UiTM Kampus Pasir Gudang Official @uitmkpg Channel on Telegram

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

@uitmkpg


Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang

UiTM Kampus Pasir Gudang Official (Malay)

Selamat datang ke saluran rasmi UiTM Kampus Pasir Gudang! Saluran ini dikenali sebagai '@uitmkpg' dan adalah tempat terbaik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Dengan menyertai saluran ini, anda akan mendapat akses kepada berita, pengumuman, dan aktiviti terkini yang berlaku di kampus. Saluran ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk bertukar pendapat, berkongsi pengalaman, dan menjalin hubungan dengan pelajar lain. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti yang aktif dan dinamik di UiTM Kampus Pasir Gudang. Sertai kami sekarang dan pastikan anda sentiasa terkini dengan segala perkembangan terkini di kampus!

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

12 Feb, 06:00


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Untuk makluman, EXIT Survey dan SuFO bagi sesi 20244 (Oct - Feb 2025) telah dilanjutkan sehingga 23 Feb 2025. Semua pelajar diminta untuk melengkapkan Survey tersebut di UFUTURE sehingga tarikh yang telah ditetapkan.

Jabatan Akademik & Antarabangsa
12 Feb 2025

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

10 Feb, 02:36


Perhatian‼️ 🔉🔉🔉

Pemakluman Keputusan MUET Sesi 3/2024

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

09 Feb, 11:16


PEMBUKAAN PERMOHONAN UPUOnline®️ BAGI KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM (IPTA) & MARA BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI (MARA BPT) BAGI SESI AKADEMIK 2025/2026

📌 FASA 1
🗓️ 10 Februari 2025 – 14 Mac 2025 

📌 FASA 2 *
🗓️ 14 April 2025 – 18 Mei 2025

* program pengajian bertemu duga dan/atau ujian tidak ditawarkan pada fasa 2.

🗝️ PEMBELIAN NOMBOR PIN UPUOnline®️ MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
🗓️ Bermula 9 Februari 2025

📍 350 Kaunter Cawangan
🏧 700 mesin ATM BSN
🌐 Perbankan Internet myBSN

Jangan lepaskan peluang untuk merebut 350 program yang disediakan untuk lepasan SPM manakala 1,131 program ditawarkan kepada lepasan STPM/Setaraf oleh Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT.

Pautan Kenyataan Media:
https://www.mohe.gov.my/hebahan/kenyataan-media/kenyataan-media-permohonan-upuonline-r-bagi-kemasukan-ke-ipta-dan-mara-bpt-sesi-akademik-2025-2026

#uitmdihatiku
#uitmpilihanutama

Panjangkan (share/forward) kepada kenalan, sahabat handai, sanak saudara atau ahli keluarga yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat Asasi, Diploma dan Sarjana Muda di menara gading.

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

03 Feb, 13:32


Peringatan kepada semua pelajar‼️

Sepanjang pengajian di UiTM, elakkan dari melakukan tindakan yang boleh memperjudikan masa depan diri sendiri. Anda datang dengan harapan, biarlah pulang dengan kejayaan.

Semoga berjaya 🌹

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

02 Feb, 13:28


UiTM Kampus Pasir Gudang Official pinned «Kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada hari pertama esok, jangan lupa 👇 Set alarm/ remind kawan-kawan dan family untuk kejut bangun awal Alat tulis (pen, pensil, pembaris, pemadam) ⁠Kalkulator (jika berkaitan) Pas masuk (kad pelajar &…»

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

02 Feb, 13:27


PERINGATAN MESRA‼️

Semua pelajar perlu mematuhi sahsiah rupa diri (SRD) sepanjang peperiksaan seperti poster di atas.

Nota:
• Jaket fakulti
• Seluar jeans
• Jubah (Jumaat)
• Kurta (Jumaat)

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

02 Feb, 13:08


Kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada hari pertama esok, jangan lupa 👇

Set alarm/ remind kawan-kawan dan family untuk kejut bangun awal
Alat tulis (pen, pensil, pembaris, pemadam)
⁠Kalkulator (jika berkaitan)
Pas masuk (kad pelajar & slip peperiksaan)
Pakaian mengikut SRD peperiksaan
Datang awal (8.30 pagi masuk dewan)

Semoga semua pelajar beroleh kejayaan 🌹

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

01 Feb, 02:37


TATACARA SEMAKAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SESI FEB 2025 (UNTUK PELAJAR)

📌 Semak Tarikh dan Masa Peperiksaan

• Portal Pelajar, atau;
• https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/exam_schedule/index.htm

📌 Semak Lokasi dan Kedudukan Peperiksaan

• ⁠http://10.92.1.23/emas/emas.php (guna wifi UiTM sahaja)
• Pilih “Jadual Peperiksaan Pelajar”

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

01 Feb, 01:43


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti sedia maklum, peperiksaan akhir Sesi Februari 2025 akan berlangsung sepanjang tempoh 03 - 20 Februari 2025. Sehubungan itu, semua pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang boleh merujuk dan memahami panduan peperiksaan akhir yang telah disediakan sebagai persiapan awal.

