Latest Posts from Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥 (@luanlp) on Telegram

Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥 Telegram Posts

Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥
Channel ini bertujuan membantu Tuan Puan mencapai kejayaan, kekayaan & kebahagiaan dengan ilmu-ilmu Eksklusif daripada Tuan Zuhairi Nopiah.

Boleh lawat link ni untuk dapatkan karya terkini beliau >>> https://mylink.la/zuhairi3

☎️ 019-415 8809
6,814 Subscribers
3,495 Photos
247 Videos
Last Updated 08.03.2025 23:55

The latest content shared by Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥 on Telegram

Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

06 Mar, 01:04

235

TIP KEKAL BERTENAGA DI BULAN PUASA💪💪

Cuba Minum Nabeez masa sahur dan berbuka. Ia berkesan buat saya, alhamdulillah!

Cara Buat Kurma Nabeez:

*Bahan-bahan:*

3–7 biji kurma (pilih kurma Ajwa atau jenis lain)

1 gelas air suam (kira-kira 250ml)

*Cara Penyediaan:*

Buang biji kurma dan cuci bersih.

Masukkan kurma ke dalam gelas berisi air suam.

Rendam semalaman (6–12 jam), biasanya dari malam hingga keesokan paginya.

Kacau dan minum airnya, atau boleh juga kisar bersama kurma untuk lebih pekat.

*Nota:*

Jangan campur dengan bahan lain seperti susu atau madu jika ingin mengikut cara sunnah.

Jangan biarkan lebih 24 jam kerana boleh mula menapai (fermentasi).

Selamat mencuba. Moga bermanfaat!

#TZN
Sebarkan kebaikan
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

04 Mar, 01:33

358

Assalamualaikum wrt wbt.

RAYUAN SUMBANGAN KEHILANGAN ORANG TERSAYANG

📌 Untuk makluman semua warga SK Putrajaya Presint 14(1), murid kita (Uthman bin Syahriman-4 Tekun) telah kehilangan ibu tersayang . Almarhumah PN IZARYDAH BINTI MD REPIN telah kembali ke rahmatullah pada 27 Februari 2025 (Khamis) akibat penyakit kanser.

📌 Sehubungan itu, pihak sekolah ingin membuka kutipan derma buat keluarga Almarhumah. Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan melalui pautan berikut :

https://app.herepay.org/pibg-skpp141/SumbanganIzarydah

📌 Sumbangan ini akan dibuka sehingga 4 Mac 2025 (Selasa).

📌 Semoga sumbangan tuan/puan dapat meringankan bebanan keluarga Almarhum. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran.

Terima kasih kepada tuan/puan yang memberi sumbangan.❤️

-YDP PIBG SKPP14(1)-
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

04 Mar, 01:31

281

Ps: Buat rakan-rakan yang ingin menyumbang kepada anak-anak Allahyarham, kita akan share info lepas ni.

InsyaAllah, inisiatif sumbangan dilancarkan oleh PIBG sekolah anak Puan Iza.

#TZN
Sebarkan kebaikan
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

04 Mar, 00:21

300

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita sedih. Pemergian salah seorang rakan kita dalam grup ni, Puan Iza.

Iza sebenarnya pelajar saya masa saya jadi pensyarah Matrikulasi dulu.

Kami suami isteri jadi rapat dengan dia bila dia ambil NLP Practitioner and Master Practitioner (NFNLP, USA).

Beliau seorang yang sangat baik.

Beliau sanggup tangguhkan exam NLP dia semata-mata nak uruskan rakannya yang meninggal dunia akibat cancer.

Tahun lepas beliau pula diuji dengan kansernya mengganas kembali.

Mula-mula di paru-paru. Kemudian merebak ke tulang dan organ-organ lain.

Akhirnya minggu lepas beliau pergi mengadap Ilahi meninggalkan 3 orang anak yang masih bersekolah.

Walaupun terkejut, kami redha dengan ketentuan ini. Kerana Allah Maha Bijaksana dalam menyusun kehidupan ini.

Berehatlah Iza. Kami yakin Allah sedang mengatur yang terbaik buat kita semua.

InsyaAllah Iza, Syurga buatmu..❤️
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

01 Mar, 23:33

395

Bulan yang penuh keberkatan kembali lagi.

Inilah masanya untuk kita perbanyakkan ibadah, bersihkan hati dan upgrade diri.

