SUTAMA (Info Rasmi) @smksaujanautamainforasmi Channel on Telegram

SUTAMA (Info Rasmi)

@smksaujanautamainforasmi


Channel SUTAMA ( Info Rasmi )
Khusus untuk semua MURID & IBUBAPA/PENJAGA SMK Saujana Utama bagi mendapatkan INFO TERKINI daripada pihak sekolah secara sahih.
IBUBAPA/PENJAGA boleh utarakan pertanyaan ke group PIBG/PIBK SMKSU.

SUTAMA (Info Rasmi) (Malay)

Selamat datang ke Saluran SUTAMA (Info Rasmi)!
Saluran ini khas untuk semua MURID & IBUBAPA/PENJAGA SMK Saujana Utama untuk mendapatkan INFO TERKINI daripada pihak sekolah secara sahih. Jika anda ingin sentiasa berada di dalam lingkungan isu terkini dan pengumuman dari sekolah, ini adalah saluran yang sesuai untuk anda!
IBUBAPA/PENJAGA juga boleh mengutarakan pertanyaan mereka dalam group PIBG/PIBK SMKSU. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti yang sentiasa up-to-date dengan segala maklumat yang diperlukan. Sertai Saluran SUTAMA (Info Rasmi) sekarang dan jadilah yang pertama mengetahui tentang perkembangan terbaru di SMK Saujana Utama!

SUTAMA (Info Rasmi)

20 Jan, 05:39


Makluman : Jualan buku sekolah bagi sesi 2025 akan bermula 3/2/2025 ( Isnin).
Senarai buku akan dikongsikan pada minggu hadapan. Harap maklum, terima kasih

SUTAMA (Info Rasmi)

31 Dec, 11:56


PER:DERMA KILAT MANGSA BANJIR AKIBAT BENTENG TAKUNGAN HILLPARK PECAH(WARGA SUTAMA)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera .

Dukacita dimaklumkan bahawa 23 keluarga  warga SUTAMA yg terdiri dalam kalangan guru dan murid telah terlibat dalam bencana banjir kilat di kawasan perumahan Taman Seri Alam pada 29 Disember 2024.
Bencana ini telah menyebabkan kerosakan teruk pada harta benda dan kelengkapan persekolahan warga SUTAMA yang terlibat.

Sehubungan dengan itu, atas dasar keprihatinan dan simpati, pihak sekolah mengadakan kutipan derma kilat bagi meringankan beban warga SUTAMA yang terkesan dengan musibah ini.

Sumbangan Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh di salurkan melalui akaun:
BANK ISLAM PIBG:  12168010012541
Ref/Rujukan: Banjir kilat

Diharap sumbangan ikhlas ini akan dapat meringankan beban keluarga mangsa yg terlibat.

Terima kasih
PKHEM
SMK SAUJANA UTAMA

SUTAMA (Info Rasmi)

20 Dec, 12:58


Nota
# tarikh2 tersebut tertakluk kpd pindaan..
# sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dgn guru mp masing2 kerana akan ada pertukaran Ikut kesesuaian masa masing2..
# guru akan berbincang dengan murid Kelas masing2.

Tq atas kerjasama.

SUTAMA (Info Rasmi)

20 Dec, 10:26


Assalamualaikum.
Makluman berkaitan JADUAL ANJAL PECUTAN AKHIR SPM 2024/2025.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen semua guru yang akan terlibat dan sudi meluangkan masa untuk menyantuni anak didik SPM 2024/2025. ❤️

SUTAMA (Info Rasmi)

19 Dec, 11:13


Assalamualaikum ibu bapa yang dihormati,
Kami dengan rendah hati ingin memohon sumbangan untuk Program Sarapan Dahulu Anakku Sayang ❤️ daripada Tuan Puan.

Sasaran kami adalah RM11252 pada sepanjang waktu peperiksan namun sumbangan yang terkumpul lebih kurang RM3000. Ia amat jauh daripada sasaran sebenar.

Jika tidak cukup dana maka kami akan sediakan setakat yang mampu sahaja. Mungkin dua minggu sahaja.

Justeru ibu ayah yang dihormati,
Bantu kami untuk cukupkan Dana demi kebajikan dan kecemerlangan anak-anak Tuan dan Puan. Terima Kasih

Pn Noor Haslina Rozali
Penyelaras / Kaunselor

SUTAMA (Info Rasmi)

19 Dec, 11:13


Program 'SARAPAN DAHULU, ANAKKU SAYANG ❤️' adalah program tahunan PEKASIH SUTAMA kendalian penyelarasnya, Puan Noor Haslina Rozali atau Mama Ina / Ina Rozali

Setiap musim SPM, sarapan akan disediakan untuk semua calon SPM setiap hari. Tahun ini adalah tahun ke-5. Dana biasanya adalah dari PIBG, Guru², Guru² subjek pada hari itu, ibu bapa dan orang perseorangan.

