MUSHA Parent Info 2025 @infomusha Channel on Telegram

MUSHA Parent Info 2025

@infomusha


SELAMAT DATANG IBUBAPA/PENJAGA ke
Channel info dan pengumuman dari MRSM MUADZAM SHAH.

Musha Parent Info 2024 (Malay)

Selamat datang ibubapa dan penjaga ke channel Musha Parent Info 2024, juga dikenali sebagai @infomusha! Channel ini adalah tempat di mana anda boleh mendapat maklumat terkini mengenai MRSM Muadzam Shah. Dengan kandungan yang relevan dan berguna, kami berusaha untuk memberikan pengetahuan dan maklumat terkini kepada ibubapa serta penjaga pelajar di MRSM Muadzam Shah. Jadi, jika anda ingin sentiasa berada di dalam lingkungan dan mendapat akses kepada pengumuman penting, pastikan untuk menyertai channel ini. Kami berjanji untuk menyampaikan maklumat yang berkualiti dan membantu anda dalam memahami perkembangan terkini di sekolah. Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan sertai kami di Musha Parent Info 2024 sekarang!

MUSHA Parent Info 2025

19 Feb, 13:02


https://www.facebook.com/share/1DWqyoX6HS/

FB RASMI MRSM MUADZAM SHAH😉

MUSHA Parent Info 2025

16 Feb, 23:33


Alhamdulillah, permulaan yang baik bagi anak-anak MUSHA.
Semoga langkah pertama ini akan berterusan hingga ke akhirnya agar proses kemenjadian pelajar dapat direalisasikan.
InsyaAllah, ameen🤲

MUSHA Parent Info 2025

15 Feb, 04:51


🏫 SELAMAT KEMBALI KE MAKTAB BAGI SESI AKADEMIK 2025/2026 🏫

Selamat kembali ke maktab kepada semua pelajar Tingkatan 2 - 5 MRSM Muadzam Shah bagi Sesi Akademik 2025/2026 🎉

Bersempena dengan kehadiran pelajar ke maktab yang akan bermula pada esok (Ahad, 16 Februari 2025), ibu bapa / penjaga diminta untuk:-

1. Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan memasuki kawasan asrama. Pelajar yang telah masuk ke asrama tidak dibenarkan untuk keluar semula.

2. Kemasukan pelajar di asrama bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Waktu makan pelajar disediakan bermula makan malam iaitu pada jam 6.00 petang.

3. Menasihati anak-anak untuk fokus pada tujuan asal belajar iaitu untuk mencapai keunggulan peribadi dan kecemerlangan prestasi.

4. Hidup dengan harmoni, hormat- menghormati dengan rakan-rakan sebaya, senior dan junior dengan menjaga batas pergaulan, menghormati hak orang lain dan menjaga harta sendiri dengan baik.

5. Hormati ibu ayah, guru, warden dan semua pekerja MRSM MUSHA semoga doa-doa mereka mengiringi kejayaan anak-anak pelajar.

6. Tidak membawa barangan terlarang seperti rokok, vape dan alatan memasak.

7. Jangan terlibat kes disiplin seperti vandalisme, mencuri, bergaduh dll. Peringatan juga untuk memastikan para pelajar tidak membawa duit saku melebihi RM30.00 bagi mengelakkan kes kecurian.

8. Pengurusan masa dijaga (solat jemaah di surau, waktu akademik di kelas dan waktu makan di dewan selera)

9. Segala peralatan untuk belajar dan keperluan asas asrama telah lengkap sepenuhnya.

10. Pastikan rambut anak-anak putera telah digunting pendek, tidak bermisai dan berjanggut. Macam mana spec potongan rambut? Sama macam kita sekolah dulu-dulu. Tiada fesyen nipis tepi, berjambul atau botak. Anak-anak puteri pula dingatkan untuk tidak membawa dan memakai barang kemas @ perhiasan diri wanita.

11. Pastikan anak benar-benar sihat sebelum kembali ke sekolah.

12. Rancang perjalanan dan berhati-hati di jalan raya. Utamakan keselamatan.

Semoga anak-anak kita dapat menjalani sesi persekolahan 2025/2026 dengan penuh semangat untuk mencapai kecemerlangan.

