NUTP SELANGOR OFFICIAL @nutpselangor Channel on Telegram

NUTP SELANGOR OFFICIAL

@nutpselangor


Channel Telegram Official NUTP Selangor bagi penyampaian segala info tentang NUTP SELANGOR DAN NUTP KEBANGSAAN.
03-33597633 - Pejabat
011-65597833 – Urusan Pentadbiran 011-57594716 – Keahlian, Gantian Kad, Ahli Besekutu,Insurans
011-57594714 – Tabung K

NUTP SELANGOR OFFICIAL (Malay)

Selamat datang ke saluran rasmi NUTP Selangor di Telegram! Jika anda mencari maklumat terkini tentang NUTP SELANGOR DAN NUTP KEBANGSAAN, ini adalah tempat yang tepat untuk anda. Saluran ini menyediakan segala info berkaitan dengan NUTP Selangor dan juga NUTP Kebangsaan. Dari nombor telefon untuk menghubungi pejabat, sehingga maklumat tentang urusan pentadbiran dan keahlian, saluran ini memastikan anda sentiasa berada di dalam lingkungan yang terkini. Untuk pertanyaan atau bantuan, anda boleh menghubungi nombor yang disediakan seperti 03-33597633 untuk Pejabat, 011-65597833 untuk Urusan Pentadbiran, 011-57594716 untuk Keahlian, Gantian Kad, dan Ahli Besekutu, serta 011-57594714 untuk maklumat berkaitan dengan Tabung K. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk terus mendapat info terkini tentang NUTP Selangor dengan menyertai saluran rasmi kami sekarang! Terima kasih.

NUTP SELANGOR OFFICIAL

28 Jan, 10:07


Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2025

NUTP SELANGOR OFFICIAL

10 Jan, 03:38


As salam dan salam sejahtera,

NUTP Selangor dalam proses untuk menghantar takwim tahun 2025 untuk semua sekolah. Mohon semua ahli untuk semak wakil sekolah yang terkini di nombor https://wa.me/601157594716 untuk kami menghantar buletin dan maklumat kepada semua ahli melalui wakil yang masih aktif di sekolah cikgu ini adalah kerana saban tahun kami menerima aduan ahli di sekolah tidak menerima takwim yang dibekalkan setiap tahun oleh kerana:
* wakil telah bersara atau meninggal dunia dan tidak dimaklumkan kepada NUTP Selangor,
* wakil tidak aktif atau
* wakil sudah tidak ada di sekolah yang mana wakil sudah bertukar sekolah tidak dimaklumkan.


Kami sangat berharap setiap ahli dapat memanfaatkan keahlian dengan mendapat buletin dan maklumat yang kami salurkan melalui wakil sekolah.

Sekian terima kasih.

MOHD KOIRY BIN ABDULLAH
SETIAUSAHA CAWANGAN NUTP SELANGOR


Tarikh: 10 Januari 2025

NUTP SELANGOR OFFICIAL

06 Jan, 13:17


Selamat sejahtera Tuan/Puan,

Sila ambil maklum bahawa, pada waktu ini, pihak kami masih di dalam proses untuk mendapatkan pengesahan Premium Tahun 2025 bagi polisi kad medikal NUTP Healthcare daripada pihak insurans. Sila tunggu surat peringatan bagi SEMUA polisi anda yang akan dikeluarkan dan dihantarkan ke alamat surat-menyurat & notifikasi WhatsApp anda dalam masa terdekat.

Sila sahkan maklumat alamat surat-menyurat & nombor telefon untuk tujuan notifikasi WhatsApp bagi semua ahli yang dinyatakan di atas. Sekiranya anda masih belum menerima surat peringatan pembayaran pada hujung Januari 2025, sila hubungi kami semula untuk tindakan seterusnya. Sila ambil maklum bahawa tarikh akhir untuk membuat pembayaran premium bagi polisi kad medikal NUTP HealthCare telah dilanjutkan sehingga 10 FEB 2025.

