Rawat Luka Batin Bersama Prof Muhaya dan Ustaz Hakim @rawatlukabatin Channel on Telegram

Rawat Luka Batin Bersama Prof Muhaya dan Ustaz Hakim

@rawatlukabatin


Jom Rawat Luka Batin dari Bonda dan Ustaz Hakim

rawatlukabatin (Malay)

rawatlukabatin adalah sebuah saluran Telegram yang menawarkan rawatan luka batin bersama Profesor Muhaya dan Ustaz Hakim. Dalam saluran ini, anda akan mendapat akses kepada panduan dan nasihat dari pakar-pakar yang berpengalaman dalam bidang rawatan luka batin. Prof Muhaya dan Ustaz Hakim akan berkongsi pengetahuan mereka mengenai rawatan luka batin dari sudut pandang spiritual dan psikologi. nnSiapakah Profesor Muhaya dan Ustaz Hakim? Prof Muhaya adalah seorang pakar dalam bidang rawatan luka batin yang telah membantu ramai individu untuk pulih dari trauma emosi dan kecederaan dalaman. Beliau menggunakan kaedah yang holistik untuk membantu individu mencapai kesembuhan dalam diri. Sementara itu, Ustaz Hakim adalah seorang pendakwah yang juga mempunyai pengalaman dalam membimbing individu untuk mengatasi masalah emosi dan spiritual.nnDi dalam saluran rawatlukabatin, anda akan dapat belajar tentang kaedah-kaedah rawatan luka batin yang berkesan serta cara-cara untuk menguruskan emosi dan fikiran. Anda juga akan mendapat peluang untuk bertanya soalan kepada Prof Muhaya dan Ustaz Hakim dalam sesi tanya jawab yang diadakan secara berkala.nnJadi, jom sertai rawatlukabatin sekarang untuk memulakan perjalanan menuju kesembuhan emosi dan spiritual anda. Dapatkan bimbingan dan nasihat daripada pakar-pakar yang berpengalaman serta temui sokongan daripada komuniti yang memahami perjalanan anda. Bersama-sama, kita boleh rawat luka batin dari bonda dan ustaz hakim!

Rawat Luka Batin Bersama Prof Muhaya dan Ustaz Hakim

20 Jul, 00:44


Assalamualaikuk semua anak-anak bonda. Bonda kongsikan voice note ini untuk anak-anak sempena tahun baru. Semoga Allah berkati kita semua

Rawat Luka Batin Bersama Prof Muhaya dan Ustaz Hakim

17 Jul, 04:10


Setiap kita ada beban yang perlu kita tanggung.

Tahukah kita apa beban yang Rasulullah tanggung?

Selepas turun surah Ad-Dhuha, Allah datangkan surah Al-Insyirah sebagai pelengkap kisah dan kesinambugan cerita.

Jom kita gali lebih dalam pengajaran & intipati surah Al-Inshirah dalam usrah kita malam esok.

Jangan lupa sertai usrah setiap hari Selasa bersama Ustaz Hakim Mohd Nor, pengasas Akademi Jiwa Hamba secara LIVE di Telegram 'Usrah Jiwa Hamba'

Klik: t.me/keluargajiwahamba untuk pastikan tidak terlepas dan dapatkan nota usrah tadabbur. ๐Ÿ˜ƒ

Rawat Luka Batin Bersama Prof Muhaya dan Ustaz Hakim

11 Jul, 13:09


https://t.me/keluargajiwahamba?livestream=e97108c28b7a62a6db

Rawat Luka Batin Bersama Prof Muhaya dan Ustaz Hakim

11 Jul, 11:59


Dalam perjalanan kehidupan, kadang-kadang kita terduduk dan tak tahu nak buat apa bila hadapi masalah dan musibah yang mengecewakan.

Jangan risau, anda tidak berseorangan.
Nabi Muhammad juga pernah detik sedih yang sama.

Inshallah malam ni selepas Isyak, jom kita tadabbur Surah Ad-Dhuha. Kita sama-sama lihat bagaimana surah ini menjadi motivasi kepada Rasulullah.

Jangan lupa ajak pasangan dan ahli keluarga yang kita sayang untuk LIVE STREAMING bersama malam ni.

Kongsikan t.me/keluargajiwahamba untuk sertai.

