1 Hari 1 Tazkirah @tazkirahharianchannel Channel on Telegram

1 Hari 1 Tazkirah

@tazkirahharianchannel


*1 Hari 1 Tazkirah di Telegram*
https://t.me/TazkirahHarianChannel

*1 Hari 1 Tazkirah di WhatsApp*
https://chat.whatsapp.com/JZ7tyhphXaIAMdn9g53kCX

*Admin: Lukeman 013-2299319*
Biro Dakwah Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar (TUJP) Bangi

1 Hari 1 Tazkirah (Malay)

1 Hari 1 Tazkirah adalah saluran Telegram yang menyediakan motivasi harian melalui tazkirah-tazkirah yang memberi inspirasi. Setiap hari, pengguna saluran ini akan menerima tazkirah yang dapat meningkatkan semangat dan memberi panduan dalam kehidupan seharian. Dengan hanya meluangkan sedikit masa setiap hari untuk membaca tazkirah, anda dapat meningkatkan kualiti kehidupan anda dalam pelbagai aspek. Saluran ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan kefahaman tentang agama, mendapatkan motivasi harian, atau mencari inspirasi untuk menghadapi cabaran hidup. Tidak kira apa jua latar belakang anda, 1 Hari 1 Tazkirah akan memberikan nilai tambah kepada kehidupan anda. Sertai saluran ini sekarang dan jadikan setiap hari anda bermakna dengan tazkirah yang memberi inspirasi!

1 Hari 1 Tazkirah

31 Dec, 23:20


https://www.facebook.com/share/p/18NBg8fM9G/

1 Hari 1 Tazkirah

31 Dec, 23:19


Jadual kuliah Jan 2025 Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar Sungai Tangkas untuk rujukan semua. Diijemput semua untuk menikmati taman-taman syurga

1 Hari 1 Tazkirah

23 Jul, 23:03


1 Hari 1 Tazkirah
24 Jul 2024
18 Muharram 1446

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيم
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَاللهُ أَكْبَرُ لَاحَوْلَ وَلَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّه

*Tazkirah: Ujian Tanda Sayang (2)*

1. Bila kali terakhir kita menangis kerana Allah SWT?

2. Bila kali terakhir kita benar-benar merayu kepada Allah SWT?

3. Bila kali terakhir kita bangun malam dengan penuh khusuk mengharapkan kasih sayang dan rahmat daripadaNya SWT?

وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةٗ لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامٗا مَّحۡمُودٗا
*Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.* (Surah Al-Israʾ, 17 ayat 79)

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ قَطْرَتَيْنِ وَأَثَرَيْنِ قَطْرَةٌ مِنْ دُمُوعٍ فِي خَشْيَةِ اللَّهِ وَقَطْرَةُ دَمٍ تُهَرَاقُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأَمَّا الْأَثَرَانِ فَأَثَرٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأَثَرٌ فِي فَرِيضَةٍ مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ.
Daripada Abu Umamah RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: *"Tiada sesuatu perkara yang paling disukai oleh Allah melainkan dua titisan dan dua kesan. Titisan air mata yang menangis kerana takutkan kepada Allah SWT dan titisan darah yang tumpah pada jalan Allah. Adapun dua kesan yang Allah sukai adalah kesan pada jalan Allah dan kesan fardhu daripada kefardhuan Allah SWT."* (Hadis Riwayat Tirmizi No. 1669, Status Hadis Hasan)

Semoga bermanfaat, dapat amal dan sebarkan insyaAllah
جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا

1 Hari 1 Tazkirah di Telegram
https://t.me/TazkirahHarianChannel

1 Hari 1 Tazkirah di WhatsApp
https://chat.whatsapp.com/JZ7tyhphXaIAMdn9g53kCX

1 Hari 1 Tazkirah

22 Jul, 23:17


1 Hari 1 Tazkirah
23 Jul 2024
17 Muharram 1446

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيم
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَاللهُ أَكْبَرُ لَاحَوْلَ وَلَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّه

*Tazkirah: Ujian Tanda Sayang*

1. Hidup adalah ujian

2. Senang ujian, sukar juga ujian. Sihat ujian, sakit juga ujian. Kaya ujian, miskin juga ujian. Sendirian ujian, keramain juga ujian

