Cuba Minum Nabeez masa sahur dan berbuka. Ia berkesan buat saya, alhamdulillah!
Cara Buat Kurma Nabeez:
*Bahan-bahan:*
3–7 biji kurma (pilih kurma Ajwa atau jenis lain)
1 gelas air suam (kira-kira 250ml)
*Cara Penyediaan:*
Buang biji kurma dan cuci bersih.
Masukkan kurma ke dalam gelas berisi air suam.
Rendam semalaman (6–12 jam), biasanya dari malam hingga keesokan paginya.
Kacau dan minum airnya, atau boleh juga kisar bersama kurma untuk lebih pekat.
*Nota:*
❌ Jangan campur dengan bahan lain seperti susu atau madu jika ingin mengikut cara sunnah.
⏳ Jangan biarkan lebih 24 jam kerana boleh mula menapai (fermentasi).
Selamat mencuba. Moga bermanfaat!
#TZN
Sebarkan kebaikan