Info Astronomi Malaysia @infoastronomimalaysia Channel on Telegram

Info Astronomi Malaysia

@infoastronomimalaysia


Info info menarik berkaitan ilmu astronomi atau falak yang berlaku di Malaysia serta seluruh dunia .

Info Astronomi Malaysia (Malay)

Info Astronomi Malaysia adalah sebuah saluran Telegram yang menyediakan maklumat menarik berkaitan ilmu astronomi dan falak yang berlaku di Malaysia serta seluruh dunia. Saluran ini bertujuan untuk menyebarkan pengetahuan mengenai bintang, planet, dan fenomena langit kepada masyarakat Malaysia. Dengan mengikuti saluran ini, anda akan mendapat akses kepada berita terkini mengenai penemuan astronomi, jadual gerhana, dan tips menjadikan astronomi sebagai hobi yang menarik. Info Astronomi Malaysia juga akan kongsikan cerita mengenai perkembangan dalam bidang astronomi di Malaysia, seperti observatorium yang baru dibuka atau program pengajian astronomi yang ditawarkan di universiti tempatan. Jadi, jom sertai kami di saluran Telegram @infoastronomimalaysia untuk menjadi sebahagian daripada komuniti pecinta langit dan terus mengembangkan minat anda dalam bidang astronomi!

Info Astronomi Malaysia

28 Dec, 22:00


The account of the user that created this channel has been inactive for the last 5 months. If it remains inactive in the next 9 days, that account will self-destruct and this channel will no longer have a creator.

Info Astronomi Malaysia

18 Dec, 21:38


The account of the user that created this channel has been inactive for the last 5 months. If it remains inactive in the next 19 days, that account will self-destruct and this channel will no longer have a creator.

Info Astronomi Malaysia

07 Dec, 18:39


The account of the user that created this channel has been inactive for the last 5 months. If it remains inactive in the next 30 days, that account will self-destruct and this channel will no longer have a creator.

Info Astronomi Malaysia

06 Jul, 14:25


Gambar pemandangan kota suci Makkah dari Stesen Angkasa Antarabangsa ( ISS ) pada waktu malam yang diambil oleh kosmonaut Rusia , Sergey Ryazansky pada tahun 2017 yang lalu .

Info Astronomi Malaysia

05 Jul, 08:49


Pertandingan Name Exoworld Malaysia - Malaysia diberi peluang untuk menamakan bintang HD20868 serta planet yang mengorbit bintang tersebut HD20868b. Maklumat lanjut mengenai bintang, planet, syarat dan kaedah penyertaan boleh didapati di laman sesawang http://myexoworld.apadilangit.com/ .Orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22735484 atau Apadilangit di talian 0138379232. laman Facebook Name Exoworlds Malaysia, sesawang Planetarium Negara di www.planetariumnegara.gov.my atau Facebook Planetarium Negara. email info di [email protected]

Info Astronomi Malaysia

04 Jul, 15:37


HAPPY APHELION DAY !

Tepat jam 06:11 AM , 05 Julai 2019 nanti ( waktu Malaysia ) , Bumi kita akan berada pada kedudukan paling jauh dari Matahari bagi tahun 2019 ini dengan jarak sekitar :-
152,104,285 kilometer
..

Titik dimana Bumi berada paling jauh dari Matahari dikenali sebagai
' Aphelion ' .

Manakala , Titik dimana Bumi berada paling dekat dengan Matahari pula dikenali sebagai
' Perihelion ' .

Bumi telah pun berada di titik Perihelion sekitar 3 Januari 2019 yang lalu dengan jarak sekitar :-
147,099,761 kilometer .

Purata jarak Bumi - Matahari adalah :

149,597,871 Kilometer atau
1 AU ( Astronomical Unit )

* kebiasaannya akan digenapkan menjadi 150 juta Kilometer sahaja .
..

Bagaimana kedudukan Aphelion dan Perihelion boleh berlaku ?

Untuk pengetahuan ,
Orbit Bumi semasa mengelilingi Matahari bukanlah berbentuk bulat sempurna tetapi ia berbentuk elips.

Keadaan ini mengakibatkan jarak antara Bumi dan Matahari sentiasa berubah - ubah .
..

Ada kalanya Bumi berada pada kedudukan paling dekat dengan Matahari .

Ada kalanya Bumi berada pada kedudukan paling jauh dari Matahari .
..

Kesan ketika Aphelion dan Perihelion :

antara kesan yang boleh dilihat adalah Perubahan saiz piringan Matahari .

Ketika Aphelion , saiz Matahari akan kelihatan kecil sedikit berbanding ketika Perihelion.