3. Setiap detik kita diuji dan ujian adalah tanda kasih dan sayang daripadaNya SWT

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ
*Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".* (Surah Al-Baqarah, 2, ayat 286)

أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ
Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: *"Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan, maka Dia akan mengujinya."* (Hadis Riwayat Bukhari No: 5213)

Semoga bermanfaat, dapat amal dan sebarkan insyaAllah
جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا

1 Hari 1 Tazkirah di Telegram
https://t.me/TazkirahHarianChannel

1 Hari 1 Tazkirah di WhatsApp
https://chat.whatsapp.com/JZ7tyhphXaIAMdn9g53kCX

1 Hari 1 Tazkirah

30 Apr, 03:06


*Jadual Kuliah & Khatib Mei 2024, Doa Selamat Jemaah Haji dan Jamuan Raya Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar Sungai Tangkas Bangi*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّه

1. Terima kasih kepada semua Ustaz atas perkongsian ilmu sepanjang Apr 2024.

2. Disertakan *Jadual Kuliah dan Khatib Jumaat Mei 2024 Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar Sungai Tangkas Bangi* untuk rujukan semua

3. Dijemput semua *Ustaz dan ahli kariah sekeluarga ke majlis doa selamat bagi meraikan jemaah haji dan jamuan raya Surau pada Rabu 1 Mei 2024 bermula dari maghrib.* Moga semua bakal jemaah haji dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur mabrurah insyaAllah

جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا
*Surau An Najah TUJP*
*12100000523710 Bank Muamalat*
*Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar*

1 Hari 1 Tazkirah

11 Mar, 05:26


*Jadual Tazkirah & Kuliah Subuh Ramadan 1445 2024 Surau An Najah TUJP*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّه

Disertakan *jadual tazkirah (selepas solat terawih 4 rakaat sekitar 5-10 minit) dan kuliah subuh (Sabtu, Ahad dan cuti Nuzul Al-Quran sepanjang Ramadan 1445 2024 di Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar Sungai Tangkas Bangi.* Sama-sama kita menikmati taman-taman syurga insyaAllah
جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا

Daripada
*Pengurusan Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar (TUJP)*

1 Hari 1 Tazkirah

11 Mar, 05:25


*Pengimarahan Program & Sumbangan Ihya Ramadan 1445 2024 Surau An Najah TUJP*

السَّلاَمُ عَلَيْكُم
Dijemput tuan puan sekeluarga mengimarahkan program di Surau An Najah TUJP yang telah diatur sepanjang Ramadan 1445H 2024M seperti berikut:

1. Solat sunat terawih: 20 rakaat, 3 witir

2. Tazkirah Ramadan: setiap selepas solat sunat terawih 4 rakaat (sekitar 5-10 minit)

3. Kuliah subuh (setiap Sabtu, Ahad & cuti Nuzul Al-Quran)

4. Iftar (setiap Sabtu, Ahad & cuti Nuzul Al-Quran)

5. Tadarus Al Quran

6. Program hafalan Al Quran remaja & kanak-kanak

7. Qiamullail (10 malam terakhir; maklumat lanjut akan dihebahkan kemudian)

Sumbangan tuan puan bagi melancarkan program yang telah diatur amat dialu-alukan dan boleh disalurkan melalui *tabung di surau ataupun terus ke akaun surau*
*12100000523710 Bank Muamalat*
*Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar*
جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا

Daripada
*Pengurusan Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar (TUJP)*

1 Hari 1 Tazkirah

02 Feb, 01:30


*Jadual Kuliah Feb 2024 Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar Sungai Tangkas Bangi*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّه

1. Terima kasih kepada semua atas perkongsian ilmu sepanjang Jan 2024.

2. Disertakan *Jadual Kuliah Feb 2024 Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar Sungai Tangkas Bangi* untuk rujukan semua

3. Sama-sama kita menikmati taman-taman syurga (majlis ilmu) insyaAllah

فَذَكِّرۡ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكۡرَىٰ
*Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);* (Surah 87 Al-Aʿla, ayat 9)

*“Apabila kamu melintasi taman-taman syurga (di bumi), hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Sahabat bertanya: Apakah dia taman-taman syurga itu? Rasulullah SAW bersabda: Majlis-majlis zikir / mengingati Allah / ilmu". *
(HR Tirmizi)

جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا
*Surau An Najah TUJP*
*12100000523710 Bank Muamalat*
*Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar*

1 Hari 1 Tazkirah

10 Jan, 12:02


*Jadual Kuliah Jan 2024 Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar Sungai Tangkas Bangi*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّه

1. Terima kasih kepada semua atas perkongsian ilmu sepanjang Dec 2023.

2. Disertakan *Jadual Kuliah Jan 2024 Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar Sungai Tangkas Bangi*

3. Sama-sama kita menikmati taman-taman syurga (majlis ilmu) insyaAllah

فَذَكِّرۡ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكۡرَىٰ
*Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);* (Surah 87 Al-Aʿla, ayat 9)

جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا
*Surau An Najah TUJP*
*12100000523710 Bank Muamalat*
*Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar*

1 Hari 1 Tazkirah

10 Jan, 11:19


*Jemputan ke Kuliah Subuh Motivasi Al-Quran Sabtu 13 Jan 2024*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّه
Tuan puan sekeluarga dijemput ke kuliah subuh pada

*1. Hari: Sabtu 13 Jan 2024 selepas solat subuh*
*2. Tajuk: Motivasi Al-Quran Dan Sains/Kehidupan*
*3. Penceramah: Ustaz Dr Wan Ahmad Zakry Wan Kamaruddin (Mantan CEO/Pengetua Imtiaz/Ulul Albab)*

Sama-sama kita nikmati taman-taman syurga. InsyaAllah sarapan pagi disediakan

جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا
*Surau An Najah TUJP*

1 Hari 1 Tazkirah

04 Jan, 16:51


1 Hari 1 Tazkirah
5 Jan 2024
23 Jamadilakhir 1445

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيم
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَاللهُ أَكْبَرُ لَاحَوْلَ وَلَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّه

*Tazkirah: Menghargai (1)*

1. Kita akan benar-benar menghargai...apabila kita telahpun kehilangan

2. Suami (ataupun isteri, juga anak-anak) hanya akan benar-benar dihargai dan dimengertikan apabila kita telahpun kehilangannya (berpisah mahupun kematian)

3. Sihat...hanya benar-benar akan dimengertikan dan dihargai apabila kita telahpun kehilangannya (sakit dan terlantar kepayahan di katil hospital)

4. Hidup...hanya benar-benar akan dihargai dan dimengertikan apabila kita telahpun kehilangannya (terbujur kaku dipembaringan menuju ke pusara)

5. Hargai mereka yang tersayang; keluarga (suami, isteri, anak-anak, adik beradik, saudara mara) juga sahabat handai dan jiran tetangga. Manfaatkan kesihatan dan kehidupan (masa sekarang) untuk kebaikan dan faedah dunia juga akhirat

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ
*Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".* (Surah 14 Ibrahim, ayat 7)

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ
Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata; Nabi SAW bersabda: *"Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang."* (Hadis Riwayat Bukhari No. 5933, Status Hadis Sahih)

اللَّهُمَّ صِلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

عَنْ أَبِى أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَة
Daripada Abi Umamah berkata, Rasulullah SAW bersabda: *Banyakkanlah berselawat keatasku pada setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.* (Hadis Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra 3/249, No. 6208, Status Hasan)

Semoga bermanfaat, dapat amal dan sebarkan insyaAllah
جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا

1 Hari 1 Tazkirah di Telegram
https://t.me/TazkirahHarianChannel

1 Hari 1 Tazkirah di WhatsApp
https://chat.whatsapp.com/JZ7tyhphXaIAMdn9g53kCX

1 Hari 1 Tazkirah

01 Jan, 13:57


*Kuliah Isya 1 Jan 2024 Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood*
*Minhajul Abidin Jilid 2 ms319*

Minhajul Abidin = kitab tasawuf = akhlak = Bersihkan hati daripada sifat buruk dan keji, dan gantikan dengan sifat baik dan terpuji...hingga kita istiqamah lakukan ibadah ikhlas kerana Allah SWT

Minhajul Abidin = jalan / pedoman ibadah

Betul dalam 3 perkara
1. Akidah benar = rukun iman = kepercayaan
2. Fekah = rukun islam = amalan kehidupan seharian
3. Adab = akhlak = tasawuf = pergaulan sesama masyarakat

