MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024 @mawukm2324 Channel on Telegram

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

@mawukm2324


MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024 (Indonesian)

Selamat datang di channel resmi MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024 (@mawukm2324)!
Apakah Anda seorang pengusaha kecil atau menengah yang ingin memperluas jaringan, belajar dari sesama pengusaha, atau memperoleh wawasan baru dalam dunia bisnis? Jika ya, maka channel ini adalah tempat yang tepat untuk Anda! MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024 adalah platform komunitas yang dirancang khusus untuk memberikan dukungan, edukasi, dan kesempatan kolaborasi bagi para pelaku usaha UKM.

Dengan bergabung di channel ini, Anda akan mendapatkan akses ke berbagai informasi terkini seputar peluang bisnis, tips dan trik sukses berbisnis, serta berbagai acara dan workshop yang akan memberikan manfaat bagi perkembangan usaha Anda. Tidak hanya itu, Anda juga dapat berinteraksi dengan sesama anggota komunitas, bertukar ide, dan memperluas jaringan Anda.

Jadi, tunggu apalagi? Bergabunglah sekarang di MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024 dan jadilah bagian dari komunitas yang mendukung kesuksesan usaha kecil dan menengah di Indonesia. Mari bersama-sama membangun ekonomi yang kuat melalui kolaborasi dan dukungan antarpengusaha! Terima kasih sudah bergabung dan sampai jumpa di channel kami!

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

06 Jan, 11:07


3 Hari Lagi Menuju Anugerah Tokoh Siswa 2024!

Tinggal 3 hari lagi sebelum para mahasiswa raikan kecemerlangan mereka di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, DECTAR UKM.

Sebanyak 7 Kategori Utama yang akan diumumkan!

Siapakah bintang yang bakal menjadi Anugerah Tokoh Siswa 2024?

#TERASWatanKita
#UKMMara
#AnugerahTokohSiswa2024
#ATS24
#HEPUKM
#UKMSiswaKlik

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

04 Jan, 13:45


*⭐️ 5 hari lagi menuju Anugerah Tokoh Siswa 2024! ⭐️*

Malam penuh gemerlapan bertemakan *Kilauan Bintang* menanti anda.

Para mahasiswa, ayuh raikan kejayaan dan bakat luar biasa rakan-rakan anda di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam detik yang tidak akan dilupakan!

Nantikan pengumuman pemenang pada 9 Januari 2025 (Khamis).

#TERASWatanKita
#UKMMara
#AnugerahTokohSiswa2024
#ATS24
#HEPUKM
#UKMSiswaKlik

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

31 Dec, 12:22


https://vt.tiktok.com/ZS6SEVjfU

Teruslah berjalan menuju apa yang dituju

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2025 Warga UKM ❤️

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

31 Dec, 12:19


https://youtu.be/86IquRlBcRo?si=kXaieYINzVU1NFCG

Kupas Podcast: Masalah Mental Salah Siapa? Ibu Bapa atau Diri Sendiri?

Jom sama-sama saksikan perkongsian oleh En Tan Yao Xiong, Pegawai Psikologi dan Aimanazim, Siswa Clique di Youtube UKM Siswa Klik.

Jangan lupa Subscribe, like dan share!

#IlmuMutudanBudi
#TERASWatanKita
#UKMMara
#HEPUKM
#UKMSISWAKLIK

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

31 Dec, 12:17


*Selamat Tahun Baharu 2025*

Saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2025. Semoga tahun ini membawa keberkatan, kemakmuran, dan kejayaan buat kita semua!

Ikhlas daripada Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM).

#IlmuMutudanBudi
#TERASWatanKita
#UKMMara
#HEPUKM
#UKMSISWAKLIK

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

31 Dec, 12:14


*Selamat Tahun Baharu 2025*

Bersama-sama, kita melangkah ke tahun baharu dengan tekad dan usaha untuk mencapai kecemerlangan.

