CAHAYA ISLAM CHANNEL @cahayaislamchannel Channel on Telegram

CAHAYA ISLAM CHANNEL

@cahayaislamchannel


Motivasi insan. Inspirasi iman
Sayang Nabi ﷺ ikut Nabi ﷺ
Instagram: @cahaya_islam

CAHAYA ISLAM CHANNEL (Malay)

CAHAYA ISLAM CHANNEL merupakan saluran Telegram yang memberikan motivasi dan inspirasi kepada para insan. Saluran ini bertujuan untuk memperkukuhkan iman serta mempererat hubungan dengan Nabi Muhammad ﷺ. Dengan motto 'Sayang Nabi ﷺ ikut Nabi ﷺ', saluran ini menyediakan konten-konten yang mencerahkan dan memotivasi para pengikutnya. Pengikut saluran ini juga dapat mendapatkan informasi lebih lanjut melalui akun Instagram @cahaya_islam. Jika anda sedang mencari motivasi dan inspirasi dalam kehidupan sehari-hari, CAHAYA ISLAM CHANNEL adalah tempat yang tepat untuk anda! Sertai kami sekarang dan dapatkan cahaya iman yang mencerahkan hati anda.

CAHAYA ISLAM CHANNEL

31 Dec, 13:11


Alhamdulillah, dengan izinNya malam ini masuk bulan Rejab, bermakna kita semakin hampir dengan bulan Ramadhan.

Ingin diingatkan agar kita tidak sebar hadis-hadis palsu atau yang sangat daif tentang amalan bulan Rejab. Ingatlah ancaman kepada mereka yang berdusta atas nama Nabi ﷺ:
“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya di dalam NERAKA!" (HR Bukhari & Muslim)

Pendapat para ulama’ berkaitan kelebihan& amalan bulan Rejab, antaranya ialah:

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Tidak ada disebut di dalam hadis yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus”. [Tabyin al-‘Ajab, 9]

Imam Ibn al-Qayyim mengatakan: “Setiap hadis yang menyebut berkaitan puasa di bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu di dalam bulan tersebut adalah satu pendustaan yang direka”. [al-Manar al-Munif, 96]

Imam al-Syaukani pula berkata: “Tidak ada disebut berkaitan amalan pada bulan Rejab secara khusus di dalam sunnah yang sahih, juga yang hasan dan juga yang dhaif (dhaif ringan). Bahkan, kesemua yang diriwayatkan berkaitannya secara khusus adalah palsu lagi dusta dan teramat dhaif”. [al-Sail al-Jarrar, 297]

Imam Ibn Rejab berkata: “Tidak ada yang sahih pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab yang khusus daripada Nabi dan juga tidak ada yang khusus daripada sahabat Baginda SAW”. [Faidh al-Qadhir, 4:210]

Tarjih

Setelah kami melihat dan menekuni pendapat para ulama’ dalam masalah ini, kami cenderung untuk mengatakan bahawa bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang khusus daripada hadis-hadis yang sahih seperti amal ibadat tertentu.

Walaupun begitu, ini tidak menghalang seseorang itu untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu. Ini kerana, bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihan bulan-bulan haram berbanding bulan-bulan yang lain.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia

CAHAYA ISLAM CHANNEL

25 Dec, 04:04


Rasulullah Sensitif Elemen Kekufuran
=====
1. Islam adalah agama yang berpegang kepada prinsip toleransi yang sangat tinggi. Namun dalam perihal akidah, Rasulullah dilihat sangat sensitif dalam beberapa perkara. Ini bagi memastikan muslim mempunyai pendirian yang tegas dalam isu berhubung akidah.

2. Menurut Saidatina Aisyah, Rasulullah sangat sensitif dengan lambang salib. Perkara ini diriwayatkan oleh al-Bukhari yang menyebutkan:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «لَمْ يَكُنْ يَتْرُكُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا فِيهِ تَصَالِيبُ إِلَّا نَقَضَهُ

“Sesungguhnya Rasulullah tidak akan meninggalkan sesuatu yang mempunyai lambang salib di dalam rumahnya melainkan Baginda akan mengubah lambang tersebut. (HR al-Bukhari).

2.1 Menurut al-Imam Ibn Hajar, hadith ini menggambarkan betapa Rasulullah tidak redha terhadap syiar kekufuran. Bahkan syiar ini adalah satu penipuan ke atas Nabi Isa kerana dalam al-Quran, Allah menjelaskan bahawa Nabi Isa tidak pernah disalib. Firman Allah:

وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَٰكِن شُبِّهَ لَهُمْ

“Dan mereka berkata: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa bin Maryam (iaitu seorang) Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuh beliau bahkan mereka tidak juga menyalibnya akan tetapi mereka telah dikelirukan.” (Surah al-Nisa’: 157).

