Hakaza Sunnah Channel @hakazasunnah Channel on Telegram

Hakaza Sunnah Channel

@hakazasunnah


Channel ini disediakan bagi perkongsian segala perkara yang berkaitan ‘Ulūm al-Ḥadīth dan nasihat berkenaan Sunnah.

Hakaza Sunnah Channel (Malay)

Hakaza Sunnah Channel adalah saluran Telegram yang disediakan khas untuk perkongsian segala perkara yang berkaitan dengan ‘Ulūm al-Ḥadīth dan nasihat berkaitan Sunnah. Bagi para pengguna yang ingin mendalami ilmu-ilmu hadis dan memahami ajaran Sunnah dengan lebih mendalam, saluran ini merupakan sumber informasi yang penting. Di sini, anda akan didedahkan kepada pelbagai ilmu hadis serta nasihat-nasihat yang berguna berkenaan dengan amalan Sunnah yang dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Saluran ini juga menyediakan ruang untuk berinteraksi dengan ahli-ahli pengetahuan yang mahir dalam bidang ini, menjadikannya tempat yang ideal untuk pertukaran pendapat dan pembelajaran. Jadi, jom sertai Hakaza Sunnah Channel sekarang dan teruskan memperkembangkan pengetahuan serta amalan Sunnah anda!

Hakaza Sunnah Channel

11 Feb, 23:03


*DAURAH KITAB RIYADUS SALIHIN FASA 6- BERMULA BAB KE 100 (KITAB ADAB)*

Anjuran: Ulum Hadith Research Centre

Kitab Riyadus Al-Salihin adalah kitab yang ditulis oleh al-Imam al-Nawawi -Rahimallahuta'ala-. Kitab ini menghimpunkan hadis-hadis berkaitan topik-topik tertentu sebagai bimbingan bagi diri seorang muslim. Oleh itu, Ulum Hadith Research Centre sekali lagi akan menyambung fasa yang ke-6 bagi mensyarahkan hadis-hadis di dalam kitab bermula bab ke 100 Kitab Adab.

Berikut merupakan makluman berkaitan daurah:

Hari: Setiap Khamis
Masa: 09.10-10.10 Malam (1 Jam)
Platform: Zoom ( Rakaman Facebook disediakan)
Tarikh : 1 Mei 2025 - 29 Januari 2026 (10 Bulan)

Yuran RM 50 Setiap Bulan.

Bagi pembayaran sekaligus 10 Bulan ialah sebanyak RM 400. (Diskaun RM 100 diberikan)

Terdapat empat Panel bagi daurah ini, iaitu Dr Ahmad Sanusi bin Azmi, Dr Mohd Yusuf bin Ismail, Dr Zulhilmi Mohd Mor dan Dr Amiruddin bin Sobali. Ahli Panel ini akan bergilir-gilir mensyarahkan hadis ini setiap minggu sehingga fasa terakhir.

Cara Mendaftar :
1. Transfer pembayaran yuran di Akaun Bank Islam 05058010028832 (ULUM HADITH RESEARCH CENTRE).
2. Screenshot pembayaran.
3. Isi Pendaftaran Google Form di bawah dan Upload gambar resit pada ruangan disediakan:

Link pendaftaran Google Form:
https://forms.gle/p1TUJW8RLZnPi7Tv5

Pendaftaran dibuka sehingga 20 April 2025.

Sebarang persoalan boleh hubungi saudara Ibn Ramzi di 0182309851

Hakaza Sunnah Channel

30 Jan, 13:07


Hadis Nabi ‎ﷺ menyebut ummatku ummatku ketika wafat ialah hadis palsu. Adapun hadis yang menyebutkan Nabi ‎ﷺ mengatakan ummatku adalah ketika Nabi ‎ﷺ menceritakan tentang kiamat dan syafaat.

Boleh lihat hadis di poster.

Ibn Ramzi,
Hakaza Sunnah

Hakaza Sunnah Channel

15 Jan, 02:03


Pahala sedekah terus mengalir

1. Dalam satu hadis yang Nabi ‎ﷺ bersabda : Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud. ( Sunan Tirmidzi : 662 Hasan Sahih).

2. Hadis berikut menceritakan tentang kelebihan kita melaksanakan amalan sedekah. Amalan sedekah bukan sahaja diberikan pahala pada sekali perbuatan tersebut, tetapi jika ianya terus digunakan dan dimanfaatkan oleh orang lain. Maka kita akan terus mendapatkan pahala daripada sedekah tersebut seperti mana satu biji benih yang kecil berkembang menjadi pohon dan jika terus dimanfaatkan akan menjadi sebuah gunung. Begitulah misalan yang diberikan daripada hadis tentang kelebihan sedekah.