Passion◇Drives◇Excellence

Pengurusan
MRSM Muadzam Shah❤️

MUSHA Parent Info 2025

15 Feb, 02:14


Kepada ibu bapa/waris untuk kemaskini phone dan email ya sebelum login ke mobile app👆

Bg pelajar Ting 2, 3, 4 & 5 shj.

MUSHA Parent Info 2025

15 Feb, 02:12


*KEMASKINI MAKLUMAT: Nombor telefon dan email*

Tuan/puan boleh klik link berikut untuk kemaskini: https://emaktab.smap.my/update_parent/login/vlx87e6wkrog9vwn0rja6z74qno4mlqyk8pdbexondbz0qjgy9

1️⃣ Login menggunakan *No Maktab* dan *4 digit terakhir No KP Pelajar*

2️⃣ Boleh kemaskini maklumat nombor telefon dan email

3️⃣ Selepas kemaskini data, boleh login ke *mobile app eMaktab* menggunakan salah satu nombor telefon yang sudah dikemaskini

4️⃣ Buka mobile app eMaktab, masukkan nombor telefon, dan klik button ‘*LOGIN VIA WHATSAPP*’

Sekian makluman.

MUSHA Parent Info 2025

13 Feb, 08:15


Berikut ialah link google form pembelian barangan keperluan koperasi bagi pelajar baru tingkatan 1 & 4 sesi 2025/2026
https://forms.gle/yXycEkTZt8g2W5tYA

MUSHA Parent Info 2025

13 Feb, 07:44


Berikut disertakan Makluman Bayaran Pendaftaran Pelajar Sedia Ada Tingkatan 2, 3, 4 & 5 Tahun 2025 MRSM Muadzam Shah untuk makluman ibu bapa / penjaga.
Terima kasih!

MUSHA Parent Info 2025

12 Feb, 06:47


Video SOP Pengurusan Pendaftaran Pelajar Baharu Tingkatan 1 & 4 MRSM Muadzam Shah untuk panduan ibu bapa / penjaga.
Moga membantu. Terima kasih✌️😉

MUSHA Parent Info 2025

10 Feb, 02:46


Video gaya potongan rambut pelajar lelaki yang tidak dibenarkan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh MRSM.
Kegagalan pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan akan dikenakan tindakan oleh pihak maktab.
Harap maklum, terima kasih!

MUSHA Parent Info 2025

10 Feb, 02:41


Untuk rujukan semula ibu bapa / penjaga. Terima kasih!

MUSHA Parent Info 2025

10 Feb, 02:40


https://vt.tiktok.com/ZSMeVq3S1/

MUSHA Parent Info 2025

10 Feb, 02:24


Info lanjut boleh rujuk ke laman web rasmi MRSM Muadzam Shah😉

MUSHA Parent Info 2025

10 Feb, 02:23


http://muadzam.mrsm.edu.my/

MUSHA Parent Info 2025

10 Feb, 02:21


Selamat datang diucapkan kepada ibu bapa /penjaga pelajar-pelajar tingkatan 1 & 4 baharu yang akan mendaftarkan diri ke MRSM Muadzam Shah pada 19 Februari 2025. Tahniah 💐
Disertakan beberapa maklumat untuk rujukan ibu bapa / penjaga dan para pelajar berkaitan dengan MRSM Muadzam Shah.

MUSHA Parent Info 2025

10 Feb, 02:18


Assalamualaikum dan selamat pagi,

MUSHA Parent Info 2025

10 Feb, 02:12


Channel photo updated

MUSHA Parent Info 2025

10 Feb, 02:09


Channel name was changed to «MUSHA Parent Info 2025»

Musha Parent Info 2024

21 Jan, 06:43


Pelajar² F5 odway ke stesen bas bagi perjalanan ke TBS. Moga selamat dalam perjalanan...ameen

Musha Parent Info 2024

17 Jan, 01:38


📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌
Mohon kerjasama ibu bapa / penjaga yang telah membuat permohonan melalui sistem e-maktab untuk scan (imbas keluar) di pos pengawal sebelum meninggalkan maktab.

Kerjasama semua amatlah dihargai. Terima kasih.

