Anwar Ibrahim (official) @anwaribrahim_official Channel on Telegram

Anwar Ibrahim (official)

@anwaribrahim_official


The Official Telegram Channel of Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).
Perdana Menteri Malaysia. 🇲🇾

Facebook: facebook.com/anwaribrahimofficial/
Instagram: instagram.com/anwaribrahim_my
Twitter : twitter.com/anwaribrahim

Anwar Ibrahim (official) (English)

Are you interested in staying updated with the latest news and updates from Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), the Prime Minister of Malaysia? Look no further than the Official Telegram Channel of Anwar Ibrahim, where you can get exclusive insights and announcements directly from DSAI himself. This channel serves as a hub for all things related to Anwar Ibrahim, providing followers with a behind-the-scenes look at his work and thoughts.

You can also connect with DSAI on other social media platforms such as Facebook (facebook.com/anwaribrahimofficial/), Instagram (instagram.com/anwaribrahim_my), and Twitter (twitter.com/anwaribrahim). Join the conversation today and be part of the exciting journey with Anwar Ibrahim. Stay informed and engaged with the Prime Minister of Malaysia through his official Telegram channel!

Anwar Ibrahim (official)

11 Feb, 15:45


Petang tadi saya dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, telah hadir dan menyampaikan ucaptama di Forum Perniagaan Malaysia-Turkiye bersempena lawatan rasmi dua hari beliau ke negara ini.

Dalam ucapan, saya tekankan kepentingan kerjasama perdagangan antara kedua-dua ini diberi tumpuan yang bersungguh-sungguh dan dilaksanakan dengan segera.

Ini didorong dengan pelbagai tarikan dan potensi ekonomi dimiliki Malaysia seperti kepakaran dalam industri semikonduktor dan digital yang boleh diperluas serta diperhebatkan lagi.

Saya turut berkongsi sinergi baharu yanng boleh diterokai syarikat-syarikat Turkiye melalui inisiatif seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang dirangka untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan menarik pelaburan.

Mengambilkira forum perniagaan ini adalah program terakhir dalam lawatan rasmi Erdogan, saya menggunakan kesempatan yang ada untuk merakamkan penghargaan diatas kehadiran beliau dan delegasi hatta hubungan yang terjalin ini bakal meraih impak kerjasama seluas-luasnya di masa hadapan nanti.

//

This evening, I joined Turkish President Recep Tayyip Erdogan at the Malaysia-Turkey Business Forum in conjunction with his two-day official visit.

In my speech, I emphasized the urgent need for enhanced trade cooperation between our countries.

Considering that this business forum is the last program in Erdogan's visit, I expressed my appreciation for his and the delegation's presence, and that the relationship that has been established will have a broad impact on cooperation in the future.

Teşekkür ederim, görüşmek üzere!!

🇲🇾🇹🇷

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

11 Feb, 14:40


Berbesar hati meraikan Tamu Negara, Presiden Erdoğan serta delegasi Türkiye dalam Majlis Makan Tengah Hari di Kompleks Seri Perdana.

Sambil menikmati hidangan, kami turut dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan yang menampilkan keunikan pelbagai etnik di Malaysia, selain alunan muzik daripada Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO).

======

It was an honor to host President Erdoğan and the Turkish delegation for an official luncheon at Kompleks Seri Perdana.

As we enjoyed the meal, we were entertained by a captivating cultural dance performance showcasing Malaysia’s rich ethnic diversity, accompanied by the enchanting melodies of the Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO).

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

🇲🇾🇹🇷

Anwar Ibrahim (official)

11 Feb, 13:38


Sewaktu sidang media bersama oleh saya dan Presiden Erdoğan di Seri Perdana, saya memaklumkan kemajuan yang dicapai dalam hubungan dua hala Malaysia-Türkiye hasil lawatan ini, terutama menerusi pembentukan Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSC).

Saya turut menyatakan keyakinan terhadap potensi besar Malaysia dan Türkiye dalam melonjakkan perdagangan dan pelaburan melebihi AS$10 bilion dengan memperluas kerjasama dalam sektor semikonduktor, agro komoditi, elektronik, makanan dan minuman, serta pertahanan.

Presiden Erdoğan turut menzahirkan kepercayaan terhadap Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam menguruskan Lapangan Terbang Sabiha Gökçen di Istanbul, dan Insya-Allah kerjasama ini akan terus diperkukuh dan dipererat.

Menyentuh peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN ketika ini, saya akan mencadangkan kepada sahabat-sahabat ASEAN agar Türkiye dipertimbangkan sebagai Rakan Dialog, sejajar dengan peranan Türkiye yang kian signifikan di rantau ini dan bakal memperluas ruang kerjasama terkait aspek keamanan dan kestabilan.

Dalam isu Palestin, saya percaya Malaysia dan negara-negara lain harus meneladani kepimpinan luar biasa yang dipamerkan Türkiye dengan menghantar lebih 100 kapal bantuan kemanusiaan. Ini satu usaha yang tidak ditandingi oleh mana-mana negara.

Saya turut tegaskan bahawa Malaysia akan terus lantang menuntut penyelesaian adil buat rakyat Palestin. Akar permasalahan yakni enjajahan berterusan dan perampasan tanah dan pencabulan hak kemanusiaan rakyat Palestin mesti ditangani dengan tuntas.

Terdahulu, saya dan Presiden Erdoğan menyaksikan pertukaran 11 memorandum persefahaman MoU antara kedua-dua negara, antaranya terkait kerjasama dalam bidang tenaga, pengurusan bencana dan kecemasan, penyelidikan saintifik, pertahanan dan keselamatan.

Saya dan Presiden Erdoğan turut menyaksikan replika Multi-Purpose Mission Ship (MPMS) yang menjadi antara subjek utama dalam pertukaran MoU hari ini.

Alhamdulillah, kunjungan Presiden Erdoğan sejak semalam serta perbincangan yang berteraskan rasa hormat dan saling percaya antara delegasi telah memperkukuh persahabatan dan hubungan strategik Malaysia-Türkiye demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

🇲🇾🇹🇷

===

At my joint press conference with President Erdoğan, we reaffirmed our commitment to strengthening bilateral ties, particularly through the High-Level Strategic Cooperation Council (HLSC). Key priorities include expanding trade and investment beyond US$10 billion, focusing on semiconductors, agri-commodities, electronics, food and beverage, and defense.

Türkiye’s trust in Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) to manage Istanbul’s Sabiha Gökçen Airport reflects our strong partnership.

As ASEAN Chair, I will also propose Türkiye as a Dialogue Partner to enhance cooperation in regional peace and security.

On Palestine, Türkiye’s leadership in humanitarian efforts is commendable, having sent over 100 aid ships. Malaysia remains resolute in demanding a just and amicable solutions, addressing both humanitarian needs and the root causes of occupation and land confiscation.

President Erdoğan and I also witnessed the exchange of 11 Memoranda of Understanding (MoUs) covering key sectors including energy, disaster management, scientific research, defense, and security. The Multi-Purpose Mission Ship (MPMS) was among the significant topics in today’s discussions.

This visit has further cemented our strategic partnership, and I look forward to deepening cooperation for the mutual benefit of Malaysia and Türkiye.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

11 Feb, 12:38


Dalam sesi Lawatan Rasmi Türkiye ke Malaysia, Presiden Recep Tayyip Erdoğan telah menghadiahkan kereta elektrik buatan dan kebanggaan Türkiye yakni TOGG kepada negara. Pemberian tersebut mencerminkan komitmen tegas kedua-dua negara untuk tangkas meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai bidang, samada di lapangan teknologi, inovasi dan automotif.

Malaysia dan Republik Türkiye akan terus memperkukuh dan memanfaatkan persahabatan erat yang terjelma serta memungkinkan lembaran baharu dalam hubungan strategik yang pastinya memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

11 Feb, 11:07


Saya dan Presiden Erdoğan kemudiannya terus mengepalai delegasi negara masing-masing dalam sesi mesyuarat dua hala bagi membincangkan perkara yang menjadi kepentingan bersama.

Dalam pertemuan ini Malaysia dan Türkiye sepakat untuk menggandakan kerjasama strategik komprehensif meliputi bidang:

Pelaburan dan Perdagangan
Pertahanan
Kesihatan
Semikonduktor
Sains dan Tenaga
Pengurusan Bencana
Industri Halal
Kesalinghubungan (Pelancongan, Komunikasi Digital dan Pendidikan Tinggi)

Bagi membolehkan kesemua urusan ini berjalan lancar, saya dan Presiden Erdoğan bersetuju menubuhkan Kerjasama Strategik Tingkat Tertinggi yang akan dikelola sendiri oleh kami berdua.

Kami juga membincangkan soal keterlibatan pelaburan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISGIA) yang mana Malaysia komited untuk terus bersinergi bersama Türkiye bagi meneruskan operasi di lapangan terbang tersebut.

Malaysia dan Türkiye juga senada soal Gaza yang mana ia memerlukan kerjasama semua pihak dalam melancarkan urusan pembangunan semula kawasan yang musnah selain memudahkan penghantaraan bantuan kemanusiaan.

Turut dibangkitkan semasa mesyuarat ini adalah terkait situasi yang berlaku di Timur Tengah khususnya Syria selain penderitaan etnik Rohingya yang mana Malaysia dan Türkiye akan terus menggunakan kapasiti masing-masing dalam memastikan sokongan berterusan disalurkan kepada pihak terlibat.

Besar harapan saya agar hubungan dua hala dan jalinan kerjasama erat Malaysia dan Türkiye akan kekal utuh dalam semangat persahabatan yang mampu membawa manfaat kepada kedua-dua negara.

======

President Erdoğan and I then led our respective delegations in a bilateral meeting to discuss key areas of mutual interest.

During the discussion, Malaysia and Türkiye reaffirmed our commitment to enhancing the Comprehensive Strategic Partnership across a wide range of sectors.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

🇲🇾🇹🇷

Anwar Ibrahim (official)

11 Feb, 09:58


Pagi tadi saya meraikan Tamu Kenegaraan, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, yang kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.

Lawatan Erdogan adalah atas jemputan saya dalam usaha mengeratkan hubungan kukuh antara kedua-dua negara, berdasarkan keakraban yang telah lama terjalin, terutama selepas peningkatan tahap hubungan kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada Julai 2022.

Usai tiba di Perdana Putra, Erdogan dan delegasi diberikan sambutan rasmi dan pemeriksaan pasukan kawalan kehormatan terdiri daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat).

Ruang yang ada ini saya rakamkan penghargaan Malaysia setinggi-tingginya kepada Erdogan atas lawatan rasmi ini dalam meningkatkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama Malaysia-Turkiye.

Kami kemudian menghadiri pertemuan empat mata bagi membincangkan isu-isu strategik terkait demi kepentingan kedua-dua negara.

==

This morning, I welcomed President Recep Tayyip Erdogan of Turkiye on his two-day official visit to our country.

Our diplomatic engagement commenced with a formal ceremony, followed by an inspection of the Guard of Honour at Perdana Putra, symbolizing the mutual respect between our nations.

Subsequently, we convened for a four-eyed meeting to identify and discuss opportunities for further strengthening the robust relationship between Malaysia and Turkiye.

🇲🇾🇹🇷

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

11 Feb, 02:43


Alhamdulillah, hari yang cukup bermanfaat dan bermakna semalam tatkala menerima kunjungan sahabat baik saya, Presiden Recep Tayyip Erdoğan dan isteri, Emine Erdoğan ke Malaysia.

Saya berbesar hati menyaksikan DYMM Paduka Seri Sultan Perak menganugerahkan Ijazah Kehormat kepada Presiden Erdoğan, sebelum menyaksikan syarahan umum daripada seorang negarawan yang membawa Türkiye menjadi antara kuasa utama yang kian mencorak landskap geopolitik global.

Saya dan Azizah turut meraikan Presiden Erdoğan dan isteri di Menara Berkembar PETRONAS.

Selamat datang ke Malaysia!

🇲🇾🇹🇷

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

10 Feb, 15:21


Kerajaan beriltizam tegas bagi memperbaiki tahap tadbir urus dan kecekapan perkhidmatan awam ke tahap yang mengambilkira kepentingan rakyat terbanyak.

Justeru, saya mendukung penuh langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam memastikan penguatkuasaan dilakukan secara tegas dan adil mengikut jalur keadilan dan kebijakan yang tuntas.

Begitu juga dengan kejayaan Menteri Wilayah Persekutuan dan DBKL merungkai isu lesen atas lesen membabitkan bazar Ramadan yang membelenggu peniaga kecil ibu kota sejak puluhan tahun mesti diberi perakuan dan penghargaan yang tinggi.

Pencapaian dalam menyelesaikan permasalahan ini mesti dengan bingkas diteladani pihak berkuasa tempatan yang lain agar suara, kepentingan dan keluhan rakyat tidak boleh terus diinjak.

Ini masanya untuk bekerja dengan tangkas memadanikan negara!

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

10 Feb, 14:21


Thaipusam bukan sekadar sebuah perayaan, tetapi menjadi simbol ketabahan, keazaman, dan pengorbanan dalam menempuh ujian kehidupan bagi penganut Hindu. Ia turut mencerminkan kekuatan dalaman dan disiplin mereka dalam mendepani tantangan.

Tidak hanya itu, Thaipusam turut menyerlahkan semangat perpaduan dalam kepelbagaian dalam konteks kenegaraan. Ia menjadi bukti bagaimana masyarakat boleh bersatu dalam suasana yang penuh dengan rasa hormat, kebersamaan dan kekeluargaan. Tatkala ribuan penganut Hindu berkumpul untuk menunaikan nazar dan menzahirkan pengorbanan, kita saksikan satu manifestasi kekuatan yang kolektif; yakni cerminan masyarakat yang berdiri teguh dalam nilai-nilai kemanusiaan, kasih sayang, dan saling memahami.

Dalam dunia yang semakin tidak menentu, semangat saling menghormati dan menerima perbedaan harus menjadi tunjang yang memungkinkan perpaduan. Keunikan budaya dan amalan yang berbeda harus diraikan sebagai kekuatan, bukan pemisah dan sebagai elemen yang memecah. Lantas, ciri ini yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan warisan serta nilai-nilai murni dan dihormati tidak hanya di rantau ini, malah seantero dunia.

Negara tidak akan aman dan maju sekiranya titik perbedaan diperbesar dan prinsip kerukunan dikesempingkan. Walhasil, setiap perayaan yang berlainan dan unik seperti ini seharusnya difahami oleh setiap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan yang menjunjung prinsip hidup berdamping (coexistence).

Saya sering beranggapan bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang bertuah kerana dikurniakan kepelbagaian untuk dijadikan ruang untuk kita saling mengenali dan berkasih sayang, bukan menyebar serta memicu kebencian.

Justeru, mari bersama membenih semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian, dan memperkukuh kasih sayang. Hanya dengan memahami dan menghormati satu sama lain, kita dapat menjamin sebuah negara yang bertamadun, bermaruah dan makmur buat semua.

===

தைப்பூசத் திருநாள் என்பது சமய விழாவாக மட்டுமல்லாமல், இந்துக்கள் தங்கள் வாழ்க்கையின் சவால்களை எதிர்கொள்வதற்கான உறுதி, தன்னம்பிக்கையோடு தியாகத்தின் அடையாளமாகவும் திகழ்கிறது. மேலும், இந்நாள் அவர்களின் மன வலிமையையும், கட்டுப்பாட்டையும் பிரதிபலிக்கிறது.

தைப்பூசத் திருநாள் தேசிய சூழலின் பன்முகத்தன்மையில், ஒற்றுமையின் உணர்வையும் வெளிப்படுத்துகிறது. மரியாதை, ஒற்றுமை, குடும்ப உணர்வு நிறைந்த சூழலில் ஒரு சமூகம் எவ்வாறு ஒன்றிணைய முடியும் என்பதற்கு இந்நாள் சிறந்த சான்றாகவும் திகழ்கிறது.

ஆயிரக்கணக்கான இந்துக்கள் தங்களது நேர்த்திக்கடன்களைச் செலுத்தவும், தியாகங்களை வெளிப்படுத்தவும் ஒன்று கூடும்போது, கூட்டு வலிமையின் வெளிப்பாட்டை நாம் கண்கூடாகக் காண முடிகிறது. மனிதநேயம், அன்பு, பரஸ்பரப் புரிதலில் உறுதியாக நிற்கும் ஒரு சமூகத்தின் பிரதிபலிப்பு இது.

நிலையற்ற இன்றைய உலகில், வேறுபாடுகளை மதித்து ஏற்றுக்கொள்ளும் உணர்வானது, ஒற்றுமைக்குப் அடித்தளமாக இருக்க வேண்டும். வேறுபட்ட கலாச்சாரமும், தனித்துவமும் பிரிவினையாக அல்லாமல் வலிமையாக வெளிப்பட வேண்டும்.

இதனால்தான் மலேசியா பாரம்பரியமும், நற்பண்புகளில் செழுமையான நாடாகவும் உலகளவில் திகழ்கிறது.

வேறுபாடுகள் மேலோங்கி, நல்லிணக்கக் கொள்கைகள் புறக்கணிக்கப்பட்டால், நாட்டின் அமைதியும் முன்னேற்றமும் பாதிப்படையும். எனவே, இதுபோன்ற வித்தியாசமான, தனித்துவமான திருநாள்களின் அமைதியையும் சகமனிதக் கொள்கையையும் ஒவ்வொரு மலேசியரும் புரிந்துக் கொள்ள வேண்டும்.