Ikhlas daripada Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM)

#IlmuMutudanBudi
#TERASWatanKita
#UKMMara
#HEPUKM
#UKMSISWAKLIK

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

26 Dec, 06:52


PERINGATAN PENTING BUAT MAHASISWA

*"PENEBUSAN BAUCAR BUKU FASA 2"*

Assalamualaikum dan salam sejahtera, adalah dimaklumkan bahawa tarikh akhir untuk penebusan Baucar Buku Fasa 2 bernilai RM100 seorang adalah sehingga *31 DISEMBER 2024*. Bantuan ini diberikan bagi meringankan beban pelajar dalam mencari bahan-bahan pengajian di universiti. Walau bagaimanapun, tempoh untuk menebus baucar ini kini hanya berbaki *5 HARI LAGI*. Sehubungan itu, semua mahasiswa diseru agar mengambil peluang ini sebelum tarikh akhir penebusan baucar. Sebarang penebusan selepas Tarikh tersebut tidak akan dilayan. Oleh itu, bagi sesiapa yang mengalami permasalahan dalam menebus baucar tersebut, anda diminta untuk mengisi borang melalui pautan berikut https://forms.gle/XfuKrh7bTbTPiVEG9 dan qr yang disediakan di poster. Sekian, terima kasih.

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR (HEP-UKM)

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

26 Dec, 02:02


Anugerah Tokoh Siswa 2024 akan diadakan pada 8 Januari 2025 (Rabu) bertempat di *Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Nantikan keputusan pemenang-pemenang yang akan diumumkan pada acara tersebut. ☺️

#AnugerahTokohSiswaUKM2024
#PemimpinMasaDepan
#Siswaklikukm
#UniversitiWatanKita

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

03 Dec, 06:14


*PENCARIAN SUKARELAWAN SKUAD IHSAN MADANI KPT DIPERLUKAN SEGERA!*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikutan keadaan semasa negara yang sedang diuji dengan musibah banjir, Skuad Ihsan MADANI KPT memerlukan sukarelawan bagi aktiviti-aktiviti bantuan dan khidmat pasca banjir.

Kepada warga UKM dan pelajar yang berminat untuk menyertai Misi-misi Bantuan Pasca Banjir, diminta untuk mengisi borang di pautan di bawah bagi penyertaan sukarelawan tersebut.

https://forms.gle/UZM1N4HM3A9xbHZW9

Semoga semua urusan warga UKM menghadapi banjir dipermudahkan.

(Bilik Gerakan Banjir UKM)

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

07 Nov, 07:02


Bangi Avenue Food Hub @ Union Square!

Temui kami pada Khamis, 7 November, jam 10.00 pagi di pejabat anda untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.:

Norshafeena Binti Noor Mohammed
Snr.Sales Executive | Conference, Meetings & Events
016-239 0523

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

07 Nov, 05:48


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Jom daftar bagi cabutan bertuah sempena M3P 2024/2025 !!!

Sila ambil perhatian:

🎉Sesi cabutan bertuah akan diadakan semasa Majlis Penutupan M3P 2024/2025 pada 7 November 2024 jam 3.00 petang – 5.00 petang

🎉Anda juga boleh semak nombor pendaftaran masing-masing di pautan Google Sheet: https://shorturl.at/CcgBG

🎉Hanya 3 kali panggilan kepada penerima cabutan bertuah

🎉Sesi cabutan ini juga akan dibawakan secara Live di Instagram UKMSISWAKLIK

Terima kasih.

