CIDB MALAYSIA @cidbmy Channel on Telegram

CIDB MALAYSIA

@cidbmy


CIDB Malaysia is now on Telegram.

Get the latest updates from CIDB by joining this Telegram group.

Download Telegram App on your mobile and search CIDB Malaysia on the app and click *join* .

CIDB MALAYSIA (English)

CIDB Malaysia is a Telegram channel dedicated to providing the latest updates and information from the Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB). Whether you are a construction professional, contractor, or simply interested in the construction industry in Malaysia, this channel is the perfect source for news, announcements, and insights. Stay informed about new regulations, industry trends, upcoming events, and more.

To join CIDB Malaysia on Telegram, simply download the Telegram App on your mobile device and search for 'CIDB Malaysia' on the app. Click on the 'join' button and start receiving real-time updates straight to your device. Don't miss out on important information – join CIDB Malaysia today!

CIDB MALAYSIA

30 Nov, 14:36


𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐘𝐁 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈𝐀𝐋𝐈𝐒𝐄𝐃 𝐁𝐔𝐈𝐋𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐘𝐒𝐓𝐄𝐌 (𝐈𝐁𝐒)

29 November 2024 - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan telah mengadakan Lawatan ke Galeri Komponen IBS dan melawat rumah contoh IBS yang bertempat di CIDB IBS Sdn Bhd, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Lawatan ini telah memberi info kepada pihak media untuk hebahan kepentingan penggunaan IBS kepada penggiat industri pembinaan.

Lawatan ini turut disertai oleh Yang Berusaha Puan Zainora Zainal, Ketua Eksekutif, CIDB Malaysia, Ts Naidatul Mazidah Latif, Pengurus Besar Kanan, Sektor Dasar & Korporat dan Dato’ Ts. Dr. Gerald Sundaraj, Pengarah Negeri CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

CIDB MALAYSIA

29 Nov, 10:21


Zainora sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Eksekutif II (Pembangunan), dan telah berkhidmat selama 26 tahun di CIDB. Antara jawatan yang telah disandang beliau termasuk Pengurus Besar Kanan Sektor Pembangunan Teknologi, Pengarah Negeri CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pengurus Besar Bahagian Persekitaran Bisnes dan Bahagian Antarabangsa.

Beliau terlibat di dalam pelbagai jawatankuasa yang bertanggungjawab membangunkan polisi, program dan standard berkaitan industri pembinaan.

Zainora Zainal dilantik sebagai Ketua Eksekutif CIDB bagi menggantikan Dato’ Sr Mohd Zaid Zakaria yang telah bersara wajib pada 28 November 2024.

CIDB MALAYSIA

29 Nov, 10:20


𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀

𝐙𝐀𝐈𝐍𝐎𝐑𝐀 𝐙𝐀𝐈𝐍𝐀𝐋 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐈𝐅 𝐂𝐈𝐃𝐁 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟐𝟗 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟒 - Zainora Zainal dilantik sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berkuatkuasa pada 28 November 2024. Surat pelantikan jawatan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi di pejabatnya di sini.

CIDB MALAYSIA

29 Nov, 10:07


Setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Puan Zainora Zainal sebagai Ketua Eksekutif, CIDB Malaysia berkuatkuasa 28 November 2024.

Selamat Bertugas

CIDB MALAYSIA

28 Nov, 15:08


Antara pengisian sesi Taklimat ini melibatkan penerangan terhadap perbezaan keperluan antara pensijilan Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP) Fasiliti dan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Fasiliti, juga melibatkan pembentangan daripada pihak CREAM dan CIDB E-Contruct dalam memberi informasi berkaitan dengan Program Contractor Quality Management System (CQMS) dan platform myDigitalKontraktor.

CIDB WPKL mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Semoga Taklimat ini mencapai objektif yang ditetapkan

CIDB MALAYSIA

28 Nov, 15:05


Teedo Hotel Kuala Lumpur, 20 November 2024: Penganjuran sesi Taklimat Penstrukturan dan Penetapan Syarat Pendaftaran Kontraktor Fasiliti 2024 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Gerald Sundaraj, Pengarah Negeri CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Seramai 82 peserta yang terdiri daripada kontraktor gred G4 hingga G7 serta Pusat Latihan Bertauliah CIDB telah hadir dalam sesi taklimat ini.

Penganjuran sesi Taklimat FM ini bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai syarat pendaftaran kontraktor fasiliti yang telah distrukturkan dan dikemaskini selaras dengan Pekeliling CIDB Bil. 4/2024 yang telah berkuat kuasa pada 1 Jun 2024.

CIDB MALAYSIA

25 Nov, 01:47


Sekitar hari Ketiga dan Terakhir di Program 2 Tahun Kerajaan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam

Program ini diadakan bertujuan untuk mengangkat manifestasi pencapaian dan kejayaaan semasa Kerajaan MADANI khususnya bagi tahun 2024, mempromosi agenda reformasi dalam Perkhidmatan Awam, Meningkatkan pemahaman dan kesedaran umum terhadap hala tuju dan matlamat Kerajaan serta membina kepercayaan dan keyakinan antara Kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala.

#MalaysiaMADANI
#MADANIdihatirakyatdisantuni
#TaatSetia

CIDB MALAYSIA

23 Nov, 08:48


Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim hadir merasmikan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 bersama dif-dif kehormat.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar turut hadir dalam majlis perasmian yang diadakan pada hari ini.

#MalaysiaMADANI
#MADANIdihatirakyatdisantuni
#TaatSetia
#CIDBMalaysia
#BinaSempurna

CIDB MALAYSIA

23 Nov, 03:32


YB Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengunjungi reruai Kementerian Kerja Raya (KKR) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Bersempena Program 2 Tahun Kerajaan MADANI

#MalaysiaMADANI
#MADANIdihatirakyatdisantuni
#CIDBMalaysia
#BinaSempurna

CIDB MALAYSIA

23 Nov, 03:16


YB Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang mengunjungi reruai KKR sempat beramah mesra dengan pengunjung dan para petugas di Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KL Convention Center) pada 22 hingga 24 November 2024 (Jumaat hingga Ahad).

Reruai KKR turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengangkat manifestasi pencapaian dan kejayaaan semasa Kerajaan MADANI khususnya bagi tahun 2024, mempromosi agenda reformasi dalam Perkhidmatan Awam, Meningkatkan pemahaman dan kesedaran umum terhadap hala tuju dan matlamat Kerajaan serta membina kepercayaan dan keyakinan antara Kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala.

#MalaysiaMADANI
#MADANIdihatirakyatdisantuni
#CIDBMalaysia

CIDB MALAYSIA

23 Nov, 03:16


Program 2 Tahun Kerajaan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam

#BinaSempurna

CIDB MALAYSIA

22 Nov, 04:55


𝐓𝐇𝐀𝐍𝐊 𝐘𝐎𝐔!!! ❤️🎉

With Heartfelt Gratitude to Our Esteemed Panel of Judges and Assessors of The Malaysian Construction Industry Excellence Awards (MCIEA) 2024

CIDB MALAYSIA

21 Nov, 06:43


*CIC 2024 is COMING SOON!*

Mark your calendars for the *Construction Industry Congress* happening from *3 - 5 December 2024*!

*Hybrid for 3rd Dec* at AC Hotel Kuala Lumpur
*Virtual only* for 4th & 5th Dec – join from anywhere!

This year's theme: *Building Resilience and Sustainability*

Earn up to *25 CCD (CIDB), 18 CPD (BEM), 6 CPD (BQSM),* and *12 CPD (MBOT)* points!

