F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah @sejarahform1cikgushah Channel on Telegram

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

@sejarahform1cikgushah


Selamat datang ke channel Telegram Cikgu Shahzalina. Channel ini khas untuk kelas online, perkongsian bahan dan latihan subjek Sejarah Tingkatan 1 sahaja.

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah (Malay)

Selamat datang ke channel Telegram Cikgu Shahzalina. Channel ini khas untuk kelas online, perkongsian bahan dan latihan subjek Sejarah Tingkatan 1 sahaja. Jika anda sedang mencari bantuan untuk memahami topik Sejarah Tingkatan 1 dengan lebih baik, channel ini adalah tempat yang sesuai untuk anda. Cikgu Shahzalina akan membantu anda dengan penerangan yang mudah difahami serta berkongsi bahan-bahan berkualiti untuk memudahkan pembelajaran anda. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada seorang pendidik berpengalaman seperti Cikgu Shahzalina, anda pasti akan lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan anda. Jadi jom sertai kami di channel Telegram ini dan kembangkan pemahaman anda dalam subjek Sejarah Tingkatan 1!

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

28 Jan, 21:07


Selamat Tahun Baru Cina buat semua murid kaum Cina.

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

27 Jan, 06:47


🌟 Salam Israk Mikraj kepada semua umat Islam di seluruh negara.

Ayuh kita hayati peristiwa agung Israk Mikraj serta memperkukuh amal dan iman.

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

26 Jan, 07:05


Hi everyone, my friend Tutor Raj ada anjurkan free Maths class tonight.
.....

Tutor Raj is inviting you to a scheduled Zoom meeting.
*FREE CLASS,*
Maths [Form 1-Form 5]: *How To Solve It* with Tutor Raj
Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/86166122520?pwd=DWotWnY8GSwyfOxAWOfFsQIQtYflZw.1

*Meeting ID: 861 6612 2520*
*Passcode: tutorraj*

https://t.me/MathTutorRaj
https://t.me/MathTutorRaj
https://t.me/MathTutorRaj

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

22 Jan, 11:21


TEKNIK BUCU UNTUK MUDAH HAFAL

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

20 Jan, 17:53


Salam sejahtera semua ibubapa dan murid. Jika berminat mahu sertai kelas persediaan Sejarah tingkatan 2, yurannya hanya RM20. Boleh hubungi saya di @CikguShah ya. Terima kasih.

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

18 Jan, 06:33


Link channel Telegram Easy Sejarah Cikgu Shah:

Form 1:
https://t.me/sejarahform1cikgushah

Form 2:
https://t.me/sejarahf2cikgushah

Form 3:
https://t.me/sejarahform3cikgushah

SPM (F4 & F5):
https://t.me/sejarahspmcikgushah

#CikguShah

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

12 Jan, 10:38


Mak Ayah! Ada yang menarik kem cuti sekolah kami kali ni. Kali ni Kem Cuti Sekolah Kami alaΒ² Squid Game gitew.
.

Banyak aktivitiΒ² menarik yang mungkin anakΒ² tak pernah main dulu.
.

Kami tengah ada promosi tau, hanya RM180/pax shj. Terhad untuk 30 orang terawal tau.
.

Jom daftar sekarang sementara promo masih ada! πŸ€—
.

Berminat? Tekan link di bawah.
https://www.wasap.my/60173342730/KemCutiSekolah
.

Jumpa anda semua di sana! 😁

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

09 Jan, 03:02


Senario biasa dilihat oleh guru:

"Cikgu, anak saya tak dapat hadir sekolah atas urusan keluarga (ikut ayah berkursus/balik kampung).

Then kantoi, macam murid di UK ni.

Bagi TP2 terus lah, coz tipu cikgu. πŸ˜†

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

25 Dec, 04:27


Every ending is a new beginning.

Another week to go before we bid goodbye to 2024 and embrace the new year of 2025.

As the sun sets on another year, may it rise again and shine light on new opportunities, perspectives, and adventures ahead.

And may you find all you’re looking for (and things you didn’t know you were looking for) this year.

To my Christian friends, followers and students, have a great and joyous Christmas celebration today. ❀

#CikguShah

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

24 Dec, 08:50


Hari ini 86 tahun yang lalu, coelacanth, sejenis ikan purba yang disangka pupus, ditemukan.

