Telegram With Poknik @twpoknik Channel on Telegram

Telegram With Poknik

@twpoknik


Nasihat Bisnes By Poknik

Telegram With Poknik (Malay)

Selamat datang ke Telegram With Poknik! Channel ini dikenali sebagai '@twpoknik' dan merupakan tempat untuk mendapatkan nasihat bisnes yang berguna dari Poknik. Siapa sebenarnya Poknik? Poknik adalah seorang pakar bisnes yang telah berpengalaman bertahun-tahun dalam industri. Dengan pengalaman dan pengetahuannya yang luas, Poknik berkongsi pelbagai strategi, tip, dan panduan untuk membantu anda memajukan perniagaan anda ke arah yang lebih berjaya. Apa yang dijanjikan di dalam channel ini? Di sini, anda akan menemui nasihat bisnes praktikal, penjelasan mengenai isu-isu pengurusan perniagaan, serta perkongsian pengalaman dari Poknik sendiri. Jadi, jika anda ingin meningkatkan kecekapan perniagaan anda, dapatkan inspirasi baru, dan memperluas rangkaian perniagaan anda, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Telegram With Poknik. Sertai sekarang dan jadilah sebahagian daripada komuniti yang bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan!

Telegram With Poknik

13 Dec, 03:27


guys .. ada berita baik.

module yang poknik buat berkenaan bagaimana nak tulis content dan run ads kepada setiap stage dah hampir siap dan dah bersedia untuk launching.

dalam module ni poknik sediakan framework bagaimana nak hook TOFU, bagaimana nak nurture MOFU, bagaimana nak convert TOFU dan bagaimana nak retain CUSTOMER.

ingat ye sifir ni

TOFU - hook
MOFU - nurture
BOFU - convert
CUSTOMER - retain

so framework untuk ini semua poknik sediakan dalam module ni.

Poknik juga sediaan framework bagaimana nak susun kempen utk kesemua peringkat funnel - TOFU, MOFU, BOFU dan CUSTOMER.

kaedah ni ialah kaedah bagaimana poknik berjaya membina sekumpulan pelanggan setia yang membuat repeat purchase sehingga 6 tahun yang menyebabkan LIFETIME VALUE mereka mencecah hampir 20 seorang.

basically, poknik akan jual module ni dengan harga RM297
tapi sebelum tu poknik akan buat launch dulu... pada 50% off - launching ni poknik akan buat pada 31 disember nanti

tapi untuk u guys, poknik akan buka hanya pada harga RM99 sahaja... dan poknik akan buka untuk jualan pada 16 disember nanti selama 4 jam - 8.00pm - 12.00 tengah malam.

Bagi yang membeli module ini pada harga RM99 pada ketika pre lauching - poknik akan tawarkan pada you guys untuk jadi affiiliate dan akan menerima komisen 50%

hanya yang membeli pada pre launch 16hb ini sahaja yang akan dapat beli pada harga RM99 dan dapat menjadi affiliate.

selepas itu, bila you dah jadi affiliate ... baru lah poknik akan buat launching produk ini pada 50% off = RM148.50 - dan komisen you adalah 50% dari harga jualan ini.

Join group wasap ini untuk kita bincang lebih lanjut ye >>> https://chat.whatsapp.com/GK2exVS9e41F4y75BiqlxS

kalau link tak aktif, reply pada post ini dengan "YES" untuk aktifkan link join

Telegram With Poknik

26 Nov, 07:01


KUNCI UTAMA KEJAYAAN PENGIKLANAN

Poknk dah handle ramai marketer... dan kebanyakannya fail.. tak mampu membawa hasil yang baik. Ada juga yg dapat bawa hasil yang baik...tapi selepas 2-3 bulan, mereka dah tak perform

bila poknik selidik... masa bulan pertama mereka bersemangat dan mereka banyak spend masa buat copywriting dan test copywriting.

tapi masuk bulan ke dua dan bulan ke tiga mereka dah tak hasilkan cw yang cukup untuk ads mereka. hasilnya.. ads mereka tak perform. Mereka nak cari winning creative pun tak dapat.

kesimpulan yang poknik buat ialah
1. ads nak perform... kita kena banyak buat creative
2. untuk buat creative yang banyak, kita kena pandai dan pakar copywriing
3. untuk buat creative yang banyak secara konsisten untuk jangkamasa panjang, kita kena ada stamina yang tinggi utk buat creative / cw
4. hakikatnya... jarang ada orang yang konsisten 4-5 tahun untuk capai keberjayaan yang cukup tinggi.

so hari ni poknik bawakan untuk u semua tool utk buat cw.. dan tool ni guna chatgpt4 turbo - versi terbaru dan terbaik sekarang ini - untuk menghasilkan cw yang padu

so tugas you ialah
1. jadikan diri you pandai cw supaya you faham asas
2. guna tools AI macam ni supaya you boleh hasilkan cw yang elok dengan cukup banyak supaya you akan jumpa winning ads yang banyak.

