Psikologi & Motivasi @psychology_motivational Channel on Telegram

Psikologi & Motivasi

@psychology_motivational


Only you can change yourself. You dont have to be great to start, but you have to start to be GREAT

Psikologi & Motivasi (Indonesian)

Psikologi & Motivasi adalah saluran Telegram yang bertujuan untuk memberikan wawasan tentang psikologi dan juga memberikan motivasi kepada para pengikutnya. Dengan moto 'Hanya kamu yang bisa mengubah dirimu sendiri. Kamu tidak perlu menjadi hebat untuk memulai, tapi kamu harus memulai untuk menjadi HEBAT', saluran ini menyediakan konten-konten yang dapat mendorong para pengikutnya untuk meraih potensi terbaik dalam diri mereka. Dengan informasi seputar psikologi yang disajikan secara sederhana dan mudah dipahami, para pengikut dapat lebih memahami diri mereka sendiri serta cara untuk meningkatkan kualitas hidup. Selain itu, motivasi yang diberikan melalui kutipan-kutipan inspiratif juga dapat memberikan semangat dan dorongan bagi para pengikut untuk mencapai tujuan-tujuan dalam hidup mereka. Jadi, bagi kamu yang ingin belajar lebih banyak tentang psikologi dan juga membutuhkan motivasi untuk mencapai impianmu, bergabunglah dengan Psikologi & Motivasi sekarang juga! Satu langkah kecil bisa menjadi awal dari perubahan besar dalam hidupmu.

Psikologi & Motivasi

02 Jan, 04:44


I miss you so much, but when the clock hits 12:00am on January 1st, I'm leaving you in 2024

Psikologi & Motivasi

12 Dec, 07:07


1. Masa kat U ada sorang budak kampung , muka awam sangat , DNA pandai pun kurang , first sem dapat CGPA 2.4 .

2. Tapi kelebihan dia rajin , dia selalu kat library , ada satu tempat duduk tu dah macam dia bayar bulan , asyik situ je melekat.

3. Beza betul dengan sorang lagi ni , dia pun budak kampung juga tapi muka jambu , DNA matematik , kelas math masuk 2 kali je dalam satu sem, tapi result kekal A , bakat dia berkaitan nombor luar biasa.

4. First sem ada dalam 60% ponteng kelas , esok exam malam ni baru cari nota tapi CGPA dia kaut 3.2 juga . Banyak makan kismis masa kecik agaknya.

5. Tapi budak CGPA 2.4 tu , walaupun slow tapi tak pernah jalan mengundur , tanya kawan sana sini bila tak tahu , pi jumpa pensyarah bila keliru , dia gagal subject statistik gunaan , " budak ni tak kena tendang , extend semesta nanti ni " kata hati saya.

6. Dia repeat paper stat tu dan dapat A . Masa tu saya mula curiga dengan pandangan sendiri , boleh tahan juga daya melawan kau ya .

7. Budak CGPA 3.2 tu lepas dapat pinjaman sambar Suzuki Panther , niat nak sambar Rxz modal tak cukup , kemudian menu maggie hari - hari catu duit beli minyak , kadar memonteng kuliahpun mencunak naik ke 80% , sem 3 keluar U , letih belajar , rehat otak jap , campur mat rempit dan dengar dia ada ambil barang juga. Slow - slow dia mula undur ke belakang.

8. Masa berlalu saya pun dah bekerja , satu hari lalu satu U ni , tahu budak CGPA 2.4 tu kerja situ , call dia , jumpa kat guard je , tak sempat ngetih , nak cepat , dia dah ada Phd rupanya , walaupun mulut cakap tahniah bagai, hati aku kau , tuhan yang tahu , tak sangka kan duduk satu bilik aku degree kau phd .

9. Bertahun kemudian dapat pulak contact budak CGPA 3.2 tu , set masa , lepak mamak , handsome macam dulu juga , kami tak lepak lama sebab dia nak kejar trip , bawa teksi .

10. Bakat , sebesar manapun kau ada, kau miliki , kalau tak diasah ia tetap akan kalah dengan orang yang punya disiplin, punya kerja keras. Walaupun orang itu awam sangat .

