Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kami dengan penuh takzim menjemput semua warga Kolej Pendeta Za’ba untuk menghadiri Majlis Pelancaran Logo Semangat & Program Prihatin Kolej Pendeta Za’ba.
Program ini bertujuan memperkukuhkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan penghuni kolej serta memperkenalkan identiti baharu yang penuh dengan inspirasi.
Maklumat program adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 13 Januari 2025
🕗 Masa: 8.00 - 10.30 malam
📍 Tempat: Grand Hall, Kolej Pendeta Za’ba
Ayuh bersama mencipta momen bermakna untuk semua warga Kolej Pendeta Za'ba.
Sekian, terima kasih.
Integriti, Iltizam, Ihsan
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR,
KOLEJ PENDETA ZA’BA,
SESI 2024/2025,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.