Ibadah:
1. Lisan + amalan fizikal
2. Istiqamah dalam ibadah = hadir hati

Ilmu akhlak = tasawuf
1. Teori
2. Amali = amalan = tarikat
3. Zauqi = hadir hati = ahli makrifat

Aqabah = peringkat jalan kehidupan
1. Belajar
2. Taubat daripada dosa
3. Rasa cinta kepada Allah SWT = hadir hati dalam lakukan ibadah

*Terbuat salah, kita taubat. Terbuat salah lagi...kita taubat lagi...hingga kita rasa malu kepada Allah SWT*

Malu adalah salah satu tanda iman

Apabila tiada rasa malu, manusia akan berbuat apa sahaja

*Kenapa kita tidak boleh bangun malam? (untuk qiamulail) = Kerana amalan (dosa) kita disiang hari = banyakkan istighfar dan taubat*

*4 penghalang ibadah*
1. Cintakan dunia
2. Orang ramai
3. Nafsu
4. Syaitan

Kita lalui perjalanan yang sukar dan perlukan keteguhan iman + kesungguhan dalam ibadah

"Sebarkan salam, bagi makan dan ibadah malam...nescaya akan masuk syurga dengan aman"

Bersyukur dan memuji Tuhan atas segala nikmat dan kurniaanNya

Nikmat agama
1. Taufik = kekuatan untuk lakukan ibadah
2. Pemeliharaan Allah SWT = ikhlas kepada Allah

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ سَلَامٍ قَالَ: لَمَّا قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ اِنْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ وَقِيْلَ : قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ فَلَمَّا اسْتَبَنْتُ وَجْهَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهٍ كَذَّابٍ فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ: ( يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوْا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ).
*Daripada ‘Abdullah bin Salam, ia berkata: “Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada baginda (kerana ingin melihatnya). Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang, lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan orang ramai untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahawa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Perkara pertama yang baginda ucapkan adalah: ‘Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambungkan silaturrahim, dan solatlah di waktu malam ketika orang lain sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.”* (Sunan Tirmidzi No. 2485, Status Hadis Hasan Sahih)

Semoga bermanfaat, dapat amal dan sebarkan insyaAllah
جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا

1 Hari 1 Tazkirah di Telegram
https://t.me/TazkirahHarianChannel

1 Hari 1 Tazkirah di WhatsApp
https://chat.whatsapp.com/JZ7tyhphXaIAMdn9g53kCX

1 Hari 1 Tazkirah

01 Jan, 12:36


Semoga bermanfaat, dapat amal dan sebarkan insyaAllah
جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا

1 Hari 1 Tazkirah di Telegram
https://t.me/TazkirahHarianChannel

1 Hari 1 Tazkirah di WhatsApp
https://chat.whatsapp.com/JZ7tyhphXaIAMdn9g53kCX

1 Hari 1 Tazkirah

01 Jan, 12:36


*Kuliah Maghrib 1Jan2024 Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Yuseri Ahmad*
*Syamail Muhammadiah*

1 Jan 2024 tahun baru masihi, moga lebih memberikan kebahagiaan kepada kita semua insyaAllah

Kita sambung kuliah ringkasan Syamail Muhammadiah = *moga dengan kenal, maka akan bertambah rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW*

Kuliah lepas, cara sikat rambut Rasulullah SAW = Rasulullah SAW sikat rambut belah tengah. Moga dapat pahala sunnah bagi yang sikat rambut belah tengah.

Bagi yang tiada rambut insyaAllah kita usahakan untuk buat sunnah lain

Sambungan pada uban Rasulullah SAW = ada uban pada rambut dan janggut Rasulullah SAW. Berapa banyak ada? Kita baca malam ini insyaAllah

Khatadah RA tanya Anas RA "adakah pernah Nabi SAW mewarnakan rambut?"
Jawab Anas RA "tidak, walaupun pada kedua pelipisnya (kebiasaanya pelipis yang cepat ada uban). Abu Bakar RA pernah mewarnakan rambutnya"
= boleh mewarnakan rambut

Anas bin Malik RA "aku hanya menemukan (nampak) 14 helai uban sahaja pada rambut dan janggut Nabi SAW" = *maknanya hanya sedikit uban pada rambut dan janggut Nabi SAW*

Jabir bin Samurah RA "Apabila Nabi SAW pakai minyak rambut, ubannya tidak kelihatan. Ketika tidak pakai minyak rambut, maka nampak uban Baginda SAW" = maknanya ada ketikanya Nabi SAW tidak memakai minyak rambut, sunnahnya memakai minyak rambut

Hadis 25
Ibnu Umar "uban Rasulullah SAW lebih kurang (nahwan = lebih kurang) 20 helai" = uban Nabi SAW itu sedikit

Hadis 26
Ibnu Abas menyatakan Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW "tuan hamba telah beruban" (maknanya 1.sahabat peka dengan Nabi SAW & 2.sebelumnya belum beruban).

