MPP UTHM OFFICIAL @mpputhm Channel on Telegram

MPP UTHM OFFICIAL

@mpputhm


Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.

MPP UTHM OFFICIAL (Malay)

Selamat datang ke Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM di Telegram! Jika anda merupakan mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), pastikan anda menyertai saluran ini untuk mendapatkan maklumat terkini tentang aktiviti dan program yang dianjurkan oleh MPP. Sebagai saluran rasmi, kami bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan kegiatan pelajar dan perkembangan terkini di UTHM. Dengan menyertai saluran ini, anda juga berpeluang untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh MPP. Jadilah sebahagian daripada komuniti pelajar UTHM yang aktif dan bersemangat! Follow @mpputhm sekarang untuk tidak terlepas sebarang maklumat penting. Jom bersama-sama memperkasa hubungan antara MPP dan mahasiswa UTHM. Terima kasih kerana menyertai Saluran Rasmi MPP UTHM! #MPPUTHM #MahasiswaUTHM

MPP UTHM OFFICIAL

02 Dec, 09:17


*[JEMPUTAN PROGRAM LAWATAN INDUSTRI: PENINGKATAN ILMU DAN KEMAHIRAN (SIRI 2]*

Assalamualaikum wbt., dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pusat Pembangunan Pelajar (PBP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan program Lawatan Industri: Peningkatan Ilmu dan Kemahiran Siri 2 pada ketetapan berikut:

*SIRI 2*
📆*Tarikh: 4 Disember 2024 (Rabu)*
*Masa: 9.30 pagi - 5.00 petang*
📍*Lokasi: Gading Kencana 8MW Ayer Keroh _Solar Power Plant_*

Sehubungan itu, setiap peserta yang berminat dimohon untuk melengkapkan butiran kehadiran bagi pengesahan kehadiran pada tarikh baharu yang ditetapkan.

Kemudahan seperti makanan, minuman, pengangkutan dan surat pengecualian kuliah akan disediakan. Segala keprihatinan dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

*Pautan pengesahan kehadiran:*
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScuLqAX1nqex0hsFRhMKOLyfZqVWKu9RowlH74z9_1a2wbBCQ/viewform

Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada:
*Saudari Syafawati (017-2990979)*

*Lawatan Industri: Peningkatan Ilmu dan Kemahiran*
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

MPP UTHM OFFICIAL

02 Dec, 06:29


BANJIR : LALUAN JITRA- HUTAN KAMPUNG DITUTUP SEMENTARA KEPADA SEMUA KENDERAAN

MPP UTHM OFFICIAL

02 Dec, 05:48


[COUNTDOWN FESTIVAL KONVOKESYEN 24]

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

6 hari lagi menjelang Festival Konvokesyen ke 24 ❗️❗️

Untuk makluman semua mahasiswa/i Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukn kedatangan anda ke Festival Konvokesyen UTHM ke 24 yang bakal berlangsung pada 6 Disember hingga 12 Disember 2024 ini 🎉🎉

Jumpa anda disana! 🫵🏻

#FestivalKonvokesyenUTHM
#festkonuthm
#festkon24
#uthm
#hep
#hepa

MPP UTHM OFFICIAL

02 Dec, 02:12


*[PENCARIAN PESERTA BAGI _UTHM NEXT: NEW ERA EXPERTISE TRAINING_]*

Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam Pencetus Legasi Mahasiswa.

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2023/2024 dengan kerjasama Pusat Pembangunan Pelajar (PBP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan program *_UTHM NEXT: NEW ERA EXPERTISE TRAINING_* pada ketetapan berikut:

📅 *Tarikh: 5 - 7 Disember 2024 (Khamis - Sabtu)*
📍 *Lokasi: _Savanna Hill Resort_, Ulu Tiram*

*TERBUKA KEPADA 40 MAHASISWA/I TERAWAL SAHAJA!*
📌 Tarikh akhir pendaftaran: 30 November 2024 (Sabtu).

