Cinta Baitul Maqdis [CBM] @cintabaitulmaqdis Channel on Telegram

Cinta Baitul Maqdis [CBM]

@cintabaitulmaqdis


Cinta Baitul Maqdis [CBM] (Indonesian)

Selamat datang di Cinta Baitul Maqdis [CBM]! Channel Telegram ini didedikasikan untuk semua pecinta dan pengagum Baitul Maqdis, tempat suci yang memiliki makna penting dalam agama Islam. Channel ini akan memberikan informasi terkini seputar Baitul Maqdis, termasuk berita, sejarah, dan budaya sekitarnya. Kami juga akan berbagi cerita inspiratif, ayat-ayat Al-Quran terkait Baitul Maqdis, serta tips untuk mengunjungi tempat suci tersebut. nnSiapa kami? Kami adalah komunitas peminat Baitul Maqdis yang memiliki tujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kecintaan terhadap tempat suci tersebut. Dengan bergabung dengan channel ini, Anda akan menjadi bagian dari komunitas yang sama-sama memiliki rasa kekaguman terhadap keindahan dan keagungan Baitul Maqdis. nnApa itu Cinta Baitul Maqdis [CBM]? CBM adalah singkatan dari Cinta Baitul Maqdis, yang merupakan motto kami dalam menjaga kecintaan terhadap tempat suci tersebut. Kami percaya bahwa dengan mencintai Baitul Maqdis, kita juga akan semakin mendekatkan diri kepada agama dan nilai-nilai kebaikan. nnJadi, jika Anda ingin merasakan kehangatan dan keindahan Baitul Maqdis tanpa perlu berada di sana, bergabunglah dengan channel Telegram kami sekarang juga! Mari kita jelajahi keajaiban tempat suci tersebut bersama-sama dan memperkuat rasa kecintaan kita terhadap Baitul Maqdis. Ayo bergabung dan jadilah bagian dari komunitas Cinta Baitul Maqdis [CBM] hari ini!

Cinta Baitul Maqdis [CBM]

27 Oct, 00:31


😶‍🌫️Di manakah kedudukan baitul maqdis dalam hati kita?

🔥Mengapa baitul maqdis begitu istimewa di hati kita?

Ikuti kami dalam Nahmil Aqsa untuk menyelami topik bertemakan "Baitul Maqdis di Hati"

📅 Ahad, 27 Oktober 2024 | 🕘 9 malam

🌐 Sertai di sini: ⬇️⬇️
https://us02web.zoom.us/j/82615305463?pwd=7weTaEPZqKiCcknauWjhz6718yOxpA.1

Cinta Baitul Maqdis [CBM]

08 Oct, 05:21


*Baitul Maqdis di Hati*

Rata-rata ramai yang menyokong saudara-saudara Palestin kita atas dasar kasihan.

Ramai yang masih keliru tujuan dan konsep perjuangan saudara Palestin kita.

Adakah kita sedar kenapa saudara Palestin kita bermati-matian mempertahan tanah suci kita?

Apakah patut kita meninggalkan saudara Palestin kita bersendirian?

AYUH! Dengari perkongsian *LIVE malam ini:*

*SEMUSIM TUFAN MELANDA*
SELASA | 8 OKT 2024 | 9.00 MALAM

*Panel:*
Dr Nabilah Rubani

*Tonton di Tiktok HALUAN Palestin:*
https://vt.tiktok.com/ZS2vLXVCP/

Cinta Baitul Maqdis [CBM]

06 Oct, 12:17


*SATU tahun dalam penderitaan!*

Sudah *setahun* semenjak Israel membantai Palestin secara besar-besaran. *Setahun* rakyat Palestin menerima serangan bertalu-talu.

Adakah kita sudah *SEJUK* dan mula melupai mereka? Tanpa kita sedar, isu Palestin ini juga telah mengubah persepsi non-Muslim kepada Islam. Bagaimana?

Dengari perkongsian _LIVE_ daripada tokoh-tokoh dakwah kita di dalam:

*SEMUSIM TUFAN MELANDA*
AHAD | 6 OKT 2024 | 9.15 MALAM

*Panel:*
Dr. Kursiah Mohd Razali
Bro. Firdaus Wong Wai Hung

*Moderator:*
Bro. Umar Ismail

*Live di Facebook*
https://www.facebook.com/share/pCFMm2KR8Exwen8e/
*Live di YouTube*
https://youtube.com/live/UmKRx-A-UZo?feature=share

Cinta Baitul Maqdis [CBM]

02 Oct, 12:38


Telahkah kita siapkan pena2 kita untuk pembebasan ini?

