INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20 @skseksyen20 Channel on Telegram

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

@skseksyen20


Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam, Selangor

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20 (Malay)

Selamat datang ke saluran INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20 di Telegram! Saluran ini adalah tempat untuk ibu bapa murid-murid di Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam, Selangor mendapatkan maklumat rasmi daripada pihak sekolah. Dengan menyertai saluran ini, ibu bapa dapat mengakses berita terkini mengenai aktiviti sekolah, jadual peperiksaan, dan sebarang pengumuman penting yang perlu diketahui. Saluran ini juga menyediakan platform untuk ibu bapa berinteraksi dan berkongsi maklumat dengan lebih mudah. SK Seksyen 20 merupakan sebuah sekolah yang komited untuk memberikan pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajarnya. Dengan menyertai saluran INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20, ibu bapa dapat bersama-sama mendukung perkembangan dan kejayaan anak-anak mereka. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti ibu bapa yang proaktif dan berwawasan di SK Seksyen 20! Sertai saluran Telegram kami sekarang untuk mendapatkan maklumat terkini dan menjadi ibu bapa yang lebih berpengetahuan! Terima kasih kerana menyokong pendidikan anak-anak kita.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

10 Jan, 06:54


Untuk Perhatian
Ibu bapa / penjaga murid yang telah bersetuju menerima agihan BAP secara tunai di sekolah seperti dalam Borang B5 yang telah diserahkan kepada Guru Kelas masing-masing sahaja.

Harap maklum.
Terima kasih.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

07 Jan, 11:57


Alhamdulillah syukur
Syabas dan tahniah kepada semua guru, murid dan warga sekolah atas komitmen dan kesungguhan dalam pertandingan kitar semula 2024 anjuran Mondelez & Pintar Foundation.

Sekolah kita berjaya mendapat tempat ke-3 hasil kesungguhan semua yang terlibat.

Terima kasih atas sokongan dan komitmen semua murid, ibu bapa dan guru. Moga sokongan seperti dapat berterusan pada masa akan datang.👏👏👏👏

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

31 Dec, 08:21


Mohon perhatian Ibu bapa / Penjaga.

Proses pemulangan dan penerimaan buku teks akan dijalankan mengikut tarikh seperti di atas.
Diharap dapat memenuhi ketetapan seperti dalam surat makluman di atas.

Harap maklum.
Terima kasih.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

31 Dec, 08:15


Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.
Untuk perhatian ibu bapa / penjaga murid yang telah menerima RMT sepanjang sesi akademik 2024/2025.

Pada 2 Januari 2025, murid penerima RMT akan menerima RMT seperti biasa di kantin sehingga akhir sesi persekolahan ini (17 Januari 2025).

Harap maklum.
Terima kasih.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

30 Dec, 04:50


SURAT SESI PEMBUKAAN SK DENAI ALAM.pdf

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

30 Dec, 01:50


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera

Yg Dihormati,
Ibu bapa dan penjaga murid.

MAKLUMAN CUTI UMUM SEMPENA TAHUN BAHARU 2025

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada 1 Januari 2025.

3. Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 2.1.2025 (Khamis)

Sekian untuk makluman  semua.
Terima kasih.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

20 Dec, 06:36


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera

Yg Dihormati,
Ibu bapa dan penjaga murid.

MAKLUMAN CUTI PENGGAL KE-3 SESI AKADEMIK 2024/2025

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada 21.12.2024 hingga 29.12.2024

3. Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 30.12.2024 (Isnin)

Sekian untuk makluman semua.


Daripada,
Guru Besar SKS20

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

18 Dec, 11:10


📣📣📣1 HARI LAGI📣📣📣
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK TAHUN 2024
SK SEKSYEN 20

19 Disember 2024 (Khamis)

Hari Kanak-Kanak kali ini akan bertemakan “CITA-CITAKU”. Guru dan murid digalakkan berpakaian mengikut tema🤩

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk buku aturcara👇🏼
https://www.canva.com/design/DAGYsYhaeyo/tI9WbzMie0lSGVaABWkBtg/watch?utm_content

Jom sama-sama meriahkan Sambutan Hari Kanak-Kanak esok🤩

#harikanakkanak #dengarlahsuarakami #citacitaku

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

11 Dec, 05:19


Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.
Peringatan mesra kepada ibu bapa dan penjaga murid berhubung Borang B5 BAP yang telah diedarkan oleh Guru Kelas masing-masing.

Borang B5 hendaklah dikembalikan semula kepada Guru Kelas sebelum 15 Disember 2024.
Ibu bapa / penjaga murid boleh memilih cara agihan melalui akaun bank atau tunai.
Borang B5 hendaklah dilampirkan bersama salinan akaun bank jika memilih cara agihan melalui akaun bank.

