SIJIL ONLINE

@sijilonline


Channel ni ditubuhkan utk menolong para penganjur utk menghebohkan pertandingan dan membantu meningkatkan markah pajskโœจ
Road to 5k <3

SIJIL ONLINE

01 Sep, 03:51


Pertandingan Video Pendek kembali lagi!!!

Terokai perjalanan ke bintang dengan kreativiti anda!

Planetarium Negara menganjurkan Pertandingan Video Pendek sempena sambutan Minggu Angkasa Sedunia 2024 (World Space Week 2024) pada 4 hingga 10 Oktober 2024.

Sertai Pertandingan Video Pendek kami bertemakan 'Angkasa dan Perubahan Iklim'.๐ŸŒ๐Ÿš€

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira had umur.

Tarikh buka penyertaan: 1 September 2024 (Ahad).
Tarikh tutup penyertaan: 31 Oktober 2024 (Khamis), jam 11:59 malam.

Maklumat lanjut, terma dan syarat pertandingan boleh diimbas melalui kod QR yang tertera di poster atau di pautan berikut:

https://me-qr.com/mobile/pdf/8052a21b-4aec-41bf-ae09-d312847490f5

Pautan penyertaan: https://forms.gle/AiE3hhgwvKWce54i6

#planetariumnegara #mosti
#astronomi360 #terukirdibintang #keytothespace
#merakyatkansains #menginsankanteknologi #mengarusperdanakaninovasi
#MalaysiaMadani #kitajagakita

@sijilonline

#roadto4.8k

SIJIL ONLINE

31 Aug, 09:12


PERTANDINGAN LUKISAN DIGITAL POSTER #handsoffrafah2024

Adakah anda seorang remaja yang mempunyai bakat melukis secara digital? ๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐ŸŽจ

Jom bersolidariti bersama IKRAMTeens Malaysia dengan menyertai kempen pertandingan melukis poster secara digital yang bertemakan โ€œ#handsoffrafah2024" ๐Ÿ’ช

Tempoh pertandingan:
๐Ÿ—“ (7 Minggu)
Tarikh Mula: 1 OGOS 2024
Tarikh Tutup: 22 SEPTEMBER 2024 (11.59 malam)

๐ŸŒŸ KATEGORI UTAMA
- Khas untuk remaja berusia 12 - 17 tahun sahaja

๐ŸŽ‰ KATEGORI BONUS
- Junior: 9 - 11 tahun
- Senior: 18 - 21 tahun

โœ… E-sijil peringkat kebangsaan untuk semua peserta
โœ… Pengiktirafan markah PAJSK daripada Kementerian Pendidikan Malaysia

Penyertaan adalah PERCUMA!

Untuk penyertaan & info lebih lanjut, sila layari link yang disediakan: https://linktr.ee/handsoffrafah2024

โ€ผPastikan anda membaca dengan teliti "TERMA & SYARAT" dan "KAEDAH PENYERTAAN" terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di: http://wasap.my/601111027371/handsoffrafah (Cikgu Sakinah) atau http://wasap.my/60135199518/handsoffrafah (Muallim Aziz)

ATAU

DM kami di Instagram @ikramteensmalaysia

Ayuh Jiwa Merdeka, kita lukis harapan untuk Al-Aqsa! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

#handsoffrafah2024
#freepalestine
#ikramteensmalaysia
#menyerlahjauhdaripadabiasa

@sijilonline
#roadto4.8k

SIJIL ONLINE

28 Aug, 14:16


๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ก๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐— ๐—จ๐——๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” (๐—ž๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—ข๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—œ๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ, ๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ๐—ž, ๐—ž๐—œ๐— ๐—œ๐—”, ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐——๐—œ๐—•๐—จ๐—ž๐—”

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menganjurkan Anugerah Saintis Muda Negara (ASMN) sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian cemerlang saintis muda dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains, teknologi dan inovasi (STI).

Pada tahun 2024, ASMN diberi nafas baharu dengan pengenalan kepada lima (5) kategori pencalonan iaitu:
โœ…Fizik
โœ…Kimia
โœ…Biologi
โœ…Perubatan
โœ…Kejuruteraan.

Syarat-syarat dan peraturan serta borang pencalonan boleh didapati melalui pautan https://tinyurl.com/AnugerahSaintisMudaNegara2024 atau melalui imbas Kod QR pada poster.

Calon-calon hendaklah meneliti setiap syarat-syarat pencalonan dan menghantar dokumen pencalonan yang lengkap. Pencalonan ASMN dibuka sehingga 13 September 2024 (Jumaat) secara dalam talian.