Sumber: Adli Azamin Shukri
@psychology_motivational

Psikologi & Motivasi

07 Dec, 03:28


J A N G A N T E R I M A
P U L A N G K A N
B A L I K

Seorang petani berkahwin dengan seorang wanita muda yang cantik, bijak dan memahami. Mereka saling mencintai dan menghormati dengan begitu mendalam, sehingga tidak dapat dipisahkan. Mereka tinggal di sebuah rumah di atas bukit di bandar, dan mereka mempunyai jiran yang merupakan seorang nenek tua

Namun, nenek tua itu membenci isteri petani dan tidak menyembunyikan perasaannya. Dia sentiasa memastikan untuk mengganggu isteri petani dengan kata-katanya, sepanjang masa. Dia akan menunggu isteri petani pulang setiap hari, dan ketika dia pulang, nenek itu akan keluar dan mula menghujani kata-kata makian kepadanya

Pada suatu ketika, nenek tua itu berkata kepadanya, "Betapa malunya kamu! Ayahmu menghantarmu ke luar negara untuk belajar supaya kamu menjadi seorang wanita yang berjaya dan berkahwin dengan seorang ahli politik. Tetapi kamu begitu bodoh sehingga akhirnya berkahwin dengan seorang petani tempatan. Kini semua yang kamu lakukan adalah berada di ladang selama berjam-jam, menjaga lembu yang kotor dan menjijikkan. Kamu seorang wanita yang gagal!"

Pada kesempatan lain, nenek tua itu menjerit kepadanya, "Kamu mungkin cantik secara fizikal, tetapi jiwa kamu sangat gelap dan buruk. Hatimu dipenuhi dengan segala sampah di dunia. Kamu menyedihkan, tidak berbakat dan benar-benar tidak berharga. Kamu tidak berguna!"

Nenek tua itu terus berkata banyak perkara menyakitkan hati untuk membuatkannya berdukacita, kecewa dan murung. Namun, ada sesuatu yang luar biasa tentang isteri petani; dia sangat tenang dan tidak pernah terganggu oleh makian tersebut. Sebaliknya, dia akan melepaskan ketawa kecil setiap kali dihina. Dia sentiasa tenang dan sentiasa tersenyum

Akhirnya, nenek tua itu sendiri menjadi putus asa kerana semua usahanya untuk memburukkan isteri petani gagal. Dia tidak dapat memahami mengapa wanita muda itu tidak pernah mengambil serius makiannya

Suatu hari, dia mendekatinya dan berkata, "Aku telah melemparkan berbagai makian kepadamu. Mengapa kamu tidak pernah kelihatan terganggu oleh semuanya?"

Isteri petani itu menjawab, "Bolehkah saya bertanya satu soalan? Jika kamu memberikan sesuatu kepadaku dan saya menolak untuk menerimanya, ia tetap milik siapa?"

Nenek tua itu menjawab, "Ia tetap milik saya"

Isteri petani itu tersenyum dan berkata, "Baik! Itu bermakna selagi saya tidak menerima makianmu, ia tetap milikmu. Jadi mengapa saya perlu terganggu tentang sesuatu yang bukan milik saya?"

Dunia kini telah menjadi tempat di mana orang hanya berusaha untuk bertengkar dan berdebat antara satu sama lain, bersikap menghakimi, dan secara keseluruhan negatif

Kita tidak dapat mengelakkan orang-orang kasar ini. Mereka ada di sekeliling kita sebagai sebahagian daripada masyarakat kita. Sekali-sekala kita berhadapan dengan mereka dalam rutin harian kita

Tetapi kesilapan yang kita lakukan adalah kita menjadi terus marah dan tersinggung apabila orang-orang ini menghina kita, mempermainkan kita atau mencela kita. Kemarahan bermakna kamu menerima makian itu

Sentiasa ingat bahawa makian itu milik mereka dan seharusnya tetap milik mereka. Ia bukan harta kamu, jadi apabila mereka membawanya kepada kamu, jangan terima dengan menjadi marah

Kredit: penulis asal
@psychology_motivational

Psikologi & Motivasi

09 Sep, 11:53


Don't get too attached; people can exit your life without warning.๐Ÿ’”๐Ÿ’”

Psikologi & Motivasi

01 Sep, 14:28


NO means NO!

Psikologi & Motivasi

01 Sep, 14:25


Sudah seminggu saya mengikuti perkembangan seorang bekas peserta rancangan Daiโ€™ di Twitter dan Facebook.

Pada awalnya, apabila ada seorang perempuan membuat tuduhan rogol dan menyiarkan screenshot begitu ramai perempuan lain yang pernah menerima jemputan Dai' Syed untuk keluar dan datang ke rumahnya pada waktu malam, begitu ramai pula memberi reaksi:

'Siapa pun boleh buat tuduhan macam ni! Senang betul kumpul screenshot dan buat fitnah! Kalau betul, kenapa tak buat report polis?'

Masuk fasa ke dua, satu report polis dengan tuduhan rogol ke atas bekas peserta Dai' tersebut. Apa orang orang lain cakap?