Pautan penyertaan:
https://forms.gle/t5Hi76SkTcZeaDCE8

Kelebihan untuk peserta:
Pengangkutan disediakan
Surat pengecualian kuliah disediakan

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
📞 *Saudara Amir Irfan (012-2130300)*
📞 *Saudari Syafawati (017-2990979)*

Jangan lepaskan peluang ini. Sertai kami dan tingkatkan kemahiran anda bersama *_UTHM NEXT_*!

*_UTHM NEXT: NEW ERA EXPERTISE TRAINING_*
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

MPP UTHM OFFICIAL

01 Dec, 09:35


[COUNTDOWN FESTIVAL KONVOKESYEN 24]

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

6 hari lagi menjelang Festival Konvokesyen ke 24 ❗️❗️

Untuk makluman semua mahasiswa/i Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukn kedatangan anda ke Festival Konvokesyen UTHM ke 24 yang bakal berlangsung pada 6 Disember hingga 12 Disember 2024 ini 🎉🎉

Jumpa anda disana! 🫵🏻

#FestivalKonvokesyenUTHM
#festkonuthm
#festkon24
#uthm
#hep
#hepa

MPP UTHM OFFICIAL

30 Nov, 09:32


*Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera* ,

Perhatian kepada semua pencari kerja, graduan dan pelajar!

Dijemput hadir beramai-ramai ke Program Mini Karnival Kerjaya UTHM 2024!

*Tarikh: 1 Disember 2024 ( Ahad )*
*Masa: Dataran terbuka, UTHM*
*Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang*

Pelbagai peluang kerjaya dan latihan industri menanti anda.

Jangan lepaskan peluang ini untuk membina jaringan bersama industri pilihan dan peluang untuk menghadiri temuduga secara langsung.

Sila bawa bersama *resume* dan mulakan kerjaya anda di Mini Karnival Kerjaya UTHM 2024!

MPP UTHM OFFICIAL

30 Nov, 09:32


Document from Saufi

MPP UTHM OFFICIAL

30 Nov, 09:31


*[ TINJAUAN KELUARGA/PELAJAR UTHM YANG TERKESAN BENCANA BANJIR MULAI NOVEMBER 2024 ]*

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Pelajar UTHM yang dikasihi sekalian.
Untuk makluman, Pusat Pembangunan Pelajar (PBP), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Kelab Sukarelawan Universiti (KSU), UTHM sedang dalam usaha untuk mendapatkan maklumat pelajar UTHM dan keluarga yang terkesan dengan bencana banjir yang sedang melanda.

Oleh itu, sekiranya ada pelajar UTHM dan keluarga yang terkesan dengan bencana banjir yang sedang melanda, mohon isikan maklumat melalui kod QR di dalam poster yang dilampirkan atau menerusi pautan di bawah.

https://bit.ly/Banjir-Nov-2024

Segala kerjasama dan maklumat yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

#UTHMJohor
#UTHMPrihatin
#tnchepauthm
#hepauthm
#pbputhm
#pheputhm
#mpputhm
#ksuuthm
#nilaidankesukarelawanan

MPP UTHM OFFICIAL

28 Nov, 09:41


*[ TINJAUAN KELUARGA/PELAJAR UTHM YANG TERKESAN BENCANA BANJIR MULAI NOVEMBER 2024 ]*

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Pelajar UTHM yang dikasihi sekalian.
Untuk makluman, Pusat Pembangunan Pelajar (PBP), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Kelab Sukarelawan Universiti (KSU), UTHM sedang dalam usaha untuk mendapatkan maklumat pelajar UTHM dan keluarga yang terkesan dengan bencana banjir yang sedang melanda.

Oleh itu, sekiranya ada pelajar UTHM dan keluarga yang terkesan dengan bencana banjir yang sedang melanda, mohon isikan maklumat melalui kod QR di dalam poster yang dilampirkan atau menerusi pautan di bawah.

https://bit.ly/Banjir-Nov-2024

Segala kerjasama dan maklumat yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

#UTHMJohor
#UTHMPrihatin
#tnchepauthm
#hepauthm
#pbputhm
#pheputhm
#mpputhm
#ksuuthm
#nilaidankesukarelawanan

MPP UTHM OFFICIAL

28 Nov, 04:33


*Jom ke Food Truck Sale!*

Sempena *Universal Symposium 2.0 (Learning Barrier)*, kami menjemput anda semua untuk menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman daripada *food truck* yang akan berada di:

📍 *Lokasi:* Berhampiran G3
📅 *Tarikh:* 28 November 2024 (Khamis)
*Masa:* 8:00 pagi - 5:00 petang

Sambil menyertai simposium, nikmati juadah yang menyelerakan! Jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan terbaik dari *food truck* pilihan.