Jumlah calon kita yang ramai menyebabkan Dana PEKASIH SUTAMA kadang kala tidak dapat menampung perbelanjaan yang diperlukan. Besarlah harapan kami, jika pihak tuan puan sudi menyumbang sama ada dalam bentuk tunai, air mineral, makanan dan minuman kepada Team PEKASIH SUTAMA.

Sumbangan dana boleh disalurkan melalui akaun BANK ISLAM PIBG:  12168010012541
Ref/Rujukan: Sarapan SPM

Sumbangan barangan makanan dan minuman boleh berhubung dengan Mama Ina (0136641905)

Semoga setiap sumbangan tuan puan menjadi benih di akhirat dan asbab kejayaan cemerlang anak² kita di dunia dan akhirat.

Terima kasih orang baik.

SUTAMA (Info Rasmi)

15 Dec, 06:34


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Perubahan jadual waktu PDPR bagi Tingkatan 3 mulai 16 Disember 2024.
Mohon semua Ibubapa ambil maklum berkaitan perkara di atas. Terima kasih atas kerjasama.

SUTAMA (Info Rasmi)

27 Oct, 13:49


https://youtu.be/pXoqspxo8r4?si=oUrUdZNHSkIHdc_I

SUTAMA (Info Rasmi)

26 Oct, 01:09


Assalammualaikum dan selamat pagi..

MAJLIS APRESIASI MURID TINGKATAN 5 sesi 2024/2025 boleh dilihat di :

https://www.facebook.com/share/v/nLrPBxgD1gJkeizj/?mibextid=WC7FNe

SUTAMA (Info Rasmi)

24 Oct, 14:47


Alhamdulillah…
Tahniah Nurnayli Yasmin Mohamad Rafi atas kejayaan Tempat Ketiga Pertandingan Bicara Buku Kategori Bahasa Melayu peringkat kebangsaan 2024.

Tahniah buat guru pembimbing cikgu SapiahSapiah Jani untuk bicara buku dan buat semua guru-guru SMC TVPSS atas didikan dan bimbingan buat Nayli sejak tingkatan 1 lagi. @cekgu_Norell @Cekgufarahniza Sutama Raja Ati @Wan_Syahmie.
Tahniah juga buat guru2 bidang bahasa yang mencungkil bakat Nayli melalui pertandingan pantun dan sajak @Intan77 Sutama Napsiah @ainanggun.
Hebat semua.

#SUTAMAtheCHAMPION
#ATNK2024

SUTAMA (Info Rasmi)

17 Oct, 10:47


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada ibu bapa di *SMK SAUJANA UTAMA*.

*Kemudahan Perkhidmatan Sewaan Loker di Sekolah*

Bertujuan meringankan beban pelajar membawa beg berat.

Disini kami dari syarikat Gamma Epsilon Square dan Koperasi Sekolah ingin menjalankan kaji selidik dikalangan ibu bapa berkenaan program sewaan loker di sekolah yang kami tawarkan kepada ibubapa yang berminat. Diminta kerjasama tn/pn untuk menjawab kaji selidik di link yang diberi dan tarikh tutup adalah *20/10/2024 (AHAD)*

https://docs.google.com/forms/d/1txYV0LHRuEhyUVrudXa8-EPIFKPpm0YTPNTS5rcEa80/edit

Sebarang persoalan daripada pihak tn/pn boleh berhubung di nombor yang tertera dibawah.

*011 7017 8367( En Iskandar)*
*011 2350 4132 (Admin)*

SUTAMA (Info Rasmi)

17 Oct, 08:25


Salam Sejahtera.
Makluman berkaitan pelaksanaan Aktiviti Luar Pengajaran dan Pembelajaran (ALPDP) Pendidikan Moral Menengah Rendah Sesi 2023/2024. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Terima kasih.

SUTAMA (Info Rasmi)

14 Oct, 08:41


🌸INFO UPP🌸
JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2024 TING 4

SUTAMA (Info Rasmi)

01 Oct, 00:31


Share JWP SPM 2024.pdf

SUTAMA (Info Rasmi)

30 Sep, 15:33


Jangan biasakan anak ponteng sekolah
https://malaysiagazette.com/2024/09/30/jangan-biasakan-anak-ponteng-sekolah/

SUTAMA (Info Rasmi)

09 Sep, 10:07


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Perubahan terkini berkaitan Jadual Penggiliran semasa pelaksanaan UTQH SPM 2024. Tq

SUTAMA (Info Rasmi)

07 Sep, 01:52


Salam Sejahtera.
Makluman pelaksanaan berkaitan UTQH SPM 2024 dan penggiliran persekolahan bagi murid Tingkatan 1hingga 4. Kerjasama dari pihak tuan/puan amat dihargai. Terima kasih.