'Dah setahun berlaku baru nak report polis? Mesti ada benda tak kena ni. Jangan jatuhkan hukuman. Kita tak tahu cerita sebenar!'

Masuk fasa ke tiga. Sudah 7 laporan dengan pelbagai tuduhan. Selain tuduhan rogol, ada juga bercampur dengan tuduhan cabul dan seks luar tabii'. Masih juga ada yang berkata;

'Yang sebenarnya, kenapa semua perempuan tu gatal ikut dia balik rumah?'

Ini bukan kali pertama saya menulis tentang jenayah seksual. Dan setiap kali saya menulis, saya menulis dengan kesedihan kerana kes-kes yang ditulis sebelum ini berada di dalam lingkungan saya.

Memang benar, kes masih dalam proses reman, dalam siasatan dan belum dijatuhkan hukuman. Syed Iqmal berhak mendapat keadilan sewajarnya.

Tetapi mengapa netizen (penyokong lelaki dan malah perempuan) boleh mengeluarkan dialog sebegini? Adakah yang menjadi mangsa jenayah seksual juga tak layak mendapat hak dan keadilan?

Kita ni duduk dalam masyarakat yang sakit. Sampai jumpa orang berupa bergaya, berkata-kata manis, petik ayat al-Quran, boleh nyanyi lagu Arab, bawa kereta BMW, boleh memberi imej dia maksum, semaksum bidadara turun dari langit.

Mengapa lambat buat report polis? Tak kan benda ni pun tak boleh fikir? Mangsa ada banyak benda dia kena juggle semasa dalam proses memujuk diri untuk buat report. Maruah diri dia macam mana? Apa orang akan fikir? Kalau mak pak dapat tahu, nak jawab apa? Kerjaya dia terjejas atau tidak?

Orang yang boleh pulangkan paku buah keras kepada mangsa ni simply manusia ignorant. Agaknya kamu ni lahir dalam keluarga sempurna, syorga tak ada cacat cela sampai boleh pandang orang begitu.

Saya kongsikan kembali status pada Jun lepas bagaimana saya membantu seorang anak bawah umur yang mendakwa percubaan merogol, cabul dan paksaan seks oral. https://www.facebook.com/raiha77/posts/3057813484277126

Kenapa report dibuat selepas 7 tahun? Sebab budak kecik pun tahu orang (Islam) memang suka salahkan mangsa dahulu. Contohnya; soal mangsa balik,

'kamu pakai baju seksi kot? Kenapa ikut budak tu masuk bilik? Mak awak tak ajar ke?'

Kes ini belum selesai sebab kata polis, 'rumit'. Sudah lama berlaku. Mangsa dan pemangsa (sudah membuat pengakuan kepada polis semasa reman) sama-sama bawah umur. Tetapi, alhamdulillah mangsa sudah menjalani rawatan psikologi beberapa kali.

Di link yang sama, saya berkongsi pengalaman bagaimana proses dari awal hingga akhir membuat laporan polis.

Dan satu lagi tulisan saya tentang bagaimana kes rogol yang boleh bermula daripada ruang dalam talian pada tahun 2017: https://www.facebook.com/photo?fbid=1302371833154642&set=a.309107135814455

Semuanya masih relevan kecuali point nombor 5 dan 7. Ya, kini sudah ada akta jenayah untuk sexual predator di dalam talian dan akta untuk jenayah seksual untuk perempuan bawah umur.

Saya tak suka sebenarnya bercakap tentang jenayah seksual. Kali terakhir saya menulis tentang ini, ramai lebih berminat untuk mengetahui tentang identiti sebenar mangsa sehingga menghubungi keluarga saya daripada memberi sokongan.

Tetapi apabila kes Syed Iqmal (ya, sengaja saya tak mahu guna perkataan dai' didepan kerana dia adalah identiti asing daripada pendakwah lain) meletup, ini mungkin contoh terbaik bagaimana tindakan berani cuma seorang mangsa telah meruntuhkan ketakutan secara domino kepada mangsa-mangsa yang lain.

Semoga mereka yang pernah melalui tragedi hitam dalam hidup, dipeluk keberanian. Moga Tuhan beri lorong untuk mereka meneruskan hidup dengan memaafkan diri sendiri.

Psikologi & Motivasi

29 Aug, 03:40


Hidup kadang terasa seperti kitaran yang tiada henti: kerja, pulang, letih, tidur, dan esoknya berulang lagi..

Namun, di balik semua keletihan ini, ada ruang kecil di hati kita yang merindukan sesuatu yang lebihโ€”cinta, kebahagiaan, dan ketenangan jiwa.