Pada hari itu, Marjonie Courtenay-Latimer, kurator Muzium East London, Afrika Selatan berada di limbungan menjalankan pemeriksaan terhadap tangkapan nelayan, salah satu tugas berjadualnya adalah mencari 'sebarang objek luar biasa'.

Daripada timbunan tangkapan nelayan Hendrick Goosen, dia menemukan seekor ikan aneh. Lalu dibawa ikan seberat sekitar 58 kg itu pulang ke muzium, dirujuk segala buku berkaitan namun tidak ditemukan maklumat tentangnya.

Lantas dia cuba menghubungi seorang pakar ikan di Universiti Rhodes bernama J. L. B. Smith, tetapi panggilan tidak berjawab. Esoknya, Courtenay-Latimer menulis surat kepada Smith, menjelaskan tentang penemuannya itu bersama lakaran spesimen.

Surat itu dibalas Smith pada 9 Januari 1939 & dia sampai ke muzium itu pada 16 Februari. Selepas diperiksa, Smith mengesahkan ia adalah coelacanth (disebut β€˜silakanth’), spesis ikan purba yang disangka pupus 66 juta tahun yang lalu, pada zaman Cretaceous.

Spesis itu dinamakan Latimeria chalumnae, sempena insan yang menemukannya, Courtenay-Latimer. Selama berpuluh tahun, coelacanth diketahui hanya hidup di barat Lautan Hindi, khususnya di perairan Kepulauan Comoros.

Sehinggalah pada September 1997 & sekali lagi pada Julai 1998, coelacanth ditangkap di perairan utara Sulawesi, Indonesia. Ia dikelaskan sebagai spesis baharu & diberi nama Latimeria menadoensis. 2 spesis itu dipercayai terpisah beberapa juta tahun yang lalu.

Coelacanth adalah dari keturunan purba Sarcopterygii, spesis transisi evolusi antara ikan dengan haiwan berkaki empat yang wujud sejak sekitar 400 juta tahun dahulu. Ia boleh membesar sepanjang 6 kaki, berat mencecah 90 kg & boleh hidup sehingga 60 tahun.

Gambar: Courtenay-Latimer bergambar bersama ikan purba coelacanth yang ditemukannya.

Sumber: Smithsonian Magazine

#PeristiwaHariIni

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

11 Dec, 11:21


Colosseum - siapa tak kenal kan?

Tapi tahukah anda kenapa ia dibina?
Colosseum dibina oleh orang Rom atas beberapa sebab utama:

1. Simbol Kekuasaan dan Kemahiran Kejuruteraan.
Colosseum yang dibina oleh Maharaja Vespasian pada 70-72 AD dan disiapkan oleh anaknya Titus pada tahun 80 AD, merupakan lambang kebesaran, kekayaan, dan kehebatan kejuruteraan Empayar Rom. Ia bertujuan untuk menarik perhatian orang Rom dan dunia dengan kemegahan Rom dan kepintaran seni bina Rom.

2. Perayaan Kemenangan.
Colosseum juga merupakan perayaan kemenangan tentera Rom. Pembiayaan untuk pembinaannya datang sebahagiannya daripada penaklukan Baitulmuqaddis (Siege of Jarusalem) pada tahun 70 M. Penaklukan ini sangat kejam kerana orang Rom bunuh semua orang di dalam Bandar Jarusalam. Brutal.

Kemegahan bangunan itu adalah cara untuk meraikan penaklukan Rom dan mengingatkan rakyat tentang kuasa dan kejayaan maharaja dalam mengembangkan empayar.

3. Propaganda Politik.
Dengan menawarkan hiburan percuma kepada orang ramai, maharaja Rom menggunakan Colosseum untuk mendapatkan sokongan rakyat. Ia merupakan sebahagian daripada pendekatan "roti dan sarkas" (bread and circus) β€”menyediakan makanan dan hiburan untuk 'menyibukkan orang ramai' dan mencegah pergolakan (sebab tiada orang awam sempat fikir pasal tindakan-tindakan kerajaan).

4. Hiburan Awam.
Colosseum, juga dikenali sebagai Flavian Amphitheatre, dibina terutamanya untuk menyediakan hiburan awam melalui permainan gladiator, pemburuan haiwan dan pertunjukan awam seperti pertempuran laut olok-olok dan hukuman mati.