Jawab Rasulullah SAW "yang membuatkan aku beruban adalah surah Hud, Al-Waqiah, Al-Mursalat, Naba, AtTakwir" = *maksudnya 1.beruban kerana khidmat kepada Islam, 2.surah tentang kiamat = bimbang dan takut kiamat = bimbang akan umatnya masuk neraka* = sayang dan rindunya Nabi SAW kepada umatnya

"Aku rindukan saudara-saudaraku (ikhwani)"
"Bukankah kami ini saudaramu?"
"Kamu sahabat-sahabatku. *Saudara-saudaraku adalah mereka yang beriman kepadaku tanpa melihatku"* = kita semua adalah saudara-saudara Nabi SAW

= *1. Mudah-mudahan kita berubah menjadi baik dan juga merindukan Nabi SAW*

2. Perbanyakkan selawat kepada Nabi SAW = mudah-mudahan selawat membukakan segala yang buntu bagi kita

Hadis 27
Abu Risah berkata kepada anaknya "inilah Pesuruh Allah SWT, rambutnya telah beruban dan nampak kemerah-merahan" = sunnahnya 1. Perkenalkan Rasulullah SAW kepada anak-anak kita = agar Nabi SAW sentiasa ada bersama kita sekeluarga

"Ketahuilah pada kamu ada Rasulullah SAW" = seolah-olah Nabi SAW ada bersama kita

وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ فِيكُمۡ رَسُولَ ٱللَّهِۚ لَوۡ يُطِيعُكُمۡ فِي كَثِيرٖ مِّنَ ٱلۡأَمۡرِ لَعَنِتُّمۡ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ حَبَّبَ إِلَيۡكُمُ ٱلۡإِيمَٰنَ وَزَيَّنَهُۥ فِي قُلُوبِكُمۡ وَكَرَّهَ إِلَيۡكُمُ ٱلۡكُفۡرَ وَٱلۡفُسُوقَ وَٱلۡعِصۡيَانَۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلرَّٰشِدُونَ
*Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya);* kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; - (Surah 49 Al-Hujurat, ayat 7)

Kenal Nabi SAW dengan
1. Nasab = salasilah
2. Nama = gelaran, panggilan
3. Rupa paras = syamail
4. Sirah = perjalanan hidup
5. Mukjizat = kelebihan kurniaan Allah SWT kepada para Nabi dan Rasul

3 sebab utama manusia beriman kepada Nabi SAW
1. Sirah = kehidupan = Al Amin dari kecil
2. Risalah = ajaran yang dibawa
3. Mukjizat = kelebihan kurniaan Allah SWT kepada para Nabi dan Rasul

Moga bermanfaat untuk kita semua insyaAllah

1 Hari 1 Tazkirah

31 Dec, 23:20


*Kuliah Subuh 1Jan2024 Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood*
*Ingat Memperingati*

Memulakan kehidupan pada kalendar baru masihi

Minhajul Abidin Imam Ghazali, 4 sifat buruk dalam diri yang membinasakan = perlu kita bersih dah hapuskan agar kita mampu bertahan dan bersaing
1. Panjang angan-angan = suka bertangguh
2. Takabbur
3. Dengki
4. Gopoh gapah

Tuhan tidak akan ubah sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri ubah apa yang ada pada mereka

1. Panjang angan-angan = suka bertangguh = merasakan masih ada banyak masa sedangkan kematian sangat dekat

Cita-cita dan harapan tinggi = kerja kuat bagus namun jangan suka bertangguh = cita-cita biar setinggi Imam Bukhari

3 jenis panjang angan-angan
1. Fokus akhirat
2. Fikir akhirat + dunia tidak diabaikan
3. Dunia semata-mata = ini yang bahaya

