Nota Bahasa Melayu SPM KSSM @notabmspmkssm Channel on Telegram

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM

@notabmspmkssm


Memuat nota-nota penting bagi subjek Bahasa Melayu SPM

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM (Malay)

Selamat datang ke Nota Bahasa Melayu SPM KSSM! Channel ini ditubuhkan khas untuk pelajar-pelajar yang mengambil subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Kami memuat naik nota-nota penting bagi memudahkan anda dalam pembelajaran dan persediaan untuk peperiksaan anda. Dengan akses kepada nota-nota yang lengkap dan terangkum, anda akan dapat memahami dengan lebih baik topik-topik yang diajar dalam mata pelajaran ini

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM menyediakan pelbagai bahan bacaan yang relevan dengan silibus terkini KSSM. Anda akan mendapati nota-nota ringkas, jadual pembelajaran, petikan karya sastera, dan banyak lagi yang boleh membantu anda dalam memahami setiap aspek mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan sokongan daripada tenaga pengajar yang berkelayakan, anda akan mendapat tunjuk ajar yang terbaik untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM anda

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan nota-nota terbaik bagi subjek Bahasa Melayu SPM anda. Sertai kami di Nota Bahasa Melayu SPM KSSM sekarang dan tingkatkan pencapaian akademik anda dengan lebih yakin dan efektif. Mari sama-sama berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM!

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM

10 Dec, 07:02


https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2022/05/09/3440/

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM

10 Dec, 07:02


Nota akronim

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM

22 Nov, 16:11


FRASA-FRASA MENARIK UNTUK PENULISAN KARANGAN

-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani
-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu

https://t.me/notabmspmkssm

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM

19 Nov, 12:27


Cadangan Penamaan Baharu untuk Jadual Pemakanan

Makan pagi - sarapan
Minum rehat pagi - kudapan
Makan tengah hari - rarau
Minum petang - cicipan
Makan malam - makan malam
Minum malam - gabi

Ibu menyediakan sarapan pagi. ❌
Ibu menyediakan sarapan. βœ…

Makan pagi = sarapan
Sarapan = makan pagi

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM

04 Nov, 15:41


✨100 π™†π™Šπ™Žπ˜Ό π™†π˜Όπ™π˜Ό π™ˆπ™€π™‰π˜Όπ™π™„π™† π™”π˜Όπ™‰π™‚ π˜½π™Šπ™‡π™€π™ƒ π˜Ώπ™„π™‚π™π™‰π˜Όπ™†π˜Όπ™‰ π˜Ώπ˜Όπ™‡π˜Όπ™ˆ π™‹π™€π™‰π™π™‡π™„π™Žπ˜Όπ™‰ π™†π˜Όπ™π˜Όπ™‰π™‚π˜Όπ™‰ π˜Ώπ˜Όπ™‰ π™‡π˜Όπ™„π™‰-π™‡π˜Όπ™„π™‰ ✨
Tip: Jangan guna berlebihan sampai awak sendiri tak faham apa yang awak tulis ok!

