آخرین پست‌های Happy Thoughts by Arif Haziq (@happythoughtsarifhaziq) در تلگرام

پست‌های تلگرام Happy Thoughts by Arif Haziq

Happy Thoughts by Arif Haziq
Think happy thoughts, your life will be magnificent. ✨✨
5,562 مشترک
73 عکس
24 ویدیو
آخرین به‌روزرسانی 09.03.2025 00:00

کانال‌های مشابه

Portal SPA9
34,089 مشترک
Indahnya Islam
14,175 مشترک

آخرین محتوای به اشتراک گذاشته شده توسط Happy Thoughts by Arif Haziq در تلگرام

Happy Thoughts by Arif Haziq

18 Oct, 23:23

145

Hai salam semua.

Saya ada publish satu post berkenaan Journaling senaman saya di dalam website!

Dalam Journal ni saya share macam mana saya boleh konsisten untuk bersenam juga. Jemput baca jika berkelapangan. 😊

Boleh klik link di bawah yea.

https://arifhaziqq.wordpress.com/2024/10/19/bersenam-day-2/
Happy Thoughts by Arif Haziq

18 Oct, 00:32

246

Untuk bersenam ni, saya sarankan anda untuk buat journaling setiap kali anda buat senaman tu. 📝

Apa kepentingan journaling?

☑️ - Ia bagi anda rasa KEPUASAN, sebab dah habis buat.

☑️ - Anda juga boleh check balik dan tengok sejauh mana anda dah pergi.

Bila anda tulis journal tu, anda dapat keluarkan apa yang anda ‘rasa’ ketika bersenam tu.

Apa yang anda rasa dan orang lain rasa, mungkin berbeza. So pengalaman kita berlainan.

Ada orang lepas bersenam, dia rasa cergas. Ada orang lepas bersenam, dia rasa lembik 😅

So setiap orang tu berbeza.

Catat somewhere tempat yang anda senang nak tulis journal tu.

📝 - Atas kertas
📒 - Dalam buku nota
📲 - Dalam henfon

Atau dalam bullet journal atau diary anda. Tak kisah apa pun medium yang anda nak tulis Journal tu.

Catat Journal tu dengan niat supaya anda boleh track balik berapa jauh anda dah pergi.

Sometimes orang hilang semangat nak bersenam sebab dia tak tahu berapa jauh dia dah pergi sebenarnya.

Kalau anda catat journal, anda akan nampak bahawa setiap kejayaan kecil anda tu, dah pun membuahkan kejayaan yang lebih besar.

Contoh journaling:

Day 1 Bersenam - Aku rasa dah lama sangat tak bersenam. Rasa letih tapi puas! Okay lah tu, esok cuba sambung lagi.

Day 2 Bersenam - Aku rasa letih sikit harini, tapi aku ada tengok youtube pasal bersenam. Dia kata its okay kalau letih, tapi kita make progress!

Buat lagi sampai Day 3, 4, 5, …. 100 hari. Limit dia sampai 100 hari atau pun sampai anda dah boleh konsisten.

Ada banyak cara untuk konsisten bersenam ni.

1. Bagi saya, kalau anda betul-betul nak konsisten dalam bersenam, anda kena faham dan tahu bahawa senaman itu satu KAPASITI untuk berjaya, kaya, dan bahagia.

Untuk berjaya — secara logiknya anda kena ada stamina yang tinggi.

Barulah idea dari kepala pun benda yang best-best. Anda boleh generate income dengan idea yang best tu.

So make sure anda bersenam tu, anda tahu bahawa senaman itu ialah KAPASITI untuk berjaya.

2. Then buat senaman yang serasi dengan anda sahaja. Kalau tak serasi tak perlu lah buat.

Ada orang serasi dengan pushup, ada orang serasi dengan sit up, ada orang serasi dengan crunches.

Buat dulu mana senaman yang anda suka. Yang tak suka tu just ignore je lah buat sementara.

Nanti kalau dah mula suka, anda boleh apply yang anda tak suka sebelum tu dalam hidup anda 😊

Just do what you love okay! 😁
Happy Thoughts by Arif Haziq

17 Oct, 00:50

295

Siapa dekat sini yang minat nak bersenam, tapi tak ada masa untuk bersenam atau workout? 😊

Nak belajar tak cara untuk konsisten bersenam? Boleh komen ‘saya’ 👇
Happy Thoughts by Arif Haziq

12 Oct, 00:02

541

Untuk anda yang pernah merasai 'loneliness' atau kesepian, apa masalah yang dihadapi sekarang untuk mengatasi kesepian ini? Apa halangan untuk anda lebih bersosial atau connect dengan orang lain?

Boleh share di sini 👇😊
Happy Thoughts by Arif Haziq

08 Oct, 23:12

538

Siapa ada akaun X (twitter)?

Boleh follow saya dekat sana yea untuk baca info-info dan tips berbentuk threads. 😊

https://x.com/surelyitshaziq
Happy Thoughts by Arif Haziq

06 Oct, 22:40

671

Kenapa kita kejap happy, kejap tak happy?

Ada masa rasa down, sedih, dan kecewa sebab impian tak tercapai.

Rasa sedih atau down yang sikit-sikit tu takpe. Takde masalah.

Jangan down lama-lama sampaikan anda berkurung dalam rumah, tak nak buat apa-apa.

Keluar rumah, dan cuba buat something yang berbeza sedikit dari yang sebelumnya.

☑️ Pijak tanah ke (grounding)
☑️ Bersosial ke (gathering)
☑️ Jumpa kawan lama ke
☑️ Atau just be present!

Ada orang dia selesa bersendirian, tapi why not untuk hari ini sahaja cuba untuk bergerak secara berkumpulan.

Cuba untuk bercakap balik dengan kawan atau family yang dah lama tak bercakap dengan mereka.

Atau pun boleh aje kita bersembang dengan family yang rapat sekarang ni.

Benda ni walaupun simple, ia adalah sebuah KAPASITI untuk anda rasa ceria dan bahagia setiap hari.

Nak bahagia, tenang, dan ceria, kena buat sesuatu yang berbeza sedikit daripada apa kita selalu buat 😊
Happy Thoughts by Arif Haziq

03 Oct, 01:14

662

Sesiapa ada akaun tiktok dekat sini? Boleh follow saya kalau nak dengar saya bercakap hehe 😊👇

https://www.tiktok.com/@surelyitshaziq?_t=8qDrqu4HYxB&_r=1
Happy Thoughts by Arif Haziq

29 Sep, 22:54

722

Terima kasih kepada yang masih stay dalam channel Telegram ni dari dulu sampai sekarang.

Saya sangat-sangat menghargainya. Dah lebih kurang empat tahun jugak saya tubuhkan channel ni.

Harap semua dalam ni baik-baik sahaja. 😉

Kalau boleh, saya nak tambahbaik lagi content dalam channel ni. Jadi saya perlukan cadangan anda.

Apa lagi tips yang nak saya banyakkan, atau isu untuk saya ketengahkan di sini? Boleh komen di bawah 👇
Happy Thoughts by Arif Haziq

24 Sep, 01:02

925

Fikiran negatif menerukkan lagi stress kita. 😬

Stress boleh berpunca daripada macam-macam benda termasuklah FIKIRAN kita sendiri.

Dengan hanya berfikiran negatif atau bersangka buruk, anda boleh create more stress.

Anda akan lebih cenderung untuk rasa resah dan gelisah bila anda berfikiran negatif.

Anda juga akan lebih suka untuk menghentikan kerja yang anda buat sekarang, kerana satu sahaja fikiran negatif.

Apa contoh fikiran negatif?

“Tak best la kerja dekat company ni…” 😒

Ini boleh dikatakan salah satu fikiran negatif, yang kalau dilayan lama-lama, anda boleh rasa risau dan resah.

Sebab anda tidak boleh analisis apa yang boleh disyukuri dalam company milik anda sekarang ini.

Kalau anda boleh bersyukur dan mencari yang positif dalam company anda sekarang ni, saya pasti PELUANG untuk anda naik pangkat atau jumpa kerja yang lebih baik itu… LEBIH TINGGI.

Sebab orang yang bersyukur. nikmat dia pasti akan bertambah.

Orang yang bersyukur, bukan hanya sebut ‘Saya bersyukur’ di mulut sahaja.

Tapi mereka melakukan ‘Saya bersyukur’ itu melalui perbuatan juga.

Contohnya, mereka sangat berjimat, tidak membazir, tidak membuang sampah merata-rata, suka senyum, suka menggunakan barang dengan sangat baik, dan sangat menghargai pemberian orang.