Hidup ini bukan hanya tentang bekerja dan letih, tetapi tentang menemukan makna dan kebahagiaan dalam setiap langkah yang kita ambil.

Jangan lupa untuk berhenti sejenak dan cari apa yang benar-benar membuatmu bahagia.

Sumber pic: fb
Second Sumber: Public Health Malaysia
@psychology_motivational

Psikologi & Motivasi

26 Aug, 03:27


Pendidikan bermula dari rumah.. adab dan akhlak

@psychology_motivational

Psikologi & Motivasi

15 Aug, 14:10


โžก๏ธ Tahun 2023 beliau bersama keluarga mengasaskan acar ikan masin Che Sayang. Production semua ok, cash flow semua ok tapi tak berjaya juga.

โžก๏ธ 2 Mac 2023 beliau start semula dari kosong, beliau upload video masak yang pertama. Masa tu bukan target untuk berniaga lagi. Tapi untuk beri manfaat kepada orang lain.

Dan dari situ chesayang_kitchen mula berkembang. Dan kini sudah mempunyai 2 juta pengikut di Tiktok.

Dari seorang jurutera data yang telah beralih kerjaya kepada seorang pempengaruh media sosial yang terkenal. Tahniah, Che Sayang Kitchen, atas pencapaian yang luar biasa ini!

Terima kasih tiktok sebab masih lagi mengangkat mereka yang boleh dijadikan contoh tentang pentingnya jadi content creator BERPENDIDIKAN! Pemilihan Abdul Qayyum Halid mengajar kita, tiada satu usaha pun yang sia-sia walaupun mungkin gagal berkali-kali.

Sumber: Nad Masrom
@psychology_motivational

Psikologi & Motivasi

15 Aug, 14:10


Jadilah content creator yang berilmu dan berpendidikan. Bukan yang kata, "SPM tak penting sebab jadi content creator pun boleh jadi kaya..."

Risau kayap sebelum sampai waktunya. Di thread, saya selalu baca betapa ramai content creator yang suffer mengejar bayaran paid review dari company kecil dan gergasi.

Sebab mereka perlu bersandarkan kepada bayaran paid review untuk survive.

Secara tak langsung, kalau hanya bergantung kepada bayaran ini untuk kelangsungan hidup dan perlu berdepan dengan kerenah manusia yang kita berurusan untuk dapatkan duit atas 'kerja keras' kita menghasilkan video, perlu fikir kesan jangka panjang kepada kesihatan mental kita.

Semalam berlangsungnya Tiktok Award yang diadakan gilang gemilang dan siaran langsung di TV3. Mungkin gen X akan kata, lagha je semua ni. Tapi nak tak nak kita kena akui, dunia tiktok telah mendominasi media sosial.

Waima guru agama dan guru mengaji juga banyak menyampaikan kuliah di situ. Jadi kewujudan tiktok ini tak dapat nak diketepikan dalam arena media sosial yang semakin berkembang.

Cuma yang 'sabar' akan terus bertahan. Bukan semua boleh survive di dunia media sosial. Jangan lupa kes cyberbully melibatkan seorang content creator berbangsa India sebelum ni sehingga melayang nyawa beliau.

Jika nak dedahkan anak-anak kita dengan dunia media sosial, ajarkan mereka bagaimana memilih content yang bermanfaat. Bezakan yang mana content yang baik dan sebaliknya. Jika mereka boleh bezakan, maka in shaa Allah mereka tidak menjadi mangsa cyberbully. Jangan lupa, Malaysia di tangga ke-2 cyberbully di Asia.

Dalam ucapan Khairul Aming semalam dia kata, kalau ditanya dengan para pelajar di sekolah nak jadi apa bila besar? Majoritinya akan menjawab nak jadi content creator.

Sebenarnya tak salah nak jadi content creator sebab banyak impak positif yang kita boleh bagi kepada masyarakat. Tapi dalam masa yang sama kita juga boleh beri pengaruh kurang baik.

Menurut Khairul Aming, demi mengejar view dan engagement, ada yang sewenangnya kata:

โŒ pendidikan tu tak penting
โŒ bad marketing is a good marketing
โŒ tak apalah orang kecam, asalkan kita kaya

Sedikit demi sedikit benda ni dah meracuni anak muda di luar sana. Dan sangat penting untuk semua content creator menerapkan unsur positif dalam setiap kandungan yang dicipta.

Tahun ini, Tiktok telah mencalonkan ramai content creator dalam pelbagai kategori. Dan seperti tahun lalu, sekali lagi Tiktok mengangkat mereka yang 'selayaknya' digelar Creator of The Year.