Seruan azan = 5 kali sehari perlu kita datang ke rumah Allah SWT = aturan kehidupan seorang mukmin

3 aturan kehidupan
1. Belajar
2. Cari rezeki
3. Khidmat

20 tahun kehidupan
1. 20 tahun pertama = belajar
2. 20 tahun kedua = kerja
3. 20 tahun ketiga = fasa akhir kehidupan
Selebihnya jika ada bonus daripada Tuhan

Ambil (manfaatkan) 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:
1. Sihat sebelum sakit
2. Kuat sebelum sakit
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati

2. *Takabbur Dan Sombong = tidak menerima kebenaran dan memandang rendah pada orang lain* = "tidak masuk syurga orang yang ada sedikit sifat sombong dalam dirinya"

*Atasinya dengan tawaduk, rendah hati, rendah diri dengan semua orang = perbezaan pendapat, perbezaan kedudukan adalah rahmat Tuhan agar kita saling bertoleransi dan bertolak ansur*

Tawaduknya Rasulullah SAW ketika menyuarat untuk adakan majlis keraian (makan), semua dibagikan tugas & tugas Nabi SAW sendiri adalah kumpulkan kayu api

Pernah Nabi SAW ditanya, ditegur oleh wanita dijalanan = tanpa perlu protokol

Tawaduk Nabi SAW perlu dicontohi

3. Dengki = sifat yang banyak menimpa orang cerdik pandai = cantas mencantas

Atasi dengan nasihat menasihati dan kasih sayang sesama insan

"Agama ini adalah nasihat menasihati"

Dengki akan memutuskan hubungan sesama masyarakat + menjatuhkan sesebuah kerajaan

Wahan = cintakan dunia dan takutkan kematian

4. Gopoh gapah = tidak cermat

Ibadurrahman = jalan dimuka bumi dengan sopan santun

Atasinya dengan cermat dan berhati-hati

وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَٰمٗا
*Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini* (Surah 25 Al-Furqan, ayat 63)

*Kesimpulan*
1. Buang sifat mazmumah dalam diri dan gantikan dengan sifat mahmudah
2. Bersegera lakukan amalan, bersegera bertaubat kerana kita tiada lagi masa
3. Terima kebenaran dan tawaduk dengan kehidupan
4. Nasihat menasihati dengan kehidupan antara satu sama lain
5. Cermat dan berhati-hati dalam amalan

Semoga bermanfaat, dapat amal dan sebarkan insyaAllah
جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا

1 Hari 1 Tazkirah di Telegram
https://t.me/TazkirahHarianChannel

1 Hari 1 Tazkirah di WhatsApp
https://chat.whatsapp.com/JZ7tyhphXaIAMdn9g53kCX

1 Hari 1 Tazkirah

30 Dec, 23:31


*Kuliah Subuh 31Dec2023 Surau An Najah TUJP*
*Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood*
*Tajdid Imam*

Perbaharukan iman kamu?
Bagaimana untuk perbaharui iman?
Perbanyakkan bacaan "la ilaha illallah"
لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله

Al Hadid

۞أَلَمۡ يَأۡنِ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَن تَخۡشَعَ قُلُوبُهُمۡ لِذِكۡرِ ٱللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ ٱلۡحَقِّ وَلَا يَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ مِن قَبۡلُ فَطَالَ عَلَيۡهِمُ ٱلۡأَمَدُ فَقَسَتۡ قُلُوبُهُمۡۖ وَكَثِيرٞ مِّنۡهُمۡ فَٰسِقُونَ
*Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.* (Surah 56 Al-Hadid, ayat 16)

*Nak tahu hati kita keras atau lembut = kita boleh terima atau tidak nasihat dan teguran*

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ
*Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.* (Surah 7 Al-Aʿraf, ayat 179)

*Allah SWT murka kepada orang yang hanya makan minum dan menikmati dunia tanpa fikirkan akhirat*

إِنَّ ٱللَّهَ يُدۡخِلُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يَتَمَتَّعُونَ وَيَأۡكُلُونَ كَمَا تَأۡكُلُ ٱلۡأَنۡعَٰمُ وَٱلنَّارُ مَثۡوٗى لَّهُمۡ
*Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.* (Surah 47 Muḥammad, ayat 12)

