Bicara Gaza πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ @bicaragaza4u Channel on Telegram

Bicara Gaza πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

@bicaragaza4u


Bicara Gaza akan berkongsi kehidupan dan perkembangan semasa yang berlaku di Gaza, Turki & Syria berdasarkan sumber yang dipercayai.

Bicara Gaza πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ (Malay)

Bicara Gaza adalah saluran Telegram yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang kehidupan dan perkembangan semasa di Gaza, Turki, dan Syria. Saluran ini akan menyediakan berita dari sumber yang dipercayai serta memberikan wawasan yang mendalam mengenai situasi di kawasan tersebut. Dengan mengikuti Bicara Gaza, anda akan dapat mengetahui perkembangan terkini dan menyeluruh mengenai isu-isu yang berlaku di Gaza dan sekitarnya. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat yang berkualiti dan tepat pada masanya dengan menyertai saluran Telegram Bicara Gaza sekarang!

Bicara Gaza πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

15 Nov, 21:50


TERKINI

Rejim Zionis melancarkan pengeboman baharu di sekitar Hospital Indonesia, timur Jabalia, utara Semenanjung Gaza.

Bicara Gaza πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

15 Nov, 21:50


TERKINI

Pertempuran bersenjata meletus antara Al-Qassam dan tentera Zionis yang menembusi barat Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza.

Bicara Gaza πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

15 Nov, 21:50


TERKINI

Jentolak Israel yang diiringi oleh penduduk haram Israel menyerang kejiranan Armenia di Kota Lama Baitulmaqdis

Bicara Gaza πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

15 Nov, 21:50


TERKINI

Doktor di Hospital Al-Shifa, Khaled Abu Samra, memberitahu Al Jazeera Live:

Tidak ada kebenaran sama sekali mengenaik dakwaan tentera Zionis memberikan bantuan perubatan kepada Kompleks Al-Shifa.

Bicara Gaza πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

15 Nov, 21:19


Hujan dan musim sejuk yang bakal tiba akan memburukkan lagi penderitaan orang yang berteduh di dalam khemah sekolah UNRWA di selatan Semenanjung Gaza.

Bicara Gaza πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

15 Nov, 21:01


TERKINI

Ketua Jabatan Terbakar di Kompleks Al-Shifa, Ahmed Al-Makhalati:

Jentolak Israel menyerbu Kompleks Al-Shifa dari pintu masuk selatan.

Bicara Gaza πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

15 Nov, 21:01


Draf resolusi yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB menyeru gencatan senjata kemanusiaan segera dilakukan dan dilanjutkan serta penubuhan koridor selamat di seluruh Gaza.

Bicara Gaza πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

15 Nov, 21:01


Rakyat Palestin dilihat sedang memeriksa sisa-sisa yang berbaki di balik runtuhan rumah mereka yang musnah selepas serangan pengeboman rejim Israel ke atas bandar Rafah.

Sumber: Quds News Network

Bicara Gaza πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

15 Nov, 21:01


TERKINI

Briged Seraya Al Quds mengumumkan 7 lagi nama mereka yang gugur dalam pertempuran dengan IOF di Tulkarm, Tebing Barat

1) Abd Maarak Jarban, 33 tahun

2) Saeed Salman Abu Tahoun, 32 tahun

3) Jihad Khaled Ghanem, 25 tahun

4) Musab Omar Al-Ghoul, 21 tahun

5) Hazem Mohammad Hasari, 28 Tahun

6) Mahmoud Ali Haddaida, 25 Tahun

7) Walid Musa'ei, 26 tahun

Al Fatihah

Bicara Gaza πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

15 Nov, 21:01


TERKINI ‼️

Sejumlah Syahid dan cedera dalam pengeboman rejim Zionis ke atas sekolah Malaysia di kem Nuseirat, tengah-tengah Semenanjung Gaza, yang menempatkan ribuan orang yang kehilangan tempat tinggal.

Bicara Gaza πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

15 Nov, 21:01


Saksikan saat kecederaan serius akibat pengeboman rejim Zionis ke atas sekolah Malaysia di kem Nuseirat

Bicara Gaza πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

15 Nov, 21:01


TERKINI

Menteri Kesihatan Turki, yang mengetuai delegasi perubatan Turki, menerima 20 pesakit kanser pertama yang dipindahkan dari Semenanjung Gaza ke Mesir, di mana mereka akan diangkut ke Turki melalui pesawat peribadi untuk menerima rawatan.