Serantau Muslim @serantaumuslim Channel on Telegram

Serantau Muslim

@serantaumuslim


Laman telegram rasmi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim

MAYBANK : 5641 0042 1083 (Serantau Muslim)
FACEBOOK : Serantau Muslim
IG : @serantaumuslim
No. Tel : 03-84081789

Serantau Muslim (Malay)

Selamat datang ke dunia Serantau Muslim! Channel Telegram rasmi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim yang bertujuan untuk menyebarkan kebaikan dan kebajikan kepada masyarakat. Dengan lebih 10,000 ahli, kami berusaha untuk membantu yang memerlukan bantuan dan sokongan dalam pelbagai bidang.

Siapakah Serantau Muslim? Kami adalah sebuah pertubuhan kebajikan yang aktif dalam memberi sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Melalui pelbagai program dan aktiviti, kami berusaha untuk memberi impak positif kepada masyarakat sekitar.

Apa yang boleh anda harapkan dari channel kami? Dari maklumat terkini mengenai program kebajikan kami, sehingga ke cerita kejayaan mereka yang telah mendapat bantuan dari kami, anda pasti akan terinspirasi dengan segala usaha yang telah kami lakukan. Kami juga berkongsi maklumat mengenai cara untuk menyokong misi kebajikan kami melalui platform seperti Maybank dan media sosial kami seperti Facebook dan Instagram.

Sertai kami di Serantau Muslim dan bersama-sama kita berikan lebih kebaikan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan. Ikuti kami di Telegram untuk maklumat terkini dan cara untuk turut serta dalam misi kebajikan kami!

Serantau Muslim

12 Feb, 07:53


PERTEMUAN STRATEGIK SERANTAU MUSLIM & HARD PERKASA BANTUAN PELARIAN PALESTIN DI LEBANON

Serantau Muslim dan Human Association for Relief and Development (HARD) bertemu di pejabat Serantau Muslim pada 11 Februari 2025 bagi membincangkan kerjasama strategik untuk membantu pelarian Palestin di Lebanon.

Pertemuan ini memberi fokus kepada usaha meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan sosial saudara-saudari kita di Palestin. Bersama-sama kita mengukuhkan semangat ukhuwah dan memastikan mereka mendapat sokongan yang diperlukan untuk bangkit semula.

Semoga kerjasama ini membawa manfaat kepada ummah, InsyaAllah.

#BantuPalestin #SerantauMuslim #HARD

Serantau Muslim

12 Feb, 07:47


๐Ÿ๐Ÿ– ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐Š๐„ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐ŸŒ™

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sama seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangkan pahala orang yang berpuasa tersebut." (At-Tirmidzi)

Alhamdulillah! Sungguh besar ganjaran yang Allah SWT janjikan kepada sesiapa yang memberi makanan untuk berbuka puasa. Ramadan semakin dekat, mari kita bersiap sedia untuk menghulurkan bantuan dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Semoga kita semua diberi peluang untuk bertemu Ramadan kali ini dan dapat mengisi masa dengan amalan yang diberkati.

Layari : www.tajaberbuka.com

#CountdownRamadan #1446H #SerantauMuslim

Serantau Muslim

11 Feb, 04:39


๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ญ๐—œ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—›๐—™๐— 

Alhamdulillah, Program Ziarah Amal Menjelang Ramadan 2025 anjuran Serantau Muslim bersama Kedahfm telah berlangsung di Lobi Jabatan Penyiaran Kedahfm, Kedah pada 10 Februari 2025.

Sumbangan berbentuk keperluan asas seperti beras, tepung, minyak masak, bihun dan pelbagai barangan keperluan dapur yang lain telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor, Pengerusi Serantau Muslim kepada para penerima manfaat. Semoga sumbangan ini dapat membantu mereka dalam persiapan menyambut Ramadan yang bakal tiba.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga Allah SWT membalas kebaikan semua dengan ganjaran yang berlipat ganda.

#SerantauMuslim #KedahFM #ZiarahAmal #RamadanKareem

Serantau Muslim

11 Feb, 03:56


๐Ÿ๐Ÿ— ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐Š๐€๐‹ ๐“๐ˆ๐๐€ ๐ŸŒ™๐Ÿ•Œ

Dari Sahl bin Sa'ad RA, Nabi SAW bersabda: "Di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan Ar-Rayyan, yang akan dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak akan masuk bersamanya seorang pun selain mereka." (Sahih Bukhari)

Pintu Ar-Rayyan merupakan ganjaran istimewa yang Allah SWT sediakan khas untuk orang yang berpuasa. Marilah kita persiapkan diri dengan sebaik-baiknya untuk menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini agar dapat meraih keutamaan pintu Ar-Rayyan di akhirat kelak.

#CountdownRamadan #1446H #SerantauMuslim

Serantau Muslim

08 Feb, 08:26


MESYUARAT ANTARA SERANTAU MUSLIM DAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI MELAKA UNTUK PROGRAM CAKNA KOMUNITI

Mesyuarat antara Serantau Muslim dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka diadakan pada 7 Februari 2025 di Pejabat JKMN Melaka.

Serantau Muslim diwakili oleh Cik Norsyahirah binti Umar (Penolong Pengurus Besar), Cik Nurfarahin binti Ahmad Osman (Pengurus Projek), dan Cik Iskandar bin Hamdan (Pegawai Eksekutif Projek). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs Puan Halyjah binti Muhamad (Pengarah JKMN Melaka).

Perbincangan bertujuan menyelaras gerak kerja Program Cakna Komuniti sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) DUN Pengkalan Batu. Serantau Muslim bertindak sebagai rakan strategik JKMN Melaka bagi memastikan program kebajikan ini memberi manfaat kepada masyarakat di Melaka.

#JKMN #CaknaKomuniti #SerantauMuslim

Serantau Muslim

06 Feb, 03:43


๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐Š๐€๐‹ ๐“๐ˆ๐๐€ ๐ŸŒ™๐Ÿ•Œ

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : "Apabila datang bulan Ramadan, dibuka pintu - pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan - syaitan dibelenggu" (Sahih Bukhari)

Semoga Allah memberikan kesempatan untuk kita bertemu bulan Ramadan tahun ini.

Aamiin Ya Mujib ๐Ÿคฒ๐Ÿป

#CountdownRamadan #SerantauMuslim #1446H

Serantau Muslim

05 Feb, 02:51


๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐Š๐€๐‹ ๐“๐ˆ๐๐€ ๐ŸŒ™๐Ÿ•Œ

Kurang dari sebulan lagi kita bakal bertemu bulan yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam, persiapkan hati dan diri untuk menyambut tetamu mulia ini.