Imam boleh bertambah dan boleh berkurang dengan amalan kehidupan seharian kita

Apabila ramai orang kritik tentang Islam, Syaidina Umar RA bagi formula *"Tegakkan Islam dalam diri kamu (dan keluarga) nescaya Islam akan tertegak keseluruhannya"*

Fudhail ibnu Iyadh berubah hanya kerana dengar satu ayat Surah 56 Al-Hadid, ayat 16, bila lagi kita nak berubah? = belum sampai lagikah masanya untuk kita berubah? = berubah daripada seorang perompak menjadi seorang soleh

Banyak kisah perubahan Fudhail boleh kita baca untuk pengajaran

Orang bertakwa sentiasa cakna (ambil kira) dengan masanya
1. Lalu = sejarah
2. Akan datang = belum pasti
3. Sekarang = manfaatkan sebaiknya dengan ingat Allah SWT = zikrullah = ibadah kepada Allah SWT

"Esok masih ada" = panjang angan-angan = esok sebenarnya belum pasti ada & belum pasti milik kita...kerana lepas esok, akan ada lagi esok = orang yang suka bertangguh

Manfaatkan masa sekarang = jaga dan pelihara waktu sebaiknya

عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Daripada Malik RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: *"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi"*
(Hadis Riwayat Malik No. 1395)

1 Hari 1 Tazkirah

30 Dec, 23:31


وَٱلۡعَصۡرِ
Demi Masa!
إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ
Sesungguhnya *manusia itu dalam kerugian*
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ
Kecuali *(a) orang-orang yang beriman dan (b) beramal soleh, dan mereka pula (c) berpesan-pesan dengan kebenaran serta (d) berpesan-pesan dengan sabar.*
(Surah Al-Asr, Ayat 1-3)

Jangan kita diperdayakan oleh syaitan

يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ لَا يَفۡتِنَنَّكُمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ كَمَآ أَخۡرَجَ أَبَوَيۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ يَنزِعُ عَنۡهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوۡءَٰتِهِمَآۚ إِنَّهُۥ يَرَىٰكُمۡ هُوَ وَقَبِيلُهُۥ مِنۡ حَيۡثُ لَا تَرَوۡنَهُمۡۗ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّيَٰطِينَ أَوۡلِيَآءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ
*Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.*
(Surah 7 Al-Aʿraf, ayat 27)

*Solat subuh berjamaah + zikrullah sampai terbit matahari + solat sunat 2 rakaat = pahala haji dan umrah yang sempurna*

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
*Daripada Anas bin Malik RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang solat subuh berjamaah kemudian duduk berzikir sampai matahari terbit kemudian diikuti dengan solat dua rakaat, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah." dia (Anas radliallahu 'anhu) berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sempurna, sempurna, sempurna."* (Hadis Riwayat Tirmizi No. 535, Status Hadis Hasan)

Semoga bermanfaat, dapat amal dan sebarkan insyaAllah
جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا

1 Hari 1 Tazkirah di Telegram
https://t.me/TazkirahHarianChannel

1 Hari 1 Tazkirah di WhatsApp
https://chat.whatsapp.com/JZ7tyhphXaIAMdn9g53kCX

1 Hari 1 Tazkirah

15 Dec, 07:51


*Jadual Kuliah dan Khatib Jumaat Dec 2023 Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar Sungai Tangkas Bangi*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّه
1. Terima kasih semua penceramah atas perkongsian ilmu sepanjang Nov 2023.

2. Moga semua mendapat sebaik-baik ganjaran daripada Allah SWT insyaAllah

3. Disertakan jadual kuliah dan khatib Jumaat Dec 2023 untuk rujukan semua. Selamat menikmati taman-taman syurga

فَذَكِّرۡ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكۡرَىٰ
*Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);* (Surah 87 Al-Aʿla, ayat 9)

Semoga bermanfaat, dapat amal dan sebarkan insyaAllah

جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا

*Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar Sungai Tangkas Bangi*

1 Hari 1 Tazkirah di Telegram
https://t.me/TazkirahHarianChannel

1 Hari 1 Tazkirah di WhatsApp
https://chat.whatsapp.com/JZ7tyhphXaIAMdn9g53kCX

1 Hari 1 Tazkirah

27 Oct, 01:57


*Gambar progress masjid pada 15Oct2023 ketika ziarah anakanda*

Kiri = bangunan madrasah
Kanan = masjid 3 tingkat

1 Hari 1 Tazkirah

27 Oct, 01:53


*Wakaf Pembinaan Masjid 3 Tingkat (Mesra Banjir) Madrasah Tahfiz Al-Quran Walqiraat Ainussyukriyyah, Kg Panchor, Alor Gajah Melaka*

