Info MPP UiTM PG @infomppuitmpg Channel on Telegram

Info MPP UiTM PG

@infomppuitmpg


Info MPP UiTM PG (English)

Are you a student at Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam? Do you want to stay updated on the latest events, news, and activities happening on campus? Look no further than the Info MPP UiTM PG Telegram channel! This channel is your one-stop source for information on everything related to the UiTM Puncak Alam campus, brought to you by the Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Puncak Alam. From academic announcements to social events, sports tournaments to career fairs, you'll find it all on this channel. Don't miss out on important deadlines, workshops, and opportunities to get involved in campus life. Stay connected with your fellow students and be part of the vibrant community at UiTM Puncak Alam. Join the Info MPP UiTM PG Telegram channel today and never miss a beat!

Info MPP UiTM PG

03 Feb, 05:55


ISNIN | 3 FEBRUARI 2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Di Hatiku.

[PEMAKLUMAN PROSES DAFTAR KELUAR (CLEARANCE) KOLEJ KEDIAMAN SEMPENA CUTI SEMESTER SESI OKTOBER 2024 - FEBRUARI 2025]

Dengan segala hormatnya,perkara diatas adalah dirujuk.

📌Setiap penghuni kolej perlu memuat turun dan mengisi borang clearance untuk diserahkan di Kaunter Pejabat Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar (URHP) bersama kunci rumah sebelum pulang sempena cuti semester.

📌Pelajar terakhir yang meninggalkan rumah perlu mengatur temu janji melalui “Google Form” 3 hari sebelum melakukan proses clearance bagi membolehkan staf menjalankan pemeriksaan rumah.

🔗 laman sesawang bagi memuat turun BORANG CLEARANCE:
https://sites.google.com/uitm.edu.my/urhpuitmkampuspasirgudang/muat-turun

🔗 link temu janji bagi KOLEJ FIRDAUS:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeavJ4wAdYtMQ__YyJwgJb8nhIAfBQ92oMjSBD-YgEhHJQs5w/viewform

🔗 Link temu janji bagi KOLEJ SALSABILA:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdOlThKAT3NWQ36HNnWqF6hx_7KdoFvbGNVpyqtofwrFXlb6w/viewform

❗️Semua penghuni rumah perlu memastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan bersih dan tiada kerosakan

Sebarang persoalan atau keraguan, dialu-alukan untuk merujuk :

📲 MPP Azveena: https://wa.me/60198092451
📲 SMPP Azhari: https://wa.me/+60177884399

Sekian, Terima Kasih.

”KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI”

Yang menjalankan amanah,

Pejabat Kebajikan dan Khidmat Siswa
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025

Info MPP UiTM PG

02 Feb, 23:07


ISNIN | 3 FEBRUARI 2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Dihatiku.

[SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER]

Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang sesi 2024/2025 ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir bagi semester Oktober 2024 - Februari 2025 kepada semua mahasiswa UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.

Semoga mahasiswa diberikan ketenangan jiwa dan dimudahkan segala urusan untuk menjawab peperiksaan akhir yang bakal berlangsung.

Diharapkan segala usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan membuahkan hasil yang cemerlang.Bak kata pepatah”Barang siapa yang berusaha, Dia pasti akan Berjaya”.

SELAMAT MAJU JAYA!

Sekian, terima kasih.

“KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI”

Yang melaksanakan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025.

Info MPP UiTM PG

02 Feb, 04:43


AHAD | 2 FEBRUARI 2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Dihatiku.

[ PERINGATAN PERKARA PENTING SEMASA PEPERIKSAAN AKHIR ]

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Peperiksaan akhir Sesi 1 2024/2025 akan berlangsung sepanjang tempoh 3 Februari sehingga 23 Februari 2025. Semua pelajar diingatkan untuk memastikan telah mematuhi perkara berikut sebelum masuk ke dewan peperiksaan:

i. Mematuhi sahsiah rupa diri (SRD) UiTM
ii. Membawa kad pelajar (kad biru)
iii. Membawa slip menduduki peperiksaan

3. Pihak universiti tidak akan berkompromi kepada mana-mana pelajar yang didapati ingkar arahan peperiksaan seperti yang telah termaktub di dalam peraturan akademik UiTM.

Perhatian dan kerjasama semua amat diharapkan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

📲MPP Luqman :
https://wa.me/60146618600
📲SMPP Azim :
https://wa.me/60139105980

Sekian, terima kasih.

“KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI”

Yang melaksanakan amanah,

Eksekutif Akademik,Kerjaya dan Sekretariat
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025.

