Menu Kampung @menukampung Channel on Telegram

Menu Kampung

@menukampung


Aneka Resepi Masakan Kampung Dan Moden

Menu Kampung (Indonesian)

Menu Kampung adalah channel Telegram yang menyediakan beragam resep masakan tradisional Indonesia. Dari soto ayam hingga rendang, semua ada di sini! Dibuat oleh para ahli kuliner Indonesia, channel ini merupakan tempat terbaik bagi pecinta kuliner untuk menemukan inspirasi memasak. Dengan langganan channel Menu Kampung, Anda akan mendapatkan resep baru setiap minggunya, beserta tips memasak yang berguna. Jadi, apakah Anda seorang ibu rumah tangga yang ingin memasak masakan lezat untuk keluarga, atau sekadar ingin mencoba memasak masakan Indonesia yang autentik, channel Menu Kampung adalah tempat yang tepat. Bergabunglah sekarang dan jadikan setiap hidangan Anda istimewa dengan sentuhan tradisional Indonesia dari Menu Kampung!

Menu Kampung

13 Feb, 18:47


RESEPI AGAR-AGAR LUMUT GULA MERAH

BAHAN-BAHAN :

• 10 gm serbuk agar-agar

• 4 cawan air

• 1 kotak kecil santan kara

• 1 biji telur

• 1 1/2 cawan gula merah

• secubit garam

• sehelai daun pandan

CARA MEMBUATNYA :

• Satukan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan masak sehingga agar-agar larut dan mendidih.

• Masukkan gula merah dan daun pandan. Masak sehingga gula merah larut.

• Tapiskan adunan ke dalam periuk lain.

• Dalam bekas lain, kacau santan, telur dan garam sehingga sebati

• Masukkan adunan santan ke dalam adunan agar-agar dan biar mendidih lebih kurang satu minit

• Tuang ke dalam loyang dan biarkan keras.

Kredit : nuhazkitchen

SELAMAT MENCUBA 👍 — with Lisa Aisha.

Menu Kampung

13 Feb, 13:11


Buat sendiri kuih sepit lagi sedap dan jimat 😋
.
Bahan2:
500 gm tepung gandum
400gm gula
5 biji telur
Santan
.
Cara: Kocak2 gula + telur, pastu boh tepung...gaul sebati, last sekali boh santan...pekatnya macam nak buat kuih ketayap...kalau suka boleh boh serbuk kulit kayu manis...Selamat mencuba🤗
.
Pembuat kuih sepit dapatkan disini model lama dan baru 🛒
.
👉🏼 https://shope.ee/7KYgfpgWcM
👉🏼 https://shope.ee/6Kg9U7YIj5
.
Kredit: Hazilah Abu B4k4r

Menu Kampung

12 Feb, 06:22


Acor ikan Aye....menu legend nie...saya lahir tahun 80an...tapi mok kabow menu legend ar nim....mgkin ade yg zaman saya xberpa tahu tentang menu nim....boleh lah cuba....

🌺 Acor ikan Aye 🌺

Resepi
==============

-ikan aye...gaul garam goreng sekejap
-timun btg belah 4
-bawang merah 5bji*
-bwg besar 1bji*
-bwg putih 2 ulas*
-halia ckit *
-cili kering blend 3-4sb
-cuka makan 2-3 sb @ air asam jawa
-cili merah potong pjg
-bwg besar belah 4
-garam & gula

Cara2
=======================
-blend bhn bertanda*
-panaskan minyak dan tumis cili blend,dh agak masak masukkan bwg yg dblend dan cili merah serta bwg besar yg dbelah 4,
-masukkan air utk djadikan kuah,masuk timun dan cuka @ air asam jawa .,masuk ikan yg siap digoreng & perasakan garam gula..biarkan shhga timun masak..siap..

👉Air jgn byk ye .. Acar ikan aye nie kuah pekat ckit dari acar timun masak

Kredit: Norashikin Ismail

Menu Kampung

08 Feb, 05:49


Alhamdulillah❤️
Menu petang
Firstime buat burnt cheesecake ni..
Menjadi dgn jaya.