2-3 hari lagi akan ada live penerangan mengenai APP ini, dan anda akan ditunjukkan kaedah buat CW yang berkesan... selepas itu akan ditunjukkan pula bagaimana guna app ini utk hasilkan cw.

lepas tu kita akan buat launching dengan diskaun 30%

Ambik peluang ini dan selesaikan masalah bina CW yang kita semua hadapi.

JOIN GROUP WASAP INI >>>https://chat.whatsapp.com/HP3SUwNbyFjEY6SLK3IxgE

kita bersembang kat dalam group sana ye berkenaan copywriting dan pengiklanan yang akan bawa hasil yang banyak dan berterusan.

jom

Telegram With Poknik

21 Oct, 03:09


BATCH TERAKHIR PROGRAM BINA BISNES BERSAMA POKNIK

you guys mesti dah buat macam macam kan nak bina bisnes, tapi buat sekejap pastu mati dan terpaksa mula balik dari zero. Kalau you guys sentiasa mula balik dari zero, you guys akan stress dan struggle sampai bila bila.

kalau nak berjaya, kita tak boleh sentiasa restart. Kita kena sentiasa memulakan sesuatu yang baru di atas platform yang telah kita siapkan sebelum ini... lama2 platform tu akan jadi kukuh dan jadi besar.

dan bila platform kita kukuh dan besar, segala apa yang kita buat selepas itu akan jadi mudah dan lumayan. Ini yang poknik sedang alami sekarang dan ia sebenarnya ialah apa yang poknik praktikkand dari apa yang poknik belajar.

masa poknik mula mula belajar dulu.. poknik spend masa 4 tahun belajar macam2 dan cuba macam2 semata mata utk mencari satu jalan yang boleh bawa income besar secara berterusan kepada poknik. Untuk capai ini, poknik habis 200k lebih- sampai poknik buat personal loan untuk fahamkan.

poknik pernah masuk sesi coaching setahun di KL berharga RM16,888 ( sampai sekarang poknik ingat)
satu lagi sesi coaching juga RM1988
ada sesi 3 hari 2 malam RM4997
ada kelas 9-5 RM497, RM997, RM797

semua tu poknik hadir... dan poknik fly dari labuan setiap minggu utk hadir ke kelas.

itulah harganya sebuah bimbingan.

so sekarang ini poknik nak buat satu offer yang sebenarnya tak masuk akal untuk you guys .. yang jadi follower poknik ni.

Poknik nak tawarkan pada you guys satu position sebagai Master Stokis produk kesihatan yang poknik sedang bina. Komisen ialah 50% dari jualan dan ini akan merupakan kali terakhir poknik buka tawaran kepada sesiapa yg ingin menjadi master stokis.

Yuran komitmen dia ialah RM3000.00 dan hanya you guys sahajalah yang dapat jual produk tu nanti. Ini sebenarnya merupakan satu lesen kepada you nak jual produk itu dan ini satu cara dimana poknik hadkan persaingan yang mungkin timbul.

so apa yang you akan dapat bila join program ni?
1. poknik akan guide you bina brand you sendiri dimana you bukan lagi kerja jual proudk orang utk dapatkan duit belanja... tapi you jual produk orang sebagai batu loncatan untuk bina brand bisnes you sendiri.

kalau you boleh stay bina brand bisens you selama 20-30 tahun, apa jadi pada brand bisnes you? tentulah brand bisnes you akan jadi besar.

apa jadi kalau you dok jual produk orang 20-30 tahun? you akan kekal di takuk lama

Waalaupun sebenarnya you membuat aktiviti yang sama dalam dua dua keadaan.

so target poknik ialah untuk guide you membina satu brand bisnes yang cukup besar sehingga you boleh dapat 6 angka sebulan secara konsisten untuk bertahun tahun insyaallah.

Dan poknik target nak guide you supaya brand bisnes you ini jadi cukup besar dan cukup kukuh sehingga you boleh wariskan pada anak anak you selepas ini insyaallah.

cukup cukuplah bekerja keras buat macam macam utk menjadi duta tak rasmi kepada produk orang dan brand orang. Jadilah duta tak rasmi jual produk orang dengan tujuan untuk membina brand bisnes sendiri.

sudah tentu projek ini akan jadi satu projek long term
sudah tentu nak capai ini tak akan jadi dalam masa 4-5 bulan
sudah tentu projek ini akan ambil masa beberapa tahun

tapi berbaloi ke tak you guys bayar RM3000 utk dibimbing selama beberapa tahun sehingga brand bisnes you menjadi besar dan pendapatan you menjadi 6 angka.

so kalau you rasa apa yang poknik offer pada you ini berbaloi dengan RM3000 yuran komitmen... boleh lah join group wasap ini untuk poknik bagi penerangan 3-4 hari lagi.

tempat adalah terhad. Poknik hanya akan terima seramai 30 orang sahaja... dan selepas itu peluang ini poknik akan tutup selama lamanya.