❗️Proses ini adalah tempoh percubaan sistem sahaja❗️

Musha Parent Info 2024

16 Jan, 04:37


Berikut disertakan Makluman Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 MRSM Muadzam Shah untuk makluman ibu bapa / penjaga.
Terima kasih!

Musha Parent Info 2024

15 Jan, 05:17


Sistem ini akan digunapakai bagi pelajar² tingkatan 1, 2, 3 & 4 (2024) sahaja.

Pelajar² tingkatan 5 (2024) tidak perlu.

Harap maklum.

Musha Parent Info 2024

15 Jan, 04:43


Parents Apply
https://adilo.bigcommand.com/watch/Dw_cmPv0

Musha Parent Info 2024

15 Jan, 04:39


https://chat.whatsapp.com/GnF22SAMAbSIH2ZVElF9eT
boleh share link ni kepada parents yg ada masaalah untuk download sistem emaktab

Musha Parent Info 2024

15 Jan, 03:58


Assalamualaikum,

MRSM Muadzam Shah akan menggunakan Sistem e-MAKTAB bagi pengurusan 'outing' pelajar menggantikan buku rekod pulang bermalam yang dijangka bermula sesi akademik 2025/2026 yang akan datang.

Sehubungan dengan itu, pihak konsultan akan menjalankan ujian percubaan penggunaan sistem tersebut dalam kalangan ibu bapa/penjaga tingkatan 1 hingga 4 untuk menilai tahap kefungsian dan keberkesanan sistem tersebut pada waktu Pulang Bermalam 17/1/2025, Jumaat ini. (Bagi ibu bapa / penjaga yang datang mengambil anak sahaja)

Kerjasama dan tindakan pihak ibubapa/penjaga amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️

Berikut kami sharekan link mobile app

*Download eMaktab Ibu bapa/Pelajar*

Android - Google Playstore
emaktab.smap.my/ma/android

IOS - Apple App Store
emaktab.smap.my/ma/ios

Huawei - App Gallery
emaktab.smap.my/ma/huawei

➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️➖️

*KEMASKINI MAKLUMAT: Nombor telefon dan email*

Tuan/puan boleh klik link berikut untuk kemaskini: https://emaktab.smap.my/update_parent/login/vlx87e6wkrog9vwn0rja6z74qno4mlqyk8pdbexondbz0qjgy9

1️⃣ Login menggunakan *No Maktab* dan *4 digit terakhir No KP Pelajar*

2️⃣ Boleh kemaskini maklumat nombor telefon dan email

3️⃣ Selepas kemaskini data, boleh login ke *mobile app eMaktab* menggunakan salah satu nombor telefon yang sudah dikemaskini

4️⃣ Buka mobile app eMaktab, masukkan nombor telefon, dan klik button ‘*LOGIN VIA WHATSAPP*

Sekian makluman



*Link Rujukan kepada parents*

PDF - https://drive.google.com/file/d/17-KDw8mocGxXiy5Gwthl_uwhwfeHkOt5/view?usp=drive_link

Link video - https://adilo.bigcommand.com/watch/dSOmZrDZ

✅️✅️✅️✅️✅️✅️✅️✅️✅️

Musha Parent Info 2024

08 Jan, 03:15


Disertakan surat makluman Pulang Bermalam pelajar tingkatan 5 MRSM Muadzam Shah sesi 2024/2025 bagi rujukan tuan/puan. Terima kasih!

Musha Parent Info 2024

08 Jan, 03:05


KAWALAN MAKANAN LUAR KETIKA HARI PEPERIKSAAN

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Pengurusan Peperiksaan Awam Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan yang telah bersidang pada 2 Oktober 2024 mengambil ketetapan bahawa makanan dari luar yang dibekalkan kepada pelajar sebagai makanan tambahan ketika hari peperiksaan yang boleh mendatangkan risiko keracunan makanan.

Sehubungan dengan itu, pihak ibu bapa / penjaga adalah TIDAK DIBENARKAN untuk membekalkan makanan tambahan dari luar kepada para pelajar.