Bahan2:
250gm cream cheese
1/2cup gula
3biji telur
1/2cup whipping cream
2tbsp tepung gandum
1tsp esen vanila
1tbsp perahan lemon (optional)

Cara2:
Blend ke semua bahan2 ⬆️ sehingga sebati
Bakar di dalam Airfryer dua kali
1. 180c - 25minit
2. 160c - 15minit

** Size loyang : 6inci
** Jenis AF : Russell Taylor 3.8L

Selepas siap bakar, biarkan sehingga suhu bilik.
Lagi sedap biarkan sejuk2 dalam fridge, baru potong dan makan!

Selamat mencuba gaisss!

P/s: saya xtahu nak credit ke siapa. Semoga owner resepi menghalalkan ilmu kepada kite semua.sebab ramai yg berkongsi cara yg sama.

Airtangan dan Foto- Eniza M. Salim

Menu Kampung

07 Feb, 16:24


💜SOM SOM SAGU /KANJI SOM ~SOM💜

BAHAN SAGU
1 cwn sagu
3 cwn air
2 helai pandan
sedikit pewarna hijau

CARANYA
~masak air bersama pandan hingga mendidih/masukkan pewarna hijau
~keluarkan pandan
~masukkan sagu
~kacau hingga pekat/masa ni sagu masih bermata ikan
~tuang sagu ke dalam bekas kecil
~ kukus selama 15min sehingga sagu jernih
~sejukkan
*** boleh juga kacau hingga sagu jernih tanpa perlu dikukus
dengan menambah sukatan air
opah x nk lembik sgt jd opah kukus..

BAHAN KANJI SOM~SOM
1/2 cwn tepung beras
4 cwn santan
garam secukup rasa

CARANYA
~satukan kesemua bahan di dalam periuk/sebatikan
~masak hingga hingga pekat dan meletup2 dengan api sederhana
sentiasa dikacau utk mengelakkan berketul ye
~tuang adunan ke atas sagu
~sejukkan

BAHAN AIR GULA
1 1/2 cwn air
4 keping gula kerek/melaka
*boleh guna gula merah
1/4 cwn gula pasir
2 helai pandan disimpul

CARANYA
~satukan semua bahan
~masak api sederhana hingga mendidih
~tapis dan sejukkan
~siap

SELAMAT MENCUBA

oleh Mas Cotek

Menu Kampung

04 Feb, 12:48


Budak-budak kata macam laksa dekat stall AEON Mall. Maknanya sedap la tu kan 😆

Resepi laksa campak2 dan mudah sangat cara buatnya..

Kisar sardin dalam tim ADABI, belacan, bawang merah, cili kering, nanas

Masukkan semua bahan ke periuk..
- air
- bahan kisar
- daun kesum
- kantan
- pes asam pedas ADABI
- serbuk nasi goreng ADABI sebagai penambah rasa
- asam keping
- garam dan bahan perasa

Rebus sehingga serasi semua..hidang dengan laksa, ulam dan telur.

Senang kan tak payah rebus ikan dan perisi tulang 👍

Menu Kampung

04 Feb, 08:57


Copy & simpan resepi disini.😊

Kt sini sy shre resepi.. Bhn2 simple je. P rsa mcm aym kfc original 😄😄.. Setabung 2 dn la 2minggu klu mls.. Klu rajin xdn seminggu Setabung besar.. Jimat kos..jimat ms xpyh g beratur beli kfc🤗🤗

Resepi..
1/2 peket tepung gandum
1 peket tepung beras jati
1 peket tepung jagung cap bintang
1 peket kecil serbuk kari ayam/daging
1 peket kecil serbuk kunyit
Serbuk cili klu nak pedas letak lebih tak nak pedas letak sedikit..

Cara: Campur semua bahan dalam bekas kacau dan gaul hingga sebati dan dah siap. boleh guna terus atau simpan dalam bekas bertutup..🫰😋..

Menu Kampung

03 Feb, 15:23


BISKUT SARANG SEMUT

1 buku butter

1 cawan gula (saya guna 3/4cawan je)
1 cawan tepung custard*
1 cawan tepung jagung*
3 cawan tepung gandum*
1sdk baking powder*
1 sdk esen vanilla
1 biji kuning telur
Papercups
Choc rice
(Ayakkan semua bahan tanda *)

Cara:

1. Pukul butter + gula hingga putih.
2. Masukkan telur & esen vanilla.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit hingga dapat adunan yg sempurna.( kalau lembek tambah lgi tepung)
4. Parutkan adunan dan masukkan ke dalam papercups.
5. Taburkan choc rice.
6. Bakar suhu 170C 20mins.