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

06 Nov, 12:59


Anugerah Tokoh Siswa UKM 2024

Pengiktirafan dan penghargaan buat calon-calon mahasiswa yang mempunyai bakat dan cemerlang dalam pelbagai bidang melalui *Anugerah Tokoh Siswa UKM 2024* . Ini merupakan anugerah berprestij tinggi bagi meraikan mahasiswa yang telah berjaya mencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

🏅 Kategori Anugerah yang dipertandingkan:

• 3 Kluster Utama
• 8 Kategori
• 47 Anugerah untuk dimenangi

🌍 Lokasi: Dewan Canselor Tunku Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia

📅 Tarikh: 9 Januari 2025 (Khamis)

Anda berpeluang untuk memenangi anugerah utama iaitu *pemenang Anugerah Tokoh Siswa UKM 2024*! Jom serlahkan potensi diri anda! Isi butiran lanjut diri anda sekarang dengan mengimbas QR di poster atau di pautan seperti berikut https://forms.gle/edfdXP71WDZsu9hp7.

Sama-sama kita raikan dan nantikan pengumuman pemenang kelak.

#AnugerahTokohSiswaUKM2024
#PemimpinMasaDepan
#Siswaklikukm
#UniversitiWatanKita

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

06 Nov, 11:58


*Program Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) UKM Sesi 2024/2025*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Jom sertai Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) UKM 2024/2025, anjuran Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM, untuk mengenali pelbagai persatuan dan kelab di UKM!

📅 *Tarikh*: 5-8 November 2024
📍 *Lokasi*: Pusanika, UKM
*Waktu*: 10 pagi - 11 malam

🌍 *Hari Pusanika Tanpa Karbon*:
Pada 6-7 November, sertai inisiatif mesra alam dengan menggunakan pengangkutan hijau seperti *berjalan kaki🚶‍♂️, berbasikal 🚴‍♀️ , atau pengangkutan awam 🚌* ke Pusanika.

*Aktiviti Menarik*:
🍔 Jualan makanan, minuman, aksesori, pakaian, dan manisan
🎤 Majlis penutupan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil pada 7 November
🏢 Pameran reruai persatuan

Pertandingan Menarik:

TikTok M3P - Hadiah: RM300, RM150, RM50
Pertandingan Reruai - Hadiah: RM300, RM150, RM50
Idea 1 Minit - Hadiah: RM300, RM150, RM50

Ambil peluang sertai aktiviti-aktiviti ini dan perluaskan jaringan sosial anda di UKM!

#M3P_UKM2425 #MingguPengenalanPersatuanPelajar #UKM2024 #HEPUKM #PersatuanPelajarUKM #KelabUKM #ProgramMahasiswa #PertandinganTikTokM3P #PertandinganReruai #Idea1Minit #SertaiM3P #JomSertaiUKM #UKMStudents #PameranReruai #CabutanBertuah #JualanMakananMinuman #HariPusanikaTanpaKarbon #MesraAlam #PengangkutanAwam

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

06 Nov, 11:57


*Program Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) UKM Sesi 2024/2025*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Jom sertai Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) UKM 2024/2025, anjuran Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM, untuk mengenali pelbagai persatuan dan kelab di UKM!

📅 *Tarikh*: 5-8 November 2024
📍 *Lokasi*: Pusanika, UKM
*Waktu*: 10 pagi - 11 malam

🌍 *Hari Pusanika Tanpa Karbon*:
Pada 6-7 November, sertai inisiatif mesra alam dengan menggunakan pengangkutan hijau seperti *berjalan kaki🚶‍♂️, berbasikal 🚴‍♀️ , atau pengangkutan awam 🚌* ke Pusanika.

*Aktiviti Menarik*:
🍔 Jualan makanan, minuman, aksesori, pakaian, dan manisan
🎤 Majlis penutupan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil pada 7 November
🏢 Pameran reruai persatuan
🎉 Cabutan bertuah dengan hadiah menarik, termasuk Sebuah Motorsikal dan Skuter Beam.

Pertandingan Menarik:

TikTok M3P - Hadiah: RM300, RM150, RM50
Pertandingan Reruai - Hadiah: RM300, RM150, RM50
Idea 1 Minit - Hadiah: RM300, RM150, RM50

Ambil peluang sertai aktiviti-aktiviti ini dan perluaskan jaringan sosial anda di UKM!