Rawat Luka Batin Bersama Prof Muhaya dan Ustaz Hakim

09 Jul, 11:48


Jangan lupa malam ni.

Untuk sesi pertama Pillow Talk: Rawat Luka Batin, Bonda harap semua 300 pemenang dah daftar dan dapatkan link untuk malam ni ya.

Inshallah jumpa you all malam ni ya. โค๏ธ

Rawat Luka Batin Bersama Prof Muhaya dan Ustaz Hakim

07 Jul, 14:13


Live stream finished (6 minutes)

Rawat Luka Batin Bersama Prof Muhaya dan Ustaz Hakim

07 Jul, 14:07


Live stream started

Rawat Luka Batin Bersama Prof Muhaya dan Ustaz Hakim

04 Jul, 12:50


Tahniah kepada 300 pemenang! Pillow Talk dengan Bonda hari ahad ni ya. ๐Ÿ˜Š

Rawat Luka Batin Bersama Prof Muhaya dan Ustaz Hakim

03 Jul, 01:10


Assalamualaikum anak anak bonda

Ada yang terlepas untuk daftar pmc8 dan nak sangat sertai?

Ustaz Hakim ada bantu sediakan satu waiting list untuk mereka yang benar benar nak sertai PMC 8 ni (walaupun sebenarnya pendaftaran dah pun ditutup).

Minta masuk dalam group whatsapp ini ya . Tekan link rawatlukabatin.com.

Di sana nanti team bonda akan bantu assist ya .

Love you all.โค๏ธ

Rawat Luka Batin Bersama Prof Muhaya dan Ustaz Hakim

30 Jun, 16:30


Bagaimana dengan Bismillah, boleh bantu rawat luka batin?

Orang yang baca Bismillah, dengan penuh kefahaman, akan mengerti bahawa tindakannya disertai dengan Allah.

Maka, bila sedar Allah ada dalam setiap perbuatan, kita tak akan berani untuk lakukan apa sahaja yang mengundang marah dan benci Allah.

Kita akan berhenti mengata orang.
Kita akan berhenti pandang rendah orang lain.
Kita akan berhenti salahkan orang lain.
Kita akan berhenti untuk rasa kecewa.
Kita akan berhenti untuk marah marah.

Kerana apa ?

Kerana kita sedar, ada Allah di sisi kita.

Untuk permulaan, amalkan baca Bismillah dengan penuh penghayatan adanya Allah, pada setiap masa.

Nak cakap sesuatu, baca Bismillah.
Nak balas cakap orang, baca Bismillah.
Nak terlintas buat sesuatu , baca Bismillah.

Ini sahaja , akan bantu selesaikan berpuluh masalah kita. Kerana, kali ini, kita tidak hadapi masalah itu seorang diri. Kita ada Allah dalam menyelesaikan masalah kita.

Dapat sesuatu?

Rawat Luka Batin Bersama Prof Muhaya dan Ustaz Hakim

28 Jun, 22:29


Bagaimana untuk dapat rasa syukur?

Dengan melihat orang yang lebih "bawah" daripada kita.

Kita susah? Ya. Tapi, pasti akan ada orang yang lebih susah dari kita.

Dengan itu, kita akan merasakan kita sebenarnya tidak susah, bahkan beruntung jika dibanding dengan mereka yang lebih susah.

Lihat sahaja orang di Uganda ini. Makanan ruji harian mereka adalah buah pisang dan sayur sayuran.

Dan bila kita buat Qurban di sana, berpusu pusu mereka keluar rumah beratur panjang berharap dapat daging.

Walaupun sebenarnya kita telah pun buat pilihan awal siapa yang akan terima daging melalui ketua kampung, namun penduduk kampung tetap juga keluar dengan harapan dapat juga sedikit dibawa balik , kerana menu daging ini hanya dapat mereka jumpa setahun sekali sahaja. Allahu.

Kerana itu, kita akan lebih syukuri bila dapat lihat orang yang lebih susah dari kita.

Moga , ia akan menjadi perawat kepada hati yang mencari cara untuk syukur.

Rawat Luka Batin Bersama Prof Muhaya dan Ustaz Hakim

28 Jun, 22:20


Assalamualaikum semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Semoga terus kekal tenang, bahagia dan gembira .

Teruskan memuji Allah tanpa henti.


Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.

Walillahilhamd. ๐Ÿ˜Š