LINK WASAP GROUP >>>

https://chat.whatsapp.com/LYs00rBTfReAqh5T20GqeQ

jumpa di sana

Telegram With Poknik

06 May, 13:09


Assalamualaikum semua

poknik ada buat satu group khas utk player fbads... so semua pasal fbads akan buat kat group tu

anyway group tu juga poknik akan guna utk buka peluang freelance job ataupun opportunity untuk fighter.

kalau minat boleh join ye


====== tengok info kat bawah =====

Guys

Group ni nanti poknik guna untuk buka peluang freelance untuk marketer dan juga untuk open fighter.

Poknik cari produk, deal elok elok dan open pada fighter. Tapi setiap produk maximum 5 fighter je.

Biasanya x semua fighter hidup selamanya. Yg mana kekal... Akan jadi produk owner untuk brand tu.

Profit insyaallah poknik bagi 60%, mungkin lebih tinggi kalau cashflow lawa

Sambil2 tu poknik akan share pasal art of paid ads supaya korang boleh lebih versatile bila beriklan


Boleh share dgn kawan kawan ye.

https://chat.whatsapp.com/LIDAPUH0BGJF1BHL3pBVBx

Telegram With Poknik

20 Aug, 13:10


===broadcast===

assalamualaikum semua

broadcast poknik hari ni, ialah untuk memaklumkan rakan2 tentang satu tawaran istimewa. Tapi tawaran ni samapi 12 tgh malam ni saja.

sifu Firdaus muntazar ada buat satu online seminar, 3 hari rasanya… dan ilmu dalam tu sangatlah power. Dan yang paling best sekali ialah, ia sangat murah.

poknik dah banyak kali cakap kat dia, bahwasanya kelas dia tu terlalu murah, dan kalau poknik yang buat kelas tu, poknik pasti akan caj lebih 1000…
.
Dan dia tetap berkeras nak letak harga RM49 utk satu seminar online selama 3 hari. Seminar ni mengenai fbads… dan ia adalah satu seminar yang sangat bernilai tinggi.

poknik cadangkan rakan2 jangan lepaskan kelas ini sebab beliau cakap ini kelas yang terakhir dia akan buat.
.
Fbads ni ialah satu leverage yang sangat kuat, kita dapat ubah hidup kita kalau kita bina kemahiran yang cukup tinggi. Untk makluman rakan2… poknik belanja puluhan ribu belajar fbads dan poknik spend ratus ribu dalam fbads…
.
Tapi hasil ilmu tu, poknik dah kumpul lebih 24j sales dalam 5 tahun ini. Belajarlah fbads wahai rakan2 yang mulia… ia akan bantu rakan2 ubah hidup rakan2…
.
Poknik mula dalam keberhutangan 700k… dan poknik belajar ilmu ini… dan alhamdulillah melalui ilmu ini poknik Berjaya cari jalan untuk ubah hidup poknik.
.
Jika rakan2 cukup pandai dalam beriklan, insyaallah rakan2 tak perlu risau lagi mengenai wang. Sekarang ni kalau poknik perlukan wang untuk keperluan2 family, poknik dah tak risau… poknik hanya perlu buat kerja beberapa jam… dan insyaallah poknik akan dapat kumpul wang yang diperlukan.
.
Belajarlah rakan2 ye.
Rakan2 insyaallah akan boleh ubah hidup.
.
Beli kat link khas ini… poknik dah dapatkan sedikit diskaun untuk rakan2…. https://bootcamprevolusionline.com/poknik/

kalau link ni tak aktif, rakan2 boleh copy balik mesej ini dan paste dalam wasap masing2.. insyaallah link ini akan jadi aktif.

JOM SUCCESS!!

Telegram With Poknik

16 Aug, 12:37


Assalamualaikum

kelas fbads bersama firdaus muntazar - 9.15pm 16 Ogos 2021

To join the video meeting, click this link: https://meet.google.com/gaf-wezs-rbs
Otherwise, to join by phone, dial +1 252-656-5257 and enter this PIN: 167 523 870#
To view more phone numbers, click this link: https://tel.meet/gaf-wezs-rbs?hs=5

Telegram With Poknik

16 Aug, 07:23


Assalamualaikum semua

Malam ni kita akan ada kelas bersama sifu firdhaus munthazar.

Beliau akan share langkah langkah bagaimana untuk lebih selamat dari flag fb

Beliau juga akan cerita bagaimana untuk run ads yang profitable, terutamanya berkenaan run ads tarik ke wasap.
.
Nanti beliau akan tunjuk elemen elemen penting yang kita kena perhatikan ketika bermain dengan ads.

Malam ni juga poknik akan release borang pendaftaran khas kepada anak buah poknik untuk dapatkan diskaun tambahan kepada kelas fbads beliau

Seperti biasa poknik akan mula jam 915 malam. Pastikan solat Isyak dulu.