Kerjasama daripada pihak ibu bapa / penjaga amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Pihak Pengurusan
MRSM Muadzam Shah

Musha Parent Info 2024

30 Dec, 01:21


*MAKLUMAN PULANG BERMALAM WAJIB PELAJAR MRSM MUADZAM SHAH*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikut merupakan makluman untuk semua ibu bapa/penjaga pelajar MRSM Muadzam Shah:-

📌 *SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1, 2, 3 & 4 DIBENARKAN PULANG BERMALAM PADA 17 JANUARI 2024 (JUMAAT) BERMULA JAM 2.30 PETANG*

📌 *PELAJAR TINGKATAN 1, 2, 3 & 4 PERLU KEMBALI KE MAKTAB PADA 16 FEBRUARI 2025 (AHAD) SEBELUM JAM 6.00 PETANG*

📍Pihak maktab akan menyediakan bilik penyimpanan barang di asrama bagi meringankan beban pelajar sewaktu pulang bermalam nanti.

📍Ibubapa/penjaga perlu merancang perjalanan untuk memastikan anak-anak diambil dan dihantar seperti masa yang telah ditetapkan.

📍Ibu bapa/penjaga diminta untuk memastikan anak-anak mematuhi peraturan maktab dan tidak membawa barang terlarang yang boleh mengakibatkan tindakan/hukuman disiplin ke atas pelajar.

Kerjasama ibu bapa/penjaga diucapkan terima kasih.

*PASSION DRIVES EXCELLENCE*
*BERDISIPLIN BERILMU BERAMAL*

*TPPP MRSM MUSHA*
b/p
PENGURUSAN MRSM

Musha Parent Info 2024

30 Dec, 01:18


Makluman PB 170125.pdf

Musha Parent Info 2024

10 Dec, 11:04


MAKLUMAN PULANG BERMALAM WAJIB PELAJAR MRSM MUADZAM SHAH

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Berikut merupakan makluman untuk semua ibu bapa/penjaga pelajar MRSM Muadzam Shah:-

📌 *SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1, 2, 3 & 4 DIBENARKAN PULANG BERMALAM PADA 20 DISEMBER 2024 (JUMAAT) BERMULA JAM 2.30 PETANG*

📌 *PELAJAR TINGKATAN 4 PERLU KEMBALI SEMULA KE MAKTAB PADA 28 DISEMBER 2024 (SABTU) SEBELUM JAM 6.00 PETANG.*

📌 *PELAJAR TINGKATAN 1, 2 & 3 PULA PERLU KEMBALI KE MAKTAB PADA 29 DISEMBER 2024 (AHAD) SEBELUM JAM 6.00 PETANG.*

📍Ibubapa/penjaga perlu merancang perjalanan untuk memastikan anak jagaan diambil dan dihantar seperti masa yang telah ditetapkan.

📍Ibu bapa/penjaga diminta untuk memastikan anak-anak tidak membawa barang terlarang yang boleh mengakibatkan tindakan/hukuman disiplin ke atas pelajar.

Kerjasama ibu bapa/penjaga diucapkan terima kasih.

PASSION DRIVES EXCELLENCE
BERDISIPLIN BERILMU BERAMAL

TPPP MRSM MUSHA
b/p
PENGURUSAN MRSM

Musha Parent Info 2024

08 Dec, 05:14


Alhamdulillah...selesai program untuk anak² pelajar hari ini. Semoga mereka beroleh manfaat dalam meneruskan perjuangan di MUSHA✌️

Musha Parent Info 2024

08 Dec, 00:42


Program Sahsiah Diri Pelajar sedang bermula✌️😊

Musha Parent Info 2024

03 Dec, 06:54


Unit Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling, MRSM Muadzam Shah akan mengadakan Program Sahsiah Diri bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 4.

Program ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Oleh yang demikian, waktu outing pelajar bersama-sama ibu bapa pada 8/12/2024 (Ahad) adalah bermula pada jam 2.00 petang.

Harap maklum. Terima kasih!😊

"Sahsiah Diri Terpuji, Cerminan Peribadi"

Musha Parent Info 2024

29 Nov, 04:49


Bas maktab dah ready utk hantar pelajar ke terminal & solat jumaat...Terima kasih encik syamil👍

Musha Parent Info 2024

29 Nov, 04:29


Anak² dah isi perut dengan nasi lemak ayam goreng sebelum berangkat pulang✌️

Musha Parent Info 2024

29 Nov, 04:25


Cuaca hujan agak lebat membataskan pergerakan pelajar...bas catar dah tersedia.