Coverage untuk bulan Januari masih dalam tempoh Grace Period - polisi masih aktif walaupun tanpa bayaran premium. Walaubagaimanapun, sekiranya peserta memerlukan rawatan di hospital, Guarantee Letter hanya akan diproses SELEPAS bayaran premium dibuat. Kalau ada cikgu/ahli NUTP yang akan admit dalam masa terdekat, minta hubungi kami dahulu untuk dapatkan maklumat pembayaran premium.

Tony Ng & Associates Sdn Bhd (NUTP Insurance Service Center)

NUTP SELANGOR OFFICIAL

03 Jan, 10:18


Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

Saksikan bual bicara bertajuk Pembangunan Potensi Murid melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah bersama-sama YBrs. Tuan Haji Azman bin Haji Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia serta YBrs. Tuan Haji Fouzi bin Singon, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) dalam rancangan Soal Rakyat menerusi saluran TV3 pada 4 Januari 2025 (Sabtu), jam 5:30 petang.

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi

Sekian, terima kasih.

UKK KPM

NUTP SELANGOR OFFICIAL

01 Jan, 03:52


𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓
Jika kamu belajar dari kegagalan,
maka kamu tidak akan pernah gagal.
Salam 2025, semoga kita kekal positif
dan terus bersemangat mencapai matlamat.

𝙸𝚔𝚑𝚕𝚊𝚜 𝙳𝚊𝚛𝚒𝚙𝚊𝚍𝚊 :
𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔
𝗡𝗨𝗧𝗣 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟯-𝟮𝟬𝟮𝟲

NUTP SELANGOR OFFICIAL

31 Dec, 05:28


Untuk peringatan bersama

NUTP SELANGOR OFFICIAL

30 Dec, 07:40


Makluman
Untuk rakan-rakan warga NUTP yg telah buat rayuan haji & bercadang membuat pilihan Pakej Haji Andalusia 1446H/2025, mohon hadir di Movenpick KLIA (Sepang) untuk pendaftaran pakej, dengan kadar segera.

Saya & team bersedia membantu warga NUTP, pada hari Sabtu & Ahad.
• 4 & 5 Januari 2025.
• 9.00 Pagi - 6.00 petang.

Buat masa ini, slot pendaftaran pakej MARSA telah ditutup.

T/kasih.

Farid Isa
Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
• 013-5959870 (WhatsApp).

NUTP SELANGOR OFFICIAL

30 Dec, 03:44


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
PERMOHONAN USUL BAHARU BAGI PERTIMBANGAN MESYUARAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERSAMA KESATUAN/PERSATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN BILANGAN 1 TAHUN 2025

Untuk makluman cadangan usul ini hanya berkaitan hal-hal perjawatan, perkhidmatan, kursus sahaja. Contoh cadangan usul tambah cuti mengerjakan haji daripada 40 kepada 45 hari. Segala cadangan dan usul yang berkaitan akan dibawa ke dalam Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia bil 1/2025.

Cadangan usul sebelum 2 Januari 2025.

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia Bersama Kesatuan/Persatuan Perkhidmatan Perguruan Bilangan 1 Tahun 2025 akan diadakan pada tarikh yang akan dimuktamadkan. Sehubungan dengan itu, sekiranya NUTP mempunyai sebarang usul baharu berkaitan pengurusan sumber manusia untuk dibincangkan dalam mesyuarat.
Sebagai makluman pihak tuan/puan, sebarang usul baharu yang diterima bukan berkaitan pengurusan sumber manusia atau diterima oleh pihak urus setia selepas tarikh 2 Januari 2025 tidak akan dibentangkan dalam mesyuarat tersebut.

Sila isi melalui google form dibawah dengan segera sekiranya ada sebarang usul :
https://forms.gle/SvB7YnimH7Nx5iBx5

Mohd Koiry bin Abdullah
Setiausaha Cawangan
NUTP Selangor.

NUTP SELANGOR OFFICIAL

24 Dec, 13:39


🎄 Selamat Hari Natal kepada Semua Ahli NUTP! 🎄
Kami di NUTP SELANGOR ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua ahli NUTP yang menyambutnya.

