Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani ❤️ @masjidkariahbandarperdanasp Channel on Telegram

Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani ❤️

@masjidkariahbandarperdanasp


Disini kami akan udpate progress pembinaan Masjid Kariah Bandar Perdana Sungai Petani dari masa ke semasa.

Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani ❤️ (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram rasmi Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani! Kami adalah platform di mana anda boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai pembinaan Masjid Kariah Bandar Perdana di Sungai Petani. Di sini, kami akan mengemaskini anda tentang kemajuan pembinaan masjid dari masa ke semasa. Dengan menyertai saluran kami, anda akan menjadi sebahagian daripada komuniti yang memperjuangkan pembangunan tempat ibadah yang indah ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk terus mengikuti perkembangan kami dan memberikan sokongan anda. Mari bersama-sama membangunkan masjid yang akan menjadi mercu tanda dan pusat kegiatan keagamaan di Bandar Perdana, Sungai Petani. Sertai kami sekarang untuk menjadi penyumbang kepada pembinaan masjid yang akan menjadi tempat keberkatan dan perpaduan umat Islam. ❤️

Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani ❤️

12 Mar, 08:40


Alhamdulillah, marilah sama-sama kita menginsafi diri kita seterusnya menjadi yang terbaik dalam kesempatan yang ada dalam menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Terdapat beberapa cara untuk menyambut kedatangan Ramadhan agar kedatangannya memberikan rahmat dan keberkatan buat kita. Antaranya:

1.Perbaiki Niat

2.Memperbanyakkan Berdoa

3.Memperbanyakkan Membaca Al-Quran

4.Bersedekah & Memberi Makan

5.Qiyam

Akhir kalam, Ramadhan datang bakal membawa seribu satu macam kebaikan yang mana sudah barang pasti dapat dimanfaatkan oleh mukmin sejati sama ada amalan yang wajib atau yang sunat seperti tadarus al-Quran, qiyammullail, solat taraweh dan lain-lain.

Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani ❤️

12 Dec, 05:08


Dah Infaq Dah Hari Ini Walaupun RM 1.

Azam dalam hati dengan sekali perbuatan untuk amalkan sunnah Nabi saw yang suka bersedeqah.

Amalkan dalam masa 40 hari dan jadi kan ia sebagai rutin in sha allah anda akan dapat isqtiqomah.

Sekurang kurangnya kita ada amalan yang kita istiqomah melakukannya. Tak dapat buat semua ibadah, tapi jangan tinggal semua.

.
Mari sama2 bantu dalam usaha Masjid siapkan Fasa Terakhir pembagunan di Masjid.
.
Maybank 552189533490 (MASJID BANDAR PERDANA)
Infaq Online
masjidbandarperdanasp.com/order/form/lubukpahalaakhirat2
(jika perlukan resit terima sumbangan daripada pihak masjid)

Sebarang pertanyaan boleh tekan link whatsapp dibawah.
https://masjidkariahbandarperdanasp.wasap.my

📌 Jutaan terima kasih atas usaha tuan/puan semua, hanya Allah yang mampu membalas ganjaran yang terbaik

Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani ❤️

11 Dec, 22:46


PENTINGNYA ILMU DIDALAM APA JUA PERKARA DALAM URUSAN DUNIA MAHUPUN URUSAN AKIRAT.
.
.
.
Maybank 552189533490 (MASJID BANDAR PERDANA)
Infaq Online
masjidbandarperdanasp.com/order/form/lubukpahalaakhirat2
(jika perlukan resit terima sumbangan daripada pihak masjid)

📌 Jutaan terima kasih atas usaha tuan/puan semua, hanya Allah yang mampu membalas ganjaran yang terbaik

Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani ❤️

06 Oct, 02:11


CINTA KEPADA NABI SAW ASAS KECINTAAN KEPADA ALLAH SWT.

Kedatangan bulan Rabiulawwal membawa makna cintakan seorang individu yg sangat bernilai dalam kehidupan seluruh umat Islam.

Ia mengingatkan kita kepada suatu peristiwa agung yg bersejarah, iaitu kelahiran Baginda Nabi SAW yg diutuskan sebagai RAHMAT seluruh alam ini.

Pada hari jumaat yg berkat ini, marilah kita memperbaharui azam untuk berterusan membina dan meningkatkan rasa cinta kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW.