Terima kasih kepada semua pewakaf. Dianggarkan sekitar RM500,000 masih diperlukan untuk menyiapkan masjid

Sumbangan boleh disalurkan terus melalui akaun dibawah:

*554044515118 Maybank*
*Madrasah Tahfiz Al-Quran Walqiraat Ainussyukriyyah*

Ustaz Muhammad Sufian 019-6505159
Ustaz Ismail 017-8229491
Ustaz Muhammad Akmal 011-36586123

Harap maklumkan jika perlukan resit / kupon wakaf RM10 bagi setiap kupon

Lukeman 013-2299319
Ibubapa Madrasah Tahfiz Al-Quran Walqiraat Ainussyukriyyah

1 Hari 1 Tazkirah

26 Oct, 00:08


🕌📿📿🕌
_*Assalamualaikum wbt*_

Tuan/puan yang dirahmati Allah SWT

Maahad Tahfiz Miftah Al Ulum Bukit Changgang akan mengadakan majlis temuduga pada tarikh berikut :

📅 Tarikh : 28 Oktober 2023
📌 Hari : Sabtu
🕰️ Masa : *8.30am - 10.00am sahaja*
🕌 Tempat : Surau madrasah

📌 *Dokumen untuk temuduga*
1. 2 keping gambar
2. Salinan k/p atau surat beranak
3. Salinan sijil berhenti/surat pengesahan sekolah
4. Sijil-sijil sokongan

📌 *Pengajian yang disediakan* :
1) Tahfiz AlQuran
2) Tahsin Tajwid
3) Pengajian Alim

Kepada tuan/puan yang ingin hadir sila maklumkan kepada (sebarang pertanyaan boleh juga hubungi):

☎️ Ust Adam: www.wasap.my/601137990925

☎️ Ust Hazim: www.wasap.my/60193370112

Sila bawa dokumen yang diperlukan untuk memudahkan urusan temuduga.
Kemasukan pada bulan berikutnya mengikut kekosongan yang ada.

*_Jazakumullahu Khairan Kathiraaan_*

*LUJNAH TEMUDUGA*

📍 https://goo.gl/maps/h4r814ZNuPK2

1 Hari 1 Tazkirah

27 Sep, 23:30


كَمَا تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ
Abu 'Ubaidah datang dengan membawa harta (jizyah) dari negeri Bahrain. Kedatangan Abu 'Ubaidah ini didengar oleh Kaum Ansar bertepatan dengan waktu solat Subuh bersama Rasulullah SAW. Setelah solat selesai, baginda segera pergi namun mereka berkerumun menghampiri baginda. Maka Rasulullah SAW tersenyum ketika melihat mereka seraya berkata: "Aku kira kalian telah mendengar bahawa Abu 'Ubaidah telah tiba dengan membawa sesuatu". Mereka berkata; "Benar sekali wahai Rasulullah". *Maka Baginda bersabda: "Bergembiralah dan bercita-citalah dengan apa yang dapat membuat kalian berbahagia. Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku takutkan (akan merusak agama) kalian, akan tetapi yang aku takutkan bagi kalian adalah jika harta dunia dibentangkan (dijadikan melimpah) bagi kalian sebagaimana (perhiasan) dunia dibentangkan bagi umat (terdahulu) sebelum kalian, maka kalian pun berlumba-lumba mengejar dunia sebagaimana mereka berlumba-lumba mengejarnya, sehingga (akibatnya) dunia (harta) itu membinasakan kalian sebagaimana dunia membinasakan mereka* (Hadis Riwayat Bukhari No. 2924, Status Hadis Sahih)

Semoga bermanfaat, dapat amal dan sebarkan insyaAllah
جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا

1 Hari 1 Tazkirah di Telegram
https://t.me/TazkirahHarianChannel

1 Hari 1 Tazkirah di WhatsApp
https://chat.whatsapp.com/JZ7tyhphXaIAMdn9g53kCX