Pelik Bin Ajaib 🌘 @channelpelik Channel on Telegram

Pelik Bin Ajaib 🌘

@channelpelik


Takde ape nak buat? Bosan asyik baca gosip artis jer? Meh sini layan koleksi gambar pelik dan ajaib. Haha #keajaibandunia

Subscribe : t.me/channelpelik

Visit us on www.channelpelik.com

Pelik Bin Ajaib 🌘 (Malay)

Mari sini semua pencinta misteri dan keajaiban! Channel 'Pelik Bin Ajaib' akan membawa anda ke dalam dunia yang penuh dengan gambar-gambar pelik dan ajaib yang pasti akan membuat anda terhibur dan terpesona. Jadi, jika anda sedang bosan dengan gosip-gosip artis yang sama, jomlah sertai kami untuk melihat koleksi gambar-gambar yang tidak dapat anda bayangkan sebelum ini! Dapatkan koleksi terkini kami dengan menekan butang Subscribe di tautan t.me/channelpelik atau layari laman web rasmi kami di www.channelpelik.com. Jangan lepaskan peluang untuk mendedahkan diri anda kepada keajaiban dunia ini! #keajaibandunia

Pelik Bin Ajaib 🌘

09 Jul, 23:14


BUNGA ROS WARNA HITAM

TΓΌrkiye adalah satu-satunya tempat di dunia di mana mawar hitam semulajadi tumbuh, dikesani oleh perairan Euphrates.

Jenis bunga ini sangat jarang berlaku. Ia hanya berlaku di kampung Halfeti, wilayah tenggara Şanlıurfa, berhampiran wilayah Urfa.

Ia kelihatan hitam semasa musim panas, pada musim lain ia berwarna merah gelap.

Varieti ini disebabkan oleh ketumpatan tanah dan gabungan antosianin, pigmen larut air.

Tanah mempunyai kesan yang besar pada jenis pigmen ini kerana ia agak sensitif terhadap pH. πŸ–€

Pelik Bin Ajaib 🌘

24 Jun, 13:57


Kesan Kilat Pada Pokok

MasyaAllah, apabila kilat menyambar pokok, suhu sambaran tersebut boleh mencapai hingga lima kali ganda lebih panas daripada permukaan matahari. Suhu permukaan matahari dianggarkan sekitar 5,500 darjah Celsius, bermakna suhu kilat boleh mencecah hingga 27,500 darjah Celsius.

Panas yang melampau ini menyebabkan tekanan dalaman dalam pokok meningkat, yang boleh mengakibatkan pokok tersebut meletup dari dalam. Fenomena ini adalah hasil daripada pemanasan dan pengembangan sap pokok (cecair dalam pokok) yang cepat menjadi wap, menjadikan peristiwa ini dramatik dan berbahaya.

Proses dan Sains di Sebalik Sambaran Kilat

Apabila kilat menyambar pokok, arus elektrik tinggi bergerak melalui sap (cecair) pokok yang berada di bawah kulit kayu. Sap ini adalah penyebab utama kerosakan kerana ia mengandungi banyak air.

Panas yang melampau dari kilat menyebabkan sap tersebut berubah menjadi wap dalam masa yang singkat, menghasilkan tekanan yang sangat tinggi di dalam pokok. Tekanan ini menyebabkan kulit kayu meletup keluar dan mengakibatkan kerosakan teruk pada struktur pokok.

Ciri-ciri Pokok yang Disambar Kilat

Pokok yang disambar kilat sering kali menunjukkan tanda-tanda seperti rekahan panjang menegak pada batang pokok, kulit kayu yang terbakar atau hilang, kayu yang berserpihan, dan dahan yang jatuh. Secara dalaman, air dalam pokok berubah menjadi wap, menyebabkan kulit kayu meletup. Secara luaran, anda mungkin akan melihat bahagian kulit kayu yang terbakar atau hilang, dan kayu yang terpecah-pecah.

Mengapa Kilat Menyambar Pokok?

Kilat sering kali menyambar objek yang paling tinggi di sekitarnya, seperti pokok. Pokok yang tinggi dan berdiri sendiri lebih berisiko disambar kilat kerana ia menjadi laluan arus elektrik yang paling mudah ke tanah. Selain itu, pokok yang berdiri dekat dengan sumber air juga lebih cenderung disambar kilat kerana kelembapan yang tinggi meningkatkan konduksi elektrik.

Analogi Untuk Memudahkan Pemahaman

Bayangkan pokok sebagai "penangkap kilat" semula jadi. Seperti bagaimana kilat mencari laluan terdekat ke tanah, pokok yang tinggi dan basah adalah seperti magnet untuk kilat. Apabila sap dalam pokok mendidih seperti air dalam periuk tekanan tinggi, tekanan ini akhirnya melepaskan diri dengan letupan yang dramatik.

