Latest Posts from Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥 (@luanlp) on Telegram

Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥 Telegram Posts

Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥
Channel ini bertujuan membantu Tuan Puan mencapai kejayaan, kekayaan & kebahagiaan dengan ilmu-ilmu Eksklusif daripada Tuan Zuhairi Nopiah.

Boleh lawat link ni untuk dapatkan karya terkini beliau >>> https://mylink.la/zuhairi3

☎️ 019-415 8809
6,814 Subscribers
3,495 Photos
247 Videos
Last Updated 08.03.2025 23:55

Similar Channels

Rafie & Felinna
5,390 Subscribers
Iktibar & Pengajaran
3,001 Subscribers
SirDharma | RM1000 Sehari
2,951 Subscribers

The latest content shared by Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥 on Telegram

Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

01 Jan, 01:11

718

Selamat datang 1 Rejab. Selamat datang rakan-rakan baru.🥰

Setiap tahun ada rezeki dan cabarannya. Moga Allah beri kekuatan untuk kita menempuhinya dengan baik.

Doakan kami sihat, kuat, dikurniakan kelapangan masa dan dapat terus berkongsi ilmu dengan orang baik-baik seperti Tuan Puan.❤️

Moga kita semua diberikan kebahagiaan, ketenangan, kejayaan dan kesihatan yang berpanjangan.

#TZN
Sebarkan kebaikan
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

31 Dec, 02:12

549

APA PUNCA UTAMA IMPIAN KITA TAK TERCAPAI?

Tajuk ni sangat penting kan? So dengar sampai habis.

You are awesome!!😊👍🏻

#TZN
Sebarkan kebaikan
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

27 Dec, 23:47

704

KENAPA PENTING UNTUK BEZAKAN PERKARA PENTING DAN SEGERA?

Kerana yang penting belum tentu segera, dan yang segera belum tentu penting.

Bila kita tak jelas dengan perkara ini, akan berlaku banyak masalah dalam hidup kita:

1. Selalu rasa tak cukup masa
2. Selalu stress
3. Kerja tak capai KPI
4. Kerja selalu siap last minute
5. Selalu rasa rehat tak cukup

Tuan Puan ada tanda-tanda ni?

Selesaikan cepat sebelum ia jadi masalah kesihatan yang kronik kerana stres berpanjangan.

Sangat banyak kes stroke sekarang disebabkan oleh darah tinggi dan stres yang berpanjangan.
.

Solusi untuk 5 masalah di atas ada dalam Webinar Pengurusan Masa insyaAllah.

Jika tidak berkesempatan untuk join hari ni, dapatkan eBook Mudahnya Mengurus Masa di sini,

https://www.wasap.my/60194188809/eBookMMM

Ia akan cover tajuk seperti gambar Isi Kandungan yang saya share kat atas.

Moga bermanfaat.❤️

#TZN
Sebarkan kebaikan
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

27 Dec, 03:07

512

ANTARA CARA UNTUK MENDAPAT KEBERKATAN MASA IALAH DENGAN MENJAGA PANDANGAN!

Seorang pemuda datang kepada seorang Syeikh, kemudian dia bertanya:

“Aku seorang pemuda, akan tetapi nafsu syahwatku besar sekali.

Aku tidak dapat menahan pandanganku ketika melihat manusia dan para gadis di pasar (dan di jalan), maka apa yang harus aku buat?”

Maka Syeikh tersebut memberikan sebuah gelas yang penuh dengan susu, dan meminta kepada pemuda ini untuk menghantar segelas susu tersebut kepada seseorang, yang jalannya melalui pasar dan tidak boleh tumpah sedikitpun!

Dan syeikh meminta salah seorang muridnya untuk mengikut dan mengawasi pemuda ini dan memukulnya di depan orang jika menumpahkan susu tersebut.

Maka pemuda itu menjalankan perintah Syeikh, ia menghantar susu itu kepada orang yang dimaksudkan Syeikh tanpa menumpahkannya sedikitpun.

Kemudian setelah selesai, Syeikh bertanya:

“Berapa pemandangan yang kamu saksikan, dan berapa gadis yang engkau lihat di jalanan?”

Maka pemuda tersebut menjawab: “Wahai Syeikh, aku tidak melihat sesuatu apa pun di sekitarku.

Jika susu tersebut tumpah sedikit sahaja, aku takut dan teringat akan dipukul di depan khalayak ramai...”

Berkata Syeikh: “Demikianlah keadaan seorang mukmin, orang yang beriman selalu takut kepada Allah dan selalu ingat di hari kiamat, akan disiksa jika bermaksiat.”

Mereka itulah orang-orang beriman menjaga dirinya dari maksiat, mereka selalu ingat akan hari kiamat...

Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman:

“Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

Katakanlah kepada wanita yang beriman:

“Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.”

(QS An-Nuur: 30-31)

Ya Allah jadikanlah kami termasuk orang-orang yang menundukkan pandangan.

Allahumma Aamin.