Info MPP UiTM PG

01 Feb, 04:27


SABTU | 1 FEBRUARI 2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Dihatiku.

[SEMAKAN KEDUDUKAN DAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SESI 1 2024/2025 ]

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan, semua pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang kini boleh membuat semakan lokasi dan kedudukan peperiksaan melalui laman sesawang UiTM Cawangan Johor di pautan :

🔗 http://10.92.1.23/emas/emas.php > jadual peperiksaan pelajar

📌 Pelajar hanya dapat mengakses sistem tersebut sekiranya menggunakan rangkaian internet (WiFi UiTM).

Manakala pelajar yang berada diluar kawasan kampus boleh membuat semakan awal berkaitan tarikh dan masa peperiksaan mengikut kod kursus melalui pautan :

🔗 https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/exam_schedule/index.htm.

Sekian, terima kasih.

“KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI”

Yang melaksanakan amanah,

Eksekutif Akademik,Kerjaya dan Sekretariat
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025.

Info MPP UiTM PG

01 Feb, 03:21


SABTU | 1 FEBRUARI 2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Dihatiku.

[MAYBANK GROUP SCHOLARSHIP PROGRAMME]

Merujuk perkara di atas, permohonan bagi biasiswa KUMPULAN MAYBANK BERHAD bagi tahun 2025 akan dibuka secara atas talian kepada pelajar prasiswazah baru semester satu (1) ambilan sesi akademik 2024/2025.

🗓️ Tarikh Permohonan:
27 Januari 2025 - 23 Mac 2025

📌 Syarat-syarat Permohonan:
1. Pendapatan kasar keluarga tidak lebih daripada RM180,000 setahun
2. Pelajar Prasiswazah tahun pertama pengajian
3. Tidak lebih daripada umur 22 tahun

Sehubungan itu, Pelajar yang berminat untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut, boleh melayari laman sesawang berikut:

🔗 https://bit.ly/MGSPApplication2025

Sebarang pertanyaan atau permasalahan, sila hubungi:
MPP LUQMAN: https://www.wasap.my/60146618600
SMPP NISA: https://www.wasap.my/60198736546

Sekian, terima kasih.

“KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI”

Yang melaksanakan amanah,

Eksekutif Akademik,Kerjaya dan Sekretariat
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025.

Info MPP UiTM PG

01 Feb, 03:05


SABTU | 1 FEBRUARI 2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Dihatiku.

[ SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA PEPERIKSAAN ]

Merujuk perkara di atas, mahasiswa diwajibkan untuk mengikut Sahsiah Rupa Diri ( SRD ) semasa minggu peperiksaan berlangsung.

📌LELAKI
🗓️ AHAD HINGGA KHAMIS
- Baju Kemeja
- ⁠Kasut Bertutup

🗓️ JUMAAT
- Baju Melayu

📌PEREMPUAN
🗓️ AHAD HINGGA SABTU
- Baju Kurung
- ⁠Kasut Bertutup

Oleh itu, diharapkan agar mahasiswa cakna dan mengikut etika pemakaian seperti Sahsiah Rupa Diri (SRD) yang diwajibkan oleh UiTM Kampus Pasir Gudang.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

☎️MPP Luqman : wa.me/60146618600
☎️SMPP Nisa : wa.me/60198737546

Sekian, terima kasih.

“KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI”

Yang melaksanakan amanah,

Eksekutif Akademik, Kerjaya dan sekretariat
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025.

Info MPP UiTM PG

31 Jan, 09:29


JUMAAT | 31 JANUARI 2025

Assalamualaikum wbt,
Salam sejahtera,
Salam satu UiTM,
UiTM Di hatiku.

[MPP SQUAD PANTAU : OPS PENANGKAPAN ANJING LIAR DI KAMPUS UiTM PASIR GUDANG]

Merujuk perkara di atas, Majlis perwakilan pelajar UiTM Pasir Gudang sesi 2024/2025 dengan kerjasama pihak Damai Abadi telah melakukan Ops penangkapan anjing liar di kampus pada Rabu bersamaan 22 Januari 2025 yang lalu.

Tujuan Ops penangkapan ini dilakukan susulan terdapat banyak aduan daripada warga UiTM Pasir Gudang berkaitan keberadaan anjing liar yang mana menganggu ketenteraman semua pihak di dalam kampus. Ops ini juga dilaksanakan demi menjaga keselamatan semua warga Kampus UiTM Pasir Gudang.

Sebilangan besar anjing-anjing telah ditangkap semasa rondaan dibuat di sekitar Kampus dan warga-warga kampus turut bekerjasama untuk membuat laporan tentang keberadaan anjing semasa ops berlangsung.