🔥 *Special rates from RM 150* per pax! 🔥
📍 Register now to secure your spot: https://shorturl.at/sqzvG
💻 For more info, visit: https://www.cream.my/cic-2024

Don’t miss this incredible opportunity to learn, connect, and grow with industry experts!

CIDB MALAYSIA

14 Nov, 07:54


KENYATAAN MEDIA FOR SIARAN SEGERA
CIDB Menarik Balik Buku Panduan Kualiti untuk Pemilik Rumah bagi Memperjelas Tujuan Sebenar Standard Industri Pembinaan
Standard Industri Pembinaan (CIS 7) dikekalkan sebagai Sistem Penilaian kualiti untuk Kerja-kerja Pembinaan Bangunan
KUALA LUMPUR, 14 NOVEMBER 2024: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah menerbitkan Quality Guidebook for Homeowners pada tahun 2014 untuk meningkatkan kesedaran pemilik rumah mengenai kualiti hasil kerja binaan di dalam pembinaan bangunan. Buku panduan tersebut bertujuan untuk mendidik pemilik rumah dan pada masa yang sama mempromosikan penilaian kualiti menggunakan Quality Assessment System for Building Construction Work (QLASSICTM), yang berpandukan Standard Industri Pembinaan (CIS 7).
.
Namun begitu, buku panduan tersebut telah di salah tafsir sebagai spesifikasi kecacatan, dan mengakibatkan kekeliruan. Bagi mengelakkan salah faham yang berterusan, CIDB mengambil keputusan untuk menarik balik Quality Guidebook for Homeowners, berkuatkuasa serta merta. Oleh yang demikian, mana-mana salinan atau petikan dari buku panduan tersebut adalah tidak lagi boleh digunakan dan menjadi tidak sah.
Keputusan ini tidak menjejaskan CIS 7 yang kekal sebagai satu piawaian utama yang digunakan untuk menilai kualiti hasil kerja dalam projek pembinaan melalui QLASSICTM. Sistem penilaian QLASSICTM meliputi kemasan seni bina, kelengkapan asas mekanikal dan elektrikal (M&E) dan kerja luaran melalui ujian lapangan dan pensampelan. Dokumen CIS 7 dengan jelas menyatakan bahawa piawaian itu bertujuan semata-mata untuk tujuan penarafan kualiti dan bukan untuk digunakan sebagai spesifikasi untuk kecacatan.
.
Penilaian QLASSICTM tidak dimaksudkan untuk kegunaan penilaian kualiti rumah unit tunggal. Sebaliknya, ia digunakan untuk mengukur kualiti keseluruhan mutu kerja sesuatu projek perumahan melalui penilaian kualiti yang dilakukan dengan persampelan rawak.
.
Walau bagaimanapun, mengambil kira kegusaran pemilik rumah mengenai isu kualiti pembinaan, satu jawatankuasa yang terdiri daripada pihak berkepentingan industri akan dibentuk serta-merta untuk membangunkan garis panduan standard mengenai mutu kerja.
.
(QLASSICTM merupakan tanda dagangan berdaftar di bawah CIDB. Sebarang kegunaan tanpa kebenaran boleh didakwa)

https://www.facebook.com/share/p/19dqCxz5As/

CIDB MALAYSIA

14 Nov, 07:19


MEDIA RELEASE FOR IMMEDIATE DISSEMINATION

CIDB Retracts Homeowners' Quality Guidebook to Clarify Intentions on Construction Standards


Maintains CIS 7 as the standard of Quality Assessment System for Building Construction Work


KUALA LUMPUR, 14 NOVEMBER 2024: The Construction Industry Development Board (CIDB) had published the Quality Guidebook for Homeowners in 2014 to raise awareness about workmanship quality in building construction. The guidebook aimed to educate homeowners while promoting the adoption of the Quality Assessment System for Building Construction Work (QLASSICTM), which is governed by the Construction Industry Standard (CIS 7).
.

However, over time, the information in the Quality Guidebook has been misinterpreted as a defect specification, leading to widespread confusion. To eliminate further misunderstandings, CIDB has decided to retract the Quality Guidebook for Homeowners, effective immediately. Any existing copies or citations from the guidebook are hence rendered unusable and void.

It is important to note that this decision does not impact CIS 7, which remains the primary independent standard used for assessing and evaluating the quality of workmanship in building projects under QLASSICTM. The QLASSICTM assessment system covers architectural finishes, basic mechanical and electrical (M&E) fittings and external works through field testing, and sampling.
.

The CIS 7 document explicitly states that the standard is intended solely for quality rating purposes and is not to be used as a specification for defects.

QLASSICTM assessments are not meant to be used for single unit housing. Instead, it is used to gauge the overall quality of workmanship of a particular housing development through quality assessment done by random sampling.
.

However, taking into consideration the concern of home buyers on workmanship quality, a committee consisting of industry stakeholders will be formed immediately to develop standard guidelines on workmanship.

(QLASSICTM is a trademark registered under CIDB, any unauthorized use or application of the trademark is subjected to prosecution)

https://www.facebook.com/share/p/17cMoYfHmq/

CIDB MALAYSIA

14 Nov, 04:28


Sesi libat urus CIDB bersama wakil Jabatan Perumahan Negara (JPN), Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS), Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Master builders Association (MBAM), Real Estate and Housing Developers Association (REHDA) and Persatuan Akitek Malaysia (PAM).

Sesi yang memperbincangkan isu kualiti hasil kerja pembinaan ini dipengerusikan oleh Puan Zainora Zainal, Timbalan Ketua Eksekutif II, CIDB.

CIDB MALAYSIA

14 Nov, 02:08


KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA   (SEBUTHARGA SEMULA)

NO PEROLEHAN : BTM/SH(A)-09/2024 (10024941)

TAJUK : MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENGUJI TERIMA DAN MENTAULIAH KOMPUTER RIBA (TEMPOH JAMINAN 3 TAHUN) BAGI KEGUNAAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) (SEBUTHARGA SEMULA)


TEMPOH PERKHIDMATAN :
 ENAM (6) MINGGU 

TARIKH BELI DOKUMEN : 15 NOVEMBER 2024 (JUMAAT)
TARIKH TUTUP SEBUTHARGA : 22 NOVEMBER 2024 (JUMAAT)  SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI
TEMPAT JUAL DOKUMEN : UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) TINGKAT 11, CIDB 520 THE MET CORPORATE TOWER,
NO. 20, JALAN DUTAMAS 2, 50480 KUALA LUMPUR
SYARAT AM/KELAYAKAN VENDOR:
1. BERDAFTAR SEBAGAI VENDOR CIDB
2. BERDAFTAR DENGAN MOF DALAM KOD BIDANG
- 210101 - Hardware (low end technology) ; atau
- 210102 - Hardware (high end technology) ; atau
- 210103 - Software - (all computer software, operating system, database, off-the- shelf packages including maintenance.) ; atau
- 210104 - Software / system development including maintenance-data entry / data processing ; atau
- 210105 - Telecommunication / Networking-Supply Product, Infrastructure, Services.
3. MEMPUNYAI SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TAX COMPLIANCE CERTIFICATE (TCC))
Maklumat Dokumen

PERINGATAN:
1. PEMILIK SYARIKAT YANG SAH HENDAKLAH MENGEMUKAKAN DOKUMEN ASAL DAN SALINAN SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF), SIJIL PEMATUHAN CUKAI / TAX COMPLIANCE CERTIFICATE (TCC) SEMASA MEMBELI DOKUMEN.
2. SILA BAWA COP SYARIKAT BERALAMAT PENUH SEMASA MEMBELI DOKUMEN.
3. DOKUMEN YANG DITERIMA SELEPAS TARIKH DAN MASA TUTUP TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
4. CIDB MALAYSIA TIDAK TERIKAT UNTUK MENERIMA TAWARAN TERENDAH ATAU SEBARANG TAWARAN SEKALIPUN.