மலேசிய மக்கள் மிகவும் அதிர்ஷ்டசாலிகள். ஏனெனில், பல்வேறு கலாச்சாரங்களையும் அதன் உணர்வுகளையும் அறிந்து அன்பு செலுத்தக்கூடிய வாய்ப்பைப் பெற்றவர்கள். ஆகவே, ஒற்றுமையின் உணர்வை வளர்த்து, மலேசியர்களின் பன்முகத்தன்மையைப் போற்றி, அன்பை வலுப்படுத்த வேண்டும். ஒருவரையொருவர் புரிந்துகொண்டு மதிப்பளிப்பதன் மூலம் நாகரீகம், கண்ணியம், செழிப்பு நிறைந்த நாட்டை உருவாக்க முடியும்.

அன்வார் இப்ராஹிம்

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

10 Feb, 13:18


Saya dan Azizah seterusnya meraikan Presiden Republik Türkiye Recep Tayyip Erdoğan dan isteri, Emine Erdoğan dalam majlis makan santai dan penuh harmoni di Menara Berkembar Petronas (KLCC) sempena kerangka Lawatan Rasmi dua hari ke Malaysia ini.

Ruang ini untuk kami gunakan untuk bertukar pandangan mengenai sinergi baharu dalam mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

Usai, kami sempat meninjau kawasan sekitar sebelum pulang berehat bagi mempersiapkan diri bagi program-program rasmi yang telah disusun atur esok.

🇲🇾🇹🇷

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

27 Jan, 14:59


Sewaktu sidang media bersama dengan Presiden Prabowo, saya tegaskan bahawa Malaysia dan Indonesia yang punya sejarah, bahasa dan budaya yang sangat dekat, harus memanfaatkan segala kekuatan untuk melonjakkan keupayaan kedua-dua negara.

Persahabatan dan kerjasama erat antara kedua-dua perlu diperluas dan dipertingkatkan sama ada terkait ekonomi, perdagangan, pelaburan, pendidikan, penyelidikan, teknologi makanan, industri hiliran, tenaga, pertahanan dan seumpamanya.

Ini termasuk kerjasama yang disentuh dalam mesyuarat hari ini membabitkan PETRONAS dan PERTAMINA, dua syarikat gergasi di rantau ini yang boleh menyelaras kesepakatan dalam penerokaan dan bidang perniagaan baharu.

Pertemuan antara delegasi Malaysia dan Indonesia hari ini turut mencapai persefahaman untuk merungkai isu tertunggak seperti sempadan dan tenaga kerja dalam semangat persahabatan.

Saya juga sempat menghimbau nostalgia hubungan peribadi menjangkau puluhan tahun dengan Presiden Prabowo, yang telah saya anggap sebagai keluarga saya sendiri.

Bapak Prabowo adalah antara teman setia yang sentiasa mengambil berat seeaktu tempoh duka lara saya yang panjang dan berliku. Umpama petikan puisi Chairil Anwar, “binatang jalang dari kumpulannya terbuang,” namun masih ada sahabat yang setia.

Sebelum mengakhiri pertemuan penuh bermakna ini, saya membawa Presiden Prabowo berjalan merentasi jambatan ikonik di ketinggian 170 meter yang menghubungkan dua Menara Berkembar PETRONAS.

Saya percaya pertemuan hari ini juga telah menjadi jambatan yang memperkukuh persahabatan Malaysia dan Indonesia, dua negara serumpun dan sejiwa.

🇲🇾🫶🇮🇩

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

27 Jan, 12:00


Usai istiadat Sambutan Negara di Istana Negara, saya dan Presiden Prabowo mengadakan pertemuan empat mata di Menara Berkembar Petronas.

Kami berbicara panjang terkait hal ehwal kedua-dua negara tetangga dan isu-isu serantau yang menyentuh kepentingan strategik Malaysia, Indonesia dan ASEAN.

Saya dan Presiden Prabowo senada mahu persahabatan erat negara serumpun ini dipertahan dan diperhebatkan sama ada dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan, kerjasama dalam pelbagai bidang serta hubungan antara rakyat.

Perbincangan kami kemudian diteruskan dalam sidang mesyuarat terhad yang disertai pimpinan Malaysia dan Indonesia, di mana ruang-ruang kerjasama, pelaburan dan perdagangan baharu diteroka secara bersama.

Alhamdulillah, perbincangan yang berteraskan persefahaman, keyakinan dan kepercayaan ini membawa kepada beberapa kesepakatan, khususnya dalam merungkai beberapa isu tertunggak antara Malaysia dan Indonesia.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

27 Jan, 07:10


Pagi ini saya mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara untuk menerima kunjungan Tamu Kenegaraan, Presiden Indonesia Prabowo Subianto ke Malaysia.

Ketibaan Presiden Prabowo yang mengadakan Lawatan Negara pertamanya ke negara Asia Tenggara, diraikan dengan istiadat Sambutan Negara dan pemeriksaan pasukan Kawalan Kehormatan daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.

Saya kemudiannya mengiringi Sultan Ibrahim menerima Kunjungan Menghadap Presiden Prabowo, dan menyaksikan Baginda Tuanku mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.1) kepada Presiden Prabowo. Sultan Ibrahim kemudian meraikan delegasi kedua-dua negara dalam Majlis Santapan Negara.

Lawatan Negara oleh Presiden Prabowo ini menggambarkan hubungan erat kedua-dua negara sahabat yang juga pengasas ASEAN, dan melambangkan komitmen untuk melonjakkan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia ke tingkat lebih tinggi demi kemakmuran kedua-dua negara dan rantau ASEAN.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

27 Jan, 01:26


Keistimewaan yang dianugerahkan kepada Rasulullah SAW melalui perjalanan Israk dan Mikraj merupakan satu perjalanan spiritual yang hadir bersama amanah solat punya dampak yang besar kepada roh dan kekuatan dalaman umat. Simbol kepimpinan Baginda Rasulullah SAW mengetuai solat dalam kalangan para Rasul yang lain jua mengambarkan kepentingan umat Islam yang dipayungi oleh Rasulullah SAW.

Pengalaman unik yang dialami oleh Baginda harus dibugar bagi memupuk semangat berkerja lebih kuat dan berdisplin mencapai itqan fil amal serta teguh kepada pengabdian penuh kepada Allah SWT.

Selain İtu, ibrah dari peristiwa besar ini penting konteks sejarah umat Islam khususnya peranan dua kota suci Mekah dan Baitul Maqdis. Sehubungan İtu, ingatan dan doa kepada nasib rakyat Palestin yang tertindas dan terus mengalami penjajahan harus menjadi sebahagian sikap konsisten kita dalam memperjuangkan maruah dan keadilan untuk rakyat Palestin.

Firman Allah:

‎سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ

Maksudnya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

(Surah Al-Isra’ : 1)

ANWAR IBRAHIM

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

27 Jan, 00:24


Ternyata merupakan suatu kehormatan yang besar bagi saya meraikan pemikir YM Profesor DiRaja Terpuji Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang sebelumnya pernah menggambarkan Zaaba sebagai ‘pemukul rebana’. Justeru, pada malam ini saya ingin mengambil kesempatan untuk merenungkan semula sumbangan beliau—yang saya anggap sebagai guru saya sekaligus guru dan filasuf bangsa—sebagai “peniup seruling nyaring yang melantunkan melodi yang menusuk kalbu.”

Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan mendengarkan syarahan extempore beliau mengenai karya beliau yang terkini yakni ‘Islam: The Covenants Fulfilled’. Dalam syarahan ini, beliau mengupas ayat-ayat suci Al-Qur’an yang berkaitan dengan kemanusiaan, jasad dan ruh, serta landasan kalimah syahadat yang dibawa oleh Junjungan Besar Rasulullah SAW yang dibandingkan dengan para nabi sebelumnya. Buku ini mengupas secara mendalam konsep Islam sebagai pemenuhan perjanjian primordial (mithaq) antara Tuhan dan manusia, yakni sebuah gagasan utama dalam teologi Islam.

Izinkan saya menyentuh sedikit pengalaman peribadi saya pada masa muda iaitu ketika semangat kebangkitan Islam sedang tumbuh sebagai fenomena besar. Pada saat itu, ABIM lahir dari kesedaran bahawa Islam adalah kesempurnaan akidah dan cara hidup, di mana seorang Muslim harus hidup berdasarkan prinsip tauhid.

Meskipun menghadapi berbagai tantangan, lantas kami tidak pernah berhenti mengangkat serta menyemarak pemikiran Profesor Syed Muhammad Naquib, terutama melalui karya-karya beliau seperti ‘Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu’—yang, secara kebetulan, menjadi buku teks bagi semua guru ketika saya menjabat sebagai Menteri Pendidikan—dan ‘Risalah untuk Kaum Muslimin’, serta banyak karya penting lainnya.

Saya amat berharap karya-karya monumental Profesor Al-Attas dapat terus dimanfaatkan oleh para peneliti dan generasi muda terutamanya. Insya-Allah, Kerajaan akan mengambil inisiatif untuk mengumpul serta meningkatkan koleksi Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di ISTAC, yang direncanakan akan memiliki lebih dari 150,000 koleksi.

Semoga Allah SWT senantiasa memberikan kesihatan yang baik kepada beliau. Bagi pihak peribadi dan Kerajaan, saya ingin menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan setingginya atas dedikasi perjuangan keilmuan beliau sehingga ke hari ini. Generasi hari ini harus manfaatkan pemikiran beliau dalam usaha membangun bangsa yang bermaruah dan kuat.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

26 Jan, 12:38


Bersama Tuanku Agong Sultan Ibrahim pagi tadi bersarapan bersama di Restoran Nasi Lemak Burung Hantu pagi ini.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

26 Jan, 11:52


Sekitar sambutan Tahun Baharu Cina di ibu negara semalam. Pemilihan Malaysia sebagai destinasi pertama sambutan Festival Musim Bunga ini di luar negara China menjadi bukti persahabatan erat kedua-dua negara.

Semoga sambutan tahun ini akan terus memperkukuh perpaduan dan keharmonian yang menjadi tunjang kekuatan Malaysia.

Xīn nián kuài lè.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

26 Jan, 05:35


Pagi tadi Tuanku Agong Sultan Ibrahim dan saya telah meluangkan masa bersarapan bersama di Restoran Nasi Lemak Burung Hantu pagi ini. Dalam suasana santai pagi Ahad yang dingin, kami menikmati hidangan tradisional negara yang telah sekian lama menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

26 Jan, 02:27


Malam tadi hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Sambutan bertaraf antarabangsa ini yang disebut sebagai Festival Musim Bunga di China, mencatat sejarah tersendiri tatkala Malaysia dipilih sebagai lokasi pertama di luar China.

Sebaik tiba, saya bersama pimpinan Malaysia dan China disambut dengan persembahan dron yang memaparkan kisah persahabatan Malaysia dan China yang penuh bersejarah.

Ketika berucap, saya memetik bait-bait puisi nukilan Lu You, pemuisi Dinasti Song yang menggambarkan keutuhan persahabatan Malaysia dan China yang merentas zaman serta melangkaui pelbagai rintangan dan cabaran.

Meskipun kerjasama ekonomi dan perdagangan menjadi teras kepada kerjasama akrab Malaysia-China, saya tekankan bahawa dialog peradaban perlu diangkat sebagai wadah dalam mewujudkan landskap kerjasama yang lebih utuh di masa hadapan.

Sebagai negara berbilang kaum, budaya dan agama, saya tegaskan komitmen Malaysia untuk meraikan kepelbagaian dan kemajmukan budaya yang menjadi kekuatan negara ini sejak sekian lama.

Sempena kepengerusian Malaysia tahun ini, ASEAN akan turut menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan China buat julung kali, yang menggambarkan potensi kerjasama yang lebih luas, di samping terus memperkukuh hubungan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

Semoga sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini disambut dengan penuh kemeriahan oleh seluruh warga Malaysia dalam semangat kekeluargaan dan perpaduan.

Xīn nián kuài lè.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

25 Jan, 04:01


Alhamdulillah, berakhir misi delegasi Malaysia di empat negara iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom, Belgium dan Switzerland. Selain memperkukuh hubungan dua hala, menarik pelaburan dan meningkatkan perdagangan, saya menanggapi satu perkara penting.

Meskipun rencam politik, pimpinan dan rakyat negara-negara ini memberi tumpuan penuh pada ekonomi, budaya ilmu, kemahiran, keterampilan dan kecerdasan buatan. Sikap ini harus kita teladani ketimbang sepanjang masa berbicara soal titik bengik yang memecah belah dan merugikan.

Saya turut gunakan misi ini untuk menjulang hubungan erat ASEAN sebagai kekuatan rantau kita. Keterangkuman dan kemampanan harus menjadi tunjang kebangkitan Malaysia dan ASEAN, dengan memilih perkongsian kemakmuran secara adil tanpa ada yang terkecuali.

Di bawah kepengerusian Malaysia, blok ini berpegang teguh pada prinsip kepusatan ASEAN, di mana kita bebas bekerjasama dengan Amerika Syarikat, China, India, Eropah dan negara-negara lain tanpa perlu memihak atau terikat dengan konflik luaran.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

22 Jan, 12:43


Hari yang penting di Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 saya mulakan dengan pertemuan dengan Pengasas WEF dan Pengerusi Lembaga Amanah Prof Klaus Schwab dalam program “Special One-on-One Exclusive Dialogue with Forum Leadership”.

Ruang 30 minit itu digunakan dengan menjelaskan peranan yang boleh dimainkan Malaysia terkait masa depan ekonomi dunia dan ketersediaan negara bagi menyahut arus perubahan serta kecanggihan teknologi ketika ini.

Saya maklumkan bahawa Malaysia telah mempersiap segala kelengkapan dan infra diperlukan terkait kecerdasan buatan, tenaga, tenaga hijau, semikonduktor, perlindungan data, dan lain-lain lagi untuk perhatian masyarakat dunia.

Ini juga disokong melalui hubungan baik dengan negara-negara jiran ASEAN dalam aspek intra-ASEAN, projek kabel bawah laut, persempadanan, pertukaran maklumat dalam membawa rantau ini ke tahap lebih tinggi, setanding Kesatuan Eropah selain arus kebangkitan kumpulan negara Global South melalui anjakan kuasa ekonomi sedia ada dalam membentuk semula masa depan ekonomi dunia.

-

On an important day at the World Economic Forum (WEF) 2025 Annual Summit I met WEF Founder and Chairman of the Board of Trustees, Prof Klaus Schwab in the "Special One-on-One Exclusive Dialogue with Forum Leadership" program.

The 30-minute space I used to explain Malaysia’s role in shaping the future of the world economy and the country's availability to respond to current changes and technological sophistication.

Malaysia has prepared all the necessary infrastructure related to artificial intelligence, energy, green energy, semiconductors, data protection, and others to get the world’s attention.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

22 Jan, 11:43


Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 platform penting tonjolkan kemampuan Malaysia dalam radar tumpuan ekonomi dunia.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

22 Jan, 10:12


Saya mendoakan kejayaan buat skuad kriket wanita kebangsaan bawah 19 tahun yang sedang bersaing dalam Piala Dunia Kriket T20 Wanita Bawah 19 Tahun ketika ini.

Barisan jaguh kita akan turun menentang West Indies di Bayuemas Kriket Oval, Klang pada jam 10.30 pagi esok. Perlawanan ini bakal menentukan kelayakan pasukan kita ke pusingan seterusnya.

Ayuh Malaysia berikan sokongan padu buat pasukan kriket wanita bawah 19 tahun kita. Doa rakyat Malaysia mengiringi langkah kalian!

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

22 Jan, 03:43


Saya dijadualkan untuk menyampaikan ucaptama bertajuk “ASEAN-Even Stronger Together” bersempena Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland pada jam 9 malam ini waktu Malaysia.

Insya-Allah, saya akan mengupas keutamaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini serta peranan penting ASEAN dalam membentuk landskap ekonomi global.

Ikuti ucaptama pada Sesi Awam Peringkat Tinggi ini secara langsung malam ini menerusi Facebook RTM dan Bernama serta siaran Awani.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

22 Jan, 02:03


Sewaktu menyertai sesi ‘Country Dialogue on Malaysia’ bersempena Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, saya maklumkan hadirin bahawa Malaysia perlu berada dalam radar sinergi dan pelaburan mereka untuk manfaat bersama di masa hadapan.

Saya kongsikan polisi kerajaan ketika ini, sangat aktif menyertai arus perubahan dunia dalam bidang semikonduktor, digital, tenaga, hidrogen, dan kecerdasan buatan selain memberi penekanan kepada aspek kesihatan dan pendidikan.

Ini semua bakal membawa pulangan besar kepada Malaysia dan ASEAN secara menyeluruh apabila kelibat pelabur asing mula menjelma lantas memainkan peranan kepada perubahan ekonomi sejagat.



While participating in the 'Country Dialogue on Malaysia' session in conjunction with the World Economic Forum (WEF) 2025 Annual Summit, I told the audience that Malaysia, as the ASEAN Chairman, needs to be on its synergy and investment radar for mutual benefit in the future.

I share the government's policy at the moment, very actively participating in the current world change in the field of semiconductors, digital, energy, hydrogen, and artificial intelligence in addition to emphasizing the aspects of health and education.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

21 Jan, 14:15


Heartiest congratulations to President Donald J. Trump on his inauguration as the 47th President of the United States. I look forward to working with President Trump to strengthen the robust, complementary and forward-looking ties between Malaysia and the United States. As ASEAN Chair in 2025, I hope to welcome President Trump to Malaysia, reaffirming America’s renewed engagement with our region.