3. Reaksi yang sama turut dilakukan oleh Saidatina Aisyah. Saidatina Aisyah pernah meminta seorang wanita supaya meninggalkan kain yang mempunyai lambang salib. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam Ahmad yang menyebutkan:

كُنَّا نَطُوفُ بِالْبَيْتِ مَعَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ، فَرَأَتْ عَلَى امْرَأَةٍ بُرْدًا فِيهِ تَصْلِيبٌ، فَقَالَتْ أُمُّ الْمُؤْمِنِينَ: " اطْرَحِيهِ اطْرَحِيهِ، فَإِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى نَحْوَ هَذَا قَضَبَهُ

“Kami pernah menunaikan tawaf bersama dengan Ummul Mukminin Aisyah. Apabila beliau terlihat kain yang terdapat lambang salib pada seorang wanita, Aisyah lantas berkata: Tinggalkan kain ini, tanggalkannya. Sesungguhnya Rasulullah sekiranya Baginda melihat lambang salib, maka Baginda akan mencabutnya.

4. Begitu sensitif Rasulullah dan Saidatina Aisyah dengan lambang salib. Lambang ini telah menjadi syiar kekufuran bahkan syiar penipuan ke atas Nabi Isa. Begitulah perihalnya kita pada hari ini. Seorang muslim seharusnya bersikap berhati-hati dalam isu yang memberikan gambaran yang salah tentang perkara akidah.

5. Begitu juga dengan sikap Rasulullah terhadap Bible atau kitab terdahulu. Suatu hari Saidina Umar membawa helaian kitab terdahulu (dari Taurat atau Bible) yang beliau terimanya dari ahli Kitab (Yahudi atau Nasrani). Lalu Umar membacanya di hadapan Rasulullah. Tindakan Umar itu mengundang sensitiviti Rasulullah sehingga menyebabkan Baginda marah lalu menegur Umar:

"أَمُتَهَوِّكُونَ فِيهَا يَا ابْنَ الْخَطَّابِ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، لَوْ أَنَّ مُوسَى كَانَ حَيًّا ، مَا وَسِعَهُ إِلَّا أَنْ يَتْبَعَنِي‏"

“Apakah engkau terpesona dengannya wahai (Umar) Ibn al-Khattab? Dan demi jiwaku yang berada ditanganNya, sesungguhnya sekiranya Musa masih hidup, maka dia akan mengikuti aku.” (HR Ahmad, al-Nasa’i).

6. Perhatikan dalam hadis ini bagaimana Rasulullah menegur Saidina Umar. Apakah iman Umar terlalu lemah sehingga membaca Bible atau Taurat pun dilarang oleh Rasulullah? Apakah iman para sahabat begitu lemah sehingga tidak berupaya melihat lambang salib? Sudah tentu tidak!

7. Tetapi Baginda meletakkan satu garis sempadan yang jelas, bahawa dalam isu akidah seorang muslim hendaklah berhati-hati daripada sikap seakan menerima atau redha dengan akidah yang salah. Atau larangan ini bagi mengelak kita dari mempromosikan imej yang salah mengenai Nabi Isa yang dimuliakan tinggi dalam al-Quran.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

=====
Follow @myhadithtime:
https://mylink.la/myhadithtime

CAHAYA ISLAM CHANNEL

18 Dec, 12:12


Semoga Allah merahmatimu Khaled Nabhan. Apabila Firaun membunuh isterinya, Asiah tersenyum sambil memandang ke atas istananya di syurga. Batu yang menghancurkan tubuhnya tidak mampu menghancurkan jiwanya.

Inilah sebabnya mengapa penduduk Gaza bertahan. Kerana mereka tahu bahawa syurga menanti mereka selepas kesengsaraan yang menimpa mereka di bumi. Mereka beriman kepada janji Tuhan mereka. Kita bagaimana?

Allah mengingatkan dalam Al-Quran:

“Dan jangan sekali-kali kamu menyangka orang yang terbunuh (gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.”

“(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

“Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.”

(Surah Ali Imran: 169-171)

#cahayaislam

CAHAYA ISLAM CHANNEL

13 Dec, 00:02


Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi ﷺ

1. Pada hari jumaat ini marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah ﷺ. Mereka yang berselawat akan diampunkan dosanya, diangkat darjat, dipermudahkan doanya serta dekat dengan Rasulullah ﷺ pada hari kiamat nanti.

2. Perkara ini dijelaskan di dalam beberapa hadis. Antaranya sabda Rasulullah ﷺ:

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ

Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat (melimpahkan rahmat) kepadanya sepuluh selawat, menghapus darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat. (HR al-Nasa’i - dinilai Sahih)

3. Selawat turut akan mempermudahkan doa seseorang itu untuk dimakbulkan. Sabda Rasulullah ﷺ:

كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوبٌ حَتَّى يُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Semua permohonan doa akan dihijab (terhalang) sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad SAW.” (HR al-Tabrani - perawinya siqah)

4. Malah mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi akan mendapat kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah di akhirat kelak. Sabda Rasulullah ﷺ:

أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً

“Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan)

Semoga Allah membimbing kita.