.
Chang Lih Kang
Yusof Apdal

#mosti #sti #STIpemacuekonomi #MerakyatkanSains

@sijilonline
#roadto4.8k

SIJIL ONLINE

25 Aug, 12:23


๐ŸŽฅ Pertandingan Video Pendek Kreatif Budaya Malaysia: *"Malaysia, Rumahku"* ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Bagaimana anda ingin menyatakan cinta dan rasa sayang anda terhadap negaraku, Malaysia?
Sama ada melalui pemandangan kampung halaman, makanan, atau pesona budaya pelbagai, semuanya boleh dipamerkan melalui lensa kamera anda!

Sertai pertandingan video pendek kreatif kami dan bersaing dengan pencipta dari seluruh negara untuk memenangi hadiah paling kreatif.
Mari tunjukkan kepada dunia Malaysia yang ada di hati anda!

โœจ Tema Pertandingan: "Malaysia, Rumahku"

๐Ÿ“… Tarikh Tutup Penyertaan: 8 September 2024

โฐ Tempoh Video: Tidak melebihi [2 minit]

๐Ÿ† Hadiah:

- 1st Prize: Apple iPad Generasi ke-9 (bernilai RM1600)
- 2nd Prize: Samsung Galaxy A15 (bernilai RM899)
- 3rd Prize: Samsung Galaxy Bluetooth Buds 3 (bernilai RM599)
- Anugerah (5 Pemenang): RM200 x 5

### Langkah Penyertaan:

1. Rakaman Video: Rakam video pendek tidak melebihi 2 minit bertemakan โ€œMalaysia, Rumahkuโ€.

2. Isi Borang Penyertaan & Muat Naik Video: Isi borang pendaftaran dan muat naik video anda di platform media sosial Facebook dan TikTok.
Link di sini (https://forms.gle/ciDDEBvrCu6rKjAm6).

3. Follow Akaun Berikut di Facebook:
- ๐Ÿฅ‡ *Yayasan Muhibah Malaysia*
- ๐Ÿฅ‡ *Dr Philip โ€“ Guru Bahasa Melayu*
- ๐Ÿฅ‡ *Pretty Chin โ€“ Guru Bahasa Cina*

4. Muat Naik Video di Facebook dan TikTok dengan Hashtag:
- #YayasanMuhibahMalaysia
- #DrPhilipGuruBahasaMelayu
- #PrettyChinGuruBahasaCina

(Jika langkah-langkah di atas tidak dipenuhi, penyertaan anda akan dibatalkan)

๐Ÿ“ฉ Daftar Sekarang dan Tunjukkan Malaysia di Hati Anda!

[Klik di sini] (https://forms.gle/ciDDEBvrCu6rKjAm6).

Tidak kira sama ada mempamerkan keindahan bandar atau kedamaian kampung, kami mengalu-alukan anda untuk merakam semua ini melalui lensa kamera anda.
Tunjukkan kreativiti anda dan pamerkan rasa cinta anda kepada Malaysia!
Kami tidak sabar untuk melihat tafsiran unik anda tentang "Malaysia, Rumahku"!

#yayasanmuhibahmalaysia
#ymm

@sijilonline

#roadto4.7k

SIJIL ONLINE

24 Aug, 10:44


๐ŸŽจโœจ Jom Doodle untuk Malaysia! โœจ๐ŸŽจ

Sempena Hari Malaysia 2024, sertai kami dalam Pertandingan Doodle Hari Malaysia 2024 dengan tema โ€œMalaysia Madani: Jiwa Merdekaโ€. Tunjukkan kreativiti anda dan rebut peluang untuk memenangi hadiah lumayan! ๐Ÿ’ธ

Kategori Penyertaan:

๐Ÿง‘โ€๐ŸŽจ Kategori A (15-20 tahun):
๐Ÿ… Johan: RM400
๐Ÿฅˆ Kedua: RM250
๐Ÿฅ‰ Ketiga: RM150

๐Ÿ‘ฉโ€๐ŸŽจ Kategori B (21 tahun ke atas):
๐Ÿ… Johan: RM500
๐Ÿฅˆ Kedua: RM250
๐Ÿฅ‰ Ketiga: RM150

Cara Penyertaan:
๐Ÿ“œ Lukis doodle terbaik anda dalam saiz A4 dengan media bebasโ€”berwarna atau monokrom.
๐Ÿ“ธ Pegang karya anda, ambil gambar, dan jangan lupa tag kami di @arts_usm (Instagram) atau @artsuniversitisainsmalaysia (Facebook) dengan #HariMalaysiaSeniUSM.
๐Ÿ“ง Hantar karya anda dalam format JPG (300dpi) beserta resit dan borang penyertaan melalui Google Form [imbas kod QR pada poster atau klik pada pautan Google Form [https://forms.gle/13V2GAX5rVEiBgZq5](https://forms.gle/13V2GAX5rVEiBgZq5)].