ﺳﻠﻴﻤﺎﻥ ﺃﺑﻮ ﺷﻴﺨــﺔ

Banyak lagi Tip Pengurusan Masa yang akan dikongsi dalam Webinar Mudahnya Mengurus Masa esok.

Daftar di sini --->> https://www.wasap.my/60194188809/WebinarMMM

Ps: Hari ini adalah hari terakhir untuk mendaftar. Jumpa esok insyaAllah!!🥰👍

#Webinar #TZN
#Mudahnya #MengurusMasa
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

26 Dec, 00:34

511

APA YANG MEMBUATKAN PENGURUSAN MASA KITA CACA MARBA?📊

Punca utamanya ialah gagal menguruskan keutamaan.

Keutamaan pula ditentukan oleh 2 faktor:

1. Kepentingan (Importance)
2. Kesegeraan (Urgency)

Apa beza keduanya? Follow rapat-rapat okeh.👍

#TZN
Sebarkan kebaikan
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

24 Dec, 23:43

554

Adakah anda mencari sebuah cerita yang mampu menyentuh jiwa dan membuka minda anda?

Buku "Takdir Terindah" oleh seorang OKU, Dr. Ruzimi Mohamed adalah kisah kehidupan yang akan mengubah perspektif anda terhadap cabaran hidup.

Ikuti perjalanan seorang insan yang dilahirkan dengan kekurangan fizikal tetapi memiliki kekuatan mental luar biasa.

Dari zaman kanak-kanak yang penuh ujian hingga mencapai kejayaan sebagai seorang doktor falsafah dan usahawan berjaya, Dr. Ruzimi membuktikan bahawa tiada yang mustahil jika kita gigih berusaha.

Mengapa anda mesti membaca buku ini?

• Inspirasi kepada OKU dan masyarakat umum.

• Pelajaran tentang empati, ketabahan, dan kepercayaan kepada takdir.

• Membuka mata tentang pentingnya sokongan keluarga dan masyarakat.

* Buku ini adalah motivasi terbaik untuk anda yang sedang mencari harapan dan semangat baru dalam kehidupan!

Dapatkan buku "Takdir Terindah" sekarang dan rasai perjalanan emosi yang mendalam.

Klik sini untuk tempahan segera:
-->>> https://wa.me/129055445

Ambil peluang ini untuk menghadiahkan inspirasi kepada diri sendiri atau insan tersayang.

Transformasikan kehidupan anda dengan inspirasi dari "Takdir Terindah" – kerana setiap takdir, walaupun sukar, adalah keindahan yang tersembunyi.

Takdir Terindah
"Kisah Luar Biasa, Inspirasi Tanpa Batas!"
.
.
.
*Tarikh tutup tempahan adalah pada 31 Dis 2024. Buku akan diposkan pada Jan 2025 insyaAllah.

Terhad 500 buah sahaja. Order di sini -->>> https://wa.me/129055445
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

24 Dec, 00:24

671

Zaman sekolah dulu ada seorang Professor dari UUM datang ke sekolah.

Professor ini bercerita tentang satu topik saja, iaitu masa. Saya tak pasti apa yang menarik sangat, sama ada dia seorang Professor atau topik masa itu yang dia sampaikan.

Saya belum pernah dengar ceramah dari seorang Professor waktu itu, maka semua cakapnya saya teruja.

Ceritanya,

Jika berjanji dengan orang Arab. Sebaiknya sebelum keluar kita tanyakan dia kembali apakah perjumpaan hari ini jadi?

Jika kita telah sampai ketempat temujanji, kita harus menunggu selama sejam lagi. Jika lepas sejam dia tidak sampai, sebaiknya balik sahaja kerana boleh jadi besok baru dia datang.

Mereka sukar menepati masa

Kami semua ketawa.

Jika berjanji dengan orang Jepun, jangan hubungi dia. Sebaiknya ambil hotel berdekatan dengan tempat temujanji dan bermalamlah sehari awal sebelum waktu temu janji.

Mereka sangat menepati masa dalam berjanji.

Beliau juga bercerita tentang konsep masa 'Janji Melayu' dan 'Jam karet' bagi bangsa Indonesia dalam menepati masa. Keduanya memiliki persamaan. Tidak akan sampai tepat pada masanya.

Dalam kami ketawa, ada benda yang saya ingat dan saya amalkan hingga kini, ceritanya.

"Di rumah saya, jam kami cepatkan 15 minit hingga kini. Maka kami semua akan sentiasa lebih awal dari orang lain."

Saya mula cepatkan jam saya lebih 5 minit awal dari waktu biasa sejak itu, waktu itu baru tingkatan 2 seingat saya.

Hinggalah saya belajar di Universiti, jam saya cepat 15 minit lebih awal dari waktu biasa.

"Itu bohongi diri sendiri namanya". Saya pernah disindir begitu oleh rakan sekuliah bila tahu jam saya cepat 15 minit dari waktu biasa.

Apa yang saya dapat dari percepatkan masa ini.