Pelajar juga boleh rujuk taklimat ringkas yang telah disediakan melalui pautan https://youtu.be/mcombc7nTnA.

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

31 Jan, 07:52


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SISTEM PERMOHONAN MINI TRANSKRIP DAN DOKUMEN PELAJAR

Untuk makluman, sistem permohonan mini transkrip dan dokumen pelajar akan ditutup sementara bermula 31 Januari 2025 (hari ini), jam 5.00 petang bagi memberi laluan kepada proses peperiksaan akhir.

Sehubungan itu, pelajar yang mempunyai keperluan boleh membuat permohonan dengan kadar segera selewat-lewatnya jam 4.30 petang hari ini bagi tindakan HEA selanjutnya. Sistem akan dibuka semula pada 14 Mac 2025.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
31 Januari 2025 | Jumaat

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

20 Jan, 02:09


KAJI SELIDIK KEPUASAN HATI PELANGGAN SYARIKAT KONSESI DAMAI ABADI ( JOHOR ) FACILITY MANAGEMENT SDN. BHD DI UiTM PASIR GUDANG

Untuk makluman, pihak Konsesi telah menyediakan borang kaji selidik Kepuasan Hati Pelanggan bagi menilai tahap prestasi kerja ( penyelenggaraan ) di UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang pada tahun 2024. Oleh itu, pihak kami memohon para pelajar meluang masa sedikit dengan memberi maklum balas borang kaji selidik secara online bagi menilai prestasi kerja Konsesi dalam tempoh 1 tahun.

https://bit.ly/2024KAJISELIDIKKEPUASANPELANGGAN

Perhatian dan kerjasama daripada pihak saudara/i (pelajar) amatlah dihargai.

Sekian, Terima Kasih

اوسها، تقوى، موليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

14 Jan, 07:19


Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Tuan/Puan

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PINDAAN CAJ PERKHIDMATAN PENGELUARAN RASMI BERKAITAN MAKLUMAT PELAJAR

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berdasarkan Pekeliling Akademik UiTM Bilangan 17 Tahun 2024, kenaan caj baharu RM10.00 akan dikenakan bagi permohonan dan pengeluaran surat rasmi berkaitan maklumat akademik seorang pelajar bermula 13 Januari 2025. Kenaan ini adalah termasuk mini transkrip, surat pengesahan tamat pelajar, surat pengesahan pelajar, surat pengesahan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar atau lain-lain surat rasmi yang berkaitan.

3. Permohonan dokumen rasmi maklumat pelajar perlu melalui student portal dan pembayaran diproses secara atas talian sahaja. Pelajar boleh merujuk infografik yang dikeluarkan Jabatan Akademik dan Antarabangsa UiTM sebagai panduan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

10 Jan, 01:47


PENGUMUMAN
.
HEBAHAN KEPUTUSAN & SEMAKAN SURAT TAWARAN KE PROGRAM DIPLOMA / SARJANA MUDA SENI BINA (CFAP243) LEPASAN SPM SESI 2 2024/2025 (KEMASUKAN MAC 2025)
.
Hebahan keputusan ke program Diploma / Sarjana Muda Seni Bina (CFAP243) Lepasan SPM boleh disemak pada ketetapan berikut:

Tarikh: 10 Januari 2025
Hari: Jumaat
Masa: 03.00 Petang
Portal Semakan: pengambilan.uitm.edu.my
.
Sekian, dimaklumkan.
.
SELAMAT MAJU JAYA
.
Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
.
Semakan Temu Duga : https://pengambilan.uitm.edu.my
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live Chat: https://tawk.to/bppuitm
.
Unit Diploma & Pra Diploma
No. Tel : 03-5544 3194/ 3196/ 3166
Emel Unit Diploma & Pra Diploma:
[email protected]

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

09 Jan, 03:14


Peringatan Akhir‼️

Mohon tindakan pelajar yang telah diluluskan penangguhan pembayaran yuran pengajian dengan status Y3 untuk mengambil tindakan segera selewat-lewatnya pada 10 Januari 2025 (Jumaat) bagi mengelak dari dikenakan status Gugur Taraf (GT) muktamad. Untuk makluman, tiada rayuan pembatalan gugur taraf dibenarkan dalam tempoh ini.