Musha Parent Info 2024

29 Nov, 04:23


Update:-
Pelajar yg menaiki bas di terminal akan dihantar menggunakan khidmat van maktab.

Musha Parent Info 2024

25 Nov, 13:04


Assalamualaikum & salam sejahtera,

📌Berikutan masalah Jadual Perkhidmatan Pengangkutan Bas Catar, pihak pengurusan MRSM Muadzam Shah memberi kebenaran kepada semua pelajar waktu Pulang Bermalam Wajib pada 29/11/2024 (Jumaat) bermula jam 12.30 tengah hari.

📌Sehubungan dengan itu, ibu bapa/penjaga diminta untuk merancang perjalanan sebaik yang mungkin.

📌Kerjasama ibu bapa/penjaga diucapkan terima kasih.

Musha Parent Info 2024

31 Oct, 02:41


Makluman buat ibu bapa / penjaga berkaitan jadual umum pelajar MRSM Muadzam Shah.

Semoga anak- anak kita dapat mengikuti rutin harian dengan baik dalam melahirkan insan yang kamil dan berpotensi dinamik.

*BERDISIPLIN BERILMU BERAMAL*

Musha Parent Info 2024

30 Oct, 00:13


*MAKLUMAN PULANG BERMALAM WAJIB PELAJAR MRSM MUADZAM SHAH*

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Berikut merupakan makluman untuk semua ibu bapa/penjaga pelajar MRSM Muadzam Shah:-

📌 *SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1, 2, 3, 4 & 5 DIBENARKAN PULANG BERMALAM PADA 29 NOVEMBER 2024 (JUMAAT) BERMULA JAM 2.30 PETANG*

📌 *PELAJAR TINGKATAN 1, 2, 3 & 4 PERLU KEMBALI SEMULA KE MAKTAB PADA 1 DISEMBER 2024 (AHAD) SEBELUM JAM 6.00 PETANG.*

📌 *PELAJAR TINGKATAN 5 PULA PERLU KEMBALI KE MAKTAB PADA 1 DISEMBER 2024 (AHAD) SEBELUM JAM 2.00 PETANG.*

📍Ibubapa/penjaga perlu merancang perjalanan untuk memastikan anak jagaan diambil dan dihantar seperti masa yang telah ditetapkan.

📍Ibu bapa/penjaga diminta untuk memastikan anak-anak tidak membawa barang terlarang yang boleh mengakibatkan tindakan/hukuman disiplin ke atas pelajar.

Kerjasama ibu bapa/penjaga diucapkan terima kasih.

*_PASSION DRIVES EXCELLENCE_*
*BERDISIPLIN BERILMU BERAMAL*

*TPPP MRSM MUSHA*
b/p
PENGURUSAN MRSM

Musha Parent Info 2024

30 Oct, 00:12


PULANG BERMALAM.pdf

Musha Parent Info 2024

24 Oct, 05:56


Update:-
Bas pelajar sudah bersedia untuk bergerak ke destinasi masing².

Musha Parent Info 2024

23 Oct, 12:11


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

SEMAKAN BAYARAN / TUNGGAKAN WANG CARUMAN, KOPERASI DAN MUAFAKAT TAHUN 2024

Dimaklumkan bahawa semakan BAYARAN & TUNGGAKAN (jika ada) yuran persekolahan (wang caruman & pendaftaran)/ Koperasi / MUAFAKAT boleh dibuat melalui  ePelajar mengunakan link  di bawah :

https://mrsmmusha.edu.my/musha/epelajar/login.asp

_*ID Penguna*_
No Maktab Pelajar (contoh CM2XXXXX) - C & M huruf besar dan tiada jarak.
_*Katalaluan*_
No KP Pelajar (contoh : 080918035172) tanpa jarak dan “-“.

Sila click butang "*BAYARAN*" untuk semakan bayaran / tunggakan.