3. Daripada hadis ini juga kita melihat bahawa pentingnya untuk bersedekah sesuatu yang memberi manfaat dan berkembang seperti pembinaan masjid, buku buku yang bermanfaat, alat-alat pembelajaran atau kuliah dan lain-lain yang jika terus digunakan ibarat menyiram air pada benih sedekah yang kita lakukan.

4.Begitu juga Firman Allah dalam surah Al-Baqarah menceritakan hal yang sama. Firman Allah : Perumpamaan orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah seperti (orang-orang yang menabur) sebutir biji (benih) yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui.

5. Imam Ibn Kathir menyebutkan bahawa di jalan Allah itu bermaksud, kata Said Ibn Jubair : Sesuatu yang membawa kepada ketaatan kepada Allah. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa Infaq pada perkara haji dan jihad. Namun perumpamaan 7000 lebih ganjaran pahala itu boleh jadi lebih baik kerana bercambahnya pahala daripada sedekah yang kita lakukan.

6. Kesimpulannya, amalan bersedekah walaupun kecil akan menumbuhkan pahala yang besar bagi diri seorang hamba. Pastikan juga sedekah yang kita berikan dapat bercambah manfaatnya dan digunakan oleh orang ramai. Akan tetapi, semua ganjaran ini akan diperolehi jika tanah yang disemai itu penuh keikhlasan kepada Allah.

Ibn Ramzi,
Hakaza Sunnah

Hakaza Sunnah Channel

04 Dec, 02:56


Berdoa dalam sujud

1. Nabi ﷺ bersabda : Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud).
(Sahih Muslim, 482)

2. Kata Imam Nawawi, saat seorang hamba dekat dengan Allah ketika sujud kerana pada waktu itu diberikan Rahmat dan kelebihan oleh Allah kepada hamba tersebut untuk memohon kepada Allah apa sahaja keperluan dan hajat yang ingin dia sampaikan. Sebahagian ulama berpendapat bahawa sujud lebih baik daripada amalan berdiri ketika solat atau ruku’.

3. Ketika memohon pertolongan kepada Allah agar dilapangkan segala urusan atau dipermudahkan dalam menghadapi musibah, selain berdoa dengan menadah tangan, kita juga disarankan untuk berdoa dalam keadaan sujud. Ini kerana sujud adalah saat terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan penuh rasa rendah diri dan keikhlasan.

4. Pengajaran daripada hadis ini, kita dianjurkan untuk memperbanyakkan sujud kepada Allah, terutama ketika menghadapi kesukaran dan memohon pertolongan agar diberikan kelapangan di saat ujian melanda. Dalam sujud, sebaiknya doa dipanjatkan dalam bahasa Arab. Namun, jika tidak mampu, berdoalah dalam bahasa yang difahami, seperti bahasa Melayu, dengan penuh keikhlasan di dalam hati.

Ibn Ramzi,
Hakaza Sunnah

Hakaza Sunnah Channel

03 Dec, 03:42


Melapangkan rasa sedih dan bimbang

1.Diriwayatkan daripada Nabi ﷺ bersabda : Sesiapa yang melazimi Istighfar, Allah ﷻ menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
( Sunan Abu Daud : 1518, Dhaif Ringan )

2. Seharian kita melalui kehidupan, pastinya tidak akan terlepasa daripada perkara yang menyebabkan jiwa kita sempit dan kebimbingan sentiasa wujud dalam sanubari kita. Perkara itu ialah normal bagi setiap manusia. Namun, Nabi ﷺ memandukan kita kepada cara untuk kita berlapang hati ketika perkara yang sempit dan gelisah itu wujud.

3. Nabi ﷺ mengajarkan kita dengan satu janji daripada hadis itu, iaitu orang yang melazimi istighfar akan diberikan keluasan pada kesempitan yang sedang dia lalui, kelapangan bagi setiap kebimbingan yang dia rasai dan juga memberikan rezeki pada arah yang tidak disangka-sangka. Dalam hadis yang lain juga menyebutkan, sesiapa yang memperbanyakkan istighfar seharian hidupnya, maka ianya juga akan mendapat ganjaran yang sama.