President Trump brings a unique approach to addressing domestic and global challenges, as evidenced by his pivotal role in facilitating the Gaza ceasefire even before his inauguration. Malaysia stands ready to collaborate on shared priorities as the Trump administration strives to herald a new golden age for America.

Credit: AP

Anwar Ibrahim (official)

21 Jan, 13:28


Di sela-sela Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, Davos, Switzerland, saya berpeluang mengadakan pertemuan dengan pemimpin syarikat multinasional yang mempunyai pelbagai pelaburan di Malaysia.

Ruang lingkup ini digunakan untuk menerokai lebih banyak sinergi pelaburan dan perdagangan demi kepentingan bersama-sama.

Antara syarikat-syarikat yang terlibat adalah AstraZeneca, Fortescue, DP World, Nestle, Medtronics, dan Google.

Sesi-sesi tersebut juga sebagai signal dan usaha berterusan kerajaan dalam meyakinkan serta menarik kemasukan pelabur asing, baik baharu dan lama ke Malaysia.

Iklim pelaburan global menuntut kerajaan untuk lebih aktif memperluas radar hubungan dan kerjasama lebih erat bagi merebut peluang yang ada hatta membawa manfaat untuk dinikmati rakyat dan juga ekonomi negara.



On the sidelines of the World Economic Forum (WEF) Annual Summit 2025, Davos, Switzerland, I had the opportunity to hold business meetings with leaders of multinational companies that have investments in Malaysia.

This was a good session to discuss and explore various opportunities for business collaboration related to the economy and investment with the companies involved.

Among the companies involved were AstraZeneca, Fortescue, DP World, Nestle, Medtronics, and Google.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

21 Jan, 09:32


Pergunungan Alps menjadi saksi suara Malaysia dan ASEAN dilontarkan pada Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF).

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

21 Jan, 08:37


Tiba di Davos, Switzerland bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Jadual padat saya, sejajar dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, akan membawa suara anggota blok ini di pentas dunia dalam pelbagai isu antaranya kecerdasan buatan, iklim, tenaga boleh baharu, transformasi digital dan pembangunan mampan.

Turut dijangka menjadi tumpuan dan agenda penting sewaktu lawatan kerja ini adalah sesi taklimat dengan media antarabangsa, Dialog Strategi Negara dan ucaptama terkait masa depan ASEAN merangkumi aspek digital, ekonomi, peranan teknologi baharu dan juga inovasi.

Moga Yang Maha Esa memberi keberkatan dan memudahkan segala perancangan yang diatur sepanjang lawatan ini, Insya-Allah.



Arrived in Davos, Switzerland to attend the World Economic Forum (WEF) Annual Summit 2025.

This is a significant platform to strengthen our presence at the global stage hence attracting new trade and investment opportunities that align with Malaysia’s long-term economic goals.

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

21 Jan, 07:37


Lawatan kerja saya dan delegasi Malaysia ke Brussels, Belgium bukan sekadar mencari sinergi dan peluang perdagangan mahupun pelaburan baharu malah mampu merapatkan jurang ASEAN-EU dalam pelbagai sektor untuk kepentingan bersama.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

03 Jan, 12:41


Dalam mengejar kemajuan pembangunan negara, aspek kebajikan rakyat dan akses kepada infra perlu diberi keutamaan dan tidak seharusnya diabaikan.

Saya turun padang dan melihat sendiri status lif di Blok D Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, Setapak yang sebelum ini mengalami kerosakan dan kini sudah pun diperbaiki secara berperingkat.

Moga masalah ini tidak berulang dan warga penduduk dapat memanfaatkan kemudahan yang ada untuk kegunaan seharian mereka, Insya-Allah.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

03 Jan, 10:39


Graf kemajuan dan pembangunan dikecapi, telah membentuk sebuah negara bertuah yang masih memerlukan ruang penambahbaikan agar terus berdaya saing di pentas tempatan dan juga antarabangsa.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

03 Jan, 09:40


Usaha meningkatkan taraf ekonomi dan prestasi negara menuntut kebersamaan semua pihak termasuk dari penjawat awam agar terus berkhidmat dengan lebih cekap dan berkesan kepada rakyat.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

03 Jan, 08:34


Rutin makan tengah hari sebelum solat Jumaat bersama masyarakat setempat pada tahun baharu 2025 ini saya mulakan dengan melawat Pusat Penjaja Wirawati dan Pusat Penjaja Seksyen 10 Wangsa Maju.

Peluang menziarahi kedua-dua lokasi tumpuan itu saya gunakan sepenuhnya dengan bertegur sapa, bertanyakan khabar dan bertukar pandangan mengenai isu semasa dan setempat sebelum menjamu selera bersama wakil penduduk serta peniaga.

Saya kemudian sempat meluangkan masa melawat lif di Perumahan Awam (PA) Desa Rejang yang telah rosak sebelum ini dan kini bakal dibaik pulih secepatnya bagi dimanfaatkan penduduk setempat.

Usai, saya bersama jemaah Surau Muhajirin, Desa Rejang kemudian mendengar khutbah Jumaat dan menunaikan solat Jumaat sebelum pulang ke pejabat untuk tugasan rasmi seterusnya.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

03 Jan, 03:19


Ketika berucap di perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, saya tekankan kepentingan membina sebuah negara hebat melalui lonjakan prestasi perkhidmatan awam yang lebih baik dan cekap.

Cabaran ini harus disambut penjawat awam dengan menterjemahkannya kepada perkhidmatan berkualiti untuk rakyat, umpamanya tidak perlu menunggu giliran atau kelulusan yang terlalu lama seperti sebelum ini.

Hubaya, amalan tatakelola yang baik mampu menjadi pemangkin kejayaan dan mencetus reformasi perkhidmatan awam sekali gus memperbaiki kelemahan sedia ada.

Buanglah sifat gelojoh dan cemburu antara satu sama lain, sebaliknya perbaiki prestasi dan diri sendiri dengan bertiwikrama dalam meningkatkan mutu perkhidmatan awam demi kemajuan negara kita.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

01 Jan, 03:45


New Year clean up

Anwar Ibrahim (official)

31 Dec, 10:34


Sepanjang 2024, pelbagai inisiatif reformasi dalam pentadbiran Kerajaan telah dimulakan, termasuk pembentukan Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) serta reformasi dalam agenda membanteras rasuah, institusi dan perundangan, Parlimen, perkhidmatan awam, dan reformasi fiskal.

Iltizam Kerajaan MADANI adalah menggandakan usaha ini untuk tahun-tahun mendatang, antaranya dengan penekanan penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan sistem digital untuk meniup nafas baharu dalam perkhidmatan awam.

Insya-Allah, kita akan bersama-sama membina Malaysia yang lebih maju, terangkum dan berintegriti, serta diangkat darjat dan martabat di mata dunia.

#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja

Anwar Ibrahim (official)

30 Dec, 13:10


Insya-Allah, esok akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu untuk kita menyoroti usaha dan pencapaian sepanjang tahun ini, di samping menghamparkan matlamat dan hala tuju negara untuk tahun 2025.

Amanat ini boleh diikuti menerusi semua saluran media tempatan dan media sosial pada jam 9.00 malam.

Semoga usaha dan khidmat yang direncana ini akan terus melimpahkan rahmat buat rakyat dan negara.

#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

30 Dec, 09:56


I join fellow leaders in mourning the loss of former US President Jimmy Carter and celebrating his remarkable century of devoted service to his country and humanity.

To my mind, what stands out most about him was his willingness to defy the conventional wisdom of America’s political elites on the most crucial matters of war and peace — whether it was on dialogue with Cuba, championing the denuclearisation of the Korean Peninsula, or decrying the 2003 invasion of Iraq.

Above all, I believe no one will doubt Carter’s courage in putting principle above politics on the question of Palestine. He dared to confront the third rail of American politics, labelling Israel’s practices in Palestine as apartheid long before many others would do so. He endured withering criticism from the pro-Israel lobby by steadfastly championing the Two-State Solution. To the end, he stood unwavering — an unyielding, quiet force for peace and justice.

Americans often say they don’t make ’em like they used to. In Carter’s case, they truly don’t.

Photo: Getty Images

Anwar Ibrahim (official)

30 Dec, 06:00


Saya berkesempatan adakan mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) selain turut disertai Pegawai Daerah dan Ketua Polis Daerah Langkawi.

Insya-Allah, langkah segera akan diambil bagi memacu pertumbuhan dan merancakkan industri pelancongan sementara terus menjaga biodiversiti di Langkawi.

Saya juga akan menyegerakan beberapa projek termasuk cabang universiti yang akan memberi manfaat kepada rakyat di pulau ini.

Anwar Ibrahim (official)

30 Dec, 04:16


Alhamdulillah, rangkaian lawatan rasmi ke luar negara serta kunjungan pembesar dunia ke Malaysia sepanjang tahun ini telah memperkukuh hubungan dengan negara-negara sahabat, melonjak pelaburan dan eskport negara serta menjulang negara di persada dunia.

Malaysia kini dilihat sebagai rakan strategik yang dihormati, menerima pengiktirafan daripada pemimpin negara kuasa besar atas peranan kita dalam memperjuangkan isu-isu global, terutama dalam mendukung keadilan buat rakyat Palestin serta memperjuang tatanan dunia yang lebih adil dan seimbang.

Menjelang 2025, Malaysia bersedia menggalas tanggungjawab merintis kebangkitan ASEAN, membawa rantau ini ke era baharu yang lebih terangkum dan mampan. Dengan sokongan padu masyarakat antarabangsa, kita melangkah ke tahun hadapan dengan penuh keyakinan untuk memacu kemakmuran bersama.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

29 Dec, 10:10


I am profoundly saddened by the tragic plane crash at Muan Airport in South Korea. My thoughts are with the families and loved ones of those who lost their lives in this heartbreaking tragedy.

Malaysia stands in solidarity with the people of South Korea and Thailand during this time of sorrow. We extend our deepest condolences to all who have been affected.

At a time when so many of us are gathered with family and friends, reflecting on the year and treasuring our loved ones, this devastating loss serves as a stark reminder of how precious and fragile life is. Let us take a moment to cherish those around us.

Credit: AFP

Anwar Ibrahim (official)

27 Dec, 12:07


Alhamdulillah, gembira dapat bertemu dan berbicara dengan penduduk Langkawi hari ini. Ada yang menyatakan isu dan masalah yang dihadapi penduduk di pulau ini saban hari, dan ada juga yang zahirkan penghargaan kerana Kerajaan menaikkan gaji penjawat awam baru-baru ini.

Saya juga bertemu anak-anak dan berbicara soal pendidikan mereka. Antaranya adik Luqman Rosli yang berjanji mahu baca buku selama 30 minit malam ini. Semoga anak-anak ini menjadi generasi berilmu, berakhlak dan berbakti kepada negara, Insya-Allah.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

27 Dec, 10:08


Saya ditanya pemberita berkenaan isu tarif elektrik yang diumumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) usai solat Jumaat di Langkawi. Saya tegaskan Kerajaan tidak membenarkan sebarang perubahan tarif yang menjejaskan majoriti rakyat.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

27 Dec, 08:25


Hari ini saya berkunjung ke gerai Kak Yan Nasi Campur di Langkawi untuk makan tengah hari sebelum menunaikan solat Jumaat. Sempat bertanya khabar dan mendengar sendiri pandangan serta permasalahan daripada penduduk setempat.

Alhamdulillah, turut ketemu penjawat awam di sini yang menzahirkan penghargaan atas kenaikan gaji baru-baru ini. Saya titipkan pesanan untuk kita terus tingkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

Saya kemudian langsung ke pekan Kuah untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Hana. Menghayati khutbah minggu yang berkisar tentang Pendidikan Islam Nadi Ummah Sejahtera.

Umat diingatkan tentang Islam sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan pencarian ilmu pengetahuan dan pendidikan. Tiada jalan yang lain menuju kepada ilmu melainkan dengan Iqra’ iaitu membaca dan menekuni ilmu dengan Aqli dan Naqli.

(Kenyataan penuh di laman Facebook Anwar Ibrahim)

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

27 Dec, 06:23


It was a pleasure to meet with former Thai Prime Minister, and a dear friend, Dr Thaksin Shinawatra, for an engaging, wide-ranging and fruitful discussion, including in his capacity as an informal adviser to Malaysia’s ASEAN chairmanship.

Our conversation centred on critical regional priorities: revitalising economies, leveraging emerging technologies, fostering peace in southern Thailand, and addressing the Myanmar crisis.

Thaksin’s unparalleled network of relationships across the region, coupled with his unique expertise, promises to open invaluable opportunities for Malaysia and ASEAN to address these challenges with greater confidence and efficacy.

We also discussed ways to strengthen the already robust bilateral ties between Malaysia and Thailand, aligning them with the vision for sustainable development and regional cohesion that I share with Prime Minister Paetongtarn Shinawatra.

(Full statement on Anwar Ibrahim Facebook page)

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

27 Dec, 06:17


Saya telah bertemu sahabat baik yang juga mantan Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra semalam dan mengadakan perbincangan panjang lebar terkait beberapa perkara penting, termasuk peranan beliau selaku penasihat tidak rasmi kepada Pengerusi ASEAN.

Perbincangan kami seputar beberapa isu kritikal serantau, merangkumi usaha melonjak ekonomi, perkembangan teknologi baharu, merintis usaha damai di Selatan Thailand dan merungkai krisis di Myanmar.

Kepakaran dan jaringan perhubungan meluas yang dimiliki di rantau ini, membolehkan beliau memainkan peranan dan membuka peluang-peluang penting buat Malaysia dan ASEAN bagi berdepan cabaran-cabaran ini dengan penuh yakin dan berkesan.

Saya dan Thaksin turut bertukar pandangan terkait usaha memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Thailand dan selaras visi dan persefahaman seperti mana yang saya kongsikan bersama-sama PM Paetongtarn Shinawatra.

(Kenyataan penuh di laman Facebook Anwar Ibrahim)

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

27 Dec, 03:53


The weight of grief bears down on me at the news of the passing of my honoured and cherished friend: Dr Manmohan Singh.

Obituaries, essays and books a plenty there will surely be about this great man, celebrating him as the architect of India’s economic reforms. As Prime Minister, Dr Manmohan Singh was the midwife of India’s emergence as one of the world’s economic giants.

I had the rare privilege of witnessing the early years of these transformative policies first-hand while we both served as finance ministers during the 1990s. We shared a fervent commitment to the war against corruption — even collaborating on unravelling a major case.

The praise that will follow in the days ahead will be truly well-deserved. Dr Manmohan Singh, slightly awkward as a politician but undeniably upright, steadfast and resolute as a statesman, leaves behind a legacy that will inspire generations to come.

To me, he will be all that and much more. Not many people know this, and it is time that I share it with Malaysians: during the years of my incarceration, he extended a kindness that he didn’t have to — one that was neither politically expedient nor, as one can imagine, appreciated by the Malaysian government at that time. Yet, true to his character, he did it anyway. He offered scholarships for my children, particularly my son, Ihsan. Although I had declined the gracious offer, such a gesture undoubtedly showed his extraordinary humanity and generosity, demonstrative, as the Bard would have it, of a man so full of “the milk of human kindness”.

In those dark days, as I navigated the labyrinth of imprisonment, he stood by me as a true friend. Such acts of quiet magnanimity defined him, and they will remain etched in my heart forever.

Goodbye, my mitra, my bhai, Manmohan.

Photo: Getty images

Anwar Ibrahim (official)

27 Dec, 00:53


Happiest birthday to my dear friend, President José Ramos-Horta of Timor-Leste — a good friend and a true champion of freedom and justice.

My warmest wishes to you and the people of Timor-Leste for a joyful year ahead. May the friendship between our nations and our people continue to flourish.

#MalaysiaMADANI

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/GSyjTcBeRz4tpvNW/?mibextid=wwXIfr

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DED-5sjTKoF/?igsh=YW5mMmQ1N3BjN2gz

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1872444947464667453?s=46

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C/2449

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

Anwar Ibrahim (official)

26 Dec, 12:50


Antara keutamaan terpenting Kerajaan MADANI sepanjang tahun ini adalah memastikan kesejahteraan rakyat sebagai tunjang dalam setiap inisiatif yang dirangka dan dilaksanakan.

Alhamdulillah, Kerajaan telah merangka usaha yang jitu untuk memastikan tidak ada rakyat yang dipinggirkan—sama ada orang miskin, anak muda, wanita, warga emas, petani, nelayan, pelajar, kota dan desa. Setiap langkah diambil dengan matlamat membina kehidupan rakyat yang lebih bermakna dan bermaruah.

Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang.

#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#Sorotan2024

Anwar Ibrahim (official)

26 Dec, 05:56


Alhamdulillah, saya sangat kagum dengan bakat kreatif yang ditonjolkan di Dream Forest Langkawi. Projek ini berjaya mengetengahkan keunikan Pulau Langkawi dengan cara yang begitu berkesan, selain memaparkan lagenda dan mitos tempatan yang menjadi antara sebahagian penting warisan negara.

Saya juga telah menghubungi Tan Sri Fendi dan Puan Sri Tiara untuk menyampaikan penghargaan atas usaha hebat mereka dalam menjayakan inisiatif ini.