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI"

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025

Info MPP UiTM PG

30 Jan, 10:56


KHAMIS | 30 JANUARI 2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Dihatiku.

[ SALAM TAKZIAH ]

Merujuk perkara di atas, kami barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pasir gudang Sesi 2024/2025 ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Muhammad Haziq Aiman Bin Mohamad Faizol, pelajar Diploma Kejuteraan Awam yang terlibat dalam kemalangan pagi tadi.

Marilah kita bersama-sama menitipkan doa dan Al-fatihah. Semoga roh Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sekian, terima kasih.

“KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI”

Yang melaksanakan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025.

Info MPP UiTM PG

29 Jan, 08:16


RABU | 29 JANUARI 2025

Asslamualaikum wbt,
Salam Sejahtera.
Salam Satu UiTM
UiTM DiHatiku

[SELAMAT TAHUN BARU CINA 2025]

Kami daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang Sesi 2024/2025 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2025 kepada seluruh warga UiTM Cawangan Johor.

Semoga tahun baru ini mendatangkan tuah dan akan menjadikan sesuatu perkara lebih baik daripada sebelumnya. Kepada yang hendak pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. Sentiasa menjaga keselamatan dan manfaatkan masa bersama keluarga tercinta dengan sebaiknya.

Gong Xi Fa Chai !

Xin Nian Kuai Le !

“KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI”

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025

Info MPP UiTM PG

07 Jan, 07:10


SELASA | 7 JANUARI 2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Dihatiku.

[PERINGATAN BERKENAAN PROSES EXIT SURVEY]

Merujuk perkara di atas, mahasiswa diwajibkan untuk melengkapkan proses Exit Survey di platform UFuture UiTM pada ketetapan yang berikut:

📍TEMPOH EXIT SURVEY:
6 JANUARI 2024 - 9 FEBRUARI 2025

Oleh itu, diharapkan agar mahasiswa dapat melaksanakan proses Exit Survey ini dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah seperti tidak boleh mengakses platform UFuture UiTM dengan sepenuhnya.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

☎️MPP Luqman : wa.me/60146618600

Sekian, terima kasih.

“KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI”

Yang melaksanakan amanah,

Eksekutif Akademik, Kerjaya dan sekretariat
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2023/2024.

Info MPP UiTM PG

07 Jan, 05:05


SELASA | 7 JANUARI 2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Di Hatiku.

[PENAMBAHAN SENARAI NAMA PROGRAM OUTREACH BERSAMA PELAJAR TAJAAN JPA]

Merujuk perkara diatas, sukacita dimaklumkan Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) akan mengadakan Program Outreach Bersama Pelajar Tajaan JPA di beberapa Institusi Pengajian Tinggi Tempatan sepanjang tahun 2025. Bersama - sama ini disertakan senarai nama pelajar tajaan JPA bagi UiTM Kampus Pasir Gudang.

Berikut adalah butiran program :
🗓️ Tarikh : 14 Januari 2025
⏱️ Masa : 10.00 Pagi hingga 1.00 Petang
📍Tempat : Dewan Peperiksaan 02-04, Bangunan Khawarizmi

Para pelajar juga akan dapat beberapa ganjaran seperti :

📌 Makanan tengah hari disediakan.
📌 E-merit disediakan.
📌 Pengecualian kuliah diberikan
‼️ Kehadiran adalah WAJIB ‼️

Para pelajar yang terlibat diminta untuk menyemak E-mel ( PERSONAL ) masing-masing yang telah dihantar oleh pihak JPA dan melengkapkan maklum balas kehadiran ke program ini sebelum 5 petang, 7 Januari 2025 (HARI INI). Diharapkan agar para mahasiswa yang terlibat cakna dan memanfaatkan peluang ini dengan sebaik mungkin.

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI"

Yang menjalankan amanah,

Pejabat Akademik,Kerjaya dan Sekretariat
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025.

Info MPP UiTM PG

07 Jan, 03:34


SELASA | 7 JANUARI 2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Di Dihatiku.

[ TARIKH AKHIR PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN BAGI SEMESTER OKTOBER 2024 - FEBRUARI 2025 BAGI PELAJAR YANG MENDAPAT KELULUSAN PENANGGUHAN PEMBAYARAN YURAN ]

Merujuk perkara di atas, kami Majlis Perwakilan Pelajar ingin memaklumkan berkenaan tarikh akhir pembayaran yuran pengajian bagi pelajar yang telah mendapat kelulusan penangguhan pembayaran yuran [Status Yuran 'Y3']. Anda dikehendaki membuat pembayaran yuran bagi semester Oktober 2024 - Februari 2025 selewat - lewatnya pada :

🗓️ 10 Januari 2025

📌Sekiranya pelajar gagal membuat pembayaran sebelum tarikh yang ditetapkan, pelajar akan dikenakan tindakan GUGUR TARAF MUKTAMAD.