Semoga setiap amalan kita diterima dan diberkati Allah.

Mari jalani Ramadan dengan kesabaran, keikhlasan dan kasih sayang.

Selamat berpuasa.❤️

TZN
#SebarkanKebaikan
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

01 Mar, 09:46

466

Ini pesan Ustaz Syaari Ab Rahman.

Moga pesanan ini kita hayati dan diterjemahkan dengan tindakan.❤️

#TZN
Sebarkan kebaikan
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

28 Feb, 02:29

493

ATOMIC HABIT (Part 6)🔥🔥

Kita dah belajar tentang Habit Stacking untuk bina tabiat baik dan Habit Inversion untuk buang tabiat buruk.

Tapi ada satu lagi rahsia besar dalam Atomic Habits iaitu IDENTITY-BASED HABITS TECHNIQUE.

Apa maksudnya?

Kebanyakan orang gagal bina habit sebab mereka hanya fokus pada hasil:

“Saya nak kurus.”
“Saya nak jadi kaya.”
“Saya nak jadi lebih produktif.”

Tapi orang berjaya fokus pada IDENTITI dahulu, bukan sekadar hasil akhir.

IDENTITY-BASED HABITS TECHNIQUE

🔥Daripada fikir “Saya nak kurus”, ubah kepada “Saya adalah orang yang sihat dan aktif.”

🔥Daripada fikir “Saya nak jadi penulis”, ubah kepada “Saya adalah seorang penulis.”

🔥Daripada fikir “Saya nak rajin solat”, ubah kepada “Saya adalah seorang Muslim yang menjaga solat.”

Kenapa ini penting?

Sebab manusia akan bertindak mengikut identiti yang mereka percaya.

Kalau kita percaya diri seorang yang sihat, kita akan makan dengan lebih baik, bersenam dengan konsisten bukan kerana ‘terpaksa’, tapi kerana itulah kita!

🚀 Formula Mudah:

Setiap kali buat habit baik, kita mengesahkan identiti baru.

Setiap kali ulang, identiti itu makin kuat.
.

CONTOH PRAKTIKAL

💡 Nak jadi pembaca buku?

Baca 10 muka surat sehari, sebab “Saya adalah seorang pembaca.”

💡 Nak jadi orang yang lebih bersih?

Basuh pinggan terus lepas makan, sebab “Saya adalah orang yang menjaga kebersihan.”

💡 Nak jadi orang yang solat tepat waktu?

Solat terus bila masuk waktu, sebab “Saya adalah Muslim yang menjaga solat.”

Bila kita bertindak mengikut identiti baru, habit itu akan jadi natural & automatik.

Kejayaan bukan datang daripada usaha besar sekali-sekala. Tapi dari habit kecil yang membina identiti kita setiap hari.

Belajar sesuatu?😊

#TZN
Sebarkan kebaikan

#AtomicHabits #IdentityBasedHabits #ChangeManagement #BudayaKerjaCemerlang #CorporateProgram #HRDC
#PercayaSebelumBerjaya
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

28 Feb, 02:27

545

Pagi ni handle tajuk Influential Communication Technique with NLP.

Ini kali ketiga mereka jemput bagi talk alhamdulillah. Sebelum ni tajuk NLP juga.

Ni objektif yang mereka,

1) Enhance Verbal and Non-Verbal Communication

– Develop the ability to effectively express ideas, actively listen, and use body language to improve clarity and engagement in conversations.

2) Strengthen Persuasion and Negotiation Skills

– Learn techniques to influence others positively, build rapport, and confidently navigate discussions to achieve desired outcomes.

3) Improve Adaptability and Emotional Intelligence

– Understand how to adjust communication styles based on different audiences and situations while managing emotions to foster productive interactions.
.

Saya tak risau nak sampaikan content. Saya risau peserta tak puas.

Dan seperti yang saya jangka, tak sampai 7 minit ada peserta yang mesej;

"Byk lg nk dgr sbnrnya.. Tp Masa Sgt singkat.."

Dah agak dah..😅
.
.
.
Takpalah, adalah hikmahnya tu.

NLP ni memang ilmu praktikal. Nak puas kena buat program offline supaya boleh buat praktikal teruss.