Saya berharap lebih banyak inisiatif seperti ini diwujud dan disemarakkan bagi memantapkan sektor pelancongan negara, di samping menghidupkan minat terhadap mitos, lagenda, dan sejarah tanah air. Langkawi tidak hanya sebuah pulau yang indah, tetapi ia penuh dengan kisah dan warisan yang patut ditelaah dan digarap generasi kini dan akan datang.

Saya usulkan supaya juga ditambah dengan memberi gambaran hala tuju Langkawi dan teknologi baru.

Anwar Ibrahim (official)

25 Dec, 13:03


Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun. Menerima perkhabaran duka pemergian kenalan keluarga, Dato’ Dr Ahmad Shukri Mohamed.

Almarhum adalah pakar mata yang telah memberi rawatan kepada saya tatkala dibantai di dalam tahanan polis pada tahun 1998. Almarhum juga antara yang tampil sebagai saksi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menafikan tohmahan kononnya saya telah mencederakan diri sendiri.

Jasa dan keikhlasan Almarhum akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Mendoakan keluarganya diberi kekuatan dan semoga Allah mengampunkan dosa Alhmarhum, Insya-Allah.

Al-Fatihah.

Anwar Ibrahim (official)

25 Dec, 06:19


Selepas lebih sedekad pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari radar, masih banyak persoalan dan misteri belum lagi terungkai.

Pandangan saya, Kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari MH370, tetapi pada masa sama memastikan nilai terbaik dalam membelanjakan wang rakyat.

Bukan sahaja keluarga dan waris, malah rakyat juga berhak untuk mendapatkan jawapan akan segala persoalan dan justeru itu, Kerajaan akan memberikan kerjasama sepenuhnya jika pencarian berjaya membuahkan hasil yang dinanti-nantikan selama ini.

#MalaysiaMADANI
#MH370

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/zk1RQDgibKL2dYui/?mibextid=wwXIfr

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DD_acFlzr21/?igsh=MWU4MWFkeGJ4MTRuNw==

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1871802061006029057?s=12&t=zxKOzL60R79sg6mLcqgxGw

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

Anwar Ibrahim (official)

24 Dec, 10:51


Acara dan perayaan Krismas tanggal 25 Disember saban tahun kembali menjelang dan menceriakan ramai penganut Kristian di serata dunia dan Malaysia tidak terkecuali.

Sebagai negara yang beragam dan rencam ras serta budaya, perayaan-perayaan besar seperti ini terus menjadi sumber kekuatan dan perpaduan di kalangan kaum di Malaysia.

Sering saya tekankan betapa perbedaan kaum dan budaya adalah resipi kemakmuran kepada mana-mana negara yang mendambakan kerukunan dan keamanan atas dasar dan prinsip hidup berdamping (coexistence).

Justeru, sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum mesti dielakkan kerana ternyata kita saling memerlu serta melengkapi, terutamanya dalam usaha membina identiti negara bangsa yang berjaya dan berketerampilan.

Sementalahan, Malaysia tidak seharusnya gagal dan dilumpuhkan hanya kerana kepentingan beberapa kelompok, malah mesti dilonjak nilai dan prinsip keadilan sejagat agar menyemangati hasrat dan harapan besar tokoh dan pendiri bangsa (the founding fathers) yang mahukan negara ini di baris depan menjulang masa depan dan maruah bangsa.

Selamat menyambut Hari Krismas kepada seluruh penganut Kristian, dengan titipan agar luangkan masa yang secukupnya bersama yang tersayang di hari besar ini dan hidupkan kecintaan antara insan.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

23 Dec, 03:42


Saya dan keluarga sudah di Pulau Langkawi bagi menerima kunjungan sahabat, Presiden Prabowo Subianto hari ini.

Namun, malam tadi beliau mohon menangguhkan pertemuan untuk beberapa hari kerana demam. Mendoakan agar Presiden Prabowo diberi kesembuhan sesegera mungkin sekaligus menyambung rencana pertemuan dua negara.

Insya-Allah, pada 26 Disember ini saya juga dijadual menemui mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra untuk agenda ASEAN demi kesejahteraan rantau ini.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

22 Dec, 12:05


Cubaan buat 🫶🏻 gagal, kita cuba lagi nanti.

Anwar Ibrahim (official)

22 Dec, 08:25


Sedih tatkala sahabat keluarga, aktivis gerakan Islam berasal Mesir serta juga pengusaha terkenal Youssef Nada telah kembali menyahut seruan Ilahi.

Bagi pihak keluarga, kami berduka dan mendoakan agar ruhnya diberi keampunan serta dikurnia tempat istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah.

Anwar Ibrahim (official)

22 Dec, 04:10


Alhamdulillah, Kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan untuk terus melonjakkan ekonomi negara sepanjang tahun ini bagi melimpahkan kemakmuran berpanjangan buat rakyat dan negara.

Kerajaan akan terus bekerja keras di tahun-tahun mendatang untuk memacu masa depan kita yang lebih sejahtera, Insya-Allah.

#MalaysiaMADANI
#Sorotan2024
#MADANIBekerja

Anwar Ibrahim (official)

03 Dec, 09:46


Saya hadir meluncurkan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPFC) pada tengah hari tadi di Dewan Merdeka, WTC.

Saya tegaskan betapa aspek keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam merupakan pra-syarat paling penting ke arah mencapai matlamat murni buat negara.

Saya terapkan sejak mula mengambil alih tampuk kepemimpinan negara bahawa pertumbuhan dan pemacuan ekonomi tidak mampu terjelma tanpa tahap keselamatan dan keamanan yang ampuh.

Namun, dalam merasmikan Suruhanjaya ini adalah sebagai menyemangati maksud negara madani bahawa mesti wujud perimbangan yang jelas antara keselamatan, penegakan undang-undang serta prinsip keadilan.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab semua, dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai tonggak, bahawa keamanan dan prinsip hukum kekal terjamin demi sebuah tatanan yang makmur, terkendali dan berketerampilan.

Dan sekiranya kita mahu negara ini terbela dan terangkatnya darjat rakyat, maka isu tatakelola dan salahguna kuasa harus diberikan tumpuan. Setelah dua memimpin Kerajaan, PDRM adalah institusi yang sangat kritikal dalam memberi makna kepada kejayaan-kejayaan kita, lantas penghargaan sepenuhnya kepada seluruh pasukan PDRM.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

03 Dec, 08:38


Bantuan segera untuk membaiki kerosakan akibat banjir yang melanda sembilan negeri mencecah hampir RM1 bilion.

Keutamaan akan diberikan untuk membaiki sekolah, hospital dan jalan raya yang rosak malah kerajaan juga akan mempertimbangkan bantuan kepada mangsa banjir yang kediaman mereka musnah sepenuhnya.

Selain itu, mangsa banjir kilat juga boleh memohon ganti rugi melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi kerajaan untuk dipertimbangkan.

Pertimbangan akan diberi namun tidak boleh disegerakan kerana perlu mengikut proses sepatutnya.

#MalaysiaMADANI

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/78SH1pV5QmqQnjjh/?mibextid=WC7FNe

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DDHA0dgz1-7/?igsh=MXcxeWdkamFkZWEzZQ==

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1863865087754371268?s=46

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

YouTube
https://youtube.com/shorts/REiZGZxRIkw?feature=shared

Anwar Ibrahim (official)

03 Dec, 07:43


Malaysia rekod kerugian berjumlah RM1.224 bilion akibat jenayah dalam talian bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Ini termasuk jenayah telekomunikasi, e-kewangan, love scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud dan pelaburan tidak wujud.

Selain itu bank perlu membayar balik kepada mangsa scam sekiranya dikenalpasti berlaku kecuaian oleh institusi berkenaan sehingga menyebabkan berlakunya jenayah scam.

#MalaysiaMADANI

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/oV93AUFKHCMoQYyR/?mibextid=WC7FNe

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DDG5M7Rz5Ny/?igsh=MXE1dmthZW93ejlpcQ==

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1863848470676930776?s=46

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

YouTube
https://youtube.com/shorts/KgBM-DFv2X4?feature=shared

Anwar Ibrahim (official)

03 Dec, 06:08


Sewaktu sesi pertanyaan-pertanyaan perdana menteri di Dewan Rakyat, saya maklumkan bahawa undang-undang berkaitan kes-kes jenayah komersial dan transaksi kewangan akan diperketatkan dan dibentangkan dalam sesi pertama tahun hadapan.

Malah, ini juga memgambil situasi jenayah dalam talian yang semakin membimbangkan kerana banyak rekod nombor telefon dan akaun bank yang terlibat dalam kegiatan penipuan berdasarkan aduan yang diterima melalui aplikasi Semak Mule Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi pertanyaan berkaitan kebajikan mangsa banjir, saya maklumkan bahawa jumlah yang munasabah akan diberi perhatian secara menyeluruh melibatkan mangsa di negeri-negeri terlibat.

Pertimbangan itu bagi membolehkan mereka membina semula rumah pasca bencana berkenaan.

Keutamaan juga akan diberikan untuk membaiki jalan rosak manakala langkah menaik taraf jalan negeri menjadi jalan persekutuan bagi mengatasi banjir memerlukan laporan lanjut daripada Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

03 Dec, 04:22


Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas perkenan menerima patik menghadap semalam.

Dalam sesi ini, saya telah menyembah maklum perkembangan terkini pembangunan negara dan negeri Selangor serta Johor.

Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

Daulat Tuanku.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

03 Dec, 02:46


Selamat ulangtahun kelahiran buat isteri tercinta Dr Wan Azizah Wan Ismail. Semoga terus kuat dan diberi kesihatan yang berpanjangan.

Anwar Ibrahim (official)

02 Dec, 14:03


Saya hargai usaha dan semangat tinggi dipamerkan pasukan keselamatan, petugas kesihatan serta seluruh agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang bertungkus lumus membantu menguruskan kebajikan dan keperluan mangsa banjir ketika ini.

Penat lelah sehingga terpaksa berjauhan serta meninggalkan keluarga mereka, akan dikenang sebagai satu pengorbanan besar yang tidak ternilai kepada rakyat dan negara.

Kepada sektor swasta, ayuh kita harungi bersama dan semarakkan semangat kebersamaan untuk terlibat dalam misi bantuan membantu rakyat yang memerlukan serta dilanda kesusahan saat ini.

Seharusnya semua pihak harus turun padang dan sama-sama membantu meringankan beban ditanggung sehingga mereka yang terkesan ini dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.

#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama

Foto: Bernama

Anwar Ibrahim (official)

02 Dec, 12:23


During my keynote address at the Common Action Forum 2024, titled ‘Sovereignty and Fair Interdependence: The Global South and the Democratisation of Prosperity’ in Kuala Lumpur today, I highlighted four key areas that urgently need reform.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

02 Dec, 10:26


Di Common Action Forum 2024, saya telah mengetengahkan prinsip menghormati kedaulatan negara-negara dan kerjasama antara semua untuk menggapai tatanan multilateral yang bermakna untuk semua.

Kebobrokan yang semakin membengkak di dunia — baik dari segi kesenjangan kekayaan, kadar kemiskinan, ketidakstablilan politik dan ekonomi serta kemusnahan iklim — adalah berpunca daripada tatakelola global yang hambar. Tentunya kumpulan Global South juga mendepani tantangan-tantangan yang sama.

Walhasil, saya menekankan keperluan untuk merombak semula empat bidang ini untuk memastikan ekonomi menjadi kian saksama dan lestari: sistem kewangan antarabangsa, sistem perdagangan antarabangsa, pembiayaan perubahan iklim yang adil, serta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Apa yang telah saya ketengahkan hari ini telah acap kali saya tekankan untuk menggapai keamanan dan kestabilan dunia di kala zaman edan ini.

-

At Common Action Forum 2024, I emphasized the importance of respecting national sovereignty and fostering international cooperation to create a multilateral order that benefits all nations.

The escalating global challenges—wealth inequality, poverty, instability, and climate destruction—stem from inadequate governance, affecting the Global South, including Malaysia.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

23 Nov, 10:10


Alhamdulillah, Kerajaan MADANI telah memperkenalkan pelbagai anjakan dan reformasi sepanjang dua tahun mentadbir negara terutama bagi memacu pertumbuhan ekonomi, perdagangan, pelaburan dan kebajikan rakyat.

Pelbagai inisiatif dan bantuan dilaksanakan untuk berkongsi kemakmuran secara adil kepada rakyat, di samping mengangkat imej negara di pentas antarabangsa hingga menarik minat syarikat gergasi dunia untuk melabur di Malaysia.

Ini hanyalah permulaan dan banyak lagi perancangan sedang dirangka untuk mencipta lebih banyak kejayaan, termasuk dengan memperbaiki kelemahan dan perkhidmatan kepada rakyat.

Kejayaan yang dikecapi ini adalah hasil daripada kestabilan politik dan kebersamaan pimpinan untuk bergerak sederap dan senada, di samping iltizam penjawat awam yang menunjukkan kesediaan melakukan reformasi serta meningkatkan kecekapan.

Pihak swasta turut mainkan peranan kritikal untuk untuk menjayakan agenda MADANI menerusi kemahiran dan kepakaran yang dimiliki. Namun paling penting adalah tenaga kerja dalam kalangan rakyat sama ada pekerja, petani atau nelayan yang menunjukkan kesediaan menjadikan Malaysia negara hebat, terkenal dan dihormati.

Di sebalik kebersamaan ini, masih ada suara-suara dangkal yang cuba meremehkan usaha Kerajaan MADANI membersihkan negara daripada kebobrokan dan rasuah, hingga mereka yang merompak kekayaan negara diangkat dan dipuji, manakala pihak yang bersih dicerca.

Namun saya percaya dengan kebijaksanaan rakyat untuk melihat sendiri usaha-usaha Kerajaan MADANI dalam mengangkat martabat rakyat, antaranya memastikan gaji bermaruah kepada pekerja, mempertingkat khidmat kesihatan, memperkasa pendidikan dan menjaga kebajikan isi rumah dengan bantuan-bantuan berbilion ringgit.

Insya-Allah, Kerajaan MADANI bertekad untuk terus bekerja dan meningkatkan usaha membawa lebih banyak kejayaan dan kemakmuran untuk rakyat serta memastikan imej Malaysia gah di seantero dunia.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

22 Nov, 15:33


I am pleased that tech giants like Microsoft and Google are putting their faith in Malaysia. I am optimistic others will follow. Clarity in policy is crucial for the common good and attracting investors. Together, we must and will work harder to improve the lives of Malaysians through the opportunities offered by AI technology. The future is ours to shape and win.

#MalaysiaMADANI
#APEC2024
#NationalAIRoadmap

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/AB9ryzdznACDXpja/?mibextid=WC7FNe

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DCrbn2VzUD7/?igsh=ZTh3bWVtcTZ2Ym16

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1859982534840660119?s=46

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

YouTube
https://youtu.be/Fe7EYOQ4kvE?feature=shared

Anwar Ibrahim (official)

22 Nov, 07:37


Luang waktu bertemu rakyat ketika makan tengah hari di Medan Selera Presint 9 hari ini usai mesyuarat Kabinet. Terlipur hati layan telatah anak-anak di sini.

Saya kemudian menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Husna. Alhamdulillah.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

22 Nov, 00:49


Alhamdulillah, malam tadi hadir mengimarahkan perasmian Khatam Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa di Masjid Putra bersama-sama kira-kira 10,000 jemaah.

Majlis ini yang dianjurkan menjelang genap dua tahun Kerajaan MADANI, turut disemarakkan dengan kehadiran Mufti Besar India Al-Allamah Syeikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari, barisan Kabinet serta ulama’ dan sahabat-sahabat pencinta ilmu.

Saya menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada semua peserta yang tekun dan istiqamah mengikuti majlis ini sejak 10 hari lalu untuk bersama-sama dalam usaha meneruskan kesinambungan, memperkukuh ilmu serta menyebarkan kefahaman yang sahih tentang sunnah.

Dalam amanat, saya menghimbau pengalaman mengunjungi Kerala, India beberapa tahun lalu dan menyaksikan sendiri ikhtiar anak-anak di markas pimpinan Syeikh Abu Bakar yang begitu hebat menyemarakkan ruh Islam dan pengajian yang mendalam.

Saat itu, Syeikh Abu Bakar sempat menitipkan pesanan supaya menganjurkan majlis khatam sama’ hadith sahih Al-Bukhari sekiranya diizinkan Allah untuk memimpin negara. Alhamdulillah, kita telah mulakan majlis ini tahun lalu secara sederhana, dan diteruskan tahun ini secara lebih hebat dengan sokongan sahabat-sahabat ulama’ dan agensi-agensi Kerajaan.

Saya juga amat menghargai titipan hikmah Syeikh Abu Bakar tatkala bertemu di kediaman saya hari ini, di mana beliau berpesan supaya istiqamah, sabar dan tidak gusar berdepan ugutan, hinaan, cercaan dan fitnah. Ini sebagaimana peringatan Allah SWT;

‎فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّٰهِ لِنْتَ لَهُمْ ۚ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا
‎غَلِيْظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوْا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى الْاَمْرِۚ فَاِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ ۗ اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِيْنَ

Maksudnya : Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

(Surah Al-Imran : 159)

Dalam ucapan, saya turut tegaskan bahawa negara MADANI harus berpasak pada nilai kemanusiaan, jati diri, keyakinan dan akhlak, di samping berusaha mengejar kemajuan ekonomi, perdagangan dan pembangunan. Tiada ertinya negara yang gah dengan pembangunan pesat jika nilai-nilai ini dipinggirkan.