Semoga Ramadan tahun ini menjadi wasilah untuk kita perbaiki diri menjadi individu Muslim yang lebih baik.

Jangan lupa sentiasa selitkan doa buat saudara-saudara kita di bumi Palestin ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

#CountdownRamadan #SerantauMuslim

Serantau Muslim

05 Feb, 01:17


Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara pihak JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah) dan Serantau Muslim telah berlangsung dengan jayanya.

Majlis yang diketuai oleh YBhg. Datuk Jumain Abd. Ghani, Pengarah JHEAINS bersama Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor, Pengerusi Serantau Muslim turut meraikan penyampaian sumbangan kepada 10 penerima asnaf.

#JHEAINS #SerantauMuslim

Serantau Muslim

31 Jan, 04:57


๐— ๐—ผ๐—จ ๐——๐—œ๐— ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›

Alhamdulillah, satu lagi langkah besar diambil, Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim telah berlangsung dengan jayanya.

Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara kedua-dua pihak serta memfokuskan usaha membantu masyarakat Sabah yang memerlukan. Dengan sokongan semua, insyaAllah lebih banyak inisiatif kebajikan dapat direalisasikan demi kesejahteraan ummah.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan usaha ini. Semoga kerjasama ini diberkati dan memberi manfaat kepada lebih ramai penerima.

#KerjasamaKebajikan #MOUJHEAINSxSerantauMuslim #BantuMasyarakatSabah

Serantau Muslim

31 Jan, 04:02


๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—˜๐—ž ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก

Alhamdulillah, pada 26 Januari 2025, serahan 100 pek bantuan makanan asas telah berjaya disampaikan kepada penerima manfaat di Masjid Nurul Iman, Tambunan.

Program ini turut dihadiri oleh Datuk Jumain Bin Abdul Ghani (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, JHEAINS) dan Haji Idzham Hadi bin Sidik (Koordinator Projek Serantau Muslim), yang bersama-sama menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Bantuan ini diusahakan bagi meringankan beban keluarga yang memerlukan dengan sokongan daripada para penyumbang yang prihatin.

Semoga usaha ini membawa keberkatan dan memberi manfaat kepada semua.

Terima kasih kepada semua yang terlibat! Moga Allah membalas dengan kebaikan yang berlipat ganda.

#BantuanSabah #MasjidNurulIman #KamiPrihatin

Serantau Muslim

20 Jan, 08:40


๐€๐†๐ˆ๐‡๐€๐ ๐’๐„๐“ ๐๐€๐Š๐€๐ˆ๐€๐ ๐Œ๐”๐’๐ˆ๐Œ ๐’๐„๐‰๐”๐Š ๐’๐˜๐‘๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Alhamdulillah, program agihan set pakaian musim sejuk telah berjaya dilaksanakan di Bekaa, Lubnan pada 30 Disember 2024. Program ini telah memberi manfaat kepada keluarga yang terkesan dengan kesukaran musim sejuk.

๐Ÿงฅ Setiap keluarga menerima set pakaian yang mengandungi:

๐ŸงฃJaket musim sejuk
๐ŸงฃSeluar panjang
๐ŸงฃStoking tebal
๐ŸงฃSarung tangan
๐ŸงฃTopi musim sejuk
๐ŸงฃSelendang/scarf
๐ŸงฃKasut musim sejuk

Keutamaan diberikan kepada keluarga dengan anak kecil, warga emas, dan ibu tunggal.

Semoga bantuan ini dapat membantu meringankan beban saudara-saudari kita di Lubnan.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan di :
www.untukmusyria.com

#BantuanMusimSejukSyria #WinterSyria #SerantauMuslim

Serantau Muslim

20 Jan, 08:00


Ketua bantuan PBB, Tom Fletcher melaporkan bahawa lebih 630 trak bantuan kemanusiaan telah memasuki Semenanjung Gaza pada hari Ahad, dengan sekurang-kurangnya 300 trak menuju ke kawasan utara yang dikepung dan dibom.

Walau bagaimanapun, Ketua Setiausaha Agung PBB mengingatkan bahawa situasi masih genting dan usaha bantuan tidak boleh dilengahkan. Fletcher menegaskan melalui media sosial: "Selepas 15 bulan peperangan berterusan, keperluan kemanusiaan amat mendesak."

[Sumber: Al-Jazeera]

Serantau Muslim

20 Jan, 07:51


Antara tahanan palestine yang dibebaskan

Serantau Muslim

20 Jan, 07:38


Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza meraikan sekian lamanya menunggu untuk gencatan senjata dan telah mengakhiri penderitaan selama 14 bulan serangan Isr4el ke atas penempatan Palestin di Gaza yang membunuh lebih 40,000 orang.

Alhamdulillah, terima kasih Allah

Sumber: Middle East eye

#TaufanAlAqsa #Palestine

Serantau Muslim

09 Jan, 07:53


SYRIA WINTER MISSION 2024
.
Agihan sumbangan bagi misi bantuan musim sejuk Syria diteruskan oleh wakil Serantau Muslim.
.
Terbaru agihan berbentuk alat pemanas dan arang telah diagihkan kepada penduduk di kem pelarian di Syria. Seramai 503 keluarga mendapat manfaat daripada bantuan ini.
.
Sebanyak 4 kem yang mendapat manfaat antaranya Kem Retko, Kem Al-Abyad, Kem Nadi Al Forosiyah, Kem Mahel dan di Idlib serta Manbij, Aleppo.
.
Sumbangan ini adalah hasil daripada sumbangan Tuan/Puan bagi membantu saudara kita disana menghadapi musim sejuk.
.
Terus ikuti laman sosial rasmi Serantau Muslim bagi mengikuti perkembangan terkini agihan dan sumbangan yang disampaikan.
.
Anda masih boleh menyumbang dengan layari www.untukmusyria.com
.
#WinterSyria2025 #AlatPemanas #WinterSyria #SerantauMuslim

Serantau Muslim

09 Jan, 03:21


KUNJUNGAN HORMAT AWQAF AFRIKA KE PEJABAT SERANTAU MUSLIM
.
Alhamdulillah, semalam 8 Januari 2025, Serantau Muslim telah menerima kunjungan hormat daripada Awqaf Africa.
.
Pertemuan ini membincangkan usaha-usaha kebajikan dan kemanusiaan yang sedang dan akan dilaksanakan bagi membantu saudara-saudara Muslim di benua Afrika.
.
Semoga pertemuan ini membuka lebih banyak ruang kerjasama dalam memperkasakan agenda kebajikan ummah di peringkat antarabangsa.
.
#SerantauMuslim #AwqafAfrica #KebajikanUmmah #BantuanKemanusiaan #Africa