Sekian, terima kasih.

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

07 Jan, 07:25


HEBAHAN PELAJAR/ALUMNI: BINA KERJAYA ANDA BERSAMA JOHOR TALENT DEVELOPMENT COUNCIL (JTDC)

Johor Talent Development Council (JTDC) adalah inisiatif Kerajaan Negeri Johor bersama Kerajaan Persekutuan bagi menyelaraskan ekosistem penawaran dan permintaan tenaga kerja di Johor.

Manfaat yang anda bakal peroleh:
Gaji Premium sesuai dengan kemahiran anda
Latihan dan bimbingan secara berterusan
Caruman KWSP & PERKESO

Jangan lepaskan peluang ini! Mohon segera!
Bina kerjaya anda Bersama JTDC

Hantarkan Permohonan Anda Sekarang!
https://forms.gle/Eo77DVjXbPWcaVeR6

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

30 Dec, 11:08


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua pelajar, sistem Bill Presentment melalui Perbankan Internet dan aplikasi mudah alih yang baharu pada masa ini belum dapat digunakan bagi tujuan pembayaran yuran UiTM buat sementara waktu sehingga pemakluman selanjutnya daripada pihak Bank Islam.

Walaubagaimanapun, pembayaran masih boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut;

1. Kaunter Bank Islam
2. Mesin ATM Bank Islam
3. Pautan pembayaran secara atas talian di portal pelajar : https://fpx.uitm.edu.my/byrnpel/bendahari/DisclaimerNewEdited.asp
4. Sistem Bill Presentment melalui Internet Banking yang lama – www.bankislam.biz [Hanya untuk pelanggan yang belum beralih ke Internet Banking yang baharu]

Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian, untuk makluman. Terima kasih.

"PELAJAR CAKNA, PELAJAR BIJAK"

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

22 Dec, 02:54


PEMAKLUMAN PENANGGUHAN KULIAH SESI 1 2024/2025 SEMPENA CUTI KHAS PERAYAAN

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

13 Dec, 03:20


Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

SISTEM PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN SESI 20244 DIBUKA SEMULA

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem permohonan penangguhan bayaran yuran pengajian (e-deferment) telah DIBUKA SEMULA bagi tempoh 12 - 20 Disember 2024. Sehubungan itu, pelajar yang mempunyai kekangan pembayaran yuran pengajian boleh membuat permohonan melalui portal pelajar atau klik pautan https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/.

Pelajar yang telah diluluskan penangguhan yuran pengajian akan diberikan status yuran Y3. Manakala tarikh akhir bayaran yuran pengajian bagi pelajar yang diluluskan penangguhan pembayaran adalah pada 10 Januari 2025.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

11 Dec, 01:01


‼️PENTING‼️ 📣📣📣

PEMAKLUMAN PERUBAHAN PENGOPERASIAN JADUAL WAKTU KULIAH AKADEMIK SESI 1 2024/2025 BAGI TAHUN 2025

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

10 Dec, 07:56


🔥 MODUL ASPIRASI UTAMA (USAHA, TAKWA, MULIA) 🔥

Modul UTAMA (Usaha, Takwa, Mulia) merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar bertujuan memupuk nilai Kemahiran Insaniah (soft skills) seperti kepimpinan, jati diri, kesihatan mental serta melatih pelajar dalam mendepani cabaran masa depan negara selaras hasrat di peringkat Bahagaian Hal Ehwal Pelajar UiTM Se-Malaysia.

Modul UTAMA ini diwajibkan kepada semua pelajar Semester 1. Semua peserta akan diberikan e-merit dan sarapan juga disediakan.

📅 Tarikh: 14 Disember 2024 (Sabtu)
Masa: 8:00 Pagi - 12:00 Tengah hari
**Pendaftaran dan sarapan jam 7:30 pagi di Medan Selera Sri Mersing
📍 Lokasi: Pusat Islam, Perpustakaan Tun Dr Ismail dan sekitar kampus

Sebarang persoalan boleh hubungi:
07-3818035
Unit Kepimpinan Pelajar,
Bahagian Hal Ehwal Pelajar

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

05 Dec, 03:38


Perhatian kepada semua pelajar yang terlibat ‼️📣📣📣

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

04 Dec, 06:35


Perhatian kepada pelajar yang mendaftar sebagai calon persedirian bagi MUET Sesi 3/2024

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

27 Nov, 07:43


Peringatan akhir‼️

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

26 Nov, 08:45


HEBAHAN : KEMPEN CASHLESS TRANSACTION (UiTM-PAYNET)

2. Untuk makluman warga kampus, UiTM Cawangan Johor sedang menyertai Kempen Cashless Transaction dengan kerjasama pihak PayNet.

