Catatan Angah Sunan @angahsunan Channel on Telegram

Catatan Angah Sunan

@angahsunan


Tutor Bangkit Spiritual

Catatan Angah Sunan (Indonesian)

Selamat datang di channel 'Catatan Angah Sunan'! Channel ini dikelola oleh @angahsunan, seorang tutor yang menyebarkan kebijaksanaan dan ilmu spiritual kepada semua pengikutnya. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam dunia spiritual, Angah Sunan memiliki pengetahuan mendalam tentang berbagai ajaran dan praktik spiritual yang dapat membantu Anda menemukan kedamaian dan kebahagiaan dalam hidup Anda. Channel ini merupakan tempat di mana Anda dapat belajar, berdiskusi, dan mendapatkan panduan spiritual dari seorang tutor yang berpengalaman. Apakah Anda sedang mencari bimbingan spiritual untuk meningkatkan kualitas hidup Anda? Apakah Anda ingin memperdalam pemahaman Anda tentang keberadaan spiritual? Bergabunglah dengan 'Catatan Angah Sunan' sekarang dan mulailah perjalanan spiritual Anda menuju pencerahan dan kebahagiaan!

Catatan Angah Sunan

21 Jan, 07:45


SIRI MAJLIS SELAWAT & KULIAH
Ustaz Angah Sunan di sekitar Kelantan

Dijemput muslimin & muslimat untuk hadir bersama. Sekiranya ada yang mahu menjemput Ustaz di sekitar Kelantan antara 22 - 27 Januari 2025, boleh klik link berikut 👇 Terima kasih 😊

WhatsApp >> wa.link/u8oa2x

Catatan Angah Sunan

19 Jan, 09:28


Malam ini

Catatan Angah Sunan

17 Jan, 01:26


𝐒𝐈𝐅𝐀𝐓 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷺ 𝐁𝐄𝐑𝐃𝐀𝐒𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐋 - 𝐀'𝐑𝐀𝐅 𝐀𝐘𝐀𝐓 𝟏𝟓𝟕

Firman Allah Taala :

﴿ٱلَّذِینَ یَتَّبِعُونَ ٱلرَّسُولَ ٱلنَّبِیَّ ٱلۡأُمِّیَّ ٱلَّذِی یَجِدُونَهُۥ مَكۡتُوبًا عِندَهُمۡ فِی ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَٱلۡإِنجِیلِ یَأۡمُرُهُم بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَیَنۡهَىٰهُمۡ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَیُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّیِّبَـٰتِ وَیُحَرِّمُ عَلَیۡهِمُ ٱلۡخَبَـٰۤىِٕثَ وَیَضَعُ عَنۡهُمۡ إِصۡرَهُمۡ وَٱلۡأَغۡلَـٰلَ ٱلَّتِی كَانَتۡ عَلَیۡهِمۡۚ

Terjemahan - 𝐼𝑎𝑖𝑡𝑢 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑖𝑘𝑢𝑡 𝑅𝑎𝑠𝑢𝑙𝑢𝑙𝑙𝑎ℎ (𝑀𝑢ℎ𝑎𝑚𝑚𝑎𝑑 𝑠.𝑎.𝑤) 𝑁𝑎𝑏𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑈𝑚𝑚𝑖, 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡𝑖 𝑡𝑒𝑟𝑡𝑢𝑙𝑖𝑠 (𝑛𝑎𝑚𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑖𝑓𝑎𝑡-𝑠𝑖𝑓𝑎𝑡𝑛𝑦𝑎) 𝑑𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑇𝑎𝑢𝑟𝑎𝑡 𝑑𝑎𝑛 𝐼𝑛𝑗𝑖𝑙 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑑𝑎 𝑑𝑖 𝑠𝑖𝑠𝑖 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎. 𝐼𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑢𝑟𝑢ℎ 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑟𝑎-𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑟𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑎𝑖𝑘, 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑘𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑟𝑎-𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑟𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑗𝑖; 𝑑𝑎𝑛 𝑖𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑎𝑙𝑎𝑙𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑠𝑒𝑔𝑎𝑙𝑎 𝑏𝑒𝑛𝑑𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑎𝑖𝑘, 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑎𝑟𝑎𝑚𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑠𝑒𝑔𝑎𝑙𝑎 𝑏𝑒𝑛𝑑𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑢𝑟𝑢𝑘; 𝑑𝑎𝑛 𝑖𝑎 𝑗𝑢𝑔𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑎𝑝𝑢𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑟𝑖 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑏𝑒𝑏𝑎𝑛-𝑏𝑒𝑏𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑙𝑒𝑛𝑔𝑔𝑢-𝑏𝑒𝑙𝑒𝑛𝑔𝑔𝑢 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑑𝑎 𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎.