Serantau Muslim

09 Jan, 02:29


SYRIA WINTER MISSION 2024
.
Alhamdulillah, bantuan minyak diesel telah sampai kepada pelarian Syria yang sedang bergelut dengan musim sejuk!
.
Setiap botol minyak yang diagihkan membawa kehangatan kepada keluarga yang terkesan dalam suhu yang mencengkam. ๐Ÿ™
.
Bayangkan kehidupan mereka, tidur dalam khemah yang sejuk menggigil, kanak-kanak memeluk satu sama lain mencari kehangatan, warga emas yang sakit-sakit tulang kerana kesejukan.
.
Kini dengan adanya minyak diesel ini, mereka boleh menghidupkan pemanas untuk mendapatkan kehangatan yang amat diperlukan.
.
Jom sama-sama kita bantu hangatkan Syria! Layari www.untukmusyria.com
.
#WinterSyria #BantuanMusimSejukSyria #SerantauMuslim

Serantau Muslim

04 Dec, 11:10


SERANTAU MUSLIM TERUS AKTIF BANTU MANGSA BANJIR SELURUH NEGARA

Di saat beberapa negeri di Malaysia dilanda banjir, Serantau Muslim menggerakkan misi bantuan ke seluruh negara. Terkini, bantuan difokuskan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Melaka - PPS Parit Penghulu dan PPS Lanchang.

Tim Serantau Muslim yang diketuai oleh Pengerusi, Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Hakim Mohd Nor telah turun padang mengagihkan kit mencuci kepada 50 keluarga yang terjejas. Ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Serantau Muslim membantu saudara seiman kita di mana jua.

Terus doakan usaha kami membantu mangsa banjir di seluruh negara. Bersama-sama kita ringankan beban mereka yang memerlukan.

#BanjirMelaka #Banjir2024 #BantuanBanjir

Serantau Muslim

04 Dec, 08:16


SERANTAU MUSLIM GIAT BANTU MANGSA BANJIR KELANTAN, HANTAR TRIP KEDUA

Serantau Muslim terus komited membantu saudara yang diuji banjir dengan menggerakkan trip kedua Misi Bantuan Kecemasan ke Kelantan. Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Tokoh Motivasi Negara merangkap Duta Rasmi Serantau Muslim, Dato' Dr Fadzilah Kamsah.

Turut memberikan sokongan adalah Duta-Duta Rasmi Serantau Muslim, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dan Ustaz Syaari Ab Rahman. Misi kali ini membawa pelbagai bentuk bantuan asas untuk mangsa-mangsa yang terkesan.

Doakan perjalanan selamat buat semua sukarelawan yang terlibat. Bersama-sama kita ringankan beban mereka yang memerlukan.

#SerantauMuslim #BantuanKecemasan

Serantau Muslim

04 Dec, 08:03


Serantau Muslim giatkan bantuan kepada mangsa banjir, hantar trip kedua ke Kelantan

Mohon doa agar ahli misi selamat sampai, agihkan bantuan hasil sumbangan anda.

#BantuanKecemasan #BantuanBanjir #Banjir2024

Serantau Muslim

04 Dec, 02:16


Rangkuman Misi Kemanusiaan Serantau Muslim di Rantau Panjang pada 3 Disember 2024 dengan kerjasama APM Malaysia.

Lihatlah senyuman kegembiraan di wajah para penerima, bukti bahawa setiap sumbangan daripada anda benar-benar bermakna. Terima kasih kepada para penderma, APM Malaysia, skuad 4x4 PBS Amateur, dan SKRMTJ yang bersama-sama menjayakan misi ini.

Misi belum berakhir, bantuan akan terus diagihkan demi meringankan beban mereka yang memerlukan.

#BanjirKelantan #Banjir2024 #BantuanBanjir

Serantau Muslim

04 Dec, 01:15


Bekalan terputus tidak mematahkan semangat kami untuk hadir membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukan. Senyuman di wajah para penerima menggambarkan betapa bermaknanya sumbangan yang telah anda hulurkan.

Terima kasih kepada para penderma, APM Malaysia, skuad 4x4 PBS Amateur, dan SKRMTJ atas kerjasama dalam menjayakan misi ini. Misi belum berakhir, bantuan akan terus diagihkan kepada mereka yang terjejas. Bersama, kita terus membantu!

#BanjirKelantan #Banjir2024 #BantuanBanjir

Serantau Muslim

03 Dec, 04:52


Dua hari yang mengukuhkan semangat perjuangan. Jaringan bantuan kemanusiaan diperluas merentasi sempadan negara dan kepercayaan. Bukti nyata - perjuangan Palestin bukan milik satu bangsa atau agama.

Di podium dan dewan, satu mesej bergema: Tindakan bersepadu harus bermula sekarang. Perjuangan Palestin tidak akan terhenti di Istanbul, tidak akan berakhir dengan summit.

Ini bukan pengakhiran, tapi permulaan gerakan lebih besar. Dengan semangat kesatuan yang diperbaharui, kita bangkit bersama.

Serantau Muslim

03 Dec, 03:50


PERTEMUAN SERANTAU MUSLIM & AL-KHAIR FOUNDATION

Di Istanbul, dua organisasi kukuh membina jambatan kerjasama. Serantau Muslim bersama Pengerusi Al-Khair Foundation, Shaikh Imam Qasim Rashid Ahmad merancang program bantuan kemanusiaan Asia yang lebih berimpak.

Persaudaraan Rentas Sempadan.

Serantau Muslim

03 Dec, 02:49


Delegasi Serantau Muslim selamat sampai di Malaysia selepas menghadiri World Humanitarian Summit di Istanbul.

Pengerusi Serantau Muslim, Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Hakim Mohd Nor sempat bertemu tim Misi Kemanusiaan Kecemasan Banjir yang dalam perjalanan bergerak ke Rantau Panjang, Kelantan.

Ustaz Hakim memberikan titipan semangat dan nasihat kepada semua misi. Alhamdulillah tim telah pun selamat sampai ke Kelantan untuk menggerakkan bantuan.

#BanjirKelantan #BantuanBanjir #Banjir2024

Serantau Muslim

02 Dec, 07:49


Kerjasama Serantau Muslim bersama Angkatan Pertahanan Awam Melaka dalam Misi Bantuan Bencana Banjir di Kelantan.

