آخرین پست‌های Happy Thoughts by Arif Haziq (@happythoughtsarifhaziq) در تلگرام

پست‌های تلگرام Happy Thoughts by Arif Haziq

Happy Thoughts by Arif Haziq
Think happy thoughts, your life will be magnificent. ✨✨
5,562 مشترک
73 عکس
24 ویدیو
آخرین به‌روزرسانی 09.03.2025 00:00

کانال‌های مشابه

Kisah Dunia
43,139 مشترک
Sunzamira🦋✨
3,449 مشترک

آخرین محتوای به اشتراک گذاشته شده توسط Happy Thoughts by Arif Haziq در تلگرام

Happy Thoughts by Arif Haziq

19 Sep, 23:39

710

Saranan saya kepada mereka yang ada anxious thought, selalu resah, atau overthinking…

✔️ - Kelilingkan diri dengan kawan-kawan yang positif. Family yang positif.

✔️ - Takde kawan atau family yang positif, kita sendiri yang kena positif dan cuba menerima orang sekeliling kita yang negatif tu.

✔️ - Dalam sebulan, satu atau dua kali jumpa kaunselor atau psikologis. Better jumpa psikologis kalau tengok simptom macam dah ke arah anxiety.

Anxiety perlu dirawat dengan tekniknya sendiri. Contohnya CBT technique…

✔️ - Sekali sehari harus berbual dengan rakan atau family yang memang kita tahu dia positif dan boleh bagi semangat kat kita.

✔️ - Sekali atau dua kali seminggu pergi keluar ke mana-mana. Berjalan ke shopping mall, tengok haiwan, tengok bunga-bunga, tengok hutan, waterfall…

✔️ - Sekali sebulan pergi travel jauh sikit. Tempat yang tak pernah pergi. Contohnya, negeri lain selain Kuala Lumpur… Perak, Kedah, Johor, Kelantan. Pergi dan menginap dekat sana.

✔️ - Sekali sehari harus buat grounding atau earthing dalam 5-10 minit. Berjalan atas rumput tanpa selipar atau kasut.

✔️ - Biasakan diri untuk sentiasa RELAKS dan TENANG sepanjang masa. Jangan panik atau gelabah bila ada sesuatu yang mencabar datang. Just relax… solusi akan muncul sendiri.

✔️ - Tidur yang cukup dan berkualiti. At least tidur pukul 11 malam. Selepas 11 malam, tak elok diamalkan untuk tidur. Kalau sekali sekala nak tidur lewat, takde masalah. Jam 10 atau 11 malam, dah tidur dah…

✔️ - Bersenam atau buat stretching sikit-sikit. Bagi badan kita bergerak dan aktif. Jangan duduk saja-saja. Pagi-pagi buat stretching. Tengok di internet… cara buat.

✔️ - Apa yang orang cakap, atau sakitkan hati kita, terus lepaskan. Ambil masa dalam 1-3 minit untuk LET GO perasaan sedih tu. Tapi jangan lama-lama sampai satu hari bersedih.

✔️ - Perasaan takut, sedih, risau, dan resah jangan dilayan terlalu lama. Perasaan tu boleh dilayan sekejap sahaja. Jangan terlalu lama.

✔️ - Cakap pada diri “Aku sihat, aku dah sembuh, aku kuat, dan aku boleh buat apa sahaja yang aku suka.” Ulang ayat ni dalam 2-3 kali seminggu. Jika rasa down, sedih, dan lemah, boleh ulang ayat ni dalam hati.

Dari semasa ke semasa, mungkin ada lagi tips, boleh follow dan buat dulu.

Tindakan itu yang penting.

Buat sikit-sikit jika tak mampu.

Buat banyak jika mampu. 😁
Happy Thoughts by Arif Haziq

19 Sep, 00:35

704

Live a simple and private life!

Kejayaan kita mudah terhasil apabila kita kurang memberitahu orang lain tentang ‘progress’ kita.

Saya dulu sikit-sikit pun nak bagitau apa progress saya buat. Sikit-sikit pun nak inform dekat kawan atau family.

Contohnya, saya tengah tulis novel. Baru bab satu, saya akan tunjuk.

Sebenarnya benda ni boleh jer nak tunjuk. Tapi jangan over sampaikan anda rasa ia sesuatu yang akan anda boleh tamatkan sekarang.

Tak semestinya anda boleh mula sesuatu, dan tamatkan segera.

Ada sesuatu yang perlukan BANYAK HARI DAN MASA untuk anda siapkan kerja tu.