3. Sehubungan dengan itu, warga kampus (pelajar dan staf) amat digalakkan membuat sebarang pembayaran / transaksi secara dalam talian / QR Code di semua premis Ruang Niaga UiTM Kampus Pasir Gudang seperti di Medan Selera Sri Mersing, kedai di Bangunan Budisiswa dan pasar malam bagi memastikan peratusan transaksi di UiTM Kampus Pasir Gudang mencapai target yang tinggi.

4. Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof. / Prof. Madya / Dr / Tuan / Puan / Saudara / Saudari amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

اوسها، تقوى، موليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

18 Nov, 04:07


Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Semua Pelajar UiTMPG,

PERMOHONAN RAYUAN DAFTAR/ GUGUR KURSUS LEWAT/ LUAR TEMPOH SESI 1 2024/2025 DIBUKA

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, sistem permohonan rayuan daftar/ gugur kursus lewat/ luar tempoh bagi Sesi 1 2024/2025 (20244) telah dibuka. Sehubungan itu, pelajar yang mempunyai keperluan tersebut boleh menghantar permohonan melalui portal pelajar atau laman sesawang iStudent dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang masalah kelak.

Perhatian semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

17 Nov, 13:04


Selamat bercuti kepada semua pelajar. Manfaatkan cuti yang ada dengan aktiviti berfaedah.

Jumpa di minggu kuliah ke-7! 🌹

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

10 Nov, 23:48


PERHATIAN‼️

TARIKH AKHIR PEMBAYARAN YURAN SEMESTER OKTOBER 2024 - FEBRUARI 2025 (SESI 20244)

Semua pelajar UiTMPG,

Sila pastikan pembayaran yuran pengajian bagi Semester Oktober 2024 - Februari 2025 (Sesi 20244) telah dilakukan selewat-lewatnya pada 29 November 2024 untuk mengelak daripada dikenakan tindakan GUGUR TARAF (GT).

Sekiranya pelajar mempunyai kekangan untuk membuat pembayaran yuran pengajian sebelum tarikh tersebut, sila mohon penangguhan pembayaran yuran dengan kadar segera selewat-lewatnya pada 29 November 2024 melalui kaedah berikut:

• Portal Pelajar > Klik fee deferment atau;
• https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

10 Nov, 08:15


JEMPUTAN KE PEMBUKAAN BOOTH KAD PRIHATIN SISWA JOHOR BAGI PENYALURAN BANTUAN PENDIDIKAN YAYASAN PELAJARAN JOHOR

Tarikh: 11 November 2024 (Isnin)
Masa: 10:00 pagi - 3:00 petang
Tempat: Medan Selera Sri Mersing

*Semua pelajar dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat dan bantuan pelajaran selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
10 November 2024

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

03 Nov, 06:26


Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Semua Pelajar
UiTM Kampus Pasir Gudang

PEMAKLUMAN SISTEM VALIDASI DIBUKA BAGI SESI 1 2024/2025 (20244)

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem validasi melalui portal pelajar telah dibuka bagi tempoh 01 - 17 Nov 2024. Sehubungan itu, semua pelajar dikehendaki membuat proses validasi dengan kadar segera bagi mengelakkan masalah kelak. Keperluan cetakan salinan adalah seperti berikut:

• 1 Salinan - Simpanan Pelajar
• ⁠1 Salinan - Simpanan PA
• ⁠1 Salinan - Serah di kaunter BHEA

Perhatian dan tindakan semua pelajar amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

28 Oct, 05:30


🔖 HEBAHAN IKLAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA DIPLOMA UiTM SESI 2 2024/2025, AMBILAN MAC 2025

Permohonan program Pra Diploma UiTM dibuka melalui pautan online.uitm.edu.my/pra bermula 1 November 2024 - 31 Januari 2025 .