Imam Fakhruddin Ar Razi di dalam tafsirnya menyebutkan bahawa Allah Taala telah mensifatkan Nabi Muhammad ﷺ dengan 9 sifat berdasarkan ayat 157 Surah Al-A'raf -

Sifat 1 - Baginda seorang Rasul

Sifat 2 - Baginda seorang Nabi

Sifat 3 - Baginda seorang yang Ummiy (tidak membaca dan tidak menulis)

======(nota tambahan)

Kata al-Qadhi Iyadh Rahimahullah:

𝑫𝒆𝒎𝒊𝒌𝒊𝒂𝒏 𝒋𝒖𝒈𝒂 𝒂𝒑𝒂𝒃𝒊𝒍𝒂 𝒅𝒊𝒔𝒊𝒇𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒉𝒂𝒘𝒂 𝒃𝒂𝒈𝒊𝒏𝒅𝒂 ﷺ 𝒎𝒆𝒓𝒖𝒑𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒖𝒎𝒎𝒊𝒚 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊𝒎𝒂𝒏𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒊𝒇𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒓𝒊𝒏𝒚𝒂 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒔𝒊𝒇𝒂𝒕 𝒕𝒆𝒓𝒔𝒆𝒃𝒖𝒕 𝒎𝒆𝒓𝒖𝒑𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒕𝒖 𝒌𝒆𝒑𝒖𝒋𝒊𝒂𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒃𝒂𝒈𝒊𝒏𝒅𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒓𝒖𝒑𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒖𝒂𝒕𝒖 𝒌𝒆𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒂𝒃𝒊𝒕 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒃𝒂𝒈𝒊𝒏𝒅𝒂 ﷺ. 𝑹𝒖𝒋𝒖𝒌 𝑨𝒍-𝑺𝒚𝒊𝒇𝒂 𝑩𝒊 𝑻𝒂’𝒓𝒊𝒇 𝑯𝒖𝒒𝒖𝒒 𝒂𝒍-𝑴𝒖𝒔𝒕𝒉𝒂𝒇𝒂 (2/249) -

Sifat 4 - Nama Baginda sudah tertulis di dalam kitab-kitab terdahulu iaitu Taurat dan Injil

Sifat 5 - Baginda menyuruh dengan perkara-perkara kebaikan

Sifat 6 - Baginda melarang dari melakukan perkara-perkara terlarang dan mungkar

Sifat 7 - Baginda menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik

Sifat 8 - Baginda mengharamkan segala benda yang buruk (yang boleh bahayakan umat)

Sifat 9 - Baginda mengangkat beban-beban dan belenggu-belenggu umat

Sollu Alan Nabiy Muhammad

Rasa lebih kenal Rasulullah ﷺ? Jom SHARE post ini jauh2...

𝐉𝐨𝐦 𝐊𝐡𝐚𝐭𝐚𝐦 𝟏𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐉𝐢𝐛𝐫𝐢𝐥 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢

Catatan Angah Sunan

17 Jan, 01:04


https://www.facebook.com/share/p/19NnBSEhKs/?mibextid=wwXIfr

Sifat Rasulullah

Catatan Angah Sunan

12 Jan, 07:42


Tak semua nasihat yang berbentuk pengalaman itu sesuai dengan keadaan kita. Semua orang punya situasi berbeza.