CIDB MALAYSIA

13 Nov, 06:52


Kunjungan Hormat Association of Construction Project Managers Malaysia ke Pejabat CIDB Negeri Kedah

12 November 2024

CIDB Negeri Kedah telah menerima Kunjungan Hormat daripada Association of Construction Project Managers Malaysia (ACPM) pada 12 November 2024.

Kunjungan ini diketuai oleh PMr. Prof. Madya Sr. Ruslan Affendy Arshad, Deputy President ACPM bersama PMr. Jesu Dass Muthu, Honorary Treasurer serta 2 pegawai iringan ACPM.

ACPM telah memperkenalkan BEENA iaitu sebuah aplikasi pengurusan projek yang dibangunkan sebagai alat untuk kemudahan pengurusan kontraktor dalam melaksanakan sesuatu projek pembinaan.

Kemudahan yang tersedia di dalam BEENA antaranya adalah mampu membantu mengawal aktiviti, mengurus isu semasa, menyimpan dokumen projek, pemantauan kemajuan kerja, dan paling menarik adalah BEENA mampu memberi jawapan pantas berkaitan projek melalui janaan AI.

Pada akhir sesi tersebut, CIDB Negeri Kedah menyatakan syabas dan tahniah atas inisiatif tersebut. BEENA dilihat sangat efektif dan mesra pengguna yang dapat membantu golongan kontraktor pengurusan projek dengan baik terutama bagi kontraktor kelas G1-G4.

CIDB Negeri Kedah telah memberi sokongan penuh untuk BEENA ini terus diperkenalkan dan digunapakai di dalam industri pembinaan. Teruja dengan BEENA, CIDB Negeri Kedah telah mengambil peluang sebagai pengguna untuk mengurus aktiviti pejabat seterus merancang untuk meneruskan kerjasama menerusi sesi libat urus bersama pemegang taruh industri pembinaan pada masa akan datang.

#binasempurna
#MalaysiaMadani

***
FB: https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid022KuUnwW6n2ixrfCyNeACGR9FVcuECJarQWhvqCGMDPbW9QVYxqSMzrqZr8oeWRbTl

CIDB MALAYSIA

13 Nov, 03:40


https://t.me/cream_cidb/230

CIDB MALAYSIA

12 Nov, 05:27


Kami bersama CIDB E-Construct hadir di Majlis Anugerah Pembangunan Negara Tahun 2024.

Ketua Setiausaha Negara, YB Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta dif dif kehormat turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut.


https://www.facebook.com/share/p/1EkwN6uQRZ/?mibextid=WC7FNe

CIDB MALAYSIA

12 Nov, 05:03


KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

NO PEROLEHAN : PRO/SH(A) - 03/2024(10025030)


TAJUK : KERJA - KERJA UBAHSUAI RUANG PEJABAT CIDB NEGERI SELANGOR DAN KERJA - KERJA DI TINGKAT 5 & TINGKAT 6 (LOT 01 & LOT 02) BANGUNAN WISMA PKPS UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)


TEMPOH PERKHIDMATAN : LAPAN (8) MINGGU


TARIKH & MASA TAKLIMAT : 19 NOVEMBER 2024 (SELASA) & 10.00 PAGI

TEMPAT TAKLIMAT : BILIK MESYUARAT CIDB NEGERI SELANGOR, TINGKAT 6 WISMA PKPS, PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14, 40675 SHAH ALAM SELANGOR

TARIKH BELI DOKUMEN : 19 NOVEMBER 2024 (SELASA)

TARIKH TUTUP SEBUTHARGA : 26 NOVEMBER 2024 (SELASA) SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI
TEMPAT JUAL DOKUMEN : KAUNTER,CIDB NEGERI SELANGOR, TINGKAT 5 WISMA PKPS, PERSIARAN PERBANDARAN SEKSYEN 14, 40675 SHAH ALAM SELANGOR

SYARAT AM/KELAYAKAN VENDOR:

1. BERDAFTAR DENGAN CIDB DAN MEMILIKI PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK) DAN SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK):
GRED: G1, KATEGORI: B DAN PENGKHUSUSAN: B04 ATAU B28
2.BERDAFTAR DENGAN PKK DAN MEMILIKI SIJIL TARAF BUMIPUTERA (STB)
3.BERDAFTAR SEBAGAI VENDOR CIDB

PERINGATAN:

1. PEMILIK SYARIKAT / WAKIL SYARIKAT YANG SAH HENDAKLAH MENGEMUKAKAN DOKUMEN ASAL DAN SALINAN PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK) DAN SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) & SIJIL TARAF BUMIPUTERA (STB) SEMASA MENGHADIRI TAKLIMAT DAN MEMBELI DOKUMEN .
2. SILA BAWA COP SYARIKAT BERALAMAT PENUH SEMASA MENGHADIRI TAKLIMAT DAN MEMBELI DOKUMEN.
3. DOKUMEN YANG DITERIMA SELEPAS TARIKH DAN MASA TUTUP TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
4. CIDB MALAYSIA TIDAK TERIKAT UNTUK MENERIMA TAWARAN TERENDAH ATAU SEBARANG TAWARAN SEKALIPUN.

CIDB MALAYSIA

11 Nov, 07:40


NO PEROLEHAN : BSM/SH(A)-10/2024 (10025307)
TAJUK : PERKHIDMATAN PENYEDIAAN MAKAN DAN MINUM MESYUARAT IBU PEJABAT BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)

FB: https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/

CIDB MALAYSIA

11 Nov, 07:24


Sesi Libat Urus Bersama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)

10 November 2024

CIDB Negeri Kedah bersama-sama ABM Wilayah Utara telah mengadakan libat urus bersama MBAS pada 10 November 2024. Sesi ini di pengerusikan oleh YBhg. Dato' Hj. Mohd Yusri Bin Hj. Md. Daud, Datuk Bandar MBAS di pejabatnya.

Sesi ini turut dihadiri oleh 6 pegawai kanan MBAS dari pelbagai bahagian. CIDB telah mengambil peluang memberi penerangan berkaitan peranan CIDB di dalam industri pembinaan yang selari dengan perancangan The Greater Kedah melalui C4.0, MCORE dan SCORE, QLASSIC, SHASSIC, MyCREST, Sustainable INFRASTAR, IBS SCORE dan program-program akreditasi. Sementara itu, ABM pula menerangkan berkenaan program-program latihan bagi pembangunan kapasiti industri pembinaan.

Pada akhir sesi tersebut, YBhg. Datuk Bandar menyatakan penghargaan di atas kunjungan tersebut di samping hasrat untuk berkunjung ke ABM Wilayah Utara bagi melihat peluang kerjasama yang strategik dalam membangunkan industri pembinaan di Negeri Kedah khususnya Bandaraya Alor Setar.