4. Perkara ini juga direkodkan dalam ayat al-Quran pada surah an-Nuh ketika mana Nabi Nuh menyeru kaumnya untuk meminta ampun kepada Allah. Firman Allah : Mohonkanlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya dia Maha Pengampun. Pastinya, Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). ( Surah an-Nuh 10 – 13 )

5. Kesimpulannya, jika kita ingin hati kita dilapangkan pada setiap perkara yang menyempitkan dan menyesakkan dada kita daripada ujian-ujian dan takdir yang sedang berlaku. Hendaklah kita memperbanyakkan dan melazimkan istighfar seharian hidup kita. Memaknai istighfar itu dengan memohon sebenar keampuanan daripada Allah dengan mengingati setiap dosa itu dengan Insaf dan berharap Allah akan mengampunkan dosa itu.

Ibn Ramzi,
Hakaza Sunnah

Hakaza Sunnah Channel

20 Oct, 12:27


Perkongsian hadis 40 taubat

Buku Hadis 40 taubat ialah penulisan kumpulan hadis-hadis 40 berkaitan taubat berserta syarahan tentang definisi dan kaedah-kaedah taubat sesuai saranan Allah dan nabi muhammad Saw.

Oleh itu, Hakaza Sunnah akan mengadakan perkongsian syarah hadis 40 Taubat ini bermula November 2024 sehingga Febuari 2025 yang akan dikongsikan oleh Penulis buku sendiri, Ibn Ramzi. Berikut ialah maklumat perkongsian Hadis 40 Taubat:

Hari : Setiap Sabtu ( Minggu pertama - Ketiga )
Masa : 08.30 - 10.00 Pagi
Platform : Zoom Meeting
Yuran : Rm 50 Sebulan
Tempoh : 4 Bulan

Bagi yang berminat boleh hubungi 0182309851 atau mengisi pautan di bawah : https://forms.gle/8dUArgs5hiPwyL5W9

Hakaza Sunnah Channel

10 Oct, 04:52


Permudahkan urusan sesama manusia

1. Nabi ‎ﷺ bersabda : Sesiapa yang memudahkan urusan orang yang berada dalam kesukaran, maka Allah akan permudahkan urusannya di dunia dan akhirat. ( Sahih Muslim : 4867 )

2. Mempermudahkan urusan sesama manusia merupakan perbuatan yang sangat dituntut dalam Islam. Sebab itu terdapat banyak hadis menceritakan ganjaran manusia yang sering meringankan beban orang yang dalam kesukaran.

3. Kesukaran dalam hadis ini termasuk juga daripada sudut memohon pertolongan pada jiwa, tenaga, fizikal, ilmu, harta dan lain-lain selagi dalam syariat yang diberikan oleh Allah. Semua kesukaran ini merupakan satu beban bagi setengah manusia yang diuji, maka jika kita membantu meringankan atau sekadar memudahkan sahaja urusan tersebut, maka Allah akan berikan kepada kita ganjaran.

4. Yang menarik dalam hadis tersebut, bukan sahaja dipermudahkan urusan di Akhirat. Tetapi, memberikan kemudahan kepada orang lain juga kita akan mendapat kemudahan pada urusan dunia kita juga.

5. Sebab itu bagi sesipa yang ingin dipermudahkan dan diluaskan jalan pada urusan dirinya, pada hendaklah dia juga mempermudahkan urusan orang lain. Maka, Allah menjanjikan urusan hidupnya juga dipermudahkan.

Ibn Ramzi
Hakaza Sunnah

Hakaza Sunnah Channel

25 Sep, 02:34


Product Single [Redha + Bookmark Sahaja]

https://www.imanshoppe.com/collections/buku-baru-iman-september/products/redha-memaknai-rasa-berserah-kepada-tuhan-tatkala-takdir-di-luar-kawalan-by-irfhan-fitri?ref=Irfhanfitri

Hakaza Sunnah Channel

16 Sep, 07:55


Bismillahirrahmanirahim,

Hadis 40 Imam Nawawi : Pengaplikasian kepada murid

1. Saya telah menyusun kembali hadis 40 Imam Nawawi yang telah dikeluarkan oleh Pihak KPM bagi tujuan pengaplikasian kepada murid. Tujuan susun semula ini agar guru guru dapat mengeluarkan poin daripada hadis untuk murid dan menampalkan disekitar sekolah.

2. Data dan terjemahan yang diambil adalah daripada buku hadis 40 keluaran KPM. Saya hanya menyusun kembali dengan desain saya sendiri. Gaya susunan ialah terjemahan hadis dan bagaimana aplikasi kepada murid.