InshaAllah, pasukan kami kini dalam perjalanan ke Kelantan untuk menyampaikan bantuan berupa keperluan asas, termasuk kit kebersihan, kepada mangsa-mangsa banjir.

Semoga usaha ini dipermudahkan oleh-Nya dan dapat membantu meringankan beban mereka yang sedang diuji.

Serantau Muslim

02 Dec, 07:49


๐—™๐—Ÿ๐—”๐—š ๐—ข๐—™๐—™ ๐— ๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—” ๐—•๐—”๐—ก๐—๐—œ๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐—ž๐—˜ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก

YS Lt. Kol. (PA) Kamarulsyah bin Muslim, Pengarah APM Negeri Melaka, telah merasmikan pelepasan Misi Bantuan Bencana Banjir Kelantan anjuran Serantau Muslim bersama Angkatan Pertahanan Awam.

Semoga segala urusan misi ini dipermudahkan dan bantuan dapat disampaikan dengan selamat kepada mangsa-mangsa banjir yang memerlukan.

Anda juga boleh bersama-sama kami membantu misi ini dengan menyumbang melalui pautan berikut: bantuankecemasan.com

#BanjirKelantan #Banjir2024 #BantuanBanjir

Serantau Muslim

02 Dec, 07:47


MISI BANTUAN KECEMASAN BANJIR KELANTAN

Hari ini, 2 Disember 2024, pasukan kami sedang dalam perjalanan ke Rantau Panjang, Kelantan, untuk menyampaikan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir.

Kami memerlukan sokongan anda untuk memastikan bantuan ini sampai kepada mereka yang memerlukan. Hulurkan sumbangan anda di bantuankecemasan.com

#BanjirKelantan #MisiKemanusiaan #SerantauMuslim

Serantau Muslim

02 Dec, 01:36


Nak lagi mudah, scan qr ini dan isi rujukan (Banjir 2024)

Serantau Muslim

02 Dec, 01:33


๐Ÿšจ TABUNG MISI BANTUAN MANGSA BANJIR ๐Ÿšจ

Nak bantu mangsa banjir khususnya di Pantai Timur ?

Ayuh bantu kami untuk membantu mangsa banjir dengan salurkan sumbangan anda melalui akaun rasmi Serantau Muslim

Maybank : 5641 0042 1083
Rujukan : Banjir 2024

Atau terus ke laman web rasmi Bantuan Kecemasan di link ini :

bantuankecemasan.com
bantuankecemasan.com

InshaaAllah, team kami akan turun ke kawasan yang terjejas untuk salurkan bantuan anda dalam masa terdekat ini.

#BanjirPantaiTimur #Banjir2024 #BantuMangsaBanjir

Serantau Muslim

01 Dec, 06:22


Roundtable Discussion sempena Global Muslim Summit 2024 semalam membawa persoalan besar - sudah terlalu lama kita berkisar dalam lingkaran summit dan perbincangan. Apa yang Palestin perlukan hari ini adalah tindakan konkrit, bukan sekadar resolusi atas kertas.

Realiti yang perlu diterima: kita terlalu selesa dengan tradisi 'bincang hari ini, tunggu summit akan datang'. Sementara kita sibuk bersuara dalam dewan-dewan yang selesa, Palestin terus menanti tindakan nyata dari kita.

Masa untuk keluar dari kepompong selesa ini. Masa untuk pastikan setiap perbincangan ada kesinambungan. Masa untuk buktikan solidariti kita lebih dari sekadar hashtag dan resolusi.

#palestine #gaza #whs4gaza #serantaumuslim

Serantau Muslim

30 Nov, 12:21


PERTEMUAN SERANTAU MUSLIM DENGAN AL-KHAIR FOUNDATION RANCANG KERJASAMA PROGRAM RANTAU ASIA

Serantau Muslim telah mengadakan pertemuan bermakna bersama Pengerusi Al-Khair Foundation, Shaikh Imam Qasim Rashid Ahmadsempena World Humanitarian Summit: Gaza The Day After di Istanbul, Turkiye.

Al-Khair Foundation terkenal sebagai pemain utama dalam arena bantuan kemanusiaan global, dengan rangkaian dan impak yang meluas di seluruh dunia. Pertemuan yang diketuai oleh Pengerusi Serantau Muslim, Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Hakim Mohd Nor dan Setiausaha, Muhammad Faeez bin Azahar ini telah membincangkan potensi kerjasama strategik, khususnya dalam memperkasakan misi bantuan kemanusiaan di rantau Asia.

Sesi perkongsian ini telah membuka lembaran baharu untuk kedua-dua organisasi dalam merealisasikan agenda bantuan kemanusiaan yang lebih berimpak tinggi. Serantau Muslim optimis dengan prospek kerjasama ini dalam membawa perubahan bermakna kepada mereka yang memerlukan.

"Persaudaraan Rentas Sempadan"

Serantau Muslim

12 Nov, 07:30


๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—ญ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—”

๐Ÿ“ Pejabat Zakat Melaka

12 November 2024

Alhamdulillah, pertemuan strategik yang bermakna antara Serantau Muslim dan Zakat Melaka telah membuka lembaran baru dalam usaha membantu ummah! ๐Ÿค

Fokus utama:
โœจ Meningkatkan kutipan zakat
โœจ Memperkenalkan sistem wakalah
โœจ Memperkasa sistem pengurusan zakat

Terima kasih kepada YBrs. Datuk Mohamad Azmi Bin Haji Sabtu (Ketua Pegawai Eksekutif) dan En. Noorzakry Bin Nor Jamal (Pengarah Bahagian Operasi) atas kesudian menerima kunjungan kami! ๐Ÿ™

Mari sama-sama kita:
๐Ÿ“Œ Tingkatkan kesedaran berzakat
๐Ÿ“Œ Bangunkan ummah bersama
๐Ÿ“Œ Perkasakan amanah

Bersama Serantau Muslim & Zakat Melaka, kita bangun ummah, perkasa amanah! ๐Ÿ’ช

#SerantauMuslim #ZakatMelaka #KerjasamaStrategik

Serantau Muslim

12 Nov, 07:15


Sedihnya...

Seorang kanak-kanak Palestin dengan 'Sindrom Down' menangis kesedihan selepas salah seorang ahli keluarganya terbunuh dalam serangan udara tentera pengganas Israel di Gaza.

#TaufanAlAqsa #IsraelBacul #SaveGaza

Serantau Muslim

12 Nov, 07:12


Kucing pun tidak terkecuali menjadi mangsa di Gaza...

#TaufanAlAqsa #IsraelBacul #SaveGaza

Serantau Muslim

12 Nov, 07:09


Seorang kanak-kanak terbunuh akibat pengeboman zionis di sebuah rumah di Bandar Gaza

#TaufanAlAqsa #IsraelBacul #SaveGaza

Serantau Muslim

12 Nov, 06:23


KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN KEBAJIKAN SERANTAU MUSLIM (SERANTAU MUSLIM)

11 November 2024

UCAPAN PM MALAYSIA DI RIYADH MENCERMINKAN SUARA UMMAH GLOBAL

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) menyokong penuh pendirian tegas yang disuarakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam di Riyadh hari ini.

Ucapan beliau yang berani mencerminkan suara sebenar ummah Islam global yang sudah terlalu lama menyaksikan kezaliman berterusan Israel terhadap rakyat Palestin. Seruan Malaysia untuk mengenakan embargo senjata dan kemungkinan pengusiran Israel dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah langkah yang wajar dan perlu disokong semua pihak.

Seperti yang ditekankan oleh YAB PM, tindakan Israel yang mensasarkan UNRWA adalah cubaan secara langsung untuk melumpuhkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza. Ini bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa tetapi juga prinsip asas kemanusiaan.

Lebih membimbangkan, serangan Israel turut mensasarkan pasukan pengaman PBB di Lubnan yang terdiri daripada hampir 50 negara, termasuk Malaysia. Tindakan mengganas ini jelas menunjukkan Israel tidak menghormati kedaulatan antarabangsa dan sanggup menyerang pasukan pengaman yang bertugas di bawah mandat PBB.

Serantau Muslim menyeru seluruh masyarakat antarabangsa untuk:

1. Menyokong cadangan embargo senjata terhadap Israel
2. Mempertimbangkan pengusiran Israel dari PBB
3. Mempertingkatkan usaha bantuan kemanusiaan ke Gaza
4. Mendesak hentian segera serangan ke atas rakyat Palestin
5. Mengukuhkan kerjasama antara negara-negara Islam dalam membela nasib Palestin

Kita perlu bertindak sekarang. Seperti kata YAB PM, "Kita mesti menarik garis di pasir, bukan sahaja sebagai umat Islam tetapi sebagai sesama manusia." Kemanusiaan tidak boleh terus berdiam diri.

"Persaudaraan Rentas Sempadan"

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
Setiausaha Serantau Muslim

Serantau Muslim

12 Nov, 06:15


๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—ญ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—” ๐—๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž

Alhamdulillah, satu pertemuan strategik antara Serantau Muslim (SM) dan Zakat Melaka telah berlangsung pada 12 November 2024 di Pejabat Zakat Melaka. Pertemuan ini memfokuskan kepada usaha meningkatkan kutipan zakat dan penjelasan mengenai konsep wakalah untuk pengurusan zakat yang lebih telus dan efisien.

Wakil dari Zakat Melaka diketuai oleh En. Noorzakry Bin Nor Jamal (Pengarah Bahagian Operasi) mewakili YBrs. Datuk Mohamad Azmi Bin Haji Sabtu (Ketua Pegawai Eksekutif).

Delegasi Serantau Muslim pula dihadiri oleh:

โ–ถ๏ธ Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Mohd Hakim Bin Haji Mohd Nor (Pengerusi)
โ–ถ๏ธ Muhammad Faeez Azahar (Setiausaha)
โ–ถ๏ธ Nor Syahirah Umar (Penolong Pengurus Kanan)
โ–ถ๏ธ Puan Norizan Mohamed (Pengurus Perhubungan Dana Korporat)
โ–ถ๏ธ Muhammad Haziq Syazwan Muda (Pegawai Media)

Hasil perbincangan:

โœ… Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kewajipan berzakat
โœ… Memperkenalkan konsep wakalah untuk pengurusan zakat yang lebih terarah
โœ… Merancang program kesedaran awam dan kempen zakat berterusan
โœ… Memastikan bantuan sampai kepada asnaf dengan lebih pantas dan efisien

"Bersama Membangun Ummah, Memperkasa Amanah"

#SerantauMuslim #ZakatMelaka #KerjasamaStrategik

Serantau Muslim

12 Nov, 03:53


๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—• ๐—›๐—˜๐—Ÿ๐— ๐—ฌ ๐—ก๐—ข๐—ข๐—ฅ ๐—”๐—•๐——๐—จ๐—Ÿ ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—  ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ ๐—”๐—ฆ๐—ก๐—”๐—™ ๐——๐—จ๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š

Alhamdulillah, pertemuan yang membawa harapan! โœจ

Projek Kembara Prihatin akan membantu:
๐Ÿ“ 100 keluarga asnaf
๐Ÿ“ Kawasan Duyong
๐Ÿ“ November 2024

Terima kasih YB Helmy Noor Abdul Halem, Timbalan EXCO Negeri Melaka merangkap ADUN Duyong atas kerjasama ini! ๐Ÿ™
.
.
.
#SerantauMuslim #DuyongPrihatin #BantuanAsnaf

Serantau Muslim

11 Nov, 09:16


๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—”๐—ฆ๐—ก๐—”๐—™ ๐——๐—จ๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ๐— 

Alhamdulillah, pertemuan bersama YB Helmy Noor Abdul Halem, Timbalan EXCO Negeri Melaka merangkap ADUN Duyong telah berlangsung pada Isnin, 11 November 2024 di Japerun Duyong.

Pertemuan ini membincangkan pelaksanaan Projek Kembara Prihatin yang bakal membantu 100 keluarga asnaf di kawasan Duyong pada bulan November ini, InshaAllah.

Hadir dalam perjumpaan ini ialah wakil-wakil Serantau Muslim yang diketuai oleh Pengerusi, Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Mohd Hakim Haji Mohd Nor, bersama Nurfarahin Ahmad Osman (Pengurus Projek) dan Iskandar Hamdan (Pegawai Eksekutif Projek).

Semoga kerjasama ini membuka peluang untuk membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.

"Berbakti Dengan Ikhlas, Membantu Dengan Prihatin"

#KembaraPrihatin #BantuanAsnaf #SerantauMuslim

Serantau Muslim

01 Nov, 03:54


๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”
๐’๐„๐Œ๐Ž๐†๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‡๐Œ๐€๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐Š๐€๐“๐ˆ ๐€๐‹๐‹๐€๐‡

Selamat Menyambut Hari Keputeraan Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tahun 2024.

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah
daripada seluruh warga Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim.

Daulat Tuanku.