Link poknik bagi malam ni 8.30 malam

Telegram With Poknik

29 Jul, 15:35


=== broadcast===

APA CARA TERBAIK UNTUK MENAIKKAN SATU PRODUK ATAU SERVIS?

https://www.facebook.com/poknikempire/posts/10216000144157015

bagi rakan2 yg struggle nak bina bisnes local seperti cod dan sebagainya... boleh rujuk blueprint ringkas yg poknik buat ni.

insyaallah 5 angka tak susah kalau follow kaedah simple ini. Pastikan post poknik ini rakan2 share kat profile masing2 ataupun share kat profile supaya tak hilang.

rakan2 perlu rujuk balik nota ni mugkin 10-15 kali ketika rakan2 buat krja.

tidak ada lain poknik inginkan untuk rakan2 melainkan kejayaan.

JOM SUCCESS!!
JOM BANTU MALAYSIA!!!

Telegram With Poknik

13 Jul, 03:45


Assalamualaikum wbt

hari ni poknik nak cerita tentang satu skill yang sangat penting yang ktia kena ada.

skill ini ialah skill menyampaikan mesej - kerana sesungguhnya jika kita pandai menyampaikan mesej dengan betul, kita akan dapat apa saja yang kita nak insyaallah.

jika kita nak belajar kemahiran ini, kita kena tahu apa yang kita kena belajar. Kita tak boleh sekadar berkata kita kena belajar copywriting ataupun public speaking kerana itu bukan merupakan satu effect yg kita nak capai.

bila kita nak belajar sesuatu... kita kena tahu kita nak capai apa dengan dengan belajar tesebut.

jadi bila kita nak bercakap tentang belajar memberi mesej yang betul, kita kena tahu kita nak capai apa.

untuk belajar mesej.. kita harus belajar "BAGAIMANA MEMPENGARUHI MANUSIA DENGAN KATA KATA"

ilmu ni ada science dia... ada kaedah dia, ada rukun dia dan ada tertib dia. Dan bila kita faham benda ni, maka kita akan mula dapat mempengaruhi manusia walaupun kita belum cukup pandai/ fasih berkata kata - yang penting kita mesti ikut flow dia.

Perkara pertama yang kita kena pastikan kita kena tahu dengan siapa kita bercakap. Kita tak boleh bercakap dengan semua orang dengan cara yang sama.

kita tak boleh expect orang untuk menerima kita dan cara kita jika kita mahu mereka terpengaruh dengan kita. Apa guna kita bercakap kalau kita tak dapat pengaruhi pendengar atau pembaca?

maka sia sia lah kita berkata-kata jika tiada yang mendengar dan tiada yang membaca.

so ..no 1 - kita kena kenali orang yang kita sedang berbicara dan berbicaralah dalam keadaan yang mereka suka dan dalam keadaan mereka rasa dihormati.

perkara kedua ialah niat kita. Kita kena terlebih dahulu membetulkan niat kita sebelum bercakap dengan sesiapa pun.

Jika kita berkata "nak cakap kena bagi sentap" maka apa yang kita akan dapat ialah sentap dari dia. Mungkin mesej kita sampai, tapi dia akan sentap dan dia akan tinggalkan kita dan dia tak akan buat apa yang kita nak

jadi betulkan niat kita kerana bila kita berbicara, kita berbicara dengan menggunakan komunikasi antara 2 jiwa.

satu jiwa yang kotor dan tercemar dengan niat yang salah tidak akan dapat berkomunikasi dengan jiwa lain.

jadi jaga 2 benda ni dulu - iaitu kenali mereka dan fahami cara yang mereka suka utk di bicara

kedua, jaga niat kita masa kita bercakap/ menulis / closing.- ini termasuklah ketika kita menulis salespage dan juga iklan

seterusnya, bagimana kita nak belajar ilmu berkomunikasi ini?

BELI BUKU "HOW TO WIN FRIENDS AND INFLUENCE PEOPLE"

BELI SEKARANG
BACA SEKARANG
PRAKTIK SEKARAN
.
maafkan poknik kerana guna huruf besar. Bacalah buku ini wahai kawan, dan belajar lah berkomunikasi supaya kita tidak kehilangan kasih sayang antara kita

supaya anak isteri keluarga sahabat terdekat tak menjauh hati kerana kata kata kita yang lahir dari mulut yang bodoh.

ingat pesan poknik ni ye.

jaga 2 benda - kenali orang dan niat lepas tu baca buku dan praktikkan ilmu.

dah setel 2 ni... pergilah belajar copywriting ke, public speaking ke... sebab kita dah jelas niat kita.

JOM SUCCESS!!!!!!!

Telegram With Poknik

11 Jul, 01:51


PESANAN SANGAT PENTING YANG MESTI DIINGAT SEPANJANG MASA

guys, poknik akan cakap ni berulang ulang kali, sebab ini satu resipi yang paling penting.

ada 2 benda yg u sangat kena jaga
1. fokus kepada misi 6 angka
2. alihkan mata dari mana2 kepincangan yang u nampak

selamat pagi guys

mula2 sekali poknik nak ingatkan yang you mesti taksub dengan misi 6 angka you. Dalam kepala you hanya satu sahaja iaitu membina infrastruktur supaya you dapat 6 angka berterusan untuk satu jangkamasa yang lama.

