Forex Malaysia @forexmalaysia Channel on Telegram

Forex Malaysia

@forexmalaysia


Forex Malaysia (English)

Are you interested in the world of foreign exchange trading? Look no further than Forex Malaysia! This Telegram channel is dedicated to providing valuable insights, tips, and updates on the forex market specifically tailored for traders in Malaysia. Whether you are a beginner looking to learn the basics or a seasoned trader seeking advanced strategies, Forex Malaysia has got you covered. With expert analysis, real-time market news, and helpful resources, you can stay informed and make well-informed trading decisions. Join the growing community of forex enthusiasts in Malaysia and take your trading skills to the next level with Forex Malaysia. Don't miss out on this opportunity to enhance your knowledge and improve your trading performance. Join Forex Malaysia today and start your journey towards financial success in the forex market!

Forex Malaysia

29 Aug, 07:23


Perkataan-perkataan utama yang sering disingkatkan oleh pedagang:

• MM = Money Management
• PO = Pending Order
• SNR = Support & Resistance
• SND = Supply & Demand
• TL = Trendline
• TP = Take Profit
• SL = Stop Loss
• BE = Break Even
• CL = Cut Loss
• Layer = Re-entry
• MC = Margin Call

Tidak perlu terlalu risau untuk menghafalnya seperti sifir. Yang penting anda tahu maksud setiap singkatan kata-kata ini. Selepas beberapa kali berdagang, pasti anda akan mengingatinya.

Forex Malaysia

29 Aug, 07:17


Timeframe (TF) :

Terdapat 9 timeframe yang tersedia di kebanyakan platform perdagangan:

1. M1 - 1 minit
2. M5 - 5 minit
3. M15 - 15 minit
4. M30 - 30 minit
5. H1 - 1 jam
6. H4 - 4 jam
7. D1 - harian
8. W1 - mingguan
9. MN - bulanan

Timeframe-timeframe tersebut menunjukkan tempoh masa untuk setiap candlestick (CS) terbentuk.

Forex Malaysia

29 Aug, 06:21


Jadi tepuk dada dan tanya diri sendiri, anda nak jadi pedagang jenis yang mana?

Forex Malaysia

29 Aug, 06:20


👨 Pedagang Swing:

Pedagang Swing termasuk dalam kelompok pedagang yang jarang ditemui dan boleh dianggap sebagai pedagang yang lebih berpengalaman kerana melaksanakan kedudukan swing bukanlah tugas yang mudah bagi pedagang yang baru.

Dalam melaksanakan kedudukan swing, seseorang pedagang memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi untuk menunggu formasi yang paling menguntungkan untuk dimasuki. Kebiasaannya, mereka akan memegang kedudukan mereka lebih dari sehari, seminggu, sebulan, atau bahkan setahun.

Target pips yang mereka kumpulkan biasanya melebihi 100 pips.

Forex Malaysia

29 Aug, 06:20


👨 Pedagang Intraday:

Pedagang Intraday biasanya membiarkan kedudukan mereka aktif kurang dari 24 jam dalam satu hari sebelum menutup atau merealisasikan keuntungan mereka.

Target pips mereka kebiasaannya berada dalam julat 50 hingga 100 pips.

Forex Malaysia

29 Aug, 06:19


👨 Pedagang Scalper:

Umumnya, pedagang jenis Scalper selalu mengambil keuntungan dalam tempoh masa yang singkat dengan jumlah pips yang lebih kecil berbanding jenis pedagang lain.

Biasanya, mereka akan merealisasikan keuntungan dalam tempoh kurang dari 2 jam dengan jumlah pips antara 15 hingga 30 pips.

Forex Malaysia

29 Aug, 06:19


Dalam kumpulan Pedagang Analisis Teknikal (TA), terdapat tiga jenis pedagang dengan target dan pendekatan pasaran yang berlainan:

- Pedagang Scalper
- Pedagang Harian (Intraday)
- Pedagang Swing

Forex Malaysia

29 Aug, 06:19


📊 Pedagang Analisis Teknikal:

Pedagang Analisis Teknikal (TA) adalah pedagang yang membuat ramalan pasaran berdasarkan analisis carta. Mereka mengambil kira tindakan harga di kawasan tertentu atau menggunakan penunjuk seperti Supply and Demand (S&D), Support & Resistance (S&R), Trendline (TL), Moving Averages (MA), Relative Strength Index (RSI) dan lain-lain.