Perubahan dapat dilihat jika kita bandingkan gambar Matahari ketika Bumi berada pada kedudukan Perihelion dengan Bumi berada pada kedudukan Aphelion .

* AWAS !!!

Jangan lihat Matahari secara langsung dengan hanya menggunakan mata kasar kerana boleh menyebabkan kerosakan pada mata .
..

Selain perubahan saiz piringan Matahari , adakah kita akan merasakan kesan yang buruk ?

Kita di Bumi tidak akan merasakan kesan yang buruk memandangkan
perubahan jarak Bumi dengan Matahari yang hanya beberapa peratus sahaja ketika Perihelion dan Aphelion tidak cukup untuk menyebabkan perubahan yang terlalu signifikan termasuklah menyebabkan suhu Bumi jatuh mendadak .
..

Wallahu A'lam

Sekian . .

" Majulah Falak Untuk Ummah "

Kredit gambar :
Gowrishankar Lakshminarayanan
(instagram.com/astro.gordonfreeman)

* Perbandingan saiz piringan Matahari semasa berada pada jarak Aphelion , jarak purata dan juga jarak Perihelion .

- Muhammad Syafiq -

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2321175778095790&id=100006101700227

Info Astronomi Malaysia

03 Jul, 02:42


Imej satelit Hurikan Major ' Barbara ' dengan kekuatan kategori 4 di lembangan timur lautan Pasifik dan juga bayangan Bulan yang terkena permukaan Bumi ketika fenomena gerhana Matahari penuh .

Info Astronomi Malaysia

03 Jul, 00:31


Gerhana Matahari penuh yang dapat di lihat di Coquimbo, Chile awal pagi tadi
( waktu Malaysia )
..

Kredit gambar : Rodrigo Garrido

Info Astronomi Malaysia

02 Jul, 17:45


Sila ke pautan yang disediakan untuk menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Penuh secara langsung . .
..

www.eso.org/public/events/astro-evt/solareclipse2019/

www.exploratorium.edu/eclipse

https://youtu.be/0cSjYwDIzrw

https://youtu.be/5ES8EDMQz50

https://youtu.be/SIL1UzyBm4Q

Info Astronomi Malaysia

02 Jul, 14:23


Apa yang patut anda semua tahu . .

😌😌😌

Info Astronomi Malaysia

02 Jul, 12:25


Terdapat tiga jenis gerhana Matahari iaitu :-

- Gerhana Matahari Penuh .
- Gerhana Matahari Separa
- Gerhana Matahari Cincin / Anulus
..

Yang akan berlaku pada awal pagi 03 Julai 2019 ( waktu Malaysia ) nanti adalah gerhana Matahari penuh yang akan dapat disaksikan di Lautan Pasifik , sebahagian Kecil Chile dan juga sebahagian kecil Argentina .

Manakala , sebahagian besar benua Amerika selatan berpeluang menyaksikan gerhana Matahari separa . .

..

Gerhana Matahari kali ini merupakan gerhana matahari kedua bagi tahun 2019 .

Jumlah keseluruhan fenomena gerhana Matahari tahun 2019 ini adalah sebanyak 3 kali .

Yang pertama berlaku pada 06 Januari 2019 iaitu gerhana Matahari separa .

Yang ketiga pula akan berlaku pada 26 Disember 2019 iaitu gerhana Matahari cincin / Anulus berserta gerhana Matahari separa .

Menariknya , gerhana Matahari pada 26 Disember itu nanti akan dapat di saksikan di Malaysia .
..

Bacaan lanjut berkenaan gerhana Matahari 3 Julai 2019 :-

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2319211221625579&id=100006101700227

Info Astronomi Malaysia

02 Jul, 12:23


Sekitar 2 minggu selepas gerhana matahari penuh ini , akan berlaku pula fenomena gerhana bulan separa pada 17 julai 2019 ( waktu Malaysia ) . .

Gerhana bulan separa itu nanti akan dapat disaksikan di Malaysia .

Info Astronomi Malaysia

01 Jul, 15:09


PELUANG MENYAKSIKAN SATU - SATUNYA FENOMENA GERHANA MATAHARI PENUH BAGI TAHUN 2019 INI . .
..

Sekitar awal pagi 03 Julai 2019
( waktu Malaysia ) , satu - satunya fenomena gerhana Matahari penuh bagi tahun 2019 ini akan ' menyapa ' kawasan di lautan Pasifik selatan , sebahagian kecil Chile dan juga Argentina .