Pertunjukan-pertunjukan ini adalah satu bentuk kawalan sosialβ€”ia membuatkan orang ramai terhibur dan terganggu daripada isu politik atau ketidakpuasan hati.
Ia juga mempromosikan nilai Rom seperti keberanian, kekuatan, dan keupayaan untuk menahan kesakitan / sengsara ke dalam hati rakyat.

Ringkasnya, Colosseum adalah alat untuk mengukuhkan kuasa Rom, mempamerkan penguasaan seni bina, memastikan rakyat terhibur, dan berfungsi sebagai simbol kegemilangan Empayar Rom yang kekal.

apa moral of the story yang anda boleh ambil dari sini?
ada berlaku tak pada dunia hari ini?

Kredit gambar: wikipedia Colosseum

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

06 Dec, 07:07


Hari ini 112 tahun yang lalu, patung kepala Nefertiti ditemukan.

Nefertiti (bermaksud β€˜munculnya si jelita’) adalah permaisuri kepada Firaun Akhenaten yang memerintah Mesir dari 1352 SM hingga 1336 SM. Tak banyak yang diketahui tentang kehidupan Nefertiti & tempat persemadiannya juga masih menjadi misteri.

Patung itu dipercayai dibuat sekitar 1345 SM oleh Thutmose, pengukir kegemaran Akhenaten. Ia setinggi 48cm & seberat 20kg, terasnya diperbuat daripada batu kapur & disalut dengan plaster stuko. Hanya mata kanannya mempunyai iris diperbuat daripada batu kuarza.

Ia ditemukan oleh Syarikat Oriental Jerman yang diketuai oleh ahli arkeologi Ludwing Borchardt di lokasi yang dahulunya bengkel Thutmose di Amarna, Mesir & dihantar ke Berlin pada awal 1913 kepada James Simon yang menaja ekskavasi Borchardt itu.

Hanya pada 1924 ia mula dipamerkan kepada khalayak oleh Muzium Neues selepas bertahun dirahsiakan atas permintaan Borchardt. Muzium itu ditutup pada 1939 apabila Perang Dunia II meletus & artifaknya disimpan di bilik bawah tanah Bank Kerajaan Prussia.

Pada 1941, patung itu dipindahkan ke sebuah bunker flak di Berlin kemudian ke lombong garam di Merkers-Kieselbach, Thuringia pada 1945. Mac tahun itu, ia ditemukan oleh tentera AS & diserahkan kepada cawangan Monumen, Seni Halus & Arkib Tentera Bersekutu.

Seterusnya ia dipindahkan ke Reichsbank, Frankfurt kemudian ke Muzium Wiesbaden & dipamerkan bermula 1946. Pada 1956, ia dipindahkan pula ke Muzium Dahlem, kemudian ke Charlottenburg, ke Muzium Altes sebelum akhirnya kembali ke Muzium Neues pada 2009.

Patung Nefertiti menjadi perebutan antara Jerman dengan Mesir memandangkan ia dibawa keluar dari negara asalnya secara muslihat oleh Borchardt. Ketulenannya juga pernah menjadi persoalan, bagaimanapun ia disahkan menerusi siri ujian saintifik terperinci.

Patung Nefertiti menjadi antara kesenian purba yang termasyhur, antara imej yang paling dikagumi & paling banyak disalin daripada tamadun Mesir purba. Ia juga dianggap sebagai sebuah ikon kejelitaan antarabangsa.

Sumber: Egyptian Museum Berlin, AEON, Daily Mail UK

#PeristiwaHariIni

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

02 Dec, 12:00


https://youtu.be/BjxWtG9KTHw?si=7ncx-19INJ1MMrJt

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

14 Nov, 12:32


Hi everyone, ada free Maths class tonight. Jika free bolehlah join ya.

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

14 Nov, 12:32


*Sesi Percuma Bersama Tutor Raj*
https://t.me/MathTutorRaj

*Maths Sempoi Tingkatan 1 (Form 1)*
Thursday,
November 14β‹…

8:45 – 10:15pm
Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/89351482256?pwd=YxMr0Q42mLulmkrJ1WXrVWrYHA7bUH.1
Rajinder Singh is inviting you to a scheduled Zoom meeting.

Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/89351482256?pwd=YxMr0Q42mLulmkrJ1WXrVWrYHA7bUH.1

Meeting ID: 893 5148 2256
Passcode: tutorraj

https://t.me/MathTutorRaj
https://t.me/MathTutorRaj
https://t.me/MathTutorRaj

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

06 Nov, 21:29


Aerial photograph of Ur in 1927.