6 angka konsisten untuk satu jangkamasa yang lama

untuk you boleh fokus kepada ini, you kena latih diri you untuk alihkan pandangan you dari segala kepincangan dan kelemahan yang ada.

dan apabila ada saja kelemahan dan kepincangan yang ada, you terus duduk dan rancang bagaimana utuk ejas bisnes you supaya you on track kepada 6 angka you walaupun ada kepincangan tersebut.

mohon jangan bazir masa cuba nasihat orang,
mohon jangan bazir masa cuba ubah cara kerja orang
mohon jangan bazir masa cuba ubah cara orang berfikir supaya sesuai dgn cara u berfikir.

sepanjang you buat kerja ni... u akan jumpa pelbagai kepincangan dan perkara sakit hati yang sangat sangat membekam dalam jiwa

tapi you kena latih diri you untuk abaikan itu semua

latih diri untuk abaikan segala distraction dan fokus pada misi you bina 6 angka.

jika ada antara kawan2 you yang pm you nak mengumpat, nak bersembang pasal kelemahan dan kepincangan - adalah lebih baik untuk you blok dia dan unfriend dia.

sebab dia akan menyebabkan you gagal. Serious poknik tak tipu u atau menakut nakutkan you.

beribu orang dah anak buah poknik fail sebab berkawan degan manusia bodoh yang sentiasa menarik dia kearah kegagalan

ingat 2 benda ni ye
1. fokus kepada misi 6 angka konsisten
2. abaikan semua yang lain. Say no to everything

JOM SUCCESS!!!!

Telegram With Poknik

10 Jul, 16:32


Jika u guys tanya poknik macamana nak ada bisnes online, poknik akan buat susunan macam ni

1. you kena pandai mencari solution yang produk u boleh bagi
2. you kena pandai cari orang yang memerlukan solution yg produk u offer
3. u kena cari angle / point utk u serang orang yang you target

ini ialah step pertama dan untuk faham ilmu ni sebenarnya u tak perlukan masa yang lama. Dalam seminggu pun u boleh khatam ilmu ni kalau u study betul2.

study tentang -
1. membina offer ( ceritakan solution produk u)
2. customer avatar
3. membina marketing angle.

benda ni semua boleh google dan boleh belajar.

setelah u study benda ni poknik cadangkan u study berkenaan marketing.

dalam marketing, u akan belajar mengenai customer journey / sales funnel - u juga akan belajar mengenai elemen2 penting yg u kena perhatikan sebelum u mula menjual .. biasanya diorang sebut sebagi 4P

untuk belajar marketing - poknik cadangkan u belajar konsep "guerila marketing oleh Jay Conrad Levinson"

ebook free pun banyak... masalahnya ialah tak ramai orang baca dan nak terus run ads.

sedih juga poknik tengok diroang ni gelojoh semacam je nak kaya... sedangkan otak belum dibina utk layak mendapat kekayaan. Akibatnya, diorang rugi rugi dan rugi.

mentaliti nak kaya esok hari tapi malas berusaha ni poknik tengok ada dalam 90% peniaga masa ni.

ada duit dia joli
bila xde duit dia cari barang nak jual
lepas tu tak dapat jual

belajar dan baca langsung takde.

kalau u guys perasan, poknik tak sebut pun lagi pasal fbads atau google ads... sebab benda tu hanyalah satu alat. Dan u hanya boleh guna alat tu kalau u dah bijak.

contohnya, kalau u dah bijak, u akan jadi doktor dan guna picagari dgn betul. Tapi ramai juga yg bodoh, dan guna picagari... jadi dia inject heroin masuk badan dia.

sebab tu kita kena fokus jadi pandai.

Seterusnya, poknik nak ingatkan u tentang satu paradigma yang kita kena pegang.

"kita menjual untuk mengumpul database. Ini supaya kita boleh menjual kepada database kita berkali kali kali kali kali.

semasa menjual, seboleh mungkin kita nak jaga supaya untung. Tapi kita bukan nak kumpul untung. Kita nak kumpul database utk dapat untung berkali kali kali kali.

ingat ye... kita bukan cari pelanggan untuk buat jualan. Kita cari jualan untuk dapatkan pelanggan.

setelah kita dapat pelanggan, kita mahu selalu beri mesej kepada mereka dan mesej kepada mereka itu adalah penawaran untuk membeli apa yang kita jual.

jadi bila kita hantar mesej kepada mereka, maka mereka perlu terima link utk mereka klik dan tengok penawaran kita.

jadi kita kena ada salespage kita..
.
dimana kita nak letak salespage kita? kita akan letak salespage kita pada satu apps yang membolehkan kita membina satu kedai online.

kita patut ada satu shopping mall sendiri, kita patut ada kedai runcit sendiri dimana kita ada berbagai produk disitu utk kita tawarkan pada database kita.
.
poknik mohon sangat2 supaya rakan2 semua faham flow ini... dan bina infra ini satu satu.

janganlah tertipu dengan sales sebab sales ni biasanya banyak macamana pun, dia tak bawa untung yang besar.

untung yang besar akan datang dari pada sales yg kita dapat dari database kita.

poknik harap u guys semua faham.
JOM SUCCESS!!