Jumpa anda di sana!

MPP UTHM OFFICIAL

28 Nov, 04:33


Join us for the *Universal Symposium 2.0 (Learning Barrier)*!

📅 *Date:* *28 November 2024*
🕗 *Time:* *8:00 AM - 5:00 PM*
📍 *Venue:* *DKA, G3* *(Physical) & Online Session (via Microsoft Teams)*
🎓 *Perks:*
- *E-Certificate*
- *SMAP Points*

*Don't miss this chance to engage in insightful discussions and explore solutions to learning barriers.*

Click here to join online: [https://teams.microsoft.com/l/meetup-join/19:meeting_NGQ1MTliN2YtMjY4Mi00ZjhlLTlhNzEtY2UwM2Y1NzFkMWY1@thread.v2/0?context=%7B%22Tid%22:%2210957518-e54c-4afc-a161-7654f5747891%22,%22Oid%22:%22e66d1a41-8789-4571-8804-bfbfa7df8b8b%22%7D]

MPP UTHM OFFICIAL

26 Nov, 00:22


*[PENGUNDIAN MAHASISWA/I UTHM BAGI KATEGORI ANUGERAH INSPIRASI MAHASISWA 2024 (AIM 2024)]*

Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam Pencetus Legasi Mahasiswa.

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024 bersama Pusat Pembangunan Pelajar (PBP) akan menganjurkan *Anugerah Inspirasi Mahasiswa 2024 (AIM 2024)*. Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dialu-alukan untuk membuat pengundian bagi 4 kategori berikut:

1. *Anugerah Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Popular*
2. *Anugerah Pengetua Popular*
3. *Anugerah Organisasi Popular*
4. *Anugerah Pengarah Popular (terbuka untuk undian oleh pelajar dan staf)*

Bagi menyertai proses pengundian, sila layari pautan berikut:
(https://forms.office.com/Pages/ResponsePage.aspx?id=GHWVEEzl_EqhYXZU9XR4kWFJHCqHn3VMls8yQdvZi8lUQlpTTzJOUDdJVUZVMkNKMzRORUlTM0lSVy4u&origin=QRCode)

Jom bersama-sama memeriahkan *Anugerah Inspirasi Mahasiswa 2024 (AIM 2024)* dengan menyokong calon pilihan anda! Segala kerjasama dan keprihatinan yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

*Majlis Tertinggi*
_Anugerah Inspirasi Mahasiswa 2024 (AIM 2024)_
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

MPP UTHM OFFICIAL

25 Nov, 03:48


[𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐑𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 🏃🏻‍♀️]

Acara larian terbesar akan menemui anda tidak lama lagi! *Let’s Get Moving!* 🏃‍♂️🏃‍♀️

📅 Tarikh: *21 Disember 2024*
📍 Lokasi: *Laguna Pagoh, Johor*
Masa: *6 pagi sehingga 4 petang*

*‼️Kenapa Anda Mesti Sertai*‼️
🏆 Hadiah yang menarik dan cabutan bertuah
🎖️T-shirt dan Medal
🧾 E-Sijil
🍽 Makan ringan

📌 Yuran Pendaftaran: *RM 41 SAHAJA*
📲 *Daftar sekarang*: https://shorturl.at/vO9Mp

🛑 Tempat adalah terhad! Cepat daftar sebelum terlambat!

Sebarang pertanyaan, hubungi:
Atirah: 017-9047016
Hakimi: 011-11957035

“𝙇𝙚𝙩’𝙨 𝙂𝙚𝙩 𝙈𝙤𝙫𝙞𝙣𝙜!”
𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐑𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒

MPP UTHM OFFICIAL

20 Nov, 04:49


Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman semua, 20 November 2024 (Rabu) merupakan tarikh akhir bagi penghantaran kertas kerja. Pautan penghantaran kertas kerja akan ditutup pada jam 11:45 malam.

Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak Tuan/Puan dalam memastikan penghantaran kertas kerja ini mengikut tarikh yang ditetapkan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

MPP UTHM OFFICIAL

20 Nov, 02:39


MPP UTHM OFFICIAL pinned «[SELAMAT DATANG KE SALURAN TELEGRAM RASMI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (MPP UTHM)] Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam Pencetus Legasi Mahasiswa. Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM ingin mengajak mahasiswa…»

MPP UTHM OFFICIAL

20 Nov, 02:39


[SELAMAT DATANG KE SALURAN TELEGRAM RASMI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (MPP UTHM)]

Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam Pencetus Legasi Mahasiswa.

Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM ingin mengajak mahasiswa UTHM mengikuti saluran Telegram baharu Majlis Perwakilan Pelajar UTHM. Di saluran ini, mahasiswa akan memperoleh maklumat terikini dan sahih tentang perkembangan universiti. Ini juga salah satu inisiatif MPP UTHM untuk mengembangkan lagi saluran media bagi memberi hebahan.

📌Telegram Channel: https://t.me/mpputhm

Sekian, terima kasih.

"PENCETUS LEGASI MAHASISWA”

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Sesi 2023/2024

Untuk maklumat lebih lanjut, ikut dan kongsi di :
_________________________
Facebook :Majlis Perwakilan Pelajar UTHM
instagram : mpputhm2024
Twitter : @mpputhm2024
Telegram: t.me/mpputhm
Youtube : MPP UTHM OFFICIAL
Pautan aduan: https://linktr.ee/MPPUTHM23_24

MPP UTHM OFFICIAL

06 Nov, 12:46


I 🏆 PAGOH SPORT CHALLENGE 3.0 2024 🏆 I

———————————————————————

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan, Pihak Majlis Perwakilan Pelajar bersama-sama mengembalikan lagi acara *_Pagoh Sport Challenge_* dengan pelbagai sukan yang menarik🤩🔥.

Sukan apa yang akan dipertandingkan?🤔 - _Slide next👉🏙🌇_

💥Ini adalah peluang terbaik untuk membuktikan kehebatan anda di arena sukan! Daftar SEKARANG dengan mengimbas kod QR atau tekan sahaja link di bawah
👇
🔗:https://forms.gle/wSZaeCW21mAndbv98

Siapkan diri, kumpulkan tenaga, dan tunjukkan semangat juang anda! 🏆

Sekiranya mempunyai sebarang soalan, sila hubungi

👨🏻‍💻 Saudari Atikah: 01128022561
👩🏻‍💻 Saudari Nasha: 012-809 7404

SIJIL DAN _REFRESHMENT_ DISEDIAKAN

> Fueled by passion, drive by power, unstoppable in persevere💪🏻🔥

Yang Ikhlas,
Jawatankuasa Pelaksana,
Pagoh Sport Challenge 2024,
Universiti Tun Hussein On Malaysia
—————————————————————
#PSC3.0
#PassionPowerPersevere
#DenganHikmahKitaMeneroka
#PencetusLegasiMahasiswa

MPP UTHM OFFICIAL

04 Nov, 13:45


HEBAHAN PERMOHONAN SABIL AL-HIKMAH SEMESTER 1 SESI 2024/2025

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Sabil Al-Hikmah kini dibuka untuk permohonan!

Syarat-syarat permohonan:
1. Pelajar B40
2. Mahasiswa aktif dan warganegara Malaysia

Permohonan boleh dibuat melalui SMART UTHM di pautan berikut:
[https://smart.uthm.edu.my/]

Borang permohonan boleh diisi mulai 4 November 2024 (Isnin) jam 6.00 petang sehingga 11 November 2024 (Isnin). Pelajar yang layak akan ditemuduga pada waktu yang akan dimaklumkan kemudian.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Kampus Induk:
Saudari Azilah - [https://wa.me/601111847421?text=SabilAlHikmah]

Kampus Pagoh:
Saudari Atirah - [https://wa.me/60179047016?text=SabilAlHikmah]

“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
Jabatan Kebajikan dan Kesejahteraan
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

MPP UTHM OFFICIAL

31 Oct, 12:20


《 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒 》

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Pencetus Legasi Mahasiswa.

Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Sesi 2023/2024 ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali.

Sambutan Deepavali atau juga dikenali sebagai Diwali merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu. Perayaan ini dirayakan pada bulan genap iaitu pada bulan Oktober dan November. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa' yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan.

Deepavali juga bermaksud sebarisan pelita. Oleh itu dengan memasang pelita, penganut Hindu percaya bahawa kecerahan akan mengatasi kegelapan, keadilan akan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan akan mengatasi kezaliman. Perayaan ini juga menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan.


“Pencetus Legasi Mahasiswa”

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Sesi 2023/2024

MPP UTHM OFFICIAL

22 Oct, 00:40


HARI TERAKHIR SESI PENGAKTIFAN KAD MySISWA

Mahasiswa/i yang masih belum mengaktifkan Kad MySiswa, boleh terus hadir ke Dewan Peperiksaan F2. Hari ini adalah hari terakhir bagi mahasiswa/i Kampus Induk, Parit Raja.

Kegagalan mahasiswa/i mengaktifkan Kad MySiswa ini akan mengakibatkan wang pinjaman, biasiswa dan bantuan tidak dapat disalurkan ke akaun mahasiswa/i.

Kaunter dibuka seawal jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Mohon kerjasama dan perhatian semua mahasiswa/i khususnya mahasiswa/i baharu yang mendaftar masuk ke universiti.

MPP UTHM OFFICIAL

22 Oct, 00:33


*ASSALAMUALAIKUM KEPADA SELURUH WARGA UTHM*

🗣️🔊 *PERHATIAN*

▶️ Pihak Masjid Sultan Ibrahim UTHM ingin meuar-uarkan penjualan makanan yang dijamin sedap, murah dan mampu dibeli oleh semua warga UTHM 😍

▶️ *NASI BAJET (RM 3.50)*
(NASI + LAUK + SAYUR +
BUAH + AIR)

💢 Jualan *DIBUKA* pada setiap hari *SELASA & RABU* | 10.00 AM - Sehingga habis 💢

🕌 Tempat : DEWAN JAMUAN MASJID UTHM

📱Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
**Sdr Naiman (011-11030095) - RM*
**Sdr Haqeem (017-7243529) - KI*
**Sdr Hafizul (013-9024025) - RSY*

Rakan Masjid
Pusat Islam Universiti
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

MPP UTHM OFFICIAL

22 Oct, 00:31


📢 Sesi Temu Bual Bantuan Zakat Pelajar UTHM Semester 1 Sesi 2024/2025

Jom hadir ke Sesi Temubual Bantuan Zakat Pelajar UTHM Semester 1 Sesi 2024/2025. Berikut adalah maklumat penting untuk sesi tersebut:

🔹 Pelajar LI/LM UTHM
📅 8-10 Oktober 2024
9.00 a.m. – 3.30 p.m.
📍 Atas Talian

🔹 Pelajar Kampus Induk
📅 13-17 Oktober 2024
9.00 a.m. – 3.30 p.m.
📍 Dewan Al-Farabi, Masjid Sultan Ibrahim

🔹 Pelajar Kampus Pagoh
📅 20-22 Oktober 2024
9.00 a.m. – 3.30 p.m.
📍 Bilik Mesyuarat 2, 3 & 4, Blok A1, Bangunan Pentadbiran UTHM Pagoh

🔍 INFO PENTING
1. Semak status permohonan pada sistem SMART.
2. Hanya pemohon yang berstatus LENGKAP diwajibkan hadir.
3. Pastikan hadir pada waktu yang telah ditetapkan.
4. Pelajar LI/LM wajib mengisi borang tambahan yang boleh didapati melalui kod QR di poster.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Zakat UTHM:
📞 07-453 3497
🌐 [email protected]

#ZakatUTHM #BantuanZakatUTHM #SesiTemuBual #PelajarUTHM

MPP UTHM OFFICIAL

22 Oct, 00:30


Dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Zakat, Pusat Islam UTHM akan menganjurkan Program Free Fuel yang merupakan program pengisian minyak secara percuma dengan RM5.00 untuk sekali pengisian minyak seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Oktober 2024 (Khamis)
Masa: 8:30 pagi hingga 10:00 pagi
Tempat: Stesen PETRONAS Parit Raja, Lot 6595, Mukim Sri Gading, Jalan Kluang 86400 Parit Raja.