#M3P_UKM2425 #MingguPengenalanPersatuanPelajar #UKM2024 #HEPUKM #PersatuanPelajarUKM #KelabUKM #ProgramMahasiswa #PertandinganTikTokM3P #PertandinganReruai #Idea1Minit #SertaiM3P #JomSertaiUKM #UKMStudents #PameranReruai #CabutanBertuah #JualanMakananMinuman #HariPusanikaTanpaKarbon #MesraAlam #PengangkutanAwam

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

04 Nov, 04:43


Kini kembali! The Star membawakan anda langganan Digital Access & ePaper selama 1
tahun secara PERCUMA! Nikmati akses tanpa had kepada artikel berita di laman web &
aplikasi mudah alih kami sekarang!
Cara menebus:

1. Daftar di https://bit.ly/freeukmstar
2. Anda akan menerima e-mel pengesahan dalam masa 5 hingga 10 hari bekerja
3. Ikuti arahan e-mel untuk melengkapkan pengaktifan
4. Nikmati langganan percuma anda!

Eksklusif untuk pelajar dan staf UKM. Daftar sekarang!

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

27 Oct, 22:55


KARSIS 2024 akan berlangsung esok! 🎉

Jom meriahkan Karnival Katarsis pada 28 & 29 Oktober di Bangunan Pusanika!

Photobooth, 👨‍⚕Pemeriksaan kesihatan PERCUMA, 🎶 Buskers, 💐Tempahan Bunga "Secret Admire"
💉 Ujian subsidi Mamogram, Pap Smear, Henna RM5, Persembahan daripada PUSKEB, 🎁 Cabutan Bertuah,🍴 Gerai jualan & makanan menarik!

Ajak semua, jangan lepaskan peluang! 🌟 #KARSIS2024 #HEPUKM #UniversitiWatanKita

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

26 Oct, 05:53


Karnival Katarsis 2024: Raikan Kesejahteraan Diri & Minda!
📅 Tarikh: 28 - 29 Oktober 2024
📍 Lokasi: PUSANIKA, UKM Bangi

Sertai pelbagai aktiviti menarik sempena Bulan Kaunseling antaranya aktiviti riadah, bicara pakar dan pertandingan yang boleh disertai. Terbuka kepada semua warga UKM! Semua aktiviti adalah Percuma!

📌 28 Oktober 2024:
🏃‍♂ Langkah Sejahtera, Taman Paku Pakis (8.30 pagi)
https://docs.google.com/forms/d/1LCU_PFPCBIEQuI3bk4HKi2DvZ1CGAGH96NtMJzeJpl8/edit

🧘‍♀ Tenang Minda, Damai Hati, Bilik Seminar, Pusanika (10.30 pagi)
https://docs.google.com/forms/d/1udc_iTMKY-dK8uY6G6g69S4aAediM69iceALwk246DQ/edit

🎬 Kupasan Video "PSY", Bilik Seminar, Pusanika (11.30 pagi)
https://docs.google.com/forms/d/1sfq6O8boToZ5rT8FSC4hQSOf8FpkVxgIyHL-9JcF3Ys/edit

🎙 Podcasts: Tekad Empati, Sejahtera Insani, Bilik Seminar, UKM (2.30 petang)
https://docs.google.com/forms/d/1LmaYqe0nqA8gJFMoBSkxvkkPeK4b_jkbvySygPOUkRo/edit

🎶 Persembahan Selingan Kebudayaan dari PUSKEB dan Busker, Lobi Pusanika (1.30 tengah hari, 28-29 Oktober)

📌 29 Oktober 2024:
🧠 Bicara Pakar: Generasi Strawberi, Auditorium, Pusanika (2.30 petang)
https://docs.google.com/forms/d/18Igr0g-8UK0hUKIkOtVvSwhSXJNaD74oDDyYkZFLovA/edit

🏆 Majlis Perasmian Penutupan, Ruang Legar, Pusanika (3.30 petang)

📚 Pertandingan Kuiz, Poster, & TikTok – Sepanjang Karnival
https://forms.gle/jxeoJMWL3cYSUsJX9

🌟 Jangan lepaskan peluang untuk terlibat dan meningkatkan kesejahteraan diri!