Perkongsian asal: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

#cahayaislam

CAHAYA ISLAM CHANNEL

10 Dec, 13:48


DOA AGAR TERHINDAR DARIPADA MUSIBAH & KEBURUKAN

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : تَعَوَّذُوا بِاللهِ مِنْ جَهْدِ البَلاَءِ ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ ، وَسُوءِ القَضَاءِ ، وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاء

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi ﷺ bersabda, “Mintalah perlindungan kepada Allah daripada musibah yang berat, ditimpa kesengsaraan, takdir yang buruk, dan ditimpa perkara yang menggembirakan musuh.” (Muttafaqun ‘alaih)

[HR. Al-Bukhari, no. 6347 dan Muslim, no. 2707]

"Allahumma inni a'uuzubika min jahdil balaa', wa suu il qadha', wa syamaatatil a'daa'i"

#cahayaislam

CAHAYA ISLAM CHANNEL

09 Dec, 11:39


Apa yang berlaku di Syria amat dekat di hati orang-orang yang beriman kerana peta akhir zaman adalah berlegar di sekitar daerah Syam dan Palestin.

Hadith menyebut kota-kota di tanah Syam sebagai kubu benteng akhir zaman seperti الغوطة Ghuttah, kawasan barat daya Syria dan juga Dimasyq yang akan menjadi penempatan Imam Mahdi dan juga kubu umat Islam menentang Dajjal.

Begitu juga seperti kota A’maq atau Dabiq, nama dua buah tempat berdekatan Halab, Syria dan Antakia, Turki yang diramalkan di dalam hadith akan berlakunya malhamah al-Kubro atau peperangan besar.

Boleh rujuk buku Kharitah al-Mustaqbal fi al-Hadith al-Nabawi oleh Syeikh Dr. Syaraf Al-Qudhah atau Nihayah Al-Alam oleh Syeikh Dr Muhammad Al-Arefe untuk pemahaman lanjut.

Walaubagaimana pun tidak disebut secara tepat bilakah kejadian-kejadian ini akan berlaku tetapi antara yang menarik disebutkan ialah jarak tempoh masa بَيْنَ الْمَلْحَمَةِ وَفَتْحِ الْمَدِينَةِ سِتُّ سِنِينَ وَيَخْرُجُ الْمَسِيحُ الدَّجَّالُ فِى السَّابِعَةِ di antara peperangan besar dan pembebasan kota Kostantinopel (kali kedua) adalah sekitar enam tahun dan Al-Masih Dajjal pula akan keluar pada tahun yang ketujuh. [HR. Ahmad dan Abu Daud]

Dan disebutkan juga bahawa musuh umat Islam waktu itu ialah bangsa kulit putih atau dikenali sebagai bangsa Rom sebagaimana hadith, أَشَدُّ النَّاسِ عَلَيْكُمُ الرُّومُ yang paling kuat akan menjadi penentang kalian pada waktu itu ialah bangsa Rom..[HR. Ahmad] Dan dalam hadith yang lain menyebutkan bilangan bangsa Arab pada waktu itu akan menjadi sedikit, mungkin kerana terbunuh dalam perang.

Kemungkinan umat Islam akan berperang dengan bangsa Eropah, USA, Rusia dan sekutu-sekutu mereka sehingga datangnya kiamat.

إِنَّ الْعَاقِبَةَ لِلْمُتَّقِينَ

Perkongsian asal: fb Ustaz Emran Ahmad

CAHAYA ISLAM CHANNEL

08 Dec, 11:39


Allahu Akbar!

Selepas lebih 20 tahun pemerintahan Bashar al-Assad, 13 tahun Perang Saudara & kekejaman, membunuh lebih 600 ribu nyawa rakyat sendiri dan lebih 6.7 juta kehilangan tempat tinggal, Bashar dilaporkan lari setelah pejuang melawannya menguasai Damsyik.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada ALLAH, telah jatuh si zalim yang sangat kejam dan jahat. Sekalipun panjang tempoh kesabaran, hari pembebasan telah juga hadir. Hari ini hari tangisan kesyukuran. Allahu Akbar!!

Semoga dipermudahkan urusan rakyat Syria 🤲🏼

CAHAYA ISLAM CHANNEL

29 Nov, 04:44


Sana sini dilanda musibah banjir akibat hujan tak henti-henti. Banyak rumah dinaiki air, jalan terputus, harta benda, kereta rosak dan musnah.

Semoga mereka yang ditimpa musibah diberi kemudahan dan kesabaran serta segala yang musnah diganti dengan yang lebih baik.

Ya Allah bantulah mereka, mudahkan urusan mereka, kurniakan pahala & ampuni dosa-dosa mereka atas kesabaran mereka menghadapi ujian yang Engkau turunkan 🤲🏼

#cahayaislam

CAHAYA ISLAM CHANNEL

20 Nov, 13:46


Sedar tak sedar, 100 hari lagi menjelang Ramadhan insyaAllah.

اَللّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَان

Allahumma Ballighna Ramadhan

Ya Allah sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan

Oh Allah, let us reach the month of Ramadhan

Ameen.. 🤲🏼

CAHAYA ISLAM CHANNEL

10 Nov, 07:22


UCAPAN & DOA APABILA MENDENGAR BERITA KEMATIAN

Untuk jenazah seorang lelaki:

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
أَللَّهُمَّ اغْفِرْله وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia.)

Untuk jenazah seorang perempuan:

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia.)

Untuk jenazah 2 orang lelaki/perempuan:

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُمَا وَارْحَمْهُمَا وَعَافِهِمَا وَاعْفُ عَنْهُمَا

(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah, ampunilah mereka berdua, kasihanilah, selamatkanlah, maafkanlah mereka berdua.)

