INFO.TIPS.RESEPI BABY📝 @inforesepibaby Channel on Telegram

INFO.TIPS.RESEPI BABY📝

@inforesepibaby


Mami tak sempat nak masak makanan baby? Atau nak mudah travel? Jom dapatkan ANEKA BABYFOOD dgn kakya😊

www.wasap.my/601133993649/nakbabyfoodtele

JIMAT POSTAGE KAT SINI ⬇️⬇️
https://shopee.com.my/baby.twinkle

INFO.TIPS.RESEPI BABY📝 (Malay)

INFO.TIPS.RESEPI BABY📝 merupakan saluran Telegram yang bertujuan untuk membantu ibu-ibu yang sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk memasak makanan bayi. Jika anda juga suka melancong namun ingin memastikan bayi anda mendapat makanan yang berkualiti, jom sertai saluran ini! Dengan hanya satu klik, anda boleh mendapatkan pelbagai resepi dan tips berkaitan dengan makanan bayi. Tidak ketinggalan, anda juga boleh membeli pelbagai jenis ANEKA BABYFOOD yang disediakan oleh kakya. Dapatkan babyfood yang berkualiti dan mudah diakses dengan mengunjungi pautan berikut: www.wasap.my/601133993649/nakbabyfoodtele. Jangan lepaskan peluang untuk menjimatkan kos penghantaran dengan membeli di sini: https://shopee.com.my/baby.twinkle. Sertai INFO.TIPS.RESEPI BABY sekarang dan pastikan bayi anda sentiasa mendapat makanan yang sihat dan berkhasiat!

INFO.TIPS.RESEPI BABY📝

21 Jan, 05:09


happy sunday mommies! ❤️

ada yang nak cari makanan breakfast untuk baby? jom kakya ada banyakkk jenis makanan untuk bfast anak

tepung cucur bilis
cucur udang
tepung pancake vanila
tepung pancake pandan bijan
lempeng pisang kelapa
tepung choc oats

and baaanyak lagi! jom shopping dgn kakya🥰

www.wasap.my/601133993649/nakbfastbaby

atau direct ke shopee kakya⤵️
https://shopee.com.my/baby.twinkle

INFO.TIPS.RESEPI BABY📝

13 Jan, 13:32


Chessy rice dengan Ikan dan Carrot
(Menu sesuai untuk 8bulan)

Bahan-bahan:

- Beras
- cheedar cheese
- puri carrot
- stok/serbuk ikan bilis.


Cara-cara memasak:

1) Masak bubur macam biasa.
2) Masukkan cheese, carrot dan ikan bilis secukup rasa.
3) Tambah unsalted butter untuk ada rasa lemak.

Siap dan sedia untuk di makan 🤗

INFO.TIPS.RESEPI BABY📝

12 Jan, 14:11


AYAM MADU
:: Menu untuk 1Tahun ke atas ::


Bahan-bahan:
➡️ 1 ekor ayam (dipotong 8)
➡️ 3tbs tepung jagung
⬅️ 1tbs halia
➡️ 1tbs bawang putih
➡️ 1tbs serbuk cili(optional)
➡️ 1biji limau nipis
➡️ 2tbs minyak sapi
➡️ 50g kurma (dikisar halus)
➡️ 100g madu
➡️ 1biji buah oren
➡️ Minyak zaitun


Cara penyediaan
:

1️⃣ Gaulkan tepung jagung bersama bawang putih dan halia. Gaul rata.
2️⃣ Masukkan serbuk cili dan perahan air limau nipis. Kacau rata.
3️⃣ Masukkan ayam dan sedikit air. Perap selama 10 minit.
4️⃣ Gorengkan ayam hingga garing dan angkat. Ketepikan.
5️⃣ Untuk kuah madunya, panaskan minyak sapi dan masukkan buah kurma, madu dan perahan jus oren. Biarkan hingga masak.
6️⃣ Tuangkan ke atas ayam dan siap untuk dihidangkan.


