Ruang akal dan jiwa ๐Ÿค๐ŸŽ— @bekindtoyourmind Channel on Telegram

Ruang akal dan jiwa ๐Ÿค๐ŸŽ—

@bekindtoyourmind


Your safe space ๐Ÿซ‚
Be kind to your mind and soul.
More description on pinned message ๐Ÿ“Œ Have a read there. Don't forget to share this channel with your loved ones. Thank you !

SHARE | FORWARD | PIN | ON NOTIFICATION

Ruang akal dan jiwa ๐Ÿค๐ŸŽ— (Indonesian)

Selamat datang di Ruang Akal dan Jiwa ๐Ÿค๐ŸŽ—! Channel ini adalah tempat aman bagi Anda untuk mengekspresikan diri dan merawat pikiran serta jiwa Anda. Dalam kehidupan yang penuh dengan tekanan dan stres, penting bagi kita untuk memiliki ruang di mana kita bisa berbagi dan mendengarkan tanpa dihakimi. Ruang Akal dan Jiwa hadir untuk memberikan dukungan dan inspirasi kepada Anda dalam perjalanan kesehatan mental Anda. Dengan motto 'Be kind to your mind and soul,' kami ingin mengingatkan Anda bahwa merawat pikiran dan jiwa juga sama pentingnya dengan merawat tubuh fisik Anda. Jangan lupa untuk membaca deskripsi lengkapnya di pesan yang dipin terlebih dahulu ๐Ÿ“Œ. Bagikanlah channel ini dengan orang-orang tercinta Anda agar mereka juga bisa merasakan manfaatnya. Terima kasih! SHARE | FORWARD | PIN | ON NOTIFICATION

Ruang akal dan jiwa ๐Ÿค๐ŸŽ—

31 Dec, 02:19


Tips untuk memohon maaf.

โ€ข Kena tahu kenapa anda meminta maaf.

โ€ข Mulakan dengan โ€œSaya minta maafโ€.

โ€ข Lakukan dengan penuh tanggungjawab.

โ€ข Fokus pada kesan tindakan anda, bukan niat tentang apa yang telah and lakukan

โ€œSaya boleh nampak yang awak sedih bila saya tinggikan suara begituโ€ โœ…
โ€œSaya marah kerana saya sayangkan awakโ€ โŒ

โ€ข Ambil langkah & ada usaha untuk menebus kesalahan.

โ€ข Jangan berlebihan, ucap maaf sekadarnya saja.

โ€ข Hadirkan keikhlasan sewaktu meminta ampun.


#menjadibaik@bekindtoyourmind
t.me/bekindtoyourmind

Ruang akal dan jiwa ๐Ÿค๐ŸŽ—

07 Nov, 11:08


Jumlah pakar psikiatri hanya 623 orang.

BANGIโ€” Jumlah keseluruhan pakar psikiatri berdaftar di Malaysia hanya mencatatkan sejumlah 623 orang dan angka berkenaan masih jauh berbanding keperluan semasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi 385 pakar di hospital awam, masing-masing 102 di universiti kerajaan dan hospital swasta, universiti swasta (26) dan lapan orang di Hospital Angkatan Tentera.

Justeru, katanya pakar perubatan keluarga (FMS) yang bertugas di klinik kesihatan yang memberikan perkhidmatan kesihatan mental boleh memainkan peranan awal untuk membantu golongan yang berdepan masalah psikiatri dengan mengurus dan merawat mereka.

โ€œSaya tekankan bukan sahaja psikiatri, bukan sahaja kaunselor. Kita kena lihat pasukan petugas kesihatan itu sendiri iaitu peranan FMS, mereka memang dilatih untuk mengendalikan pesakit, kesihatan mental itu sebahagian daripada kepakaran mereka dan mereka juga kita harapkan untuk mainkan peranan di klinik kesihatan,โ€ katanya menambah terdapat 774 FMS di klinik kesihatan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kaunseling Serantau (RISE) 2024 bertemakan โ€˜Bridging Wellbeing and Workโ€™ di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Pada 16 Dis 2021, Kementerian Kesihatan dilapor menyasarkan nisbah satu pakar psikiatri bagi setiap 50,000 penduduk di seluruh negara menjelang 2025, iaitu sebanyak 720 orang.

Ruang akal dan jiwa ๐Ÿค๐ŸŽ—

11 Oct, 12:12


Selamat hari kesihatan mental sedunia.
10/10/2024

Walaupun lewat sehari ucapan ini, pada hakikatnya, tiada satu pun hari yang kita hidup tanpa kesihatan mental ๐Ÿค

Semoga yang baikโ€“baik di hari hadapan, untuk diri ini dan kalian yang di dalam ini.

โ€”admin

Ruang akal dan jiwa ๐Ÿค๐ŸŽ—

18 Sep, 08:45


Apa yang boleh dijangkakan berlaku setelah terjadinya peristiwa yang menyebabkan trauma.
ยท
(Penafian: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran, tidak menggantikan penilaian dan nasihat profesional. Dilarang untuk selfโ€“diagnose. Sila dapatkan janji temu bersama pakar untuk perbincangan lanjut jika anda mempunyai tandaโ€“tanda/simptom.)

Ruang akal dan jiwa ๐Ÿค๐ŸŽ—

10 Aug, 08:02


Salam hujung minggu ๐Ÿค

Ruang akal dan jiwa ๐Ÿค๐ŸŽ—

24 Jul, 12:02


To whom it may concern.

Source : https://vt.tiktok.com/ZSYv86427/

Ruang akal dan jiwa ๐Ÿค๐ŸŽ—

21 Jul, 01:01


I, personally, think that our life start to change when we :

โ€”took responsibility for our own healing journey
โ€”belajar untuk tenangkan diri & ada self control
โ€”mula buat keputusanโ€“keputusan yang berat & sukar
โ€”menjadi jujur dengan diri sendiri
โ€”validated our own feelings and needs
โ€”tukarkan โ€˜judgementโ€™ dengan โ€˜curiosityโ€™
โ€”memaafkan diri sendiri
โ€”set boundaries

Semua ni sebenarnya terangkum kemas dalam โ€˜selfโ€“awarenessโ€™.
Bukan semua orang ada selfโ€“awareness ni, dan kalau kita miliki, ia satu perkara yang perlu disyukuri dan dimanfaatkan sebaiknya ๐Ÿค—

t.me/bekindtoyourmind

Ruang akal dan jiwa ๐Ÿค๐ŸŽ—

06 Jul, 09:08


Dah lama tak ajak kalian โ€˜bernafasโ€™ kan? #breathingwithMH101

Memang kita setiap masa bernafas tapi, kita jarang hargai hembusan nafas yang diberi percuma ni. Ambil masa sikit untuk buat deep breathing, ya. Ulang dan ulang lagi sebanyak yang kalian perlukan.

๐Ÿค

1,424

subscribers

477

photos

99

videos