : Pendaftaran peserta
10.00 pagi - 10.30 pagi : Taklimat seminar
10.30 pagi - 11.30 pagi : Sesi interaktif kenegaraan
11.30 pagi - 11.45 pagi : Rehat
11.45 pagi - 12.45 tengahari : Sesi bicara pasca normal
12.45 tengahari - 1.30 petang : Jamuan/Bersurai

📌 Disediakan
Makan & Minum sepanjang program berlangsung
Pengangkutan
Sijil Penyertaan

Tarikh Tutup Pendaftaran: 3 Mei 2024 (Jumaat) sebelum pukul 10.00 pagi
Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/QqDQVxJ7xXCRFKg28