Dengan memupuk rasa dekat hubungan kita dengan Baginda SAW menerusi pelaksanaan setiap amal ibadah dianjurkan oleh Baginda SAW.

Sehingga terasa dihati sanubari seolah-olah Baginda SAW sentiasa berada dalam kalangan kita.

Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani ❤️

28 Sep, 02:13


Memahami dan meneladani Rasulullah SAW merupakan suatu kewajipan bagi semua umat Islam.

Perkara ini tidak akan dapat dicapai melainkan melalui proses pencarian ilmu.

Dalam aspek ini, sememangnya kita telah disajikan dengan pelbagai koleksi rujukan mengenai kehidupan Rasulullah SAW.

Hanya tinggal kini ialah kemahuan, keazaman, keiltizaman diri untuk belajar memahami dan meneladani seterusnya mendidik jiwa dan rohani untuk mengasihi Rasulullah SAW.

Salam Maulidurrasul 1445H.

Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani ❤️

22 Sep, 04:41


Hari Jumaat adalah hari yang mulia dan ia juga mempunyai banyak keistimewaan, kemuliaan dan kelebihan berbanding hari-hari yang lain.

Untuk itu, kita sebagai seorang muslim samada lelaki atau wanita perlulah mengambil berat berkaitan perkara ini.

Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kesempatan serta mengurniakan kita waktu-waktu yang istimewa seperti ini kepada kita. Amin.

Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani ❤️

28 Jul, 01:59


PELUANG WAQAF DAN INFAQ DI HARI ASYURA HANYA SERENDAH RM5 SAHAJA.

Hari ini 10 Muharram 1445H, hari jumaat penghulu segala hari.

Bagi yang berpuasa sunat jangan lepaskan peluang untuk maksimumkan amalan2 kebaikan pada hari baik ini.

Pihak kami ingin menjemput tuan/puan turut serta dalam menyokong kempen waqaf dan infaq kepada tabung pembinaan Kompleks Pengajian Agama Masjid Kariah Bandar Perdana.

Semoga sumbangan berterusan tuan/puan walau berapa pun jumlahnya, insyaAllah mendapat ganjaran sangat mulia disisi Allah taala.

📌Maybank
📌552189533490
📌(MASJID BANDAR PERDANA)

Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani ❤️

24 Jul, 04:26


Anjuran Puasa Sunat Pada 9, 10 dan 11 Muharam

Dalam kita bersemangat untuk berpuasa sunat pada Hari ‘Asyura, kita juga sering diingatkan untuk turut berpuasa pada Hari Tasu’a iaitu hari sebelum (9 Muharam) atau hari selepasnya (11 Muharam).

Amalan berpuasa pada hari sebelum atau selepas 10 Muharam adalah bertujuan bagi menyelisihi (berbeza) amalan penganut agama Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharam sahaja.

Perkara ini turut dijelaskan dalam hadis Nabi SAW, daripada Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

Maksudnya: Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya. [Riwayat Ahmad (2154)]

Menerusi hadis ini, jelaslah bahawa puasa sunat pada Hari ‘Asyura perlu diiringi dengan puasa sunat pada 9 atau 11 Muharram bagi menyelisihi amalan Kaum Yahudi.

___________________________________
Sumbangan waqaf & infaq tuan/puan kepada proses pembangunan dan pembinaan Kompleks Pengajian Agama Masjid Bandar Perdana, Kedah amatlah kami hargai:

📌Maybank
📌552189533490
📌(MASJID BANDAR PERDANA)

Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani ❤️

19 Jul, 02:55


Perisitiwa hijrah Nabi SAW yang disambut dan diingati bukanlah hanya sekadar menikmati dan mendengar kisah sejarah semata-mata, bahkan perisitiwa hijrah boleh menjadi iktibar dan mengubah penafsiran falsafah hidup manusia.

Sewajarnya, kita mengambil intipati dan iktibar dari peristiwa hijrah Nabi SAW supaya dapat diterapkan dalam kehidupan demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan hidup di dunia serta akhirat.

Salam Maal Hijrah 1445H.

Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani ❤️

18 Jul, 04:29


Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menuju detik kedatangan tahun baru 1445H, sentiasa perbaharui niat semoga kita semua termasuk dalam golongan mereka yang lebih baik dirinya hari ini daripada semalam.

Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani ❤️

07 Jul, 02:44


Jangan lepaskan peluang keemasan berdoa pada Hari Jumaat yang berkat ini!

Sepertimana maksud sabda nabi SAW seperti diatas.
___________________________________

Sumbangan waqaf/infaq kepada proses pembangunan/pembinaan Kompleks Pengajian Agama Masjid Bandar Perdana masih lagi dibuka :


📌Maybank
📌552189533490
📌(MASJID BANDAR PERDANA)

Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani ❤️

27 Jun, 04:29


Diantara salah satu bentuk kasih sayang Allah kepada hambaNYA adalah dengan Allah memberitahu kepada kita dengan jelas waktu-waktu mustajabnya (diterima) doa apabila kita memohon kepadaNYA.

Termasuk waktu mustajab dikabulkan doa adalah pada HARI ARAFAH, walaupun pada ketika berdoa itu kita tidak mengerjakan haji di tanah suci tapi tetap berpeluang ambil manfaat kelebihan mustajab doa Hari Arafah.

Sebagaimana juga dalam hadith yang lain, sabda Nabi SAW "Sebaik-baik doa adalah doa Hari Arafah" [Hadith At Tirmizi, No 3585].

Kami juga menjemput tuan/puan turut serta dalam program kebaikan dengan menyokong dan menyumbang kepada proses pembinaan Kompleks Pengajian Agama Masjid Kariah Bandar Perdana :

1. Maybank 552189533490 (MASJID BANDAR PERDANA)

2. https://masjidbandarperdanasp.onpay.my/order/form/waqafpembinaanmasjidsp (jika perlukan resit terima sumbangan daripada pihak masjid)

📌 Jutaan terima kasih atas usaha tuan/puan semua, hanya Allah yang mampu membalas ganjaran yang terbaik.

Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani ❤️

09 Jun, 07:39


Sebagai hamba beriman, kita perlu bersedia bertemu Hari Kiamat bila-bila masa sahaja.

Pastinya dengan mempersiapkan sebanyak yang mungkin amalan soleh. Semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di hari akhirat kelak serta memasukkan kita ke dalam syurga. Amin.

Kami juga turut menjemput tuan/puan yang mulia untuk sama-sama turut serta dalam program kebaikan dengan menyokong dan menyumbang kepada proses pembinaan Kompleks Pengajian Agama Masjid Kariah Bandar Perdana :

1. Maybank 552189533490  (MASJID BANDAR PERDANA)

2. https://masjidbandarperdanasp.onpay.my/order/form/waqafpembinaanmasjidsp (jika perlukan resit terima sumbangan daripada pihak masjid)

📌 Jutaan terima kasih atas usaha tuan/puan semua, hanya Allah yang mampu membalas ganjaran yang terbaik.

Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani ❤️

02 Jun, 00:41


Jom sama sama meriahkan Masjid Kariah Bandar Perdana Sungai Petani sempena Majlis Mahabbah Perdana .

Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani ❤️

22 May, 10:35


JANGAN LUPA UNTUK PUASA ISNIN & KHAMIS

Ayuh berlumba-lumba dalam kebaikan dengan share, tag, mention pada orang lain.

Setiap orang yang mendapat ilmu kerana info dari kita, insyaAllah bernilai pahala kerana mengajak kepada kebaikan.

Dari Abu Mas’ud Radhiyallahu anhu berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

‘Barangsiapa menunjukkan suatu kebaikan, maka ia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melakukannya.” [HR. Muslim]

Kami juga turut menjemput tuan/puan yang mulia untuk sama-sama turut serta dalam program kebaikan dengan menyokong dan menyumbang kepada proses pembinaan Kompleks Pengajian Agama Masjid Kariah Bandar Perdana :

1. Maybank 552189533490 (MASJID BANDAR PERDANA)

2. https://masjidbandarperdanasp.onpay.my/order/form/waqafpembinaanmasjidsp
(jika perlukan resit terima sumbangan daripada pihak masjid)

📌 Jutaan terima kasih atas usaha tuan/puan semua, hanya Allah yang mampu membalas ganjaran yang terbaik.

#fastabiqulkhairat
#bulanzulkaedah