📌Sila rujuk soalan lazim No.12 untuk semakan bil tertunggak & soalan lazim No.13 untuk panduan pembayaran bil.

Oleh itu, diharapkan agar para pelajar yang terlibat cakna akan pemakluman ini bagi mengelakkan daripada sebarang permasalahan berlaku pada masa akan datang.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

MPP Luqman : wa.me/60146618600

Sekian, terima kasih.

“KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI"

Yang menjalankan amanah,
Eksekutif Akademik,Kerjaya dan Sekretariat
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025.

Info MPP UiTM PG

06 Jan, 05:30


ISNIN | 6 JANUARI 2024

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Dihatiku.

[ TEMPOH MELENGKAPKAN STUDENT FEEDBACK ONLINE (SuFO)]

Merujuk perkara di atas, para pelajar DIWAJIBKAN untuk melengkapkan penilaian SuFO dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu pada:

📌 Tempoh : 6 Januari 2025 - 9 Februari 2025

🔗 https://ufuture.uitm.edu.my

Oleh itu, para pelajar diminta untuk cakna dengan tempoh masa yang ditetapkan. Kegagalan dalam melengkapkan SuFO akan mengakibatkan keputusan peperiksaan penilaian akhir akan digantung.

Sekian, terima kasih.

“KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI”

Yang melaksanakan amanah,

Eksekutif Akademik, Kerjaya dan Sekretariat
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025.

Info MPP UiTM PG

04 Jan, 06:53


SABTU | 4 JANUARI 2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Di Hatiku.

[PROGRAM OUTREACH BERSAMA PELAJAR TAJAAN JPA]

Merujuk perkara diatas, sukacita dimaklumkan Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) akan mengadakan Program Outreach Bersama Pelajar Tajaan JPA di beberapa Institusi Pengajian Tinggi Tempatan sepanjang tahun 2025. Bersama - sama ini disertakan senarai nama pelajar tajaan JPA bagi UiTM Kampus Pasir Gudang.

Berikut adalah butiran program :
🗓️ Tarikh : 14 Januari 2025
⏱️ Masa : 10.00 Pagi hingga 1.00 Petang
📍Tempat : Dewan Peperiksaan 02-04, Bangunan Khawarizmi

Para pelajar juga akan dapat beberapa ganjaran seperti :

📌 Makanan tengah hari disediakan.
📌 E-merit disediakan.
📌 Pengecualian kuliah diberikan

Diharapkan agar para mahasiswa yang terlibat cakna dan memanfaatkan peluang yang ada ini dengan sebaik mungkin.

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI"

Yang menjalankan amanah,

Pejabat Akademik,Kerjaya dan Sekretariat
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025.

Info MPP UiTM PG

01 Jan, 14:42


RABU | 1 JANUARI 2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Di Hatiku.

[FLYSISWA : BANTUAN SUBSIDI PEMBELIAN TIKET PENERBANGAN]

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa pihak kerajaan telah menyediakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di bawah program FLYSISWA, berjumlah RM400 untuk setiap individu. Pelajar boleh membuat permohonan bantuan subsidi bermula 1 Januari 2025.

Bantuan subsidi ini diberikan khas kepada pelajar Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti di bawah KPT, Kolej Matrikulasi dan Institusi Pendidikan Guru KPM bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pelajar bole membuat semakan kelayakan menerusi pautan berikut :

🔗 https://subsidiudara.mot.gov.my/

Diharapkan bahawa mahasiswa dapat memanfaatkan subsidi yang telah diberikan.

Sebarang persoalan atau keraguan, dialu-alukan untuk merujuk :

📲 MPP Azveena : https://www.wasap.my/0198092451

Sekian, Terima Kasih.

KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI

Yang menjalankan amanah,

Pejabat Kebajikan dan Khidmat Siswa
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025

Info MPP UiTM PG

01 Jan, 14:41


RABU | 1 JANUARI 2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Di Hatiku.