Jendela Dapur Puan Koyas
empunya resepi

Menu Kampung

02 Feb, 18:57


RESIPI BUTTER CHEESE CAKE ala2 Kek MITA

bahan2
3/4 cawan butter
1/2 @ 125g dari pack 250g cream cheese
1 cawan gula castor
5 biji telur (A)
2 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
2 cawan tepung gandum } ayak
1 + 1/2 sk baking powder } sekali

Cara-cara membuatnya:

– Mix butter + cheese hingga kembang..

– Masukkan gula sedikit demi sedikit, mix hingga putih creamy …

– Masukkan esen vanilla + garam..

– Masukkan telur sebiji demi sebiji, mix lagi hingga gebu..

- Masukakn tepung sedikit demi sedikit, mix sebati..

– Bake 160°c 45- 1 jam @ sehingga masak..

* sis guna loyang bulat 8″
selamat mencuba
MUST TRY!!!

Menu Kampung

29 Jan, 14:38


Biskut Butter Cheese paling Senang Nak Buat 😋

250g mentega
150g gula
375g tepung gandum
60g tepung jagung
150g keju cheddar parut
20g coklat rice

Cara-cara:

1. Satukan butter dan gula, gaul sebati
2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, sedikit demi sedikit sambil gaul sebati
3. Masukkan keju cheddar dan coklat rice, gaul rata
4. Terap guna acuan pilihan
5. Bakar suhu 160°C selama 30 minit

Menu Kampung

29 Jan, 06:44


jemput join group https://www.facebook.com/groups/5165968646764788/

Menu Kampung

24 Jan, 13:38


Resepi Cornflakes Crunchy Cookies

Bahan²
- 1 3/4cwn tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)
- 1/4 cwn tepung jagung
- 1/2 sudu teh baking powder
- 2 cawan cornflakes ramas kasar
- 200g butter (suhu bilik)
- 3/4 cwn gula kastor
- 1 biji kuning telor

Cara²
Gula dan butter di pukul dalam 5 minit... guna senduk je atau Boleh guna whisk dan masukkan telor.. kacau kejap

Kemudian masukkan Campuran tepung dan cornflakes serta Baking powder .. gaul sebati serta bulat2 kan dan ramas kasar cornflakes gelek2 kan cornflakes ball dalam cornflakes tadi

Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 mnt

Sapu nipis permukaan loyang dengan butter dan isikan cornflakes ball yg dah siap tadi

Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah...

Kredit: tahrunnisa

Menu Kampung

22 Jan, 10:03


Kailan Goreng Belacan

Bahan:
-2 ikat kailan (basuh bersih dan potong)
-2 ke 3 biji bawang kecil
-2 ke 3 ulas bawang putih
-cili api
-1 sudu udang kering
-1 sudu belacan (sangai sampai jd serbuk)
-sedikit minyak
-1 sudu sos tiram
-sedikit air

Cara:
-blend bawang kecil, bawang putih, cili api & udang kering dengn sedikit air sampai lumat.
-panaskan minyak. Tumis bahan blend sampai garing.
-masukkan sos tiram & belacan sangai. Masuk sikit air. Kacau smpai sikit kering.
-masukkan kailan. Kacau rata smpai masak. Done.
- kredit dapurfaafeefoo

Menu Kampung

21 Jan, 03:05


SERUNDING IKAN + KELAPA
(Untuk Simpul Kasih)

Ni resepi serunding :

Bahannya :

1kg ikan sardin(rebus n asingkan isi)
4cwn kelapa parut
10tangkai cili kering(rendam bg lembut)*
10bj cili padi(bg pedas)*
3bj bwg besar*
5ulas bwg putih*
1in halia*
1in lengkuas*
1sudu mkn jintan manis*
3btg serai*
Stgh cwn minyak
Sebtg kayu manis
2cwn gula,ckit garam
Semua bhn bertanda * diblender.
-
Cara-cara :

Tumbuk isi ikan.
Panaskan minyak n letak kayu manis n bhn blender.Masak sampai naik bau.
Masukkan kelapa n isi ikan.
Gula n garam.
Kacau sampai rata.
Masak sampai kering .
Lbh krg 2jam.
Serunding nak rasa manis baru sedap.
-
Kredit : Roslina Shaari Ina Kie