Pedagang TA hanya akan menganalisis carta berdasarkan Price Action , Candlestick (CS) atau dengan bantuan penunjuk yang ada dalam platform perdagangan (MT4/MT5/dsb).

Forex Malaysia

29 Aug, 06:18


💻 Pedagang Analisis Fundamental:

Pedagang analisis fundamental (FA) adalah mereka yang membuat ramalan pasaran berdasarkan berita penting atau umum yang melibatkan aspek ekonomi, geopolitik atau polisi mata wang sesebuah negara.

Pedagang FA akan memeriksa data negara tertentu dan menilai bagaimana ia mungkin memberi kesan kepada nilai mata wang, sama ada kesannya besar atau kecil.

Forex Malaysia

29 Aug, 06:18


Dalam dunia perdagangan, biasanya terdapat dua Jenis Pedagang:

1. Pedagang analisis FUNDAMENTAL.
2. Pedagang analisis TEKNIKAL.

Forex Malaysia

28 Aug, 04:34


DUA CORAK TREND DALAM PASARAN

1. Menaik (Bullish atau Uptrend)
2. Menurun (Bearish atau Downtrend)


MENAIK:
- Pasaran bergerak naik mencipta puncak harga yang lebih tinggi berbanding sebelumnya.
- Higher Highs (HH) melambangkan Puncak Lebih Tinggi, sementara Higher Lows (HL) melambangkan Dasar Lebih Tinggi.
- Jarak antara HH dan HL dikenali sebagai Pengunduran (Retracement) dan trend ini disebut Trend Menaik.

MENURUN:
- Pasaran mencipta dasar harga yang lebih rendah berbanding sebelumnya.
- Lower Highs (LH) melambangkan Puncak Lebih Rendah, sementara Lower Lows (LL) melambangkan Dasar Lebih Rendah.
- Dikenali sebagai Trend Menurun.

Forex Malaysia

28 Aug, 04:28


PERGERAKAN PASARAN

Pasaran bergerak dalam dua jenis corak iaitu MENAIK (BULLISH) dan MENURUN (BEARISH).

MENAIK atau BULLISH bermaksud pasaran sedang dalam aliran naik. Dalam keadaan ini, pelabur biasanya membeli pada harga yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi untuk memperoleh keuntungan.

Posisi untuk pasaran yang menaik ialah BELI.

Sementara itu, MENURUN atau BEARISH menunjukkan pasaran dalam aliran menurun. Dalam situasi ini, pelabur akan menjual pada harga yang tinggi dan menutup posisi pada harga yang lebih rendah untuk memperoleh keuntungan.

Posisi untuk pasaran yang menurun ialah JUAL.

Forex Malaysia

24 Aug, 09:34


LANGKAH-LANGKAH MEMBUKA AKAUN PERDAGANGAN 📝

Daftar dan sahkan akaun anda melalui pautan ini: https://client.tenxprime.com

Langkah 1: Membuka Akaun Perdagangan Sebenar
Log masuk ke "Client Portal", di menu LIVE, hanya perlu klik "Add New Account" dan pilih "Create LIVE Account".

Jenis Akaun    : TenX MT4
Deposit Minima : 25 USD
Leverage       : 1:500

Langkah 2: Butiran Akaun MT4
Selepas "Create Live Account", semak emel anda untuk mendapatkan butiran log masuk MetaTrader4 TenX. Sila semak juga folder spam/junk sekiranya emel tidak diterima di 'inbox'.

MT4 Server   : (rujuk emel)
MT4 Login ID : (rujuk emel)
MT4 Password : (rujuk emel)

Langkah 3: Muat Turun MT4 & Mulakan!
Muat turun aplikas iMetaTrader 4 di telefon pintar anda. Pilih "Setting" dan "Log In Existing Account". Pilih "server" TenXPrime-REAL SERVER dan masukkan butiran seperti dalam langkah 2.

Langkah 4: Cara Mendepositkan Dana Ke Akaun Perdagangan
Klik butang "DEPOSIT" dan pilih kaedah deposit AWEPAY MYR atau VISA untuk proses deposit yang cepat. Deposit minimum ialah USD25, tetapi disarankan untuk mendepositkan lebih dari USD100 untuk berdagang #GOLD agar lebih selamat dan menguntungkan.

Bagi mereka yang baru menceburi perdagangan dan ingin berdagang menggunakan analisa sendiri, disarankan supaya anda belajar di akaun demo terlebih dahulu. Amalkan dengan akaun demo sebelum mencuba di akaun sebenar.