NUTP SELANGOR OFFICIAL

24 Dec, 10:18


Rabu | 25.12.2024
9.00 pagi

Apa khabar Malaysia bersama Presiden NUTP
& Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Abdul Rahman, Jabatan Psikologi & Kaunseling Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Jangan lupa kongsikan

NUTP SELANGOR OFFICIAL

20 Dec, 11:48


20 Disember 2024 @ SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka

Penyerahan manfaat insurans NUTP sebanyak RM 306, 973.24 kepada waris guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka yang meninggal dunia akibat nahas jalan raya.

Penyerahan telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab. Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2024/06/1261975/guru-sk-jeram-cedera-nahas-di-rompin-beransur-pulih-ada-sudah

NUTP SELANGOR OFFICIAL

19 Dec, 00:33


18.12.2024 | Road Show NUTP Selangor di Fakulti Pendidikan UKM, Sempena Kursus Profesionalisme Guru Pendidikan Khas Negeri Selangor Tahun 2024. Taklimat NUTP Pejuang Guru juga turut diampaikan oleh Sdr. Balasubramaniam a/l Muthusamy., Pengerusi NUTP Selangor. https://www.facebook.com/share/p/17ND7ytMeG/

NUTP SELANGOR OFFICIAL

17 Dec, 12:25


Yang berdekatan dijemput singgah di booth NUTP Selangor

NUTP SELANGOR OFFICIAL

17 Dec, 03:30


ada 10 lagi kekosongan, jika ada ahli yang berminat hubungi kami dengan segera. 011-65597833

NUTP SELANGOR OFFICIAL

11 Dec, 03:49


Pada 10 Disember 2024 telah berlangsung satu memorandum persefahaman diantara NUTP Selangor dengan FREYA D’WELLNESS SDN. BHD. Memorandum bertujuan bagi mewujudkan Kerjasama untuk FREYA memberikan pakej istimewa suplemen dan ujian darah terperinci kepada ahli-ahli NUTP Selangor dan juga ahli NUTP di seluruh Semenanjung Malaysia.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :
Freya D’Wellness Sdn. Bhd.
Alamat : C-1-3, Pusat Komersial Jalan Kuching, Jalan Kepayang, Off Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur
E-mel : [email protected]
No Tel : +60 12-9662024

NUTP SELANGOR OFFICIAL

11 Dec, 02:03


DAULAT TUANKU!
SEMBAH TAHNIAH DAN UCAP SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KE-79 DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR PADA 11 DISEMBER 2024 BERSAMAAN 9 JAMADILAKHIR 1446H
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang ke-79. Semoga Allah memberkati dan melanjutkan usia baginda Tuanku.Sembah Takzim Daripada :
Pengerusi, Setiausaha, Bendahari
dan Barisan Ahli Jawatankuasa NUTP Selangor

NUTP SELANGOR OFFICIAL

09 Dec, 08:20


Salam hormat,

Pihak Sinar Harian dengan sukacitanya menjemput seluruh warga Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Cawangan Selangor (NUTP Selangor) yang berkelapangan ke Program Wakaf dengan tajuk:
Program Bahagia Memberi MAIWP bersama Sinar Harian

📅 Tarikh: Jumaat, 13 Disember 2024
Masa: 8.30 pagi - 1.00 petang
📍 Lokasi: Auditorium Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

Eksklusif untuk Anda:

MASUK PERCUMA!
Pelbagai AKTIVITI BERMANFAAT menanti anda:

CEO Talk: Realiti Miskin Bandar
Wacana: Kenapa Wakaf Kurang Popular?
Kaunter Derma Darah
Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Kaunter Urut Orang Buta

🍴 Tambahan menarik:

Makanan disediakan untuk 200 tetamu terawal
Goodies istimewa untuk 100 tetamu terawal

Segera daftarkan kehadiran anda di pautan ini:
👉 RSVP Sekarang: https://bit.ly/maiwpsinar

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
📞 +6019-213 3315 (Hotline Sinar Harian)

NUTP SELANGOR OFFICIAL

07 Dec, 02:33


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1332884/kpm-sedia-pertimbang-permohonan-kurangkan-tempoh-pertukaran-guru

NUTP SELANGOR OFFICIAL

07 Dec, 02:32


"Kementerian Pendidikan (KPM) sedia mempertimbang permohonan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) untuk mengurangkan tempoh tiga tahun pertama perkhidmatan sebagai syarat permohonan pertukaran guru."