#BinaSempurna #MalaysiaMadani

FB: https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid032P537ta6kRpEh1cuzd6hGLPrLWJT9pGHPTyW5L6ktbFiM87Perd7L81dM38Q8mkBl

CIDB MALAYSIA

06 Nov, 09:34


KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

NO PEROLEHAN : BTM/SH(A)-11/2024 (10025189)

TAJUK : PERKHIDMATAN MEMBANGUN, MENGUJI, MENGKONFIGURASI, MELATIH SERTA MENYELENGGARA (DALAM TEMPOH JAMINAN) PROGRAM INTEGRASI ANTARA ePEROLEHAN DAN SISTEM SAP UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)

TEMPOH PERKHIDMATAN : LAPAN (8) BULAN (TERMASUK WARANTI 3 BULAN)

TARIKH BELI DOKUMEN : 6 NOVEMBER 2024 (RABU)
TARIKH TUTUP SEBUTHARGA : 14 NOVEMBER 2024 (KHAMIS) SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI
TEMPAT JUAL DOKUMEN : UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) TINGKAT 11, CIDB 520 THE MET CORPORATE TOWER,
NO. 20, JALAN DUTAMAS 2, 50480 KUALA LUMPUR

SYARAT AM/KELAYAKAN VENDOR:
1. BERDAFTAR SEBAGAI VENDOR CIDB

2. BERDAFTAR DENGAN MOF DALAM KOD BIDANG:

- 210103 – Software (Supply All Computer Software, Operating System, Database ; atau

- 210104 – Software / System Development / Customization and Maintenance

3. BERDAFTAR SEBAGAI RAKAN KONGSI DENGAN SAP MALAYSIA SAHAJA

4. MEMPUNYAI SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TAX COMPLIANCE CERTIFICATE (TCC))



PERINGATAN:
1. PEMILIK SYARIKAT YANG SAH HENDAKLAH MENGEMUKAKAN DOKUMEN ASAL DAN SALINAN SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF), SIJIL PEMATUHAN CUKAI / TAX COMPLIANCE CERTIFICATE (TCC) DAN SIJIL RAKAN KONGSI SAP (SAP PARTNER CERTIFICATE) KETIKA MEMBELI DOKUMEN.
2. SILA BAWA COP SYARIKAT BERALAMAT PENUH SEMASA MEMBELI DOKUMEN.
3. DOKUMEN YANG DITERIMA SELEPAS TARIKH DAN MASA TUTUP TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
4. CIDB MALAYSIA TIDAK TERIKAT UNTUK MENERIMA TAWARAN TERENDAH ATAU SEBARANG TAWARAN SEKALIPUN.
5. KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA INI JUGA BOLEH DIAKSES MELALUI http://eiklan.cidb.gov.my/tender/maklumat?id=1406

CIDB MALAYSIA

06 Nov, 01:45


Klinik Coaching SCORE 2024 anjuran CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 29 Oktober 2024: Penganjuran Klinik Coaching SCORE 2024 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Gerald Sundaraj, Pengarah Negeri CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Seramai 40 peserta yang terdiri daripada kontraktor gred G2 hingga G4 khususnya dari syarikat Enterprise telah mengikuti Klinik Coaching SCORE ini.

Penganjuran Klinik Coaching SCORE ini bertujuan untuk memberi penerangan dan bimbingan berkenaan parameter penilaian yang terdapat dalam skop Prestasi Perniagaan, Keupayaan Kewangan, Keupayaan Teknikal, Pengurusan Projek, Pengurusan Perolehan, Amalan Terbaik dan Keupayaan Pengurusan.

Selaras dengan Pekeliling CIDB Bil. 3/2024, berkuat kuasa pada 1 Julai 2024, bahawa telah diperluaskan kepada kontraktor gred G2 hingga G6 diwajibkan untuk melaksanakan Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) bagi tujuan pembaharuan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK).

Setinggi penghargaan diucapkan kepada Pn. Rosnita Binti Nik C.A.(M) untuk penerangan dan bimbingan kepada peserta bagi skop Prestasi Perniagaan dan Keupayaan Kewangan.

CIDB WPKL mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Semoga Klinik Coaching SCORE ini mencapai objektif yang ditetapkan.


https://www.facebook.com/share/p/14xtZoMAwq/

CIDB MALAYSIA

05 Nov, 13:43


Melalui pertemuan ini, YB Hj Munir menyatakan persetujuan untuk merasmikan program seminar tersebut sebagai sokongan dalam pembangunan industri pembinaan di Kedah.

YB Hj Munir juga mengharapkan seminar ini bukan saja dihadiri oleh pihak swasta, tapi juga turut dihadiri pihak kerajaan seperti :
TSUK (Pembangunan)
Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah
Bhgn Perancangan Ekonomi Negeri Kedah
Pihak Berkuasa Tempatan

YB Hj Munir juga mengucapkan terima kasih atas jemputan ini serta mengalu-alukan kerjasama berterusan bersama CIDB untuk kemajuan industri pembinaan Negeri Kedah dan menyatakan hasrat untuk membuat lawatan ke Pej. CIDB Negeri Kedah dan ABM Wilayah Utara.

CIDB MALAYSIA

05 Nov, 13:43


Kunjungan ke Pejabat YB Hj Munir @ Mohamad Yusoff bin Hj Zakaria, Pengerusi J/kuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air & Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah

5 November 2024

YB Hj Munir @ Mohamad Yusoff bin Hj Zakaria telah menerima kunjungan CIDB Negeri Kedah yang diketuai oleh En Shahril bin Mohd Poad selaku Pengurus Program Seminar Bahan Binaan Industri Pembinaan di bawah Jadual ke-4 Akta 520, CIDB bagi membincangkan peranan CIDB dan penganjuran Seminar tersebut.

CIDB MALAYSIA

05 Nov, 04:42


12th Malaysian Road Conference & Exhibition 2024 and 5th International Road Federation Global Asia-Pasific Regional Congress sedang berlangsung di WTC Kuala Lumpur selama 3hari bermula 5-7 November 2024.
Bertemakan “Driving Innovation for Better Roads”

Program ini disempurnakan oleh YB Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi. YB Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan serta dif-dif kehormat yang lain turut serta hadir pada program ini.

Kami bersama Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) ada direruai bersama Miros, JKR, Lembaga Lebuhraya Malaysia serta Kementerian Kerja Raya Malaysia.


https://www.facebook.com/share/p/p1hEqVD3ojbv4nAa/?mibextid=WC7FNe

CIDB MALAYSIA

04 Nov, 07:08


https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid02XtwGa3pjezdC46AyyPE8VE93RZo1YqDmmkFPg8r76t3Kuo65KPtagcznciyRCZXul

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

NO PEROLEHAN : BTM/SH(A)-12/2024 (10025200)

TAJUK : PERKHIDMATAN PEMBELIAN LESEN INSTA BI SUITE TEMPOH 3 TAHUN UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA

TEMPOH PERKHIDMATAN : TIGA (3) TAHUN

TARIKH BELI DOKUMEN : 4 NOVEMBER 2024 (ISNIN)

TARIKH TUTUP SEBUTHARGA : 11 NOVEMBER 2024 (ISNIN) SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI

TEMPAT JUAL DOKUMEN : UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) TINGKAT 11, CIDB 520 THE MET CORPORATE TOWER,
NO. 20, JALAN DUTAMAS 2, 50480 KUALA LUMPUR

CIDB MALAYSIA

03 Nov, 06:33


Last Day……Warga johorean & seangkatan

Jom datang ke Persada Johor..
Kami ada di sini bersama CIDB Technologies Sdn Bhd.

Informasi terkini, kursus & Simulator Welding ada di reruai kami.

Turut hadir juga pelajar-pelajar bagi menyemarakkan lagi program ini serta sambil berkongsi pengalaman dalam pembelajaran yang ditawarkan.


https://www.facebook.com/share/p/DifQVXPQjsAJ4Efe/?mibextid=WC7FNe

CIDB MALAYSIA

02 Nov, 02:08


The Contractor's Quality Management System (CQMS) offers a cost-effective and efficient alternative to ISO 9001, tailored specifically for Malaysian contractors based on CIS 29 standards published by CIDB. This system is recognized by CIDB Malaysia and holds the same weightage as ISO 9001 for CIDB MCORE/SCORE, ensuring top-notch quality without the high costs.

