Últimas publicaciones de CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia (@cprckkm) en Telegram

Publicaciones de Telegram de CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia  

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
431,081 Suscriptores
28,053 Fotos
309 Videos
Última Actualización 01.03.2025 04:37

Canales Similares

Sistem Guru Online
100,092 Suscriptores
Sinar Harian Official
56,383 Suscriptores
The Star (Official)
37,470 Suscriptores

El contenido más reciente compartido por CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia en Telegram


Semua umat Islam akan mula berpuasa esok.

Jom selak e-majalah edisi Mac 2025 di https://bit.ly/41AtKJI untuk ketahui tip kekal sihat dan aktif di bulan Ramadan, tampil cantik dan selamat semasa Aidilfitri dan fakta menarik berkaitan kesihatan.

Ketahui juga panduan dan sokongan yang boleh diberikan terhadap wanita yang mengalami masalah Hirsutisme.

#MalaysiaSihat

🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.
📍Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi.
Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.
Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Penyakit #Kusta juga dikenali sebagai penyakit “Leprosy” atau “Hansen’s disease” sempena nama penemunya, Gerhard Armauer Hansen pada tahun 1874. Ianya juga adalah penyakit berjangkit yang kronik dengan penglibatan kulit dan saraf yang ketara disebabkan oleh bakteria Mycobacterium Leprae.

Penyakit ini melibatkan kulit, saraf-saraf periferi, system pernafasan dan juga organ mata.

Berikut dikongsikan gejala dan petanda serta penyebab penyakit kusta sebagai panduan.

Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala penyakit kusta untuk rawatan lebih lanjut.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) penyakit kronik (diabetis, penyakit respiratori, jantung, obesiti, hipertensi, dislipedemia atau penyakit buah pinggang kronik) boleh mendapatkan vaksin influenza percuma bermula 18 Februari 2025.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Tiada Peningkatan Kes Jangkitan Selesema (Influenza)

LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA

(pada jam 4:00 PM, 30 Januari 2025)

Sumber: NDCC, NADMA

Untuk maklumat lanjut, layari https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan

#PekaAmaran
#PatuhArahan
#taatsetia
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama

https://www.facebook.com/share/p/1FHWQJGiPJ/

5 Tahun Selepas COVID-19
Dengarkan di astro Radio News esok pada pukul 7.00 pagi bersama Dr. Mohd Ihsani Mahmood, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.
#MalaysiaSihat

RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkinimenunjukkan luruan monsun dijangka berlaku pada 15 sehingga 19 Januari 2025.Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di selatan Semenanjung danSabah serta Sarawak dalam tempoh yang berkenaan.

Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan AmaranHujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan negeri Johor, Sabah dan Sarawakberkuat kuasa pada 16 hingga 19 Januari 2025.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuklaman web www.met.gov.my dan mediasosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumatyang terkini dan sahih.

Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 2:30 petang
Tarikh: 14 Januari 2025

#ramalancuacasignifikan
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Terkini Mpox Di Malaysia

Untuk maklumat lanjut, soalan lazim (FAQ) berkenaan mpox boleh dicapai di pautan berikut:

mpox.moh.gov.my/ms/soalan-lazim