Serantau Muslim

31 Oct, 04:04


๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—จ๐—  ๐——๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” (๐——๐—ฃ๐—”๐—ก) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ: ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—ฃ๐—  ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—š๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—›๐—จ ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”

Melaka, 30 Oktober 2024 โ€“ Dalam usaha memperkukuh daya tahan dan keselamatan negara, Simposium Dasar Pertahanan Awam Negara (DPAN) 2024 telah diadakan di Noble Resort Hotel, Bandar Hilir, Melaka, menghimpunkan pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), syarikat GLC, dan NGO seperti Serantau Muslim. Program empat hari yang berlangsung dari 27 hingga 30 Oktober ini menyaksikan perbincangan mendalam dan sesi brainstorming untuk mengukuhkan strategi pertahanan awam serta mempererat hubungan antara agensi dan komuniti setempat.

Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa tokoh penting, termasuk YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, dan YS PPj. (PA) Sharudin bin Md Zain, Pengarah Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelarasan IPPA. Selain mereka, seramai 65 peserta dari kalangan Pengarah APM Negeri, Komandan Pusat Latihan APM, pegawai kanan, wakil syarikat-syarikat GLC, serta komuniti setempat turut serta dalam simposium ini, yang memfokuskan kepada usaha memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi bencana.

Pengerusi Serantau Muslim, Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Mohd Hakim bin Haji Mohd Nor, turut hadir dengan membawa harapan besar untuk memperkukuh kerjasama antara NGO dan agensi kerajaan dalam menghadapi bencana alam. Dalam wawancara bersama media, beliau menyuarakan pentingnya kesiapsiagaan sebagai usaha bersama, melibatkan bukan sahaja kerajaan tetapi juga NGO dan masyarakat. โ€œKami di Serantau Muslim bersedia menyumbang tenaga dan kepakaran dalam membentuk komuniti yang lebih bersedia dan peka terhadap bencana,โ€ ujar beliau. โ€œKeselamatan rakyat adalah amanah besar, dan kami tidak akan berdiam diri dalam usaha mempertahankan rakyat serta harta benda mereka.โ€

Antara hasil utama simposium ini adalah cadangan penambahbaikan sistem amaran awal oleh APM untuk menghadapi ancaman monsun dan bencana alam. Sistem amaran ini diharapkan dapat memberikan notifikasi lebih cepat dan efisien kepada penduduk setempat, mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

Selain itu, hasil perbincangan turut membuka jalan ke arah kerjasama strategik yang lebih kukuh antara APM dan NGO seperti Serantau Muslim melalui perjanjian persefahaman yang sedang dirangka. Langkah ini bertujuan untuk memudahkan akses kepada sumber dan logistik dalam situasi kecemasan, memastikan bantuan dapat disalurkan dengan cepat dan berkesan di masa hadapan.

Dalam aspek pemberdayaan komuniti, satu modul latihan kesedaran bencana telah dicadangkan, khusus untuk mempertingkat kefahaman masyarakat terhadap langkah keselamatan. Ustaz Hakim yakin bahawa pendidikan adalah asas utama dalam membina masyarakat yang berdaya tahan. โ€œJika kita semua memahami peranan masing-masing, kita akan lebih kuat sebagai sebuah komuniti yang peka dan bersedia untuk melindungi diri dan keluarga kita,โ€ tambah beliau.

Simposium DPAN 2024 diakhiri dengan tekad dan harapan agar kerjasama erat yang terjalin ini akan membentuk sebuah Malaysia yang lebih selamat, bersatu, dan bersedia menghadapi sebarang cabaran alam sekitar di masa hadapan.

#APM #SerantauMuslim #DPAN2024

Serantau Muslim

30 Oct, 09:35


๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—ฅ๐—”๐—˜๐—Ÿ ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—จ๐—•๐—ก๐—”๐—ก

Serantau Muslim mengagihkan kit kebersihan kepada mangsa kekejaman di pusat perlindungan di Wilayah Bekaa, Timur Lubnan. Mereka terpaksa berlindung di sini kerana rumah mereka musnah akibat serangan berterusan. Mereka mengucapkan terima kasih kepada para dermawan yang murah hati dan Serantau Muslim atas sumbangan ini.

#PrayForLebanon #SaveLebanon #SerantauMuslim

Serantau Muslim

30 Oct, 09:11


๐—ž๐—˜๐— ๐—จ๐—ฆ๐—ก๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ ๐—”๐—ž๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก

Bandar Lubnan ini musnah akibat serangan daripada Israel. Melihat kehancuran ini, hati kita turut hancur bersama mereka yang menjadi mangsa kekejaman zionis laknatullah. Mari kita doakan keamanan dan keselamatan untuk semua yang terjejas.

#PrayForLebanon #SerantauMuslim

Serantau Muslim

30 Oct, 07:48


๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” ๐—œ๐—ก๐—œ ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ? - ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—ก๐—˜๐—ž ๐——๐—œ ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—ข๐—ก

15 hari dibom tanpa henti...
Peluru berpandu terus menghujani.
Api memusnahkan segala-galanya.
Jerit tangis bergema di mana-mana.

"Kami dah tak ada kekuatan...
Terpaksa tidur di atas batu.
Lumpur dan sampah jadi tilam.
Tenaga pun dah tiada.

Tiada permaidani untuk berbaring.
Tiada selimut hangatkan badan.
Bahan api pun dah habis.
Kami cuma nak tidur dengan tenang..."

Dengar, ini suara nenek yang dah letih.
Air mata mengalir bila cerita derita mereka.

"Ya Allah, kami berdoa...
Semoga semua ini cepat selesai.
Biar semua dapat balik ke rumah.
Hidup bahagia dengan family."

Jangan kita diam.
Mereka perlukan kita:
๐Ÿ“ฑ Sebarkan berita mereka
๐Ÿคฒ Doa berterusan
๐Ÿ’ Hulur bantuan segera

#SuaraDariLebanon #DoaUntukLebanon #SaveLebanon #SerantauMuslim

Serantau Muslim

30 Oct, 06:49


๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐Ÿฐ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก, ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ฌ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ง๐—œ๐—จ๐—ฃ ๐—Ÿ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ž ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ! โค๏ธ

Dulu, Maryam selalu sambut hari lahir dengan family dia. Sama-sama gelak ketawa, tiup lilin dan makan kek.

Tapi tahun ni berbeza... ๐Ÿ’”

Perang musnahkan segalanya. Rumah pun dah tiada. Sekarang, Maryam dan family terpaksa duduk di pusat perlindungan.