Ps : Nak tabur bijan atas ayam optional ya momies 😉
Selamat mencuba 🤗

INFO.TIPS.RESEPI BABY📝

11 Jan, 13:44


KALE FISH CLEAR SOUP
(Menu untuk 12bulan)


Bahan-bahan :

• 1/2 ketul ikan (jenahak atau siakap)
• 1/2 cawan kale
• 1/4 cawan kentang
• Sdikit daun bawang
• 1-2 ulas bawang merah
• 1-2ulas bawang putih
• 1sudu teh minyak zaitun
• 2biji tomato ceri (dibelah dua)
• Sdikit daun ketumbar
• 2 cawan air


Cara penyediaan:
1. Masukkan semua dalam periuk dan juga rebus. (kalau nak tumis pun boleh)
2. Kale fish soup siap untuk baby anda!

Selamat mencuba
☺️

INFO.TIPS.RESEPI BABY📝

10 Jan, 12:33


BUBUR AYAM TAUHU CARROT versi Baby
Menu utk 9bulan

Bahan-bahan:
- 100g beras sushi
-
1L air
-
50g isi ayam (dicincang halus)
-
75g tauhu (potong dadu)
-
50g carrot (potong dadu)
-
10g bawang putih( hiris nipis)
-
1btg serai
-
2tbs minyak zaitun


Cara penyediaan :

1- Basuh beras dan rendam slma 1jam
2- panaskan minyak dan tumis bawang dn serai hingga naik bau
3- masukkan air dan beras
4- masukkan isi ayam, tauhu dan carrot
5- Masak bubur hingga pekat
6- Dah masak siap untuk di makan

INFO.TIPS.RESEPI BABY📝

09 Jan, 07:49


Hi mommies apa khabar semua? Maaf ya lama tak bersiaran. Hope mommies semua sentiasa semangat ya !

Jom sharing 🫶🏻

INFO.TIPS.RESEPI BABY📝

02 Jan, 13:51


ENOKI CRISPY 🍄
(menu snek baby 8m+)

Bahan2 :
- 1 lkat Cendawan Enoki
- 2 Sudu Tepung Unbleach
- 1 Sudu Tepung Beras
- Sedikit Serbuk kari
- Air

Cara2 :
1️⃣Masukkan tepung unbleach, tepung beras, serbuk kari dan air. Adunan mestilah cair
2️⃣Panaskan minyak dan api sederhana
3️⃣Celupkan enoki kedalam bancuhan tepung
4️⃣Goreng sehingga kekuningan
5️⃣Siap untuk dihidang

INFO.TIPS.RESEPI BABY📝

02 Jan, 06:29


diskaun untuk campaign shopee di kedai kakya. lessgo mommies!🥳

INFO.TIPS.RESEPI BABY📝

02 Jan, 06:27


HELLO MOMMIES!😍

ada nak cari makanan baby? kakya ada diskaun dekat shopee. banyak boleh jimatt

APA YG BEST BELI KAT SHOPEE KAKYA?⤵️

diskaun 5%
pembelian 3 items ke atas dapat lagi diskaun 5%
boleh guna voucher RM1 if folo kedai shopee kakya

banyak nyerr jimat! meh mommies shopping dengan kakya😉

folo sini eh⤵️
https://shopee.com.my/baby.twinkle

INFO.TIPS.RESEPI BABY📝

01 Jan, 04:02


SELAMAT TAHUN BARU 2024 AMAZING MOMMIES🥳🥳

semoga tahun ini berjalan dengan lancar, diberikan kesihatan dan kebahagian mommies sekeluarga dan murah rezeki selalu😍🤲🏻

INFO.TIPS.RESEPI BABY📝

30 Dec, 12:49


Singgang ikan
( Menu Baby 7bulan ke atas)

Bahan-bahan:
- Halia (hiris)
- Bawang putih (hiris)
- Bawang merah (hiris)
- Tomato
- Carrot

- baby corn
- Sawi (Sayur ikut suka nak letak ape janji sesuai)
- Ikan kembung (atau ikut ikan plihan mommy sndiri)
- Serbuk kunyit
- unsalted butter (sbg penumis)

- sedikit air

Cara penyediaan:
🌿 Tumis bawang dan halia dengan Unsalted butter.
🌿Masukkan air. Masukkan ikan dan sayur-sayur keras.
🌿 Ikan dah masak baru masuk sayur lembut-lembut.
🌿 Tambah sikit serbuk kunyit. Bagi menarik skit.
🌿Tunggu masak dan sedia utk di hidang.


**cadangan: lepas dah sejuk boleh ambik isi ikan and blend. Makan dengan nasik lembik.😉

Selamat mencuba !

INFO.TIPS.RESEPI BABY📝

29 Dec, 13:42


CHEEZY WEDGES VERSION BABY
Menu utk 9bln ke atas

Bahan utk Sos :
- Labu kuning
- cream cheese
- Susu Full cream

Bahan utk kentang :
- 1bji kentang
- Susu full cream
- 1sb tepung jagung
- mix herb
- olive oil

Cara Penyediaan :

🥣 kupas kentang kemudian potong memanjang
🥣 campurkan kesemua bahan dan goreng kemudian ketepikan

Cara penyediaan sos :
Kukuskan labu kemudian blend bersama dengan cream cheese dan juga susu.
Boleh tuang atas kentang, sedia untuk di hidangkan ! 🥰

INFO.TIPS.RESEPI BABY📝

29 Dec, 07:38


CHICKEN POPCORN
(Menu 9bulan ke atas
)

Bahan - bahan :


1. 1biji telur
2. Tepung gandum
3. Tepung jagung
4. Tepung ubi
5. Oregano
6. Parsley
7. Isi dada ayam (dipotong kiub/bite size)

⭐️⭐️campurkan kesemua bahan jadi adunan utk salut ayam


Cara penyediaan :

- Masukkan isi ayam dalam bancuhan tepung tadi
- Sediakan tepung ubi dan tepung gandum dslam bekas lain untuk salut isi ayam.
- Goreng ayam hingga keperangan
- Sejukkan sebentar dan sedia untuk di hidang

INFO.TIPS.RESEPI BABY📝

28 Dec, 06:20


Hi Ibu2 yang kuat dan Awesome! 🥰

Sepenat dan se-stress macam mana pun, do Take care of yourself kay ! 😉
Semoga semua momies yang ada sentiasa kuat dan semangat ya 😘

Love to all mother ❤️

INFO.TIPS.RESEPI BABY📝

27 Dec, 02:27


Annyeong ! Hi ! 🤩

Jom mommies, grab snacking baby ni.
Sangat praktikal utk baby yg baru nak tumbuh gigi,
Gatal2 gusi tu.

Pek kecik yg mudah di bawa kemana2 pun.
Baby bosan dalam kereta?
Snacking dulu 😘

Nak bagi baby belajar pegang makanan sendiri pun senang.

🙅🏻‍♀️ Pengawet
🙅🏻‍♀️ Garam
🙅🏻‍♀️ Gula

Puff cair dimulut, sesuai untuk latih baby mengunyah.
Snek sihat waktu petang dan kudapan dalam kereta 😍


‎view our catalog on WhatsApp: https://wa.me/c/60187796259

Macam2 ada kat sini :
ReadyToEat
Tepung pancake
Seasoning
Mee dan pasta baby

Nak tanya apa2 blg tekan sini⤵️
http://www.wasap.my/60187796259/nakSnacking

INFO.TIPS.RESEPI BABY📝

26 Dec, 01:16


LAKSAM VERSI BABY
(7+ Bulan ke atas)

Bahan dan cara masak :

LAKSAM

▶️ 1/2 cup tepung beras
▶️ 1cup air suam
▶️ 1sb tepung gandum

🫓 Campurkan bahan sampai jadi macam air/cair.
🫓 Panaskan pengukus, letak adunan dalam bekas leper dlm 3-4sb kemudian kukus.
🫓 Dah masak, oleskan sedikit minyak atas dia kemudian gulung.
🫓 Dah sejuk, boleh potong ikut ketebalan pilihan.


Bahan dan cara masak :

KUAH

1biji bawang merah kecil
1ulas bawang putih
1/2 asam keping
1/2 ekor ikan (xkesah ikan apa, rebus dan ambil isi)
1 slice halia
sedikit air


🥣 Blend semua bahan kemudian masak
🥣 Tapiskan untuk dapatkan kuah shj
🥣 Dah siap, boleh tambahkan apa2 sayuran pilihan yg mommy suka @ baby makan
🥣 Tuankan ke atas laksam dan siap untuk di hidang

Selamat mencuba ! 🫶🏻