Langkah-langkah Penjagaan dan Pemulihan

Sekiranya anda mendapati pokok di halaman rumah anda disambar kilat, penting untuk menjaga jarak dari pokok tersebut kerana dahan yang lemah boleh jatuh pada bila-bila masa.

Jangan cuba membaiki kerosakan tersebut sendiri; sebaliknya, hubungi pakar untuk menilai keadaan pokok dan memberikan cadangan tindakan yang sesuai. Pemerhatian berkala perlu dilakukan untuk mengesan tanda-tanda kerosakan seperti pertumbuhan kulat atau peningkatan aktiviti serangga yang boleh menyebabkan pokok mati perlahan-lahan.

Fenomena ini adalah satu lagi bukti kebesaran ciptaan Allah yang menunjukkan betapa hebatnya kuasa alam semula jadi. MasyaAllah, betapa agungnya ciptaan Tuhan yang sentiasa mengagumkan kita dan memberi inspirasi untuk memahami dan menghargai keajaiban alam sekitar. Jadi, jika anda berpeluang melihat pokok yang disambar kilat, ingatlah betapa kuatnya kuasa alam dan pentingnya menjaga keselamatan diri.
.

Oleh Mazlan Syafie

Note‼️jika ada percanggahan atau penambahan info, boleh kongsikan di ruangan komen

Pelik Bin Ajaib 🌘

15 Jun, 23:33


Negara majoriti muslim ada 49

Yang terselit top 10 dunia paling aman, cuma 1 sahaja iaitu Malaysia ❀️

Sumber : https://www.visionofhumanity.org/maps/

Pelik Bin Ajaib 🌘

29 May, 03:04


Ini bukan A.I image, ni bandar Jaffa, Pa1estin tahun 1930an.

Tengok, maju dah Palest1n masa tu. Singapura under British masa tu pun tak dapat infrastruktur camni.

Yahod1 tak pegang pun masa tu memang diorang dah membangun.

Puak depa propa cakap sebelum 1srae1 wujud, Pa1estin cuma kampung padang pasir saja.

Bandar Jaffa skrg ni dah rebranded & diexpand oleh 1srae1 yang sekarang dikenali dengan nama TEL AV1V.

So TEL AV1V bukanlah bandar tua, just sambung bandar Jaffa yang ditinggalkan Palest1n sebelum tu.

Ibarat kau amik homework orang, pastu kau tokok tambah pastu kau claim kau cakap kau yang buat.

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Jaffa

Kredit : Wazir Mahir

Pelik Bin Ajaib 🌘

28 May, 11:00


Sebatang jalan di Belanda.

Lihatlah bagaimana mereka menguruskan jalanraya dengan sangat sistematik dan teratur. Ini adalah satu gambar yang diambil dari satu sudut kreatif.

Penjagaan pokok dan rumput jalan yang tersusun memberikan satu pandangan yang sangat simetri!

-M.Wongso

Pelik Bin Ajaib 🌘

27 May, 12:10


Sebuah bandar Sepanyol di bawah batu gergasi yang dibina oleh orang Arab dan orang Sepanyol gagal mengawalnya

Bandar Sepanyol Setenil dellas dianggap sebagai salah satu bandar paling aneh di dunia, kerana ia dibina sepenuhnya seperti batu gergasi Walaupun saiz bandar yang kecil, ia memainkan peranan penting dalam sejarah Islam dan perjuangannya dengan orang Eropah untuk menguasai Sepanyol.

Penduduk mula tinggal di bahagian bawah batu ini sejak pencerobohan Rom 2,000 tahun yang lalu, tetapi mereka hanyalah gua untuk melindungi penduduk daripada matahari musim panas dan sejuk musim sejuk yang keras digunakan sebagai cerun semula jadi untuk mengukuhkan bandar.

Bandar pelancongan semula jadi

Kira-kira 3,000 orang kini tinggal di bandar itu, dan ia adalah bandar pelancongan Sepanyol kelas pertama, dan ia mempunyai suasana dan bentuk yang menawan yang anda boleh temui di sana sahaja.

Di mana setiap rumah berasa seolah-olah ia berada di dalam kubu, dan walaupun kehadiran di bawah batu, matahari benar-benar tersedia.

Tetapi terdapat tempat-tempat yang secara semula jadi berlorek oleh batu, menjadi lembap pada musim panas, dan pada masa yang sama hangat pada musim sejuk untuk melindunginya dari angin kencang.

Dianggap sebagai salah satu bandar Sepanyol yang paling Arab, kerana ia merupakan kubu kuat yang penting bagi orang Islam sebelum orang Eropah.