Telegram With Poknik

24 Jun, 15:12


Assalamualaikum semua

jika sesiapa ingin belajar bina bisnes secara percuma, boleh join group "PILOT POKNIK" di telegram

poknik akan guide u guys dalam berbagai perkara pembinaan bisnes

- bagaimana mengubah mindset
- bagaimana mengatasi masalah
- bagaimana membuat iklan
- bagaimana menguruskan sales
- bagaimana membina leverage

dan macam macam lagi.

Poknik juga akan selalu buat live utk u guys dan belajar serta bertanya soalan.

join sini ye >>> https://t.me/joinchat/cCd8DYwu6UVhMjVl

JOM SUCCESS

Telegram With Poknik

21 Jun, 13:03


belajar rajin rajin ye guys.....



YURAN BELAJAR ANAK ANAK
.
semalam poknik bayar yuran anak no 3 poknik RM1760
hari ni poknik bayar yuran anak no 2 poknik pula RM1280
.
nasib baiklah hujung 2014 hari tu poknik buat keputusan utk belajar skill baru sebab income poknik x akan dapat cover keperluan poknik dan anak poknik.
.
azab sungguh hidup poknik 4 tahun pertama tu
.
2 tahun pertama pergi KL setiap weekend - semua orang terkejut poknik fly dari labuan setiap weekend ke KL utk pergi belajar. Diorang semua cakap poknik kaya dan banyak duit sebab boleh pergi KL setiap minggu dari Labuan.
.
kawan poknik yang lawyer bawak bmw pun cakap dia tak mampu nak fly setiap minggu macam poknik.
.
respek sungguh dia pada poknik sebab dia ingat poknik dah sukses tapi masih juga pergi belajar.
.
dia tak tau ada ketika poknik terpaksa tidur merata rata bergelandangan minum air sinki kat stesen bas hahaha
.
2 tahun seterusnya pula poknik bersengkang mata buat kerja siang malam sehingga 16 jam sehari setiap hari setiap hari setiap hari.
.
tak tahulah berapa lama anak isteri poknik kecik hati dgn poknik sebab poknik terlalu fokus utk keluar dari masalah sampai kadangkala poknik abaikan mereka.
.
sebelum poknik start pergi belajar tu, poknik dah rasa x boleh blah dah sebenarnya....
.
malahan ada satu ketika poknik memang rasa depressed dan sakit hati setiap kali poknik tengok muka poknik sendiri kat cermin....
.
sehinggakan pada satu tahap poknik berhenti tengok cermin. 2015 poknik berhenti tengok cermin.
.
poknik benci tengok muka poknik sendiri.
.
sampai sekarang poknik dah tak tengok cermin dah... dah jadi habit. b
.
tapi sekarang poknik tidak lagi benci diri poknik. Poknik dah boleh terima diri poknik seadanya. Poknik dah redeem harga diri poknik.
.
so bila poknik bayar yuran anak sekejap tadi... poknik gembira dengan diri poknik
.
dan perasaan itu adalah satu perasaan yg tidak boleh dibeli dengan duit dan lebih berharga dari kereta mewah mahupun rumah agam.
.
.
jom success!!!!
.
.

Telegram With Poknik

18 Jun, 23:55


good morning guys

ada apa2 nak update pada poknik? Database u dah berapa saiz sekarang?
make sure u buat branding diri dengan database u ye.

Setiap kali dapat sales, hantar mesej kepada pembeli supaya dia kenal u.

cara paling mudah utk u dapatkan kepercayaan diorang ialah dengan memberi servis kepada mereka.

so, jika kita nak tengok flow dia akan jadi macam ni

STEP 1 - BILA DAPAT SALES
(wasap) Assalamualaikum tuan/puan (nama)

saya dari (nama bisnes u) . Pembelian puan untuk ( apa dia beli) telah kami terima dan sedang kami uruskan.

jika ada sebarang masalah, boleh hubungi kami utk kami bantu.

terimakasih

(SMS) RM0.00 [nama bisnes] tempahan tuan untuk (apa dia beli) telah kami terima dan sedang di proses

kenapa kita buat gini? kerana kita nak dia kenal kita dan percaya kita. Walaupun kita buat sales melalui ecom, tapi kita juga bina database, dan database ni kita kena follow up manual . Kita juga boleh guna automasi seperti dalam onpay atau mana2 apps lain.

target kita hanya satu - supaya dia kenal kita dan dia percaya kita. Paling penting sekali ialah dia mesti ingat nama bisnes kita sebb kita nak bagi mesej offer pelbagai promo pada dia dengan menggunakan kita punya nama bisnes

so, utk pelanggan kita ni, kita kena banyak buat aktiviti "lead nurturing" - walaupun dia bukan lagi seorang lead - tetapi utk database kita, dia adalah leads kerana kita akan expose dia utk pelbagai belian lagi.

ingat ye, kos ads akan makin mahal dan dunia internet marketing akan lagi ramai player. Kita akan menang jika kita jaga database kita dan jika kita bina hubungan baik dengan database kita.

kita juga kena invest kepada sistem jaga database seperti onpay dan lain lain software. Buat masa ni poknik guna onpay utk jaga database. Poknik juga sedang test sistem odajer kerana dia ada mesenger bot dan wasap bot sekali kat dalam tu

jom success!!