Gerhana Matahari penuh akan bermula di lautan Pasifik dan berakhir di Argentina

Antara kawasan yang dilalui gerhana Matahari penuh adalah
Pulau Oeno di lautan Pasifik , wilayah Coquimbo dan Atacama di Chile , wilayah
San Juan, La Rioja, San Luis, Córdoba, Santa Fe, dan juga Buenos Aires di Argentina .

Manakala , sebahagian besar kawasan di benua Amerika selatan yang lain berpeluang menyaksikan gerhana Matahari separa .
..

Waktu gerhana Matahari separa dan gerhana Matahari penuh bermula dan berakhir :~

Kawasan pertama yang dapat menyaksikan gerhana Matahari separa bermula :-

12:55 AM / 03 Julai 2019
( waktu Malaysia )

Kawasan pertama yang dapat menyaksikan gerhana Matahari penuh bermula :-

02:01 AM / 03 Julai 2019

kemuncak gerhana Matahari penuh :

03:22 AM / 03 Julai 2019

Kawasan terakhir yang dapat menyaksikan gerhana Matahari penuh berakhir :

04:44 AM / 03 Julai 2019

Kawasan terakhir yang dapat menyaksikan gerhana Matahari separa berakhir :

05:50 AM / 03 Julai 2019
..

* durasi maksimum ketika kemuncak gerhana Matahari penuh kali ini adalah selama 04 minit 32.8 saat yang berlaku di kawasan lautan .
..

Walaupun gerhana Matahari penuh kali ini tidak ' menyapa ' kita di Malaysia , tetapi kita masih boleh menyaksikan fenomena alam ini secara langsung di :-

www.exploratorium.edu/eclipse

https://youtu.be/5ES8EDMQz50

www.eso.org/public/events/astro-evt/solareclipse2019/

https://youtu.be/SIL1UzyBm4Q

https://youtu.be/0cSjYwDIzrw

- Muhammad Syafiq -

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2319211221625579&id=100006101700227

Info Astronomi Malaysia

30 Jun, 12:46


Laporan berkenaan Fireball dan Bolide sejak 15 APRIL 1988 sehingga 22 JUN 2019 .

FIREBALL merupakan meteor yang cahayanya lebih terang daripada Planet Zuhrah .

BOLIDE merupakan meteoroid atau asteroid yang memasuki atmosfera Bumi lalu terbakar dan meledak di ruangan udara dan memancarkan cahaya yang terang benderang .

Info Astronomi Malaysia

30 Jun, 10:33


HAPPY ASTEROID DAY !

Untuk pengetahuan semua , hari ini merupakan Hari Asteroid Antarabangsa yang diadakan bagi menyedarkan masyarakat akan kesan Potentially Dangerous Asteroids (PHAs) terhadap bumi yang lalu lalang di luar angkasa .

30 JUN dipilih bersempena satu peristiwa ledakan asteroid yang dipanggil ledakan Tunguska berhampiran sungai Podkamennaya Tunguska , siberia yang berlaku pada 30 Jun 1908 sehingga menyebabkan kemusnahan yang meluas flora dan fauna di kawasan tersebut .

Info Astronomi Malaysia

27 Jun, 14:58


Diri kita dan alam semesta . .
..

Info Astronomi Malaysia

27 Jun, 09:19


SEMINAR FALAK KONTEMPORARI KEBANGSAAN UTM & JABATAN MUFTI NEGERI JOHOR & RISM

Tarikh : 3 Julai 2019 (Rabu)
Masa : 8.00 Pagi - 4.30 Petang
Tempat : Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Jalan Masjid Abu Bakar 80990 Johor Bahru, Johor

ATURCARA PROGRAM:

8.00 - 9.00 pagi: Pendaftaran peserta
9.00 - 9.45 pagi: Ucaptama oleh Yang Berbahagia Sohibus Samaha Datuk Yahya Bin Ahmad
9.45 - 10.30 pagi: Penceramah 1 - Sr Dr Azhari Bin Mohamed
10.30 - 11.15 pagi: Penceramah 2 - Tuan Syed Kamaruzaman Syed Kabeer
11.15 pagi - 12.15 thari: Penceramah 3 - Sr Dr Othman Bin Zainon
12.15 thari: Majlis Perasmian oleh YAB Menteri Besar Johor
1.00 - 2.00 petang: Jamuan Makan/Rehat
2.00 - 2.45 petang: Penceramah 4 - Dr(H) Kassim Bin Bahali
2.45 - 3.30 petang: Penceramah 5 ~ Ust Hj Hanafiah Bin Abdul Razak
3.30 - 4.30 petang: Penceramah 6 - Prof. Dr. Tono Saksono
4.30 petang: Majlis Penutup dan bersurai