Últimas publicaciones de CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia (@cprckkm) en Telegram

Publicaciones de Telegram de CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia  

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
431,081 Suscriptores
28,053 Fotos
309 Videos
Última Actualización 01.03.2025 04:37

Canales Similares

PMO Info Channel 🇲🇾
11,184 Suscriptores
Ismaweb.my
8,992 Suscriptores

El contenido más reciente compartido por CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia en Telegram


Terdapat beberapa penyakit yang berpunca daripada air yang tidak bersih. Sehubungan itu, anda perlu pastikan bahawa air yang diminum setiap hari sentiasa bersih dan bebas daripada bakteria yang berbahaya untuk memastikan kesihatan badan anda termasuk mata.
Penyakit berjangkit sering tersebar kepada masyarakat sebelum dan selepas banjir. Banjir yang terjadi mengakibatkan sampah sarap dan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Sampah sarap dan sisa kumbahan ni bertaburan di serata tempat sehingga menyebabkan pelbagai penyakit berjangkit.
Sebagai contoh, banjir boleh menyebabkan penyakit konjunktivitis kepada mereka yang terdedah kepada air banjir.
Sehubungan itu, mereka yang terlibat dengan banjir mestilah mengambil langkah-langkah pencegahan tertentu 🌊
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

⚠️ Orang ramai haruslah sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan kendiri semasa musim banjir bagi mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan seperti yang dikongsikan.
"𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀, 𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐄𝐖𝐀𝐓"
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

⚠️ Segera dapatkan rawatan daripada pasukan perubatan di Pusat Pemindahan Sementara Banjir (PPS) atau fasiliti kesihatan yang berhampiran sekiranya anda mengalami gejala seperti demam, batuk, cirit- birit dan sebagainya bagi mengelak penularan penyakit berjangkit bawaan air dan makanan di musim banjir.
“𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑”
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

𝐀𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐓𝐚𝐡𝐮!!

𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 (𝐌𝐓𝐋) 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

Sumber : Malaysian Meteorological Department

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewujudkan portal rasmi mpox (mpox.moh.gov.my) untuk menyampaikan informasi terkini berkaitan mpox kepada orang awam dan petugas kesihatan.

Orang ramai boleh merujuk kepada portal tersebut untuk memastikan info yang dikongsi adalah tepat dan benar.

#KKMSihat
#KKMPrihatin
#MalaysiaMADANI

https://www.facebook.com/share/p/7BjNMztqKvVmUD2z/?mibextid=xfxF2i

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/1222370382137285

Perspektif Pakar Mpox
📌 Apakah itu mpox? Clade 1 dan Clade 2?
📌 Bagaimanakah penyakit mpox ini merebak?
📌 Apakah gejala mpox?
📌 Bagaimanakah ujian saringan dilakukan untuk mengesan mpox?
Anda tanya, pakar jawab. Dengarkan ulasan lanjut oleh Dr. Khairil Erwan Khalid, Pakar Perunding Perubatan Penyakit Berjangkit daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL).
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI
#PerspektifPakar
#AndaTanyaPakarJawab

Kesesakan di pusat pemindahan banjir di Semenanjung Utara boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan. Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan
Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin
Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
Jaga kebersihan diri dan persekitaran
Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan
Gunakan tisu untuk membuang kahak
Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala
Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak
Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan.
Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.
#MalaysiaSihat

LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA
(pada jam 4:00 PM, 19 September 2024)
Sumber: NDCC, NADMA
Untuk maklumat lanjut, layari https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama