Dernières publications de Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥 (@luanlp) sur Telegram

Publications du canal Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥
Channel ini bertujuan membantu Tuan Puan mencapai kejayaan, kekayaan & kebahagiaan dengan ilmu-ilmu Eksklusif daripada Tuan Zuhairi Nopiah.

Boleh lawat link ni untuk dapatkan karya terkini beliau >>> https://mylink.la/zuhairi3

☎️ 019-415 8809
6,814 abonnés
3,495 photos
247 vidéos
Dernière mise à jour 08.03.2025 23:55

Canaux similaires

Rafie & Felinna
5,390 abonnés
UPDI
2,500 abonnés

Le dernier contenu partagé par Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥 sur Telegram

Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

12 Feb, 00:45

882

ATOMIC HABIT (Part 3)🔥🔥

HANYA 1% UNTUK JADI LUAR BIASA!

Pada tahun 2007, pasukan basikal British bukanlah nama besar dalam dunia sukan.

Sejak 1907, mereka hanya menang satu pingat emas di Sukan Olimpik.

Malah dalam masa 110 tahun, takda sorang pun pelumba British yang menang perlumbaan basikal terbesar dunia, Tour de France.

Tapi dalam masa 10 tahun (2007-2017), mereka merangkul 5 daripada 6 pingat emas di Olimpik 2008 dan pecahkan rekod dunia berkali-kali.

Manakala pada Tour de France pula, mereka menang 6 kali dalam tempoh 7 tahun!

Apa rahsia mereka?

Bukan latihan hardcore, bukan strategi pelik. Tapi hanya perubahan kecil 1% pada banyak aspek.

Dave Brailsford, ketua jurulatih pasukan, perkenalkan prinsip “Marginal Gains”.

Ia adalah satu idea bahawa jika anda memperbaiki setiap aspek sekecil 1%, kesannya akan berganda dan membawa kejayaan luar biasa.

Mereka tak hanya fokus pada teknik kayuhan. Tapi mereka perhalusi semua aspek yang nampak remeh tapi memberi impak besar:

Tukar pelana basikal yang lebih selesa dan efisien

Pilih bantal & tilam terbaik untuk tidur berkualiti

Ubah cara basuh tangan supaya tak mudah sakit

Gunakan cat khas di dalam basikal untuk kesan habuk (mengurangkan rintangan angin)

Kajian diet & pemulihan otot yang lebih efektif

Macam tak percaya kan? Sebab benda paling kecik pun mereka ambil berat dan buat perubahan!😅🤭

Tapi gabungan semua perubahan kecil inilah yang buatkan mereka menjadi pasukan paling dominan dalam sejarah sukan berbasikal!

Apa mesej mahal buat kita?

Usah fokus nak buat perubahan drastik. Fokus pada perubahan kecil tapi konsisten.

1% setiap hari, dalam setahun, anda akan jadi 37 kali lebih baik.

Kejayaan bukan dari lonjakan besar. Tapi dari habit kecil yang kita ulang setiap hari.

Nak berjaya dalam hidup, kerjaya, kewangan, keluarga dan bisnes?

Fokus pada 1% improvement setiap hari. Itu rahsia dia.

Belajar sesuatu? You are awesome!😄👍

#TZN
Sebarkan kebaikan
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

07 Feb, 00:03

732

ATOMIC HABIT (Part 2)

Bagaimana impian boleh membentuk tabiat, sikap dan kejayaan.

Kita sebenarnya bukan tak boleh berjaya, tapi kita banyak spend masa kepada benda yang tak bermanfaat.

Share supaya ia boleh beri manfaat kepada lebih ramai kawan-kawan di luar sana!😊

#TZN
Sebarkan kebaikan

#corporatetraining #HRDC
#NLP #Trainerpreneur
#trainapaharini
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

05 Feb, 08:15

649

Hari ni program kami di Bangi.

Kami diberi kepercayaan untuk bangunkan skil komunikasi staf dengan teknik NLP.

NLP bukan saja boleh bantu kita perbaiki hubungan sesama warga kerja, malah dengan bos dan klien kita.

Ia juga boleh bantu orang bisnes upgrade income dengan skil Power Closing insyaAllah. Sebab itu yang kami buat dan kami dapat, alhamdulillah!
.
.
Berapa ramai yang nak join program NLP kalau kita buat lepas raya nanti?

Bagitau kat ruang comment FB ni. Link kat bawah ya.
👇👇
https://www.facebook.com/share/p/18JUGLNHRz/

Jangan gaduh. Benda boleh bincang.🤣

#TZN
Sebarkan kebaikan

#NLP #PowerClosing
#HRDC #CorporateTraining #Trainerpreneur #TrainApaHariNi
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

04 Feb, 01:41

652

ATOMIC HABIT (Part 1)

Apa nak buat bila kita hilang semangat untuk bekerja atau berbisnes?

Saya kongsikan tip paling mudah dan berkesan dalam video pertama ni.