NUTP SELANGOR OFFICIAL

26 Nov, 11:00


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
NUTP sedang menjalankan satu kajian bertajuk *Model Kesejahteraan Guru dalam Era Digitalisasi Pendidikan di Selangor*. Kajian ini bertujuan untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi *kesejahteraan guru di sekolah-sekolah kerajaan di negeri Selangor* dalam konteks pendidikan digital.
Dengan ini, kami memohon kerjasama daripada semua guru di Selangor untuk meluangkan masa menjawab soal selidik ini. Maklum balas anda sangat penting untuk membantu kami mengenal pasti cabaran dan peluang dalam menyokong kesejahteraan guru.
Sila klik pautan berikut untuk menjawab soal selidik: 👉 *https://bit.ly/4g0XIeo*
Soal selidik ini akan mengambil masa kira-kira *5 minit* sahaja untuk diselesaikan.
Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan sepenuhnya dan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan.
Ikhlas daripada *NUTP Malaysia*.

NUTP SELANGOR OFFICIAL

21 Nov, 10:58


𝐓𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐭𝐢𝐦𝐞𝐰𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐍𝐔𝐓𝐏

Cosmo Hotel, Kuala Lumpur telah menawarkan diskaun harga bilik yang istimewa untuk Ahli NUTP Malaysia.

Terletak di Leboh Ampang, hotel bertaraf 4 bintang ini menawarkan sejumlah 347 bilik dan suite yang direka luas. Kemudahan seperti gimnasium, dan restoran bergaya untuk sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan malam tersedia untuk memberikan pengalaman terbaik kepada para tetamu.

Cosmo Hotel Kuala Lumpur terletak dalam jarak berjalan kaki ke tarikan popular di Kuala Lumpur seperti Pasar Seni, mercu tanda bersejarah Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Chinatown serta pelbagai pusat membeli-belah.

Bagi Ahli NUTP yang berminat, boleh hubungi :-

En. Najib
Pengurus Pemasaran
014-9004306 / 03-20301888

NUTP SELANGOR OFFICIAL

21 Nov, 10:43


Akan datang....Tahun 2025... Jangan lupa untuk mendaftar nanti apabila pendaftaran dibuka dan menjadi sejarah ahli NUTP Selangor yang berjaya takluk Gunung Kinabalu

NUTP SELANGOR OFFICIAL

20 Nov, 12:16


Pembukaan Kaunter NUTP di PLAZA MASALAM, Shah Alam sempena Hari Terbuka PPD Petaling Perdana
📆 21 November 2024 (KHAMIS)
8.00 pagi - 4.00 petang
Kami menyediakan khidmat :
PENDAFTARAN AHLI BARU NUTP
GANTIAN KAD AHLI
PENUKARAN ALAMAT SEKOLAH
KEMASKINI NAMA PEWARIS
SEMAKAN POTONGAN ANGKASA PERCUMA
TUNTUTAN-TUNTUTAN SEBAGAI AHLI
1. PENYAKIT Kritikal
2. BENCANA Alam
3. INSENTIF 7A bagi anak (SPM)
4. Faedah PERSARAAN
5. IJAZAH Sarjana Muda/Master/Phd
6. KHAIRAT Kematian ibu/bapa, pasangan, ahli/anak

Guru-guru juga boleh memilih skim takaful NUTP yang bersesuai dengan harga sangat murah dan berpatutan :
🔸Perlindungan Penyakit Kritikal
🔸Insurans Hayat
🔸Medical Card
🔸Perlindungan Kemalangan
-----------------------------
Hubungi wakil kami melalui Whatsapp, jika perlukan maklumat lanjut: www.wasap.my/601165597833