Kredit : Omar Baihaki

Pelik Bin Ajaib 🌘

26 May, 02:15


BATU TERBELAH DUA DENGAN KEMAS SEKALI

Batu ni dikenali sebagai Al Naslaa, terletak di Arab Saudi. Kawasan ni merupakan antara kawasan yang terkenal sebab batu ni lah, kalau perasan korang nampak batu tu terbelah seperti orang belah guna laser sebab dia punya lurus tu cantik je.

Saintis yang buat kajian batu tu terbelah disebabkan oleh proses luluhhawa yang berlaku ribuan tahun dahulu. Macam mana batu ni terbelah pun masih lagi menjadi perdebatan sampai sekarang.

Kredit : John Mohamed

Pelik Bin Ajaib 🌘

24 May, 03:32


Mungkin ada yang tak perasan, hampir seminggu yang lalu sebuah video viral menyaksikan sebuah meteor meluncur merantas Portugal dan Spain.

Meteor ini bergerak dengan kelajuan sekitar 162,000 km/j. Sangat laju!

Tahu tak macam mana meteor boleh terjadi?

Apabila objek angkasa (meteroid, asteroid, komet) masuk atmosfera Bumi, objek ini akan terbakar disebabkan oleh mampatan udara.

Apabila udara dimampatkan, tekanannya jadi tinggi, kemudian suhu udara akan meningkat.

Isunya sekarang, ruang udara Bumi sangat luas dan terbuka, macam mana udara boleh termampat? Sebab objek angkasa itu bergerak dengan sangat laju sampaikan udara tak sempat nak bergerak dan bagi laluan pada objek angkasa.

Ibarat macam kena rempuh ramai-ramai la.

Udara termampat ➑️ tenaga kinetik udara meningkat ➑️ suhu meningkat ➑️ objek angkasa terbakar ➑️ jadilah meteor.

Kalau tengok video, warna meteornya berwarna biru-kehijauan. Ini menandakan magnesium sedang terbakar. Warna meteor bergantung pada bahan meteor itu terdiri daripada apa.

Menurut laporan, meteor ini habis terbakar. Tak meninggalkan apa-apa serpihan. Kalau ada pun, dah jatuh di Lautan Atlantik.

Kredit : Zamir Mohyedin

Kalau berminat dengan topik pasal meteor. Dan kalau nak tahu penjelasan lanjut apa itu meteor, asteroid, meteroid, komet dan meteorite serta apa beza semua ini, dapatkan buku terbaru Dr Zamir ANGKASA RAYA di sini : https://shcpee.co/siNd

Pelik Bin Ajaib 🌘

23 May, 11:59


BAYI DIBESARKAN OLEH SERIGALA

Ini Dina Sanichar. Dia dijumpai dalam kawanan serigala semasa umurnya 6 tahun di Uttar Pradesh, India. Selepas dijumpai, dia dibawa ke rumah anak yatim.

Masa awal kehidupanya, kelakuannya seperti serigala. Jalan empat kaki, makan daging mentah dan mengaum seperti serigala.

Lepas lebih 20 tahun hidup dengan orang pun masih tak normal macam manusia biasa. Bercakap pun masih tak pandai sampai dia meninggal pada umur 34 tahun.

Kes manusia dibesarkan oleh haiwan liar ini memang dah banyak. Ada yang dibesarkan oleh beruk, anjing, serigala, beruang, kambing, dll.

Kebanyakan kes, mereka yang dibesarkan dengan haiwan telah menjejaskan kemampuan mereka berfikir, belajar dan bercakap sehingga menyebabkan mereka susah untuk beradaptasi dengan kehidupan manusia.

Hikmah daripada kisah anak liar (feral child) ini menunjukkan betapa pentingnya fasa awal kanak-kanak dalam perkembangannya. Betapa besarnya impak 6 tahun terawal walaupun dah lebih 20 tahun hidup dengan orang.

Kredit : Zamir Mohyedin

Pelik Bin Ajaib 🌘

22 May, 15:45


MISTERI PIRAMID BEN BEN πŸ‘½πŸ‘»

Piramid Ben Ben yang telah membingungkan para saintis selama beribu-ribu tahun dan mereka tidak dapat menyelesaikan misteri itu.

Piramid itu diperbuat daripada batu hitam, tetapi ia bukan batu biasa kerana semua komponennya tidak terdapat di bumi.Batu besi hitam hanya ditemui di angkasa dalam meteorit angkasa, dan di sini teka-teki yang lain muncul kerana ia adalah batu besi yang sangat keras dan sukar untuk dibentuk dan digali,tetapi ia tidak sukar untuk dipecahkan, jadi bagaimana ia dipotong dengan ketepatan yang begitu tinggi dalam sudut dan sisihan?