[JOM MENYUMBANG DANA DI FOOD BANK DAN DAPUR HEP]

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang sesi 2024/2025 ingin mengalu-alukan seluruh warga UiTM Kampus Pasir Gudang mahupun masyarakat luar untuk menyumbang di Food Bank dan Dapur HEP yang dianjurkan oleh Hal Ehwal Pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang. Inisiatif ini bertujuan bagi menyediakan keperluan harian pelajar yang memerlukan termasuk makanan dan minuman.

Butiran berkaitan pengoperasian Food Bank dan Dapur HEP adalah seperti berikut :

🗓️Tarikh : Bermula 1 Januari 2025
🕕 Waktu Operasi Isnin - Khamis : 11:45 AM - 12:45 PM
🕕 Waktu Operasi Jumaat : 11:00 AM- 12:00 PM
📍Tempat : Food bank dan Dapur HEP

Sumbangan dana boleh disalurkan ke dalam akaun :
💳 01087010049990 ( BIMB )
Rujukan : Food Bank Siswa

Sumbangan dan kerjasama yang anda berikan amat kami hargai

ANDA MENDERMA, KAMI MELAKSANA
#UiTMPGPEDULI

Sebarang persoalan atau keraguan, dialu-alukan untuk merujuk :

📲 Bahagian Hal Ehwal Pelajar : https://www.wasap.my/07-3818032
📲 MPP Azveena : https://www.wasap.my/0198092451

Sekian, Terima Kasih.

KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI

Yang menjalankan amanah,

Pejabat Kebajikan dan Khidmat Siswa
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025

Info MPP UiTM PG

01 Jan, 14:40


RABU | 1 JANUARI 2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Di Dihatiku.

[SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU]

Merujuk perkara di atas,
Kami dari barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun baru kepada semua Mahasiswa.

Sehubungan dengan itu, Semoga tahun ini membawa kesuksesan, pertumbuhan, dan pencapaian yang luar biasa bagi kita semua.

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI"

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025.

Info MPP UiTM PG

01 Jan, 14:26


RABU | 1 JANUARI 2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Di Hatiku.

[UCAPAN TAHNIAH KEPADA PUAN NOR FAZLIN BINTI UTEH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENYELARAS UNIT KORPORAT UiTM CAWANGAN JOHOR]

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Kami dari barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang bagi sesi 2024/2025 ingin mengucapkan Setinggi-tinggi Tahniah kepada Puan Nor Fazlin Binti Uteh atas pelantikan sebagai penyelaras unit korporat UiTM Cawangan Johor bermula pada tahun 2025.

Selamat bertugas dan semoga terus cemerlang serta maju jaya!
Ikhlas daripada seluruh Warga UiTM.

Sekian, Terima Kasih.

KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI

Yang menjalankan Amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025

Info MPP UiTM PG

01 Jan, 14:25


RABU | 1 JANUARI 2025

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Di Hatiku.

[UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA PUAN SITI MARIAM BT MOHAMMAD ILIYAS ATAS SEGALA JASA DAN KHIDMAT SEBAGAI PENYELARAS UNIT KOMUNIKASI KORPORAT UiTM CAWANGAN JOHOR]

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Kami dari barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang bagi sesi 2024/2025 ingin mengucapkan Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Siti Mariam Bt Mohammad Iliyas atas segala jasa dan khidmat beliau sebagai penyelaras unit korporat UiTM Cawangan Johor dari 1 Disember 2017 hingga 31 Disember 2024

Semoga terus cemerlang serta maju jaya!
Ikhlas daripada seluruh Warga UiTM.

Sekian, Terima Kasih.

KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI

Yang menjalankan Amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025

Info MPP UiTM PG

24 Dec, 06:09


SELASA | 24 DISEMBER 2024

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Di Hatiku.

PEMAKLUMAN KAEDAH PENEMPAHAN RUANGAN FASILITI DI KAMPUS UiTM PASIR GUDANG

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Kedah penempahan ruangan fasiliti di kampus adalah melalui pautan di bawah :

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1LNsCVtysFd8ek0hoxsOpUEr6lgNPiDJVKNWiSD8xZfQ/edit?usp=sharing

📌 Sebarang penempahan tempat hendaklah dilakukan 3 hari lebih awal.

Sebarang persoalan atau keraguan, dialu-alukan untuk merujuk :

📲 MPP Athirah : https://www.wasap.my/01172749907

Sekian, Terima Kasih.

KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI

Yang menjalankan amanah,

Eksekutif Pengurusan Dan Pentadbiran
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025

Info MPP UiTM PG

13 Dec, 03:45


JUMAAT | 13 DISEMBER 2024

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Di Hatiku.