Ur was a #Sumerian city-state in ancient #Mesopotamia, located in modern southern #Iraq. The city dates from the Ubaid period c. 3800 BC, and is recorded in written history as a city-state from the 26th century BC. In the middle of the city is the Great Ziggurat of Ur.

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

03 Nov, 00:38


What is alabaster?

Alabaster ialah sejenis batu yang lembut, halus, dan mudah diukir, biasanya berwarna putih atau kekuningan. Batu ini sering digunakan dalam seni dan ukiran sejak zaman purba, termasuk oleh tamadun Mesir, Rom, dan Yunani, kerana ia memberikan hasil ukiran yang halus dan elegan. Alabaster juga sering digunakan untuk membuat patung, bekas, dan artifak keagamaan atau hiasan, kerana sifatnya yang lut cahaya dan memberikan kilauan yang indah apabila dilicinkan.

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

03 Nov, 00:37


Kapal alabaster Tutankhamun, sebuah artifak dari Mesir Purba, dihasilkan semasa pemerintahannya sekitar tahun 1332–1323 SM dan ditemui oleh ahli arkeologi British, Howard Carter pada tahun 1922 ketika penggalian makam Tutankhamun (KV62) di Lembah Raja-Raja berhampiran Luxor.

Kapal alabaster yang megah ini, ditemui di antara harta-harta yang dikuburkan bersama firaun muda itu, berkemungkinan bertujuan untuk perjalanan selepas kematiannya. Kini disimpan di Muzium Mesir di Kaherah, reka bentuk kapal ini merupakan bukti kehalusan seni pertukangan Mesir Purba.

Bahagian hadapan dan belakang kapal diukir dengan teliti menyerupai ibex, kedua-duanya menghadap arah yang sama, dengan telinga berlubangβ€”salah satu daripadanya masih mempunyai anting-anting. Tanduk mereka adalah tanduk ibex sebenar, dan bahagian badan serta dasar kapal dihiasi ukiran dan lukisan corak yang sepadan, dengan ibex di haluan juga mengekalkan janggut yang tersendiri.

Di bahagian belakang kapal, terdapat patung kerdil yang tidak berpakaian, dihiasi dengan gelang lengan, gelang tangan, dan rambut palsu, memegang tiang yang mungkin berfungsi sebagai jurumudi kapal tersebut.

Bahagian hadapan kapal menampilkan figura wanita yang duduk di bawah kanopi, dihiasi dengan anting-anting emas, gelang lengan, dan gelang manik. Rambut palsunya diperbuat daripada batu kelabu, dan bunga teratai gading berwarna yang dipegang di tangan kirinya mencerminkan kemewahan artifak ini, sementara kanopi yang disokong oleh empat tiang anggun menambah kepada keagungan ritualnya.

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

03 Nov, 00:36


https://archeology.dalatcamping.net/the-alabaster-boat-of-tutankhamun-a-marvel-of-ancient-egyptian-craftsmanship/?fbclid=IwY2xjawGTpExleHRuA2FlbQIxMQABHTuovvOpZ6hQ5yTEb_I_p3h6n9XdehbPbRv3WY-cOAoVqXlnzBc03t-hog_aem_WQ2iwsw9wU1sY7zkVpm9Xw

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

03 Nov, 00:36


πŸ”ΉπŸ”ΉπŸ”ΉπŸ”ΉπŸ”ΉπŸ”ΉπŸ”ΉπŸ”ΉπŸ”Ή

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

02 Nov, 14:44


Untuk ulangkaji sempena UASA.

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

20 Oct, 15:21


Cadangan tarikh untuk ulangkaji sempena UASA bersama saya.

T3 - Jumaat, 1 Nov, 10am - 12pm
T2 - Jumaat, 1 Nov, 8.30 - 10pm
T1- Sabtu, 2 Nov, 10am - 12pm

Save the date. Posters will be shared soon!

Yuran RM20 sahaja.
Hubungi @CikguShah untuk mendaftar ya.

