[ MAKLUMAN MPP UPM SESI 2024/2025 ]
[MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI TAHUN 2025]
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam We Love UPM.
Sukacita dimaklumkan bahawa pada 09 Januari 2025, seramai 4 orang wakil Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Sesi 2024/2025 telah berpeluang menghadiri jemputan rasmi daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi di Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) Skudai, Johor.
Dalam majlis amanat tersebut, Yang Berhormat Dato' Seri Zambry Abdul Kadir telah menggariskan Tujuh Fokus Utama, Dua Puluh 'Signature Programmes' berserta Sepuluh Agenda Transformasi Pendidikan Tinggi yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini demi mempersiapkan graduan yang lebih berkemahiran tinggi dan relevan dengan keperluan industri dan masyarakat yang seterusnya membina kredibiliti institusi pendidikan tinggi di mata dunia.
Semoga semua pihak dapat bersama-sama berganding bahu dalam merealisasikan hala tuju dan teras transformasi yang dibentangkan dengan jayanya.
“Reformasi Pemangkin Kesejahteraan Holistik”
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Putra Malaysia
Sesi 2024/2025
—————————
Ikuti berita dan maklumat hebahan MPPUPM di :
Facebook : MPP UPM
Instagram : mppupm_official
Twitter: MPPUPM
Tiktok : MPPUPM
Telegram : INFO@mppupm
Linkedin : MPP UPM
#WeLoveUpm
#BerilmuBerbakti
#MalaysiaMadani