1. Saya sentiasa paling awal dan buka dewan kuliah zaman belajar.

2. Saya boleh siapkan banyak tugasan belajar berbanding rakan lain.

3. Saya tamat pengajian Sarjana paling awal berbanding 32 rakan sekuliah saya. Saya konvo bersendirian tanpa rakan kuliah waktu program master.

4. Saya tamat pengajian Ph.D lebih awal dari tempoh yang diberikan oleh KPT. Seramai 7 calon yang dihantar, hanya saya yang tamat sebelum tempoh 3 tahun.

Masa adalah benda percuma, maka kita tak pernah rasa ianya bernilai.

Dalam menguruskan masa ini tidur pun ada teknik rupanya!

Ada strategi untuk dapatkan tidur yang berkualiti berdasarkan kajian oleh Dr. Hamza Al-Hamzawi, dalam "The Art of Sleeping", dihuraikan dalam Webinar ini.

Boleh daftar di link ini :


https://www.wasap.my/60194188809/WebinarMMM

Selamat membaca dan menguruskan masa.

Kita tidak perlukan jam mahal untuk menghargai masa.

Dr. Azizul Azli Ahmad
Pensyarah Kanan

#SayangiMasa
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

22 Dec, 23:27

573

Padahal masa itu lebih mahal daripada duit. Kann?😭😭
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

20 Dec, 23:17

806

Jemput Rezeki Dengan Teknik Urus Masa Yang Baik 📊📈

1
. Orang biasa-biasa mencari alasan untuk merungut dan marah marah di pagi hari.

Orang luar biasa mencari sebab untuk bersyukur setiap waktu setiap hari.

Caranya? Disiplin menulis Jurnal Syukur setiap hari.
.

2. Orang biasa-biasa suka beri alasan untuk tidak lakukan apa yang sepatutnya dia lakukan.

Orang luar biasa akan cari jalan untuk lakukan apa yang sepatutnya dia lakukan.
.

3. Orang biasa-biasa akan give-up bila ada masalah dalam mencapai impian.

Orang luar biasa akan cepat-cepat ubah strategi bila tak capai impian. Surrender is not an option!
.

4. Orang biasa-biasa suka benci orang bila orang tu ada masalah.

Orang luar biasa benci perangai seseorang yang buat masalah, bukan orangnya.
.

5. Orang biasa biasa memulakan harinya tanpa perancangan.

Orang luar biasa memulakan harinya dengan buat perancangan pada malam sebelumnya.

Caranya? Gunakan Teknik TDL Berstruktur.

Saya akan share tekniknya dalam Webinar Mudahnya Mengurus Masa. Klik link di bawah untuk join;

https://www.wasap.my/60194188809/WebinarMMM https://www.wasap.my/60194188809/WebinarMMM
.

Sahabat-sahabat yang baik,

Cari jalan untuk jadi orang luar biasa setiap hari. InsyaAllah hidup kita akan lebih senang, tenang dan cemerlang!

Ujian memang banyak. Namun masih banyak perkara yang perlu disyukuri.

Uruslah masa kita dengan baik. Itulah tanda syukur seorang hamba kepada Tuhannya!❤️

#TZN
Master Trainer
Time Management Program

https://www.wasap.my/60194188809/WebinarMMM
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

20 Dec, 00:39

569

Rasa berat je hati ni bila nak mula buat kerja. Kerja pun asyik tertunda jer..

Bila makin ditunda, makin banyak pula kerja yang tak siap. Mula la sakit kepala. Stres betul!

Mood nak capai impian pun makin pudar, rasa impian makin jauh..

Sedar-sedar dah nak habis tahun. Lagi rasa 'down'!! Tak tahu nak buat yang mana dulu. Semua rasa penting, semua rasa 'urgent'.

Akhirnya baaanyak impian tak tercapai. Begitulah yang berlaku setiap tahun…
.
.
.
Kawan-kawan,

Kajian menunjukkan, salah satu sebab utama kenapa kejayaan dan impian kita tak tercapai, bukan kerana kita tidak tahu bagaimana cara mendapatkannya.

Bukan juga kerana kita dilahirkan malas, tapi KERANA KITA TIDAK MENGURUS MASA DENGAN LEBIH EFISIEN.

Untuk bantu Tuan Puan capai impian, kami akan anjurkan satu Webinar MUDAHNYA MENGURUS MASA.

InsyaAllah, program ini akan diadakan pada:

Tarikh: 28 Dis. 2024 (Sabtu)
Waktu: 9am – 1pm
Medium: Zoom (online)

Yuran asal ialah RM99.

Apapun Tuan Puan tak perlu bayar pun harga tu jika bertindak sekarang.

Yuran Webinar ni RM49 sahaja untuk 50 peserta pertama!!

Klik link dibawah untuk lock seat anda sekarang!

-->>> https://www.wasap.my/60194188809/WebinarMMM https://www.wasap.my/60194188809/WebinarMMM

FAST ACTION FAST RESULT!!💪

Attractive Learning
☎️ 019-418 8809
🌺 Sebarkan Kebaikan

#MasaBukanEmas
#MasaItuNyawa!