Cikgu Fara Asrab @cikgufaraasrab Channel on Telegram

Cikgu Fara Asrab

@cikgufaraasrab


Video Pembelajaran, Tutorial untuk Guru & Murid serta Nota Matematik / Sains

Cikgu Fara Asrab (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram Cikgu Fara Asrab! Saluran ini adalah destinasi terbaik untuk video pembelajaran, tutorial untuk guru dan murid, serta nota matematik dan sains. Siapa sebenarnya Cikgu Fara Asrab? Cikgu Fara Asrab adalah seorang pendidik yang berpengalaman dalam bidang matematik dan sains. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam mengajar subjek-subjek tersebut dan memiliki dedikasi yang tinggi untuk membantu guru dan murid meningkatkan kefahaman mereka dalam topik-topik tersebut. Saluran ini menyediakan pelbagai video pembelajaran yang menarik dan informatif, tutorial yang mudah difahami, serta nota matematik dan sains yang membantu dalam pembelajaran anda. Jadi, jika anda mencari sumber pembelajaran yang berkualiti, bergabunglah dengan saluran Telegram Cikgu Fara Asrab sekarang! Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pencapaian akademik anda dengan bimbingan daripada Cikgu Fara Asrab.

Cikgu Fara Asrab

26 Jun, 00:38


STEM4FUN

MEGA STEM4FUN
anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkolaborasi bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Pfizer dan IEEE EDS Malaysia.

Program komuniti MEGA STEM4FUN adalah satu aktiviti pemindahan ilmu untuk memberi pendedahan dan memupuk minat para guru dan pelajar sekolah terhadap mata pelajaran yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) melalui demonstrasi penggunaan blok elektronik dan robot.

Pendedahan ini direncanakan dengan tujuan untuk menggalakkan para pelajar memilih jurusan STEM di peringkat pengajian tinggi.

Setiap sekolah sekitar WPKL & Negeri Selangor yang terpilih ke majlis perasmian pada 25/6/2024 telah menerima dua set blok elektronik dan satu set robot secara percuma.

Selain itu, sekolah terpilih ini wajib menyertai pertandingan Mega STEM4FUN pada tahun ini.

Cikgu Fara Asrab

11 Dec, 02:04


Im back after long leave.
One simple activities before we do some revision for UASA.

Sound is a form of energy caused by vibration. This vibration can only transfer when there is a medium in the form of waves.

Bebudak bandar ni teruja bila boleh dengar suara kawan dia dengan jelas cuma menggunakan cawan kertas dan benang.

Reels: https://www.instagram.com/reel/C0jVp3lP9tN/?igshid=ZDE1MWVjZGVmZQ==

Cikgu Fara Asrab

13 Jul, 14:57


Reels bagi aktiviti sistem pencernaan dan proses penyahtinjaan

https://www.instagram.com/reel/Cuo_M8wrSpV/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==

Cikgu Fara Asrab

12 Jul, 11:22


Sains Tingkatan 2 Bab 3: Nutrisi

Aktiviti Sistem Pencernaan & Penyahtinjaan.

Cikgu Fara beli ja bahan ni dekat shopee tak sampai RM4 sepeket dan boleh guna semula untuk kelas lain. Idea ini cikgu dapat dari kawan satu universiti yang ajar Sains juga di sekolah lain. Terima kasih Cikgu Huda.

Selepas murid selesaikan cara nak pasang, cikgu suruh murid terangkan sistem pencernaan dan bagaimana proses penyahtinjaan berlaku kepada rakan lain kemudian cikgu murnikan penerangan murid tersebut.

Cikgu Fara Asrab

02 Jun, 04:40


Sains Tingkatan 2 Bab 2 Ekosistem

Kitar Air

Salah satu kitar nutrien yang dipelajari ialah kitar air.
Nak tunjuk kitar air tu mmg susah kan jadi kita guna kaedah zip lock bag.

Cikgu dan murid hanya perlukan zip lock bag, air berwarna biru dan marker sahaja.

Sepatutnya aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah tapi sebab musim terlampau panas dan KL selalu hujan dipetang hari maka kami tukarkan dengan menggunakan air panas untuk lihat wap air yang akan naik dan meruap sebagai tanda penyejatan dan proses air hujan.

Reels:

https://www.instagram.com/reel/Cs6YgssLyAy/?igshid=MmJiY2I4NDBkZg==

Cikgu Fara Asrab

26 May, 13:08


Anugerah yang cikgu dapat pada Hari Guru 2023. Terima kasih pada yang undi cikgu

5,841

subscribers

108

photos

16

videos