Why choose CQMS?
- CIDB-recognized certification
- Cheaper and faster than ISO 9001
- Ready-made quality manual template
- Earn at least 40 CCD points
- Free attendance to the CREAM Webinar Series for 1 year, with additional CCD points.

Achieve your quality goals faster at a lower cost. Adopt CQMS today!

CIDB MALAYSIA

01 Nov, 03:56


Wahai Anak Jati Johor

Jom serbu Pameran Pelancaran Majlis Pembangunan Bakat Johor dan Karnival Kerjaya yang bertempat di Persada Johor Bahru.

Kami bersama CIDB Technologies Sdn Bhd ada di reruai 322 hadir menawarkan kursus yang menarik untuk anak belia masa kini serta kami menyediakan simulator welding untuk anda merasai sendiri pengalaman ini.

Ayuh temui kami disini bermula 1-3 Nov 2024 dari jam 9 pagi - 5 petang di Persada Johor Bahru.

#TVETPEMBINAAN
#roadtoicw2025


https://www.facebook.com/share/p/EZiVNBTUip7VG2dj/?mibextid=WC7FNe

CIDB MALAYSIA

01 Nov, 02:47


KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

NO PEROLEHAN : PRO/SH(A) - 03/2024(10025030)

TAJUK : KERJA - KERJA UBAHSUAI RUANG PEJABAT CIDB NEGERI SELANGOR DAN KERJA - KERJA DI TINGKAT 5 & TINGKAT 6 (LOT 01 & LOT 02) BANGUNAN WISMA PKPS UNTUK CIDB

https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0ffyPr7ac4Qenjp8dbgAZrKnTVCCnTCvKSoytRXWsH4N1Pm9tj1yZcnaGL9qcLo1dl

CIDB MALAYSIA

30 Oct, 08:21


Tahniah dan Syabas Kumpulan Beyond Zenith (By-Z) dari CIDB Negeri Terengganu yang telah dinobatkan sebagai NAIB JOHAN Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (Kategori Terbuka) Peringkat KKR & Agensi Tahun 2024.

Turut bertanding mewakili CIDB adalah dari CIDB Negeri Melaka, CIDB Negeri Johor & CIDB Negeri Pulau Pinang.

Majlis Perhimpunan Bulanan & Hari Inovasi 2024 telah berlangsung pada 30 Oktober 2024 (Rabu) di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, KKR yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya.

CIDB MALAYSIA

30 Oct, 08:07


Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu dan semua yang meraikannya.

Semoga perayaan kali ini disambut dalam suasana yang harmoni, hormat menghormati dan penuh toleransi dengan semangat perpaduan yang utuh.

Ikhlas daripada:
CIDB Malaysia

CIDB MALAYSIA

30 Oct, 08:03


Telah berlangsung Majlis Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya Malaysia & Agensi Tahun 2024

Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya YB Datuk Seri Ahmad Maslan. Turut hadir pada majlis ini Ketua Setiausaha KKR Datuk Azman dan Ketua Eksekutif CIDB Dato Zaid Zakaria serta dif dif kehormat yang lain. Beliau sudi melapangkan masa mencuba simulator welding yang di pamerkan oleh CIDB Technologies Sdn Bhd dalam program kursus yang ditawarkan.

https://www.facebook.com/share/p/sm9VMsKUfUu3ScVs/?mibextid=WC7FNe

CIDB MALAYSIA

29 Oct, 08:52


https://t.me/cream_cidb/208

CIDB MALAYSIA

29 Oct, 02:03


KENYATAAN AKHBAR

PELANTIKAN CLAB SEBAGAI AGEN PROGRAM PEMUTIHAN DATA: PEKERJA ASING DIWAJIBKAN MEMILIKI KAD PENDAFTARAN PERSONEL BINAAN DALAM SEKTOR PEMBINAAN


https://www.linkedin.com/posts/cidb-malaysia_kenyataan-akhbar-untuk-siaran-segera-pelantikan-activity-7256843506906783744-HZCb?utm_source=share&utm_medium=member_desktop

CIDB MALAYSIA

28 Oct, 13:34


CIDB today participated in the HOMEDEC Cares Press conference and roundtable on home renovation organised by the CIS Network in conjunction with the HOMEDEC exhibtion from Oct 31 to Nov 3.

CIDB is represented by CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur State Director Datuk Dr Gerald Sundaraj. Also in the panel is Dato' Vincent Lim, the President of CIS Network, IDr Ooi Boon Seong President of Malaysian Institute of Interior Designers (MIID), Ar. Adrianta Aziz President of the Malaysia Institute of Architects (PAM) and Elvin Tay, the President of Malaysia Interior Industry Partners Association (MIIP).

The round table was organised in order to create public awareness on how to avoid getting scammed when undertaking home building and or home renovation works.

CIDB MALAYSIA

28 Oct, 08:04


KENYATAAN TAWARAN TENDER

NO PEROLEHAN : PRO/TEN-02/2024 (10025077)

TAJUK : CADANGAN KERJA PENGUBAHSUAIAN DALAMAN DAN KERJA BERKAITAN BAGI PEJABAT BARU CIDB NEGERI PERLIS DI BANGUNAN KOMERSIAL 3 TINGKAT , JALAN KANGAR JAYA 7, KANGAR JAYA, PERLIS UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)

TEMPOH PERKHIDMATAN : LAPAN (8) MINGGU

TARIKH & MASA TAKLIMAT: 4 NOVEMBER 2024 (ISNIN) & 10.00 PAGI
TEMPAT TAKLIMAT : NO. 28 BANGUNAN KOMERSIAL 3 TINGKAT, JALAN KANGAR JAYA 7, KANGAR JAYA, JALAN TUANKU SYED PUTRA, 01000 KANGAR PERLIS
TARIKH BELI DOKUMEN : 4 NOVEMBER 2024 (ISNIN)
TARIKH TUTUP SEBUTHARGA : 25 NOVEMBER 2024 (ISNIN) SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI
TEMPAT JUAL DOKUMEN : TINGKAT 1, PEJABAT CIDB NEGERI PERLIS NO. 10 JALAN TUANKU SYED PUTRA 01000 SERIAB PERLIS
SYARAT AM/KELAYAKAN VENDOR:
1. BERDAFTAR SEBAGAI VENDOR CIDB
2. . BERDAFTAR DENGAN CIDB, MEMILIKI PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK)
GRED: G4
KATEGORI : B
PENGKHUSUSAN : B07 & B28
3. MEMILIKI SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK)
4. BERDAFTAR DENGAN PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK)
- MEMILIKI SIJIL TARAF BUMIPUTERA (STB)

PERINGATAN:
1. PEMILIK SYARIKAT YANG SAH HENDAKLAH MENGEMUKAKAN DOKUMEN ASAL DAN SALINAN PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK), SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) DAN SIJIL TARAF BUMIPUTERA (STB) SEMASA MENGHADIRI TAKLIMAT DAN KETIKA MEMBELI DOKUMEN.
2. SILA BAWA COP SYARIKAT BERALAMAT PENUH SEMASA MENGHADIRI TAKLIMAT DAN MEMBELI DOKUMEN.
3. DOKUMEN YANG DITERIMA SELEPAS TARIKH DAN MASA TUTUP TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
4. CIDB MALAYSIA TIDAK TERIKAT UNTUK MENERIMA TAWARAN TERENDAH ATAU SEBARANG TAWARAN SEKALIPUN.
5. IKLAN INI BOLEH DIAKSES MELALUI LAMAN WEB http://eiklan.cidb.gov.my/