Contoh-

1. Nasihat : duit tidak penting, yang penting kebebasan masa, bahagia, work life balance dsb

Nasihat ini sesuai dengan orang yang memang sedang ada duit. Bila sampai tahap, memang dia rasa cemuh, dan nak cabaran lain. Ironinya, yang sering bagi nasihat ini sedang drive BMW berjawatan tinggi, dan yang dengar nasihat ini pula, pelajar2 yang baru nak mula hidup. Orang baru nak mula hidup, orang takde duit, mahu tak mahu kena kerja, kerja.

2. Nasihat : Adab lebih penting berbanding ilmu.

Nasihat ini sesuai untuk orang yang memang sudah ada ilmu. Agar mereka tak sombong dan sentiasa menjaga akhlak serta adab sebagai ahli ilmu.

Namun, bagi yang sedang belajar di pondok, madrasah atau tempat pengajian, fokus dapat ilmu mesti lah tertinggi. Maka nasihat terbaik adalah adab mengiringi ilmu. Ilmu mesti tujuan utama, disamping pendidikan adab yang berjalan seiring.

3. Tambah sendiri.

Catatan Angah Sunan

02 Jan, 09:05


Rakaman kelas ✔️
Pdf kitab percuma ✔️

Catatan Angah Sunan

02 Jan, 08:53


https://toyyibpay.com/KimiaSaadah

Boleh daftar di link ini -

Catatan Angah Sunan

02 Jan, 08:44


𝐊𝐈𝐌𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐀𝐍 - 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐂𝐋𝐀𝐒𝐒

Pernahkah hati terasa kosong, walau dunia terlihat penuh warna? Pernahkah jiwa memberontak mencari makna, walau semua keinginan duniawi telah dicapai?
Di tengah kesibukan dunia, suara kecil dari dalam diri sering berbisik, “Apakah ini segalanya? Di manakah kebahagiaan sejati?” Namun, suara itu kerap tenggelam dalam hiruk-pikuk harian, sehinggalah kita tersedar bahawa jawapannya tidak terletak di luar sana, tetapi di dalam diri sendiri.
.
Ada suatu kitab kecil yang sangat istimimewa yang dikarang oleh Imam Ghazali rhm yang berjudul Kimia As Saadah (Kimia Kebahagiaan).
.
Dinamakan 'kimia' kerana untuk mendapatkan kebahagiaan sejati, ia berhajat kan kepada proses peleburan jiwa agar tersingkir sifat-sifat tercela dan terganti dengan sifat-sifat mulia sepertima peleburan bahan di dalam proses kimia untuk tanggalkan kekotoran karat. Hasilnya, membuahkan akhlak Muhammadiah dan jiwa yang dapat menerima rahsia-rahsia Makrifah.
.
Kitab “Kimia Kebahagiaan” ini akan menyentuh rapat tentang bagaimana mengenal diri, mengenal nafsu, hakikat qalbu, tentera qalbu, kebahagiaan yang sempurna, 4 unsur diri insan, fasa-fasa Insan, keajaiban qalbu, cermin hati, musyahadah, manusia intipati alam, kebahagiaan dalam makrifah dan lain2.

𝑰𝒏𝒊 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒅𝒂𝒓 𝒌𝒆𝒍𝒂𝒔 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒂𝒋𝒊𝒂𝒏. 𝑰𝒏𝒊 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒆𝒃𝒖𝒂𝒉 𝒑𝒂𝒏𝒈𝒈𝒊𝒍𝒂𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉, 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒆𝒎𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒃𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒆𝒌𝒂𝒍—𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒊 𝒅𝒖𝒏𝒊𝒂, 𝒕𝒆𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒋𝒖𝒈𝒂 𝒅𝒊 𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓𝒂𝒕.