Bagaimana ia digilap dengan ketepatan sedemikian? Seperti juga inskripsi yang sangat halus di sisi piramid ini, saintis mendapati mustahil untuk mana-mana alat, lama atau baru, untuk mengukir inskripsi ini kecuali dengan alat pemotong laser dan kini kita sampai kepada misteri terakhir, iaitu batu hitam meteorit besi, terima kasih kepada komposisinya, mempunyai pemindahan tenaga elektromagnet positif dalam persekitarannya yang membuatkan setiap orang yang mendekati berasa selesa secara psikologi - dan menjejaskan tenaga manusia.

Piramid itu dipamerkan di Muzium Mesir.

πŸ“Marn Ali

Pelik Bin Ajaib 🌘

22 May, 12:10


IKAN PAUS ZAMAN DULU ADA KAKI

Gambar kaki ni ialah bukti hidup bahawa Paus bukanlah sejenis ikan. Anda akan dapat kaki ni kalau anda bedah sirip Paus, sekaligus menimbulkan persoalan lain. Kalau Paus bukan Ikan, dia tetap haiwan laut. Tapi bagaimana Paus boleh ada kaki?

Pertama, kita perlu tahu bahawa Paus termasuk dalam kategori mamalia, yang bermaksud mereka menyusu, bernafas dengan paru-paru mereka, dan melahirkan anak kecil. Ini berbeza dengan ikan, yang biasanya bertelur dan bernafas menggunakan insang. Paus juga mempunyai darah panas dan mengekalkan suhu badan mereka, tidak seperti ikan berdarah sejuk.

Namun, mereka juga memiliki ciri unik seperti sirip pektoral yang lebar, ekor yang kuat untuk renangan, dan kemampuan untuk menyelam dalam tanpa menghirup udara untuk waktu yang lama. Sistem saluran darah mereka juga beradaptasi untuk menangani tekanan besar di kedalaman laut.

Jadi, bagaimana boleh sesat seekor mamalia gergasi ini kat dasar laut? Jawapannya ialah pada evolusi Ikan Paus. Evolusi paus adalah salah satu contoh paling dramatis perubahan biologi dalam sejarah alam. Nenek moyang paus, yang dikenali sebagai Pakicetus, hidup sekitar 50 juta tahun yang lalu dan adalah haiwan darat yang menyerupai serigala.

Melalui jutaan tahun, spesies ini mengalami adaptasi ke kehidupan akuatik, yang berpuncak pada transisi dari haiwan darat ke air. Struktur yang kelihatan menyerupai "kaki" dalam sirip ikan paus adalah vestigial, bermakna ia adalah sisa evolusi kaki yang digunakan oleh nenek moyang ikan paus di darat.

Walaupun struktur ini tidak lagi digunakan untuk berjalan, kewujudannya memberikan petunjuk penting tentang asal usul spesies ini. Bagi paus moden, kaki vestigial ini tidak mempunyai fungsi dalam pergerakan atau pembiakan.

Menariknya, analisis genetik baru-baru ini menunjukkan...

Sambungan di komen πŸ‘‡

Pelik Bin Ajaib 🌘

20 May, 17:42


Selamat malam semua

Pelik Bin Ajaib 🌘

20 May, 17:42


Gua Voronia, titik paling dekat dengan pusat Bumi.

Salah satu impian Jules Verne yang paling diingini, seperti yang diterbitkan dalam novelnya pada tahun 1864 "Perjalanan ke Pusat Bumi" adalah untuk memasuki bahagian dalam Bumi.Walaupun Gua Veryovkina tidak akan membawa kita ke kedalaman ini, ia membolehkan kita mencapai yang paling hampir diketahui dengan pusat planet ini.

Gua Veryovkina, kira-kira 2212 meter dalam, adalah gua terdalam di dunia.

Ia terletak di laluan antara pergunungan Krepost dan Zont di wilayah Abkhazia, sebuah negeri merdeka yang diisytiharkan sendiri yang secara rasmi dianggap sebagai sebahagian daripada Georgia. Pada tahun 1968 gua itu ditemui oleh beberapa ahli speleologi dari bandar Krasnoyarsk, yang berjaya mencapai kedalaman 115 meter.

Sudahnya pada tahun 1986 kumpulan baru dari Moscow dan diketuai oleh Oleg Parfenov berjaya mencapai kedalaman yang luar biasa 440 meter. Sejak 2015 beberapa siri pencerobohan baharu oleh kumpulan Perovo-Speleo telah menentukan bahawa gua itu lebih dalam dan berulang kali mencapai markah baharu dan bertambah baik sehingga mencapai rekod 2212 meter pada Mac 2018 dan merekodkan sistem terowong bawah tanah melebihi 6000 meter.

πŸ“Marn Ali