PERSATUAN MAHASISWA SAINS UPSI @persatuanmahasiswasainsupsi Channel on Telegram

PERSATUAN MAHASISWA SAINS UPSI

@persatuanmahasiswasainsupsi


Channel rasmi Persatuan Mahasiswa Sains UPSI.

Ikuti kami juga di media² sosial rasmi PMS UPSI.

https://linktr.ee/PersatuanMahasiswaSainsUPSI?utm_source=qr_code

PERSATUAN MAHASISWA SAINS UPSI (Malay)

Selamat datang ke PERSATUAN MAHASISWA SAINS UPSI! Channel rasmi Persatuan Mahasiswa Sains UPSI ini didedikasikan untuk semua mahasiswa sains di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan juga masyarakat umum yang berminat dalam bidang sains.

Di sini, kami berkongsi maklumat dan perkembangan terkini mengenai aktiviti, program, dan inisiatif yang dijalankan oleh Persatuan Mahasiswa Sains UPSI. Dengan menyertai channel kami, anda akan dapat terus mengikuti berita terkini dan menjadi sebahagian daripada komuniti sains yang aktif dan berinformasi.

Selain itu, kami juga mengalu-alukan anda untuk mengikuti kami di media sosial rasmi Persatuan Mahasiswa Sains UPSI lain seperti Facebook, Instagram, dan Twitter. Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam pelbagai acara dan aktiviti yang kami anjurkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam sains.

Jadi, jom sertai kami di PERSATUAN MAHASISWA SAINS UPSI sekarang! Klik pautan berikut untuk menyertai channel rasmi kami: https://linktr.ee/PersatuanMahasiswaSainsUPSI?utm_source=qr_code

PERSATUAN MAHASISWA SAINS UPSI

26 Oct, 09:02


*UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA BARISAN KEPIMPINAN PERSATUAN MAHASISWA SAINS (PMS) UPSI SIDANG 2023/2024*

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Barisan Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) UPSI 2023/2024 atas segala jasa, pengorbanan dan bakti yang telah disumbangkan kepada seluruh warga Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga terus melakarkan kecemerlangan pada masa akan datang. Sekali lagi, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas segala kejayaan yang telah diperolehi.

#PMSToTheNextLevel
#PersatuanMahasiswaSainsUPSI

PERSATUAN MAHASISWA SAINS UPSI

26 Oct, 06:29


*SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG _ANNUAL GENERAL MEETING_ PMS SIDANG 23/24*

Kami daripada Persatuan Mahasiswa Sains ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada penerima anugerah sempena Annual General Meeting Persatuan Mahasiswa Sains Sidang 23/24.

Anugerah Unit EXCO Terbaik:
👥Unit Publisiti dan Informasi

Anugerah EXCO Paling Aktif (Individu):
👤Saudara Amirul Aqram bin Rashuddin (NYDP 2)

Pengiktirafan ini diberikan daripada Persatuan Mahasiswa Sains Sidang 2023/2024 sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan komitmen mereka dalam memajukan persatuan. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus berusaha dan cemerlang demi mengharumkan nama persatuan, fakulti serta universiti.

#PMSToTheNextLevel
#PersatuanMahasiswaSainsUPSI

PERSATUAN MAHASISWA SAINS UPSI

25 Oct, 07:49


*LENSA _ANNUAL GENERAL MEETING_ PERSATUAN MAHASISWA SAINS SIDANG 23/24*

Alhamdulillah, telah berlangsungnya *Program _Annual General Meeting_* yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) Universiti Pendidikan Sultan Idris pada ketetapan berikut:

Tarikh : 23 Oktober 2024 (Rabu)
Masa: 8:00 Pagi -12:00 Tengah Hari
Tempat: Blok 3, Aras 3, Bilik Kuliah 7 & 8

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program serta tidak lupa juga kepada peserta yang hadir bagi memeriahkan lagi program.

Di sini, kami selaku Barisan Persatuan Mahasiswa Sains sidang 2023/2024 mengucapkan *SELAMAT MAJU JAYA* sekali lagi kepada Barisan Persatuan Mahasiswa Sains sidang 2024/2025. Semoga barisan kepimpinan baharu ini dapat meneruskan legasi cemerlang dan membawa PMS ke tahap yang lebih tinggi.

#PMSToTheNextLevel
#PersatuanMahasiswa SainsUPSI

PERSATUAN MAHASISWA SAINS UPSI

19 Oct, 14:13


♥️💫🏃🏻‍♂️LENSA PROGRAM MIST’24: _NEON NIGHT CHARITY RUN_🏃🏻‍♂️💫♥️

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Pada 12 Oktober 2024, telah berlangsung Program MIST’24: _Neon Night Charity Run_ di Perkarangan Dewan Tuanku Canselor KSAS, UPSI anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) bersama Fakulti Sains dan Matematik dengan kerjasama Majlis Kanser Negara. Program ini merupakan satu inisiatif untuk menyalurkan sumbangan kepada Majlis Kanser Nasional dan memupuk kesedaran serta sifat keprihatinan kepada warga Universiti Pendidikan Sultan Idris terhadap isu penyakit kanser.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, terutamanya kepada ahli jawatankuasa dan para peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang luar biasa. Diharapkan program ini dapat menggalakkan gaya hidup sihat dalam diri warga Universiti Pendidikan Sultan Idris.

#MIST24
#PMSToTheNextLevel
#PersatuanMahasiswaSainsUPSI

PERSATUAN MAHASISWA SAINS UPSI

19 Oct, 14:10


🩸 *LENSA PROGRAM MIST'24: _BLOOD DONATION HOURS_*🩸

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Pada 12 Oktober 2024, telah berlangsungnya program *MIST'24: _Blood Donation Hours_* di Ruang Legar Dewan Tuanku Canselor, KSAS, UPSI, anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kolaborasi bersama Hospital Slim River,Perak serta Fakulti Sains Dan Matematik (FSM).
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menderma darah di samping meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan warga UPSI serta warga Muallim.❤️

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga dizahirkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung. Tidak lupa juga kepada para peserta yang telah berjaya menderma darah, setiap titisan darah yang anda dermakan adalah harapan baru bagi mereka yang memerlukan.

#MIST24
#PMSToTheNextLevel
#PersatuanMahasiswaSainsUPSI