Kerana itu Kerajaan MADANI mempersiapkan generasi masa depan dengan membudayakan ilmu dan pencerahan, terutama dengan mewajibkan anak-anak Islam di semua sistem pendidikan negara untuk menelaah Hadis 40 Imam Nawawi berserta terjemahan dan syarahnya, di samping mengupayakan penguasaan Al-Quran dan hadis.

Saya mendoakan semoga usaha-usaha ini memancarkan sinar untuk Malaysia muncul sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, di samping menghidupkan penghayatan ruh Islam serta membawa mesej dan harapan baharu buat dunia, Insya-Allah.

Memetik hadis terakhir (No. 7563) yang ditulis oleh Imam al-Bukhari Rahimahullah di dalam al-Jami’ al-Sahih:

‎حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِشْكَابَ، قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ، عَنْ عُمَارَةَ بْنِ القَعْقَاعِ، عَنْ أَبِي زُرْعَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «كَلِمَتَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ، خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ، ثَقِيلَتَانِ فِي المِيزَانِ: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ».

Maksudnya: Ahmad bin Ishkab menyampaikan kepada kami, katanya: Muhammad bin Fudhail menyampaikan kepada kami daripada ‘Umarah bin al-Qa‘qa‘ daripada

Anwar Ibrahim (official)

22 Nov, 00:49


Abu Zur‘ah daripada Abu Hurairah R.A, katanya: Nabi SAW bersabda: “Ada dua kalimat yang disukai al-Rahman, yang (sebutannya) ringan di lidah dan berat (ganjarannya) di atas timbangan, iaitu:

‎سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ

“Maha Suci Allah dan segala puji untuk-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.”

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

21 Nov, 12:59


Ayuh hadir beramai-ramai ke Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan berlangsung bermula esok hingga Ahad ini di Pusat Konvensyen KLCC.

Program ini adalah inisiatif Kerajaan untuk meraikan rakyat dengan berkongsi hasil kerja keras selama tahun mentadbir dengan menghimpunkan pelbagai perkhidmatan Kerajaan di satu lokasi. Orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan potongan harga untuk barangan keperluan.

Insya-Allah, saya akan turut hadir merasmikan Program 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 pada Sabtu ini. Ia bakal menjadi detik penting untuk penjawat awam yang bakal memperbaharui tekad, selaras agenda reformasi perkhidmatan awam di bawah Kerajaan MADANI.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

21 Nov, 11:52


Menjawab soalan di Dewan Rakyat pagi ini terkait lawatan ke empat negara baru-baru ini. Saya jelaskan di setiap pentas, terutama di Riyadh, Arab Saudi, Malaysia memperjuangkan keadilan buat rakyat Palestin dan mengutuk keras kekejaman dan kezaliman Israel di hadapan pemimpin dunia.

Saya turut mengulangi penjelasan terkait tohmahan pembangkang yang cuba memesongkan kenyataan saya terkait isu negara haram Israel.

#MalaysiaMADANI

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/mw76M432tkmkVijU/?mibextid=WC7FNe

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DCocHiTAk6x/?igsh=Nzl2eHBleHpvamZ4

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1859563237433561329?s=46

TikTok
https://vt.tiktok.com/ZSjHt2Pm1/

YouTube
https://youtu.be/2MHl_foqP4c?feature=shared

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

Anwar Ibrahim (official)

21 Nov, 10:11


Perbincangan kami semasa mesyuarat dua hala tertumpu kepada usaha bagi meningkat serta merapatkan hubungan dan kerjasama dua hala khususnya terkait industri halal, pertahanan dan keselamatan, digital, pelaburan, dan tenaga. Malaysia juga menyambut baik cadangan Vietnam untuk mempertingkat kerjasama strategik yang lebih komprehensif di antara kedua-dua negara.

Malaysia dan Vietnam juga bersetuju untuk meneroka sektor perikanan agar kita dapat bekerjasama dalam kerangka keyakinan dan persahabatan yang tinggi.

Republik Sosialis Vietnam adalah rakan dagangan ke-10 terbesar Malaysia di peringkat global dan rakan dagangan ke-4 di peringkat ASEAN. Untuk tempoh Januari hingga September 2024, nilai dagangan dua hala Malaysia dan Vietnam direkodkan mencecah RM80 bilion.

Semasa sidang media bersama, saya turut mengambil kesempatan untuk menelusuri sejarah kemerdekaan Vietnam yang keras menentang penjajahan dan lantang menyanggah imperialisme menerusi asas perjuangan yang dihampar Bapa Negara Vietnam iaitu Ho Chi Minh. Justeru, dengan cebisan sejarah yang hebat itu maka saudara To Lam akan sudi untuk mengiringi saya ke Dien Bien Phu kelak, Insya-Allah.

🇲🇾🇻🇳
#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

21 Nov, 08:24


Hari ini menerima Tamu Kenegaraan dari Republik Sosialis Vietnam iaitu Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam TYT To Lam dan isteri Puan Ngo Thi Phuong Ly yang dalam rangka lawatan rasmi satu hari ke Malaysia.

Usai sambutan rasmi dan pemeriksaan pasukan Kawalan Kehormatan dari Batalion Pertama Rejimen Melayu Diraja, TYT To Lam dan saya langsung ke Sesi Pertemuan Khas yang turut melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Luar dan Menteri Dalam Negeri serta delegasi dari Vietnam.

Hubungan kerjasama erat Malaysia dan Vietnam mesti terus diperkukuh demi manfaat kedua-dua negara.

🇲🇾🇻🇳
#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

20 Nov, 07:15


Alhamdulillah, sepanjang 11 hari yang penuh bermakna ini, kita terus melangkah dengan keyakinan dan penuh tawaduk menyerlahkan semula ‘sinaran’ Malaysia di persada dunia.

Memenuhi undangan lawatan rasmi dan pertemuan daripada rakan-rakan sejawatan dari 19 negara, ia sekali gus mengeratkan hubungan antarabangsa dan membuka jalan kepada peluang baharu untuk kemakmuran rakyat dan negara ketika lanskap geopolitik dunia sarat dengan ketidaktentuan.

Dalam pelbagai pertemuan rasmi dan dialog tersebut, usaha tertumpu kepada aspek memantapkan kerjasama dalam pelaburan, perdagangan, dan inisiatif bersama yang bermanfaat dan dirasai oleh rakyat khususnya serta komuniti ASEAN amnya.

Apa yang paling berharga bukanlah semata-mata pencapaian atau perjanjian yang termeterai, tetapi semangat kebersamaan dan sikap masyarakat antarabangsa yang mengambil serius pandangan Malaysia—sebuah negara yang sentiasa tegas mendukung nilai keinsanan, keadilan, menjulang kecemerlangan serta inklusif.

Namun, perjalanan kita masih jauh. Esok, saya akan menerima kunjungan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam di Putrajaya dan Ahad ini saya akan berangkat ke Korea Selatan untuk terus meneroka peluang ekonomi yang baharu dan mengukuhkan kerjasama yang sedia erat antara kedua-dua negara.

Saya dan pasukan juga sedang merangka persiapan menerima kunjungan rasmi barisan pemimpin utama dari pelbagai negara pada Disember nanti, Insya-Allah.

Doakan agar setiap usaha ini terus diberkati dan menjadi asas trajektori baharu masa depan yang lebih cerah untuk Malaysia. Saya dan pasukan Kerajaan MADANI akan terus mendengar, berkhidmat, dan mengangkat darjat serta martabat rakyat serta negara di persada dunia.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

18 Nov, 14:04


Hari kedua di Brazil dimulakan dengan pertemuan bersama komuniti Islam di Rio de Janeiro.

Saya kemudiannya mengadakan pertemuan yang penuh bermakna dalam suasana persahabatan dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Saya juga adakan libat urus dengan wakil-wakil daripada industri semikonduktor Malaysia dan Brazil, serta mengambil bahagian dalam sesi meja bulat bersama ketua-ketua industri di negara ini.

Selain itu, berkesempatan hadiri sambutan penerokaan minyak daripada kapal terapung, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) Yinson Holdings Bhd Malaysia.

Program dihadiri dengan menyantuni diaspora Malaysia yang menetap di Brazil.

#MalaysiaMADANI

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/adPq7SACBrXzahNb/?mibextid=WC7FNe

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DCg-H2zgCFj/?igsh=MWFza2Z6bHp1YmF3aA==

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1858510431654170811?s=46

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

TikTok
https://vt.tiktok.com/ZSjanuVnD/

YouTube
https://youtube.com/shorts/K6P3VfDELBY?feature=shared

Anwar Ibrahim (official)

18 Nov, 11:34


Usai urusan bersama rakyat Malaysia di Brazil, saya sempat jalan santai di Barra da Tijuca, Rio de Janeiro yakni pantai berhadapan tempat penginapan.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

18 Nov, 09:33


Menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia dan rakan-rakan Malaysia di Rio de Janeiro.

Dalam majlis ini saya terangkan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk membawa perubahan yang besar kepada negara.

Saya maklumkan kerajaan kini punyai pasukan yang mantap dan akan bekerja keras melaksanakan dasar serta polisi yang menguntungkan rakyat keseluruhannya.

Kerajaan MADANI juga tidak akan berkompromi dengan isu rasuah dan mana-mana pihak yang merobek kekayaan rakyat.

Saya turut singgung siri lawatan ke beberapa negara memberi impak positif, bukan hanya mengukuhkan hubungan dua hala, tetapi juga limpahan positif kepada ekonomi negara dan rakyat Malaysia.

Justeru, saya memohon agar rakyat baik di Malaysia atau di luar negara untuk terus mendukung segala usaha baik yang dibuat kerajaan.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

18 Nov, 07:24


Menghadiri sambutan penerokaan minyak daripada kapal terapung, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) Yinson Holdings Bhd Malaysia, Maria Quitéria yang berjaya memperoleh pengeluaran minyak pertamanya pada 15 Oktober lalu.

Kejayaan ini menandakan permulaan kontrak tetap projek dengan kadar sewa harian yang ditetapkan dibayar kepada Yinson Production sehingga 2047.

FPSO Maria Quitéria merupakan aset kedua Yinson Production yang telah dihantar untuk Petrobras, ia juga menyusuli kejayaan penghantaran FPSO Anna Nery pada Mei 2023. 

FPSO Maria Quitéria juga mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 100,000 tong minyak sehari (bpd) dan kapasiti penyimpanan sebanyak satu juta tong.

Kejayaan syarikat Yinson ini membuktikan bahawa Malaysia punyai kepakaran dan kemahiran yang diiktiraf di peringkat global.

Saya yakin dan percaya syarikat ini mampu menyumbang kembali kepada negara dengan pelaburan yang lebih bermakna.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

18 Nov, 05:16


Mengetuai misi pelaburan dan perdagangan Malaysia dalam sesi meja bulat bersama 27 syarikat termasuk persatuan perniagaan Brazil.

Kesemua syarikat dan persatuan perniagaan ini terdiri daripada pelbagai sektor antaranya semikonduktor, aeroangkasa, produk petro kimia dan pemprosesan makanan di Brazil.

Walaupun Malaysia dikenali sebagai hab semikonduktor dan tenaga boleh baharu serta diantara negara yang merekodkan kepesatan pembangunan dalam industri Pusat Data dan Kecerdasan Buatan (AI), namun masih terdapat potensi untuk ia terus berkembang.

Kerajaan akan sentiasa bergerak aktif menarik pelaburan berkualiti termasuk memperkasa strategi perdagangan Global South dengan negara seperti Brazil.

Banyak syarikat Brazil juga menyatakan minat untuk terus meneroka peluang pelaburan di Malaysia mengambilkira dasar yang jelas seperti yang digariskan di bawah Ekonomi MADANI.

Justeru, adalah penting supaya industri dan ekosistem perniagaan dalam negara terus diperkasa supaya fokus utama dari sudut ekonomi dan pembangunan akan dapat dicapai.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

18 Nov, 03:23


Berinteraksi dengan wakil-wakil daripada industri semikonduktor Malaysia dan Brazil.

Saya menggesa industri elektrik dan elektronik (E&E) dan semikonduktor Malaysia dan Brazil untuk memanfaatkan kekuatan satu sama lain dan meningkatkan kerjasama Global South.

Mesyuarat ini juga membincangkan kepentingan bagi Malaysia untuk memperkukuhkan kerjasama dalam pengeluaran dan pembangunan bakat sambil mengambil kira kedudukan berkecuali Malaysia dan Brazil di tengah-tengah ketegangan geopolitik serta keperluan untuk memastikan daya tahan rantaian bekalan global.

======

Chaired a Meeting with Malaysia-Brazil Semiconductor Industry on 17 November 2024 in Rio de Janeiro.

The meeting discussed the importance for Malaysia to pursue enhanced collaboration in semiconductor design, production and talent development, taking heed the non-aligned position of Malaysia and Brazil amid the geopolitical tension and the need to maintaining the resiliency of semiconductor’s global supply chain.

I stressed that the cooperation of both countries are testaments to the rising and development of the Global South.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

18 Nov, 01:03


Mengadakan pertemuan dengan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva di luar Sidang Kemuncak G20.

Dalam pertemuan ini kami membincangkan langkah-langkah untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan, industri halal, keterjaminan makanan dan pertanian, sains, teknologi dan  inovasi, semikonduktor serta alam sekitar dan perubahan iklim.

Kami juga menekankan komitmen untuk memerangi ketidaksetaraan, kelaparan dan kemiskinan serta berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat kedua-dua negara.

Saya menyatakan penghargaan atas sokongan Brazil kepada Malaysia sebagai negara rakan strategik BRICS, dan pelaburan Petronas dan Yinson.

Disamping itu, kami turut membincangkan mengenai pembaharuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Saya turut mengundang Presiden Lula untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur pada 2025 sebagai Tetamu Pengerusi. 

Malaysia dan Brazil akan meneroka inisiatif terbaik sewaktu Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN manakala Brazil sebagai Presiden BRICS dan tuan rumah Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP).

Saya yakin dan percaya hubungan diplomatik kedua-dua negara yang terjalin selama 65 tahun ini akan terus berkembang pesat demi manfaat bersama.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

17 Nov, 23:08


Alhamdulillah, program di Brazil dimulakan dengan sesi diskusi santai bersama komuniti Islam di sini.

Dalam pertemuan ini kami dapat berbincang dan bertukar pandangan soal pembangunan ummah di negara ini.

Saya juga nyatakan komitmen Malaysia dalam membantu terkait urusan halal selain usaha memartabatkan Islam menerusi pendidikan dan dakwah kepada komuniti Islam di Brazil.

Selain itu, Malaysia juga akan menggerakkan usaha membantu aktiviti masjid tunggal di Rio de Janeiro iaitu Masjid Luz.

Saya turut sampaikan sumbangan kepada komuniti Islam di sini selain menyerahkan senaskah Al-Quran cetakan khas manakala 10 naskah lagi adalah terjemahan dalam bahasa Portugis.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

17 Nov, 13:46


Tiba di Rio de Janeiro, Brazil. Jadual padat menanti saya dan delegasi Malaysia, semoga dipermudahkan urusan kami, Insya-Allah.

#MalaysiaMADANI
#G20

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/cBthxDPFfTVs2B4z/?mibextid=WC7FNe

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DCeXNqKg51n/?igsh=M29uN3R1bzdidGtx

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1858143293634425001?s=46

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

TikTok
https://vt.tiktok.com/ZSj5KtEqg/

YouTube
https://youtube.com/shorts/V3ax7l0vrFQ?feature=shared

Anwar Ibrahim (official)

17 Nov, 12:43


Terima kasih Peru atas layanan yang cukup mesra buat Malaysia.

Secara keseluruhannya lawatan sulung ini berjaya mencapai objektif.

Sidang Kemuncak APEC 2024 juga bersetuju mengesahkan Deklarasi Machu Pichu yang menekankan inovasi, digitalisasi, tenaga bersih dan keselamatan makanan bagi menyokong agenda inklusif yang memberi manfaat kepada rakyat untuk memperkukuh daya saing perniagaan dan meningkatkan kemakmuran serantau.

#MalaysiaMADANI
#APEC2024

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/VM5mjZtLe6qtSskL/?mibextid=WC7FNe

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DCePrPQgqzm/?igsh=c2cwcDg1b3kxeWRj

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1858126870946128014?s=46

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

TikTok
https://vt.tiktok.com/ZSj5TjftC/

YouTube
https://youtube.com/shorts/N79GaNVtuzw?feature=shared

Anwar Ibrahim (official)

17 Nov, 07:58


Alhamdulilah, selamat tiba di Rio de Janeiro, Brazil bagi menghadiri Sidang Kemuncak G20.

Dalam persidangan ini, saya akan sampaikan pandangan negara terkait inisiatif untuk menangani isu kemiskinan, ketidaksetaraan, dan reformasi sistem pemerintahan global.

Saya akan turut nyatakan hasrat Malaysia untuk memajukan kerjasama ekonomi, menggalakkan kesejahteraan dan pembangunan inklusif serta reformasi tadbir urus global.

Selain G20, saya dijadual mengadakan pertemuan bersama Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva serta beberapa pemimpin negara anggota yang lain.

Delegasi Malaysia juga akan bertemu komuniti perniagaan di Brazil. Insya-Allah, doakan semua urusan dipermudah.