Telegram With Poknik

18 Jun, 08:29


SIMULASI 6 ANGKA SEBULAN..
.
jika abe akak sebagai seorang freelance marketer ataupun berniaga part time macam poknik, abe kena ada plan macamana nak capai 6 angka sebulan.
.
sebab kalau abe xde plan, abe x akan capai 6 angka.
.
poknik tak nak cerita pasal membina income 6 angka sebulan pakai ads, sebab itu mudah dan itu adalah satu benda yang agak berisiko.
.
sebab kalau ads kita kena flag, dan itu saja cara kita cari duit, masak juga kita.
.
Macam poknik, sekarang poknik dah tak run ads dah. Poknik hire staff utk run ads bagi pihak poknik. So kalau ada 20 staff run ads, dan 5 orang kena flag, ada lagi 15 orang yang sedang bekerja bawak duit untuk poknik.
.
Poknik nak bawak rakan2 berfikir bagaimana nak dapatkan 6 angka sebulan tanpa ads - iaitu dengan menggunakan database.
.
Dan apabila database kita sudah matang, kita tak perlu pun run ads lagi insyaallah
.
katakan atas satu sales, kita boleh dapat untung RM50
.
maka untuk dapatkan untung 100k sebulan - kita akan perlukan 2000 sales sebulan.
.
katakan kita blast promosi 2 kali sebulan, bermakna setiap kali blast kita kena dapat 1000 sales.
.
katakan conversion rate kita ialah pada kadar 5% - maka utk dapat 1000 sales setiap kali blast, kita perlu kan database sebesar 20,000 orang.
.
maka jika kita buat 2 kali blast sebulan kepada 20,000 orang database, dan conversion rate adalah 5% dengan keuntungan jualan ialah sebanyak RM50... maka kita akan dapat untung 100k sebulan, setiap bulan, setiap bulan, setiap bulan
.
Selagi mana kita ada promosi untuk di blast pada database, maka kita akan ada sales.
.
berapa kos blast 20,000 database? lebih kurang RM1600 jika satu sms berharga 8 sen.
.
so apa yang kita kena fokus sekrang ialah
.
1. apa aku perlu jual untuk aku dapatkan database 20,000 orang secepat mungkin
.
2. apa produk yang aku perlu join supaya aku sentiasa ada promosi untuk di blast kepada database aku?
.
3. berapa lama aku perlu ambil masa untuk dapatkan 20,000 database?
.
4. apa aku perlu lakukan supaya 20,000 databse tu kenal aku dan percaya pada aku?
.
.
so lepas ni pergilah beli satu buku dekat kedai 2 ringgit ataupun dekat kedai buku - kalau beli buku yang elok lagi bagus.
.
spendlah masa 2-3 jam sehari buat research dan belajar macam nak masuk final exam
.
investlah duit beli buku dalam 2-3 ribu ringgit supaya boleh study macam2 kaedah utk dapatkan
.
duduklah study. Takkan tak boleh study sikit utk dapatkan 100k profit sebulan?
.
study dan buat strategi betul betul la.
.
Apabenda u duduk buat live 3-4 kali seminggu tu? U nak pegi mana buat video tiktok, buat akaun instagram tu?
.
susun la strategi sikit.
.
.
JOM SUCCESS!!
.
P/S: kalau u ada database sendiri, u tak perlu bergantung harap pada orang lain dah. U duduk mana2 pun x kisah sebab u dah boleh buat duit sendiri.
.
u xde produk sendiri pun xpe.
.
u nak duduk mekah atau madinah pun xpe... hari hari duduk masjid. setiap bulan, spend masa 2-3 hari buat salespage - pstu blast promo pada database - 2 kali sebulan.
.
.
simple je hidup ni guys, kalau u susun strategi ... xde magic kalau sekadar nak buat 6 angka sebulan setiap bulan selama bertahun tahun.
.
orang tua part time macam poknik pun boleh buat, takkan u tak boleh. Study je dan execute je.
.
.
.
.