[PEMAKLUMAN PROGRAM MODUL ASPIRASI UTAMA (USAHA, TAKWA, MULIA)]

Dengan Segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kepimpinan Pelajar (UKP) akan menganjurkan program "Modul Utama : Usaha, Takwa, Mulia" untuk memupuk nilai kemahiran insaniah (soft skills) seperti kepimpinan, jati diri dan kesihatan mental agar dapat melahirkan mahasiswa produktif dan Berwawasan tinggi.

Butiran program adalah seperti berikut :

🗓️Tarikh : 14 Disember 2024 (SABTU)
📍Tempat : PTDI & Sekitar Kampus UiTM Pasir Gudang
🕗 Masa : 8.00 pagi Hingga 12.00 tengah hari

📌 Pelajar Semester 1 hendaklah menyertai Group Telegram melalui pautan di bawah :
https://t.me/+YDKJ9KDIxes4NmQ9

📌 Program ini adalah WAJIB bagi pelajar Semester 1 sahaja

📌 Sarapan pagi disediakan

📌E-Merit disediakan

Jika terdapat sebarang persoalan atau pertanyaan, dialu-alukan untuk merujuk :

📲 MPP Khalish : https://wa.me/+60194483532
📲 MPP Iqbal: https://wa.me/+60172595562

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI"

Yang melaksanakan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2024/2025

Info MPP UiTM PG

11 Dec, 09:23


RABU | 11 DISEMBER 2024

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Di Hatiku.

[KEPIMPINAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN JOHOR KAMPUS PASIR GUDANG SESI 2024/2025]

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang sesi 2024/2025 dengan rasminya akan memegang tampuk kepimpinan dan memartabatkan Mahasiswa UiTM Kampus Pasir Gudang selaras dengan agenda Pemerkasaan Mahasiswa.

Dengan rendah hati, kami memohon kepada semua untuk mendoakan dan membantu dalam usaha menyuarakan hak Mahasiswa dan memastikan kebajikan Mahasiswa UiTM Pasir Gudang dapat diperjuangkan secara konsisten.

Sekian, terima kasih.

"KEPIMPINAN DINAMIK, PEMACU ASPIRASI"

Yang menjalankan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
sesi 2024/2025

Info MPP UiTM PG

10 Dec, 18:22


Channel photo updated

Info MPP UiTM PG

14 Feb, 11:00


RABU | 14 FEBRUARI 2024

Assalamualakum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Dihatiku.

[POSTER PELAKSANAAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN SESI PERKULIAHAN TIGA MINGGU PERTAMA BAGI SESI II 2023/2024 UiTM]

Merujuk perkara di atas, berikut merupakan poster pelaksanaan pendaftaran pelajar baharu dan sesi perkuliahan tiga minggu pertama bagi sesi ii 2023/2024 (Mac-Ogos 2024) UiTM.

📌Pendaftaran pelajar baharu

📌Minggu Destini Siswa (MDS)

📌Sesi perkuliahan tiga minggu pertama (Minggu 1-3).

📌Kemudahan kolej kediaman dan akses.

Pelajar boleh merujuk Kalendar Akademik Sesi II 2023/2024 Kumpulan B di laman sesawang Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) untuk cakna dengan tarikh-tarikh penting UiTM.

Disertakan pautan Pekeliling Akademik dan Pindaan Kalendar Akademik:

Pautan Pekeliling Akademik
🔗https://drive.google.com/drive/folders/19__03AkPMM5c-DusaZa5V1kc8LXWT5U0?usp=sharing

Pautan Pindaan Kalendar Akademik
🔗https://drive.google.com/drive/folders/1zG7Rd2PUj8CQ-gOl_cUj8QSoUDs2YkgN?usp=sharing

Sekian, terima kasih.

KEPIMPINAN BERVISI, PENERAJU MODENISASI

Yang melaksanakan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2023/2024

Info MPP UiTM PG

13 Feb, 12:42


SELASA | 13 FEBRUARI 2024

Assalamualakum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Dihatiku.

[TINJAUAN MAKLUM BALAS PERKHIDMATAN DAN PRODUK RHB]

Sehubungan dengan perkara di atas, pihak Bank RHB ingin meminta kerjasama semua pelajar meluangkan sedikit masa untuk menjawab borang tinjauan tentang literasi kewangan berikut:

📑https://forms.gle/znPx5efCPoMdNNzo6

Pihak kami sangat menghargai setiap maklum balas dan sokongan daripada anda semua.

Sekian, terima kasih.