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

17 Oct, 11:22


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Pewaris Watan! HEP-UKM akan mengadakan Jerayawara ke Kolej Akademia UKM.

Inilah platform bagi anda untuk bertanyakan sebarang soalan kepada kami.

Temui kami di sana! Lihat sebelah untuk melihat perincian jadual Jerayawara.

#ILMUMUTUDANBUDI
#SiswaUKM
#UKM
#UniversitiWatanKita
#JerayawaraHEP2024

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

15 Oct, 16:31


MENYANTUNI PELAJAR PEWARIS WATAN AMBILAN KEDUA 2024/2025

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengambil inisiatif untuk memberi bantuan kepada seorang mahasiswa baharu iaitu Nurul Nabilah Ildaham dari Tawau, Sabah yang mempunyai kekangan kewangan untuk menyambung pelajarannya di UKM.

Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) yang diwakili oleh Timb. Pengarah (Perkhidmatan Inklusif), Dr. Nurwina Akmal Anuar bersama Pusat Islam UKM yang diwakili oleh Ketua Bahagian Zakat, Encik Muhammad Tajuddin telah menyantuni mahasiswa tersebut di lapangan terbang KLIA 2. Pihak UKM ingin mengucapkan TAHNIAH dan SELAMAT DATANG kepada mahasiswa tersebut yang telah berjaya menjadi sebahagian Pewaris Watan di UKM pada 15 Oktober 2024.

UKM sentiasa prihatin, cakna dan komited dalam memberi sokongan secara berterusan dalam memastikan mahasiswa kurang berkemampuan berpeluang melanjutkan pelajaran, sekaligus membantu mereka mengorak masa hadapan yang lebih cemerlang.

#UniversitiWatanKita
#IlmuMutuBudi
#UKM
#UKMSharing
#MAW2425

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

08 Oct, 08:10


*HARI TERBUKA DAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-10 PUSAT PEMBANGUNAN KARIER*📢

Ayuh luangkan masa anda di Hari Terbuka dan Sambutan Ulang Tahun ke-10 Pusat Pembangunan Karier yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

📅*Tarikh: 16 Oktober 2024 (Rabu)*
*Masa: 9 pagi hingga 4.30 petang*
📍*Tempat: Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia*

Para pelajar dan orang ramai dijemput untuk mendapatkan khidmat semakan resume dan berpeluang berjumpa dengan wakil-wakil industri dari pelbagai sektor! 🤩

Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang hari seperti:
🎈 Majlis Ulang Tahun ke-10
📚 Pameran 10 Tahun UKM-Karier
🔍 Pameran Platform Pencarian Pekerjaan
✍️ Semakan Resume
🎁 Cabutan Bertuah
🎨 Pertandingan Poster Kerjaya
🎲 Permainan Kerjaya
💼 Bimbingan Kerjaya

Anda juga berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah menarik dari UKM-Karier!

*Jumpa anda 16 Oktober ini!*📌📌

#UKM #UKMSharing #UniversitiWatanKita #UKMKarier #10TahunUKMKarier #Mara_GEUKM

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

03 Oct, 07:52


HEP-UKM dengan kerjasama Unit Kenderaan, Jabatan Pendaftar sentiasa cakna akan kebajikan mahasiswa dan telah mengambil tindakan segera terhadap keperluan melihat semula kedudukan tempat menunggu bas pelajar Kolej Ke-13 di Taman Tenaga, Kajang.