Untuk jenazah lebih 2 orang lelaki/perempuan:

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُم وَارْحَمْهُم وَعَافِهِم وَاعْفُ عَنْهُم

(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah, ampunilah mereka, kasihanilah mereka, selamatkanlah mereka, maafkanlah mereka.)

Bukan sekadar copy & paste. Tetapi bacalah dengan lisan dan ikhlas memohon kepada Allah. Semoga segala kebaikan yang didoa kembali kepada kita.

CAHAYA ISLAM CHANNEL

08 Nov, 05:50


Hari ini hari Jumaat. Ayuh, perbanyakkan selawat.

Kata Al-Imām Al-Hāfiz Ibn Al-Jauzi (w. 597 h) :

‎وَاعْلَمُوا أَنه مَا من عبد مُسلم أَكثر الصَّلَاة على مُحَمَّد إِلَّا نور الله قلبه وَغفر ذَنبه وَشرح صَدره وَيسر أمره فَأَكْثرُوا من الصَّلَاة لَعَلَّ الله يجعلكم من أهل مِلَّته ويستعملكم بسنته ويجعله رفيقنا جَمِيعًا فِي جنته فَهُوَ المتفضل علينا برحمته

Terjemahan : Ketahuilah bahawa tidak ada mana-mana muslim yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW melainkan Allah SWT akan menerangi jantung hatinya, mengampunkan dosanya, melapangkan dadanya, serta mempermudahkan urusannya. Maka perbanyakkanlah berselawat, mudah-mudahan Allah SWT menjadikan kamu termasuk dalam ahli agama baginda, menjadikan kamu beramal dengan sunnahnya, serta menjadikan Rasulullah SAW sebagai peneman kita semua di syurga-Nya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Luas kurniaan-Nya kepada kita dengan rahmat-Nya.

Ibn Al-Jauzi turut menyenaraikan 10 karamah (kemuliaan) yang terhasil menerusi selawat ke atas Nabi SAW. Beliau berkata :

‎وَاعْلَمُوا رحمكم الله أَن فِي الصَّلَاة على سيدنَا مُحَمَّد ﷺ عشر كرامات إِحْدَاهُنَّ صَلَاة الْملك الْجَبَّار وَالثَّانيَِة شَفَاعَة النَّبِي الْمُخْتَار وَالثَّالِثَة الِاقْتِدَاء بِالْمَلَائِكَةِ الْأَبْرَار وَالرَّابِعَة مُخَالفَة الْمُنَافِقين وَالْكفَّار وَالْخَامِسَة محو الْخَطَايَا والأوزار وَالسَّادِسَة قَضَاء الْحَوَائِج والأوطار وَالسَّابِعَة تنوير الظَّوَاهِر والأسرار وَالثَّامِنَة النجَاة من عَذَاب دَار الْبَوَار والتاسعة دُخُول دَار الرَّاحَة والقرار والعاشرة سَلام الْملك الْغفار

Terjemahan : Ketahuilah - mudah-mudahan kamu mendapat rahmat Allah - bahawa pada berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW terdapatnya sepuluh kemuliaan.

Pertama : Kita mendapat selawat dari Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Perkasa.

Kedua : Kita mendapat syafaat dari Nabi SAW.

Ketiga : Kita berpetunjuk dengan para malaikat yang mulia (kerana para malaikat turut berselawat ke atas Nabi SAW).

Keempat : Menyelisihi golongan munafik dan golongan kafir (kerana berselawat merupakan arahan dan tuntutan kepada golongan beriman).

Kelima : Memadamkan dosa-dosa dan segala kotoran (yang telah kita lakukan).

Keenam : Dapat melunaskan segala hajat dan kehendak.

Ketujuh : Menerangi luaran dan dalaman diri.

Kelapan : Selamat dari azab pada hari akhirat.

Kesembilan : Masuknya kita ke dalam syurga yang penuh kerehatan dan kekal.

Kesepuluh : Mendapat salam daripada Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun.

Rujuk Bustān Al-Wā’izhīn, Ibn Al-Jauzi (297).

✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli

CAHAYA ISLAM CHANNEL

05 Nov, 12:34


Apa yang perlu anak-anak lakukan apabila kematian ibu bapa? Apakah amal yang bermanfaat untuk membantu ibu bapa yang sudah meninggal dunia?
.
𝟭- 𝗠𝗲𝗻𝗱𝗼𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗶𝗯𝘂 𝗯𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮.
.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَرْفَعُ الدَّرَجَةَ لِلْعَبْدِ الصَّالِحِ فِي الْجَنَّةِ، فَيَقُولُ: يَا رَبِّ، أَنَّى لِي هَذِهِ؟ فَيَقُولُ: بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat hamba yang soleh di syurga. Orang itu akan berkata: Wahai tuhan ku, kenapa aku mendapat kedudukan ini? Allah menjawab: Kerana istighfar@permohonan ampun daripada anak kamu kepada kamu. [Musnad Ahmad, no: 10610, al-Arna'ut menyatakan sanadnya hasan].
.
.
𝟮- 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗺𝗮𝗹 𝘀𝗼𝗹𝗲𝗵.
.
Ibu bapa yang telah mendidik kita dengan akhlak mulia, mengajar kita solat, menghantar kita ke kelas al-Quran, mengajak kita solat berjemaah, semua amal soleh ini, apabila kita lakukan, nescaya mereka akan mendapat pahalanya kerana mereka yang mendidik kita.
.
Jabir bin Abdullah r.a menceritakan, Rasulullah s.a.w bersabda:
.
مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ ، وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ
“Sesiapa yang memulakan satu sunnah yang baik di dalam Islam dia akan memperolehi ganjarannya dan ganjaran orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun ganjaran mereka. Dan sesiapa yang memulakan satu sunnah yang buruk di dalam Islam dia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun dosa-dosa mereka” [Sahih Muslim, Kitab al-Ilm, no: 1017].
.
.
𝟯- 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗲𝗸𝗮𝗵𝗹𝗮𝗵, 𝗱𝗮𝗻 𝗻𝗶𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗴𝗮𝗿 𝗽𝗮𝗵𝗮𝗹𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘁𝘂𝗿𝘂𝘁 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗶𝗯𝘂 𝗯𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮.
.
عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ رَجُلاً، قَالَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم: إِنَّ أُمِّيَ افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَإِنِّي أَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ. فَلِيَ أَجْرٌ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهَا قَالَ ” نَعَمْ
‘Aisyah radiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Sesungguhnya ibu ku telah meninggal dunia secara mengejut, aku merasakan bahawa jika dia sempat berkata-kata, dia akan bersedekah. Adakah dia akan mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Ya. [Sahih Muslim, Kitab al-Wasiyyah, hadis no: 1004].
.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ” إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila matinya manusia, terputuslah amalannya daripadanya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya. [Sahih Muslim, Kitab al-Wasiyyah, hadis no: 1631].
.
Fb Ustaz Masri Ramli

CAHAYA ISLAM CHANNEL

22 Oct, 14:05


DILINDUNGI DARIPADA FITNAH DAJJAL - JANGAN TINGGALKAN DOA INI DI SETIAP PENGHUJUNG SOLAT

Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi ﷺ bersabda:
“Apabila kamu selesai membaca tasyahud (tahiyat) akhir, maka mohonlah berlindung dengan Allah daripada empat perkara: daripada seksaan neraka Jahanam, seksaan kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada kejahatan al-Masih al-Dajjal.”
[Riwayat Muslim (588)]

"Allahumma inni a'uuzu bika min 'azabi jahannam,
wa min 'azabil qabri, wa min fitnatil mahya wal mamati,
wa min syarri fitnatil masihid dajjal"

Setelah itu berdoalah dengan apa saja doa yang diinginkan. Dalam hadis riwayat Imam An-Nasaie, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Jika salah seorang di antara kalian bertasyahud, maka mintalah perlindungan pada Allah daripada empat perkara iaitu dari seksa Jahannam, daripada seksa kubur, daripada fitnah hidup dan mati dan daripada kejahatan Al Masih Ad Dajjal, kemudian hendaklah ia berdoa untuk dirinya sendiri dengan doa apa saja yang ia inginkan.”
[HR. An Nasaie no. 1310. Sheikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih]

Cuba hafal dan istiqamah amal doa ini di setiap penghujung solat. Waktu selepas tasyahud (tahiyat) akhir adalah waktu yang amat digalakkan berdoa.

CAHAYA ISLAM CHANNEL

20 Oct, 13:20


Doa Ketika Kesempitan Rezeki

Ibnu Masúd radhiallahu ánhu, beliau berkata :

Nabi ﷺ menerima kedatangan tetamu, maka Nabi mengirim utusan kepada isteri-isterinya untuk mencari makanan. Akan tetapi ternyata tidak ada makanan sama sekali yang didapati daripada seorang pun dari isteri-isterinya.

Maka Nabi ﷺ berdoa:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ وَرَحْمَتِكَ، فَإِنَّهُ لاَ يَمْلِكُهَا إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu tambahan kurnia-Mu dan rahmat-Mu, kerana sesungguhnya tidak ada yang memilikinya kecuali Engkau”.

Lalu Nabi ﷺ mendapat hadiah seekor kambing panggang. Maka Nabi ﷺ berkata, “Ini termasuk kurniaan Allah, dan kita sedang menanti rahmatNya”.

(HR Tabrani)

#cahayaislam #doanabi #sunnahnabi #SayangNabiIkutNabi

CAHAYA ISLAM CHANNEL

18 Oct, 07:32


Pemimpin mujahid yang heroik Yahya Sinwar "Abu Ibrahim" syahid mempertahankan tanah, rakyat, agama, kehormatan dan tempat sucinya.

Dia bukan memilih kematian. Kematian yang datang kepadanya. Dia memilih kehidupan. Kehidupan mulia sebagai pejuang. Mengajar dunia apa itu Akhirat. Berjuang melawan gergasi regim walau akhirnya dengan sebatang kayu.

Firman Allah:
"Dan jangan sekali-kali kamu menyangka orang yang terbunuh (gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki".
(Surah Ali ‘Imran: 169)

Semoga syurga tertinggi buatnya 🤲🏼

CAHAYA ISLAM CHANNEL

04 Oct, 01:46


Jumaat yang barakah. Jom banyakkan selawat ❤️

CAHAYA ISLAM CHANNEL

22 Sep, 13:38


Kita dikejutkan dengan pendedahan demi pendedahan tentang penyelewengan, penindasan serta pelbagai kesalahan jenayah dan syariah oleh kumpulan GISBH yang akhirnya membawa kepada tindakan polis dan pihak berkuasa.