Para followers yang berminat, boleh hubungi no penganjur, 0132680805 (Kak Lang Kamilah)

Tolong share ye

Catatan Angah Sunan

05 Nov, 02:22


👆👆 orang luar USIM juga boleh hadir

Catatan Angah Sunan

05 Nov, 02:22


*MAHRAJAN AKIDAH WEEK 🕌*

*TASAWUF DAY : [ FORUM KEPENTINGAN TASAWWUF ]*

Assalammualaikum W.B.T

Sukacita dimaklumkan bahawa bersempena Minggu Mahrajan Akidah ini, kami akan mengadakan sebuah forum yang bertajuk Kepentingan Ilmu Tasawwuf yang akan merungkai persoalan *APAKAH ITU TAREKAT DAN ADAKAH MENJADI KEWAJIPAN BAGI KITA UNTUK MENGIKUTI TAREKAT?* hingga ke akar umbi. Forum ini pastinya akan memberikan manfaat dan membentuk jiwa yang bersih serta lebih mendekatkan diri kepada Allah. Pemahaman ilmu ini amat berharga bagi mahasiswa/i yang ingin mengukuhkan akidah, memperbaiki akhlak, serta menanam nilai kerohanian yang tinggi dalam diri. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai forum ini dan menambah ilmu yang bermanfaat!

Butiran program adalah seperti yang berikut 👇🏻:

👳🏼‍♀️ *Penceramah*: Ustaz Angah Sunan
🗓️ *Tarikh*:
5 November 2024 (SELASA)
🕖 *Masa* : 8.30 malam
📍*Tempat* : DKS 1.6 di FKP

🖋️Tulabiyyah direkodkan
🔗Pautan pendaftaran :
https://forms.gle/GC3dxeyWCJTJPNBH8

SEMUA MAHASISWA/WI DIJEMPUT HADI

Catatan Angah Sunan

29 Oct, 08:00


Jom yang berdekatan malam ini

Catatan Angah Sunan

12 Oct, 23:21


*KELAS NOW*

📖 📣📣📣📣📣📣📣📣📣
Assalam. InsyaAllah kuliah online Baitul Rahmah Wal Mahabbah bersama:

👳🏻‍♂Ustaz Angah Sunan

📖 *Tauhid Sufi - Syeikh Arsalan*


Moga Allah pilih kita utk hadir. Sebarkan


Topic: Pengajian Baitul Rahmah Wal Mahabbah
*Time: 7:15am , 13 OCT*

Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/81848251161?pwd=c3lTZ21nS1d1QUh6dXF5ZVRaUGJaUT09

Meeting ID: 818 4825 1161
Passcode: 098045

Catatan Angah Sunan

20 Sep, 01:09


Doa Untuk Ummat Sayyiduna Muhammad ﷺ

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِأُمَّةِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ ارْحَمْ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ اصْلِحْ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ فَرِّجْ عَنْ أٌمَّةِ مُحَمَّدٍ

Ya Allah Ampunkanlah Umat Nabi Muhammad ﷺ
Ya Allah Kasihanilah Umat Nabi Muhammad ﷺ
Ya Allah Perbaikilah Umat Nabi Muhammad ﷺ
Ya Allah Lapangkanlah ( hindarilah segala masaalah ) yang menimpa Umat Nabi Muhammad ﷺ

Catatan Angah Sunan

09 Sep, 12:32


Salam wbt. Ingat x pemuda palestin yang pernah bagi talk tahun lepas? Beliau telah dapat tawaran sambung belajar di Turki iaitu di Universiti Sultan Mehmet.

Beliau mesti mendepositkan 50% yuran pendaftran selewat2nya esok (10 Sept 2024). Yuran register 3,000 USD. Maka, kena bayar 1,500 USD (lebih kurang RM6,450).
.
Beliau telah buat satu link untuk bantu beliau -

https://gogetfunding.com/help-hamdi-rebuild-his-life-through-education/

jom semua, kita sama2 bantu

Catatan Angah Sunan

04 Aug, 07:24


Majlis Bacaan Selawat & Tahlil Istimewa buat Al Marhum As-Syahid Ismail Haniyeh

&

Perkongsian Istimewa Ustaz Angah Sunan:

"Pendidikan Sufi Dalam Pembinaan Generasi"

