Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berikut adalah berkenaan peraturan dan larangan yang mesti dipatuhi oleh semua mahasiswa/mahasiswi Fakulti Ekonomi & Pengurusan :
• Pastikan Kad Masuk dan Jadual Peperiksaa (KMJP) dibawa semasa peperiksaan.
• Patuhi Etika Pakaian UKM semasa menduduki peperiksaan dan jika gagal mematuhi tidak dibenarkan memasuki Dewan Peperiksaan
• Berada di luar dewan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan bermula
• Pelajar tidak dibenarkan masuk selepas 30 minit peperiksaan bermula
• Tidak dibenarkan membawa telefon bimbit dan smart watch dalam keadaan berfungsi, buku, nota atau makanan dan minuman
• Pelajar juga tidak dibenarkan keluar dari Dewan Peperiksaan 30 minit selepas peperiksaan bermula dan 15 minit sebelum peperiksaan tamat
• Tidak dibenarkan menyalin soalan peperiksaan dan dibawa keluar
❗️Sekiranya pelajar didapati melakukan kesalahan tersebut, pelajar akan dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak universiti.
Sekian, terima kasih.
EXCO AKADEMIK DAN KEMAHIRAN
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2024/2025