Cinta Baitul Maqdis [CBM]

02 Oct, 12:38


https://www.instagram.com/p/DAmnUTwOyF7/?igsh=M2lwMDlvdXRscW5m

Cinta Baitul Maqdis [CBM]

02 Oct, 10:27


Garis masa penjajahan dan persiapan membebaskan semula Baitul Maqdis sepanjang era Islam sehingga hari ini.

Cinta Baitul Maqdis [CBM]

02 Oct, 09:42


Baca lebih banyak disini
🎁🎁
https://linktr.ee/thebarakahlink

Cinta Baitul Maqdis [CBM]

02 Oct, 09:40


Memperingati kemenangan pembebasan Baitul Maqdis oleh Salahuddin Al-Ayyubi, 2 Oktober 1187. Mari mengulang jejak sejarah, mengikut langkah kemenangan wira sejati pembebas Masjidil Al-Aqsa Salahuddin Al-Ayyubi dan Umar Al-Khattab.

Download ebook Gelombang 2 Oktober ini dan sebarkan pengetahuan ini seluas yang boleh!


https://drive.google.com/drive/folders/1AROTPGG4NHURu-Y5Lcp2NKZXcXq43viT?usp=sharing

Cinta Baitul Maqdis [CBM]

19 Sep, 13:15


🤔Konflik Palestin Israel hari ini, sejauh manakah telah menjentik hati kita?

📘Bagaimana pula memandang konflik ini dari sudut Al-Quran?

👥Adakah konflik ini sekadar perseteruan politik atau sebuah perjuangan sunnah?

📝 Ayuh ikuti NAHMIL AQSA pada *Jumaat, 20 September* ini jam *9 malam* yang akan mengupas tema "Palestin Dalam Al-Quran" di sini:

⬇️⬇️
https://us02web.zoom.us/j/85687202635?pwd=yEWSzzUvSKZWyD6bVuoMvIfGNm8sAZ.1

Cinta Baitul Maqdis [CBM]

07 Aug, 08:50


Kenyataan Rasmi HAMAS:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

HAMAS mengumumkan pemilihan Yahya Sinwar sebagai ketua biro politik pergerakan itu, menggantikan pemimpin Assyahid Ismail Haniyeh, semoga Allah merahmatinya.

HAMAS

Selasa: 02 Safar 1446 Hijrah
6 Ogos 2024 Masihi

Sumber: Media Rasmi HAMAS

--------------------

BERDIAM DIRI BUKANLAH SATU PILIHAN. SEBARKAN!!!

---------------------
Ikuti Palestin Kini:
Telegram: t.me/KiniPalestin
Facebook: fb.com/KiniPalestin
Whatsapp: bit.ly/KiniPalestin1

Cinta Baitul Maqdis [CBM]

31 Jul, 07:43


Demi mengenang kesyahidan Ismail Haniyeh, sama-sama kita hayati lagu ini.

🔴[VIDEO] KAMI TAKKAN SEKALI-KALI IKTIRAF ISRAEL! 🇮🇱🔥

Tajuk:
Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh Berkata
🇵🇸(قال القائد إسماعيل)🇵🇸
Artis: Wa3edband
Terjemahan: Ibrahim Azran

🎵🎶
قال القائد إسماعيل
هذا النهج ولا تبديل
لو خضعت كل الدنيا
لن نعترف بإسرائيل
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh berkata
Ini jalan yang takkan bertukar ganti
Walau seluruh dunia tunduk
Kami takkan sekali-kali iktiraf Israel!

🎵🎶

Disediakan oleh
Unit Media GSPP

Sebarkan video ini kepada semua.
t.me/gsppmalaysia

#SebarkanKemenangan
#AkhiriPenjajahan

Cinta Baitul Maqdis [CBM]

31 Jul, 07:43


"Wahai baris terdepan ini baris belakang,
"Mati 100 nafas, 100 lagi datang.."
Fetya, Taufan al-Aqsa.

Kesyahidan Shaykh Ismail Haniyah di Tehran bukanlah penamat kepada perjuangan pergerakan penentangan di bumi Gaza.

Sejarah penentangan telah menyaksikan pemergian para pemimpin besar gerakan. Kerana gerakan tidak berkiblatkan sosok pemimpin, tetapi berkiblatkan asas perjuangan dan akidah yang luhur.

Bukan intima' syakhsi, tapi intima' jamaie.

Berehatlah duhai pemikir dan pencatur gerakan umat. Tugasmu telah selesai di dunia. Mata rantai perjuangan akan menyambung jalan yang telah kalian rintis selama ini.