Walau bagaimana pun, berdasarkan pengalaman yang lepas, agihan secara tunai sangat sesuai sekiranya ibu bapa / penjaga ingin menggunakan wang tersebut dengan kadar segera.
Agihan melalui akaun bank mengambil tempoh masa yang lebih lama.

Sekian, harap maklum.
Terima kasih.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

10 Dec, 02:14


Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga murid, esok adalah cuti umum untuk negeri Selangor:

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor
Rabu
11 Disember 2024

Sekolah akan beroperasi seperti biasa pada 12 Disember 2024 (Khamis).

Harap maklum, terima kasih.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

07 Dec, 02:46


PEMAKLUMAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK SEKSYEN 20 TAHUN 2024

✏️Dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Kanak-Kanak SK Seksyen 20 pada tahun ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 19 Disember 2024 (Khamis)
Masa: Waktu persekolahan masing-masing (sesi pagi/sesi petang)
Tema: “Cita-citaku”
Pakaian: Berpakaian mengikut tema CITA-CITAKU dan berkasut sekolah / murid boleh juga berbaju sukan lengkap (tiada paksaan dan tidak dipertandingkan)


✏️ Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan bermula 9 Disember 2024 hingga 19 Disember 2024. Murid-murid digalakkan memakai pakaian sukan lengkap sepanjang minggu ini.

Sekian, harap maklum.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

06 Dec, 03:47


Mohon perhatian Ibu bapa / Penjaga.

Proses pemulangan dan penerimaan buku teks. Diharap dapat memenuhi ketetapan seperti dalam surat makluman di atas.

Terima kasih.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

29 Nov, 07:58


Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.

Untuk perhatian ibu bapa / penjaga murid yang menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Hari ini 29 November 2024 Jumaat adalah hari terakhir program RMT untuk tahun 2024.

Mulai 2 Disember 2024 Isnin, murid RMT perlu membawa wang saku (duit belanja) untuk membeli makanan/minuman di kantin pada waktu rehat.

Harap maklum, terima kasih.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

29 Nov, 00:34


Untuk makluman ibu bapa / penjaga murid. Khamis 28 November 2024 telah dijalankan

PROGRAM CERAMAH AQIL BALIGH & REPRODUKTIF MURID
Murid lelaki tahun 5 dan 6
Murid perempuan tahun 6

Penglibatan murid adalah terhad kerana program murid lelaki dan perempuan dijalankan secara berasingan dan kekangan tempat yang sesuai.

Moga pengalaman dan ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh murid terlibat di samping bimbingan daripada ibu bapa di rumah.

Moga usaha kita bersama dapat melahirkan Anak Yang Baik Lagi Cerdik.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

28 Nov, 00:02


Assalammualaikum dan salam sejahtera... Saya ingin menjemput semua parent utk menyertai program Intervensi anjuran PIBG SKPKS pada 7/12/2024....

Program ini dikendalikan oleh pegawai terapi 3PK yg bertauliah...banyak manfaat utk ibu bapa yg mempunyai anak2 istimewa yg belajar di PPKI terutama...

Jika program ini di anjurkan die luar kos bernilai rm200+-...Tetapi program ini bernilai rm20 sahaja utk tampumg kos makan sahaja...

Pendaftaran :
https://forms.gle/QMjpUE71G4nWKyrU6

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

20 Nov, 03:23


Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.

Untuk perhatian ibu bapa / penjaga murid yang menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Dimaklumkan bahawa kontrak perjanjian RMT KPM adalah sebanyak 190 hari persekolahan selama setahun

Oleh yang demikian, murid akan menerima RMT yang terakhir pada 29 November 2024.

Mulai 2 Disember 2024 murid RMT perlu membawa wang saku (duit belanja) untuk membeli makanan/minuman di kantin pada waktu rehat.

Harap maklum, terima kasih.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

20 Nov, 00:23


https://www.facebook.com/share/v/186UJ7gcms/?mibextid=WC7FNe

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

19 Nov, 23:28


8.00 pagi hingga 6.00 ptg

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

19 Nov, 23:28


Dijemput semua ibubapa hadir ke hari terbuka ppdpp d plaza Shah Alam seksyen 9

21 Nov 2024 Khamis

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

19 Nov, 06:28


Assalamualaikum & Slmt sejahtera. Salam Kitar Semula
♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️
KUTIPAN TERAKHIR
JUMAAT 22 NOVEMBER 2024

Kutipan kitar semula bersama-sama dengan pihak Mondelez International.