Abdul Qayyum Halid telah diumumkan sebagai Creator of The Year bagi tahun 2024. Disampaikan oleh pemenang Creator of The Year 2023, Khairul Aming.

Siapakan Abdul Qayyum Halid?

โžก๏ธ Abdul Qayyum Halid, merupakan alumni Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Beliau dikenali dengan video-video tiktok bertemakan masakan.

โžก๏ธ Beliau bermula dengan berniaga sambilan pada tahun 2013 dan tahun yang sama juga beliau mengambil SPM.

โžก๏ธ Tahun 2014 beliau mendapat tawaran universiti dan atas nasihat ayah beliau berhenti berniaga secara sambilan dan menyambung pelajaran ke Universiti Teknologi Petronas.

Sewaktu belajar di universiti, beliau mencuba pelbagai jenis perniagaan.

โžก๏ธ Tahun 2015 beliau berniaga bersama kawan-kawan menjual roti RM1 tetapi gagal.

โžก๏ธ Tahun 2016 beliau melakukan perniagaan KamiDelivery tapi turut gagal.

โžก๏ธ Tahun 2017 beliau menjalankan perniagaan Solvypro, walaupun nampak macam berjaya tapi perniagaan berasaskan teknologi ini turut mengalami fasa kegagalan juga.

โžก๏ธ Tahun 2018, beliau bergraduasi dengan ijazah kelas pertama. Mendapat Anugerah Pelajar Terbaik dan penerima Anugerah Canselor Emas. Baca ini wahai anak-anak muda.

โžก๏ธ Tahun 2019 beliau memulakan kerjaya sebagai jurutera di syarikat oil & gas. Banyak yang beliau pelajari dari pengalaman bekerja bersama syarikat korporat di dalam dan luar negara.

โžก๏ธ Tahun 2020 beliau tidak berputus asa menjalankan perniagaan beliau yang ke-5 iaitu Choco Flakes. Beliau banyak R&D sendiri dan menjalankan perniagaan bersama adik-beradik menggunakan kesemua duit simpanan. Tapi GAGAL!

Psikologi & Motivasi

12 Aug, 04:32


Haiwan yang paling berbahaya di planet ini ialah kawan palsu.

Psikologi & Motivasi

07 Aug, 03:39


Setiap manusia adalah produk zamannya sendiri. Kita boleh belajar hikmah dari sejarah. Tapi kita tidak boleh hidup atas legasi dan memori masa lalu.

Ya, kita tidak mampu mendepani cabaran hari ini dan membina masa depan dengan hanya taksub bernostalgia.

โ€œDulu kami begini dan begitu. Bukan macam kamu sekarangโ€ฆโ€

โ€œKalau kamu hidup dalam zaman kami dulu, memang kamu akan lunyai, bla, blaโ€ฆโ€

Setiap zaman ada gelora dan gelombang tersendiri. Mungkin kita dilambung dengan cara berbeza, tapi sakitnya masih sama.

Sebab itu jangan terlalu obses mau membanding-banding. Kita hormati orang yang lebih dulu makan garam. Tapi kita juga perlu sedar bahawa garam sekarang tidak sama dengan garam dulu-dulu.

Kita harus menerima hakikat perubahan dunia, dan menghadam tanda aras yang baru. Jangan terus dibuai nostalgia, dan terkepung dalam kenangan.

Seperti juga sukan Olimpik. Betul, Carl Lewis adalah antara raja pecut paling agung dalam sejarah olahraga dunia. Ingatan ini akan kekal selamanya.

Tapi jika Carl Lewis menyertai Olimpik tahun ini, sambil membawa kemuncak kegemilangannya pada era 80-an, bukan saja dia tidak boleh menang pingat emas.

Malah dia tidak mampu masuk final pun. Dalam pusingan semifinal lagi, dia sudah tersingkir awal-awal.

Namun demikian, perbandingan ini tidak adil, kerana seluruh ekosistem sukan, dulu dan sekarang tidak setara. Kita dendang Carl Lewis dan julang Noah Lyles mengikut eranya sendiri. Kedua-dua mereka agung dan terbilang pada zaman masing-masing.

Sumber: FB Rem Dambul
#RemRefleksi
#MoveOnGenerasiKlasik

Psikologi & Motivasi

01 Aug, 22:37


Hebatnya Indonesia mendokong pemain mereka. Kalau sungguh-sunguh bersukan biar sampai ke OLIMPIK!

4,551

subscribers

1,661

photos

103

videos