3. Jika ada kesilapan daripada sudut ejaan atau lain-lain boleh maklumkan kepada saya.

4. Buku PDF ini saya niatkan untuk berikan secara percuma kerana bagi meraikan buku kedua saya yang akan keluar bersama Iman Publication pada hujung september nanti. ( Tajuk lagi 3 hari.. hehe)

5. Bagi guru-guru yang nak pautan canva bagi edit nama dan logo sekolah. Boleh beri maklumat sekolah kepada Whatsapp saya 0182309851 untuk saya editkan. ( ada sikit upah😆.. jgn risau sikit je )

6. Akhirnya, semoga susunan ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru untuk menyampaikan kepada murid dan dijadikan bahan bacaan di sekitar laluan perjalanan sekolah.

7. Bagi yang ingin menyumbang, boleh ke akaun 164762159508 Maybank. Terima kasih! Semoga bermanfaat !

Boleh download di sini, Pautan Researchgate :
https://www.researchgate.net/publication/384056923_HADIS_40_IMAM_NAWAWI_KPM_PENGAPLIKASIAN_KEPADA_MURID

Kalau nak beli buku Iman Publication boleh tekan link disini : https://www.imanshoppe.com/?ref=Irfhanfitri

Irfhan Fitri, Ibn Ramzi
Hakaza Sunnah.

Hakaza Sunnah Channel

22 Jun, 14:16


Okay kita sambung...

Sebenarnya penyebaran dan penciptaan hadis palsu ini di dasari dengan pelbagai faktor dan punca yang menyebabkan mereka berani untuk melakukannya. Memandangkan hadis Nabi ‎ﷺ mempunyai pengaruh untuk menguatkan sesuatu ucapan atau perbuatan. Maka, golongan ini sengaja mengambil kesempatan untuk perkara itu.

Sebab itu, golongan yang memalsukan hadis ini termasuk dalam dosa dosa yang besar.

Antara faktor penyumbang memalsukan dan menyebarkan hadis palsu ialah :

1. Faktor politik

Sebab pertama kewujudan hadith palsu iaitu selepas pembunuhan Saidina Uthman bin n'Afan RA.
Aspek pertama yang menjadi sasaran golongan pendusta atau pencipta hadith palsu adalah kelebihan individu tertentu untuk memenangkan pihak-pihak tertentu bagi menyokong agenda politik tertentu. Seperti golongan-golongan syiah mencipta hadis palsu berkaitan kelebihan Saidina Ali.

2. Faktor pengikut

Golongan Penglipurlara memberi nasihat dan peringatan menggunakan hadis palsu supaya orang ramai menghadiri majlis mereka dan merasa sedih, kagum dengan kata-kata mereka, lantas mereka memalsukan kisah-kisah dusta, dan menisbahkannya kepada Nabi.

3. Faktor Pemerintah

Mereka memalsukan hadith demi untuk memuji perlakuan dan peribadi sultan dan pemerintah, serta agar dapat memuaskan dan memenuhi kehendak peribadi mereka seperti mendapatkan jawatan dan pangkat.

4. Faktor Perniagaan

Mereka memalsukan hadis dan menyandarkan kepada baginda untuk meningkatkan hasil jualan-jualan perniagaan mereka. Dengan itu ramai manusia ingin menggunakan dan membelinya.

5. Faktor Mazhab, Bangsa, Negara dan Bahasa

Golongan mencipta dan menyebarkan hadis palsu bertujuan untuk mengangkat nama bangsa, bahasa, pandangan mazhab dan negara.

6. Faktor Kejahilan

Penyebaran disebabkan kejahilan dan
lemahnya ilmu dan disiplin terhadap hadis
Nabi ‎ﷺ.

7. Faktor Permusuhan Islam

Permusuhan ini dicetuskan oleh golongan zindiq dan selain mereka daripada Kalangan Yahudi, Majusi, pembenci dan pendendam kepada Islam samada terhadap agama itu sendiri atau negara. Mereka melakukan pelbagai bentuk pemalsuan dalam hadith yang semuanya bertujuan untuk merosakkan Islam.

Sebenarnya terdapat banyak lagi faktor dan bukti yang menyumbang kepada penyebaran dan pemalsuan hadis hadis Nabi ‎ﷺ. Sebab itu, kata Ibn Abbas :

" Sesungguhnya dahulu jika kami mendengar seseorang berkata: "telah bersabda
Rasulullah s.a.w..." kami akan menumpukan perhatian kami kepadanya dan mendengar ucapannya.

Namun, setelah manusia ditimpa malapetaka dan kesusahan (timbulnya banyak fitnah dan pendustaan hadis Nabi ‎ﷺ daripada kalangan manusia), maka kami tidak akan meriwayatkan hadith melainkan daripada orang yang kami kenal sahaja. "

Agak-agaknya di negara kita, faktor mana yang paling banyak menyumbang kepada penyebaran hadis palsu?

Ibn Ramzi,
Hakaza Sunnah