CIDB MALAYSIA

25 Oct, 09:03


Seminar dan Sesi Libat Urus Pengurusan Fasiliti (FM) Sempena ICW 2024
Seminar dan Sesi Libat Urus Pengurusan Fasiliti bersempena ICW 2024 yang bertemakan "Evolving Excellence and Best Practices in Malaysian Facilities Management" telah berlangsung dengan jayanya pada 22 hingga 24 Oktober 2024 di MITEC, Kuala Lumpur.
Acara ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor (BPK), CIDB bersama CREAM, serta disokong oleh agensi-agensi utama iaitu Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), The Malaysian Asset and Project Management Association (MAPMA), Malaysian Association of Facility Management (MAFM), Board of Engineers Malaysia (BEM), Malaysian Institute of Property & Facility Managers (MIPFM), dan Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM).
Sesi Libat Urus FM (22 dan 23 Oktober 2024)
Tiga sesi libat urus telah berjaya mengumpulkan hampir keseluruhan 100 orang peserta. Setiap sesi menampilkan dua penceramah dan seorang moderator, dengan fokus utama pada perbincangan isu-isu kritikal berkaitan pengurusan fasiliti dan pandangan daripada sektor awam dan swasta. Objektif utama adalah untuk merumuskan cadangan-cadangan yang dapat memperkukuh amalan fasiliti di Malaysia.
Seminar FM (24 Oktober 2024)
Seminar ini berjaya menarik seramai 269 orang peserta dan menjadi kemuncak acara dengan sesi masterclass daripada penceramah terkemuka dunia iaitu Mr. Stan Mitchell, Chairman and CEO of Key Facilities Management, Scotland, United Kingdom. Ucapan perasmian oleh YBhg Dato' Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya (KKR), menyeru kepada integrasi teknologi dan amalan terbaik dalam pengurusan fasiliti. Beliau menekankan bahawa langkah ini penting untuk memperkukuh daya saing industri pembinaan dan memastikan sektor fasiliti di Malaysia terus berdaya tahan dan kompetitif di peringkat global.
Sesi penutup yang disampaikan oleh Yang Berusaha En. Rozaiman Haji Hassan, Pengurus Besar Kanan Sektor Pembangunan Kontraktor & Personel Binaan, CIDB merumuskan kejayaan bagi seminar dan sesi libat urus ini adalah gabungan pakar dan profesional industri pengurusan fasiliti secara menyeluruh. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyampaikan resolusi untuk meningkatkan integrasi teknologi dan memacu inovasi dalam sektor ini.
Maklum balas daripada para peserta sangat memberangsangkan di mana mereka menekankan kepentingan seminar dan sesi libat urus bersama pakar pengurusan fasiliti dalam industri pembinaan.
Program seumpama ini jelas menjadi platform penting yang mampu mendorong transformasi pengurusan fasiliti di Malaysia, membuka jalan ke arah masa depan yang lebih mampan, inovatif, dan berdaya saing.


https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid02HjnCc8f1L8BhbBxRVTutAo1PVDmpwCw1XxYZrrhE7eZsTNdT3L3NYTyYqbTqhEv1l

CIDB MALAYSIA

25 Oct, 03:55


Antara agensi penguatkuasaan yang dijemput adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Jabatan Pendaftaran (JPN), Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kedah (PTPR), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Swcorp) dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara.

Semua agensi menyambut baik program yang dianjurkan ini dan mengharapkan kerjasama ini terus ditingkatkan dalam menguatkuasakan undang – undang di Negeri Kedah.

CIDB MALAYSIA

25 Oct, 03:55


PROGRAM JALINAN MESRA AGENSI PENGUATKUASAAN NEGERI KEDAH TAHUN 2024

19 OKTOBER 2024 (SABTU) – Satu Program Jalinan Mesra Agensi Penguatkuasaan Negeri Kedah Tahun 2024 telah diadakan di Teratak Al Qarni Jitra,Kedah yang dirasmikan oleh Pengarah CIDB Negeri Kedah, Tuan Muhammad Fariq Abd Hamid.

Objektif utama program ini adalah untuk memperkasakan kerjasama dalam skop penguatkuasaan dan mengeratkan hubungan sesama insani. Selain itu juga program ini dapat membina daya tahan, meningkatkan keberanian dan kerjasama berpasukan dikalangan anggota penguatkuasaan dari aktiviti yang telah dijalankan.

CIDB MALAYSIA

25 Oct, 03:49


Seminar Pendaftaran Kontraktor Malaysia Madani 2024 Negeri Kedah

23 Oktober 2024

Siri terakhir bagi siri Seminar Pendaftaran Kontraktor Malaysia Madani ini telah dianjurkan oleh CIDB Negeri Kedah pada 23 Oktober 2024 secara dalam talian.

Seminar ini berjaya mengumpulkan 52 peserta. Melalui seminar ini penerangan mengenai Pendaftaran Kontraktor, SCORE dan MCORE, Semakan Pematuhan Kontraktor (SPEK) dan Pengisytiharan Projek (Levi) telah diberikan bagi membantu kontraktor memahami tanggungjawab yang termaktub di dalam Akta 520.

Selain itu, seminar ini turut memperkenal Sistem Pengurusan Kualiti Kontraktor (CQMS) sebagai suatu sistem penilaian kualiti yang disuaikan kepada syarikat kontraktor sebagai alternatif kepada sistem kualiti generik sedia ada.

Di akhir seminar, CIDB Negeri Kedah berjaya mengumpulkan 35 maklumbalas bagi Kaji Selidik Keberkesanan Program CIDB dan Cadangan Inisiatif.

Sekian dilaporkan.

CIDB MALAYSIA

25 Oct, 01:40


𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐘𝐀𝐊 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍?
1) Warganegara Malaysia.
2) Berumur tidak melebihi 30 tahun.
3) Pemohon tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
4) Pemohon telah menamatkan pengajian diploma atau ijazah dalam bidang Architecture, Engineering & Construction (AEC).
5) Pemohon boleh memberikan komitmen sepanjang kursus berjalan iaitu selama 2 bulan

𝐀𝐏𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐍𝐈?
1) Kursus intensif BIM selama 2 bulan
2) Latihan pentauliahan CIDB BIM Advance Modeller (Arkitek, Struktur, Mekanikal & Elektrikal)
3) Pendedahan pelaksanaan projek sebenar
4) Tips & tricks bagi latihan teknikal
5) Elaun & Penginapan sepanjang kursus disediakan.

𝐁𝐄𝐑𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐍𝐈?
• Sila lengkapkan borang digital melalui kod QR yang tertera di dalam poster hebahan
• Tarikh hebahan bermula pada 23 Oktober 2024 dan berakhir pada 08 November 2024.
• Hanya pemohon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temuduga.
• Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan dipertimbangkan.
• Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi pihak kami seperti talian berikut :

Admin : +6016-2672016
Email : [email protected]

CIDB MALAYSIA

25 Oct, 01:40


𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐔𝐋𝐓𝐈𝐃𝐈𝐒𝐂𝐈𝐏𝐋𝐈𝐍𝐀𝐑𝐘 𝐁𝐈𝐌 𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐀𝐑/ 𝐕𝐑 𝐀𝐏𝐏𝐋𝐈𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 & 𝐋𝐀𝐒𝐄𝐑 𝐒𝐂𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐂𝐄𝐒𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟎𝟐
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) akan mengadakan Program Multidisciplinary BIM With AR/VR Application & Laser Scan Data Processing. Program ini akan berlangsung selama 2 bulan bermula pada November 2024 sehingga Januari 2025 bertempat di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.