Susulan itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan, ajaran yang dibawa juga adalah kesinambungan ajaran al-Arqam yang telah difatwakan sesat.

"Pegangan kumpulan GISBH yang mengkultuskan pemimpin atau tokoh-tokoh agama yang mereka percaya sehingga melampaui batasan ke tahap seakan menyamakan kedudukan setaraf Nabi SAW atau mempunyai keajaiban atau mengetahui perkara yang ghaib seakan Tuhan adalah fahaman yang bersifat batiniyyah, menyeleweng dan sesat.

"Kesan dan akibat daripada pengkultusan itu melahirkan ketaksuban yang melampau sehingga mentaati pemimpin atau golongan agama jelas bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah,"

Beliau turut memaklumkan, model ekonomi yang diamalkan GISBH bukan model ekonomi Islam sebenar dan bercanggah dengan prinsip ekonomi Islam.

"Ini kerana ia mempunyai unsur penindasan dan perhambaan terhadap mereka yang terlibat serta eksploitasi ke atas ahli, kanak-kanak, wanita dan keluarga demi kepentingan pihak yang dikultuskan."

Dengan ini segala ajaran, aktiviti dan apa sahaja yang boleh membantu syarikat itu adalah dilarang.

Semoga kita dijauhkan dari segala kesesatan dan jangan sesekali terlibat menyokong kumpulan yang terpesong akidah ini.

Moga Allah senantiasa memberi hidayahNya kepada kita 🤲🏼

#cahayaislam

CAHAYA ISLAM CHANNEL

09 Sep, 14:48


DOA NABI YUNUS DOA MUSTAJAB

Daripada Sa’ad bin Abi Waqas RA bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Doa Nabi Yunus ketika baginda berdoa di dalam perut ikan paus:

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

(La ilaha illa Anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin)

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

"Maka sesungguhnya tidak seorang muslim itu apabila berdoa dengannya untuk sesuatu perkara (masalah) melainkan Allah SWT akan memustajabkan baginya”.
[Riwayat al-Tirmizi (3505)]

#cahayaislam #doa #doanabi

CAHAYA ISLAM CHANNEL

08 Sep, 12:17


Doa Nabi ﷺ Di Penghujung Solat

Daripada Sayyidina Ali Radhiyallahu'anhu, katanya : Rasulullah ﷺ, apabila bersolat, bacaan terakhirnya antara tasyahhud (tahiyat) dan salam:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ،
وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ،
أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَاإِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

[Allahummaghfirli maa qaddamtu wa maa akh-akhartu,
wa maa asrartu wa maa aa’lantu, wa maa asraftu, wa maa anta a’lamu bihi minni,
Antal muqaddamu wa Antal muakh-khiru, laa ilaha illa Anta]

"Ya Allah ampuni aku atas dosa yang telah berlaku dan yang akan datang.
Dosa yang aku sembunyikan dan yang aku zahirkan, apa yang terlampau dan dosa yang Engkau lebih tahu tentangnya daripada aku.
Engkau yang mendahulukan, dan Engkau yang mengakhirkan. tiada Tuhan kecuali Engkau”.

(Riwayat Muslim)

CAHAYA ISLAM CHANNEL

28 Aug, 00:56


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang wanita warga India yang terjatuh ke dalam tanah jerlus di Kuala Lumpur secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Sehingga kini mangsa masih belum dijumpai.

Rasulullah mengamalkan satu doa yang baginda tidak pernah meninggalkan doa ini pada waktu pagi dan petang, sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn Umar RA. Salah satunya memohon perlindungan daripada bahaya dari bawah.

Dalam hadis yang menyebut doa ini, disebutkan agar kita berlindung daripada 6 arah:

1. Depan
2. Belakang
3. Kiri
4. Kanan
5. Atas
6. Bawah

Begitulah indahnya Islam.

Apa yang menarik, dalam hadis ini dikhususkan perkataan وأعوذ بعظمتك untuk arah bawah, sedangkan 5 arah yang lain sebelumnya tidak disebutkan perkataan tersebut. Ini menunjukkan serangan atau kecelakaan dari arah bawah adalah perkara yang sukar untuk dielak.

Marilah sama-sama kita mengamalkan doa ini agar dilindungi dari bahaya yang datang dari arah bawah.

Kredit: Ustaz Usaid Subki

#cahayaislam

CAHAYA ISLAM CHANNEL

24 Aug, 05:23


Apabila membaca berita musibah semalam, terus teringat doa yang sunnah dibaca pagi dan petang.
.

وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي "
Aku berlindung dengan Mu daripada dimusnahkan dari bawah tanpa aku sedari.
.
Amalkan doa ini di pagi dan petang.
.
.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
Ya Allah, aku memohon kepada Mu keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَاىَ وَأَهْلِي وَمَالِي
Ya Allah, aku memohon kepada Mu keampunan dan kesejahteraan di dalam agama ku, dunia ku, keluarga ku dan harta ku.

اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي
Ya Allah, tutuplah keaiban ku dan amankanlah ketakutan ku.

وَاحْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَىَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي
Jagalah aku daripada bahaya yang datang dari hadapan, dari belakang, dari kanan, dari kiri dan dari atas.

وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي "
Aku berlindung dengan Mu daripada dimusnahkan dari bawah tanpa aku sedari.
.....

ZIKIR PAGI DAN PETANG.

Ibnu 'Umar radiallahu 'anhuma berkata:

لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ يَدَعُ هَؤُلاَءِ الدَّعَوَاتِ حِينَ يُمْسِي وَحِينَ يُصْبِحُ
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkan doa-doa berikut ketika waktu petang dan pagi.

" اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
Ya Allah, aku memohon kepada Mu keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَاىَ وَأَهْلِي وَمَالِي
Ya Allah, aku memohon kepada Mu keampunan dan kesejahteraan di dalam agama ku, dunia ku, keluarga ku dan harta ku.

اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي
Ya Allah, tutuplah keaiban ku dan amankanlah ketakutan ku.

وَاحْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَىَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي
Jagalah aku daripada bahaya yang datang dari hadapan, dari belakang, dari kanan, dari kiri dan dari atas.

وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي "
Aku berlindung dengan Mu daripada dimusnahkan dari bawah tanpa aku sedari.

[Sunan Ibnu Majah, Kitab ad-Dua', hadis no: 3871, Shaikh al-Albani mensahihkannya]

#MMMR

CAHAYA ISLAM CHANNEL

05 Aug, 14:44


MAKNA AL-‘AFIYAH

Kata Imam al-Nawawi (676 H):
“Terlalu banyak hadith-hadith disarankan agar berdoa memohon ‘afiyah (kepada Allah SWT) dan ia (lafaz ‘afiyah) adalah satu lafaz-lafaz yang umum dan terkandung di dalamnya menolak segala perkara yang tidak baik pada badan dan batin pada agama sama ada di dunia dan juga di akhirat.”
[Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 46/12]

Kata Syeikh al-Munawi (1031 H):
Al-‘Afiyah adalah keselamatan (kesejahteraan) daripada penyakit-penyakit dan bala. Ia juga menghimpunkan di antara dua kesejahteraan iaitu di dunia dan agama. Selain itu, ‘Afiyah akan menolak penyakit-penyakit dunia yang ada di hati dan juga yang berada di badan.
[Lihat: Faidh al-Qadir, 107/4]

Menurut Syeikh al-Mubarakfuri (1353 H) makna al-‘Afiyah adalah benteng Allah kepada hamba-Nya. Maka orang yang memohonnya adalah seseorang yang sedang memohon pemeliharaan daripada Tuhannya di atas setiap yang diniatkan itu.
[Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 348/9]

Melihat kepada beberapa pengertian di atas, maka disimpulkan bahawa al-‘Afiyah adalah keselamatan atau kesejahteraan pada agama daripada segala fitnah, pada badan daripada segala penyakit-penyakit sama ada penyakit hati atau sebagainya dan kepada pada ahli keluarga dan harta daripada segala bala dan musibah.

Jom hafal doa ini dan berdoalah memohon 'afiyah setiap hari 🤲🏼

#cahayaislam

CAHAYA ISLAM CHANNEL

26 Jul, 00:23


Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi
=======
1. Pada hari jumaat ini perbanyakkanlah berselawat. Mereka yang banyak berselawat akan diampunkan dosa mereka. Perkara ini direkodkan dalam sebuah hadis Nabi yang menceritakan tentang kisah Saidina Ubai bin Ka’ab yang bertanya kepada Rasulullah tentang berapa banyak selawat yang seharusnya di ungkapkan ke atas Baginda Nabi.

2. Saidina Ubai bertanya kepada Rasulullah:

يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلاَةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلاَتِي؟

“Wahai Rasulullah, aku ingin memperbanyak berselawat ke atasmu. Berapa banyak aku harus berselawat kepadamu dalam doaku? Lalu Rasulullah bersabda: Terserah kepadamu wahai Ubai.

3. Ubai menyebutkan beberapa bilangan dan Rasulullah hanya menjawab: Terserah kepadamu. Sehinggalah di hujung dialog tersebut Ubai bertekad untuk menjadikan seluruh doanya mengandungi selawat kepada Baginda Nabi. Lalu Rasulullah bersabda:

إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ، وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ

“Jika demikian, Allah akan mencukupkan segala keperluanmu dan mengampunkan dosamu.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan)

4. Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah. Allah dan para malaikat turut mengucapkan selawat ke atas Nabi. Selawat bukan sahaja menjadikan kita lebih dekat dengan Rasulullah, bahkan dosa kita berupaya di ampunkan.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

CAHAYA ISLAM CHANNEL

23 Jul, 14:18


Doa Nabi ﷺ memohon kepada Allah agar dihindari daripada akhlak yang buruk, amal perbuatan yang keji, mengikut hawa nafsu dan juga dilindungi daripada penyakit-penyakit yang berat.