📌Butiran majlis
Hari : Ahad
Tarikh : 4 Ogos 2024
Masa : 8 Malam
Platform : Zoom

https://us06web.zoom.us/j/81022001415?pwd=fhFjViaUMKcLktu9w8Rqwj5dC2wF4C.1

Ayuh kita hadir bersama🤍

#SelawatmembawaRahmat
#freePalestine

Catatan Angah Sunan

04 Aug, 02:47


Duhai anakku, bersabar lah kata-kata dan perangai buruk orang padamu, ia adalah sampah-sampah yang ada dalam diri mereka yang perlu dikeluarkan, anggaplah kita membantu ringankan sampah tersebut dengan menjadi tong sampah mereka, Insya Allah dengan doa dan kesabaran, moga suatu masa nanti sampah akan benar-benar bersih dalam diri mereka dan kita tak perlu lagi menjadi tong sampahnya. Jika hatinya penuh sampah, maka sampahlah yang keluar dari mulut, telinga, mata, hidung dan gerak lakunya, jika hatinya wangian, maka wangian lah yang keluar pada diri mereka, tiada istilah mulutnya sampah tapi hatinya wangian. Menjadi tong sampah jauh lebih mulia daripada menjadi sampah.

-Ayahanda-

Catatan Angah Sunan

31 Jul, 13:41


https://vt.tiktok.com/ZSYwaJCAr/

Catatan Angah Sunan

06 Jul, 23:22


📣📣📣📣📣📣📣📣📣
Assalam. InsyaAllah kuliah online Baitul Rahmah Wal Mahabbah bersama:

👳🏻‍♂Ustaz Angah Sunan

📖 Kitab Munyatul Musalli

*sambung bab kenegaraan*

Moga Allah pilih kita utk hadir. Sebarkan


Topic: Pengajian Baitul Rahmah Wal Mahabbah
Time: 7:15am , 7 July

Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/81848251161?pwd=c3lTZ21nS1d1QUh6dXF5ZVRaUGJaUT09

Meeting ID: 818 4825 1161
Passcode: 098045

Catatan Angah Sunan

05 Jul, 01:59


*[PENGAJIAN KITAB AL-MUHIMMAH 2024]*

Kelas ke 14

🗓️ Tarikh : 5 Julai 2024 (Jumaat)
Masa  : 10.00 pagi - 11.00 pagi
👳🏼‍♀️ Bimbingan : Ustaz Angah Sunan

💻Link Zoom :

https://us06web.zoom.us/j/81485568151?pwd=VCbROENONzdOj8Fm9jG4jt0Q7EDiqB.1

Meeting ID: 814 8556 8151
Passcode: 676133

*Sumbangan*
https://toyyibpay.com/Sumbangan-Pengajian

Catatan Angah Sunan

29 Jun, 23:16


📣📣📣📣📣📣📣📣📣
Assalam. InsyaAllah kuliah online Baitul Rahmah Wal Mahabbah bersama:

👳🏻‍♂Ustaz Angah Sunan

📖 Kitab Munyatul Musalli

*Sambungan Bab Pemerintah*
Moga Allah pilih kita utk hadir. Sebarkan


Topic: Pengajian Baitul Rahmah Wal Mahabbah
Time: 7:15am , 30 Jun

Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/81848251161?pwd=c3lTZ21nS1d1QUh6dXF5ZVRaUGJaUT09

Meeting ID: 818 4825 1161
Passcode: 098045

Catatan Angah Sunan

28 Jun, 02:13


*[PENGAJIAN KITAB AL-MUHIMMAH 2024]*

*Kelas ke 13 - sambung bab cabaran perkahwinan bagi pihak suami*

🗓️ Tarikh : 28 Jun 2024 (Jumaat)
Masa  : 10.00 pagi - 11.00 pagi
👳🏼‍♀️ Bimbingan : Ustaz Angah Sunan

💻Link Zoom :

https://us06web.zoom.us/j/81485568151?pwd=VCbROENONzdOj8Fm9jG4jt0Q7EDiqB.1

Meeting ID: 814 8556 8151
Passcode: 676133

*Sumbangan*
https://toyyibpay.com/Sumbangan-Pengajian

Catatan Angah Sunan

14 Jun, 00:13


[PENGAJIAN KITAB AL-MUHIMMAH 2024]*

Kelas ke 12

🗓️ Tarikh : 14 Jun 2024 (Jumaat)
Masa  : 10.00 pagi - 11.00 pagi
👳🏼‍♀️ Bimbingan : Ustaz Angah Sunan