KEPIMPINAN BERVISI, PENERAJU MODENISASI

Yang melaksanakan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2023/2024

Info MPP UiTM PG

13 Feb, 02:43


SELASA | 13 FEBRUARI 2024

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

[TINJAUAN MAHASISWA YANG PERLU MENDUDUKI KOLEJ SEWAKTU KELAS DALAM TALIAN DIJALANKAN]

Merujuk perkara di atas, untuk makluman semua pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang, tinjauan ini dijalankan untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar mengenai keperluan mahasiswa untuk menduduki kolej kediaman sewaktu kelas secara dalam talian dijalankan selama tempoh 3 minggu yang pertama. Tinjauan ini akan digunakan untuk memberi maklum balas serta cadangan kepada pihak pengurusan UiTM.

Oleh itu, semua pelajar diharapkan untuk mengisi tinjauan di pautan Google Form yang disediakan:

🔗 https://forms.gle/9n32fnmzP3bPkAEz9

📍Tarikh tinjauan dibuka: 13 - 17 Februari 2024

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian:

☎️SMPP Aireen: http://www.wasap.my/60165049638
☎️SMPP Nadiah: http://www.wasap.my/60177123508

Sekian, terima kasih.

KEPIMPINAN BERVISI,
PENERAJU MODENISASI


Yang menjalankan amanah,

Exco Kebajikan Dan Khidmat Mahasiswa,
Majlis Perwakilan Pelajar,
UiTM Cawangan Johor,
Kampus Pasir Gudang,
Sesi 2023/2024.

Info MPP UiTM PG

10 Feb, 14:54


SABTU | 10 FEBRUARI 2024

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Di Hatiku.

[PEKELILING TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) BIL. 1 TAHUN 2024]

Merujuk perkara di atas, berikut adalah Pekeliling Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk memaklumkan kepada semua pelajar UiTM mengenai sesi Perkuliahan Tiga Minggu Pertama Bagi Sesi II 2023/2024 (Mac-Ogos 2024).

Sehubungan dengan itu, sesi perkuliahan tiga minggu pertama akan dilaksanakan secara dalam talian bermula pada 18 Mac - 7 April 2024.

Oleh itu, diminta para pelajar untuk memastikan mempunyai akses internet dan persekitaran yang kondusif bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara efektif dalam talian.

Sekian, terima kasih.

KEPIMPINAN BERVISI,
PENERAJU MODENISASI


Yang melaksanakan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2023/2024

Info MPP UiTM PG

10 Feb, 14:53


SABTU | 10 FEBRUARI 2024

Assalamualakum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Dihatiku.

[KALENDAR AKADEMIK KUMPULAN B SESI II 2023/2024]

Merujuk perkara di atas, berikut merupakan Kalendar Akademik Kumpulan B Sesi Il 2023/2024 bagi Program Pra-Diploma, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran bagi semester Mac 2024 - Ogos 2024.

Pelajar boleh memuat turn kalendar akademik versi PDF di pautan yang tertera:
🔗https://drive.google.com/drive/folders/1zG7Rd2PUj8CQ-gO|_cUj8QSoUDs2YkgN?usp=sharing

Sehubungan dengan itu, pelajar diharap peka dan cakna akan tarikh-tarikh penting di dalam kalendar akademik yang dikeluarkan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

KEPIMPINAN BERVISI, PENERAJU MODENISASI

Yang melaksanakan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2023/2024

Info MPP UiTM PG

10 Feb, 14:51


SABTU | 10 FEBRUARI 2024

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Di Hatiku.

[INFOGRAFIK MENGENAI PEKELILING AKADEMIK BILANGAN 01/2024]

Merujuk perkara di atas, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah mengeluarkan Pekeliling bagi Pelaksanaan Pendaftaran Pelajar Baharu dan Sesi Perkuliahan Tiga Minggu Pertama bagi Sesi II 2023/2024 (Mac - Ogos 2024).

Sehubungan dengan itu, berikut disertakan infografik mengenai pekeliling tersebut. Diharapkan agar semua pelajar cakna dengan infografik yang dikeluarkan bagi memastikan kelancaran sepanjang sesi pendaftaran dan perkuliahan secara dalam talian pada semester hadapan.

Sekian, terima kasih.

KEPIMPINAN BERVISI,
PENERAJU MODENISASI


Yang melaksanakan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2023/2024

Info MPP UiTM PG

09 Feb, 09:52


JUMAAT | 9 FEBRUARI 2024

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Di Hatiku.

MUET PREP WORKSHOP 2024

Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor dengan kerjasama Thinkers Lab mengalu-alukan semua mahasiswa daripada UiTM Cawangan Johor untuk menyertai Program Muet Prep Workshop 2024 terutamanya bagi calon-calon MUET sesi 1 2024.