CAHAYA ISLAM CHANNEL

22 Jul, 12:49


AMALAN PELINDUNG DIRI SETIAP HARI

AYAT KURSI

Sabda Nabi ﷺ:
“Siapa yg membacanya ketika petang, maka dia akan dilindungi (oleh Allah) hingga pagi. Siapa yg membacanya ketika pagi, maka ia akan dilindungi hingga petang.”
(HR. Al Hakim)

"Siapa yg membacanya ketika hendak tidur, maka dia akan dipelihara Allah dan syaitan tidak akan menghampirinya hingga waktu pagi.”
(HR. Al Bukhari)

SURAH 3 QUL

Sabda Nabi ﷺ:
"Siapa yg membacanya 3 kali pada waktu pagi dan waktu petang, maka cukup baginya (sebagai pelindung) daripada semua perkara.”
(HR. Abu Dawud & Tirmizi)

Daripada Aishah r.a:
"Nabi ﷺ ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup &
dibacakan ’Qul huwallahu ahad’, ’Qul a’uzu birobbil falaq’ & ’Qul a’uzu birobbin naas’.

Kemudian baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yg mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah & tubuh bahagian depan. Baginda melakukannya sebanyak 3 kali.”
(HR. Bukhari)

CAHAYA ISLAM CHANNEL

13 Jul, 12:45


JOM PUASA 9-10 MUHARRAM ISNIN & SELASA INI

Kemuliaan Hari 'Asyura 10 Muharram

Dari Ibnu Abbas r.a, beliau menceritakan, ketika Nabi ﷺ tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura’. Beliau bertanya, “Hari apa ini?” Mereka menjawab, “Hari yang baik, hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, sehingga Musa pun berpuasa pada hari ini sebagai bentuk syukur kepada Allah.
Akhirnya Nabi ﷺ bersabda, “Kami (kaum muslimin) lebih layak menghormati Musa dari pada kalian.” kemudian Nabi ﷺ memerintahkan para sahabat berpuasa.
[HR Bukhari]

Nabi ﷺ bersabda:
"Puasa pada hari ‘Asyura aku mengharap kepada Allah agar ia dapat menghapus dosa setahun yang lalu."
[HR Ibnu Majah, 1738]

Bagi membezakan puasa kaum Yahudi, Nabi ﷺ juga ingin berpuasa pada sehari sebelum 'Asyura iaitu hari ke 9 Muharram (Tasu'a). Sabda Nabi ﷺ:
"Jika aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku berpuasa pada hari ke 9 (Muharram)."
[HR Muslim, 1164]

#cahayaislam #sunnahnabi #SayangNabiIkutNabi

CAHAYA ISLAM CHANNEL

03 Jul, 23:43


PERINGATAN DAN MUHASABAH

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

1) Ambillah peluang beribadah kepada Allah dengan melaksanakan dengan sempurna segala ibadah fardhu dan mempertingkatkan amalan sunat khususnya kita sudah semakin hampir dengan kematian.

2) Dekatkanlah diri dengan masjid, surau, majlis ilmu dan sahabat-sahabat yang baik dan berakhlak mulia.

3) Jauhilah segala perkara yang melalaikan dan hindarilah diri daripada bergaul dengan mereka yang jauh daripada Allah.

4) Sesungguhnya kita tidak tahu bilakah akan dipanggil kembali kepada Allah.

5) Berdoalah semoga Allah mengurniakan husnul khatimah (pengakhiran hidup yang baik) kepada kita semua.

"Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk sentiasa memanfaatkan setiap detik hidup kami untuk mendekatkan diri kepada-Mu."

Abu Anas Madani, Madinah 28 Zulhijjah 1445H \ 4-7-2024.

CAHAYA ISLAM CHANNEL

02 Jul, 14:15


Doa yang amat bermakna dan mendalam ini terkandung dalam ayat terakhir surah Al-Baqarah. Doa yang penuh pengharapan agar Allah melindungi kita daripada musibah, bahaya dan apa jua kesulitan yang berat.

Nabi ﷺ berpesan kepada umatnya agar membaca 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah yang mengandungi doa ini pada setiap malam.

Sabda Nabi ﷺ:
"Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah pada malam hari, maka dia akan diberi kecukupan.”
(HR Bukhari & Muslim)

#cahayaislam

CAHAYA ISLAM CHANNEL

29 Jun, 14:42


Doa Ketika Kesempitan Rezeki

Ibnu Masúd radhiallahu ánhu, beliau berkata :

Nabi ﷺ menerima kedatangan tetamu, maka Nabi mengirim utusan kepada isteri-isterinya untuk mencari makanan. Akan tetapi ternyata tidak ada makanan sama sekali yang didapati daripada seorang pun dari isteri-isterinya.

Maka Nabi ﷺ berdoa:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ وَرَحْمَتِكَ، فَإِنَّهُ لاَ يَمْلِكُهَا إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu tambahan kurnia-Mu dan rahmat-Mu, kerana sesungguhnya tidak ada yang memilikinya kecuali Engkau”.

Lalu Nabi ﷺ mendapat hadiah seekor kambing panggang. Maka Nabi ﷺ berkata, “Ini termasuk kurniaan Allah, dan kita sedang menanti rahmatNya”.

(HR Tabrani)

#cahayaislam #doanabi #sunnahnabi #SayangNabiIkutNabi