Lawatan tapak telah diadakan pada 3 Oktober 2024 yang dihadiri oleh Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Pengarah HEP-UKM, Dr. Tengku Hasnan Tengku Abdul Aziz, Pengetua Kolej Ke-13 dan Residensi Luar dan En. Mohd Hashrifa Kassim, Ketua Unit Kenderaan, Jabatan Pendaftar dan memutuskan untuk mengubah kedudukan hentian bas UKM ke kedudukan yang lebih dekat dengan kolej.

Diharapkan inisiatif ini dapat memberi kemudahan kepada pelajar dalam menguruskan pergerakan dan pengangkutan mereka sebagai tanda prihatin UKM.

#ILMUMUTUDANBUDI
#SiswaUKM
#UKM
#UniversitiWatanKita
#HEPPrihatin

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

30 Sep, 06:01


*Jom Sihat dan Cergas dengan sertai MegafitBatik@UKM*

Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Pusat Hal Ehwal Pelajar, (HEP-UKM) dan Pusat Sukan UKM serta pihak Pusat Tanggungjawab, PTj di bawah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, HEPA akan menganjurkan *MegafitBatik@UKM* bagi mendaftarkan rekod pencapaian Senamrobik Mega yang bertemakan batik di *Malaysian Book of Records*.


*Tarikh: 1 Oktober 2024 (Selasa)*

*Masa: 8.00 hingga 10.30 malam (Pendaftaran-7.00 malam)*

*Tempat: Stadium UKM @UKM 43600 Bangi, Selangor, Malaysia*

*Pendaftaran: https://forms.gle/jWfJnJpKpC1mtVdP8*

*Keperluan: Kain Sarung Batik Malaysia (Dibawa masing-masing untuk disarung/ diikat di tangan/ kepala/ di selempang di bahu)*

Jangan tunggu lagi, jom daftar segera dan bersenam bersama-sama kami! Kehadiran Warga UKM akan direkodkan dalam Sistem UrusBakat UKM.

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

19 Sep, 09:24


"Kita semua berhak untuk berada dalam lingkungan yang positif dan menyokong. Buat masa sekarang, adalah lebih baik untuk kita menjaga jarak dan memberi tumpuan kepada kesihatan mental dan kebahagiaan diri. Hargailah perhubungan ini, tetapi kita perlu menjaga kesejahteraan diri terlebih dahulu."

Sayangi diri kita serta orang sekeliling kita

Ikhlas daripada Unit Kaunseling, HEP-UKM.

#ILMUMUTUDANBUDI
#Marawatan
#ukmsiswaklik
#kaunselinghepukm
#siswaukm

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

21 Aug, 06:40


Tips Penggunaan Media Sosial 📱

Media sosial adalah tanggungjawab kita bersama. Fikir sebelum kongsi, semak kebenaran, dan hormati privasi orang lain. 🛑🔍 Ayuh, sama-sama amalkan tips yang dikongsikan untuk menjadikan dunia digital lebih selamat dan positif! 🌍

#BijakGunaMediaSosial #MediaSosialSelamat #HEPUKM #UKMSiswaklik #UniversitiWatanKita

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

08 Aug, 01:59


Ayuh sertai *Pertandingan Video Kesedaran Keselamatan Siber Peringkat Kebangsaan Tahun 2024* anjuran Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara (NACSA, MKN). Penyertaan dibuka kepada para pelajar IPT warganegara Malaysia berumur 30 tahun dan ke bawah.

Hadiah wang tunai sehingga *RM1,000* menanti para pemenang. Johan pertandingan akan *mewakili Malaysia ke _ASEAN-Japan Cybersecurity Awareness Video Competition 2024_* .

Sila imbas Kod QR bagi menyertai pertandingan ini.

