#SirAziziTembak @siraziziharapsemuadapata Channel on Telegram

#SirAziziTembak

@siraziziharapsemuadapata


Perkongsian berkenaan Bahasa Melayu SPM
Semoga semuanya memperoleh A+

#SirAziziTembak (Malay)

Selamat datang ke saluran Telegram #SirAziziTembak! Saluran ini dikenali sebagai tempat perkongsian berkenaan Bahasa Melayu SPM. Bagi pelajar yang sedang menghadapi ujian Bahasa Melayu SPM, saluran ini adalah tempat yang sesuai untuk belajar dan berkongsi pengetahuan. Dengan bimbingan daripada Sir Azizi, diharapkan semua pelajar dapat memperoleh A+ dalam ujian tersebut.

Sir Azizi adalah seorang pendidik yang berpengalaman dalam mengajar Bahasa Melayu SPM. Beliau akan berkongsi tips, soalan-soalan terkini, dan strategi belajar yang berkesan melalui saluran ini. Dengan bergabung dengan saluran #SirAziziTembak, anda akan mendapat akses kepada bahan-bahan pembelajaran yang berkualiti dan membantu anda meningkatkan prestasi dalam ujian Bahasa Melayu SPM.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bergabung dengan saluran Telegram #SirAziziTembak. Sertai kami sekarang dan raih kejayaan bersama Sir Azizi dalam ujian Bahasa Melayu SPM! Semoga kita semua berjaya meraih A+ dalam ujian tersebut!

#SirAziziTembak

07 Apr, 14:22


https://vt.tiktok.com/ZSFg8NJ6d/


Jom tengok vtt ini. 👆🏼👆🏼👆🏼


Dah nak raya ni. Pasti tengah reka ucapan-ucapan yang gempak untuk dimuat naik di media sosial kan? Tapi hati-hati ya dengan kesalahan ejaan. Nanti kena tembak. 🤣🤣🤣🤣

#SirAziziTembak

06 Apr, 23:31


Salam semua. Ada yang nak tahu cara saya ajar murid saya untuk membina isi atau idea menggunakan teknik PiKIR-BUDAKSS? Kalau nak tahu, cuba send emoticon ❤️ di sini.

#SirAziziTembak

30 Jan, 03:39


Semoga kalian baik-baik saja. Tahniah ya! ☺️☺️☺️☺️☺️


Okay, sila ready untuk kertas 2 petang ni.

Ni ada bahan sikit untuk kalian belek-belek sebelum petang.

https://drive.google.com/drive/folders/1-Sfh6KzV1Z5DfnJRLywQdYw5RapIZMTT

Ada
kesalahan ejaan
Sintaksis
Novel

Belek je ya, jangan stres-stres

#sirazizitembak #kebal #kelasbelumlambat

Sertai https://t.me/sirAziziharapsemuadapatA

#SirAziziTembak

29 Jan, 15:25


Selamat malam semua. Tidur lena ya! Saya doakan kalian berjaya dan jadi anak yang baik lagi cerdik. Ingat, tiada yang mustahil untuk kita berjaya walaupun sesiapapun kita. Sayang kalian!!!!

#SirAziziTembak

28 Jan, 13:30


Sedikit TIP untuk ujian mendengar (1103/4) untuk esok 👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽

🖤 Jangan gatal-gatal guna pensel. Gunakan pen biru/hitam dan bukannya dakwat basah. Awas ea!
🖤 Sebelum audio dimainkan, 1 minit diberi pada setiap bahagian untuk anda baca soalan. Masa ni, kenal pasti kata kunci soalan. Begitulah untuk bahagian-bahagian yang lain.
🖤 Apabila audio dimainkan kali pertama, tulis jawapan terus di ruangan yg disediakan (isi tempat kosong, betul atau salah (tulis betul-betul sama ada atau ), padanan jawapan).
🖤 Audio akan dimainkan kali kedua. Masa ini, pastikan semak jawapan kamu tu betul seperti dalam audio.
🖤 Apa yang anda perlu pastikan, EJAAN YANG BETUL. Kata nama khas huruf besar pada huruf pertama. Perkataan awal ayat pun sama. Jika nombor, boleh tulis perkataan atau letak nombor sahaja.
🖤 Jawapan yang diberikan TIDAK PERLU pangkal soalan. Cukup sekadar berikan jawapan yang penuh. Kalau nama orang, pastikan nama tu ditulis sampai habis. Jika ada jawapan ‘dan’ misalnya, tulis juga kedua-duanya sekali.
🖤 Untuk jawapan yang ada dua jawapan, kalau boleh ikut susunan jawapan. Tak ikut pun tak mengapa.

Semoga berjaya🖤🖤🖤

#sirazizitembak #kebal #kelasbelumlambat

Sertai https://t.me/sirAziziharapsemuadapatA

#SirAziziTembak

27 Jan, 03:37


Nota Resume. Jangan lupa bagi emoticon supaya saya boleh tahu berapa ramai dapat manfaat 😘😘😘😘

#SirAziziTembak

26 Jan, 08:29


Banyak lagi nak cover untuk kertas 2 BM SPM ni?

Insya-Allah sempat!

Nah hadiah daripada saya untuk anda semua. Jangan risau, FREE sahaja. Minta tolong doakan saya sihat untuk terus buat kebaikan dan sebarkan ilmu kepda kalian ya.

Saya tengah batuk teruk ni sebab tu lama tak buat content untuk kalian walaupun exam dah nak dekat.

Klik link google drive di bawah 👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽

https://drive.google.com/file/d/1dJWVRQgwVNXdzActRTFykMmnF61Hx3W9/view?usp=drivesdk

* cuba bagi emoticon sikit pasa mesej ni supaya saya tahu berapa ramai dah dapat manfaat????? 👉🏽👈🏽


#sirazizitembak #kebal #kelasbelumlambat

Sertai https://t.me/sirAziziharapsemuadapatA

#SirAziziTembak

23 Jan, 15:21


Nak tidur dah ke? Awal lagi, Jawab soalan peribahasa kedua ni 👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼

Permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai. Permainan ini menjadi
salah satu daya tarikan yang signifikan dalam industri pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan
alam semula jadi, pelancong pasti ingin menghayati corak budaya kita yang berwarna-warni. Lantaran
itu, permainan tradisonal berupaya untuk memukau hati pelancong yang datang ke Malaysia kerana
___________________________________________. Jika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi kita, apakah kebudayaan
yang dapat memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa, ___________________________________________. Oleh itu, generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini
supaya khazanah ini ___________________________________________ .

#SirAziziTembak

23 Jan, 15:03


JOM KITA BUAT LATIHAN PERIBAHASA SIKIT
👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼


Mutakhir ini, golongan muda lebih kerap untuk menghabiskan masa lapang bermain permainan video atau menonton hiburan secara maya yang diibaratkan ______________________________________. Hakikatnya mereka boleh mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti bermain permainan tradisional. Kementerian Pelacongan Seni dan Budaya hendaklah aktif dalam menghantar penggiat permainan tradisional tempatan ke acara atau pameran global. Hal ini dikatakan demikian kerana usaha tersebut boleh diumpamakan seperti ______________________________________. Selain itu, cara untuk menjadikan permainan tradisional sebagai satu aktiviti kegemaran masyarakat umum adalah dengan memasukkan elemen permainan tradisional dalam drama atau filem tontonan umum. Untuk itu ibu bapa perlulah menjadi suri teladan di rumah kerana ______________________________________.