NUTP SELANGOR OFFICIAL

18 Nov, 13:14


𝐓𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐭𝐢𝐦𝐞𝐰𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐍𝐔𝐓𝐏
Wyndham Acmar Klang, telah menawarkan diskaun harga bilik yang istimewa untuk Ahli NUTP Malaysia.
Wyndham Acmar Klang adalah sebuah hotel bertaraf kelas dunia yang terletak di Bandar Baru Klang, Selangor. Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan yang diperlukan dengan suasana yang moden dan elegan. Hotel ini terletak berdekatan dengan beberapa lebuhraya utama seperti Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Klang Utara, dan Bypass Klang/Banting, serta hanya sekitar 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.
Bagi Ahli NUTP yang berminat, boleh hubungi :-
𝙅𝙖𝙣𝙞𝙘𝙚 𝙎𝙝𝙚𝙣
𝙎𝙚𝙣𝙞𝙤𝙧 𝙎𝙖𝙡𝙚𝙨 𝙈𝙖𝙣𝙖𝙜𝙚𝙧
016 2824 629

NUTP SELANGOR OFFICIAL

18 Nov, 02:24


Pembukaan Kaunter NUTP di Komplek PKNS, Shah Alam sempena Hari Terbuka PPD Petaling Perdana
📆18 - 20 November 2024 | Isnin - Rabu (NUTP Selangor berada pada tarikh 19-20 hb shj)
10.00 pagi - 4.00 petang
Kami menyediakan khidmat :
PENDAFTARAN AHLI BARU NUTP
GANTIAN KAD AHLI
PENUKARAN ALAMAT SEKOLAH
KEMASKINI NAMA PEWARIS
SEMAKAN POTONGAN ANGKASA PERCUMA
TUNTUTAN-TUNTUTAN SEBAGAI AHLI
1. PENYAKIT Kritikal
2. BENCANA Alam
3. INSENTIF 7A bagi anak (SPM)
4. Faedah PERSARAAN
5. IJAZAH Sarjana Muda/Master/Phd
6. KHAIRAT Kematian ibu/bapa, pasangan, ahli/anak

Guru-guru juga boleh memilih skim takaful NUTP yang bersesuai dengan harga sangat murah dan berpatutan :
🔸Perlindungan Penyakit Kritikal
🔸Insurans Hayat
🔸Medical Card
🔸Perlindungan Kemalangan
-----------------------------
Hubungi wakil kami melalui Whatsapp, jika perlukan maklumat lanjut: www.wasap.my/601165597833

NUTP SELANGOR OFFICIAL

11 Nov, 04:46


Masih ada 7 lagi kekosongan, jika ada ahli yang berminat untuk hadir sila hubungi kami segera https://wa.link/l4hizv

NUTP SELANGOR OFFICIAL

10 Nov, 04:43


Iklan kekosongan jawatan di Ibu Pejabat NUTP Malaysia. Kongsikan

NUTP SELANGOR OFFICIAL

10 Nov, 00:46


9.11.2024 | Taklimat dan kempen keahlian NUTP oleh Sdr. Mohd Faizee Azwar bin Ariffin, Bendahari Cawangan NUTP Selangor kepada guru-guru SK Telok Gong sempena program LADAP di Dewan Seminar NUTP Selangor. https://www.facebook.com/share/p/14T9FZRS4y/

NUTP SELANGOR OFFICIAL

10 Nov, 00:45


Kursus Protokol, Etika dan Etiket anjuran JHEKS Selangor bertempat di Hotel Best Western i-City Shah Alam pada 09.11.2024 (Sabtu). Program ini dikendalikan oleh Cute Carry.

NUTP Selangor telah menghantar 4 orang wakil AJK iaitu Sdr. Mohd Faizee, Sdr G. Ravi, Sdr Azman dan Sdr. Tharmizi bagi memantapkan pengurusan program anjuran NUTP Selangor nanti.