🎈Tarikh: 22 November 2024
🎈Tempat: Kelas masing-masing & Rumah kitar semula
🎈Sasaran: Murid Tahun 4,5&6



✏️1) Murid-murid akan membawa barang plastik ke kelas sewaktu datang ke sekolah

✏️2) Barang plastik tersebut akan dimasukkan kedalam guni yang disediakan di kelas

✏️3) Wakil murid (2/3/4 org) akan letakkan guni tersebut di rumah kitar semula bersebelahan dengan kantin


PENTING:

✍️
Pastikan bahan plastik yang dibawa berada dalam keadaan bersih dan juga kering.

📌Mohon ibu bapa dapat membantu anak murid untuk menjayakan program ini. Terima kasih.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

19 Nov, 04:30


Syabas dan tahniah...
Kepada JK Kitar Semula dan Prasekolah yang telah berjaya mendapat:
1. Tempat ke-2 kategori prasekolah.
2. Kutipan plastik tertinggi
3. Kutipan aluminium tertinggi
Anjuran MBSA

Terima kasih kepada guru dan murid yang terlibat serta sokongan yang diberikan oleh ibu bapa dan penjaga

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

09 Nov, 06:22


https://www.facebook.com/share/r/15YcpMo7Zw/

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

05 Nov, 23:54


Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.

Dikongsikan bersama Prestasi Kehadiran Murid bagi Mac-Oktober 2024.

Syabas dan tahniah kepada ibu bapa / penjaga yang sentiasa dapat memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah.

Terdapat murid yang belum dapat menguasai pelajaran tetapi kerap tidak hadir ke sekolah. Keadaan ini menyebabkan guru-guru tidak dapat membantu kelemahan murid.

Semoga dengan sokongan dan kerja bersama ibu bapa bersama sekolah dapat diteruskan demi kepentingan pendidikan dan masa depan anak-anak serta keluarga.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

05 Nov, 11:00


Alhamdulillah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru, barisan jurulatih, pengurus pasukan, medic fisioterapi, para pemain, anak-anak, PIBG dan ibu bapa SK Seksyen 20 atas kejayaan merangkul kejuaraan Piala DYTM Raja Muda Selangor buat kali kedua berturut-turut dan kejuaraan kali ke-10 secara keseluruhan.

Ia kejayaan kita bersama.

Semoga kita terus maju jaya

YDP PIBG SKS20

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

03 Nov, 13:53


Video from Cikgu Lutfee

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

31 Oct, 03:00


Buat ibu/bapa/ penjaga murid SKS20 dan guru...moga ceria gembira bagi yang meraikan Deepavali.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

29 Oct, 00:41


Perhatian Kepada Ibu Bapa / Penjaga Murid Tahun 6

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani

🚨Dapatan pemeriksaan terhadap data murid tahun 6 dalam sistem idme.moe.gov.my masih terdapat data murid yang tidak lengkap seperti alamat dan sebagainya.

Mohon keprihatinan ibu bapa dapat mengemaskini data maklumat anak jagaan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan permohonan ke sekolah menengah untuk sesi 2025 nanti.

🌻Syabas dan tahniah kepada yang telah berjaya mengemaskini data tersebut.

Sekian, terima kasih.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

23 Oct, 06:02


https://infosihat.moh.gov.my/images/media_sihat/garis_panduan/pdf/Modul%20Makan%20Secara%20Sihat.pdf

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

23 Oct, 06:02


Peluncuran Amalan Pemakanan Sihat telah dapat dijayakan pada Isnin 21 Oktober yang lepas bersama pegawai pemakanan dari KKM.

Pelbagai info berkaitan pemakanan sihat telah disampaikan oleh penceramah disamping kuiz kepada murid.

Moga dengan keprihatinan dan kerjasama ibu bapa dan warga sekolah dapat menyokong hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat yang sihat.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

23 Oct, 02:05


Pemberian baucar buku yang melibatkan murid/pelajar institusi pendidikan bawah KPM menerusi aplikasi DELIMa menggunakan kaedah berikut:

1. Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.
2. Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.
3. Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.
4. Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).
5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.
6. Proses selesai.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

22 Oct, 02:57


Assalamualaikum pagi coach. Just sharing https://www.sinarharian.com.my/article/692337/berita/sukan/sk-seksyen-20-fokus-kecergasan-pemain

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

20 Oct, 01:29


Photo from Cikgu Lutfee

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

14 Oct, 13:18


Photo from Cikgu Lutfee

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

14 Oct, 00:26


Assalamualaikum & Slmt sejahtera. Salam Kitar Semula
♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️

Kutipan kitar semula bersama-sama dengan pihak Mondelez International.