💻Link Zoom :

https://us06web.zoom.us/j/81485568151?pwd=VCbROENONzdOj8Fm9jG4jt0Q7EDiqB.1

Meeting ID: 814 8556 8151
Passcode: 676133

*Sumbangan*
https://toyyibpay.com/Sumbangan-Pengajian

Tajuk hari ini -

*Kebinasaan atas Lelaki yang mempunyai isterinya sebab berkahwin*

Setelah bab2 lalu kitab ini menegur kaum perempuan, sekarang banyak teguran untuk lelaki pula ye

Catatan Angah Sunan

10 Jun, 04:12


ADAB USTAZ PU FAIZ

Cerita kebaikan seseorang ni molek lepas orang sudah meninggalkan alam maya ini, tapi rasa tak dapat menahan diri menulis tentang seorang sahabat ambo sejak remaja.
.
Baru-baru ambe hadir ke Haul Al Arif Billah Tuan Guru Abdul Hamid Gunong di Pondok beliau di Kuang, Selangor. Hadir juga tetamu istimewa dari waris almarhum Tuan Guru iaitu Ustaz Rauf.
.
Kebaikan PU ni walaupun lisannya pedas di media sosial (tapi dunia sebenar berjurus) adalah sifatnya yang sangat menghormati para Gurunya dan ahli keluarga Gurunya. Bahkan beliau di sayangi oleh para Gurunya. Saya kenal beberapa guru beliau dan nama beliau ini sohor kerana adab dan kesungguhan dalam menuntut ilmu.
.
Walaupun PU di media sosial jenis kaki baloh juga la, tapi ada prinsip, tak buat baloh dengan Para Guru, mereka yang beliau ambil ilmu, dan keluarga rapat para Tuan Guru beliau. Dia jaga sungguh yang ini.
.
Sepanjang majlis kelmarin, dia tak pernah angkat kepala pon di hadapan Ustaz Rauf (anakanda almarhum Tuan Guru). Memang sifat ahli ilmu menghormati keluarga Gurunya apatahlagi keluarga Guru itu orang soleh dan mewarisi sedikit sebanyak ilmu dari Ayahandanya.
.
Apa yang menarik juga, majlis maulid malam kelmarin tak digunakan gendang. Dalam ucapan PU, beliau menyebut lebih kurang begini,

"Tuan Guru kita berpegang pandangan Tak boleh bermain gendang-gendang ni semua. Qasidah2 tak bercampur dengan gendang. Oleh kerana ini majlis haul memperingati Almarhum Tuan Guru, maka kita beradab seperti dalam majlis Tuan Guru dan kita tak buat apa Almarhum Tuan Guru tak suka buat. Walaupun hal ini khilaf dan saya pon adakala bergendang, tapi ini majlis Haul Tuan Guru, mengikut kesukaan Almarhum adalah lebih baik"

[itu terjemahan mafhum sahaja sebab PU tak pernah bercakap bahasa Kuala Lumpur melainkan bahaso kelate sahaja]
.
Dari Almarhum Tuan Guru Abdul Hamid atau masyhur sebagai Paksu Mid Gunong, PU mengaji beberapa kitab antaranya Syamail Muhammadiah dan Syarah Hikam Tok Pulau Manis (3x khatam) termasuk ilmu-ilmu Al - Qur'an.
.
Ambe tak pelik kalau dia dapat ilmu - ilmu pondok pada usia mudanya. Selain hafiz Al Quran, beliau tahu siapa yang dia perlu baloh dan siap yang tak perlu. Ada sempadan juga. Ambe percaya, seusai kematangannya kelak, beliau akan jadi Tuan Guru atau Baba yang karismatik dan berani.