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh Tutup: 31 Oktober 2024 (12:00 tengah malam)

Plagiat? Tiada tempat di sini! Jadilah diri anda yang asli, dan biarkan karya anda bersinar. Pemenang akan dihubungi melalui e-mel, dan karya-karya hebat anda berpeluang dipamerkan oleh USM! ๐ŸŒŸ

Jom sertai, tunjukkan semangat patriotik anda melalui seni, dan menangi hadiah yang menanti! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽ‰

Kredit karya Doodle:
Siti Nur Aisyah Binti Rohimi

#schooloftheartsusm
#artsusm
#seniusm
#25TahunSeniUSM
#artswithavoice
#artexhibition
#artseducation
#universitisainsmalaysia
#welead
#HariMalaysiaSeniUSM
#pertandingandoodleharimalaysiausm
#doodlecompetition
#doodle
#competition

@sijilonline

#roadto4.7k

SIJIL ONLINE

23 Aug, 13:19


๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐‘บ๐’‚๐’š๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’“๐’‚ ๐‘ซ๐’†๐’Œ๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’”๐’Š ๐‘บ๐’‚๐’‹๐’‚๐’Œ ๐‘ด๐’†๐’“๐’…๐’†๐’Œ๐’‚ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera๐Ÿ˜Š

Kami dengan sukacitanya menjemput semua kanak-kanak berumur 10 - 12 tahun untuk menyertai ๐’๐š๐ฒ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ซ๐š ๐ƒ๐ž๐ค๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ฌ๐ข ๐’๐š๐ฃ๐š๐ค ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ anjuran Farmasi Medisyifaa, Tanah Merah dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur.

โŒ›๏ธTarikh penyertaan: 21 Ogos hingga 17 September 2024.

Hadiah wang tunai menanti pemenang โ€ผ

๐Ÿฅ‡ Tempat Pertama: RM250 dan e-sijil
๐Ÿฅˆ Tempat Kedua: RM200 dan e-sijil
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga: RM150 dan e-sijil
๐ŸŽ Saguhati: RM100 dan e-sijil X 10 pemenang

Sijil penyertaan juga turut disediakan kepada semua peserta๐Ÿ˜‰

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai dan tonjolkan semangat cintakan negara anda ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โœ๐ŸปDaftar sekarang dengan mengimbas kod QR di poster hebahan atau klik pautan berikut: https://forms.gle/fzGCpFqCo1kPWDs37

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di๐Ÿ‘‡
๐Ÿ“ฑhttp://www.wasap.my/601119575615

#farmasimedisyifaa
#bahasajiwabangsa

@sijilonline

#roadto4.8k

SIJIL ONLINE

06 Jan, 10:33


Menjadi impian besar bagi seorang penulis untuk melihat karyanya diterbitkan dan tersusun di rak-rak kedai buku. Bahkan menjadi impian IMAN juga untuk menerbitkan cerita-cerita yang menarik dan memberikan perasaan lega, puas dan heartwarming kepada pembaca.

Kami percaya fiksyen yang menyembuhkan luka-luka masa lalu, sarat dengan turun naik emosi dan perjalanan berdamai dengan diri merupakan cerita yang IMAN mahukan. Cerita yang memberikan kita rasa catharsis.

Dengan impian ini juga, IMAN ingin mengajak para penulis merealisasikannya dengan menyertai Cipta Magis Cerita โ€” Sebuah sayembara novel IMAN buat julung-julung kalinya.

Sekurang-kurangnya TIGA manuskrip terpilih akan diterbitkan IMAN bersempena PBAKL 2023. Jika pada PBAKL 2022 anda hadir sebagai pengunjung, tahun depan boleh jadi anda hadir sebagai penulis!

Hantarkan manuskrip penuh anda sebelum tarikh tutup sayembara novel IMAN pada 15 Januari 2023. Syarat pertandingan dan format manuskrip boleh rujuk gambar berikut.

Boleh hantarkan manuskrip novel di sini: http://tiny.cc/sayembaraIMAN22

@sijilonline
@garfubinsudu

4,920

subscribers

37

photos

19

videos