Novel biasanya akan siap dalam masa tiga bulan.

Badan yang cantik dan ramping biasanya akan nampak kesan selepas satu hingga dua tahun.

Make sure benda tu boleh dipercayai dan boleh diukur.

Kalau anda rasa anda nak nampak ‘tough’ dalam masa 1 minggu, agak tak logik bagi seorang beginner.

Kalau intermediate atau expert tu maybe lah boleh jadi tough balik.

Macam Shaheizy Sam atau Khairul Azreen tu. Senam sikit jer, dah jadi pelakon paling muscular. 😅

So make sure benda tu anda PRIVATE-kan dulu buat sementara, supaya anda tak patah hati nanti. 😉
Happy Thoughts by Arif Haziq

18 Sep, 23:32

677

Sikap perfectionist boleh membuatkan kita lambat menerima kejayaan atau impian kita tu.

Sebab kita tak boleh menerima walau kecacatan sedikit pun.

✔️ Sentiasa nak yang high standard punya barang, items, henfon, buku, atau perkakas.

✔️ Sentiasa nak yang tertinggi kualiti berbanding orang lain punya.

✔️ Sentiasa nak hasilkan kerja yang berkualiti pada awalnya.

Kerja awal kita biasanya akan ada cacat cela, sebab kita tak biasa buat kerja tu.

So NORMAL sangat kalau ada imperfect things dalam kerja yang kita buat tu (pada awalnya).

So bila ada fikiran negatif masuk dan cakap “Aku tak layak buat kerja ni. Aku rasa masih belum cukup ilmu.”

Jangan dengar dan jangan ikut fikiran negatif tu. Buat aje.

Sebab ada orang dapat kerja berkualiti melalui PENGALAMAN, bukan sekadar buku sahaja.

Saya perasan ada orang tak baca pun buku sangat, tapi sebab dia amalkan apa yang orang lain buat, dia berjaya akhirnya.

Tapi kalau boleh baca buku sekali, itu lebih baik la. Tambah lagi ILMU di dada. Sangat bagus 😊

So anda pun boleh. Belajar daripada pengalaman orang lain, dan BUAT AJERRR.

Redah ajer guys. Push to the limit. Lebih sikit takpe.

Biar badan tu rasa sengal sikit. Haha 🤣

Ada orang bersenam kena push sikit lebih daripada limit dia, sebab apa?

Sebab dia nak kuatkan muscle dia.

Kalau muscle tu tak break down, muscle tu takkan bersalin menjadi muscle yang baru, yang akan menambahkan lagi kekuatan muscle dia.

Step yang disarankan:

1️⃣ Memang kena keluar dari comfort zone dulu. Bagi diri anda rasa tak selesa sikit. Itu biasa.

2️⃣ Then push diri anda SEDIKIT DEMI SEDIKIT to the limit.

Nanti anda akan nampak anda lebih MAMPU untuk buat lebih dari itu sebenarnya.

Ramai orang takut nak push to the limit (termasuk saya dulu) sebab dah terbaca bukan-bukan pasal burnout la, penat la, letih la.

Takyah takut. Setakat push to the limit beberapa saat sahaja, tak jadi masalah.

Yang push to the limit sampai tak tido malam tu yang kena tengok balik, dan cuba perbaiki 😁
Happy Thoughts by Arif Haziq

18 Sep, 00:10

630

Quote of the day!

Pengembaraan kita semua bermula dengan satu langkah sahaja.

Tak perlu pun sampai beribu langkah, pada awalnya.

Maybe ada yang kata, kena ada henfon, laptop, kereta, rumah yang mewah dulu baru boleh berjaya.

Tidak sebenarnya.

Yang membuatkan kita berjaya ialah RASA HAPPY tu sendiri, yang datang dalam diri kita.

Keep on being happy, feel good at all time! Sebab feel happy tu la yang akan membawa anda ke arah kejayaan.

Apa yang lepas, biarkan lepas.
Apa yang masih di hadapan, biarkan.

Tak perlu fikir lebih-lebih tentang impian anda sangat. Jangan ‘try hard’ untuk mengecapi impian anda.

Just let it flow.
Let it comes to you.


Buat kerja-kerja yang anda tahu, anda boleh LEBIH DEKAT dengan impian anda.

Membaca, bersenam, sharing value, inner peace, ibadat, solat, selawat, nature, buat something yang anda tahu, ia memang membawa anda ke arah kejayaan.

Let’s do this together guys! 😊