Tapi Serantau Muslim tak biar dia sedih!

Kami tetap buat Maryam gembira dengan sambut hari lahirnya. Tengok mata dia bersinar bila nampak kek dengan lilin! Walaupun dalam kesusahan, kita tunjuk yang kasih sayang masih ada.

Terima kasih semua yang tolong buat Maryam tersenyum. Dalam kesusahan, masih ada sinar bahagia. โค๏ธ

Harap Maryam dan budak-budak lain di sana terus kuat dan ceria.

#Lebanon #HariLahirMaryam #PrayForLebanon #SerantauMuslim

Serantau Muslim

29 Oct, 09:18


๐€๐ค๐š๐ฎ๐ง ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐š๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐’๐Œ '๐๐ข๐ค๐ฎ๐›๐ฎ๐ซ๐ค๐š๐ง' ๐š๐ค๐ข๐›๐š๐ญ ๐“๐š๐ฎ๐Ÿ๐š๐ง ๐€๐ฅ-๐€๐ช๐ฌ๐š

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pengikut yang dihormati,

Kami ingin memaklumkan bahawa akaun Instagram kami yang lama telah ditutup secara rasmi oleh pihak Instagram selepas hampir setahun digantung tidak bertali berikutan perkongsian berkaitan situasi semasa di Palestin.

Kami amat menghargai sokongan anda selama ini dan akan terus berkongsi maklumat bermanfaat dengan lebih โ€˜berhemahโ€™.

Terima kasih atas kesetiaan anda mengikuti kami sepanjang tempoh yang mencabar ini.

Mohon bantu sebarkan kepada rakan-rakan yang lain tentang akaun baharu ini.

InsyaAllah, kami akan terus memberikan perkhidmatan dan kandungan yang lebih baik untuk anda semua.

๐‘ฐ๐’Œ๐’–๐’•๐’Š ๐’‚๐’Œ๐’‚๐’–๐’ ๐’ƒ๐’‚๐’‰๐’‚๐’“๐’– ๐’Œ๐’‚๐’Ž๐’Š:
https://www.instagram.com/serantaumuslim_/

Serantau Muslim

29 Oct, 07:47


JAWATAN KOSONG โ€“ PEMANDU DAN PEMBANTU EKSEKUTIF

KEMASUKAN SEGERA

Syarat dan kelayakan:

โœ… LELAKI BUJANG

โœ… Berumur antara 18 - 35 tahun

โœ… Mempunyai lesen memandu yang sah dan rekod pemanduan yang bersih

โœ… Kemahiran komunikasi yang baik dan mampu bekerja secara sendirian dan berkumpulan

โœ… Boleh bekerja di luar kawasan

โœ… Mahir menggunakan laptop

Kelebihan menyertai kami:

โžก๏ธ Bekerja dalam keadaan yang selesa

โžก๏ธ Peluang untuk mengembangkan bakat dan kerjaya di dalam syarikat

โžก๏ธ Pasukan kami sangat menghargai mereka yang bekerja dalam pasukan

๐Ÿ“Œ Hantarkan resume anda ke:
Email: [email protected] WhatsApp: 017 5290101 (En. Haizat)

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Serantau Muslim

29 Oct, 07:11


Ustaz Mohd Hakim bin Haji Mohd Nor, Pengerusi Serantau Muslim, telah menyampaikan pengisian penting di International Islamic Education Fair (IIEF) yang berlangsung di Solo, Indonesia. Acara berprestij ini turut dihadiri oleh ahli panel dari Palestin, Yaman, Mesir, Indonesia, dan Jordan, yang sama-sama membincangkan pembangunan pendidikan Islam di kawasan-kawasan terjejas.

https://serantaumuslim.org.my/ngo-serantau-muslim-menjadi-jemputan-ke-multaqo-direktur-pesantren-iief-2024-solo/

Serantau Muslim

29 Oct, 07:10


Pengerusi Serantau Muslim, Ustaz Mohd Hakim Bin Haji Mohd Nor, telah menghadiri Program RTD Inkubator Asnaf: Integrasi Wakaf dan Zakat Dalam Memperkasakan Ummah yang dianjurkan bersama oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iWaqaf, dan We Care di Bangi Golf Resort. Program ini bertujuan untuk membincangkan pendekatan strategik dalam memastikan dana wakaf dan zakat dapat dimanfaatkan dengan lebih berkesan bagi membantu golongan asnaf.

https://serantaumuslim.org.my/pengerusi-serantau-muslim-ustaz-mohd-hakim-bin-haji-mohd-nor-hadir-ke-rtd-inkubator-asnaf-program-memperkasa-ekonomi-asnaf-melalui-integrasi-wakaf-dan-zakat/

Serantau Muslim

29 Oct, 07:10


Serantau Muslim (SM) telah mengadakan pertemuan dengan YB Anfal Shaari, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, di sebuah hotel di Shah Alam. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan pelbagai inisiatif kebajikan yang disasarkan kepada golongan pelarian dan asnaf di negeri Selangor.

https://serantaumuslim.org.my/serantau-muslim-adakan-pertemuan-bersama-yb-anfal-shaari-pengerusi-jawatankuasa-kesihatan-awam-perpaduan-wanita-dan-keluarga-selangor/

Serantau Muslim

29 Oct, 04:34


JAWATAN KOSONG โ€“ PEREKA GRAFIK

KEMASUKAN SEGERA


Syarat dan kelayakan:

โœ… LELAKI dan WANITA

โœ… Berdisiplin dan komited dalam melaksanakan tugasan

โœ… Kemahiran dalam Adobe Creative Suite (Photoshop, Illustrator, InDesign)

โœ… Kreatif, rajin dan bersedia untuk belajar perkara baharu seperti AI dan sebagainya

โœ… Sentiasa bersiap-siaga dan bersedia untuk tugasan luar waktu bekerja

Kelebihan menyertai kami:

โžก๏ธ Bekerja dalam keadaan yang selesa

โžก๏ธ Latihan dan bimbingan diberikan secara berterusan

โžก๏ธ Peluang untuk mengembangkan bakat dan kerjaya di dalam syarikat

โžก๏ธ Pasukan kami sangat menghargai mereka yang bekerja dalam pasukan

๐Ÿ“Œ Hantarkan resume anda ke:
Email: [email protected]
WhatsApp: 017 5290101 (En. Haizat)

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Serantau Muslim

28 Oct, 13:45


๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐’๐ž๐ซ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฎ ๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ฅ๐ข๐ฆ ๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐“๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ ๐จ๐ง๐  ๐“๐ฎ๐ง ๐‡๐š๐ฌ๐ฌ๐š๐ง ๐๐ข ๐’๐ข๐ง๐ ๐š๐ฉ๐ฎ๐ซ๐š

SINGAPURA: Pengerusi Serantau Muslim, Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Hakim Mohd Nor menerima Anugerah Temenggong Tun Hassan daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), TYT Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Majlis yang berlangsung di Hotel Furama City Centre, Singapura turut disaksikan mantan Presiden Singapura, Hajah Halimah Hasan dan Presiden Jamiyah Singapura, Datuk Dr Mohd Hasbi Abu Bakar.