Butiran dan jadual program adalah seperti yang berikut:

🗓 Tarikh : 15 Feb 2024
Masa : 8.30 pm - 10.00 pm
🖥 Platform : Zoom Meeting/ Google Meet

📌MASUK ADALAH PERCUMA !!

Bagi pelajar yang ingin menyertai program ini boleh terus ke pautan group Whatsapp yang disediakan :

🔗 https://chat.whatsapp.com/Lp209zjPmbjGrF2Z0miWmf

Sekian, terima kasih.

KEPIMPINAN BERVISI, PENERAJU MODENISASI

Yang melaksanakan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Sesi 2023/2024

Info MPP UiTM PG

08 Feb, 09:34


KHAMIS | 8 FEBRUARI 2024

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Di Hatiku.

[KEMPEN “JOM KE MASJID" SEMARAK SUBUH]

Merujuk perkara di atas, kempen JOM KE MASJID merupakan usaha mengajak mahasiswa dan warga kampus menunaikan solat fardu berjemaah dan ke majlis ilmu di Pusat Islam UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.

Oleh itu, mahasiswa diharapkan agar turut menyertai kempen ini sebagai bentuk pengukuhan nilai-nilai kerohanian dan keilmuan dalam kehidupan seharian.

Semoga usaha kita semua akan peroleh keberkatan dan kejayaan.

Sekian, terima kasih.

KEPIMPINAN BERVISI, PENERAJU MODENISASI

Yang melaksanakan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2022/2023

Info MPP UiTM PG

06 Feb, 04:55


SELASA | 6 FEBRUARI 2024

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Di Hatiku.


KEMPEN “JOM CEGAH MAKSIAT” TANGGUNGJAWAB BERSAMA WARGA UiTM KAMPUS PASIR GUDANG

YBhg. Prof. / Prof. Madya / Dr / Tuan / Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Kempen JOM CEGAH MAKSIAT merupakan komitmen bersama warga UiTM Kampus Pasir Gudang dalam usaha memberi amaran dan bertindak terhadap gejala maksiat.

Sehubungan itu, warga UiTM Kampus Pasir Gudang (staf dan pelajar) Jika anda mengetahui sebarang tingkah laku sumbang atau kurang senonoh, sila laporkan kepada pihak Polis Bantuan atau gunakan pautan di bawah untuk menyampaikan maklumat. : https://forms.gle/PWpzVwbEnogJTvY89

Jangan bimbang maklumat ini dirahsiakan. Kami sangat menghargai kerjasama anda.

Sekian, terima kasih.

KEPIMPINAN BERVISI,
PENERAJU MODENISASI


Yang melaksanakan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar,
UiTM Cawangan Johor,
Kampus Pasir Gudang,
Sesi 2023/2024.

Info MPP UiTM PG

29 Jan, 12:07


ISNIN | 29 JANUARI 2024

Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Satu UiTM,
UiTM Di Hatiku.

[DOKUMEN WAJIB BAWA SEMASA PEPERIKSAAN]

Merujuk perkara di atas, berikut merupakan dokumen yang wajib dibawa semasa peperiksaan :

i. Membawa kad pelajar (kad biru)
Pelajar yang masih tidak memiliki kad pelajar dikehendaki segera berurusan dengan Jabatan Infostruktur di Bangunan Pentadbiran, Aras 3.

ii. Membawa slip kelayakan menduduki peperiksaan

Kerjasama anda semua amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

KEPIMPINAN BERVISI, PENERAJU MODENISASI

Yang melaksanakan amanah,

Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Sesi 2023/2024

Info MPP UiTM PG

29 Jan, 12:05


Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM,
UiTM Di Hatiku.

[MAKLUMAN CARA PENGGANTIAN KAD PELAJAR]

Merujuk perkara di atas berikut merupakan cara penggantian kad pelajar:

1)Pergi ke laman web https://kad.uitm.edu.my

2)Pilih card replacement dan kemas kini butiran pelajar.

3)Anda perlu membuat bayaran sebanyak RM50 secara atas talian.

4)Tuntut kad pelajar baru di Unit Infostruktur, aras 3, bangunan pentadbiran.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk penggantian kad pelajar.

Sila pastikan semua mahasiswa sentiasa membawa kad pelajar masing-masing sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Sekian, terima kasih.

KEPIMPINAN BERVISI, PENERAJU MODENISASI

Yang Benar,

Majlis Perwakilan Pelajar,
UiTM Cawangan Johor,
Kampus Pasir Gudang,
Sesi 2023/2024.