PROGRAM YANG DITAWARKAN
▪️ Pra Diploma Perdagangan (BA002|BA003)
▪️ Pra Diploma Sains (AS007|AS008)
▪️ Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) (AS002|AS003)
▪️ Pra Diploma Agroteknologi (AT001|AT002)
▪️ Pra Diploma Pengajian Islam (IC001|IC002)

🔀 Laman Panduan Pra Diploma: https://sites.google.com/uitm.edu.my/prauitm

👇 TIGA LANGKAH MUDAH
1️⃣ Isi Borang Permohonan Nombor Pin PERCUMA Pra Diploma https://bit.ly/pinpra (Bermula 1 November 2024)
2️⃣ Layari laman sesawang online.uitm.edu.my/pra untuk membuat permohonan.
3️⃣ Emelkan dokumen2 diperlukan yang telah disahkan. Rujuk https://bit.ly/pradoc

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐉𝐀𝐘𝐀

@followers
@topfans

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA

Unit Diploma & Pra Diploma
📲Emel: [email protected]
📲NO Tel: 03-5544 3178 |3193 | 3165

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

25 Oct, 00:52


📣 PENGUMUMAN 📣

1️⃣ PERMOHONAN KE PROGRAM SARJANA MUDA AMBILAN SESI 2 2024/2025.

2️⃣ PERMOHONAN TAHUN AKHIR DIPLOMA UiTM (PENERAPAN) KE PROGRAM SARJANA MUDA AMBILAN SESI 2 2024/2025.


3️⃣ PERMOHONAN KE PROGRAM PROFESIONAL AMBILAN SESI 2 2024/2025.

Pastikan calon menyemak kelayakan syarat khas program sebelum memohon.

Permohonan: online.uitm.edu.my
semakSyarat: selangkah.uitm.edu.my
Live chat: tawk.to/bpp

Unit Sarjana Muda
☎️ 0355443195 / 0355443198 / 0355443174 / 0355442798
📧 [email protected]

Unit Pentadbiran dan Profesional
☎️ 0355443168 / 0355443172 / 0355443167
📧 [email protected]

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

22 Oct, 09:47


[𝗛𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻] 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗼𝗸𝗲𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗠𝗔𝗥𝗔 (𝗨𝗶𝗧𝗠) 𝗸𝗲-𝟭𝟬𝟬

Seluruh Warga UiTM mengucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan bakal bergraduat di Istiadat Konvokesyen ke-100. Masa yang dinantikan telah tiba, raikan detik bersejarah bagi setiap graduan UiTM yang telah berjaya menamatkan pengajian. Istiadat Konvokesyen UiTM ke-100 akan berlangsung bermula pada 13 November hingga 12 Disember 2024 mengikut jadual seperti berikut:

🗓️ UiTM Shah Alam - 13 November hingga 28 November 2024
🗓️ UiTM Cawangan Sarawak - 4 Disember hingga 5 Disember 2024
🗓️ UiTM Cawangan Sabah - 11 Disember hingga 12 Disember 2024

Graduan dinasihatkan membaca soalan-soalan lazim (FAQ):
https://bit.ly/FAQKonvoUiTM100

Group Telegram Konvo UiTM ke-100: https://bit.ly/TeleKonvo100

Graduan diminta untuk mendaftar sebagai ahli MyAlumni UiTM
https://myalumnicard.uitm.edu.my/

Selamat bergraduasi, semoga detik ini menjadi awal yang baik untuk kalian meniti kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan. Tetapkan matlamat, terus berusaha dan semoga berjaya!

Info lanjut mengenai Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-100, layari https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/istiadat-konvokesyen

Tonton siaran langsung menerusi YouTube UiTM Channel:
https://youtube.com/playlist?list=PL3Xr-vvYElZBBcTnVbHKY0JSaMF6t8YPC&si=v39LJaMbktz6zZeC

Jangan lupa untuk mengikuti Media Sosial Rasmi UiTM:
Facebook: https://www.facebook.com/uitmrasmi
Instagram: https://www.instagram.com/uitm.official/
X: https://x.com/uitmofficial
TikTok: https://www.tiktok.com/@uitm_channel
YouTube: https://www.youtube.com/@UiTMChannel

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi staf yang bertanggungjawab (PIC) bagi kolej pengajian/fakulti/pusat akademik/program masing-masing untuk maklumat lanjut. Direktori staf: https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/direktori

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun
#KonvoUiTM100

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

22 Oct, 04:46


LOOKING FOR VOLUNTEERS : STANDARD CHARTERED SINGAPORE MARATHON 2024

Assalamualaikum and Good Day! 😎

2. We are pleased to announce the Standard Chartered Singapore Marathon will be held on December 1st 2024, Sunday. (Departure date: November 30th 2024, Saturday).