Delegasi dari 16 negara termasuk Indonesia, Kemboja, Bosnia Herzegovina, United Kingdom, Sri Lanka, Australia, Timor Leste dan Thailand turut hadir menyaksikan penganugerahan ini.

Anugerah ini mengiktiraf sumbangan aktif beliau melalui Serantau Muslim dan sebagai Pengerusi Biro Prihatin DMDI dalam misi bantuan kemanusiaan. Serantau Muslim telah memainkan peranan signifikan dalam memberi kesedaran dalam isu Palestin serta sumbangan yang tidak pernah henti kepada saudara disana.

"Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih kepada TYT Tun atas penghargaan ini. Ia merupakan satu motivasi buat kami di Serantau Muslim dan Biro Prihatin DMDI untuk terus menggerakkan usaha bantuan kemanusiaan, bukan sahaja di Palestin tetapi di seluruh dunia.

Terima kasih kepada seluruh pasukan yang sentiasa bersama dalam perjuangan ini," kata Ustaz Hakim.

#SerantauMuslim #DMDI #Singapura #BantuanKemanusiaan #Palestin

Serantau Muslim

28 Oct, 06:16


๐’๐Œ ๐๐ข๐›๐ž๐ซ๐ข ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ค๐ญ๐ข๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ข ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐๐ข ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ๐ข๐œ ๐„๐๐ฎ ๐…๐š๐ข๐ซ (๐ˆ๐ˆ๐„๐…) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’, ๐’๐จ๐ฅ๐จ ๐ˆ๐ง๐๐จ๐ง๐ž๐ฌ๐ข๐š

Solo, Indonesia - Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Hakim Mohd Nor, Pengerusi Serantau Muslim, telah menyampaikan pengisian di International Islamic Education Fair (IIEF) 2024 di Solo. Program ini turut disertai panel dari Palestin, Yaman, Mesir, Indonesia dan Jordan bagi membincangkan pembangunan pendidikan Islam di kawasan terjejas.

Dalam sesi pengisiannya, Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Hakim menekankan kepentingan pendidikan menyeluruh berasaskan Al-Quran dan keperluan sokongan global untuk negara-negara Islam yang sedang menghadapi krisis.

Majlis turut menyaksikan pemeteraian MoU antara beliau dengan Ustaz Umarulfaruq Abubakar, Pengarah Forum Ma'ahid Quran Indonesia (FORMAQIN). Kerjasama strategik ini bertujuan memperkukuh pembangunan pendidikan khususnya dalam bidang pengajian Al-Quran dan latihan guru di Palestin, Yaman, Syria dan Indonesia.

IIEF Solo 2024 menjadi platform penting dalam usaha memperkasa pendidikan Islam dan membina jaringan kerjasama antarabangsa bagi meningkatkan mutu pendidikan di seluruh dunia.

#SerantauMuslim #IIEF2024 #FORMAQIN #PendidikanIslam #Solo #Indonesia

Serantau Muslim

25 Oct, 02:31


๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—œ๐— ๐—”, ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—ข

Alhamdulillah, Serantau Muslim baru sahaja mengakhiri lawatan penuh bermakna ke Pondok Pesantren Isy Karima, Solo bersama Yang Berbahagia Ustaz KH. Syihabuddin Abdul Mu'iz.

Sepanjang 5 hari di Solo, kami benar-benar terpukau dengan kehebatan sistem pendidikan Islam di Isy Karima. Program FORMAQIN yang melahirkan huffaz dan da'i, serta Maahad 'Aly yang membentuk generasi mujahid, jelas menunjukkan komitmen institusi ini dalam membina ummah.

Terima kasih atas layanan istimewa yang diberikan. Semoga Allah berkati usaha murni Isy Karima dalam mendidik generasi masa hadapan!

#Pesantren #Indonesia #SerantauMuslim

Serantau Muslim

25 Oct, 02:02


๐—ž๐—˜๐—๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—๐—”๐——๐—œ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ฌ๐—”๐— 

Maryam ni budak kecil yang kami jumpa tengah menangis dengan ibunya kat pusat pelarian. Dia sedih sebab terpaksa tinggalkan rumah dan takut dengan peperangan yang berlaku.

Bila kami tanya kenapa dia nangis, dia cakap "Hari ni hari jadi saya. Dah empat tahun, dan kali ni mak tak mampu nak belikan kek." Team Serantau Muslim yang ada kat Lebanon tu nak buat dia gembira.

Dorang bagi kejutan untuk buat dia senyum, sama-sama dengan budak-budak lain kat situ. Semoga dengan bantuan kecil ini, hati mereka terhibur walau sekejap.

#BantuLubnan #PrayForLebanon #SerantauMuslim

Serantau Muslim

25 Oct, 01:32


๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ค๐—ข ๐——๐—œ๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—˜๐—ก

Pengerusi Serantau Muslim, Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Hakim Mohd Nor telah menjadi NGO jemputan dari Malaysia ke Multaqo Direktur Pesantren sempena International Islamic Education Fair 2024 di Solo, Indonesia.

Dalam perhimpunan yang menghimpunkan 300 pesantren terkemuka, beliau menyatakan kekaguman terhadap pencapaian sistem pendidikan Islam pesantren Indonesia yang terus maju ke hadapan.

"Sistem pesantren di Indonesia benar-benar mengagumkan. Ia bukan sekadar institusi pendidikan, tetapi pemangkin kebangkitan ummah yang berkesan," ujar Ustaz Hakim.

Beliau turut menyuarakan harapan agar institusi pesantren dapat memainkan peranan strategik dalam isu pembebasan Al-Aqsa, menerusi pendidikan dan kesedaran ummah yang berterusan.

Kehadiran Serantau Muslim di program berprestij ini membuka ruang kerjasama pendidikan Islam serantau yang lebih erat, sekaligus mengukuhkan perpaduan ummah di peringkat antarabangsa.

#Pesantren #Indonesia #SerantauMuslim #IIEF2024