CIDB MALAYSIA

25 Oct, 01:12


Konvensyen Kontraktor Generasi Baru ICW 2024

Konvensyen Kontraktor Generasi Baru bersempena ICW 2024 telah berlangsung pada 22 dan 23 Oktober 2024 di MITEC, Kuala Lumpur, dengan kehadiran 98 peserta yang terdiri daripada kontraktor G1 hingga G7. Acara ini menampilkan 20 sesi pembentangan oleh pakar-pakar industri yang membincangkan topik seperti teknologi pembinaan terkini, keusahawanan, kewangan, dan pengurusan fasiliti. Selain itu, 11 booth pameran turut disediakan bagi peserta untuk meneroka peluang perniagaan serta mendapatkan sokongan daripada pelbagai institusi yang terlibat dalam industri pembinaan.

Bahagian Pembangunan Kontraktor, CIDB dengan kerjasama CIDBH berjaya menganjurkan konvensyen ini, yang mendapat maklum balas positif daripada para peserta.

Kemuncak konvensyen ini adalah majlis perasmian oleh Ybhg Dato' Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, yang menekankan kepentingan inovasi dan teknologi seperti penggunaan BIM dan IBS dalam membina daya saing kontraktor tempatan. Beliau juga menyeru kontraktor untuk mengambil peluang yang ditawarkan dalam industri pembinaan yang terus berkembang.

Konvensyen ini berjaya mencapai matlamatnya dalam memberi inspirasi, membina rangkaian profesional, dan membuka peluang baharu dalam industri pembinaan di Malaysia.


https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid02X4srcM9Pak2C4jZwbB3YUikcGM4FKvo8Y6yXq3U17D3nQUDo8fzMe8vsq62i33YMl

CIDB MALAYSIA

24 Oct, 14:35


ICW 2024 kini melabuhkan tirai untuk tahun 2024

Terima kasih pada semua yang hadir pada tahun ini

Terima kasih juga pada semua yang terlibat menjayakan acara yang penuh gemilang ini.

Terima kasih juga pada CIDB HoldingsJom IBSConstruction Labour Exchange Centre Berhad - CLABConstruction Research Institute of Malaysia (CREAM)Akademi Binaan MalaysiaCIDB Technologies Sdn Bhd CIDB E-Construct atas penglibatan dalam menjayakan lagi acara ini
Kita pasti akan berjumpa lagi di tahun yang akan datang

Temui kami pada 28-30 Oktober 2025

#icw2025
#roadtoicw2025


https://www.facebook.com/share/p/wX9odnvpH2JZsPhX/?mibextid=WC7FNe

CIDB MALAYSIA

24 Oct, 01:55


KENYATAAN TAWARAN TENDER

NO PEROLEHAN : BKK/TEN-04/2024 (10024961)

TAJUK : PERKHIDMATAN PENYUMBERLUARAN (OUTSOURCING) PUSAT PANGGILAN CARELINE CIDB UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)

TEMPOH PERKHIDMATAN : DUA (2) TAHUN + SATU (1) TAHUN

TARIKH & MASA TAKLIMAT: 28 OKTOBER 2024 (ISNIN) & 10.00 PAGI
TEMPAT TAKLIMAT : BILIK MESYUARAT HAZEL, TINGKAT 13,  LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) CIDB 520 THE MET CORPORATE TOWER, NO. 20, JALAN DUTAMAS 2, 50480 KUALA LUMPUR
TARIKH BELI DOKUMEN : 28 OKTOBER 2024 (ISNIN)
TARIKH TUTUP SEBUTHARGA : 18 NOVEMBER 2024 (ISNIN) SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI
TEMPAT JUAL DOKUMEN : UNIT PEROLEHAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) TINGKAT 11, CIDB 520 THE MET CORPORATE TOWER,
NO. 20, JALAN DUTAMAS 2, 50480 KUALA LUMPUR
SYARAT AM/KELAYAKAN VENDOR:
1. BERDAFTAR SEBAGAI VENDOR CIDB
2. BERDAFTAR DENGAN MOF DALAM KOD BIDANG:
- 221101- Kakitangan Iktisas (Profesional) - Tidak Termasuk Khidmat Perundingan ; ATAU
- 221102- Kakitangan Separa Iktisas (Semi Profesional) Tidak Termasuk Khidmat Perundingan ; ATAU
- 221104 - Tenaga Buruh
3. MEMPUNYAI SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TAX COMPLIANCE CERTIFICATE (TCC))

PERINGATAN:
1. PEMILIK SYARIKAT YANG SAH HENDAKLAH MENGEMUKAKAN DOKUMEN ASAL DAN SALINAN SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF), SIJIL PEMATUHAN CUKAI / TAX COMPLIANCE CERTIFICATE (TCC) SEMASA MENGHADIRI TAKLIMAT DAN KETIKA MEMBELI DOKUMEN.
2. SILA BAWA COP SYARIKAT BERALAMAT PENUH SEMASA MEMBELI DOKUMEN.
3. DOKUMEN YANG DITERIMA SELEPAS TARIKH DAN MASA TUTUP TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
4. CIDB MALAYSIA TIDAK TERIKAT UNTUK MENERIMA TAWARAN TERENDAH ATAU SEBARANG TAWARAN SEKALIPUN.
5. IKLAN INI BOLEH DIAKSES MELALUI LAMAN WEB http://eiklan.cidb.gov.my/tender/maklumat?id=1309

CIDB MALAYSIA

23 Oct, 15:25


Sekitar Kemeriahan suasana ICW 2024 di MITEC

Jom datang ke Pavilion kami bersama dengan Construction Research Institute of Malaysia (CREAM)CIDB E-ConstructAkademi Binaan MalaysiaInternational Construction Week Construction Labour Exchange Centre Berhad - CLABCIDB HoldingsJom IBSCIDB Technologies Sdn Bhd

YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Haji Ahmad Maslan serta dif dif kehormat yang lain turut hadir memeriahkan lagi ICW 2024.

Jom ramai-ramai hadir ke ICW 2024 yang bertempat di MITEC Kuala Lumpur.

#ICW2024
#BuildXpo


https://www.facebook.com/share/p/eSRe6yKWMZdMhyjg/?mibextid=WC7FNe

CIDB MALAYSIA

22 Oct, 13:38


CIDB RAIKAN PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM KESELAMATAN & KESIHATAN, KEMAMPANAN ALAM SEKITAR DAN KUALITI

KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2024: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini meraikan 122 penggiat industri yang berjaya meraih pencapaian cemerlang di dalam keselamatan & kesihatan, kemampanan alam sekitar dan kualiti sempena Hari QUEST 2024. QUEST 2024 sebelum ini dikenali dengan nama SHEQ Day, iaitu Hari Safety & Health, Environment and Quality, bertujuan untuk mengiktiraf dan menganugerah pemain industri yang berupaya melaksanakan projek pembinaan dengan menjaga kualiti hasil kerja, kelestarian alam sekitar serta menitikberatkan aspek keselamatan dan kesihatan.

artikel lanjut boleh di akses pada pautan di bawah

https://www.facebook.com/share/p/7TUtc27xseBFt185/

CIDB MALAYSIA

18 Oct, 03:11


International Construction Week (ICW) & BuildXpo 2024

ICW 2024 merupakan program kali ke-24 yang dianjurkan oleh CIDB sejak penganjurannya bermula pada tahun 1999 dan manakala BuildXpo merupakan penganjuran kali kedua bermula pada tahun 2023.

Penganjuran ICW & BuildXpo 2024 adalah untuk mengumpulkan pakar-pakar sektor pembinaan dari dalam dan luar negara bagi berkongsi maklumat, ilmu pengetahuan dan hasil penyelidikan berkaitan industri pembinaan.