Nota: Jumlah yang dipaparkan adalah bayaran yang telah dilakukan sehingga 22 Oktober 2024 melalui resit bukti bayaran yang telah diserahkan.

Jika ada bayaran yang telah dilakukan sebelum itu tapi masih lagi tidak di ambil kira, besar kemungkinan resit bukti bayaran itu tuan/puan belum diserahkan kepada maktab.

Serahan resit-resit tersebut boleh dilakukan dengan memuat-naikkan (upload) melalui link Google Form yang disediakan di paparan ePelajar dan rekod bayaran pelajar dapat dikemaskinikan oleh bendahari berkaitan.


Harap maklum.
Pengurusan Maktab.

Musha Parent Info 2024

17 Oct, 02:31


Disertakan *Infografik Carta Alir Pengurusan Telefon Pintar MRSM Muadzam Shah* untuk rujukan semua.
Harap maklum. Terima kasih.

Musha Parent Info 2024

25 Sep, 08:57


*MAKLUMAN PULANG BERMALAM WAJIB PELAJAR MRSM MUADZAM SHAH*

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Berikut merupakan makluman untuk semua ibu bapa/penjaga pelajar MRSM Muadzam Shah:-

📌 *SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1, 2, 3, 4 & 5 DIBENARKAN PULANG BERMALAM PADA 24 OKTOBER 2024 (KHAMIS) BERMULA JAM 2.30 PETANG*

📌 *PELAJAR TINGKATAN 1, 2, 3 & 4 PERLU KEMBALI SEMULA KE MAKTAB PADA 3 NOVEMBER 2024 (AHAD) SEBELUM JAM 6.00 PETANG.*

📌 *PELAJAR TINGKATAN 5 PULA PERLU KEMBALI KE MAKTAB PADA 1 NOVEMBER 2024 (JUMAAT) SEBELUM JAM 6.00 PETANG.*

📌 *PELAJAR TINGKATAN 5 AKAN MENGIKUTI PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK (KEM SPM STEM) PADA 2 & 3 NOVEMBER 2024 SEBAGAI PERSIAPAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM.*

📍Ibubapa/penjaga perlu merancang perjalanan untuk memastikan anak jagaan diambil dan dihantar seperti masa yang telah ditetapkan.

📍Ibu bapa/penjaga diminta untuk memastikan anak-anak tidak membawa barang terlarang yang boleh mengakibatkan tindakan/hukuman disiplin ke atas pelajar.

Kerjasama ibu bapa/penjaga diucapkan terima kasih.

*TPPP MRSM MUSHA*
b/p
PENGURUSAN MRSM

Musha Parent Info 2024

02 Sep, 09:15


Assalamualaikum

*MAKLUMAN KEM KEPIMPINAN ANJURAN SEKRETARIAT KEPIMPINAN PELAJAR (SKP) MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUADZAM SHAH SESI 2024/2025*

Seramai 130 orang pelajar yang terpilih menganggotai Sekreteriat Kepimpinan Pelajar (SKP) akan menjalani kem kepimpinan pada 6 - 8 September 2024 di MRSM Muadzam Shah & EAP Resort Bukit Ibam

Ibu bapa kepada 130 pelajar berkaitan dimohon untuk semak surat pemakluman dan juga diminta untuk tandatangan surat kebenaran yang dilampirkan. Surat kebenaran ini boleh dihantar kepada En Mohd Najaha di no hp +60 11-21969918 atau Cik Shakirah di no hp +60 16-665 5134

Cara semak :

https://mrsmmusha.edu.my/musha/bkp/login.asp

_*ID Penguna*_ :
No Maktab Pelajar (contoh CM2XXXXX)
CM huruf besar dan tiada jarak.
_*Katalaluan*_ :
No KP Pelajar (contoh : 070505041234) tanpa jarak dan “-“.

Wassalam

Musha Parent Info 2024

23 Aug, 09:05


Dilampirkan surat makluman Waktu Pulang Bermalam Pelajar MRSM Muadzam Shah (Persetujuan daripada Mesyuarat MUAFAKAT Bil. 3/2024) untuk rujukan tuan/puan. Terima kasih.