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

30 Jul, 12:27


Dah habis exam ni, macam mana nak healing ? 🤔

Jangan lupa saksikan episod 3: Healing di Kupas Podcast jam 8.30 malam ini.

https://youtu.be/y8sWoFXrXis

#SiswaClique
#KupasApaTu?
#Studentlifestyle
#Healing
#HEPUKM

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

24 Jul, 07:06


University Leadership Development Programme (ULDP) Anjuran Yayasan Axiata
Yayasan Axiata bakal menganjurkan University Leadership Development Programme (ULDP). Program ini menawarkan pendedahan kepada asas kemahiran kepimpinan, asas perniagaan (strategi dan operasi) dan data analitik. Program ini akan berjalan selama dua (2) minggu dengan ketetapan berikut:
Tarikh: 17-20 Ogos 2024 (dalam talian), 22-30 Ogos 2024 (bootcamp fizikal)
Tempat: Platform Zoom & Hotel Tenera (makan minum dan penginapan disediakan, KECUALI pengangkutan)
Pautan pendaftaran: https://shorturl.at/MIm60 (Pendaftaran dibuka sehingga 5 Ogos 2024).

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

23 Jul, 00:32


JEMPUTAN KE SESI CERAMAH BRAIN RECLAIM TALK SERIES #2

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (UKM-GSB) akan mengadakan sesi ceramah seperti butiran berikut:

Tajuk : Overview on UK Funding Landscape - Trends & Opportunities

Tarikh : 02 Ogos 2024 (Jumaat)

Masa : 10.30 pagi - 12.00 tengahari

Tempat : Bilik Telekonferens, Aras Bawah, UKM-GSB, Bangi

Penceramah : Dr. Siti Intan Nurdiana Wong Abdullah (Senior Lecturer in Marketing at Nottingham Business School, Nottingham Trent University)

Yuran : Percuma

Sasaran peserta : Terbuka kepada semua (staf/pelajar/penyelidik UKM) - 30 orang peserta sahaja.

Untuk mendaftar sila klik pautan berikut:
https://forms.gle/Bekh5i1YTbZFnZNu7

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

23 Jul, 00:28


Sukacita dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dengan kerjasama Pusat Keusahawanan Mahasiswa Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM Shah Alam akan menganjurkan Program International Student Invention, Innovation Development Exhibition Competition (iSIIDEC) 2024.

Semua institusi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dijemput menyertai program ini.
Objektif Program adalah:

1. Mengumpul produk inovasi pelajar bagi tujuan pengkomersilan.
2. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengetengahkan idea produk.
3. Membina pusat data maklumat inovasi pelajar.
4. Menghasilkan penerbitan berjilid.

Kelebihan menyertai program ini:

E-sijil penyertaan akan disediakan.
Diberi peluang menyertai pertandingan inovasi dan membina kreativiti.
Pengalaman yang baharu dan dapat mengetengahkan produk inovasi.
Pengalaman menghasilkan video pitching bagi mendapatkan dana pengkomersilan dari pihak industri.
Keterangan Lanjut:-
Website: http://masmed.uitm.edu.my/isiidec2024
Telegram: http://t.me/isiidec2024
Pautan pendaftaran produk: https://tinyurl.com/3bx4ufsy
Pautan pendaftaran seminar: https://tinyurl.com/29ty5d8y

MINGGU APRESIASI WATAN UKM 2023/2024

23 Jul, 00:17


Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) telah menerima hebahan daripada UNESCO di Paris mengenai UNESCO Youth Eyes on The Silk Roads International Photo Contest 2024 dengan tema "Reveal The Silk Roads Through Life Celebrations”. Pertandingan ini adalah terbuka kepada belia berumur 18 hingga 25 tahun. Peraduan ini menggalakkan penggunaan fotografi untuk memperluas interaksi budaya, memupuk sikap saling memahami dan mempromosikan perdamaian di kalangan penduduk dunia.



Maklumat penyertaan boleh diperolehi melalui pautan: https://unescosilkroadphotocontest.org/en. Pemohon yang berminat adalah dikehendaki untuk mendaftar akaun melalui pautan yang dikemukakan sebelum memuat naik gambar (maksima 20 gambar dengan resolusi 1500-pixel bagi landscape atau portrait beserta kapsyen) bagi pertandingan tersebut.