HANYA 1% UNTUK JADI LUAR BIASA!
Pada tahun 2007, pasukan basikal British bukanlah nama besar dalam dunia sukan.
Sejak 1907, mereka hanya menang satu pingat emas di Sukan Olimpik.
Malah dalam masa 110 tahun, takda sorang pun pelumba British yang menang perlumbaan basikal terbesar dunia, Tour de France.
Tapi dalam masa 10 tahun (2007-2017), mereka merangkul 5 daripada 6 pingat emas di Olimpik 2008 dan pecahkan rekod dunia berkali-kali.
Manakala pada Tour de France pula, mereka menang 6 kali dalam tempoh 7 tahun!
Apa rahsia mereka?
Bukan latihan hardcore, bukan strategi pelik. Tapi hanya perubahan kecil 1% pada banyak aspek.
Dave Brailsford, ketua jurulatih pasukan, perkenalkan prinsip “Marginal Gains”.
Ia adalah satu idea bahawa jika anda memperbaiki setiap aspek sekecil 1%, kesannya akan berganda dan membawa kejayaan luar biasa.
Mereka tak hanya fokus pada teknik kayuhan. Tapi mereka perhalusi semua aspek yang nampak remeh tapi memberi impak besar:
✅ Tukar pelana basikal yang lebih selesa dan efisien
✅ Pilih bantal & tilam terbaik untuk tidur berkualiti
✅ Ubah cara basuh tangan supaya tak mudah sakit
✅ Gunakan cat khas di dalam basikal untuk kesan habuk (mengurangkan rintangan angin)
✅ Kajian diet & pemulihan otot yang lebih efektif
Macam tak percaya kan? Sebab benda paling kecik pun mereka ambil berat dan buat perubahan!😅🤭
Tapi gabungan semua perubahan kecil inilah yang buatkan mereka menjadi pasukan paling dominan dalam sejarah sukan berbasikal!
Apa mesej mahal buat kita?
Usah fokus nak buat perubahan drastik. Fokus pada perubahan kecil tapi konsisten.
1% setiap hari, dalam setahun, anda akan jadi 37 kali lebih baik.
Kejayaan bukan dari lonjakan besar. Tapi dari habit kecil yang kita ulang setiap hari.
Nak berjaya dalam hidup, kerjaya, kewangan, keluarga dan bisnes?
Fokus pada 1% improvement setiap hari. Itu rahsia dia.
Belajar sesuatu? You are awesome!😄👍
#TZN
Sebarkan kebaikan