🎈Tarikh: 18 Oktober 2024
🎈Tempat: Kelas masing-masing & Rumah kitar semula
🎈Sasaran: Murid Tahun 4,5&6



✏️1) Murid-murid akan membawa barang plastik ke kelas sewaktu datang ke sekolah

✏️2) Barang plastik tersebut akan dimasukkan kedalam guni yang disediakan di kelas

✏️3) Wakil murid (2/3/4 org) akan letakkan guni tersebut di rumah kitar semula bersebelahan dengan kantin


PENTING:

✍️
Pastikan bahan plastik yang dibawa berada dalam keadaan bersih dan juga kering.

📌Mohon ibu bapa dapat membantu anak murid untuk menjayakan program ini. Terima kasih.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

07 Oct, 11:27


Photo from Cikgu Lutfee

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

07 Oct, 04:06


Minggu Anti Dadah PPDa telah berjaya dilaksanakan pada minggu lepas (30 September-4 Oktober 2024)

Pelbagai aktiviti dapat dijalankan seperti:
1. Peluncuran program Minggu Anti Dadah
2. Ceramah/ tayangan video dan pameran anti dadah
3. Pertandingan melukis dan mewarna poster
4. Pertandingan buku skrap anti dadah
5. Program 5 minit PPDa

Diharap dengan ini dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada murid-murid agar dapat menjauhkan diri daripada bahaya dadah, rokok/vape dan bahan yang berkaitan; dengan keprihatin sokongan ibu bapa / penjaga murid serta warga sekolah.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

07 Oct, 03:34


Pemeriksaan dan penarafan kantin oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini Isnin 7 Oktober 2024.

Pegawai KKM sangat berpuas hati dalam pemeriksaan yang dibuat dan memberi 96 markah untuk kali ini.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

06 Oct, 13:32


https://vt.tiktok.com/ZS2WBMEfC/

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

06 Oct, 13:31


Photo from Cikgu Lutfee

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

03 Oct, 00:21


*Keputusan Penempatan & Pengesahan Tahun 1/ 2025 (idme):*

▶️ Semakan keputusan penempatan di pautan https://idme.moe.gov.my
▶️ *Cetak surat tawaran & hantar ke sekolah untuk pengesahan , sila cetak 2 salinan ( 1 salinan simpanan ibu bapa / penjaga & 1 salinan sekolah )*
▶️ *Bawa bersama surat beranak ASAL berserta slip pendaftaran tahun 1 ( yang telah diserahkan kepada ibu bapa / penjaga sewaktu pendaftaran ) ke sekolah untuk rujukan.*
➡️ Pengesahan hanya dibuat oleh pihak sekolah setelah mendapat surat tawaran daripada ibu bapa / penjaga .
➡️ Butang pengesahan hanya di peringkat sekolah.
➡️ Sebarang pertanyaan mengenai RAYUAN boleh hadir ke sekolah atau hubungi sekolah di talian 03-55431675 .

Sekian, mohon ambil maklum & perhatian bagi perkara tersebut.
Moga segala urusan kita dipermudahkan.🌹

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

02 Oct, 04:02


Assalamualaikum & Slmt sejahtera. Salam Kitar Semula
♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️♻️

Kutipan kitar semula bersama-sama dengan pihak Mondelez International.

🎈Tarikh: 4 Oktober 2024
🎈Tempat: Kelas masing-masing & Rumah kitar semula
🎈Sasaran: Murid Tahun 4,5&6



✏️1) Murid-murid akan membawa barang plastik ke kelas sewaktu datang ke sekolah

✏️2) Barang plastik tersebut akan dimasukkan kedalam guni yang disediakan di kelas

✏️3) Wakil murid (2/3/4 org) akan letakkan guni tersebut di rumah kitar semula bersebelahan dengan kantin


PENTING:

✍️
Pastikan bahan plastik yang dibawa berada dalam keadaan bersih dan juga kering.

📌Mohon ibu bapa dapat membantu anak murid untuk menjayakan program ini. Terima kasih.

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

30 Sep, 23:00


Photo from Cikgu Lutfee

INFO RASMI(IBUBAPA) SK SEKSYEN 20

13 Sep, 01:23


Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani

1⃣Cuti Penggal 2
14 - 22 September 2024 murid akan bercuti.
Murid akan mula bersekolah semula pada Isnin 23 September 2024.


2⃣Mulai Isnin 23 September murid akan kembali memakai pakaian uniform sekolah seperti berikut:

Isnin - pakaian uniform utama sekolah
2 hari yang ada subjek Pendidikan Jasmani - pakaian sukan tshirt sekolah
1 hari lagi yang tiada subjek Pendidikan Jasmani dan bukan hari
Rabu - pakaian uniform utama sekolah

Mohon kerjasama dan keprihatinan ibu bapa/ penjaga memastikan potongan rambut, lencana sekolah dan tanda nama murid mengikut peraturan disiplin sekolah.

Sekian, terima kasih.