Memeluk orang lain sebagai tanda kesyukuran kerana kita hargai ‘kewujudan’ dia pun salah satu bentuk kesyukuran.

Jadi bersyukur ini perlu DIZAHIRKAN dalam bentuk perbuatan, barulah ia dinamakan syukur yang sebenar-benarnya.

Bersyukur dengan sepenuh hati dan sepenuh perasaan anda. Dan jangan buat hangat-hangat tahi ayam aje.

☑️ Cuba untuk menghargai seeemua benda yang anda dah pernah terima dalam hidup ini.

☑️ Cari something yang positif yang anda boleh hargai sekarang ini.


Saya pasti ada, walaupun sedikit.

Itu pun dah okay sangat.

Jangan risau, selagi anda berfikiran positif atau bersyukur, anda di landasan yang betul.

Anda akan sentiasa menerima lebih banyak perkara yang positif dan sesuatu untuk disyukuri lagi. 🙂
Happy Thoughts by Arif Haziq

21 Sep, 23:58

872

Benda yang nampak mustahil, sebenarnya tak mustahil pun.

Sir Rutherford Alcock, seorang pendaki gunung everest, berkali-kali kena WARNING dengan penjaga dekat gunung Fuji supaya jangan naik ke atas gunung fuji.

Masa tu ada taufan nak melanda Jepun. Tapi Sir Alcock ni teruskan juga pengembaraan dia ke atas gunung fuji bersama beberapa orang british.

Dia teruskan sebab dia rasa dia boleh jer buat. Minda sometimes akan kacau, tapi selagi kita tak dengar sangat cakap minda yang negative tu, Insya Allah boleh.

Akhirnya dia berjaya naik ke atas gunung Fujiyama yang ambil masa lapan jam. Turun pulak ambik masa tiga jam sahaja. Memang lama, tapi berbaloi mengharumkan nama negara beliau.

So kita boleh contohi beliau, tapi make sure anda mempunyai KAPASITI yang tinggi.

Sederhana kapasiti pun dah OK sangat untuk make sure yang mustahil menjadi tak mustahil.

Di bawah ialah kapasiti yang perlu anda bina, untuk capai impian anda:

1. Make sure anda tambah ilmu sentiasa. Sentiasa tahu apa yang perlu dan tak perlu ada dalam hidup anda.

Apa yang perlu? Mungkin anda perlukan bimbingan dan nasihat orang pakar. Mintak ilmu daripada mereka. Jadikan mereka mentor anda.

Sentiasa dan sentiasa tambah ilmu dari semasa ke semasa. Ilmu ni penting, sebab tu lah orang yang meninggal dengan ilmu, memang disanjungi.

2. Exercise pun kena ada. Jangan terlalu duduk sangat. Make sure ada pergerakan walaupun sedikit.

Sebab senaman ni penting untuk kesihatan tubuh. Tak logik nak sihat fizikal dan mental kalau tak bersenam.

Cuba kalau kita tak bersenam langsung, tengok apa jadi? Maybe akan jadi stress, risau, dan resah.

Kita juga lebih cenderung buat keputusan yang tak betul dan salah. 😬

3. Sharing values. Benda ni penting sebab, hidup ni kena sentiasa bagi manfaat kepada orang lain.

Cuba tengok orang berjaya kat luar sana. Hari-hari berkongsi value. Anda tengok Khairul Aming.

Apa yang nampak pada KA? Lifestyle sangat bagus. Jual sambal sikit jer dah jadi.

Ini semua berpunca dari mana? Berkongsi cara memasak dengan orang lain. Jangan cakap anda tak boleh jadi macam dia.

Anda pun boleh jika anda buat dengan penuh perasaan. Buat dengan penuh rasa ikhlas dalam hati.

4. Inner peace. Ini saya dah sebut sebelum ni bahawa anda kena banyakkan TENANG, FOKUS, dan AWARE.

Bila anda tenang, anda nampak jalan keluarnya. Orang yang tenang, sentiasa jumpa solusi dan petunjuk daripada Tuhan.

Walaupun solusi tu macam takde la berapa besar sangat. Tapi kalau difokuskan, lama-lama solusi tu akan memberikan realiti yang best ke dalam hidup anda.

OK itu sahaja. Kapasiti ni memang kena develop. Baca buku Tiny Habits, jika anda ada masalah dengan cara nak konsisten. 😊