Tahniah di ucapkan!. https://www.facebook.com/share/p/1AcQfvnybg/

NUTP SELANGOR OFFICIAL

10 Nov, 00:43


𝓣𝓐𝓗𝓝𝓘𝓐𝓗 𝓓𝓐𝓝 𝓢𝓨𝓐𝓑𝓐𝓢!!
NUTP Cawangan Selangor merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang di atas kejayaan mencapai Anugerah Perak (Kategori Sekolah Rendah) dalam Majlis Anugerah Kualiti Institusi Pendidikan Madani KPM 2024 yang diadakan pada 30 Oktober 2024.
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐒𝐊 𝐑𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮 𝐏𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠, 𝐊𝐥𝐚𝐧𝐠.

NUTP SELANGOR OFFICIAL

05 Nov, 07:38


𝐀𝐬𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦𝐮𝐚𝐥𝐚𝐢𝐤𝐮𝐦 𝐖.𝐁.𝐓. 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚,

Saudara/Saudari,

JEMPUTAN MENYERTAI KURSUS ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) DALAM PENDIDIKAN

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan.
2. NUTP Selangor akan mengadakan Seminar Pendidikan anjuran Biro ICT NUTP Selangor yang bertajuk Artificial Intelligence (AI) Dalam Pendidikan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Disember 2024 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Seminar NUTP Selangor

Penyertaan: Terbuka untuk semua ahli NUTP Selangor

3. Sehubungan dengan itu, ahli NUTP Selangor yang berminat untuk hadir ke kursus ini, sila lengkapkan maklumat dengan imbas QR Code yang disediakan atau menggunakan pautan Google Form seperti di bawah:

https://forms.gle/pzb24YzWLiAzZ2Xe8

4. Bagi guru-guru yang berminat untuk menyertai tetapi belum menjadi ahli NUTP boleh daftar keahlian di pautan yang diberikan;
https://mynutp.org.my/Daftar_Ahli_baharu.aspx atau whatsapp 01165597833 untuk pertanyaan lanjut.

Perhatian dan kerjasama Saudara/Saudari amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"NUTP PELINDUNG & PEMBELA GURU DULU, KINI & SELAMANYA"

Yang ikhlas,

𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐊𝐎𝐈𝐑𝐘 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇
𝑺𝒆𝒕𝒊𝒂𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂 𝑪𝒂𝒘𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏
𝑲𝒆𝒔𝒂𝒕𝒖𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒓𝒌𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒓𝒈𝒖𝒓𝒖𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒃𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂𝒂𝒏 𝑪𝒂𝒘𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒏𝒈𝒐𝒓 (𝑵𝑼𝑻𝑷/𝑲𝑷𝑷𝑲)
Wisma NUTP Selangor
No. 22, Jalan Keluli 7/109,
Pusat Perniagaan Bukit Raja,
Seksyen 7,40000 Shah Alam.
No. Tel : 03-33597633/33597833
Whatsapp: 01165597833 (Pentadbiran)

NUTP SELANGOR OFFICIAL

04 Nov, 23:47


Kunjungan hormat oleh Sektor Integriti JPN Selangor yang diketuai oleh Pn. Nurul Faizah, Ketua Penolong Pengarah Sektor Integriti untuk menjalinkan kerjasama rakan strategik bersama NUTP bagi membantu guru-guru terutama ahli-ahli NUTP supaya tidak tidak terkait masalah integriti.

NUTP SELANGOR OFFICIAL

04 Nov, 00:36


Malam ini, 9:00 malam, TV1

NUTP SELANGOR OFFICIAL

30 Oct, 10:24


Happy Deepavali
"Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya kegembiraan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Hindu,"

NUTP SELANGOR OFFICIAL

21 Oct, 14:06


𝐀𝐬𝐬𝐚𝐥𝐚𝐦𝐮𝐚𝐥𝐚𝐢𝐤𝐮𝐦 𝐖.𝐁.𝐓. 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚,

Saudara/Saudari,

JEMPUTAN MENYERTAI KURSUS PEMANTAPAN IMEJ PROFESIONAL GURU "CIKGU ANGGUN, MURID TEKUN"