#MalaysiaMADANI
#G20

Anwar Ibrahim (official)

17 Nov, 05:05


Berakhir rencana di Lima, Peru, saya bersama delegasi Malaysia meneruskan perjalanan ke Rio de Janeiro, Brazil bagi memenuhi undangan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20.

Secara keseluruhan, lawatan sulung saya ke Peru bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan diplomatik kedua-dua negara malah membuka peluang eksport bernilai RM1.24 bilion.

Syarikat di Peru menunjukkan minat mendalam terhadap produk Malaysia seperti bahan binaan berasaskan keluli dan kaca, peralatan dan perubatan, minyak sawit, bahan kimia, serta makanan dan minuman.

Kerajaan MADANI optimis dalam memastikan semua peluang pelaburan dan perdagangan ini direalisasikan dengan segera bagi manfaat bersama.

Terkait urusan sewaktu Sidang Kemuncak APEC 2024, saya mengajak rakan-rakan pimpinan untuk menjadikan sidang ini sebagai titik perubahan untuk bangkit sebagai peneraju dalam membentuk rantau Asia Pasifik yang inklusif, inovatif, dan berdaya tahan.

Penghargaan saya kepada Kerajaan Peru atas layanan yang cukup sempurna kepada delegasi Malaysia selain anugerah pingat ‘El Sol del Peru’ yang saya terima bagi pihak seluruh rakyat.

Tidak lupa juga kepada kementerian, agensi kerajaan, pihak kedutaan serta rakan-rakan media yang bersama dalam memastikan lawatan ini berhasil.

Adiós y gracias, Perú.

#MalaysiaMADANI
#APEC2024

Anwar Ibrahim (official)

16 Nov, 02:52


Mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Jepun, Shigeru Ishiba di sela-sela Sidang Kemuncak APEC 2024.

Saya mulakan dengan mengucapkan tahniah atas lantikan semula sebagai Perdana Menteri Jepun.

Dalam pertemuan ini, kami berdua dapat menilai kemajuan kerjasama antara kedua-dua negara meliputi pelbagai bidang antaranya perdagangan, peralihan tenaga, pertahanan dan keselamatan, maritim, pendidikan, budaya serta pembangunan unsur nadir bumi (REE).

Kami juga membincangkan isu serantau berkaitan dengan Laut China Selatan dan situasi di Myanmar.

Kami berdua juga menyentuh isu-isu lain yang menjadi kepentingan bersama termasuk Jepun menyokong Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Saya turut mengundang PM Ishiba untuk mengadakan lawatan ke Malaysia sesegera mungkin.

Saya berharap agar hubungan Malaysia dan Jepun terus diperkasa sekali gus dapat menarik minat lebih banyak pelaburan demi kemajuan dan potensi ekonomi negara.

#MalaysiaMADANI
#APEC2024

Anwar Ibrahim (official)

16 Nov, 01:03


Menyertai Dialog Tidak Rasmi Pemimpin Ekonomi APEC 2024 bersama tetamu yang dipengerusikan Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra.

Dalam sesi ini, saya menegaskan bahawa dunia kini saling berhubung serta bergantung pada suatu tahap yang menuntut kita menilai semula maksud sebenar kerjasama dan keberhasilan bersama.

Ekonomi APEC perlu juga beralih daripada langkah reaktif kepada kerjasama ekonomi yang proaktif dan berdaya tahan.

Ia turut perlukan integrasi digital, pembiayaan hijau yang mantap, serta rantaian bekalan yang adil dan telus.

Selain itu, rangkaian digital rentas sempadan mampu memperkukuh daya tahan global. Sebagai contoh, kerjasama dengan platform seperti OECD boleh merapatkan jurang digital melalui akses digital yang mampu milik.

Turut disentuh adalah terkait genosid yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. Ternyata kita tidak boleh mengabaikan penderitaan golongan ini yang menjadi mangsa pembunuhan kejam, keganasan, penganiayaan dan pencerobohan rejim Zionis Israel.

Kita mesti bertindak segera untuk menamatkan segala penderitaan yang berlaku termasuk yang dihadapi golongan miskin.

Saya bangkitkan juga soal APEC dan BRICS yang harus memanfaatkan kekuatan bersama untuk membentuk semula struktur kuasa ekonomi dengan tumpuan kepada inovasi lestari dan perdagangan yang saksama.
 
Dengan mengutamakan pelaburan dalam teknologi hijau, kewangan digital, dan infrastruktur mampan, kerjasama ini mampu mencetuskan model pembangunan inklusif yang memberi manfaat kepada seluruh rantau.

Sebagai peneraju, APEC perlu mencipta sejarah dengan tindakan berani yang menjamin kemakmuran yang mampan dan adil untuk generasi akan datang.

#MalaysiaMADANI
#APEC2024

Anwar Ibrahim (official)

16 Nov, 00:28


Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun.

Saya berduka atas kehilangan Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Saad yang telah kembali ke rahmatullah hari ini. Beliau merupakan mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, selain merupakan seorang sahabat yang baik. Mendoakan keluarganya diberi ketabahan serta diampunkan segala dosa almarhum, Insya-Allah.

Anwar Ibrahim (official)

15 Nov, 13:11


Inti pati Kenyataan Negara di Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab & Islam di Riyadh, Arab Saudi tatkala membawa suara dunia memperjuangkan keadilan buat rakyat Palestin.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

15 Nov, 12:09


Hari kedua di Lima, Peru dengan menyertai Sidang Kemucak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) APEC 2024.

Dalam sesi dialog bersama pemain utama dalam industri teknologi dan digital, saya mengupas pandangan serta berkongsi dasar negara terkait peluang dan cabaran dalam revolusi Kecerdasan Buatan (AI).

Saya turut bertemu pimpinan Indonesia selain komuniti perniagaan antarabangsa serta mengadakan pertemuan dengan komuniti Islam di Peru.

Moga nama Malaysia terus melonjak naik untuk hari berikutnya.

#MalaysiaMADANI

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/cCrLeYFjFgDAf41i/?mibextid=WC7FNe

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DCZBlUvA0gd/?igsh=dDE5YzV1b252aXl5

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1857394473019621872?s=46

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

TikTok
https://vt.tiktok.com/ZSjPr6sPU/

YouTube
https://youtu.be/SNVZaj_XLvY?feature=shared

Anwar Ibrahim (official)

15 Nov, 10:04


Usai urusan terkait APEC 2024, saya sempat jalan santai di sekitar tempat penginapan.

Walaupun sarat dengan pelbagai agenda mesyuarat dan pertemuan, tahap kesihatan dan kecergasan diri sepanjang permusafiran ini sentiasa dititik beratkan.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

15 Nov, 08:49


Menyertai sesi Dialog Ekonomi Peringkat Tertinggi APEC Business Advisory Council (ABAC) bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto.

Dalam ucapan ringkas saya nyatakan bahawa Malaysia akan terus memberi tumpuan kepada usaha pemusatan ASEAN sebagai satu pasaran tunggal seiring peranannya sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) tahun depan.

Sasaran itu boleh dicapai melalui kerjasama konkrit terutamanya dalam sektor kerajaan dengan perniagaan yang boleh dihubungkan melalui Kaukus ASEAN di dalam ABAC.

Kita juga perlu memanfaatkan sumber yang ada, bekerjasama sebanyak mungkin dalam aspek seperti pendigitalan, keselamatan makanan, serta peralihan tenaga.

Saya turut menggalakkan peranan aktif kaukus ABAC bagi menyokong komitmen ASEAN untuk mencapai kemampanan pertumbuhan ekonomi yang berterusan bagi mengurangkan ketidak seimbangan kekayaan.

Penghargaan saya kepada Indonesia yang telah menjadi Pengerusi Kaukus ASEAN ABAC sebelum ini.

#MalaysiaMADANI
#APEC2024
#ABAC

Anwar Ibrahim (official)

15 Nov, 07:02


Di sela-sela Sidang Kemuncak APEC 2024, saya turut berkesempatan mengadakan perbincangan dengan syarikat teknologi gergasi, Google khususnya terkait Pusat Data dan Kecerdasan Buatan (AI).

Aspek pemerkasaan ekosistem AI dan Pusat Data perlu diberi perhatian sewajarnya lebih-lebih lagi mengenai soal peraturan dan undang-undang yang berkaitan bagi mengelakkan berlakunya ketirisan data serta ekploitasi ke arah keburukan.

Justeru, saya telah mengarahkan Kementerian berkaitan mengambil tindakan segera bagi memastikan kesan terhadap ini dapat dikawal.

#MalaysiaMADANI
#APEC2024

Anwar Ibrahim (official)

12 Nov, 01:01


Alhamdulillah, saya telah sampaikan Kenyataan Negara bagi pihak seluruh rakyat Malaysia di Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi.

Saya mulakan dengan mengakui bahawa keadaan yang dihadapi dunia Islam dan ummah pada saat ini adalah yang paling sukar dan mencabar.

Namun, masih terdapat usaha berterusan yang dilakukan bagi mencari titik noktah kepada segala keganasan, kemusnahan dan kesengsaraan yang dihadapkan kepada warga Palestin.

Israel tidak tergolong dalam negara yang bertamadun, dan kebiadabannya menuntut tindakan dan prinsip tegas untuk melindungi bukan sahaja Timur Tengah, tetapi seluruh tatanan global.

Israel juga telah melampaui batas, melampaui akal, melampaui kemanusiaan dan secara terang-terangan melakukan genosid terhadap rakyat Palestin.

Pembantaian ini menyebabkan kita tiada pilihan selain menuntut tindakan pantas dan berkesan masyarakat antarabangsa termasuk sekatan, penggantungan dan juga pengusiran.

Malah mereka kini telah menyerang nadi utama bagi kelangsungan hidup Palestin dengan menyasarkan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Masyarakat antarabangsa perlu bertindak dengan pantas dan tegas. Sebagai langkah segera, kita perlu mendesak, dan membina konsensus untuk menggantung bahkan menyingkirkan, Israel daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bukan sahaja demi rakyat Palestin, tetapi juga demi kemanusiaan sejagat. Kita wajib menghukum dan mencegah pelanggaran undang-undang serta norma antarabangsa yang dilakukan berulang kali oleh Israel.

Rentetan kekejaman ini telah pun merebak ke beberapa negara termasuk Lubnan dan Iran. Jika dunia berpaling pada saat ini, keganasan ini tidak akan kekal terhad. Malah ia pasti akan menyemarak dan mengancam rantau ini termasuk ke keseluruh dunia.

Adalah penting untuk menggandakan usaha membantu membangunkan semula Gaza daripada kehancuran. Yang amat penting ialah melaksana rencana ini tanpa sebarang kelewatan.

Kita mesti bersama, bukan sahaja sebagai umat Islam tetapi juga sebagai sesama insan, bersatu serta berpegang kepada kebenaran untuk dunia yang lebih aman dan lebih baik bagi anak-anak kita serta generasi yang akan datang.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

12 Nov, 00:02


Alhamdulillah diberi kesempatan mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud sebelum saya kembali ke Kaherah, Mesir.

Saya zahirkan penghargaan terhadap kepemimpinan Kerajaan Arab Saudi terkait penganjuran Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam termasuk usaha-usaha berterusan dalam membantu saudara Islam yang ditindas.

Dalam pertemuan ini kami menyentuh pelbagai aspek terkait hubungan Malaysia-Arab Saudi yang perlu diperluas khususnya menyentuh soal perdagangan dan pelaburan termasuk kerjasama dalam beberapa bidang baharu antaranya kecerdasan buatan (AI), ekonomi hijau, tenaga bersih, serta petrokimia.

Kami juga sempat bertukar pandangan berkenaan situasi serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Malaysia bersedia untuk menganjurkan Mesyuarat Penyelarasan Pertama antara Malaysia-Arab Saudi di peringkat Menteri Luar bagi membincangkan kerjasama kedua-dua negara dengan lebih lanjut.

Kesempatan yang ada juga saya gunakan untuk menjemput Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC di Kuala Lumpur.

Saya optimis bahawa hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi dapat menyumbang kepada kemakmuran rakyat Malaysia keseluruhannya, Insya-Allah.

🇲🇾🇸🇦

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

11 Nov, 13:33


National Statement By YAB Prime Minister At The Extraordinary Arab And Islamic Summit, Riyadh, Saudi Arabia

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

11 Nov, 12:00


Saya kemudiannya mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Kuwait, Sabah Al-Khalid Al-Sabah.

Dalam pertemuan ini saya sampaikan ucapan tahniah kepada Kuwait yang akan menjadi Pengerusi Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bermula Disember depan.

Saya turut memanjangkan jemputan kepada beliau untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC+China pada Mei 2025 di Kuala Lumpur.

Malaysia sudah pastinya akan mengemudi ASEAN untuk mengukuhkan kerjasama dengan negara-negara di Timur Tengah.

Selain itu, kami juga komited untuk mempertingkatkan lagi hubungan dua hala, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Saya percaya hubungan Malaysia dan Kuwait akan terus diperkukuh ke tingkat yang lebih tinggi, Insya-Allah.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

11 Nov, 11:32


Remarks By YAB Prime Minister On The Conferral Of An Honorary Professorship By Tsinghua University, Shanghai

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

11 Nov, 10:54


REMARKS BY DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM PRIME MINISTER OF MALAYSIA ON THE CONFERRAL OF AN HONORARY PROFESSORSHIP BY TSINGHUA UNIVERSITY
SHANGHAI
5th NOVEMBER 2024

I am deeply honoured to accept this honorary professorship from Tsinghua University, a cradle of leaders and ideas that have driven China’s remarkable rise. Indeed, as a higher learning institution particularly renowned for its cutting-edge advances in science, technology and innovation, Tsinghua is a dynamic university par excellence.

I accept this honour on behalf of the people of Malaysia, as a symbol of the lasting friendship between our nations and our shared aspirations for peace, progress and prosperity.

We live at a time increasingly marked by division and the tangled web of identity politics. Narratives that presume that conflicts are inevitable are overshadowing our potential for cooperation. Yet, through dialogue, civilisational in essence, we can push back against this trend, choosing instead to elevate the ideals of understanding, mutual respect and knowledge.

In this spirit, I would like to acknowledge Tsinghua University’s tradition of building connections across borders and cultures, a legacy that dates back to its founding in 1911. It embodies lita’arafu – the principle of learning from one another, of going beyond tolerance to cultivate true understanding. It is the bedrock of a vision I have described elsewhere as a “feast of civilisations,” where diverse cultures come together not in conflict, but in celebration, each bringing unique strengths to the table.

In today’s world, the ethical teachings of Islam and Confucianism are more relevant than ever. The “Zhongyong 中庸”(Doctrine of the Mean) in Confucianism and the concept of wasatiyyah in Islam highlight the importance of balance – the “middle path” – as a means to nurture social harmony and sustainable progress. These values provide essential frameworks for addressing the urgent issues of our time. They serve as a lodestar that guides us toward solutions that genuinely serve the common good.

It is my earnest hope that this honorary professorship marks the beginning of even greater collaboration between Tsinghua University and Malaysian institutions. Through academic and cultural exchanges, we can nurture a new generation of leaders grounded in a genuine appreciation of each other’s cultures, perspectives and aspirations.

A great poet once said: “Wisdom ceases to be wisdom when it becomes too proud to weep, too grave to laugh, and too selfish to seek other than itself.” Let us, therefore, learn from each other with humility, openness, and a spirit that reaches beyond itself.

Once again, I thank Tsinghua University and the Chinese government for this tremendous honour.

Anwar Ibrahim (official)

11 Nov, 09:06


Menerima kunjungan hormat rakan sejawat dari Lubnan, Najib Mikati di Riyadh, Arab Saudi sebelum Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam.

Dalam pertemuan ini saya nyatakan sokongan berterusan Malaysia terhadap Lubnan yang kini berdepan kegilaan rejim Zionis Israel.

Malaysia juga terkesan secara langsung dengan ketegangan di Lubnan susulan insiden serangan Israel sehingga mengakibatkan enam anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) tercedera.

Saya juga maklumkan kepada PM Mikati bahawa Malaysia bersedia untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada Lubnan untuk membantu mangsa yang terkesan akibat serangan Israel.

=======

I had the honor of meeting my esteemed counterpart, Prime Minister Najib Mikati of Lebanon, in Riyadh ahead of the Extraordinary Arab and Islamic Summit.

Our discussion focused on the dire situation unfolding in the region. I conveyed Malaysia’s unwavering support for Lebanon as it faces the escalating aggression by the Zionist regime. In these critical times, our solidarity with the people of Lebanon remains firm, and we stand united in our call for justice and lasting peace.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

02 Nov, 11:46


Dalam kunjungan ke Pulau Pinang, saya berkesempatan meluangkan masa dan beramah mesra dengan warga setempat terutamanya golongan belia di Program Sesi Temu Bersama Anwar di Karnival GEN-AI: Generasi Ada Idea petang ini.

Sewaktu sesi itu, saya ditanya beberapa soalan lantas memberikan penjelasan sewajarnya, antaranya saya tekankan bahawa kestabilan yang dikecapi ketika ini, adalah asas penting bagi hala tuju dasar negara yang jelas, baik pada masa kini mahupun pada masa hadapan.

Walhasil, dalam tempoh dua tahun ini, Malaysia telah dianggap sebagai salah satu negara paling stabil di rantau ini, malah mampu menarik perhatian dan minat negara-negara lain.