#angahsunan

Catatan Angah Sunan

03 Jun, 15:01


𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐎𝐊𝐀 𝐑𝐀𝐇𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓
.
Pernahkah anda terfikir tentang hakikat solat yang kita laksanakan setiap hari?
.
Apa khazanah fekah dan tasawuf sembahyang yang terdapat dalam kitab Jawi (Munyatul Musolli) yang terkenal itu?
.
Modul Menereko Rahsia Solat (MRS) dapat membantu menyelesaikan pertanyaan dan kefahaman bab Solat dalam masa singkat, hanya 8 jam sahaja.
.
Suatu bengkel khas yang dirangka untuk Menyempurnakan Solat dari sudut FIQH dan TASAWUF serta Menggali Hakikat Solat.
.
Modul ini telah adunkan dari suhbah bersama Ayahanda (Walid Ibrahim Al Malik) melalui pendekatan tradisi dan moden serta rujukan kitab-kitab fiqh muktabar. Rujukan utama : Kitab Munyatul Musolli karangan al-Alim Syaikh Daud Bin Abdullah Al Fathani.

𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧

- Ulangkaji Tauhid ASWJ
- ⁠Kupasan Fiqh dan Tasawuf Solat
- ⁠Menggali Rahsia dan Hakikat Rukun Solat
- ⁠Kuliah Teori dan Praktikal
- ⁠Sijil Penyertaan
- ⁠Penerangan infografik & Interaktif
- ⁠Hadiah - hadiah Menarik

Satu-satunya bengkel solat menyentuh secara integrasi elemen Tauhid (Iman), Fekah (Islam) dan Tasawuf (Ihsan). 𝐏𝐚𝐝𝐚𝐭, 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐬 & 𝐏𝐫𝐚𝐤𝐭𝐢𝐤𝐚𝐥

Promo - Hibah : RM100 RM70 (Yuran adalah termasuk Modul & Makan Minum)

𝟗 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐀𝐇𝐀𝐃) | 𝟗𝐀𝐌 - 𝟓𝐏𝐌

𝐽𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝐿𝑒𝑝𝑎𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑒𝑙𝑢𝑎𝑛𝑔 𝑖𝑛𝑖, 𝐷𝐴𝐹𝑇𝐴𝑅 𝑆𝐸𝐾𝐴𝑅𝐴𝑁𝐺. 𝑇𝑒𝑟ℎ𝑎𝑑 60 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑎ℎ𝑎𝑗𝑎

Berminat sertai ? Sila klik link 👇
https://toyyibpay.com/MenggaliHakikatSolat

Sebarang pertanyaan  boleh hubungi :
Kak Long Min
https://www.wasap.my/60126127969

Catatan Angah Sunan

02 Jun, 02:26


Manusia itu mudah mencintai pemuda yang 'soleh' (yang baik budi pekerti dan tingkah lakunya) dan membenci pemuda yang 'muslih'(orang yang suka menasihati orang agar menjadi baik).

Lalu kamu akan mendapati ramai manusia mencinta para salihin dan bermusuh dengan mereka yang muslih. [Punca terjadi perbezaan tanggapan itu] kerana orang muslih itu memerangi kemahuan dan kesukaan mereka yang keras.

Sesungguhnya para penduduk Makkah telah mencintai Baginda Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam sebelum perutusan kerana Baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam dahulunya orang soleh namun selepas Nabi diangkat menjadi Rasul oleh Allah Taala dan menjadi orang Muslih, lantas mereka memusuhi Baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam. [Bukan itu sahaja], mereka juga menuduh Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam adalah ahli sihir, penipu besar dan gila.

===========================

Sedikit tambahan -

Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam sangat dicintai oleh kaumnya hingga kaum menggelarkan Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam sebagai Al-Amin. Namun, apabila Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam memerangi perbuatan Riba mereka, sukatan timbangan yang tipu daya, penyembahan berhala...dan tergugat kepentingan mereka, lalu cinta itu berganti dengan benci.

Hal ini mungkin pernah kepada diri kita. Ada sahabat, teman atau murid kita sendiri mengasihi kita kerana peribadi dan ilmu yang diajarkan tetapi apabila kita menjadi orang muslih iaitu mula menegur mereka ke arah kebaikan walaupun dengan cara yang baik dah, ada mereka marah kerana tercabar egois mereka. Tak semua orang suka ditegur walaupun teguran itu betul dan ke arah kebaikan. Mereka hanya mahu jadi pencinta tetapi bukan benar mencintai.

Angah Sunan