#CikguShah
#jomskorsejarah
#easysejarahwithcikgushah

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

16 Oct, 00:02


https://storymaps.arcgis.com/stories/1ba69ca9c31b4183b1ee486c36364198

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

12 Oct, 16:22


Video ringkas sejarah tingkatan 1 bab 6 PENINGKATAN TAMADUN YUNANI DAN ROM
https://www.youtube.com/watch?v=_WBUEvIxygw

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

12 Oct, 16:22


https://youtu.be/ZQw3tRpy9N4?si=_uB8sQgWn9gAdBNQ

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

05 Oct, 15:05


πŸ“ Gred markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2024

A (82-100) - Cemerlang
B (66-81) - Kepujian
C (50-65) - Baik
D (35-49) - Memuaskan

Mencapai tahap minimum
E (20-34)

Belum mencapai tahap minimum
F (0-19)

πŸ”΅ TELEGRAM INFO SPLKPM
https://t.me/SPLKPM2021

🎚️ CHANNEL WS INFO SPLKPM
https://whatsapp.com/channel/0029Va1xj660gcfORr1JjP2L

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

22 Sep, 04:44


Hari ini 33 tahun yang lalu, akses kepada Skrol Laut Mati diberi kepada khalayak umum buat pertama kalinya.

Skrol Laut Mati adalah koleksi manuskrip purba berusia lebih 2,000 tahun yang ditemukan di Qumran dekat laut Laut Mati mulai 1947. Ia dipercayai ditulis oleh orang Essene, satu cabang kaum Yahudi yang mendiami sekitar Qumran waktu itu.

Ditulis pada kulit haiwan, kertas papyrus & beberapa kepingan gangsa, ia merupakan antara penemuan arkeologi terpenting dalam sejarah kerana ia manuskrip terbesar & tertua yang menjadi jendela kepada rahsia zaman awal agama Samawi.

Setelah ia ditemukan & dikumpul, kesemua koleksi manuskrip itu berada di bawah jagaan Autoriti Antikuiti Israel yang hanya membenarkan sekumpulan kecil pengkaji yang dilantik badan itu untuk membuat penyelidikan & penerbitan kandungannya.

Sebahagian besar skrol yang hampir sempurna diterbitkan tak lama selepas penemuan, namun majoriti manuskrip itu terdiri daripada cebisan-cebisan kecil & akses kepada dokumen yang belum diterbitkan itu hanya diberi kepada kumpulan terpilih tersebut.

Bermula gerakan untuk menggesa pembukaan akses lebih luas kepada manuskrip itu pada 1980-an, mendorong Autoriti Antikuiti Israel untuk menurutsertakan lebih ramai penyelidik. Begitu pun, ia masih terhad kepada subjek yang dibenarkan sahaja.

Pada 22 September 1991, Huntington Library di California membuka akses tanpa had terhadap koleksi 3,000 gambar lengkap daripada seluruh teks skrol purba tersebut yang diketahui dalam simpanan mereka kepada semua penyelidik.

Tindakan perpustakaan itu mencetuskan kemarahan beberapa pihak yang melihatnya sebagai tak beretika. Namun pihak Huntington Library menegaskan mereka tak terikat kepada mana-mana perjanjian yang menghalang mereka berbuat demikian.

Gambar-gambar dalam koleksi Huntington Library itu diambil oleh ketua jurugambar perpustakaan tersebut sepanjang siri lawatannya ke Israel sejak 1980.

Sumber: History, Britannica, UPI, The New York Times

#PeristiwaHariIni

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

16 Sep, 08:15


Hari Malaysia adalah hari untuk meraikan kekuatan kita sebagai sebuah negara yang bersatu.

Semoga Hari Malaysia ini membawa lebih banyak kemakmuran dan kebahagiaan kepada kita semua.

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

16 Sep, 06:26


Tugu Negara, siap dibina pada tahun 1966, adalah simbol penghormatan kepada pahlawan yang gugur demi keamanan dan kemerdekaan negara.

Idea pembinaan monumen ini dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.

Monumen ini melambangkan semangat perjuangan rakyat Malaysia dari zaman penjajahan hingga mencapai kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.

Selamat Hari Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#BanggaMalaysia
#AWANInews

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

09 Sep, 03:57


Khas program cuti sekolah. Bengkel bukan sekadar ajar macam mana nak jawab soalan peperiksaan sahaja. Saya fokus kepada mendidik murid memahami konten buku teks dahulu.

Saya kongsikan dahulu program khas untuk anak-anak tingkatan 1 ya.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya @CikguShah. Terima kasih!