Turut disentuh adalah berkaitan isu semasa seperti buli siber, sokongan kerajaan untuk warga belia dan teknologi kecerdasan buatan untuk dimanfaatkan dalam mendepani perubahan teknologi ketika ini.

Intiha, saya tekankan bahawa penguasaan ilmu perlu selaras dengan adab, nilai dan akhlak yang terbaik tanpa perbedaan agama, kaum dan bangsa.

Moga karnival yang julung kalinya dianjurkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini akan terus digunakan sebagai satu platform bagi mendekati belia dan memupuk semangat kemasyarakatan melalui pelbagai aktiviti interaktif.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

02 Nov, 07:29


Saya kemudian menyertai sambutan Hari Statistik Negara dan 75 Tahun Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), entiti penting kepada ikhtiar pembangunan negara melalui pembangunan polisi yang berkualiti dan holistik.

Saya maklumkan, Kerajaan sedar pentingnya pembinaan kapasiti dan kemahiran berterusan warga kerja DOSM dalam menyediakan analisis data yang tepat.

Kepada warga DOSM, ayuh bulatkan tekad, tingkatkan kompetensi pegawai, dan bekerja dengan lebih gigih lagi dalam mengangkat institusi ini ke tahap yang lebih disegani di peringkat serantau.

Saya turut maklumkan hadirin bahawa Kerajaan kini menanti rumusan Banci Pertanian 2024, satu laporan penting dalam merangka Dasar Pertanian yang boleh menjamin keterjaminan makanan dan penghasilan sekaligus mampu menangani permasalahan dihadapi golongan tersebut.

Malah, data-data yang diperolehi daripada sistem PADU juga akan digunakan supaya bantuan dapat disalurkan kepada semua rakyat yang memerlukan tanpa ada ketirisan subsidi.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

02 Nov, 05:44


Tiba di Pulau Pinang hari ini dan terus ke program Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 (HPPK 2024) bersama ribuan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana penuh harmoni dan meriah.

Golongan penjaja dan peniaga kecil sentiasa dekat di hati saya dan peluang ini saya gunakan untuk mendekati mereka sambil bertegur sapa serta melihat sendiri produk yang ditawarkan.

Hitam putih kehidupan rakyat termasuk golongan penjaja dan peniaga kecil perlu dirasai khususnya permasalahan dihadapi dari segi kos sara hidup dan bantuan kewangan demi survival, kemandirian ekonomi dan industri kecil dan sederhana (IKS).

Sempat saya titipkan pesanan dalam ucapan perasmian supaya golongan penjaja dan peniaga kecil terus memainkan peranan bagi membantu memacu ekonomi negara ke tahap yang lebih baik lagi.

Saya maklumkan, penyasaran subsidi yang dilaksana kerajaan merupakan antara langkah penjimatan dalam urusan perbelanjaan negara hatta ia memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah, selain membantu membangun kelompok penjaja dan peniaga kecil.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

02 Nov, 01:35


Saudara Farhan Fauzi baru-baru ini mewakili saya dalam sesi Ziarah MADANI sempena Deepavali dengan menziarahi saudara Suntharajoo, seorang pengerak reformasi suatu ketika dahulu.

Dalam kunjungan ini saudara Farhan telah menyampaikan sumbangan serta kelengkapan perayaan untuk saudara Suntharajoo dan isterinya.

Saya mendoakan agar saudara Suntharajoo dan isteri diberikan kesihatan yang berpanjangan.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

01 Nov, 09:34


Usai sesi Temu Anwar saya terus ke program Kenduri Rakyat dan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Alhamdulillah, saya dapat beramah mesra bersama anak-anak serta kakitangan UPNM.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

01 Nov, 07:28


Berpeluang berinteraksi bersama anak-anak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pagi tadi.

Peluang ini saya gunakan untuk berkongsi usaha Kerajaan MADANI bagi melonjak ekonomi negara serta taraf hidup rakyat.

Saya juga beri peluang kepada anak-anak untuk bertanya soalan secara terus serta turut menerima pandangan mereka untuk sama-sama membangunkan negara.

Ruangan sama turut saya gunakan untuk mengulas terkait budaya buli, gangsterisme dan samseng dalam kalangan anak-anak muda.

Untuk itu saya telah arahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tidak berkompromi dengan perkara ini di institusi pendidikan masing-masing.

Isu ini perlu dilihat dengan lebih serius kerana tiada maknanya jik punyai keterampilan dan kepimpinan tanpa nilai, adab serta akhlak yang murni.

Soal penggunaan kecerdasan buatan (AI) juga antara yang disentuh yang mana saya nyatakan ia boleh dimanfaatkan sebaiknya dalam pembelajaran jika pelajar tidak meninggalkan budaya membaca dan berfikir secara kritikal untuk menimba ilmu.

Selain itu saya sempat juga utarakan soal keusahawanan kepada graduan dan peranan yang boleh dimainkan oleh mereka khususnya mahasiswa UPNM sewaktu Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun depan.

Pesanan saya kepada mahasiswa UPNM agar menimba ilmu dengan gigih dan melatih diri agar lebih cekal. Insya-Allah, negara kita bakal melahirkan pegawai tentera yang gagah dan perkasa.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

01 Nov, 04:39


Kehadiran perayaan Deepavali tidak lengkap jika tidak diraikan dengan membantu mereka yang memerlukan dan juga yang ditimpa kesusahan.

Setiausaha Politik saudara Farhan Fauzi berkesempatan ke Klang dan melawat Puan Paramesvaree, yang terlantar kerana komplikasi perubatan sehingga kakinya terpaksa dipotong manakala suaminya pula menghidap penyakit jantung.

Justeru, beberapa bantuan telah disalurkan dan akan ditambah bagi meringankan beban dihadapi memandangkan keluarga ini tinggal di bilik kecil, tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara kehidupan selain mempunyai seorang anak yang masih bersekolah.

Moga keluarga ini tabah dalam menghadapi ujian melanda dan diharapkan bantuan yang disalurkan ini membawa sinar cahaya dan kegembiraan dalam menyambut kehadiran Deepavali.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

01 Nov, 01:23


Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Paduka Seri Sultan dan Raja Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.

Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dengan adil dan saksama.

Dirgahayu Tuanku.

ANWAR IBRAHIM

Anwar Ibrahim (official)

31 Oct, 14:29


Saudara Farhan Fauzi juga berkesempatan mewakili saya dalam sesi Ziarah MADANI dengan berkunjung ke rumah Puan Jayalechmi di Klang dalam menyampaikan bantuan dan kelengkapan perayaan Deepavali.

Puan Jayalechmi bekerja sebagai Pengawal Keselamatan dan suaminya pula bekerja sebagai kelindan lori perlu menyara empat orang anak yang masih bersekolah rendah.

Moga sumbangan ini meringankan beban kehidupan dan memeriahkan lagi sambutan kehadiran Hari Deepavali pada kali ini.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

31 Oct, 11:49


Riadah petang tadi selepas hadir rumah terbuka Deepavali.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

29 Oct, 00:08


Saya kembali berwacana dalam Forum Ilmuwan Malaysia Madani siri kedua kali yang menyentuh tema “Sektor Tenaga Pemangkin Pertumbuhan Sosioekonomi yang Mampan dan Inklusif” anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan PETRONAS di Putrajaya malam semalam.

Pelbagai buah fikiran, pandangan dan kritikan membina dilontar dalam mempersiapkan negara mengharungi cabaran sumber tenaga yang bakal memberi dampak di rantau ini.

Natijahnya, kesedaran dan persediaan dalam menghadapi transisi tenaga amat penting demi maslahah rakyat terbanyak.

Sehubungan itu, dalam mengurus rencam dan cabaran ini, kita harus memanfaatkan hubungan baik dengan semua pihak demi kepentingan strategik Malaysia.

Saya percaya dengan navigasi hubungan antarabangsa dan memanfaatkan alternatif seperti ASEAN-Gulf Cooperation Council (GCC) Plus China, akan mampu menpertahankan kemampuan perdagangan sedia ada serta membuka peluang baharu untuk rakyat Malaysia.

Dalam kemesraan dan kebijakan menjalin hubungan baik dengan mana-mana negara demi meningkatkan aspek pelaburan, Malaysia akan tetap berdiri teguh mempertahankan sokongan terhadap Palestin agar kekejaman, pembunuhan dan genosid rejim Zionis ini dinoktahkan serta-merta.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

28 Oct, 10:09


Hadir meluncurkan projek perumahan Residensi MADANI Wilayah Persekutuan di Tapak Residensi MADANI Sentral, Presint 7.

Projek ini menjadi yang terpenting kerana ia menjadi tumpuan dan keutamaan Kerajaan. Tidak ada maknanya kita berbangga dengan prestasi negara dari segi pertumbuhan tetapi rakyat tidak merasainya.

Justeru, sebagai memaknai pendirian itu Kerajaan berusaha melalui Belanjawan yang baru dibentangkan beberapa minggu yang lalu menekankan aspek pendidikan, kesihatan dan juga perumahan.

Inilah erti sebenar projek mega iaitu menyedia serta memastikan keperluan asas rakyat diutamakan, selain keselesaan kepada peniaga-peniaga kecil di gerai-gerai sekitar ibu kota.

Sebagai Kerajaan dan jabatan yang bertanggungjawab, tanggungjawab kita adalah memastikan peringkat pelaksanaan diberi perhatian semaksima yang mungkin kerana kita tidak mahu kelewatan, dan sekiranya lewat ia akan mendera rakyat dan meningkatkan kos. Oleh yang demikian, pastikan kita pantau sebaiknya agar kita dapat menjelmakan keprihatinan kita kepada projek-projek rakyat keseluruhannya.

Saya turut tekankan bahawa beberapa pelaburan yang masuk ke negara juga sangat bermakna kepada negara dan rakyat kerana ia akan menjamin kelangsungan negara dan kesejahteraan rakyat. Justeru, cabaran terbesar kepada pemaju-pemaju yang terlibat adalah siapkan sesegera mungkin tanpa mengesampingkan mutu dan aspek-aspek asas perumahan.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

28 Oct, 07:56


Marcapada dan kecanggihan teknologi menuntut pengurusan yang cekap termasuk dari syarikat-syarikat global yang berpengaruh di dalam industri masing-masing.

Ini bakal membawa pulangan kepada ekonomi negara untuk terus maju ke hadapan!

#MalaysiaMADANI

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/y7es5KWaUAJQARY8/?mibextid=WC7FNe

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DBqPvvsAsIa/?igsh=MXNhZmFqZnZtajY4eQ==

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1850807421079531658?s=46

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

YouTube
https://youtube.com/shorts/J1klcvR0Tfw?feature=shared

TikTok
https://vt.tiktok.com/ZSjNXnS8D/

Anwar Ibrahim (official)

28 Oct, 06:39


Pagi ini hadir merasmikan Kompleks DHL Express Malaysia Kuala Lumpur Gateway di Sepang, fasiliti terbaharu hasil pelaburan terbesar DHL di Malaysia, dengan kos pembangunan keseluruhan berjumlah RM300 juta.

Ini merupakan manifestasi keyakinan syarikat terhadap prospek Malaysia sebagai pemain strategik dalam sektor logistik serantau.

Saya tegaskan bahawa komitmen Kerajaan dalam menyediakan ekosistem logistik bagi mengekalkan daya saing Malaysia dalam persaingan global.

Ekosistem yang holistik bukan sekadar pembinaan prasarana bertaraf dunia, tetapi perlu juga merangkumi pembinaan kemahiran pekerja yang majoritinya terdiri daripada anak muda.

Walhasil, bagi pihak Kerajaan, saya menyeru DHL serta syarikat multinasional lain untuk membangunkan pusat kecemerlangan dalam meningkatkan kapasiti pekerja, sekaligus akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti syarikat.

Saya juga sempat menitipkan pesanan kepada warga kerja DHL agar terus meningkatkan prestasi kerja dan tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan semasa.

Komitmen dan kebersamaan berterusan semua pihak amat dituntut dalam usaha untuk kembali mengangkat martabat dan imej Malaysia di pentas antarabangsa.

-

This morning, I attended the inauguration of the DHL Express Malaysia Kuala Lumpur Gateway Complex in Sepang, a key facility from DHL’s largest investment in the country, costing RM300 million.

This reflects the company's confidence in Malaysia's role in the regional logistics sector.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

28 Oct, 03:46


Ujian bagi seorang pemimpin adalah sama ada mereka berani dan lantang bersuara tatkala berdepan orang-orang besar serta tauke-tauke besar ketika berkuasa, ketimbang hanya garang selepas hilang kuasa.

#MalaysiaMADANI

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/eKfGLm8C7QR9g41r/?mibextid=WC7FNe

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DBpycvSAFZs/?igsh=MXJxa2NjbGhzOHRseg==

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1850743740954226814?s=46

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

TikTok
https://vt.tiktok.com/ZSjNaVRM8/

YouTube
https://youtu.be/c7fA6HSINVc?feature=shared

Anwar Ibrahim (official)

28 Oct, 01:33


Aneh dan hairan dengan sikap pembangkang yang gelisah dengan istilah baharu seperti ‘ketimbang’. Sebagai pemimpin, kita seharusnya tingkatkan penguasaan bahasa, bukan merasa takut dan kerdil dengan kekayaan perbendaharaan kata.

#MalaysiaMADANI

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/vHB8zbHgsJRxqHSm/?mibextid=WC7FNe

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DBpjnKxg_xz/?igsh=eTExZ2Y5eGlraHc=

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1850710464440959313?s=46

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

TikTok
https://vt.tiktok.com/ZSjNyH6RE/

YouTube
https://youtu.be/c7fA6HSINVc?feature=shared

Anwar Ibrahim (official)

27 Oct, 14:44


Merasmikan Konvensyen KEADILAN Negeri Perak petang tadi. Sekalung penghargaan buat rakan-rakan parti gabungan Kerajaan MADANI yang turut bersama di Ipoh, khususnya sahabat dalam Pakatan Harapan (PH) yang setia melalui liku-liku dan pahit getir perjuangan.

Amanat di konvensyen ini saya mulakan dengan memetik nukilan puisi WS Rendra - “Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata” - bagi memperingatkan rakan-rakan dalam KEADILAN untuk menggilap semula perjuangan dan tidak tenggelam dalam kekuasaan.

Ramai daripada rakan-rakan kita yang menang tatkala berhempas pulas berjuang melawan keperitan terhumban di penjara atau di jalanan, namun gagal tatkala di tampuk kekuasaan.

Justeru saya mengingatkan saudara-saudara bahawa asas kita adalah perjuangan untuk bangkit dari derita demi cita-cita dan idealisme memperbetul kesilapan, dan menentukan bahawa kuasa adalah amanah yang harus dipikul dan dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur.

Kerana itu Kerajaan MADANI bermula dengan memperbaiki tatakelola, bahawa pelantikan sebagai menteri atau perdana menteri itu bukan kesempatan memunggah kekayaan untuk diri dan keluarga.

Saya tidak akan berhenti mengulangi peringatan ini meskipun ada pihak terutama pembangkang yang menjadi cacing kepanasan dan sakit hati setiap kali mendengar perkataan tatakelola. Namun usaha ini masih panjang untuk kita berjaya dalam memerangi rasuah yang sistemik dan menjalar ke segenap peringkat.

Alhamdulillah, Kerajaan MADANI berjaya dibentuk dengan kukuh dan stabil, yang membolehkan kita menetapkan dasar yang jelas terkait perindustrian, transformasi digital, AI, teknologi hijau, semikonduktor - dan tugas saudara-saudara untuk menerangkan dasar-dasar ini kepada rakyat.

Jentera KEADILAN dan pengkaderan anggota juga perlu diperhebat dan dilatih untuk memahami Perlembagaan, asas perjuangan dan teras kekuatan Malaysia yang berbilang kaum, serta konsep MADANI yang berteraskan nilai kemanusiaan.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

27 Oct, 12:46


Hadir ke pekarangan Taman Eko Rimba Kledang Saiong, Ipoh untuk melancarkan Kempen RFC Madani Care For Nature bersama Menteri Besar Perak dan pimpinan negeri serta agensi.

Kempen ini berupaya menjadi wadah untuk menyemarakkan kesedaran dan kecintaan rakyat terhadap alam sekitar dan kemampanannya, terutama dalam kalangan lebih 300 penggiat sukan lasak 4x4 yang akan menyertai Rainforest Challenge Grand Final 2024 di Perak.

Kerajaan MADANI amat mementingkan perimbangan antara kemajuan material dan kemampanan alam sekitar, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Perkara ini ditekankan dalam Al-Quran yang menuntut kita memelihara alam dan memastikan keseimbangan ini tidak dirosakkan.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

27 Oct, 11:12


Dalam perjalanan menuju ke program ketiga di Perak, saya singgah sebentar di gerai buah-buahan di Ipoh.

Sempat bertanya khabar terutama tentang keadaan perniagaan di situ, sebelum membeli buah kelapa, mangga, pisang dan dokong. Semoga perniagaan saudara terus dilimpahkan rezeki, Insya-Allah.

#MalaysiaMADANI
#ApaKhabarOrangKampung

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/96Uwr9dhUTe9BU1x/?mibextid=WC7FNe

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DBoASscgFKh/?igsh=MTNvbzczcnhtNnVneA==

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1850493357547815004?s=46

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

TikTok
https://vt.tiktok.com/ZSjN18qfa/

YouTube
https://youtube.com/shorts/mbPVqAiztX0?feature=shared

Anwar Ibrahim (official)

27 Oct, 08:21


Saya kemudian meluangkan waktu untuk bertemu dan beramah mesra bersama warga Padang Rengas. Terharu dengan kehadiran luar biasa, sambutan meriah dan semangat kekeluargaan yang ditunjukkan penduduk.