1. bermaharajarela = berleluasa
2. menopang dagu = termenung
3. tonggak = asas/dasar
4. aset = sesuatu yang bernilai
5. menuding jari = menyalahkan orang lain
6. waswas = tidak yakin
7. natijahnya = kesannya
8. mencerminkan = melambangkan
9. pornografi = bahan lucah
10. obligasi = semangat
11. impak = kesan
12. tuntasnya = keseluruhannya
13. akur = bersetuju
14. efektif = berkesan
15. imej = penampilan
16. panji = bendera
17. individualistik = mementingkan diri sendiri
18. manipulasi = tindakan
19. emansipasi = hak kebebasan
20. merencatkan = menggagalkan
21. dimonopoli = dikuasai
22.inisiatif = langkah
23. anasir = gejala
24. penggemblengan = penyatuan
25. transisi = perantaraan
26. kaliber = berkeupayaan
27. dasawarsa = satu dekad
28. adaptasi = penyesuaian kepada hasil yang baharu
29. memanifestasikan fikiran = menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
30. menukilkan kata-kata = menulis , bercakap tentang sesuatu
31. memberikan impak = menyebabkan
32. rentetan senario itu = kesan fenomena tersebut
33. jika ditelusuri = jika dikaji secara lebih mendalam
34. penyalur ilmu = pemberi banyak pengetahuan
35. alaf baharu = masa terkini
36. mutakhir ini = pasa masa ini
37. seantero = seluruh
38. menikam sanubari = merosakkan perasaan
39. meluaskan horizon pemikiran = meluaskan pandangan
40. menggabungjalinkan elemen = menggunakan pelbagai aspek
41. Merangsang ekonomi = mengaktifkan proses jual beli
42. dana = modal
43. bitara = tiada tandingan
44. simbiosis = dua benda yang saling berkaitan
45. masih bermain dengan fantasi = tidak berfikiran matang
46. mendabik dada = kesombongan akibat kejayaan
47. mengkodifikasikan undang-undang = menyelaras undang-undang
48. kestabilan spiritual dan fizikal = keseimbangan rohani dan jasmani
49. mekanisme kawalan = aspek yang mengawal sesuatu
50. pandangan sarwa = pemikiran biasa
51. menerajui = memimpin , mengetuai
52. mata pencarian = pendapatan
53. kolot = kuno
54. profesion = kerjaya
55. informasi = maklumat
56. integrasi = perpaduan
57. aspirasi = cita-cita , keinginan
58. memudaratkan = memburukkan
59. dinamik = berdaya saing
60. drastik = cepat , pantas , mendadak
61. perisai = pertahanan
62. diagnosis = mengenal pasti
63. pemantauan = pengawasan , pemeriksaan
64. anjakan paradigma = perubahan demi kemajuan atau kebaikan
65. cakna = ambik berat
66. landasan berfikir = cara berfikir
67. masyarakat konvensional = masyarakat umum
68. mengaibkan diri = memalukan diri
69. alma mater = bekas sekolah , universiti , tempat belajar
70. kemapanan fikiran = keteguhan cara berfikir
71. prakarsa = daya usaha , inisiatif
72. bacul = tidak bersemangat
73. badai kehidupan = cabaran hidup
74. inteligensia = kumpulan manusia yang pandai
75. berkongkalikung = bersepakat
76. bukti yang konkrit = bukti yang kukuh
77. praja = kota , negeri
78. rutin harian = kerja yang biasa dilakukan dan hari-hari
79. nawaitu diri = keinginan diri
80. pentas siasah = dunia politik
81. polemik = perdebatan dalam penulisan surat khabar
82. linglung = hilang ingatan
83. falah = kejayaan , kemenangan
84. interpretasi = tafsiran , penjelasan
85. bersilengah = bersikap tidak tahu
86. inisiatif = usaha
87. efektif = berkesan
88. alternatif = pilihan cara
89. integrasi = perpaduan atau penggabungan
90. diskusi = perbincangan
91. rasional = alasan munasabah
92. ijtihad = pendapat
93. ikhtilaf = perbezaan pendapat
94. perspektif = sudut pandangan yang wajar
95. persepsi = pandangan
96. pesimis = suka mengandaikan sesuatu yang buruk
97. optimis = mengandaikan sesuatu yang baik
98. kemaslahatan = kebaikan
99. modal insan = remaja , generasi kini
100. melikwidasikan = membubarkan

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM

04 Nov, 15:20


Cerita di sebalik perkataan "ketimbang" yang hangat baru-baru ini

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM

03 Nov, 15:09


Antara β€œhingga” dengan β€œsehingga”

β€œhingga” merujuk had atau masa
βœ… Amir berlari hingga garisan penamat.
βœ… Lukman tidur dari 10.00 malam hingga 6.00 pagi.

β€œsehingga” merujuk kesan atau akibat
βœ… Syafiq mengulang kaji pelajaran sehingga tertidur.
βœ… Daun mengkuang itu dijemur sehingga kering.

https://t.me/malaylinguist

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM

02 Nov, 13:03


Ok selamat menjawab kuiz !

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM

25 Oct, 07:47


Justeru itu ❌
Justeru βœ…

Justeru yang membawa maksud Oleh itu adalah salah dan tidak boleh digunakan.

Justeru ialah penanda wacana yang duduk di tengah ayat & membawa maksud malahan/ bahkan/ kebetulan

Contoh ayat :

Ali tidak pernah membenci Ali, justeru dia memujinya.

https://t.me/notabmspmkssm

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM

25 Oct, 07:03


PERKATAAN HARI INI

"ketimbang"

#PerkataanHariIni
#DekadBahasaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM

25 Oct, 07:02


ISTILAH BAHASA MELAYU

πŸ“˜ kemiskinan haid
πŸ”Ž period poverty

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM

18 Oct, 05:31


Rujukan : PRPM

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM

18 Oct, 05:30


Sebagai intiha βœ…
Intihanya ❌

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM

16 Oct, 23:30


Tip mudah ayat pasif

Selepas "di...oleh" hanya kata ganti  nama diri ketiga sahaja

di....oleh saya ❌
di....oleh awak ❌
di....oleh dia βœ…
di....oleh mereka βœ…
di....oleh pihak sekolah βœ…
di....oleh kerajaan βœ…
di....oleh Ali βœ…

Contoh ayat pasif yang BETUL untuk Kata ganti nama diri ketiga:

1) Hadiah itu dibelikan oleh ayah. βœ…
2) Bunga itu dihadiahkan oleh pihak sekolah untuk adik. βœ…
3) Nasi itu digoreng oleh emak. βœ…

Contoh ayat pasif yang BETUL untuk Kata ganti nama diri pertama & kedua:

1) Buku itu saya beli. βœ…
2) Nasi goreng itu saya masak. βœ…
3) Buku-buku itu kami susun dengan kemas. βœ…

https://t.me/notabmspmkssm

Nota Bahasa Melayu SPM KSSM

15 Oct, 23:31


Internet ialah kata nama khas

2,240

subscribers

168

photos

62

videos