Musha Parent Info 2024

23 Aug, 09:00


Dilampirkan surat makluman Pulang Bermalam Sempena Cuti Semester 1 Pelajar MRSM Muadzam Shah untuk rujukan tuan/puan. Terima kasih.

Musha Parent Info 2024

14 Aug, 01:50


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Junjungan Apresiasi buat semua ibu bapa dan penjaga yang telah bersama- sama memberikan sumbangan sempena Pesta Buah Homeroom MRSM Muadzam Shah.

Tidak lupa juga penghargaan buat pihak Muafakat atas sumbangan yang diberikan bagi menjayakan aktiviti yang sentiasa ditunggu- tunggu oleh semua homeroom saban tahun.

Semoga tuan puan sentiasa dimurahkan rezeki dibawah lindunganNya. 😊

# Homeroom gembira, pencapaian akademik berganda.#

Musha Parent Info 2024

12 Aug, 04:52


Makluman Pulang Bermalam Pilihan Pelajar Tingkatan 1-4 MRSM Muadzam Shah pada 16/8/2024. Harap maklum. Terima kasih.

Musha Parent Info 2024

31 Jul, 23:45


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagi mengekalkan tradisi Unit Pembangunan Homeroom MRSM Muadzam Shah, unit homeroom akan mengadakan Pesta Buah yang akan diadakan pada 8 Ogos 2024 (Khamis). Sempena Pesta Buah ini, unit homeroom ingin meraikan guru-guru dan anak-anak homeroom yang telah memberikan komitmen yang tinggi sepanjang menjayakan aktiviti-aktiviti homeroom di samping merapatkan hubungan kekeluargaan dalam setiap homeroom.

Sehubungan itu, unit homeroom ingin memohon sumbangan ikhlas daripada tuan/puan untuk menampung sedikit dana bayaran buah-buahan tersebut. Oleh itu, kepada ibu bapa/penjaga yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian sebelum 5 Ogos 2024 (Isnin) dengan :

1. Memasukkan wang sumbangan tersebut ke dalam akaun  (guru homeroom) dengan ref: Pesta Buah

2. Setelah membuat transaksi tersebut, mohon tuan/puan untuk menghantar salinan gambar slip transaksi tersebut kepada guru penasihat homeroom.

Semoga jasa baik pihak ibu bapa/penjaga untuk menjayakan program ini akan dibalas dengan beribu-ribu kebaikan.

#Anakanakhomeroomgembiraprestasiakademik&sahsiahberganda.

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Musha Parent Info 2024

25 Jun, 04:47


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Untuk makluman TPPP Pn Rahailin bt Salini telah berpindah ke MRSM Kuantan...untuk itu sbrg urusan berkaitan anak2 blhla berhubung dgn Pn Pgtua sementara menunggu TPPP baru lapor diri di MRSM Muadzam Shah pd 1 Julai 2024. Terima ksh

Musha Parent Info 2024

24 Jun, 04:02


KEBENARAN PULANG BERMALAM WAJIB PELAJAR TINGKATAN 1-5 SEMPENA AWAL MUHARRAM 7 JULAI 2024.pdf

Musha Parent Info 2024

11 Jun, 03:55


https://t.me/mgguaktivitiolahragamaktab

Musha Parent Info 2024

11 Jun, 03:55


Assalamualaikum dan salam sejahtera, disini disertakan link telegram bagi ibu bapa melihat aktiviti2 sepanjang minggu aktiviti .

Musha Parent Info 2024

08 Jun, 01:05


Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
Ibubapa/Penjaga MRSM Muadzam Shah

Dilampirkan bersama surat makluman yuran, sumbangan MUAFAKAT serta yuran kelas Tahsin Qiraati (Al-Quran) bagi tahun 2024 sebagaimana ketetapan yang telah dibuat semasa MAT MUAFAKAT Cawangan pada 21 Mei yang lepas.

Pembayaran boleh dibuat secara beransur-ansur dan juga secara online mengikut panduan di dalam surat makluman tersebut.

Kerjasama & komitmen yang tinggi amatlah diharapkan bagi meningkatkan kecemerlangan anak-anak pelajar MRSM Muadzam Shah.

Sekian Terima Kasih

MUAFAKAT MENJANA SEMANGAT