Salah satu adāb yang ramai tinggalkan~ Apabila tibanya guru kami ke suatu Majlis, jangan terus serbu mereka kerana ingin bersalaman dengan mereka.
Akhlaq mereka yang begitu mulia, tidak mungkin mereka ingin tolak salamanmu. Jika ada kesempatan, pasti mereka juga ingin bersalaman, memeluk setiap orang yang hadir.
Kata guruku yang menghadir ke suatu majlis untuk bertemu dengan guru beliau, “Salam sahaja dari hati, pasti akan sampai ke guru”.
Kerana kita tidak tahu dengan ramai yang ingin bertemu dengan beliau, mungkin akan menyebabkan sesuatu yang tidak ingin terjadi/ atau membuat Allah tidak redho (Nauzubillah min zalik)
Dengan hadirnya guru guru kita tercinta, ayuh kita menjaga adāb.