#CikguShah
#SejarahItuMudah
#EasySejarahWithCikguShah

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

31 Aug, 04:07


Hari ini 54 tahun yang lalu, Rukun Negara diisytiharkan.

Sentimen perkauman yang dimainkan pasca Pilihan Raya Umum 1969 mencetuskan detik hitam yang terpahat dalam sejarah negara, huru-hara pada 13 Mei yang meretakkan kestabilan negara hanya selepas 12 tahun kemerdekaan dicapai.

Lantas ditubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang dikepalai oleh Timbalan PM, Tun Abdul Razak Hussein sebagai Pengarah bersama beberapa orang menteri & ketua-ketua badan kerajaan untuk menjelmakan solusi kepada permasalahan yang berlaku.

Di bawah Mageran, Tun Razak mempengerusikan Majlis Perundingan Negara yang dianggotai oleh 3 orang menteri (Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Tun Tan Siew Sin & Tun V.T. Sambanthan) serta wakil-wakil pertubuhan masyarakat dari segenap lapisan.

Mesyuarat pertamanya diadakan pada 27 Januari 1970 & selepas beberapa bulan, majlis tersebut merumuskan sebuah ideologi untuk dijadikan pegangan setiap rakyat Malaysia bagi memastikan seluruh warga menyatu demi objektif dan prinsip yang sama.

Lahirlah Rukun Negara, yang diisytiharkan oleh YDP Agong ke-4, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Zainal Abidin ketika upacara Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-13 pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara terdiri daripada 2 bahagian:

Bahagian 1: BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil & saksama;

Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya & berbagai-bagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Bahagian 2: MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, MyWilayah

#PeristiwaHariIni

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

30 Aug, 17:00


Salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan menghargai perpaduan negara melalui kerjasama semua kaum di Malaysia.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan kali ke-67. β€πŸ‡²πŸ‡Ύ

#CikguShah

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

19 Aug, 22:06


The Colosseum is not the only amphitheater built by the Romans.
Many other examples of these grandiose structures are found throughout the former Roman Empire, testifying to Rome's expansion and influence in the ancient world.

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

06 Aug, 12:35


Soalan esei fave Bab 6 Tingkatan 1.

F1 Easy Sejarah With Cikgu Shah

03 Aug, 16:56


PdPc merentas kurikulum: #SEJARAH + #MATEMATIK

Hari ini saya mengajar tentang sumbangan Tamadun Mesir Purba. Salah satu sumbangan mereka yang hebat dan masih digunakan sehingga kini adalah matematik ukuran (measurement mathematics) dan geometri.

Teorem Pythagoras yang kita semua belajar di sekolah tu diperkenalkan oleh seorang lelaki Yunani bernama Pythagoras.

Pythagoras (kira-kira 580 SM–500 SM, Greek: Ξ Ο…ΞΈΞ±Ξ³ΟŒΟΞ±Ο‚) merupakan seorang ahli matematik dan falsafah dari Greece. Beliau paling terkenal untuk Teorem Pythagoras, dan merupakan pengasas falsafah Pythagoreanism, yang menyatakan bahawa semua berkait dengan matematik, dan boleh diramal atau diukur dalam sebuah corak atau ulangan.

Beliau belajar melalui tinggalan piramid Mesir Purba, yang berjaya dibina secara tepat dan sistematik ukurannya. Terdapat bukti arkeologi yang menunjukkan bahawa kiraan segi tiga sudut tegak dicatatkan oleh orang Mesir Purba dalam skrol yang diperbuat daripada kertas papirus dan ditulis dalam tulisan Hieratic. Tulisan Hieratic adalah bentuk tulisan yang lebih maju daripada tulisan asal Mesir Purba iaitu Hieroglif yang lebih banyak menggunakan simbol-simbol.

Maka saya tunjukkan pelajar teorem ini menggunakan formula dan beserta bukti melalui alat pengukuran. Saya lukis segitiga sudut tegak dengan ukuran sisi 3cm x 4cm. Pelajar diminta mengukur hipotenusnya. Terbukti ukuran hipotenus adalah 5cm, sama ada melalui pengukuran menggunakan pembaris ataupun menggunakan formula Theorem Pythagoras.

Siapa kata belajar sejarah itu membosankan?

#CikguShah
#EasySejarahWithCikguShah

1,322

subscribers

382

photos

35

videos