3. The event is organised by IRONMAN Asia with the support of the Singapore government.
Universiti Teknologi MARA Johor (Pasir Gudang Campus) students are invited to be a part of this international level event by participating as volunteers.

With that, Student Affairs (HEP) is looking for interested students with a valid Malaysian passport to join this event. Kindly fill up the form via the following link: https://forms.gle/qdy8ZezMhmhRuR8W9

Registration deadline:
11 November 2024, before 11:59 PM

Transport, meals, t-shirt, e-certificate and token allowance are provided.

Should you have any questions, please feel free to contact HEP at 07-381 8035/8033/8032/8053

For more information on Singapore Marathon, kindly visit the website at: https://singaporemarathon.com/

With best regards. Thank you.

اوسها، تقوى، موليا

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
22 Oktober 2024

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

17 Oct, 04:08


HEBAHAN PERMOHONAN PENERAPAN PRA DIPLOMA KE DIPLOMA KEMASUKAN SESI 2 2024/2025

📣📣 Perhatian kepada Pelajar-Pelajar Pra Diploma Sesi 1 2024/2025 (Kemasukan Oktober 2024)
.
Adalah dimaklumkan permohonan penerapan Pra Diploma ke Diploma akan dibuka bermula 21 Oktober hingga 04 November 2024 melalui pautan online.uitm.edu.my (Akses melalui i-Student Portal)
.
Pembelian No Pin boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional (BSN) (Perbankan Atas Talian / ATM BSN / Kaunter Bank mana - mana cawangan):
🔢 UiTM: Program 6 - Penerapan Pra Diploma ke Diploma (RM10)
.
Sekian, dimaklumkan.
.
SELAMAT MAJU JAYA
.
Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
.
Permohonan : online.uitm.edu.my
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live chat: https://tawk.to/bpp (Isnin - Jumaat 8am - 5pm)
.
Unit Diploma dan Pra Diploma
No. Tel : 03-5544 3194/ 3196/ 3166
Emel Unit Diploma dan Pra Diploma: [email protected]
Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi
#uitmdihatiku #unipurple #pradiplomauitm #bppuitm #UiTM25Tahun

𝕊𝕚𝕝𝕒 𝕃𝕚𝕜𝕖 𝕕𝕒𝕟 𝔽𝕠𝕝𝕝𝕠𝕨 𝕜𝕒𝕞𝕚 𝕕𝕚 𝕝𝕒𝕞𝕒𝕟 𝕊𝕠𝕤𝕚𝕒𝕝
Facebook - bppuitm.official
Tiktok - bppuitm 

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

15 Oct, 03:26


𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋 𝐌𝐎𝐃 𝐒𝐌𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 & 𝐈𝐉𝐀𝐙𝐀𝐇 𝐒/𝐌
OKTOBER 2024 - FEBRUARI 2025 (20244)

‼️ Tempoh dibenarkan : 25 Sept 2024 - 28 Oktober 2024 ‼️‼️

Pelajar perlu menjana bil dengan 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍𝐆 “𝑪𝑶𝑵𝑭𝑰𝑹𝑴 & 𝑮𝑬𝑵𝑬𝑹𝑨𝑻𝑬” selepas memuktamadkan jumlah subjek yang didaftarkan. Sebarang perubahan selepas menekan butang tersebut tidak akan mengubah bil pelajar. Pastikan subjek yang didaftarkan adalah muktamad sebelum penjanaan dilakukan.

Butang hendaklah ditekan sebelum @ pada tarikh akhir pendaftaran subjek.

Bil akan dipaparkan dalam tempoh 24 jam selepas penjanaan dilakukan.

**kegagalan pelajar menekan butang tersebut akan menyebabkan bil tidak dapat dijana dan seterusnya digugur taraf kerana bayaran tidak dilaksanakan lantaran ketiadaan bil

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

11 Oct, 03:50


‼️ PENGUMUMAN PENTING ‼️
.
IKLAN PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM SARJANA MUDA (SEPENUH MASA) DAN PROGRAM PROFESIONAL UiTM BAGI SESI 2 2024/2025 - KEMASUKAN MAC 2025
.
Permohonan kemasukan program Sarjana Muda (Sepenuh Masa) UiTM bagi sesi 2 2024/2025 bagi lepasan STPM/Setaraf, dibuka mulai 25 Oktober 2024 - 02 Disember 2024 dan Program Profesional mulai 25 Oktober 2024 - 17 Januari 2025.
.
PASTIKAN CALON MENYEMAK KELAYAKAN SYARAT KHAS PROGRAM SEBELUM MEMOHON.
.
Sekian, dimaklumkan.
.
SELAMAT MAJU JAYA
.
Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
.
Permohonan : online.uitm.edu.my
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live chat: https://tawk.to/bppuitm
.
🏢Unit Sarjana Muda
📱No. Tel : 03-5544 3174/3195/3198/2798/3277
📩Emel Unit Sarjana Muda: [email protected]
.
🏢Unit Pentadbiran dan Program Profesional
📱No. Tel : 03-5544 3168/3172
📩Emel Unit Pentadbiran dan Program Profesional : [email protected]