Telegram With Poknik

07 May, 07:21


https://www.facebook.com/groups/388694864861782/permalink/1258273234570603/

Telegram With Poknik

01 May, 06:13


pun. entah apa cerita kat atas tu, entah tersusun entah tidak. Salam kejayaan wahai kawan2
.
.
23 Jun 2016 11.27pm

Telegram With Poknik

01 May, 06:13


N: buang la kau punya positif tu masuk laut kalau kau takde plan nak buat apa.
.
.
Sekali lagi orang rumah poknik menjadi penyelamat. Dia ni memang best la. Senang senang aje dia jual. Xde langsung nampak macam bersungguh2, bersusah payah macam poknik. Mungkin dia natural. Bakat dia kat situ kot.
.
.
Banyak juga la dia jual. Tapi stok kain bandung tu masih ada lagi berbaki sampai sekarang.
.
.
Lepas kejadian kain bandung tu, lama poknik x berniaga. Poknik main MLM la.. entah apa2. Poknik pun asalnya x faham juga kenapa poknik dok buat kerja kerja bodoh tu... buat projek tapi x untung pun. Cuma sekarang ni baru poknik faham kenapa poknik dok buat juga.
.
.
macam yang poknik cakap tadi... kita kena ada projek. Kalau xde projek.. kita seumpama dah mati walaupun masih bernyawa. kita bukan dicipta untuk tiap tiap hari lepak mamak tengok bola minum teh tarik sampai mati.
.
.
Kita di cipta untuk sesuatu yang lebih hebat dari itu. Kalau kita ikut fitrah tu, walaupun kita gagal, walaupun kita rugi... kita HIDUP.
.
.
Bulan Mac 2014... poknik tiba tiba teruja dengan internet marketing. Masuk buat drophsip... hanyut kelaut. Baca sana, baca sini... tapi sale = 0
.
.
Mei 2014 - poknik ambik stok . Produk serum wajah. Modal RM960. Duit takde. Tunggu gaji beli produk dulu. Dapat produk buntu x tau nak buat apa. Masuk seminar RM299, naik flight ke kl dan balik ke labuan.
.
.
seperti biasa kawan baik poknik, encik mat kegagalan, datang melawat poknik lagi.
.
.
satu botol pun x laku.
.
.
seperti biasa, orang rumah poknik datang selamatkan poknik lagi. Memang poknik pandai pilih pasangan.
.
.
Dipendekkan cerita, habis satu karton orang rumah poknik jual. dan poknik pun repeat order.
.
.
Tapi, produk kali ni, kualiti dia x sama. Dia dah cair dan berbau tengit. Customer poknik yang pakai pun dah x dapat result seperti yang diorang dapat hari tu. Malahan naik jerawat pula.
.
.
poknik hubungi supplier tanya kenapa jadi macam ni, dan nak buat macamana? Supplier cakap, ini perkara biasa bila ada variasi dalam spesis bahan mentah yang menjadi ramuan.
.
.
Jangan risau kata mereka. Produk ini berkualiti dan dijamin akan berkesan.
.
.
Tetapi customer poknik naik jerawat bila pakai ni. Abis camno?
.
.
Supplier diam membisu. Ejen tanya, kena marah.
.
.
Last last poknik refund balik semua duit customer poknik. dan poknik minta maaf dan poknik stop terus jual produk tu.
.
.
sekali lagi kawan baik poknik encik mat kegagalan senyum kat poknik. Poknik senyum balik dan cakap dalam hati.... Aku akan tinggalkan kau wahai sahabatku.
.
.
page dah buat like marketing... entah banyak mana dah laburkan
iklan dah habis beratus2 rm... baru nak dapat momentum dah produk bermasalah pula
kena pulak refund duit orang.
.
.
Rugi kat bisnes, Untung kat pengalaman.
.
.
LESSON:
1. Customer adalah tanggungjawb kita. Walaupun supplier tak ganti produk, akad customer bukan dengan supplier. Akad mereka dengan kita. Dan kita tak boleh jual barang yang tidak senilai dengan duit yang mereka beli. Kalau supplier tak ganti, kita mesti ganti, Boss kita Allah SWT
.
.
2. Supplier bertanggungjawab membekalkan produk yang berkualiti kepada ejen. Kalau barang tu x kualiti, supplier MESTI ganti, sebab duit ejen tu bayar sudah jadi HARAM untuk supplier tu. Kalau makan duit haram, maka bisnes tidak akan maju. Memang sampai sekarang, produk tu tak dapat tembusi market walaupun satu masa dulu ia gah, dan walaupun ia di dokong oleh tokoh tokoh internet marketing yang gah dimalaysia.
.
.
3. MUKA ejen, nama baik ejen menjadi priority kepada supplier kalau supplier nak maju. Apa saja masalah, muka ejen kena jaga. Jangan sampai ejen malu, jangan sampai ejen susah hidup. Supplier jangan tambah masalah baru kepada ejen dengan menjadi supplier yang x prihatin
.
.
Selama 2 bulan selepas itu poknik macam tak tahu nak buat apa. Poknik tahu poknik mesti berniaga. Tapi nak berniaga apa dan nak buat apa?
.
.
Tiba tiba Allah campak satu produk power jatuh ke riba.....
.
.
.
... bersambung
.
.
.
.
.
.
p/s: poknik minta maaf, isi berterabur. Poknik taiip macam tu je. Tak cek balik, tak baca balik