Terus amal okeh. You are awesome!😘

#TZN
Sebarkan kebaikan
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

02 Feb, 00:16

678

Pagi-pagi lagi kita dah siapkan presentation untuk klien. Sebab otak masih fresh.

Lagipun baguih awai.. tak kalut!😂

InsyaAllah jumpa minggu depan ya Ustaz Fakhrul Anwar, Ustaz Muhammad KhaLaf n Geng Ngaji Global.

Moga Allah permudahkan.

#TZN
Sebarkan kebaikan
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

31 Jan, 02:25

652

Baru-baru ni saya dihubungi oleh salah seorang sahabat kita dalam grup ini.

Beliau menyatakan betapa rasa bersalahnya bila dapat tahu ada saudaranya yang sedang susah, tapi tak bercerita pun tentang susahnya dengan orang lain.

Tapi ketika dihubungi, ibu yang kematian suami ini sedang termenung di tepi jalan memikirkan mana nak cari duit untuk baiki kereta.

Kereta tu pula penting untuk urusan harian. Walaupun empat-empat tayar dah botak sampai keluar wayar, kereta tu terpaksa digunakan juga untuk hantar anak-anak ke sekolah..

Sahabat kita ni dah bantu mana yang dia mampu namun ia belum dapat menampung keperluan ibu tunggal ini. Sebab banyak lagi keperluan lain, termasuklah keperluan persekolahan anak-anak.

Saya yakin ada dikalangan Tuan Puan yang ingin membantu di sini atas dasar iman dan taqwa. Kerana kita semua beriman dengan hadith ini:

"Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Allah tidak menambah bagi seorang hamba yang pemaaf melainkan kemuliaan.

Dan tidaklah seseorang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat (darjat)nya."
📖 (HR. Muslim, No. 2588)

Untuk rakan-rakan yang ingin membantu, boleh terus transfer ke akaun ibu Tunggal yang ingin dibantu ini.

Tiada orang tengah atau sebarang bayaran perkhidmatan dikenakan kerana kita sama-sama ingin membantu kerana Allah:

Saudara yang ingin kita bantu:

===================
Siti Rahayu binti Jantan
1641 6480 8303 (Maybank)

===================

Percayalah, apa sahaja yang Tuan Puan nafkahkan akan digantikan Allah dengan sebaik-baik rezeki!❤️

"Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya, dan Dia-lah sebaik-baik pemberi rezeki."
📖 (Surah Saba’: 39)

#TZN
Sebarkan kebaikan
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

28 Jan, 03:43

354

Perjalanan masa tidak akan terhenti sedetik pun baik di tengah malam mahupun di tengah siang hari.

Perjalanan masa adalah tetap dan perkiraannya tetap, sama ada umat manusia memanfaatkan atau tidak tetap sama sahaja.

Ia juga tetap berjalan baik umat manusia bangkit dari keterlenaannya terhadap dunia mahupun tidak.

Disebabkan itu, setiap Muslim hendaklah menghitung amal yang telah dilakukan, jangan sesekali membiarkan waktu pergi walau sedikit pun tanpa diisi dengan amal soleh.

Sepanjang berjalannya masa, hendaklah diisi dengan amaI-amal soleh. Jangan sesekali diisi dengan amal yang keji.

Apabila melakukan perkara keji hendaklah segera diganti dengan amal yang soleh.

Dan apabila melakukan amal yang soleh hendaklah dipertahankan terus sehingga ajal menghampiri.

(Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri)

#SebarkanKebaikan
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

27 Jan, 01:55

402

Selamat memperingati peristiwa Isra' dan Mi'raj, satu perjalanan agung Rasulullah SAW yang penuh hikmah.

Semoga kita terus diberi kekuatan untuk memperbaiki ibadah dan mendekatkan diri kepadaNya.

Jadikanlah peristiwa ini inspirasi untuk meningkatkan iman dan takwa dalam kehidupan seharian.

Salam Isra' Mi'raj.❤️

#TZN
Percaya Sebelum Berjaya!
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

22 Jan, 00:30

605

3 BEZA ORANG YANG BERJAYA DENGAN ORANG YANG 'BELUM BERJAYA'

Tuan Puan berada di kategori yang mana?

Apa 3 perkara yang boleh kita lakukan?

Dengar sampai habis okeh?
You are awesome!👍

#TZN
Sebarkan kebaikan
Zuhairi Nopiah Channel🔥🔥

20 Jan, 23:46

595

"Setiap pagi sebelum keluar mencari rezeki, pejam mata sebentar dan niat supaya sentiasa berfikiran positif dan berwajah ceria.

Kerana getaran positif sentiasa menarik perkara-perkara positif mendekati kita.

Elakkan terlalu membebani jiwamu dengan semua kesedihan hati. Hiburlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan membahagiakan.

Kerana apabila hati terus dipaksa memikul beban-beban yg berat, ia menjadi buta..."


*Petikan daripada Buku PERCAYA SEBELUM BERJAYA.

#TZN
Sebarkan kebaikan