Pada akhirnya, pembebasan Gaza itu pasti!

Cinta Baitul Maqdis [CBM]

31 Jul, 07:41


Belasungkawa akan kehidupan kami.

Pagi ini mendung hingga ke zuhur.
Dalam nyaman udara aku tidak bahagia.
Apakah demamku belum kebah?
Apakah sarafku masih tersepit?
Padahal sudah seperti katak aku berzikir mahukan hujan.

Rupanya mendung ini menutup luka buana.
Akan syahidnya qaed yang pernah berkata..
Kami takkan mengiktiraf Israel.
Allah yang telah mengirimnya mendidiknya menguatkannya dan kepada Allah jualah dia kembali.
Sedih ini bukan kerana ragu.
Duka ini bukan kerana bimbang.
Nestapa ini bukan kerana takut.
Tetapi ia hadir tanpa dijemput.
Berhiba duka dalam solat jenazah ghaib.
Mengalir air mata dalam doa yang dititip.

Tetapi hati ini semakin yakin.
Apabila Ruh semahal ini telah diambil maka
Kemenangan dan kemajuan perjuangan ini takkan dapat dibendung lagi.
Garislah berapa biru pun dibendera kalian ia pastikan hitam diwarnai abu kanvasnya.
Apalah sangat yang kami mahu sedihkan lagi sudah 39 ribu nyawa suci kami kehilangan.
Hanya ditambah dua yang besar pangkatnya tidak menjadikan kamu berjaya melainkan membuktikan kebaculan dirimu.

Sepatutnya kamu berasa takut kerana telah menjemput murka seluruh buana.
Temasya di Paris terjaminkah wujudmu?
Oh aku lupa. Jika dunia sudah engkau genggam erat.
Masakan mereka betah menjemputmu bersaing jika bukan telah kau tawan ruhani mereka.
Jika dengan ancaman Tuhan pun kau aman.
Siapalah aku seorang penduka dan pendurja, mahu mengancam.

Maafkan aku pengantin tuan panglima.
Tercemar pula belasungkawa ini dengan dialog pada mereka.
Berbahagialah dikau bersama teman teman di alam tinggi.
Jika masih ada doamu di sana, kirimkanlah yang terbaik untuk kami.

Kita belum pernah bersua, tetapi kasihku padamu sangat aneh.
Sebak khabar itu masih ngilu di benak hati.
Syahid itu cita cita yang hanya dicapai dengan usaha yang ikhlas dan istiqamah.

Salam ke atas syuhada mulia.

Yang terus berharap
siddiq.osman
31/7/2024

Cinta Baitul Maqdis [CBM]

31 Jul, 03:39


Kor Pengawal Revolusi Iran mengumumkan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh gugur dalam serangan Israel di Tehran, Iran

Beliau gugur bersama seorang lagi anggota keselamatannya

Cinta Baitul Maqdis [CBM]

27 Jul, 12:50


Mencari kesedaran, mengapa Palestin di hati kita. Mengapa ia sepatutnya di hati kita?

Al-Aqsa Mendambakanmu!

Mari bersama komuniti Nahmil Aqsa dalam membincangkan topik-topik Palestin dan realitinya.

Jumpa malam ini, (Sabtu) jam 9:30 nanti!

https://us02web.zoom.us/j/81720982953?pwd=GAOPi5fMI6d94XwjNyC7JwORjL8hjZ.1

Cinta Baitul Maqdis [CBM]

01 Jun, 13:43


LIVE NOW!

Generasi Pembebas Al-Aqsa. Bagaimana ikut serta?

Jom join Siri Nahmil Aqsa MALAM INI,

SABTU
1 Jun 2024
9:00 Malam

Daftar dan join malam ni👇🏻

Link zoom📌
https://us02web.zoom.us/meeting/register/tZAtdu6qrzsoHdRoUn8FiS0eyKIQDZRnTiHX

Cinta Baitul Maqdis [CBM]

01 Jun, 03:14


Kenapa sudah lapan bulan serangan ke atas Gaza masih berlaku?

Bilakah ini akan berakhir ?

Pembunuhan demi pembunuhan berlaku di hadapan kita.

Apakah cukup kita berkata kasihan ?

Jom join Siri Nahmil Aqsa MALAM INI,

SABTU
1 Jun 2024
9:00 Malam

Daftar dan join malam ni👇🏻

Link zoom📌
https://us02web.zoom.us/meeting/register/tZAtdu6qrzsoHdRoUn8FiS0eyKIQDZRnTiHX