Ketika berucap, saya tegaskan Kerajaan MADANI memandang penting projek-projek pembangunan kecil untuk penduduk setara dengan projek besar negara, seperti mana digariskan dalam Belanjawan 2025.

Umpamanya Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI), satu rencana baharu yang mengupayakan penduduk kampung sama ada imam, penghulu, persatuan belia, wanita atau jawatankuasa masjid untuk menentukan sendiri projek ekonomi di kawasan masing-masing.

Peruntukan antara RM50,000 sehingga RM100,000 akan disalurkan secara terus untuk penduduk kampung mendirikan projek bagi mengelak belanja ini tiris, bocor atau disakau pimpinan yang curang.

Saya turut mengulangi matlamat Kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar, dan meminta pegawai di daerah serta ketua-ketua kampung untuk mengenal pasti mereka yang terjerumus dalam kemiskinan tegar supaya tidak ada yang tercicir.

Saya juga tegaskan bahawa Malaysia punyai potensi besar untuk diangkat martabatnya dengan pelbagai sumber kekayaan sekiranya negara ini diurus dengan baik, menjulang tatakelola serta menghapuskan rasuah yang merosakkan.

Di akhir majlis, saya menyampaikan geran SejaTi MADANI berjumlah RM500,000 kepada lima penerima mewakili Kampung Chuar Hilir, Kampung Mandah dan Kampung Jamuan dari Padang Rengas, serta Kampung Sungai Siput (Kampung Bahagia) dan Kampung Raja Intan Suraya di Sungai Siput.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

27 Oct, 05:35


Memulakan pagi Ahad dengan mengadakan lawatan kerja ke Perak. Usai tiba, saya dan Menteri Besar Perak langsung ke Pendusunan Ulu Kongsor di Padang Rengas untuk meninjau sendiri projek pembinaan jalan dusun di sini.

Ulu Kongsor adalah kawasan agropelancongan seluas 800 ekar meliputi 13 kawasan tapak perkhemahan, kawasan rekreasi dan dusun-dusun durian, getah serta kelapa sawit yang diusahakan sendiri oleh penduduk kampung.

Saya terpesona melihat keindahan kawasan Pendusunan Ulu Kongsor yang cukup indah dan nyaman dengan kawasan ladang dan dusun yang menghijau serta air sungai yang jernih.

Pembinaan jalan dusun baharu sepanjang 3 kilometer bernilai RM1.3 juta ini mungkin dilihat kecil sesetengah pihak yang mengukur kemajuan dengan projek raksasa, namun hakikatnya ia cukup penting untuk penduduk kampung, terutama pemilik dusun di sini.

Insya-Allah, projek ini akan meningkatkan akses pelancong ke kawasan dusun apa ia siap pada hujung tahun ini, sekali gus melonjak pembangunan ekonomi tempatan dan meningkatkan pendapatan penduduk kampung.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

26 Oct, 08:17


Dalam sesi mesyuarat dua hala, PM Ethiopia TYT Dr. Abiy Ahmed Ali dan saya telah mengenalpasti beberapa lapangan dan linkungan untuk merapatkan kerjasama kedua-dua negara. Antaranya perdagangan dan pelaburan, perlombongan, pembuatan automotif, pelancongan serta kesalinghubungan udara dan pertanian.

Kedua kami turut menekankan kepentingan dalam memperkukuh hubungan ekonomi dengan menggalak serta mencambah perhubungan di sektor swasta dan pelaburan.

Dalam ruang yang sama, saya turut menzahirkan penghargaan kepada Dr Abiy atas dukungan Ethiopia kepada Malaysia di peringkat BRICS serta undangan beliau kepada saya untuk kelak berkunjung ke Ethiopia.

Semasa sesi sidang media bersama, saya menelusuri sejarah kenegaraan Ethiopia yang pernah dikenali sebagai Habsyah yang telah menyaksikan penghijrahan pertama kaum Muslimin dari Mekah serta diberi perlindungan oleh Raja Najasyi yang merupakan seorang Kristian. Justeru, dalam usaha membina tamadun yang kuat dan bermaruah, tentunya cebisan sejarah itu menjadi panduan kepada Malaysia dalam menjamin kesaksamaan, pemerintahan yang adil kepada semua selain menjelmakan kesejahteraan yang menyeluruh.

Di akhir kenyataan, saya menegaskan betapa pertemuan ini ternyata bukan pertemuan biasa, tetapi adalah pertemuan dalam suasana kekeluargaan dan persahabatan yang erat, selain sebagai sebahagian dari usaha dan upaya kita mencari ruang dan kesempatan demi manfaat rakyat kedua-dua negara Malaysia dan Ethiopia.

-

Reflecting on Ethiopia’s history as Abyssinia, which provided refuge to the first Muslim migrants under King Najashi, we acknowledged the importance of equality and just governance as guiding principles for both nations in fostering mutual prosperity and strong ties.


🇲🇾🇪🇹
#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

22 Oct, 07:56


Usai sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, saya langsung mengadakan pertemuan bersama Kepimpinan Kelab Penyokong Kerajaan (Backbenchers Club, BBC) yang diketuai Ahli Parlimen Paya Besar, Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah.

Saya mengambil maklum pelbagai isu penting yang telah diutarakan sepanjang pertemuan ini, antaranya membabitkan isu pendidikan, kebajikan, pusat khidmat Ahli Parlimen, serta penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat.

Kami turut berbincang dan bertukar pandangan terkait keperluan mewujudkan satu sinergi yang dinamik antara kementerian dan agensi bersama semua Ahli parlimen Kerajaan.

Jalinan kerjasama ini amat penting memandangkan Ahli Parlimen punyai tanggungjawab untuk mendalami setiap perkara dasar, inisiatif serta bantuan yang diusahakan oleh Kerajaan MADANI supaya maklumat ini dapat disampaikan ke setiap pelusuk masyarakat.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

22 Oct, 06:51


Saya turut menjawab soalan diajukan YB Rantau Panjang yang bertanyakan usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar.

Saya sambut baik keprihatinan YB Rantau Panjang dalam isu ini, meskipun dakwaan beliau kononnya kerajaan gagal menoktahkan kemiskinan tegar, tidak selari dengan pendirian Kerajaan Kelantan yang memberi kerjasama baik dalam soal ini.

Saya maklumkan bahawa Kerajaan MADANI telah berjaya membantu mengeluarkan 126,372 ketua isi rumah daripada kemiskinan tegar, alhamdulillah. Jumlah ketua isi rumah miskin tegar ini berdasarkan maklumat yang diperoleh pada 31 Januari tahun lalu.

Namun Kerajaan tidak berpuas hati kerana saya maklum bahawa angka ini bertambah dan kita mengumpul maklumat dan permohonan baharu, termasuk daripada semua Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah dan Ketua Jajahan, di samping hasil libat urus bersama pelbagai pihak.

Hasilnya, kita mengesan 22,893 ketua isi rumah miskin tegar dan angka dipersetujui pihak Kerajaan Negeri. Alhamdulillah, setakat 21 Oktober tahun ini, 65.6 peratus daripada mereka telah dikeluarkan daripada kemiskinan tegar.

Kerajaan MADANI juga mengubah pendekatan untuk mengenal pasti golongan miskin tegar. Kita tidak hanya mengambil kira soal pendapatan isi rumah, tapi juga jumlah tanggungan supaya lebih adil dan tepat.

#MalaysiaMADANI

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/FE4Dzb4hA6ChhwiE/?mibextid=WC7FNe

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DBaqsajgajI/?igsh=cDBnZWV4MXM5dDZ3

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1848616495200538768?s=46

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

TikTok
https://vt.tiktok.com/ZSjd1SmFL/

YouTube
https://youtu.be/NWqXHhpWhFg?feature=shared

Anwar Ibrahim (official)

22 Oct, 05:48


Hadir ke sidang Dewan Rakyat pagi ini bagi menjawab soalan terkait pelan tindakan agenda reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan GLIC di bawah Kerajaan MADANI ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).

Saya tegaskan selain melaksanakan menggabungkan GLC dan GLIC yang bertindih bagi memastikan kecekapan dan penjimatan kos, reformasi ini juga memastikan Badan Berkanun Persekutuan ini kembali kepada matlamat asal penubuhannya yakni memenuhi agenda negara, mengangkat kepentingan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta memperkukuh kekuatan ekonomi Bumiputera.

Namun usaha reformasi yang lebih tegas daripada Kerajaan MADANI adalah mengarahkan Jabatan Audit Negara (JAN) untuk masuk dan mengaudit semua 2,000 GLC bermula tahun depan bagi menghentikan pelanggaran dan kecurangan yang berlaku.

Ini tidak menafikan sumbangan dan peranan penting GLC/GLIC khususnya bagi memartabat peniaga, umpamanya kejayaan Ramly Burger yang awalnya dibantu Bank Simpanan Nasional (BSN), selain syarikat perkhidmatan dron Aerodyne Group yang menerima bantuan Khazanah dan KWAP.

Pada masa sama, agenda reformasi GLC/GLIC ini turut memberi penekanan pada soal prestasi syarikat. Mana mungkin boleh kita biarkan syarikat-syarikat yang tidak mencatat keuntungan atau pengurusan yang lemah terus menikmati bayaran gaji lumayan serta bonus berbulan-bulan.

Amalan ini sudah kita hentikan sejak tahun lalu. Pimpinan GLC/GLIC harus mengerti bahawa mereka diamanahkan untuk memikul tanggungjawab besar demi kepentingan negara.

#MalaysiaMADANI

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/JspF38cjKfFXRQ4Z/?mibextid=WC7FNe

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DBajnD2ASzw/?igsh=MTVtdXExOGljdHo2YQ==

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1848600726190362705?s=46

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

TikTok
https://vt.tiktok.com/ZSjeEboH1/

YouTube
https://youtu.be/cJLpJNGIykk?feature=shared

Anwar Ibrahim (official)

21 Oct, 10:47


Susulan Lawatan Rasmi Syeikh al-Azhar dan juga Pengerusi Majlis Hukama’ Muslimin, al-Imam al-Akbar Prof Dr Ahmad Mohamed al-Tayyeb pada Julai lalu, hari ini saya telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Majlis Hukama’ Muslimin, Muhamed Abdul Salam di Putrajaya.

Kami telah berbincang mengenai rancangan pertemuan seterusnya bersama Imam Besar Al-Azhar, Fadhilatul Imam Al-Akbar Dr Ahmed Al-Tayeb dalam masa yang terdekat dalam mengembangkan lagi perbincangan mengenai tema ucapannya di Kuala Lumpur sebelum ini bertajuk “Kesederhanaan Umat Islam, Pengajaran dari Masa Lalu dan Cabaran Masa Hadapan”.

Insya-Allah, saya akan kembali bertemu dan turut bersama Syeikh Al-Azhar dalam program yang akan datang sebagai salah satu ikhtiar membangun kefahaman dan tradisi keilmuan yang boleh membugar kekuatan dalaman umat.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

21 Oct, 09:05


Agenda reformasi tatakelola pentadbiran Kerajaan selain hal berkaitan integriti dan anti rasuah terus menjadi tekad dan keutamaan Kerajaan dalam merencana hala tuju negara yang lebih baik.

Itu saya kongsikan sewaktu sesi perjumpaan bersama-sama Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola Integriti dan Anti Rasuah Dewan Negara di pejabat saya hari ini.

Walhasil, pelbagai isu telah dibincangkan dalam menjulang agenda reformasi yang dirancang ini termasuk mengadakan sesi libat urus selain mengesyorkan cadangan penambahbaikan agar usaha dalam mereformasikan institusi dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

21 Oct, 08:08


Tahniah pelumba muda negara, saudara Amer Harris Jefry yang menjulang kejuaraan di Hyundai N Cup di Zhuhai, China semalam.

Kecemerlangan anak muda ini yang mendapat dukungan kukuh keluarganya perlu membakar semangat atlet-atlet negara, khususnya yang sedang meningkat naik untuk terus berusaha keras hingga mencapai kejayaan dan mengharum nama negara.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

21 Oct, 05:06


Baru-baru ini, Setiausaha Politik saudara Farhan Fauzi telah bertemu pihak Persatuan Penulis Nasional (PENA) mewakili saya bagi membincangkan mengenai usaha memartabat dunia penulisan dan kesusateraan negara.

Pertemuan ini adalah lanjutan daripada sesi dialog antara saya bersama tujuh Sasterawan Negara pada Jun lalu, yang telah mencetuskan pelbagai idea bernas terkait usaha pemerkasaan seni, budaya dan sastera di negara kita.

Usai perbincangan dengan pihak PENA, Saudara Farhan telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 bagi pihak saya bertujuan membaik pulih fasiliti rumah persatuan dan tanda sokongan Kerajaan terhadap usaha memartabat dunia penulisan dan kesusasteraan negara.

Insya-Allah, hasil perbincangan dan sumbangan ini dapat membantu PENA terus memainkan peranan penting mengembangkan bakat, memelihara intelektual serta memperkasa suara penulis tempatan.

Ini juga sebahagian usaha menjadikan Rumah PENA sebagai pusat tumpuan dan pertembungan kegiatan pengkaryaan sastera, bahasa dan kebudayaan.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

20 Oct, 12:37


Alhamdulillah, selesai urusan rasmi di Jakarta.

Mendoakan sahabat saya Presiden Republik Indonesia Bapak Prabowo Subianto kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan dalam memimpin negara dan bangsa Indonesia ke arah kemakmuran.

#MalaysiaMADANI

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/C2hjC2aX6N9PmYBC/?mibextid=WC7FNe

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DBWIm4aAzMZ/?igsh=ZzRkejVudWcwcjg1

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1847977847216132124?s=46

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

TikTok
https://vt.tiktok.com/ZSjJbTmPJ/

YouTube
https://youtu.be/egNaQRw9ugM?feature=shared

Anwar Ibrahim (official)

20 Oct, 11:52


Saudara Farhan Fauzi juga baru-baru ini sempat menziarahi pelakon dan penyanyi era 1980-an, saudara Isma Aliff yang kini sedang dalam proses pemulihan selepas diserang angin ahmar pada Disember tahun lalu.

Seperti biasa, saudara Farhan telah sampaikan sumbangan bagi pihak saya untuk membantu proses pemulihan saudara Isma.

Saya mendoakan beliau diberi kesembuhan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini, Insya-Allah.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

20 Oct, 08:55


Alhamdulillah, Republik Indonesia (RI) secara rasmi telah menerima dan menyaksikan pelantikan Presiden dan Naib Presiden RI yang baru iaitu Jeneral (B) Prabowo Subianto serta Gibran Rakabuming Raka di sidang Majelis Permusyawaratan Rakyat (MPR), Senayan, Jakarta.

Saya hadir dalam majlis yang penuh bermakna dan penting ini dalam konteks tinta sejarah demokrasi Indonesia serta perkembangan politik serantau selain sebagai tanda penghormatan buat bangsa Indonesia.

Insya-Allah, Malaysia akan terus menjadi rakan strategik Indonesia selain meningkatkan jambatan rasa dan ikatan persahabatan kedua negara bersaudara ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Presiden RI ke 7, Bapak Joko Widodo atas sumbangan dan kerjasama yang beliau terus hulurkan kepada Malaysia sepanjang beliau menjadi Presiden mulai 20 Oktober 2014 hingga 20 Oktober 2024.

Dengan perjalanan panjang politik Bapak Prabowo Subianto dengan segala tantangan dan mehnah yang dilalui, saya yakin beliau akan berkhidmat sepenuh hati serta akan turut sama dengan Malaysia membangun kerukunan dan mengangkat martabat dan harkat rantau ini ke tingkat yang lebih baik.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

20 Oct, 00:28


Setiausaha Politik, saudara Farhan Fauzi baru-baru ini berkesempatan mengadakan sesi Ziarah MADANI ke atas mantan Ahli Parlimen Raub, Dato’ Ariff Sabri Abdul Aziz, yang kini sedang menjalani rawatan pemulihan akibat serangan angin ahmar.

Dalam kunjungan ini, saudara Farhan telah menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi meringankan beban kos rawatan selain menyatakan sokongan moral kepada beliau dan keluarga.

Saya mendoakan agar Dato’ Ariff segera sembuh dan diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan ini. Jasa beliau kepada masyarakat akan terus dikenang dan dihargai.

#MalaysiaMADANI

Anwar Ibrahim (official)

19 Oct, 16:30


Acara hari pertama di Jakarta dimulakan dengan pertemuan bersama sahabat dan pejuang Bapak Prabowo Subianto. Insya-Allah, hubungan Malaysia-Indonesia pasti diperkukuh!

#MalaysiaMADANI

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/F72Dp9yMQ9P5XsKe/?mibextid=WC7FNe

Instagram
https://www.instagram.com/reel/DBT_L1SgBrM/?igsh=MTlvZGZlbjNjb2Fyag==

X
https://x.com/anwaribrahim/status/1847675482692866490?s=46

Saluran WhatsApp
https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official

TikTok
https://vt.tiktok.com/ZSjJN48Fr/

YouTube
https://youtube.com/shorts/3En63x6YqPg?feature=shared