Anyway, tq Technofit Sdn Bhd. Ada rezeki kita jumpa lagi.😊

#TZN
Sebarkan kebaikan

#NLP #InfluentialCommunication
#CorporateProgram #HRDC
#PercayaSebelumBerjaya
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

19 Feb, 23:50

761

ATOMIC HABIT (Part 5) 🔥🔥

HABIT INVERSION: TEKNIK “REVERSE” UNTUK HAPUSKAN TABIAT BURUK!

Kita dah belajar teknik Habit Stacking untuk bina tabiat baik.

Tapi, macam mana kalau ada habit buruk yang dah melekat dan susah nak buang?

Jawapannya: Teknik Inversion.

Biasanya, bila nak ubah diri, kita fikir:
🤔 “Macam mana nak mula habit baik?”

Tapi cara yang lebih bijak— Tanya “Macam mana nak buat habit buruk jadi SUSAH untuk dibuat?”

====================
FORMULA HABIT INVERSION:

👉 Nak bina habit baik? → BUAT IA MUDAH

👉 Nak buang habit buruk? → BUAT IA SUSAH
====================

CONTOH TEKNIK INVERSION

Masalah 1: Asyik scroll media sosial?

Logout setiap kali habis guna, letak phone jauh dari tempat kerja, tukar skrin ke grayscale.
.

Masalah 2: Asyik makan jajan?

Jangan beli & simpan di rumah. Letak makanan sihat depan mata.
.

Masalah 3: Tidur lewat sebab Netflix?

Letak TV & phone jauh dari bilik tidur, set timer untuk Wi-Fi tutup secara automatik.
.

Masalah 4: Malas bersenam?

Letak baju sukan depan pintu, pakai kasut sukan dulu—bila dah pakai, otak lebih cenderung untuk teruskan.


KENAPA TEKNIK INVERSION BERKESAN?

📌 Tak perlu paksa diri – Kalau sesuatu benda susah nak buat, kita automatik akan kurang buat.

📌 Gunakan persekitaran sebagai kawalan – Jangan harap ‘willpower’, ubah environment supaya habit buruk jadi leceh nak buat.

📌 Lebih sustainable – Kita tak lawan diri sendiri, tapi ubah sistem supaya kita menang secara automatik.

Sama macam Marginal Gains, teknik ini bukan ubah hidup dalam satu malam.

Tapi bila diamalkan 1% setiap hari, impaknya ganda besar dalam jangka panjang! 🔥🔥
.
.
.
Nak tahu Part 6?..

Kita akan masuk ke Teknik Identiti, macam mana nak jadi versi terbaik diri tanpa stres.

#TZN
Sebarkan kebaikan

#AtomicHabits #InversionTechnique #ChangeManagement #Training
#PercayaSebelumBerjaya
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

18 Feb, 01:14

741

ATOMIC HABIT (Part 4) 🔥🔥

Sebelum ni kita dah bincang konsep Marginal Gains dan bagaimana perubahan 1% mampu cipta kejayaan luar biasa.

Ada yang tanya, macam mana nak mula?

Jawapannya: Habit Stacking.

Salah satu sebab habit baru susah lekat ialah kerana otak manusia tak suka perubahan drastik.

Tapi kalau kita tumpangkan habit baru ke dalam rutin sedia ada, ia jadi lebih natural & automatik.

🧩 Ini Formula Habit Stacking:
"Selepas [habit lama], saya akan [habit baru]."

Contoh Praktikal:

Selepas gosok gigi, saya akan baca 3 muka surat buku.

Selepas solat Subuh, saya akan tulis 3 benda yang saya syukuri.

Selepas letak kepala di bantal, saya akan baca 10 ayat Quran sebelum tidur.

Bila kita tumpangkan habit baru kepada habit yang dah automatik, otak lebih mudah terima.

Sama macam pasukan basikal British. Mereka tak ubah satu benda besar, tapi perbaiki banyak perkara kecil secara berterusan.

1% setiap hari mungkin nampak kecil. Tapi dalam setahun? Kita jadi 37 kali lebih baik!🔥🔥

Nak buat perubahan besar dalam hidup? Mulakan dengan perubahan kecil yang konsisten.

Next part kita sambung, macam mana nak hilangkan habit buruk guna teknik “Inversion” pula.

Nak tahu ker?..😘

#TZN
Sebarkan kebaikan

#AtomicHabits #HabitStacking #BudayaKerjaCemerlang #TransformasiDiTempatKerja
#PercayaSebelumBerjaya