Pada tahun ini dianggarkan 10,000 pengunjung yang akan menyertai ICW & BuildXpo dengan bertemakan ‘Envisioning the Future of Construction’. Antara program yang terdapat didalam ICW 2024 adalah seperti Persidangan, Seminar, Pameran dan Padanan Perniagaan.

𝙅𝙤𝙢 𝙩𝙚𝙢𝙪𝙞 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙙𝙞 𝙈𝙄𝙏𝙀𝘾 𝙆𝙪𝙖𝙡𝙖 𝙇𝙪𝙢𝙥𝙪𝙧. 𝙋𝙚𝙡𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙖𝙠𝙩𝙞𝙫𝙞𝙩𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙧𝙞𝙠 𝙟𝙪𝙜𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙩𝙞 𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙥𝙚𝙧𝙢𝙖𝙞𝙣𝙖𝙣 𝙆𝙖𝙧𝙝𝙤𝙤𝙩 & 𝙋𝙖𝙨𝙨𝙥𝙤𝙧𝙩 𝙎𝙩𝙖𝙢𝙥.


https://www.facebook.com/share/p/oSHCJBsSwVf41ryK/

CIDB MALAYSIA

14 Oct, 13:53


𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐬𝐢𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚

𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 (𝟏𝟒 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒)

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐂𝐈𝐃𝐁𝐇 - 𝐈𝐄𝐍𝐓𝐑𝐘: 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐀𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍

CIDB MALAYSIA

13 Oct, 14:39


Pasukan penguatkuasaan CIDB Negeri Melaka telah turun ke lokasi runtuhan berlaku pada 10 pagi 12 Oktober untuk membuat siasatan. Siasatan awalan CIDB mendapati kontraktor utama projek pembinaan tersebut mempunyai pendaftaran yang sah di bawah CIDB, namun ketiga-tiga pekerja binaan warga asing yang terbabit dengan insiden tersebut, termasuk yang meninggal dunia, tidak mempunyai perakuan pendaftaran personel binaan atau akreditasi pekerja dari CIDB.

Menurut Pengarah CIDB Melaka, Mohd Rizal Norman, pihaknya sedang mendapatkan maklumat terperinci berhubung kes tersebut bagi membantu siasatan. Oleh kerana kes keruntuhan tersebut menyebabkan kematian, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 34D, Akta 520, iaitu kematian yang disebabkan oleh pelanggaran kewajipan oleh kontraktor. Sekiranya sabit kesalahan, kontraktor terbabit boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Di dalam kes tersebut yang berlaku pada 11 Oktober 2024, jam 6.15 petang, struktur utama bangunan runtuh semasa dalam pembinaan dan telah menyebabkan kematian seorang pekerja warga Bangladesh, manakala dua pekerja warga Pakistan cedera parah.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.cidb.gov.my.

CIDB MALAYSIA

13 Oct, 14:39


𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐁𝐀𝐑
𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐬𝐢𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚

𝐈𝐍𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐍𝐓𝐔𝐇 𝐃𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀: 𝐂𝐈𝐃𝐁 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐓𝐀
𝐊𝐞𝐬 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐬𝐢𝐚𝐬𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐤𝐬𝐲𝐞𝐧 𝟑𝟒𝐃, 𝐀𝐤𝐭𝐚 𝟓𝟐𝟎, 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐰𝐚𝐣𝐢𝐩𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐤𝐨𝐧𝐭𝐫𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫

𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀, 𝟏𝟑 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mengeluarkan notis pemberhentian kerja serta-merta berikutan kejadian runtuhan struktur utama bangunan yang sedang dalam pembinaan di daerah Melaka Tengah di sini semalam.

CIDB MALAYSIA

11 Oct, 03:15


The Timeless Odyssey: Exploring the Heritage and Futuristic Spaces

Take the opportunity to join a guided exploration of the city’s most futuristic buildings and the heritage spaces which become the jewels of Kuala Lumpur

https://shorturl.at/bAUbt

CIDB MALAYSIA

10 Oct, 23:30


PROGRAM KLINIK COACHING SCORE 2024 ANJURAN BERSAMA CIDB NEGERI KEDAH & CIDB NEGERI PERLIS

Tarikh : 10 Oktober 2024
Tempat : Purest Hotel Sungai Petani, Kedah.

SCORE atau Penilaian Keupayaan & Kemampuan Kontraktor adalah penilaian untuk mengukur keupayaan dan kecekapan kontraktor.

Bermula pada 01 Julai 2024, semua kontraktor gred G2-G7 yang berdaftar dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang sah diwajibkan membuat penilaian SCORE-CIDB sebelum membuat permohonan pendaftaran semula (pembaharuan) PPK.

Bagi memudahcara kontraktor dalam membangunkan dokumen penilaian SCORE, CIDB Negeri Kedah & CIDB Negeri Perlis telah menganjurkan Klinik Coaching SCORE bagi menerangkan secara terperinci mengenai kriteria-kriteria penilaian SCORE.

Program telah dirasmikan oleh Pengarah CIDB Negeri Kedah, En. Muhammad Fariq bin Abdul Hamid. Turut bersama Pengarah CIDB Negeri Perlis, En. Yusrillhaffiz bin Hamzah. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Rosnita binti Nik C.A.(M) untuk sesi taklimat serta perkongsian yang diberikan.

Seramai 43 peserta mengikuti Klinik Coaching SCORE bagi menerima pendedahan program SCORE-CIDB terutamanya skop 2 : Keupayaan Kewangan.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir sepanjang berlangsungnya program ini.

#binasempurna #MalaysiaMadani
https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0aqcr1HGKRi8qFhNnN24d2rrhJXkr1j7bk8h2Ycb6YGGCAxCduMayaHzgHi19SdJJl

CIDB MALAYSIA

10 Oct, 13:09


PENYERTAAN TERBUKA

Taklimat Pematuhan Akta 520

Dan turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum of Understanding (MOU) di antara Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan CIDB Malaysia

28 OKTOBER 2024
8.30 pagi - 12.30 t.hari
Dewan Bankuet, Wisma MBSA
Seksyen 14, Shah Alam

CIDB MALAYSIA

09 Oct, 16:42


Sesi penerangan telah disambut oleh Pengarah Urusan MADAD, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra bin Haji Mohd Yusof dan beberapa wakil dari pihak kontraktor. Pihak MADAD telah diberi penerangan berkaitan peruntukan Akta 520 seperti pendaftaran kontraktor, pendaftaran personel binaan, akreditasi penyelia tapak dan pekerja binaan mahir, pengenaan levi dan kewajipan kontraktor.
Pihak MADAD telah mendapatkan penerangan berkaitan pembinaan memandangkan pihak MADAD akan membangunkan projek pembinaan hotel dan fasiliti lain di masa akan datang. Pihak MADAD juga bersetuju untuk menjadikan CIDB sebagai rakan strategik terutama dalam skop pembinaan pusat dakwah di Negeri Kedah.

Pada sesi ini, pengurusan MADAD telah membawa pihak CIDB ke lokasi pembinaan Stadium e-Sport dan Restoran MADAD untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pematuhan Akta 520.

CIDB MALAYSIA

09 Oct, 16:42


SESI PENERANGAN AKTA 520, CIDB KEPADA PENGURUSAN MURTADHA DAKWAH CENTRE (MADAD)

9 OKTOBER 2024 (RABU) - Satu sesi penerangan berkaitan Akta 520, CIDB telah diadakan kepada pengurusan MADAD yang diketuai oleh Pengarah CIDB Negeri Kedah, Tuan Muhammad Fariq bin Abdul Hamid dan beberapa orang pegawai penguatkuasa.