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

09 Oct, 06:57


PEMAKLUMAN BERKENAAN PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN

Untuk makluman tuan/puan/saudara/saudari,

Permohonan PTPTN kini secara dalam talian melalui aplikasi 𝗺𝘆𝗣𝗧𝗣𝗧𝗡. Pelajar hendaklah menyediakan perkara di bawah sebelum membuat permohonan pinjaman.

1️⃣ Pelajar telah menerima tawaran belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Surat tawaran akan dimuat naik dalam permohonan online tersebut.

2️⃣ Pastikan permohonan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
▪️SEMAK TEMPOH PERMOHONAN :
https://myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/semakan

3️⃣ Pelajar telah membuka akaun bank yang ditetapkan.
▪️SEMAK PANEL BANK IPT ANDA :
https://myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/semakan

4️⃣ Pelajar WAJIB mempunyai akaun Simpan SSPN.
▪️PANDUAN VIDEO MEMBUKA AKAUN SIMPAN SSPN PRIME:
https://youtu.be/H9KgotzJGAc

▪️BUKA AKAUN SSPN PRIME :
https://myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/landing

Pelajar boleh melengkapkan ruangan 𝙆𝙊𝘿 𝙍𝙐𝙅𝙐𝙆𝘼𝙉 (optional) dengan salah satu daripada no berikut:
000009916 atau
000009931 atau
000001869 atau
000002005

5️⃣ Pelajar hendaklah membuat pembelian dan pendaftaran nombor pin BSN.
▪️PANDUAN VIDEO PEMBELIAN NO PIN BSN:
https://youtu.be/QmyJx8yT-BE

6️⃣ Pelajar hendaklah membuat permohonan melalui aplikasi myPTPTN.
▪️PANDUAN VIDEO MENDAFTAR myPTPTN:
https://youtu.be/paa4gNbjnu4

▪️MUAT TURUN APLIKASI myPTPTN:
https://myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/landing

Pastikan permohonan betul, lengkap dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.

Sekian, untuk makluman.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
9 Oktober 2024 (Rabu)

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

07 Oct, 08:56


07 OKTOBER 2024 | ISNIN

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

[ PERMOHONAN PENGECUALIAN DAN PENGURANGAN BAYARAN KOLEJ SESI OKTOBER 2024 - FEBRUARI 2025 ]

Merujuk kepada perkara di atas , permohonan pengecualian dan pengurangan bayaran kolej Sesi Oktober 2024 - Februari 2025 akan dibuka mulai 07 Oktober 2024 - 21 Oktober 2024.

Pelajar yang layak memohon pengecualian bayaran kolej kediaman :
📍 Pelajar sepenuh masa yang tidak mendapat sebarang bantuan kewangan
📍 Pendapatan keluarga di bawah RM2,500.00

Pelajar yang layak memohon pengurangan bayaran kolej kediaman :
📍 Pelajar sepenuh masa yang tidak mendapat sebarang bantuan kewangan
📍 Pendapatan keluarga B40 ( RM2,501.00 - RM4,500.00 )

Borang boleh diisi di :
📍 https://drive.google.com/file/d/1ALqVAXD-VVYFZnunkJVYIMj9xQJiokVX/view?usp=sharing
📍 Dokumen sokongan yang dilampirkan didalam sistem perlu di scan dalam 1 salinan kerana hanya 1 salinan sahaja dibenarkan di dalam GForm

Pelajar yang membuat permohonan akan mendapat email permohonan yang dihantar. Salinan borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada Pejabat Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar.

Sekian, terima kasih.

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

06 Oct, 08:50


PENGAKTIFAN AKAUN SIMPANAN iPRO RHB & PENGAMBILAN KAD PRIHATIN SISWA (MySISWA)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pengaktifan Akaun Simpanan iPro RHB dan pengambilan Kad Prihatin Siswa UiTM (MySiswa) bagi Kampus Pasir Gudang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 7 & 8 Oktober 2024 (Isnin-Selasa)
Masa : 9:00 Pagi - 4:30 Petang
Tempat : Aras 3, Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI)

*Pelajar baharu diingatkan untuk membawa kad pengenalan semasa pengambilan Kad Prihatin Siswa.