Pelajar yang berminat dikehendaki mendaftar melalui borang pendaftaran kupon yang disediakan dan mengambil kupon di pejabat Pusat Islam UTHM.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pengurusan Zakat di talian 07-4533497 atau layari laman media sosial rasmi Zakat UTHM.

Kerjasama dan perhatian semua pelajar yang terlibat amat dihargai.

MPP UTHM OFFICIAL

22 Oct, 00:30


《 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐑𝐄𝐓𝐀𝐊𝐄𝐑 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟒 》

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Pencetus Legasi Mahasiswa.

Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Sesi 2023/2024 telah rasmi dibubarkan pada 1 Oktober 2024. Sehubungan itu, semua pemegang jawatan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 2023/2024 telah dilantik sebagai caretaker pada 15 Oktober 2024 sehingga tarikh pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025 yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP).

“Pencetus Legasi Mahasiswa”

Ikhlas daripada,

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Sesi 2023/2024

MPP UTHM OFFICIAL

15 Oct, 16:18


🌟 *PROGRAM KOMUNITI MADANI: CAKNA BENCANA, KESELAMATAN & KESIHATAN* 🌟

‼️‼️PERHATIAN‼️‼️

Pusat Pembangunan Pelajar (PBP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan sukacitanya ingin menjemput anda untuk menyertai *Program Komuniti Madani: Cakna Bencana, Keselamatan dan Kesihatan* yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓 *Tarikh: 17 Oktober 2024 (Khamis)*
*Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang*
📍 *Tempat: Dewan Sultan Ibrahim, UTHM*

*Antara aktiviti menarik yang menanti anda:*
1. Ceramah: Belia Prihatin - Kesukarelawanan dan Penyelamatan Kecemasan
2. Ceramah: Sukarelawan Holistik: Menyemarakkan jiwa, melonjak prestasi
3. Ceramah: Pengurusan Bencana di Malaysia: Peranan Agensi & Komuniti
4. Program Derma Darah
5. Pameran Kesihatan
* Health Lane Family Farmacy
- Pemeriksaan kesihatan percuma oleh _Health Lane Family Pharmacy_ dan Beylla Medispa
- Pameran kesihatan oleh _National Kidney Foundation_ dan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor
- Pameran keselamatan oleh PDRM

Para pelajar dan pengunjung yang hadir akan memperolehi:
1. Rekod kehadiran dalam Sistem Maklumat Aktiviti Pelajar (SMAP).
2. Makan pagi untuk 150 yang terawal.
3. E-sijil program
4. Goodies

Jom hadir beramai-ramai bagi memeriahkan program ini serta semarakkan semangat kesukarelawanan ke arah masa depan yang lebih selamat dan sihat!!

Jumpa anda di sana🫵🏻

MPP UTHM OFFICIAL

14 Oct, 13:02


👨🏻‍🎓👩🏻 *JEMPUTAN KE PROGRAM KARNIVAL INSPIRASI PELAJAR*

🤔 Adakah anda buntu dalam bidang keushawanan, kepimpinan dan ilmu? mahukan motivasi dan inspirasi daripada yang berpengalaman tetapi tidak tahu cara untuk merujuk?

💼 Marilah ke Program Karnival Inspirasi Pelajar dan meneroka ilmu dalam bidang keusahawanan dan kepimpinan yang akan dikongsikan dari yang berpengalaman !

🌟 Apa yang anda akan peroleh:
4 slot perkongsian perniagaan dan forum international
Panel yang berpengalaman dan berpengetahuan
Pameran organisasi/kelab aktif

*🗓 Tarikh: 15 & 16 Oktober 2024 (Selasa - Rabu)*
*📍Tempat: Kolej Kediaman Kampus Cawangan Pagoh*

📢 Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari asas perniagaan dan kepimpinan dan rebut peluang keemasan ini bersama. Jumpa anda di sana !

Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Sesi 2023/2024