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan.
2. NUTP Selangor akan mengajurkan Seminar Pendidikan anjuran Biro Wanita NUTP Selangor seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 16 November 2024 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Seminar NUTP Selangor
Penyertaan: Terbuka untuk semua ahli NUTP Selangor


3. Sehubungan dengan itu, ahli NUTP Selangor yang berminat untuk hadir ke kursus ini, sila lengkapkan maklumat dengan imbas QR Code yang disediakan atau menggunakan pautan Google Form seperti di bawah:

https://forms.gle/iN7b3JBmrnwaP7Lh6

4. Bagi guru-guru yang berminat untuk menyertai tetapi belum menjadi ahli NUTP boleh daftar keahlian di pautan yang diberikan;
https://mynutp.org.my/Daftar_Ahli_baharu.aspx

NUTP SELANGOR OFFICIAL

21 Oct, 04:06


Pasukan FUTSAL NUTP Selangor telah mendapat tempat ke-2 dan ke-4 dalam Kejohanan Futsal CUEPACS Selangor bertempat di Padang Futsal Presint 18 Putrajaya. Tahniah diucapkan.

NUTP SELANGOR OFFICIAL

09 Oct, 13:40


Taklimat SSPA oleh Presiden NUTP Malaysia kepada PPD , Guru Besar dan Pengetua Daerah Klang. Satu insentif bersama Anjuran PPD Klang dengan Kerjasama PGBM Daerah Klang, MPSM Daerah Klang, Persatuan Guru Besar Sekolah Cina, Persatuan Guru Besar Sekolah Tamil dan NUTP Selangor. Alhamdulillah..

NUTP SELANGOR OFFICIAL

08 Oct, 05:24


Sekiranya sekolah ingin menjemput NUTP Selangor ke sekolah sila hubungi www.wasap.my/601165597833

NUTP SELANGOR OFFICIAL

08 Oct, 05:23


Pembukaan Kaunter NUTP di SK Rantau Panjang sempena Taklimat SSPA oleh Presiden NUTP Malaysia kepada Guru Besar dan Pengetua Daerah Klang.

📆 9 Oktober 2024 | Rabu
8.30 pagi - 12.30 tgh hari.

Kami menyediakan khidmat :
PENDAFTARAN AHLI BARU NUTP
GANTIAN KAD AHLI
PENUKARAN ALAMAT SEKOLAH
KEMASKINI NAMA PEWARIS
SEMAKAN POTONGAN ANGKASA PERCUMA
TUNTUTAN-TUNTUTAN SEBAGAI AHLI
1. PENYAKIT Kritikal
2. BENCANA Alam
3. INSENTIF 7A bagi anak (SPM)
4. Faedah PERSARAAN
5. IJAZAH Sarjana Muda/Master/Phd
6. KHAIRAT Kematian ibu/bapa, pasangan, ahli/anak

Guru-guru juga boleh memilih skim takaful NUTP yang bersesuai dengan harga sangat murah dan berpatutan :
🔸Perlindungan Penyakit Kritikal
🔸Insurans Hayat
🔸Medical Card


Dapatkan Tumbler percuma untuk guru baharu yang mendaftar jadi ahli NUTP dan Pen Eksklusif secara percuma untuk ahli-ahli NUTP di SK Rantau Panjang di kaunter NUTP.

Hubungi wakil kami melalui Whatsapp, jika perlukan maklumat lanjut: www.wasap.my/601165597833

NUTP SELANGOR OFFICIAL

05 Oct, 04:51


𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐼𝑘ℎ𝑙𝑎𝑠 𝐷𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎
𝑵𝙐𝑻𝙋 𝙎𝒆𝙡𝒂𝙣𝒈𝙤𝒓

NUTP SELANGOR OFFICIAL

02 Oct, 07:56


Ahli NUTP SELANGOR yang berminat untuk mewakili NUTP MALAYSIA sila hubungi NUTP Selangor yer...