Sekian, terima kasih.

اوسها، تقوى، موليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

05 Oct, 03:18


HEBAHAN KEPUTUSAN RAYUAN PROGRAM SARJANA MUDA UiTM SESI 1 2024 (KEMASUKAN OKTOBER 2024)

Surat tawaran Program Sarjana Muda UiTM sesi 1 2024 boleh disemak mulai 05 Oktober 2024 (Sabtu) pada jam 12.00 tengah hari di saluran rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM.

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di UiTM. Tempoh klik setuju terima dan pendaftaran pelajar dalam talian adalah pada 05 Oktober 2024 hingga 12 Oktober 2024 sahaja.

👉🏼 Panduan Semakan Surat Tawaran dan Pendaftaran dalam Talian

Sila baca Surat Tawaran & Panduan Pendaftaran Pelajar dengan teliti.

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

30 Sep, 21:47


𝗞𝗔𝗟𝗘𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜𝗞 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟰 / 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗥𝗔-𝗗𝗜𝗣𝗟𝗢𝗠𝗔, 𝗗𝗜𝗣𝗟𝗢𝗠𝗔, 𝗦𝗔𝗥𝗝𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗨𝗗𝗔, 𝗦𝗔𝗥𝗝𝗔𝗡𝗔, 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗗𝗢𝗞𝗧𝗢𝗥𝗔𝗡

Disertakan kalendar akademik sesi I 2024/2025 untuk perhatian dan tindakan para pelajar. Kalendar akademik juga boleh diakses di https://hea.uitm.edu.my/v4/index.php/calendars/academic-calendar

Selamat kembali ke kampus kepada para pelajar #UiTM. Semoga lebih cemerlang di semester baharu. #SemesterBaharuSemangatBaharu

Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM25Tahun

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

30 Sep, 00:52


PEMBUKAAN TAWARAN BIASISWA ENDOWMENT UiTM BAGI SESI OKT 2024 - FEB 2025

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera


YBhg Datuk / Dato' / Datin / Prof / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan / Cik,


Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran Biasiswa Endowmen UiTM kini dibuka kepada pelajar yang layak bagi sesi Oktober 2024 - Februari 2025. Biasiswa ini bertujuan untuk membantu pelajar yang cemerlang dalam akademik dan memerlukan sokongan kewangan untuk meneruskan pengajian mereka di UiTM.

Tarikh permohonan:
Dibuka: 30 September 2024
Ditutup: 11 Oktober 2024

Syarat kelayakan dan maklumat lanjut mengenai permohonan boleh didapati melalui poster yang dilampirkan bersama email ini. Pelajar yang berminat dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup yang dinyatakan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://endowment.uitm.edu.my/v1/index.php/services/scholarships.

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

28 Sep, 02:03


PERHATIAN❗️❗️❗️

KHAS KEPADA PELAJAR PTPTN: TARIKH AKHIR PEMBAYARAN YURAN SEMESTER SEPT 2024 - FEB 2025 (SESI 20244)

Perhatian kepada pelajar PTPTN, pembiayaan PTPTN telah dikreditkan ke akaun bank RHB pelajar selewat-lewatnya pada 24 SEPTEMBER 2024.

Pembayaran yuran bagi pelajar PTPTN akan diproses secara auto-debit (Yuran pengajian akan ditolak terlebih dahulu daripada jumlah pembiayaan).

Mohon semakan sekiranya tiada paparan transaksi penolakan yuran di penyata bank RHB (Rujuk gambar seperti lampiran), ianya bermakna proses auto-debit tidak dapat dilakukan disebabkan oleh sebab-sebab tertentu. Bagi kes ini, pelajar menerima jumlah pembiayaan penuh & perlu membuat pembayaran melalui link berikut selewat-lewatnya pada 29 November 2024:

KAEDAH PEMBAYARAN YURAN SECARA ATAS TALIAN

Sekian, terima kasih.
“PELAJAR CAKNA, PELAJAR BIJAK”

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

23 Sep, 00:17


Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Berikut merupakan infografik aktiviti pendaftaran kursus bagi semua peringkat pengajian Sesi 1 2024/2025 untuk rujukan dan tindakan semua pelajar. Diharapkan agar para pelajar cakna dengan tarikh-tarikh penting ini dan tidak lalai dalam mengambil tindakan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang